Khamis, 30 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Bersih yang boleh mengotorkan

Posted: 29 Jun 2011 05:00 PM PDT

Bersih yang boleh mengotorkan

Demonstrasi 'Bersih' yang dicadangkan untuk 9 Julai, 2011 kononnya bermatlamat untuk memastikan tidak ada penipuan dalam Pilihanraya Umum ke 13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Biasanya demonstrasi kecil-kecilan diadakan oleh pihak yang menganggap diri mereka teraniaya apabila sesuatu yang dianggap tidak betul sudah berlaku dan tidak ada tindakan yang diambil oleh pihak yang bertanggungjawab untuk membetulkannya.

Demonstrasi begini tidak memecahbelahkan rakyat kerana ianya mempunyai tujuan yang jelas dan boleh diselesaikan atau dijelaskan apa-apa kekeliruan atau salah faham yang ada dalam fikiran mereka yang berdemonstrasi.

Demonstrasi yang lebih besar juga telah diadakan untuk menunjukkan sokongan rakyat Malaaysia kepada rakyat sebuah negara lain yang didapati dianiaya dan dizalimi seperti demonstrasi menentang kekejaman pihak Zionis Israel, yang disokong oleh Amerika Syarikat, ke atas rakyat Palestin.

Atau pun, di satu masa dulu, pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia berdemonstrasi mengecam kekejaman rejim tentera di Thailand ke atas Ummat Islam di selatan negara itu.

Demonstrasi begini juga tidak memecahbelahkan rakyat kerana ianya menyeru rakyat supaya bersatu menyatakan perasaan dan sokongan mereka untuk golongan yang tertindas di negara lain.

Tetapi di Malaysia kerajaan pusat dan negeri dipilih oleh rakyat. Dato' Seri Najib Tun Razak belum pun memimpin sendiri satu Pilihanraya Umum kerana pimpinan beliau sekarang ini adalah hasil Pilihanraya Umum tahun 2008 yang dipimpin oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Tun Dr. Mahathir telah bersara dari jawatan Perdana Menteri tanpa sebarang demonstrasi. Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dipendekkan khidmatnya apabila ternampak penyelewengan dan ketidakmampuan dalam pentadbirannya. Semuanya tanpa demonstrasi.

Jelas sekali Suruhanjaya Pilihanraya telah difitnah, dan namanya hendak dicemar, sebagai institusi yang diramal akan melakukan penyelewengan dalam Pilihanraya Umum ke 13.

Sepatutnya Kerajaan Barisan Nasional yang merasa tidak puas hati dengan Suruhanjaya Pilihanraya apabila kalah beberapa negeri, dalam Pilihanraya Umum 2008, kepada Pakatan Rakyat sebagaimana pembangkang selalu menyalahkan sistem pemilihan apabila kalah.

Tetapi Barisan Nasional menyedari kekalahan itu harus diterima kerana Suruhanjaya Pilihanraya telah menjalankan tugasnya dengan adil dan profesional.

Adalah tidak salah bagi sesiapa sahaja yang berpolitik untuk bercita-cita menjadi Perdana Menteri dan bagi mana-mana parti politik untuk bercita-cita menggulingkan kerajaan yang memerintah.

Pakatan Rakyat telah menang banyak 82 kerusi Parlimen ( PKR - 31 kerusi; DAP - 28 kerusi; Pas - 23 kerusi ) dan menguasai 4 Dewan Undangan Negeri, dalam Pilihanraya Umum ke 12 pada tahun 2008.

Jika prestasi mereka memberansangkan, jika pemimpin UMNO pusat terus lupa kepada UMNO Bahagian dan Cawangan, dan jika keseluruhan pemimpin dan ahli UMNO di peringkat Bahagian dan Cawangan, dan rakyat jelata, tidak serik dengan perangai, telatah dan sikap pihak pembangkang, sudah tentu Pakatan Rakyat akan bertambah kuat dalam Pilihanraya Umum ke 13.

Malangnya bagi Pakatan Rakyat parti-parti komponennya, kecuali DAP, berada dalam keadaan bercelaru. Kesemua parti dalam Pakatan Rakyat mengamalkan nepotisma. Anak bersiap untuk ganti emak, yang dikasihi bersiap mengganti yang mengasihi, anak-anak bersedia disayap parti untuk mengganti bapa. Prestasi semua kerajaan negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat agak lembab dan jauh dari memberangkan.

Banyak pemimpin dan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat telah meninggalkan parti dan bersuara dengan lantang mengenai ke'ajaiban dan ke'aiban parti dan pemimpin mereka.

Pas pula sudah merubah halatuju dari mewujudkan 'Negara Islam' dengan hukum hududnya kepada 'negara kebajikan' yang mengampunkan semua dosa kawan-kawannya kerana matlamatnya sama, iaitu untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. Mereka berpegang kepada prinsip baru yang dipinjam dari kalangan bukan Islam, dari Barat, di mana 'matlamat menghalalkan cara'.

Mereka lupa bahawa kejayaan satu-satu matlamat itu ditentukan oleh Allah s.w.t., sementara kita akan dihukum oleh Allah s.w.t. jika dalam perjalanan menuju ke matlamat itu kita halalkan semua dosa.

Ibn Ya'acob dari Langkawi pernah berkata dalam Perhimpunan Agong UMNO:

Niat baik, cara tak reti, Pahala dapat, kerja tak jadi; Niat jahat, cara pandai, Dosa dapat, matlamat ercapai. Niat jahat, cara tak reti, Dosa dapat, kerja tak jadi; Yang perlu ialah:Niat baik, cara reti,Pahala dapat kerja jadi.

Walau pun sebelum parti-parti komponen BN menyusun semula kepimpinan mereka Barisan Nasional telah kalah dalam 2 pilihanraya, Pakatan rakyat telah kalah dalam semua pilihanraya kecil akhir-akhir ini. Pakatan rakyat telah kalah teruk dapat pilihanraya untuk memilih wakil bagi Dewan Undangan Negeri Sarawak baru-baru ini.

Di peringkat antarabangsa pula Dato' Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin bukan sahaja telah diterima oleh pemimpin-pemimpin di Asia, Africa, Asia Barat, Eropah dan Amerika Syarikat malah pelabur-pelabur asing pun menerima mereka. Pelabur asing sudah mula datang kembali setelah mereka mendingin di zaman Perdana Menteri sebelum ini.

Benteng Ketua Pakatan Rakyat di luar negara sudah roboh.Banyak isu lain yang boleh digunakan oleh parti komponen Pakatan Rakyat jika mereka ketagih untuk berdemonstrasi.

Ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat, umpamanya, boleh mengadakan demonstrasi untuk menuntut supaya Timbalan Presiden Pas minta maaf dan bertaubat.

Seterusnya ahli-ahli Pas juga boleh mengadakan demonstrasi untuk menuntut supaya budaya zina dan liwat dihapuskan supaya kebajikan rakyat di masa hadapan akan lebih terjamin.

Tun Dr. Mahathir menyatakan kepada saya bahawa dalam soal keselamatan negara pihak polis lebih mengetahui dari kita dan apabila jadi huru-hara merekalah nanti yang akan susah.

Rancangan demonstrasi jalanan pada 9 Julai akan datang agak aneh kerana Dato' Ambiga tidak mahu meminta izin polis kerana, katanya, polis tidak akan memberi izin.

Strategi ini memudahkan beliau untuk melepaskan tangan. Begitu juga dengan bekas-bekas tahanan yang lain yang kini berada dalam Pakatan Rakyat.

Yang lebih aneh lagi ialah pihak penganjur demokrasi telah memilih yang tidak bersalah sebagai sasaran mereka. Nampaknya pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sudah merasakan mereka akan kalah teruk dalam Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang.

Samaada demonstrasi jalanan pada 9 Julai ini jadi atau tidak, besar atau kecil, mereka sudah mencatitkaan dalam media seluruh dunia bahawa kekalahan mereka nanti ialah disebabkan Suruhanjaya Pilihanraya tidak adil dan telah melakukan penyelewengan sehingga mereka kalah.

Jika penganjur demonstrasi jalanan ini boleh menyalahkan Suruhanjaya Pilihanraya atas kekalahan yang belum pun berlaku saya juga boleh meramalkan akan ada satu lagi demonstrasi jalanan yang lebih besar selepas Pilihanraya Umum ke 13 apabila pengumuman dibuat bahawa Pakatan Rakyat sudah kalah teruk.

Apabila demonstrasi jalanan dibuat selepas Pakatan Rakyat kalah dalam Pilihanraya Umum ke 13 matlamatnya sudah tentu untuk mencapai kejayaan yang telah di capai oleh mereka yang sudah berdemonstrasi di Mesir dan Tunisia.

Program demonstrasi jalanan yang dirancangkan untuk diadakan pada 9 Julai ini jelas menunjukkan ISA tetap relevan bagi negara Malaysia yang berbilang kaum.

Bagai semua rakyat yang inginkan keamanan, supaya kita dapat terus mencari ilmu dan rezeki untuk hidup bahagia dalam aman dan iman, mereka hendaklah menyokong sebarang usaha untuk mengekalkan keamanan itu.

Jika berlaku huru-haraa bukan undang-undang yang patut disalahkan tetapi kedayusan kita untuk menggunakan undang-undang itu.

Rakyat Malaysia yang cintakan ke amanan hendaklah menyokong tindakan polis dan tentera, jika perlu, untuk masa depan kita dan anak cucu kita.

Dipetik daripada blog Sanusi Junid

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SPR kaji panggil pemerhati antarabangsa pada pilihan raya umum

Posted: 29 Jun 2011 05:00 PM PDT

SPR kaji panggil pemerhati antarabangsa pada pilihan raya umum

BANGKOK - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengkaji kemungkinan untuk memanggil pemerhati antarabangsa pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata usaha itu bertujuan membolehkan mereka melihat dan menilai perjalanan pilihan raya daripada segi bebas, telus dan adil.

Bagaimanapun, SPR akan mengkaji kesesuaian perkara tersebut serta faktor kewangan sebelum membuat keputusan walaupun kehadiran pemerhati antarabangsa merupakan satu amalan yang baik, katanya dalam temuramah dengan TV3 dan Bernama, di sini.

Beliau berada di sini sebagai pemerhati antarabangsa atas jemputan Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand untuk memantau perjalanan pilihan raya yang akan diadakan Ahad ini. Malaysia adalah antara 13 negara yang dijemput.

Abdul Aziz berkata SPR tidak pernah menjemput pemerhati antarabangsa pada pilihan raya umum sebelum ini.

Katanya, SPR Thailand menjemput pemerhati antarabangsa bagi meningkatkan lagi keyakinan pengundi mereka dan masyarakat antarabangsa bahawa pilihan raya mereka adalah adil dan telus.

Beliau berkata jemputan itu adalah satu penghormatan kepada SPR kerana SPR dipercayai sebagai badan yang banyak mengendalikan pilihan raya dan mereka yakin pilihan raya Malaysia telus dan bebas.

"Kalau mereka tak iktiraf pilihan raya kita, tak kan mereka panggil kita datang sebagai pemerhati antarabangsa," katanya.

Ditanya secara umum kayu pengukur pemerhati antarabangsa sama ada sesuatu pilihan raya itu telus dan bebas, beliau berkata asasnya adalah pengundi bebas untuk mengundi dengan tidak dipengaruhi oleh perkara-perkara yang tidak bebas untuk mengundi atau terpaksa mengundi sesuatu pihak sahaja.

Calon-calon pula, katanya, bebas untuk berkempen dengan tiada sekatan dan pengundi pula dapat mendengar kempen dengan bebas.

Aspek kayu pengukur lain termasuk tiada penipuan dan rasuah, katanya.

Mengenai permintaan lapan perkara oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Abdul Aziz berkata ruang untuk penambahbaikan memang sentiasa ada kerana SPR tidak menganggapnya sebagai badan yang sempurna.

Beliau menghuraikan satu persatu usaha yang dibuat oleh SPR terhadap lapan permintaan berkenaan:

* Pembersihan daftar pemilih -- usaha itu dilakukan setiap hari tetapi SPR tidak boleh membersihkannya sendiri kerana pengundi yang perlu memaklumkan status mereka dalam daftar tersebut. Katanya tidak ada bukti dakwaan wujudnya pengundi mengundi lebih daripada sekali dan tiada satu pun kes seumpama itu yang dibawa ke mahkamah.

* Tempoh berkempen sekurang-kurangnya 21 hari -- perkara itu sedang diteliti kerana ada juga parti yang meminta supaya tempoh berkempen dipendekkan dan pandangan aspek keselamatan juga terpaksa diambil kira.

* Penggunaan dakwat celup jari pengundi -- SPR sedang meneliti untuk menggunakan kaedah biometrik yang lebih sainstifik.

* Kemudahan akses yang bebas dan adil kepada media -- Abdul Aziz berkata beliau tidak boleh mengarahkan media untuk memberi liputan kepada sesuatu pihak. Bagaimanapun, beliau boleh berbincang dengan media untuk memberi ruang kepada semua pihak.

* Cadang banteras rasuah -- SPR memang bersetuju tetapi ia tidak mempunyai kemahiran dalam bidang itu dan terpaksa meminta bantuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

* Cadang perkukuh institusi polis -- SPR tidak mempunyai kuasa terhadap perkara tersebut.

* Pembaharuan sistem undi pos -- SPR sedang meneliti perkara tersebut termasuk cadangan untuk mengadakan undian awal seperti amalan di Thailand dengan pengundi bebas untuk mengundi pada hari yang ditetapkan lebih awal atau pada hari pengundian tetapi perkara tersebut juga mempunyai masalah tersendiri.

* Kebebasan berkempen -- Parti politik sememangnya bebas berkempen tetapi terpaksa memohon permit polis atas sebab-sebab keselamatan kerana polis, antara lain, meneliti kesesuaian tempat, isu-isu yang menyentuh perpaduan kaum dan agama serta aspek lalu lintas.

Oleh itu, Abdul Aziz berkata ada perkara yang berada dalam bidang kuasa SPR dan ada juga perkara yang bukan dalam bidang kuasa SPR berhubung lapan perkara berkenaan.

Beliau berkata pada mulanya Bersih mengemukakan 17 perkara tetapi setelah berbincang, tinggal lapan perkara sahaja sejak akhir tahun lepas kerana yang lainnya sudah diselesaikan oleh SPR.

"Kalau Bersih meneruskan perbincangan dengan SPR, mungkin tinggal tiga perkara yang belum selesai.

"Demonstrasi tidak akan menyelesaikan masalah. Tidak bermakna buat demostrasi, SPR akan bersetuju," katanya merujuk kepada cadangan perhimpunan haram yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Julai. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved