Ahad, 17 Julai 2011

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Jauza Kamilia perlu bantuan

Posted: 16 Jul 2011 05:00 PM PDT

Jauza Kamilia perlu bantuan CHANGKAT JERING – Keadaan anak yang mengalami jangkitan kuman pada otak dan dalam masa yang sama terpaksa keluar daripada rumah sewa, membuatkan kehidupan Rohana Sarip, 23 sekeluarga ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

Rohana berkata, anak sulungnya, Jauza Kamilia Nurul Anuar, 8, kini terlantar di rumah akibat penyakit berkenaan dan satu kos yang besar diperlukan untuk menguruskan keadaannya.

Menurutnya, kos berkenaan adalah termasuk bekalan susu serta lampin pakai buang, bagaimanapun tidak termasuk kos untuk tiub saluran makanan yang perlu dipakai anaknya itu.

"Jauza Kamilia hanya sempat bersekolah selama tujuh bulan sahaja dalam tahun satu sebelum diserang demam panas dan sawan tarik ketika itu.

"Serangan sawan tarik itu berlaku setiap tiga minit dan akibatnya, Jauza Kamilia terpaksa dimasukkan ke Wad Rawatan Kecemasan, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB)," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Rohana, dia telah dimaklumkan doktor yang merawat Jauza Kamilia, bahawa anaknya sudah tiada harapan untuk pilih seperti sediakala.

Rohana dan suaminya, Nurul Anuar Nordin, 42, bagaimanapun enggan berputus asa dan terus berusaha membawa Jauza Kamilia ke HRPB untuk pembedahan menanam tiub kekal dalam badan bagi membuang air dalam otak.

"Selepas sebulan menjalani pembedahan itu, keadaan Jauza Kamilia telah mula menunjukkan sedikit perubahan apabila dia telah dapat menggerakkan badan dalam keadaan terlantar, namun masih belum dapat bercakap.

"Jauza Kamilia perlu dibantu sepenuhnya untuk segala keperluannya dan dia akan membunyikan suara atau menendang katil jika memerlukan sesuatu," kata Rohana.

Katanya, keadaan itu juga menyebabkan Nurul Anuar terpaksa bekerja sendiri bagi membolehkan dia meluangkan lebih masa menjaga Jauza Kamilia.

"Buat masa ini Jauza Kamilia menerima wang bantuan RM200 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat selain sedikit bantuan daripada Baitulmal, namun tidak mencukupi untuk menanggung kos susu dan lampin pakai buang yang sememangnya diperlukannya.

"Kini semua wang yang ada terpaksa ditumpukan kepada Jauza Kamilia yang lebih memerlukan, namun kami bernasib baik kerana sempat juga mengumpul wang bagi deposit rumah baru nanti," katanya.

Menurut Rohana, agak malang apabila anak keduanya tidak dapat mengikuti pembelajaran peringkat pra-sekolah akibat kekangan kewangan yang melanda keluarga itu.

Bagi mana-mana pihak atau individu yang ingin membantu Jauza Kamilia, boleh menyalurkan bantuan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) milik Rohana bernombor 08247-29-00000773-8.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Terpaksa guna air kolam renang

Posted: 16 Jul 2011 05:00 PM PDT

Terpaksa guna air kolam renang SELAYANG – Setiap kali pemotongan air berlaku di Fasa 2, Apartmen Taman Sri Murni, di sini, kolam renang perumahan yang mempunyai 612 unit itu akan menjadi alternatif penduduk di situ untuk mengambil air.

Sehingga semalam, sekali lagi air kolam yang ada terpaksa digunakan penduduk setelah bekalan air dipotong Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sejak 4 petang kelmarin.

Penduduk, Norisham Abu, 46, berkata, ketiadaan air berlaku hampir setiap bulan, memaksa penduduk untuk mengambil air dari kolam terbabit apabila bil air tidak dijelaskan kepada Syabas.

"Kita harap Badan Pengurusan Bersama (JMB) sementara segera diganti dengan JMB sah supaya memudahkan semua penyelenggaraan dan pengurusan termasuk air di perumahan ini.

"Buat masa ini, jika timbul masalah bekalan air dipotong, barulah bil akan dijelaskan oleh badan berkenaan," katanya semasa lawatan Pemuda Gerakan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Lau Hoi Keong.

Ahli Jawatankuasa Bertindak Taman Sri Murni Fasa 2, CH Low, 55, berkata, tahun ini kira-kira empat kali mengalami pemotongan bekalan air dengan kali terakhir selama empat hari pada Mei lalu.

"Kita terpaksa simpan stok air di rumah. Biasanya apabila tiada air untuk satu hari saya terpaksa membeli 10 tong air setiap satu 18 liter. Bayangkan untuk satu tong harganya adalah RM8," katanya.

Terdahulu daripada notis pihak Syabas ditampal di pintu masuk lif perumahan itu, difahamkan bil tunggakan air Fasa dua adalah berjumlah kira-kira RM40,000.

Sementara itu, Hoi Keong ketika mengulas isu timbul memberitahu punca utama masalah kerana tiadanya penubuhan JMB sah yang sepatutnya sudah diwujudkan lebih awal.

Menurutnya, hari ini akan diadakan Mesyuarat Agong Luar Biasa (EGM) membabitkan bukan sahaja Fasa 2, tetapi Fasa 1 dan 3 Taman Sri Murni yang terletak dalam satu strata title untuk dibincangkan.

"Walaupun ada usaha menghalang mesyuarat ini, tetapi kita harap semua dapat hadir dalam perbincangan ini di mana surat panggilan dikeluarkan Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta bagi pihak Pesuruhjaya Bangunan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)," katanya.

Hoi Keong berkata, EGM berkenaan akan diadakan di dewan Sekolah Rendah Taman Sri Murni, bermula jam 9 pagi ini.

Tidak wajar

Posted: 16 Jul 2011 05:00 PM PDT

Tidak wajar KUALA TERENGGANU – Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu, Mohd Nor Hamzah menyifatkan kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said terhadap imam sebelum ini tidak wajar dan menjatuhkan golongan itu.

Menurutnya, golongan imam tidak seharusnya diperlaku sedemikian memandangkan mereka mempunyai kedudu-kan yang tinggi dalam masyarakat, lebih-lebih lagi tanggungjawab mereka itu turut mendapat tauliah daripada sultan.

"Kenyataan daripada Menteri Besar disifatkan menjatuhkan pegawai dan kakitangan kerajaan kerana pelantikan imam melalui prosedur yang telah ditetapkan Jabatan Agama Islam dengan temuduga yang mereka buat secara terperinci dan imam yang dilantik itu mendapat tauliah daripada sultan," katanya kepada Sinar Harian ketika Retreat Pemuda Pas, di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said sebelum ini melahirkan rasa kecewa dengan sikap sesetengah imam di negeri ini yang membaca khutbah secara acuh tak acuh walaupun teks khutbah dihantar awal kepada mereka.

Ahmad berkata, imam perlu lebih bersedia dan bagi memantapkan lagi penyampaian khutbah, imam serta bilal perlu banyak membaca.

Beliau berkata, disebabkan kurang membaca, terdapat imam yang menyebut H1N1 sebagai 'hini'.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Pembangkang tolak apa jua pembaharuan oleh kerajaan

Posted: 16 Jul 2011 05:00 PM PDT

Pembangkang tolak apa jua pembaharuan oleh kerajaan

TUARAN - Sudah menjadi lumrah pembangkang untuk tidak menerima apa jua pembaharuan yang diperkenalkan kerajaan kerana mereka tidak mahu negara maju di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar hari ini.

Mengulas tindakan pembangkang menolak penggunaan sistem biometrik dalam pilihan raya umum akan datang, Noh, yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata, sebelum ini pun pihak berkenaan menentang banyak idea-idea pembangunan, yang kini semuanya sudah menjadi kejayaan.

"Mana ada pembangkang yang boleh terima apa jua pembaharuan oleh kerajaan BN? Masa kita mahu buat jambatan Pulau Pinang dulu, pembangkang cakap tidak perlu, pembaziran, tapi sekarang kita lihat satu jambatan itu pun tak cukup.

"Kesimpulannya, kalau kita mahu dengar cakap pembangkang, kita tak akan maju, kita akan ketinggalan zaman," katanya kepada pemberita selepas lawatan ke Kompleks Pemasaran FAMA Sabah di Telipok dekat sini, hari ini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemungut madu lebah cedera parah jatuh pokok

Posted: 16 Jul 2011 05:00 PM PDT

Pemungut madu lebah cedera parah jatuh pokok

MARANG - Seorang pemungut madu lebah cedera parah apabila terjatuh dari pokok yang dipanjatnya untuk mengambil madu di Kampung Kelubi, Tok Fakir, Merchang di sini petang semalam.

Mangsa Khairul Mat Tahir, 24, dari Kampung Pasir Puteh, Merchang, cedera parah di bahagian pinggang setelah terjatuh pada ketinggian 35 kaki dari pokok yang dipanjatnya kira-kira pukul 1 petang semalam.

"Mangsa dikatakan ingin mengambil madu lebah yang bersarang di atas pokok akasia magium setinggi 40 kaki.

"Bagaimanapun difahamkan beliau kehabisan tenaga ketika sampai di ketinggian 35 kaki, lalu jatuh mengelongsor mengikut batang pokok berkenaan," kata Pengerusi Koperasi Madu Lebah Terengganu Bhd (Kopemat) Ibrahim Ismail kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya pasukan Bomba dan Penyelamat yang dihuhungi mengambil masa yang agak lama untuk sampai di tempat kejadian kerana tidak dapat mengesan lokasi mangsa jatuh.

Manakala rakannya tidak berani keluar meminta pertolongan kerana bimbangkan mangsa bersendirian di kawasan itu.

Beliau berkata, mangsa berjaya diselamatkan kira-kira pukul 4 petang serta dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk mendapat rawatan.

Sementara itu Ibrahim menasihatkan pemungut madu lebah lebih mengutamakan keselamatan.

"Kita harap pemungut madu lebah lebih berhati-hati ketika memanjat pokok yang tinggi.

"Kalau boleh mereka hendaklah menggunakan alat GPS iaitu alat mengesan lokasi supaya senang dikesan oleh pihak keselamatan jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini," katanya.

Katanya ketika ini kawasan berkenaan menjadi tarikan lebah untuk bersarang kerana terdapat bunga-bunga akasia mangium serta bunga pokok-pokok gelang tumbuh meliar di kawasan berkenaan. Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tercampak masuk sungai

Posted: 16 Jul 2011 05:00 PM PDT

Tercampak masuk sungai BUKIT TINGGI - Seorang remaja maut dalam kemalangan di Kilometer 42.7, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, kira-kira jam 11.50 pagi, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, mangsa dikenali sebagai Mohd Firdaus Saidin, 20, beralamat di Felda Ulu Jempol, Bandar Jengka.

Menurutnya, mangsa yang juga pelajar Universiti Teknologi Mara (Uitm) Sri Iskandar menunggang motosikal jenis RXZ seorang diri dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Bandar Jengka.

"Setibanya di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai terbabas ke kiri jalan dan kemudiannya melanggar tembok batu.

"Selepas itu, mangsa tercampak ke dalam sungai iaitu 15 meter dari aras bumi," katanya kepada Sinar Harian.

Mohamad Mansor berkata, akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal di tempat kejadian.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih diteruskan," katanya.

Kanak-kanak lemas

Posted: 16 Jul 2011 05:00 PM PDT

Kanak-kanak lemas KUALA KRAI - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang sedang berkelah bersama keluarga di Air Terjun Lata Kertas, dekat Dabong, di sini, mati lemas ketika mandi di air terjun itu, petang kelmarin.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Azmi Ibrahim berkata, mayat mangsa, Siti Nurwahyu Ghazali ditemui anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) atau Unit Skuba Bomba, jam 7.15 petang.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, kejadian kira-kira jam dua petang dipercayai berlaku selepas mangsa tergelincir dan jatuh dari atas batu besar di kawasan air terjun itu.

"Mayat mangsa ditemui di lokasi dia dikatakan jatuh dalam keadaan tersangkut pada satu lubang yang terdapat di celah batu di dasar air terjun itu.

"Empat anggota PPDA yang melakukan operasi menyelam hanya mengambil masa kira-kira tiga minit sebelum menemui mangsa," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Azmi berkata, mayat mangsa yang beralamat di Kampung Dalam La, Meranto, Gua Musang dihantar ke Hospital Kuala Krai (HKK) sebelum dituntut oleh keluarga.

Sementara itu, Azmi berkata, pihaknya mengambil masa hampir dua jam untuk sampai ke tempat kejadian memandangkan kedudukan air terjun itu yang agak jauh iaitu kira-kira 12 kilometer dari pekan Dabong.

Katanya, selain empat anggota PPDA, seramai dua anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai dan sembilan anggota dari Gua Musang turut serta pada operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Fitnah polis perbuatan biadap

Posted: 16 Jul 2011 05:00 PM PDT

Fitnah polis perbuatan biadap SEREMBAN - Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang se-ngaja memfitnah dan memburukkan polis supaya orang ramai hilang keyakinan terhadap pasukan itu.

Beliau berkata, perbuatan berbentuk hasutan itu harus dihentikan segera kerana dianggap biadap dan boleh menjejaskan nama baik negara.

"Pada perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), 9 Julai lalu, pihak polis cuma melaksanakan tanggungjawab dalam menguat kuasakan undang-undang.

"Namun, masih ada yang memfitnah pihak polis. Jika mereka tetap meneruskannya, kita akan ambil tindakan lebih-lebih lagi kepada yang melampau," katanya.

Hadir sama, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh dan Timbalannya, Datuk Abd Manan Mhd Hassan.

Berikutan itu, Khalid berkata, orang ramai diminta agar tidak terpengaruh dakyah dan fitnah pihak yang ingin mencemarkan nama baik polis.

"Mereka ingin rakyat percaya polis bertindak zalim dan ganas sedangkan kehadiran kami untuk memberi perlindungan," katanya.

Berhubung dakwaan Bersih akan mengadakan perhimpunan lagi, beliau berkata, penganjur perlu menghantar permohonan mengikut cara yang betul.

Menurutnya, kelulusan boleh dipertimbangkan sekiranya perhimpunan dibuat mengikut landasan undang-undang dan proses yang betul.

100 laporan polis desak enam dibebaskan

Posted: 16 Jul 2011 05:00 PM PDT

100 laporan polis desak enam dibebaskan PETALING JAYA – Lebih 100 laporan polis dibuat seluruh negara semalam bagi mendesak pembebasan enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan dibawah Ordinan Darurat (EO) sejak dua minggu lalu.

Pengerusi PSM, Dr Mohd Nasir Hashim berkata, kesemua laporan itu dibuat oleh badan bukan kerajaan (NGO), cawangan PSM dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) di setiap negeri.

Menurutnya, laporan dibuat terhadap tiga individu iaitu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

"Paling merisaukan kami ialah kesihatan Dr Jeyakumar Devaraj kini di tahap membimbangkan kerana terpaksa dihantar dua kali ke hospital ke-rana serangan jantung sejak ditahan 25 Jun lalu," katanya.

Hadir sama, Pengerusi PRM, Dr Rohana Ariffin.

"Kami berharap semua tahanan terbabit dapat dibebaskan atau setidaknya didakwa di mahkamah jika polis mempunyai bukti mereka telah melakukan kesalahan," katanya. :

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Mahkluk halus tumpang solat

Posted: 15 Jul 2011 05:00 PM PDT

Mahkluk halus tumpang solat BATU PAHAT - Terkejut, pelik, tergamam dan banyak lagi persoalan yang bermain di fikiran empat sekeluarga yang menghuni rumah di Kampung Desa Penyayang, Sri Medan, apabila ruang rumah mereka dijadikan tempat untuk solat jenazah makhluk halus.

Kejadian berkenaan disedari apabila penghuni rumah berkenaan pulang setelah beberapa ketika mengosongkan kediaman mereka.

Mohd Amin Kamil, 46, berkata, kejadian pelik di rumahnya mula berlaku tiga tahun lalu, apabila isterinya, Rahimah Mohamed, 49, mengemas sejadah yang terbuka.

Katanya, pada mulanya isterinya menganggap anak mereka menunaikan solat dan terlupa melipat sejadah tersebut.

Bagaimanapun anak mereka menafikan dan memberitahu dia belum lagi menunaikan solat.

"Saya dan isteri mula berasa pelik dengan kejadian ini dan membiarkannya sahaja dan tidak berkata apa-apa. Kami beranggapan mungkin ada di antara kami terlupa mengemas sejadah berkenaan.

"Tetapi perkara itu berulang kembali dan ia berlaku tiga kali berturut-turut, di mana kejadian berkenaan berlaku apabila masuknya waktu solat Asar, Maghrib dan juga Isyak.

"Perkara ini juga akan berlaku ketika matahari sedang naik, dan ia hanya berlaku apabila awal Muharam, tetapi kami diamkannya sahaja dan menganggap 'mereka' hanya menumpang solat," katanya kepada Sinar Harian.

Kain batik lepas terbentang sendiri

Menurut Mohd Amin, bagaimanapun sesuatu mengejutkan berlaku apabila dia pulang sahaja ke rumah Khamis lalu dan mendapati di satu ruang dalam rumahnya terdampar sejadah untuk solat berjemaah.

Katanya, lebih mengejutkan di hadapan sekali dia melihat bantal dan juga kain batik lepas dibentang seperti menutup seorang jenazah.

"Saya terkejut dengan kejadian berkenaan dan bergegas keluar memberitahu isteri.

"Isteri saya memberitahu, sebelum dia keluar, rumah dikunci. Lalu kami teringatkan perkara yang berlaku sebelum ini di rumah.

"Sebelum itu, awal pagi dan sehari sebelum ini, saya mendapati sejadah di rumah kami terbentang seperti selalu. Kami membuat andaian mungkin salah seorang daripada makhluk halus berkenaan telah meninggal dunia," katanya.

Sebelum ini, katanya, dia berhubung dengan beberapa ustaz dan mereka menyatakan makhluk berkenaan hanya untuk menumpang sahaja dan tidak mengganggu isi rumah.

Sebelum ini katanya, kejadian seumpama ini tidak pernah berlaku walaupun mereka telah mendiami rumah tersebut hampir 19 tahun.

Tiga rumah teres setingkat hangus

Posted: 16 Jul 2011 05:00 PM PDT

Tiga rumah teres setingkat hangus PETALING JAYA - Tiga rumah teres setingkat musnah dalam kebakaran melibatkan kerugian kira-kira RM400,000 di Jalan 14/3, Seksyen 14, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, pasukan bomba dan penyelamat menerima panggilan daripada orang awam bergegas ke lokasi kejadian dengan dua jentera dari Balai Seksyen 7 dan Balai Jalan Penchala.

Ketua balainya, Esa Aini berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengawal api daripada terus merebak.

Bagaimanapun, api berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 12.10 tengah hari.

"Kebakaran bermula dari rumah tengah sebelum merebak ke rumah sebelah kiri dan kanan.

Menurutnya, pihaknya belum dapat mengenal pasti punca kejadian, tetapi pasukan unit forensik sedang menyia-sat punca kebakaran berkenaan.

Esa berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana ketika kejadian penghuni sempat menyelamatkan diri.

Wanita hamil lapan bulan maut

Posted: 16 Jul 2011 05:00 PM PDT

Wanita hamil lapan bulan maut KULIM - Seorang wanita yang sarat mengandung maut manakala suami dan pembantunya cedera apabila kederaan yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan lori pasir di persimpangan lampu isyarat Taman Selasih di sini, kira-kira jam 11.45 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, Shalini Mohd Yusof, 26, mati di tempat kejadian, manakala suaminya Norhusaini Normadi, 26, dan pembantunya Hamdan Abdullah, 61, cedera parah dan dirawat di Hospital Kulim.

Kejadian berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dipandu Norhusaini dirempuh sebuah lori pasir ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat.

"Tayar lori pasir yang datang dari Taman Angsana itu meletup sebaik tiba di selekoh Taman Selasih mengakibatkan lori terbabit hilang kawalan lalu merempuh kenderaan mangsa.

"Kejadian itu menyebabkan pasir yang dibawa lori terbabit tumpah di atas jalan raya lalu menimbus Toyota Hilux itu," katanya, semalam.

Difahamkan, ketiga-tiganya dalam perjalanan ke masjid Junjung untuk menghantar makanan.

"Jentolak digunakan untuk mengangkat lori yang menghempap kenderaan terbabit.

"Pasukan bomba terpaksa memotong bumbung kereta itu untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di tempat duduk belakang dan berada dalam keadaan tertiarap serta ditimbus pasir," katanya.

Berdasarkan pemeriksaan awal, mangsa yang hamil lapan bulan maut kerana mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Lebih menyedihkan, bayi dalam kandungannya juga gagal diselamatkan.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.

Ghuzlan berkata, polis akan menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sikap berbahasa: Bahasa Melayu, Inggeris

Posted: 16 Jul 2011 05:00 PM PDT

Perbincangan tentang bahasa Melayu dan Inggeris tampaknya tidak mudah tiba pada pengakhirnya. Hal ini kerana kedua-dua bahasa tersebut amat penting dalam konteks Malaysia. Apabila kita membaca setiap pandangan dalam polemik yang panjang ini, kita dapati isinya tidak begitu ditambah-tambah. Perkara yang diulang-ulang ialah emosi dan sindiran.

Perbahasan diteruskan, serentak dengan itu kemajuan penggunaan dan pembelajaran kedua-dua bahasa itu tetap diusahakan, baik oleh institusi pendidikan swasta, mahupun Kementerian Pelajaran.

Dalam tutorial lepas, saya sebutkan tentang yuran agak mahal untuk kursus bahasa Inggeris, iaitu melebihi RM1,000 untuk sebulan. Anak-anak muda masih sanggup ke institusi berkenaan, kerana yakin bahasa Inggeris akan membawa mereka ke arah kemajuan. Ibu bapa yang mampu tidak keberatan, anak-anak itu dahagakan ilmu, dan yang mahu dikuasainya ialah bahasa Inggeris. Ini tidak berbeza daripada ilmu lain, misalnya Biologi, Sejarah, Teknologi Maklumat dan banyak lagi.

Nilai yang diberikan kepada bahasa Inggeris cukup tinggi atas alasan pekerjaan. Jika pejuang bahasa Melayu betul-betul ingin menaikkan nilai bahasa Melayu mengikut jalan sama, maka segi pekerjaanlah yang perlu difikirkan secara serius. Ambil hakikat ini: Pertama, pemegang ijazah mahir bahasa Inggeris akan memperoleh pekerjaan lebih cepat, dan pangkatnya lebih tinggi berbanding pemegang ijazah yang sama, tetapi tidak dapat berbahasa Inggeris dengan baik. Kedua, terdapat pemegang diploma berjawatan lebih tinggi (atau gaji besar) daripada pemegang ijazah, kerana si pemegang diploma mahir berbahasa Inggeris. Ini berlaku di firma-firma.

Mungkin sukar untuk pejuang bahasa Melayu mendapatkan jalan sama buat masa ini. Dari segi politik, kita sering mendengar kecintaan kepada bahasa Melayu dalam gaya palsu melalui percakapan ahli politik dan pemimpin lain di televisyen dan pada majlis-majlis ceramah.

Apakah sikap kita terhadap perkara ini?

Bagi saya senang sahaja, jangan bersikap sinis. Pelajarilah ciri-ciri bahasa Inggeris yang menimbulkan rasa cinta orang kita, dan orang lain juga. Saya ada moto, "bahasa Melayu kita cintai, bahasa Inggeris kita hargai", dengan makna tertentu. Kamal Shukri Abdullah Sani (Timbalan Presiden Persatuan Linguistik Malaysia) membawa moto "bahasa Melayu di junjung, bahasa Inggeris dikendong". (Berita Harian, 14 Julai 2011). Kamal Shukri hairan, mengapakan orang terlalu takut kalau-kalau tersilap berbahasa Inggeris, sedangkan mereka tidak bimbang jika tersilap dalam berbahasa Melayu? Orang merasakan bahasa Melayu berada di tahap alat komunikasi biasa, yang tidak memberatkan kata dan sistem berwibawa.

Telah saya sarankan dalam tulisan yang lepas, nilai tinggi bahasa Melayu berada dalam buku dan makalah-makalah ilmiah. Apabila orang menganggap mempelajari bahasa Melayu itu bererti mencari atau mendapatkan ilmu tinggi, maka orang akan menghargainya. Kita, (ertinya saya, Kamal Shukri, Rejab F.I., Zakaria Ariffin) dan sederet nama yang panjang, tidak akan berjaya di mana-mana peringkat pun, jika kita melaung di tahap emosi. Sayangilah orang berbahasa Inggeris (seperti Datin Noor Azimah Abdul Rahim, Ketua PAGE (Parent Action Group for Education), seperti mana kita sayangi orang berbahasa Melayu.

Satu hal yang agak sering diulang-ulang ialah penamaan bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia. Terdapat pekeliling meminta kita menggunakan Bahasa Malaysia untuk urusan rasmi. Kamal Shukri dalam tulisan sama menyatakan bahasa Melayu itu betul, manakala bahasa Malaysia adalah salah. Namun Presiden Persatuan Linguistik Malaysia, Prof Dr Norhashimah Jalaludin menyebutkan Bahasa Malaysia, dan sekali pun tidak menyebut bahasa Melayu dalam tulisannya (New Straits Times, 19 April 2011).

Bagi saya, perkara itu kecil. Bahkan, apabila Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Padang Besar, Shapie Derani, mengatakan bahasa Melayu ialah bahasa zaman Semenanjung Tanah Melayu, manakala Bahasa Malaysia ialah bahasa zaman tertubuhnya Malaysia, saya lihat ada benarnya. Hal-hal seperti ini tidak memerlukan rujukan perlembagaan. Tingkatkan bahasa kita ini, bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia, agar ia sejalan dengan bahasa Inggeris, walaupun kita mungkin berjaya dalam masa 300 tahun lagi.

Najib, Nik Aziz, Yingluck

Posted: 16 Jul 2011 05:00 PM PDT

Niat baik tidak mesti membawa kita kejayaan apa lagi masuk syurga. Penguasaan ilmu lebih penting dari mengetahui tatabahasa! Sebaik-baiknya kedua-dua lah. Tanpa pengetahuan apa yang kita boleh tulis atau sampaikan walaupun bahasa/ejaan/idiom kita betul?

Ingatan saya cepat kembali pada tahun 1959: Tun Razak, ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan saya wartawan Straits Times Singapura bertugas di Kuala Lumpur. Sebelum pilihan raya umum 1959 – iaitu PRU pertama selepas merdeka; PRU pertama pernah berlaku di Tanah Melayu ialah tahun 1955 – Timbalan Perdana Menteri telah menolak cadangan dan desakan Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung yang berpengaruh itu agar Sultan Idris Training College (SITC) di Tanjung Malim dinaikkan taraf sebagai sebuah universiti. Sebabnya simple dan munasabah sungguhpun tidak bijak dari segi politik: mana boleh sebuah institusi rendah melatih guru-guru sekolah rendah atau primary schools dalam Bahasa Melayu menjelma sebagai institusi pengajian tinggi? Sistem pendidikan seperti tentera, perkhidmatan awam juga organisasi media bertata tingkat: dengan peringkat-peringkat kuasa, taraf – dari yang paling rendah hingga kepada yang tertinggi. Negara kita, seperti United Kingdom, tegas Speaking: 'a hierachical society.' Apa pun di mana pun: dari sekolah rendah ke sekolah menengah, menengah atas, kolej, universiti kolej, universiti dan akademi. Di media – pemberita, ketua pemberita, penolong editor, pengarang, penulis lidah pengarang, ketua pengarang, pengarah urusan dan pengerusi.

Zaman itu kita hanya ada dua tiga kerat saja pensyarah universiti anak Melayu antaranya Ungku Aziz. Mana bisa mahu ada sebuah universiti yang bahasa pengantarnya Bahasa Melayu? Syukur Alhamdulillah, sesudah lama diperjuangkan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akhirnya tertubuh atas kehendak Tun Razak (kerana desakan dan kepentingan politik bukan sebab pendidikan dalam Bahasa Melayu!). Tunku Abdul Rahman dan Khir Johari tidak berapa senang tetapi turut kehendak Biro Politik UMNO yang berpengaruh dan berkuasa serta dipengerusikan oleh Tun Razak. Antara anggotanya yang terpenting ialah Tun Ismail dan Khir Johari. Tun Ismail, setelah berbincang empat mata dengan Tun Razak, menyokong pendirian Tun Razak. Lama setelah UKM berjaya barulah SITC dinaikkan tarafnya kepada universiti.

Antara akibatnya – menolak keinginan Kesatuan Guru-Guru Melayu – UMNO kalah teruk di Terengganu dan Kelantan di tangan Pas tahun 1959. Guru-guru Melayu di bawah kepimpinan Cikgu Mohd Nor Ahmad dari Pulau Pinang, majoriti tokoh UMNO yang terdiri dari guru 'memberontak' dalam pilhan raya itu. Ramai juga sebelum dan selepas pilihan raya itu berhijrah kepada Pas. Waktu penubuhan UKM dibincangkan dalam Biro Politik UMNO – Musa Hitam, setiausaha kerja UMNO dan saya sebagai setiausaha politik Tun Razak hadir atas nama jawatan – Tun Razak dan Tun Ismail tidak mahu peristiwa krisis antara UMNO dan guru-guru Melayu berulang maka penubuhan UKM direstui dan kerajaan diarah melaksananya secepat mungkin. Lagipun pada perkiraan Biro Politik masanya sudah sampai 'dan kena' kata orang Kelantan.

Ilmu kuasa – knowledge is power. Pengetahuan mesti dikejar. Madah Speaking: 'good genes can give an edge, but the right learning/working environment benefits a man or a woman – gen yang baik menyumbang kepada kualiti yang diwarisi. Persekitaran pendidikan/tempat bekerja juga membantu...'

Dalam kolum saya, 21 Januari 2010, saya telah menggunakan istilah REALPOLITIK – sebutan real – pol – i – tik, asal bahasa Jerman yang telah lama diserap ke dalam Bahasa Inggeris ditukar oleh seorang penyunting (saya diberitahu seorang graduan sebuah universiti di utara tanah air) kepada realpolitics. REALPOLITIK (bukan realpolitics) bermakna kekuasaan bergantung semata-mata kepada kuasa totok dan keadaan masa, buka pada falsafah atau idealisme atau moral bagi mencapai kejayaan/matlamat. Minggu lepas kesalahan yang sama berulang. Kata Speaking: 'the same mistake was repeated!' Yang jelas salah sebab keralatan saya sendiri ejaan 'reconcilliation' (salah) dalam kolum itu tidak pula dibetulkan padahal ejaan sebenar perkataan itu hanya satu L sahaja (reconciliation). Apa pun, kalau berwaswas, check lah; kalau tak tahu, tanyalah atau hubungi kolumnis atau rujuk pada fail lama atau kamus! Sesungguhnya kerja kuat, rajin membaca menyumbang kepada bakat.

Demonstrasi BERSIH telah selesai. Semua pihak mendakwa hajat masing-masing tercapai! Kalau saya Perdana Menteri walaupun minda cetek, saya akan melakukan perhitungan politik yang amat salah jika saya mengadakan PRU 13 secara terkejut atau snap polls. Apabila Parlimen dibubar hak mutlak PM (dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong). Adalah prerogatif Tuanku untuk memilih siapa perdana menteri dan bila Parlimen dibubarkan. Siapa berjaya petang Sabtu 9 Julai akan ditentu oleh pengundi dalam pilihan raya umum sama da diadakan tahun depan atau 2013. Saya tidak jangka PRU 13 akan berlangsung pada 11.11.11 atau tahun ini. Perdana Menteri Najib bukan naif, bukan kavalier (tidak berfikir panjang); dia pemimpin yang berhati-hati seperti ayahnya dalam percaturan politik.

Tok Guru Nik Aziz menegaskan dia sokong Bersih dan sedia menunjangkan Bersih yang akan datang. Tambahnya, rakyat perlu diberi peluang dan kebebasan meluahkan perasaan tanpa sekatan. Bisa macam kita berlalu di Mekah dan Saudi Arabia, Tok Guru? Saya juga, seperti Tok Guru, mahu masuk syurga. Siang malam berdoa semoga dosa diampuni-Nya dan diberi pahala pada apa yang saya lakukan yang diperkenankan-Nya. Bagi mencapai keinginan ini kita mesti bersih peribadi, politik, pentadbiran kerajaan, agama, bisnes, media, urusan kewangan, pembahagian zakat hanya pada yang berhak. Menunaikan semua perintah Allah termasuk amal jariah, meninggalkan wang dan harta untuk digunakan bagi pendidikan dan kesempurnaan hidup ummah. Ramai solat tetapi tidak ramai pula yang meninggalkan umpat mengumpat, caci mencaci, gosip, fitnah, hasad dengki, rasuah dan seks haram dan yang berpoligami pula jarang adil! Menipu, merompak, membunuh dan menafikan hak-hak rakyat berleluasa! Dan mempersekutukan Allah Taala!

Yingluck, bakal Perdana Menteri Thailand, belum disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan raya Thailand dia memenangi kerusi Parlimennya. Kita di Malaysia, si pemenang boleh tubuh kerajaan keesokan harinya! Baiknya kita! Di Thailand, walaupun Yingluck dan sekutunya, menang dan kontrol 3/5 anggota Parlimen yang berjumlah 500 itu belum dapat melakukannya. Perdana Menteri Thailand hanya boleh dilantik selepas Parlimen bersidang dan Speaker dipilih – kedua-dua memerlukan masa dua bulan setelah semua pemenang diperakui oleh SPR. Kita di Malaysia lantik PM dahulu. Speaker kemudian! Hebat dan untungnya kita!

Demokrasi ada berbagai bentuk – demokrasi berparlimen, demokrasi ala presidential dan demokrasi ala komunis; demokrasi ala Singapura, ala kita dan Thailand. Sebagai demokrat kita harus faham atas prinsip-prinsip demokrasi ala masing-masing kalau tidak jangan bertanding dalam pilihan raya yang diagak dan dilihat tidak telus serta adil!

Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved