Isnin, 3 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Simbol kekejaman di Syria

Posted: 02 Oct 2011 05:00 PM PDT

Simbol kekejaman di Syria Seorang gadis berumur 18 tahun diculik sebelum dibunuh tanpa belas kasihan.

Zainab Alhusni, hanyalah seorang tukang jahit biasa yang amat disayangi semua di kawasan kejiranannya.

Dalam satu peristiwa tragis, Zainab menjadi simbol kekejaman di Syria yang sedang dilanda konflik semakin meruncing.

Gadis berumur 18 tahun itu, dilihat kali terakhir oleh keluarganya di rumah mereka yang terletak di Homs, sebelum dia keluar ke kedai untuk membeli barang keperluan.

Zainab dipercayai ditahan oleh pasukan keselamatan Syria untuk dijadikan tebusan, kononnya bagi membolehkan abangnya yang juga seorang aktivis menyerah diri.

Bagaimanapun, kumpulan aktivis hak asasi manusia mendakwa remaja itu diperlakukan dengan tidak berperikemanusiaan kerana kepalanya dipenggal dan tubuhnya dikerat.

Jirannya, Waleed Fares berkata, bapa Zainab meninggal dunia ketika dia masih kecil dan ibunya terpaksa menyara hidup tiga anaknya di negara yang tidak mengambil berat terhadap keperluan ibu tunggal.

Kesemua anaknya terpaksa berhenti sekolah supaya mereka boleh bekerja sebagai buruh untuk menambah pendapatan keluarga.

Sebelum ini, Zainab pernah bercita-cita membuka kedai jahitnya sendiri supaya boleh menanggung keluarganya.

Abangnya, Mohammed Alhusni menjadi aktivis terkenal di bandar barat Syria, dia sering mengetuai demonstrasi menentang pasukan keselamatan rejim Presiden Bashar al-Assad.

"Penunjuk perasaan akan mengangkat Mohammed di bahu mereka, supaya dia boleh melaungkan slogan menentang kerajaan. Mohammed sangat disayangi semua orang," katanya.

Mereka akan memuji-mujinya dengan menggunakan nama panggilan; 'Abu Ahmed. semoga Allah melindungi kamu!'

Pasukan keselamatan memburu Mohammed selama beberapa bulan dan turut melakukan serbuan di rumah keluarganya beberapa kali sehingga mereka terpaksa berpindah ke kawasan kejiranan berhampiran, 25 Julai lalu.

Jiran keluarga tersebut berkata, pada 27 Julai lalu, Zainab tidak pulang ke rumah.

"Jika abangnya yang ditahan, keadaan mungkin lebih berbeza. Tetapi mereka 'menculik' Zainab, anak perempuan yang menjadi lambang kebanggaan dan kehormatan keluarga. Ibunya terlalu tertekan sehingga menjadi seperti mayat bernyawa," menurut Fares lagi.

Jiran dan keluarga terdekat saling memberikan sumbangan untuk meringankan masalah kewangan yang ditanggung keluarga itu.

Beberapa hari selepas Zainab hilang, anggota pasukan keselamatan mahu mengadakan pertemuan untuk menukarkan gadis tersebut dengan abangnya di kawasan kejiranan pro Assad.

"Keluarga itu tidak percaya dengan kata-kata mereka kerana ia mungkin perangkap untuk menangkap Mohammed. Mereka sendiri tidak pasti sama ada Zainab masih hidup atau sebaliknya," tambahnya.

Pada 10 September, Mohammed terkorban semasa melakukan tunjuk perasaan.

Dalam satu rakaman video yang dimuat naik oleh adiknya, Yousif Alhusni ke dalam laman YouTube, dia mendakwa abangnya ditembak berkali-kali di dada dan satu das tembakan lagi dilepaskan ke dalam mulutnya.

"Tangannya juga patah dan terdapat juga kesan cucuhan rokok pada mukanya," menurut Yousif.

Semasa keluarga tersebut mahu menuntut mayat Mohammed di hospital, beberapa doktor mendakwa terdapat satu lagi mayat ditandai dengan nama 'Zainab Alhusni' dan tidak dituntut oleh sesiapa.

Semua ahli keluarganya terkejut melihat keadaan mayat Zainab yang sangat menyayat hati angkara mereka yang tidak berhati perut, kepala dan tangannya dipancung serta beberapa bahagian tubuhnya melecur mungkin akibat dibakar dengan kejam.

Dalam satu kenyataan secara dalam talian oleh Amnesty International, pihak berkuasa memaksa ibu Zainab menandatangani dokumen mengesahkan, kononnya anaknya diculik dan dibunuh kumpulan bersenjata.

Timbalan Pengarah Amnesty International di Timur Tengah dan Afrika Utara, Philip Luther berkata, jika benar Zainab dibunuh semasa dalam tahanan, ia akan menjadi kes kematian dalam tahanan paling membimbangkan setakat ini.

Kes itu turut mendapat perhatian Pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang turut menggelar insiden tersebut sebagai 'mengerikan' dan contoh keganasan pasukan keselamatan Syria yang dilihat mula menyasarkan ahli keluarga penunjuk perasaan.

Tindakan keganasan kerajaan Syria terhadap penentang antikerajaan, bermula pertengahan Mac lalu selepas kebangkitan penunjuk perasaan.

Laporan oleh PBB menunjukkan sekurang-kurangnya 2,700 terkorban sejak enam bulan lalu tetapi beberapa kumpulan aktivis pula mendakwa angka sebenar korban mencecah 3,000 orang.

Pihak berkuasa di bawah rejim Assad enggan mengulas mengenai kes Alhusni, sebaliknya berterusan menuduh kumpulan bersenjata sebagai dalang mencetuskan keganasan di rantau Arab sejak beberapa bulan lalu.

Selepas kejadian tersebut, kawasan kejiranan Bab Alsibaa, mengadakan demonstrasi untuk menegakkan keadilan terhadap kekejaman yang berlaku ke atas Zainab dan abangnya.

Kumpulan protes itu berikrar, kezaliman berlaku tidak langsung melunturkan semangat mereka sebaliknya mengukuhkan lagi keazaman untuk terus menentang rejim Assad.

Indonesia akan umum calon menteri baru

Posted: 02 Oct 2011 05:00 PM PDT

Indonesia akan umum calon menteri baru JAKARTA - Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhyono merancang untuk mengumumkan beberapa calon untuk menyertai barisan Kabinet yang akan dirombak, bulan ini.

Jurucakap presiden, Daniel Sparingga berkata, calon dipilih berdasarkan kredibiliti dan kewibawaan mereka untuk menjalankan tugas.

Terdahulu, Susilo memutuskan untuk merombak Kabinet selepas menilai prestasi beberapa menteri yang kurang memberangsangkan.

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Kaji semula kadar pencen

Posted: 02 Oct 2011 05:00 PM PDT

Kaji semula kadar pencen ALOR SETAR - Persatuan Pesara-pesara Kerajaan Malaysia negeri Kedah menuntut agar kadar pencen dikaji semula agar pesara dapat menikmati pencen berdasarkan skim gaji kakitangan kerajaan yang terkini.

Presidennya, Datuk Harun Hashim berkata, kadar pencen yang diterima sebelum ini sudah tidak relevan memandangkan taraf hidup semakin meningkat.

"Individu yang sudah lebih 20 tahun bersara dari perkhidmatan berhadapan dengan kesulitan hidup kerana pencen yang diterima adalah rendah, khususnya dalam situasi harga barangan sudah meningkat.

"Justeru kami menuntut agar skim pencen yang diterima oleh pesara sebelum ini dapat dikaji semula dan diubah agar selaras dengan skim persaraan yang ada pada masa kini," katanya pada sidang media, semalam.

Menurutnya, tuntutan berkenaan sudah disampaikan kepada beberapa pihak termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) serta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Jun lalu.

"Bagaimanapun, jawapan yang kami terima dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia baru-baru ini sangat mengecewakan malah ia berbeza daripada tuntutan yang dibuat oleh persatuan.

"Mereka menyatakan bahawa sudah 11 perubahan yang dilakukan di bawah Akta Penyelarasan Pencen 1980 sedangkan kami bukannya menuntut penyelarasan sebaliknya mahu kadar pencen dari kategori skim yang sama diubah mengikut kadar terkini," katanya.

Harun berkata, sehingga kini terdapat kira-kira 30,000 pesara kerajaan daripada pelbagai profesion yang menjadi ahli persatuan dan kadar gaji minimum yang diterima ialah RM720.

» selanjutnya...

Pertama kali kena

Posted: 02 Oct 2011 05:00 PM PDT

Pertama kali kena IPOH – Hasrat seorang doktor untuk rehat pada cuti hujung minggu terpaksa dilupakan apabila klinik kesihatan miliknya di Bandar Baru Putra dipecah masuk, pagi semalam.

Pemiliknya, Dr R Raghu, 50, berkata, beliau dihubungi rakannya kira-kira jam 7.30 pagi yang memberitahu pintu kaca kliniknya rosak teruk.

Beliau bergegas ke lokasi untuk melihat sendiri keadaan kliniknya lebih dekat.

"Saay terkejut apabila melihat pintu cermin pecah manakala pintu bahagian dalam turut diumpil sebagai laluan perompak masuk ke dalam.

"Ketika memeriksa barangan dalam klinik, saya dapati sebuah komputer hilang namun bernasib baik kerana barangan lain masih selamat," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Menurutnya, kejadian berkenaan adalah yang pertama berlaku sepanjang 16 tahun menjalankan operasi klinik itu.

"Nasib baik sewaktu kejadian tiada siapa di dalam, kalau tidak mungkin perkara yang lebih buruk akan berlaku," katanya yang membuat laporan kejadian di Balai Polis Bercham, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Superintendan Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan pihaknya akan menjejaki suspek yang terbabit.

Penunggang degil didenda

Posted: 02 Oct 2011 05:00 PM PDT

Penunggang degil didenda

KUALA LUMPUR - Reka bentuk Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) terhad kepada kegunaan kereta sahaja dan tidak sesuai kepada penunggang motosikal.

Ketua Pegawai Operasi SMART, Mohd Fuad Kamal Ariffin berkata, penunggang motosikal yang melalui terowong terdedah dengan risiko kemalangan selain membahayakan pengguna kenderaan lain.

Menurutnya, SMART melarang pengguna motosikal daripada menggunakan terowong SMART dengan meletakkan peringatan melalui paparan mesej di papan tanda elektronik sistem pesanan pelbagai (VMS) dan juga di papan tanda larangan di pintu masuk-pintu masuk Terowong SMART.

"Pemantauan 24 jam sentiasa dibuat pihak SMART oleh pihak Ronda SMART dan juga kakitangan di bilik kawalan Terowong SMART melalui 220 CCTV yang dipasang di sepanjang Terowong Lebuhraya SMART," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian ketika menjawab permasalahan yang diutarakan pembaca di ruangan interaktif pada 25 September lalu.

Beliau berkata, penunggang yang berdegil berdepan dengan tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 70(4) di mana, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara bagi tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

"Sekiranya pihak SMART mengesan berlaku kesalahan tersebut maka kes ini akan dirujuk kepada pihak berkuasa," katanya.

"Pihak SMART juga membuat perbincangan dengan pihak berkuasa dan jika keadaan memerlukan, operasi yang bersesuaian akan dijalankan bagi mencegah motosikal menggunakan terowong SMART demi keselamatan pengguna Terowong SMART dan juga penunggang motosikal," katanya.

Geram burung asyik dicuri

Posted: 02 Oct 2011 05:00 PM PDT

Geram burung asyik dicuri KUALA TERENGGANU - Gara-gara terlalu geram berikutan burung peliharaannya kerap kali menjadi habuan pencuri burung bersiri, seorang warga emas nekad mengejar pencuri itu walaupun menyedari nyawanya terancam dalam satu kejadian di Jalan Pintasan, Kampung Gong Kapas, di sini, pagi semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.20 pagi itu, Rozali Mohamed, 58, yang juga merupakan salah seorang kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sanggup bergadai nyawa cuba menangkap pencuri burung terbabit walaupun diugut dengan sebilah pisau sepanjang 30 sentimeter.

Menceritakan detik cemas itu, Rozali berkata, semasa kejadian, dia yang baru hendak keluar dari rumah untuk menghantar dokumen ke Pejabat Agama Islam di sini, telah terdengar bunyi burung peliharaannya yang kecoh seolah-olah sedang diusik.

"Mendengar bunyi bising itu, saya berasa tidak sedap hati dan mengambil keputusan untuk berpatah balik ke arah sangkar burung peliharaan yang diletakkan di belakang rumah.

"Tetapi, setibanya di simpang rumah, saya terserempak dengan pencuri itu yang menunggang motosikal jenis Kriss dan di dalam raganya terdapat sebuah kotak berwarna coklat yang mengandungi tiga ekor burung baji saya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Rozali berkata, bengang melihat burung peliharaannya dicuri lagi, tanpa berfikir panjang dia cuba menangkap pencuri terbabit dengan mengejarnya kira-kira 300 meter dari rumahnya.

"Bagaimanapun, pencuri itu berjaya melarikan diri setelah cuba hendak menikam perut saya dalam pergelutan itu. Namun, dia tidak sempat membawa lari motosikalnya selepas menyedari kehadi-ran orang awam yang cuba membantu.

"Walaupun saya tidak sempat mengecam wajahnya, namun saya yakin dia bukan penduduk di sini dan usianya dalam lingkungan awal 20-an," katanya.

Katanya, sememangnya dia mencari pencuri itu kerana burung peliharaannya sering kali dicuri semenjak Ramadan lagi sehinggakan dia terpaksa menanggung kerugian hampir RM10,000 atas perbuatan individu tidak bertanggungjawab itu.

"Saya pernah beberapa kali membuat laporan polis berhubung kecu-rian burung peliharaan saya ini dan disebabkan itulah, hari ini apabila saya terserempak sendiri dengan pencuri itu, saya nekad untuk menangkapnya dan membawa dia ke muka pengadilan, namun apakan daya, dia berjaya melarikan diri," katanya.

Dalam kejadian itu, Rozali mengalami kecederaan ringan di baha-gian siku dan lutut akibat terjatuh semasa pergelu-tan itu.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Tambang AirAsia kekal murah

Posted: 02 Oct 2011 05:00 PM PDT

Tambang AirAsia kekal murah AirAsia memberi jaminan untuk terus kekal sebagai syarikat penerbangan tambang murah dan mengekalkan struktur tambangnya meskipun menjalin kerjasama dengan Malaysia Airlines (MAS), baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tony Fernandes menegaskan tambang AirAsia tidak akan dinaikkan atau akan berlaku situasi kurang persaingan.

"AirAsia bermula sebagai sebuah syarikat penerbangan tambang murah dan kami akan kekal sebagai syarikat penerbangan tambang murah. Tidak akan ada faedah bagi kami (AirAsia) sekiranya tambang dinaikkan," katanya selepas menyampaikan taklimat di Kolej Tunku Abdul Rahman, di Kuala Lumpur.

Tony berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan bahawa AirAsia akan menaikkan tambang, yang sekali gus mengurangkan persaingan antara kedua-dua syarikat penerbangan itu.

Menurutnya, AirAsia adalah syarikat penerbangan berkisar tentang tambang murah, untuk mendapatkan lebih banyak penerbangan, mereka perlu menawarkan tambang murah.

"Anda ada pilihan, jika anda tidak suka dengan tambang kami (AirAsia), anda tidak akan menggunakan perkhidmatan penerbangan kami," katanya sambil menambah AirAsia sendiri perlu bersaing untuk mendapatkan perniagaan.

Katanya, rakyat Malaysia perlu meletakkan keyakinan terhadap kerjasama (antara MAS dan AirAsia) yang bukan sahaja akan memberi faedah kepada industri tetapi juga negara.

"Biasanya, rakyat Malaysia hanya dapat diyakinkan selepas mereka melihat kejayaan, mereka kemudiannya akan menyesal dengan kesilapan mereka.

"Oleh itu, berilah kami sedikit masa dan kami akan membuktikan kepada anda yang janji niaga ini akan menguntungkan," kata Tony, sambil menambah beliau mengalu-alukan pihak-pihak yang mengkritik AirAsia, MAS atau perjanjian pertukaran saham itu dan mendengar segala pandangan dan pendapat :mereka.

Sementara itu, Tony berharap Malaysia Airports akan menyedari faedah perjalanan tambang murah dengan memberikan lebih banyak terminal tambang murah di lapangan terbang Malaysia.

"Kami mempunyai sebuah terminal di Kota Kinabalu dan kami berharap mempunyai sebuah di Pulau Pinang dan di Kuching, Sarawak, kerana kami merasakan perjalanan tambang murah adalah satu perniagaan berasingan daripada premium," katanya.

AirAsia juga dijangka meningkatkan operasi AirAsia Japan, Thailand, Indonesia dan Filipina.

Katanya, keadaan semasa kelihatan baik kerana Air Asia terus mencatatkan lebih banyak laluan dengan lebih banyak kekerapan dalam 12 bulan lalu.

"Dari segi kewangan, suku ketiga kami nampaknya menggalakkan, saya harap suku keempat juga akan sangat baik dan saya tidak bimbang dengan kemelesetan sekiranya berlaku.

"Secara realitinya, sekarang masa gemilang MAS dan AirAsia kerana kami boleh mendahului dalam perniagaan dan trafik penumpang manakala yang lain (syarikat penerbangan) masih bergelut," katanya.

Sukimi tembusi pasaran di Eropah

Posted: 02 Oct 2011 05:00 PM PDT

Sukimi tembusi pasaran di Eropah Jenama minyak pelincir Bumiputera, Sukimi mulai mendapat tempat dan kepercayaan di pasaran antarabangsa, khususnya Eropah berikutan penyertaannya atas tiket Malaysia ke Pameran Offshore Europe 2011 di Aberdeen, United Kingdom, awal September lalu.

Sambutan hangat itu terus diperkuatkan dengan tukaran nilai mata wang ringgit Malaysia (RM) dengan Euro, sekali gus menjadikan harga produk keluaran syarikat Sukimi Lube (M) Sdn Bhd yang berpangkalan di Shah Alam, amat berdaya saing.

Maklum balas hasil kunjungan ramai wakil syarikat asing ke gerai Sukimi sempena Offshore Europe, turut menggambarkan minat mereka terhadap mutu perkhidmatan Sukimi Lube dari segi ketepatan penghantaran dan cara pembungkusan minyak pelincir berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muhazli Muhammad berkata, penerimaan pengunjung di Eropah terhadap produk berjenama Sukimi sangat memuaskan dan meyakinkan mereka untuk menjalinkan usaha sama perniagaan.

"Gerai Sukimi di Aberdeen juga menjadi antara tarikan utama Offshore Europe. Antara syarikat yang berminat bekerjasama dengan Sukimi Lube ialah Saudi Aramco (Arab Saudi), Ben More Energy Limited dan Northern Oils serta Internet AGE (United Kingdom)," katanya.

Muhazli berkata, di pasaran baru itu nanti Sukimi Lube cuba menempatkan produknya dalam industri petrokimia, pembuatan dan perkhidma-tan yang menggunakan minyak pelincir industri selain membuat produk pengeluar perkakasan asal (OEM) yang dikeluarkan atas jenama yang dimohon syarikat di sana.

Setakat ini, Sukimi Lube turut membekalkan minyak pelincir kepada agensi kerajaan khususnya Kementerian Pertahanan, Jabatan Kerja Raya, dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Remaja terbabit seks bebas

Posted: 02 Oct 2011 05:00 PM PDT

Remaja terbabit seks bebas KOTA BHARU-Kerapuhan institusi keluarga menjadi punca utama golongan remaja terjebak dalam perlakuan seks bebas yang kian membimbangkan masyarakat kini.

Mufti Negeri Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, remaja mudah terdedah dengan anasir tidak baik hanya disebabkan pelbagai pengetahuan boleh diperoleh melalui hujung jari yang boleh didapatkan melalui Internet.

"Golongan remaja yang hidup dalam institusi keluarga yang tidak kuat akan mencari alternatif lain untuk mengisi kekosongan jiwa.

"Keseronokan melayari laman web tanpa dikawal mendorong golongan ini melayari laman web lucah dan akhirnya mencuba sendiri perlakuan melalui maklumat yang diperoleh sehingga melakukan hubungan seks dan akhirnya melahirkan anak luar nikah," katanya kepada Sinar Harian.

Mohamad Shukri berkata, golongan terbabit tidak mempunyai tunjang kehidupan dan aqidah sehingga sanggup membelakangkan agama Islam hanya kerana ingin memenuhi tuntutan nafsu.

"Seharusnya peranan ibu bapa penting bagi mengawal tingkah laku anak-anak mereka agar tidak terjebak dalam situasi ini.

"Pengawasan yang sewajarnya perlu diberikan kepada golongan belia bagi mengatasi masalah ini di samping penguatkuasaan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT)," kata Mohamad Shukri.

Beliau mengulas mengenai peningkatan statistik hubungan luar nikah yang dilaporkan oleh akhbar tempatan semalam, berhubung kes pembuangan bayi di negara ini yang melibatkan tiga daripada enam remaja yang berumur 15 hingga 28 dan merupakan lulusan universiti terdorong melakukan perbuatan terbabit.

Mereka didakwa didorong melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam itu hanya kerana perasaan ingin tahu setelah menonton video lucah.

Melalui kajian yang dilakukan oleh Institusi Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) pada September hingga November tahun lalu, kes yang melibatkan golongan remaja wanita mengandung sebelum berkahwin, negeri Kelantan, Johor dan Melaka mencatat angka tertinggi dalam kes terbabit.

Taktik tidak menjadi

Posted: 02 Oct 2011 05:00 PM PDT

Taktik tidak menjadi KUANTAN – Taktik seorang peniaga ikan di sebuah jeti di sini, yang kononnya menggunakan mesin faks untuk menjalankan urus niaga ikan akhirnya terbongkar apabila pihak polis menjalankan serbuan dalam Ops Dadu (Judi Ekor Haram), di sini, kelmarin.

Dalam operasi yang dijalankan di Perkampungan Bukit Setongkol Perdana itu, pihak dari Cawangan Pencegah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian D7 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang bertindak menyerbu rumah itu hasil intipan dan maklumat orang awam.

Ketika serbuan jam 6 petang itu, tauke loteri dalam lingkungan umur 40-an itu sedang nyenyak tidur di ruang tamu rumahnya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) negeri, Superintendan Mohd Haris Daud berkata, ketika disoal siasat, tauke berkenaan berpura-pura tidak tahu tentang aktiviti judi ekor haram itu.

"Setelah menjalankan pemeriksaan, polis merampas 1 mesin faks, 1 modem, 1 mesin kira, sebuah telefon bimbit, sim kad telefon bimbit, wang berjumlah RM2042, 69 keping kertas tercatat angka-angka serta bil elektrik.

"Ketika ditanya, lelaki berkenaan memberikan alasan menggunakan barang-barang tersebut untuk kemudahan urus niaga dengan pelanggan," katanya.

Lelaki berkenaan bagaimanapun ditahan dan dibawa ke IPD untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, dalam operasi yang sama, polis turut menahan empat orang wanita dan lima orang lelaki dalam lingkungan umur 40 hingga 60 tahun hasil serbuan di tujuh lokasi di Perumahan Teruntum, Bukit Sekilau, Semambu, Kubang Buaya dan Sungai Lembing.

Mohd Haris berkata, jumlah keseluruhan rampasan yang berjaya dilaksanakan kelmarin, adalah 145 helai kertas tercatat angka-angka yang disyaki loteri awam haram, 17 buku yang mengandungi catatan angka-angka, lima mesin faks, sebuah modem, 10 mesin kira-kira, enam telefon bimbit, dua sim kad, 12 batang pen, empat helai bil elektrik dan wang tunai sebanyak RM33, 991.

Mereka yang ditahan akan disiasat di bawah Katanya Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang boleh dikenakan denda tidak kurang RM 20,000 dan tidak lebih dari RM 200,000 dan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun.

"Pihak polis akan sentiasa mengambil tindakan dalam membanteras aktiviti perjudian secara berterusan.

"Justeru, pihak polis berharap masyarakat tidak terlibat dalam kegiatan perjudian ini dan meminta kerjasama daripada orang ramai untuk menyalurkan maklumat sekiranya ada kegiatan perjudian," katanya.

Murid tahun 4 dirempuh kereta

Posted: 02 Oct 2011 05:00 PM PDT

Murid tahun 4 dirempuh kereta JOHOR BAHRU – 'Berpantang maut sebelum ajal', seorang murid tahun empat sebuah sekolah rendah di sini parah selepas dirempuh sebuah kereta ketika cuba melintasi Jalan Skudai tanpa menggunakan jejantas berhampiran Bandar Baru Uda, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Mohd Faiz Abd Samad, 10, bersama tiga lagi rakannya dipercayai cuba melintas jalan berkenaan dari arah sebuah kilang berdekatan menuju ke Skudai Kiri.

:Bagaimanapun, tindakan mangsa gagal selepas dirempuh kenderaan terbabit menyebabkannya tercampak kira-kira 10 meter.

Terkejut dan panik dengan insiden yang menimpa Mohd Faiz, tiga rakannya yang berjaya melintasi jalan berkenaan melarikan diri meninggalkan tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan ketika dihubungi, mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kemalangan itu.

"Siasatan awal mendapati mangsa cuba melintas lebuh raya terbabit bersama tiga rakannya, namun kanak-kanak malang itu tidak sempat menyeberangi jalan seterusnya dilanggar sebuah kereta sebelum melambung berhampiran bahu jalan.

"Difahamkan, tiga rakannya menghilangkan diri kemungkinan takut serta panik dengan kejadian yang menimpa mangsa," katanya.

Menurutnya, mangsa yang tidak sedarkan diri sejurus kemalangan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) oleh pemandu kereta terbabit bagi rawatan kecemasan.

"Mangsa belum sedarkan diri dan difahamkan kanak-kanak itu sudah menjalani pembedahan malam tadi (malam kelmarin) bagi membuang darah beku di kepalannya.

"Kita juga sudah mengambil keterangan pemandu terbabit bagi membantu siasatan," katanya.

Sehubungan itu, Ruslan meminta orang ramai yang melihat kejadian itu tampil menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda atau dipenjara tidak melebihi 12 bulan.

BN tidak tentang hudud: Dr M

Posted: 02 Oct 2011 05:00 PM PDT

BN tidak tentang hudud: Dr M

JITRA - Barisan Nasional (BN) bukan menentang pelaksanaan hukum hudud tetapi ia tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai penduduk pelbagai kaum dan agama.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jika Malaysia didiami seratus peratus orang Islam, ia wajar dilaksanakan.

"Jika mahu laksana hudud, perlu bersikap adil. Pas kata hukum ini hanya untuk orang Islam bermakna bukan Islam dikecualikan. Bagaimana hukuman akan dijalankan untuk kesalahan jenayah yang sama, contohnya apabila dua orang mencuri, yang Islam potong tangan manakala bukan Islam dipenjara, adilkah?" katanya.

Katanya, beliau sendiri bukan tidak bersetuju dengan hudud tetapi perlu disesuaikan dengan situasi negara ini.

"Berapa banyak negara Islam amalkan hukum hudud? Saya pun hairan kenapa Pas terlalu menekankan isu hudud ini, seolah-olah jika tak ada hudud, bukan Islam. Sedangkan Islam hanya selepas kita ucap syahadah," katanya.

Mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang bertegas akan melaksanakan hudud di negara ini, jika proses pindaan Perlembagaan diluluskan Parlimen tanpa perlu menunggu Pakatan Rakyat (PR) memenangi majoriti dua pertiga pada pilihan raya akan datang, Dr Mahathir berkata, "jika mereka benar-benar yakin, usul itu boleh dibawa dalam Dewan Rakyat."

"Suruh beliau bawa usul itu dalam Dewan Rakyat, jika ramai wakil rakyat setuju, pindalah. Tetapi beliau harus ingat, perlu dapatkan sokongan dua pertiga majoriti," katanya.

Berhubung pendirian Pas yang masih bertegas melaksanakan hudud di Kelantan dan Terengganu, Dr Mahathir berkata, mereka sekadar berjanji kerana yakin mereka akan kalah.

"Mereka berani cakap sahaja sebab akan kalah, jadi tak perlu tunaikan janji, macam sebelum ini mereka janji masuk syurga jika sokong Pas," katanya.

Perlu ambil kira politik, ekonomi

Posted: 02 Oct 2011 05:00 PM PDT

Perlu ambil kira politik, ekonomi

SHAH ALAM - Perlaksanaan undang-undang Islam, iaitu hudud, perlu mengambil kira situasi politik dan ekonomi semasa: sesebuah negeri atau negara.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, pemerintahan Khalifah Saidina Umar al-Khattab tidak melaksanakan hukuman memotong tangan pencuri kerana pada ketika itu masyarakat Islam berada dalam keadaan kemiskinan.

"Jika Umar terus laksana, akan berlaku ketidakadilan kerana ketika itu masyarakat memerlukan makanan untuk hidup sehingga ada yang terpaksa mencuri.

"Mengambil contoh kes ini, kita dapat simpulkan Hudud boleh dilaksanakan atau tidak bergantung kepada situasi negara pada masa kini," katanya kepada :Sinar Harian, baru-baru ini.

Beliau berkata, matlamat hudud disalah erti kerana tujuan sebenarnya untuk melahirkan umat Islam beriman kepada ALLAH kerana hukuman yang ditentukan untuk membersihkan jiwa.

Katanya, hudud tidak boleh dipandang dari aspek hukuman semata-mata.

"Sebenarnya hudud untuk membantu umat Islam menjadi masyarakat yang dihormati oleh bukan Islam dan menjalani kehidupan aman damai kerana hukuman berkenaan menjadi panduan kepada orang lain supaya tidak berbuat demikian.

"Perkara ini bukannya baru, malah Rasulullah SAW telah pun membuktikan ketika pemerintahan Baginda, keamanan dikecap hasil perlaksanaan hudud," katanya.

Menurutnya, hudud dijelaskan dalam al-Quran dengan menyeru manusia kepada kebaikan barulah disuruh menyelesaikan kemungkaran.

"Apabila orang Islam dikenakan hukuman mereka tidak melakukannya lagi dan orang bukan Islam pula perlu memahami kenapa diperlakukan sedemikian.

"Jika melihat pada keberkesanan hudud, orang bukan Islam akan tertarik pada Islam kerana melahirkan masyarakat Islam hidup dalam harmoni, manakala umatnya pula dilahirkan sebagai bangsa yang beriman," katanya.

Abdul Rahman berkata, kegagalan melaksanakan hudud menyebabkan umat Islam bukan sahaja tidak boleh menjadi contoh kepada yang bukan Islam, malah akhlak mereka lebih teruk.

Katanya, ini merosakkan imej umat Islam itu sendiri.

Jelasnya, bukan Islam pula tidak perlu takut pada hudud kerana Islam tidak menghukum mereka.

"Mereka perlu faham, setelah melaksanakan hukum secara asasnya pelaku akan terlepas daripada seksaan di akhirat kerana menjalani hukuman semasa di dunia.

"Namun ALLAH sahaja menentukan sama ada dosa mereka dihapuskan atau tidak kerana kita sebagai manusia hanya melaksanakan apa yang disuruh," katanya.

Menurutnya, sebahagian undang-undang berkaitan hudud sebenarnya telah dilaksanakan di negeri seluruh Semenanjung Malaysia.

Katanya, bagi penzina yang belum berkahwin, hudud menetapkan 100 sebatan, namun enam sebatan sahaja dibenarkan.

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Nafas peruntukkan RM 200,000 kepada anak peladang

Posted: 02 Oct 2011 05:00 PM PDT

Nafas peruntukkan RM 200,000 kepada anak peladang

SINTOK - Pertubuhan peladang kebangsaan (Nafas) memperuntukkan sebanyak RM 200,000 bagi membantu anak peladang melalui program perintis melibatkan 20 peserta yang akan bermula Januari tahun depan.

Semua mereka akan mengikuti latihan selama setahun dan bayaran elaun sebanyak RM 1,200 sebulan akan diberikan kepada mereka.

3 wakil PR

Posted: 02 Oct 2011 05:00 PM PDT

3 wakil PR

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tiga nama yang akan mewakili Pakatan Rakyat (PR) dalam jawatankuasa khas terpilih parlimen yang bakal ditubuhkan.

Mereka adalah Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, mewakili PKR, dari Pas Dr Hatta Ramli yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai dan Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Mengambil iktibar politik Cina

Posted: 02 Oct 2011 05:00 PM PDT

Isu hudud bergema lagi, belum pun sempat isu-isu lain ditangani. Begini lelucon politik Malaysia. DAP sudah memberi amaran kepada Pas. MCA menggertak Umno untuk keluar Barisan Nasional jika Umno bersetuju atau memberi sokongan kepada Pas melaksanakan hudud. Terfikir pula, kuat sangatkah MCA? Tidakkah MCA (termasuk Gerakan) sedar, selama ini mereka hanya bergantung harap kepada undi Melayu untuk menang. Jika mereka bertanding di kawasan majoriti Cina, awal-awal lagi telah bungkus. Janganlah terlalu bongkak.

Kepada umat Islam, jika kita boleh menerima sistem atau ideologi lain seperti demokrasi, sosialis komunis, dan sebagainya, kenapa kita begitu elergi dengan sistem pemerintahan Islam? Lagipun, hudud adalah untuk orang Islam, tidak ada kena mengena dengan bukan Islam. Apatah lagi negeri Kelantan yang penduduknya lebih 90 peratus umat Islam. Saya tidak nampak hasrat kerajaan Kelantan perlu ditentang.

Biarkanlah kerajaan Kelantan melakukan percubaan ini. Jika berjaya, Alhamdulillah. Jika tidak, sama-sama kita bermuhasabah kenapa ia gagal?

Belajarlah dengan mengambil iktibar politik Cina. MCA dengan parti ultra kiasu tidak ada banyak bezanya. Satu bangsa dan satu bahasa, begitu licik dalam menguruskan krisis dan tahu bila mahu berhenti apabila keadaan memerlukan mereka bersatu.

Baru-baru ini Perdana Menteri umum untuk mengecualikan cukai kepada mereka yang menderma kepada Dana Kebajikan Pendidikan 'Community Chest' yang diwujudkan oleh ahli korporat Cina, bagi bantu pendidikan sekolah vernakular termasuk menyediakan biasiswa kepada pelajar cemerlang. Saya yakin orang Cina mampu melakukannya. Cuma saya bimbang jika pendermaan tersebut dikecualikan cukai, pendapatan negara akan berkurang. Siapakah yang untung?

Ini belum termasuk dana-dana lain yang dikumpulkan. Untuk makluman, dana Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) di setiap sekolah vernakular rata-rata berjumlah lebih daripada satu juta setiap tahun kewangan berakhir. Apakah semua ini tidak cukup? Jika semua sektor korporat memberikan bantuan kepada tabung ini nanti, apakah nasib yang akan diterima oleh sekolah kebangsaan.

Sekadar berkongsi pengalaman sebagai Yang DiPertua PIBG selama lebih 10 tahun. Saya dapat merasai betapa sukar untuk mencari wang bagi membantu pembangunan sekolah-sekolah kerajaan. Jika ada sebarang kekurangan seperti kerosakan prasarana, makmal, kerusi meja dan berbagainya, amat sukar untuk mendapat bantuan daripada pejabat pelajaran daerah dan jabatan pelajaran negeri. Alasan mudah, tidak ada bajet. Bajet sudah habis. Maka bertungkus lumus PIBG mencari dana. Saya tidak fikir perkara ini dihadapi oleh SJKC.

Kadangkala amat sedih sekali melihat kedudukan sekolah agama, begitu daif berbanding sekolah vernakular. Kita terpaksa mengharapkan derma daripada orang ramai. Janganlah hairan jika ada 'pengemis-pengemis' yang datang meminta dan mengutip derma di pintu masuk bank-bank untuk dana pendidikan sekolah agama.

Ini sifat bangsa saya, dalam pendidikan dan perniagaan, mereka begitu objektif. Sesiapa yang dapat menyumbangkan keuntungan dan setia dalam perniagaan, mereka akan diterima dan sanggup bekerjasama. Dalam politik, ada disiplin politik, maka dalam bidang perniagaan, pendidikan dan budaya, ada jua disiplin dan etikanya yang tersendiri. Justeru, disiplin politik tidak lagi relevan untuk mendapat pertimbangan yang tidak bias, prejudis dan emosional dalam bidang-bidang yang lain.

Sekadar mengambil iktibar supaya umat Pas dan Umno buka mata. Sejarah persengketaan antara Muawiyah dan Sayidina Ali r.a. Perbezaan pandangan dan ideologi antara mereka berdua menyebabkan berlakunya perang saudara. Peluang dan kelemahan yang berlaku ini telah diambil kesempatan oleh pihak ketiga iaitu kerajaan Rom. Wakil Rom yakni pihak luar ketika itu berjumpa dengan Muawiyah untuk menghulurkan bantuan bagi menghadapi tentera Sayidina Ali, namun Muawiyah dengan tegas telah menolak tawaran itu.

Ini membuktikan bahawa Muawiyah tahu adab-adab dalam berbeza pendapat. Umat Islam tidak boleh sama sekali bersekongkol dan bersubahat dengan musuh yang ada agenda tersembunyi untuk selesaikan masalah sesama Islam. Tidak seperti kita, musuh sudah di depan mata, sahabat sendiri masih lagi tidak dipercayai. Lebih malang lagi, politik turut terbawa di kalangan para pendakwah, ahli ekonomi, pakar sains dan teknologi.

Sepatutnya, biarlah orang politik bertikai, kita buat kerja. Ini tidak, kita bersentimen sama.

Ambillah iktibar ini dalam isu hudud. Walaupun nampaknya seakan menyerlahkan keretakan, tetapi kita harus melihat ia sebagai peluang untuk merapatkan jurang perbezaan di antara kita. Pas dan Umno harus bersatu dalam isu ini. Biarkan sahaja DAP, MCA dan Gerakan terus menggertak!

Kebebasan untuk transformasi politik

Posted: 02 Oct 2011 05:00 PM PDT

Ucapan Hari Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 15 September lalu berani, bersejarah dan mercu tanda ke arah transformasi politik dan penghayatan demokrasi yang lebih progresif di negara ini. Ia selari dengan tuntutan semasa.

Terdapat tiga realiti baru masyarakat kini, iaitu penggunaan media baru bukan sekadar sebagai alat komunikasi, tetapi gelanggang beroperasi dan berkongsi; kemunculan kesedaran baru sosial dengan aktiviti-aktiviti yang tak konvensional; dan transformasi ketiga demokrasi yang memerlukan inovasi politik.

Antara hasil gandingan ketiga-ketiga realiti itu ialah kebebasan bentuk baru yang memungkinkan munculnya dua aktivisme baru yang penting.

Aktivisme baru yang pertama ialah dunia komputer alternatif, iaitu pelbagai aktiviti, termasuk penggodaman, yang berasaskan perkongsian etika dan komitmen terhadap akses kepada maklumat, sumber terbuka dan kawalan terhadap maklumat dan komunikasi peribadi sebagai hak dan iklim fundamental yang diperlukan bagi partisipasi politik dan sosial yang saksama.

Ia membezakan antara penggodam topi putih yang memburu dan mendedahkan kelemahan sistem-sistem software sebagai kaedah mengenal pasti masalah dan menyelesaikannya, dengan penggodam topi hitam yang destruktif, yang merebakkan virus komputer, memecah-masuk ke dalam komputer untuk merosak dan mencuri data serta menyerang lawan perniagaan dan politik.

Para aktivisnya berhujah tentang teknologi komputer dengan cara bersama dan melaluinya. Mereka membina, menginovasi dan mengembangkannya, dan menggunakan software, jaringan dan artifak yang membolehkan mereka berhubung antara satu dengan yang lain.

Dalam dunia komputer alternatif, prasarana teknologi itu sendiri menjadi arena untuk bersuara, perubahan sosial dan partisipasi politik. Ia bersifat dwi-fungsi, iaitu sebagai alat dan kandungan sekali gus.

Sasarannya ialah sekatan, halangan kebebasan bersuara dan interaksi (termasuk di kalangan akademia dan intelektual), kekangan harga dan teknikal internet, kerahsiaan kerajaan dan perniagaan, intipan maklumat peribadi dan halangan undang-undang harta intelek.

Aktivisme baru yang kedua ialah kewartawanan partisipatori, iaitu tindakan rakyat (sama ada secara individu atau berkumpulan) memainkan peranan aktif dalam proses mengumpul, melapor, menganalisa dan menyebarkan berita dan maklumat. Matlamatnya ialah menyediakan maklumat yang bebas, dipercayai, tepat, meluas dan relevan, yang diperlukan oleh demokrasi.

Kewartawanan partisipatori bersifat dari bawah ke atas. Ia kurang atau tidak melibatkan penyuntingan atau aliran kerja kewartawanan yang formal. Sebaliknya, ia adalah hasil perbualan yang banyak, spontan dan dikongsi, yang bercambah dalam media baru.

Contohnya ialah kewartawanan rakyat dan akar umbi, berita bebas, blog dan indimedia. Para aktivisnya tidak menganggap etos kewartawanan profesional sebagai salah, atau ingin mencipta kewartawanan bentuk baru. Sebenarnya, mereka terpanggil ke dunia kewartawanan kerana menganggap wartawan profesional tidak menjalankan tugasnya dengan baik, terlalu memfokuskan kepada tajuk-tajuk yang salah atau berat sebelah, sehingga menyebabkan rakyat sukar membuat pertimbangan yang sewajarnya. Ia berpendirian bahawa kewartawanan harus mengeratkan interaksi dan partisipasi antara pembaca, wartawan, editor, malahan seluruh komuniti, dalam pengeluaran berita dan maklumat.

Dalam konteks ini, rakyat jadi bermaklumat bukan dengan cara menerima maklumat, tetapi melalui partisipasinya berkongsi maklumat.

Dunia komputer alternatif dan kewartawanan partisipatori memberi kebebasan untuk rakyat memilih dan membangunkan gelanggang berkomunikasi serta berita dan maklumat yang benar dan bermakna untuk berkongsi. Ia kebebasan baru yang strategik dalam menjayakan transformasi politik.

Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved