Sinar Harian :: Suara Cakna |
Resolusi PBB ke atas Syria gagal Posted: 04 Oct 2011 05:00 PM PDT Resolusi PBB ke atas Syria gagal
AMMAN - Usaha negara Barat untuk sekali lagi campur tangan di dalam konflik Timur Tengah tidak kesampaian apabila Rusia dan China menggunakan kuasa veto menolak resolusi terhadap Syria yang dirangka negara Eropah semasa mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kelmarin.
Resolusi itu mencadangkan lebih banyak sekatan dikenakan ke atas Syria dan dirangka selepas enam bulan keganasan tercetus di negara Arab itu akibat protes antikerajaan. Negara Barat dilihat tidak senang dengan tindakan Moscow dan Beijing yang memberi kemenangan diplomatik kepada Presiden Syria, Bashar Al-Assad dengan duta Perancis di PBB, Gerard Araud menegaskan kuasa veto tidak akan menghentikan mereka daripada mengambil tindakan ke atas kerajaan Syria. Semasa mesyuarat itu, duta Rusia, Vitaly Churkin menegaskan, Moscow sama sekali menolak ancaman sekatan ke atas Damsyik kerana bimbang resolusi itu akan menyebabkan campur tangan ketenteraan dari luar seperti berlaku di Libya. Sembilan negara anggota Majlis Keselamatan PBB menyokong resolusi itu manakala empat mengambil pendirian berkecuali dan dua menolak. Menurut laporan PBB, lebih 2,700 orang awam terbunuh di Syria sejak protes meletus, enam bulan lalu dan negara Barat menggunakan alasan ini untuk kononnya cuba menyelamatkan rakyat Syria daripada kerajaan mereka. |
Posted: 04 Oct 2011 05:00 PM PDT Resolusi PBB gagal
AMMAN - Usaha negara Barat untuk sekali lagi campur tangan di dalam konflik Timur Tengah tidak kesampaian apabila Rusia dan China menggunakan kuasa veto menolak resolusi terhadap Syria yang dirangka negara Eropah semasa mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kelmarin. Resolusi itu mencadangkan lebih banyak sekatan dikenakan ke atas Syria dan dirangka selepas enam bulan keganasan tercetus di negara Arab tersebut akibat protes antikerajaan. Negara Barat dilihat tidak senang dengan tindakan Moscow dan Beijing yang memberi kemenangan diplomatik kepada Presiden Syria, Bashar Al-Assad dengan duta Perancis di PBB, Gerard Araud menegaskan kuasa veto tidak akan menghentikan mereka daripada mengambil tindakan ke atas kerajaan Syria. Semasa mesyuarat itu, duta Rusia, Vitaly Churkin menegaskan, Moscow sama sekali menolak ancaman sekatan ke atas Damsyik kerana bimbang resolusi tersebut akan menyebabkan campur tangan ketenteraan dari luar seperti berlaku di Libya. Sembilan negara anggota Majlis Keselamatan PBB menyokong resolusi itu manakala empat mengambil pendirian berkecuali dan dua menolak. Menurut laporan PBB, lebih 2,700 orang awam terbunuh di Syria sejak protes meletus, enam bulan lalu dan negara Barat menggunakan alasan ini untuk kononnya cuba menyelamatkan rakyat Syria daripada kerajaan mereka. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |