Sabtu, 3 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Angkasa penuh sampah sarap

Posted: 02 Sep 2011 05:00 PM PDT

Angkasa penuh sampah sarap

WASHINGTON - Jumlah sampah sarap yang mengelilingi Bumi kini mencapai tahap membimbangkan, dengan pelanggaran berterusan menebalkan lagi lapisan sampah yang menutupi atmosfera Bumi, menurut laporan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa).

Kehadiran sampah sarap itu menyukarkan kapal angkasa meninggalkan Bumi dan memberikan risiko berbahaya kepada angkasawan, satelit dan Stesen Angkasa Antarabangsa.

"Kita telah hilang kawalan terhadap alam sekitar," menurut bekas saintis Nasa, Donald Kessler yang menulis laporan itu mengenai keadaan orbit itu.

Terdapat 22,000 objek di orbit Bumi yang cukup besar untuk dikesan pegawai Nasa dan ratusan ribu objek kecil yang tidak dapat dikesan dan mampu menjejaskan kapal angkasa serta satelit berharga.

Menurut anggaran, terdapat 370,000 sampah angkasa yang terapung di orbit Bumi dan bergerak pada kelajuan 35,398 kilometer sejam.

Beberapa cara dicadangkan saintis untuk membersihkan angkasa termasuk menggunakan jaring, magnet dan alat berbentuk payung bagi mengaut semua sampah sarap bersaiz kecil.

Walnut kurangkan risiko barah payudara

Posted: 02 Sep 2011 05:00 PM PDT

Walnut kurangkan risiko barah payudara

LONDON - Kajian terbaru terhadap tikus menunjukkan kemungkinan untuk mendapat barah payudara menurun dengan banyak selepas pengambi-lan kacang walnut.

Menurut laporan kajian diterbitkan di dalam jurnal Nutrisi dan Barah itu, tikus yang diberikan walnut sebagai sebahagian daripada diet harian mempunyai risiko 50 peratus lebih rendah untuk mendapat barah payudara.

Selain itu, jumlah dan saiz tumor yang ditemui dalam pemakan walnut juga jauh lebih kecil.

"Kami percaya kajian ini menunjukkan manusia mampu mengurangkan risiko barah melalui pemakanan walaupun individu itu telah mengalami mutasi genetik yang boleh menjadi penyebab barah," kata ketua penyelidik, Elaine Hardman.

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Tunggu apa lagi?

Posted: 02 Sep 2011 05:00 PM PDT

Tunggu apa lagi? GEORGETOWN- Kira-kira 30 penduduk menuntut jawapan dari Kerajaan Negeri mengapa mereka masih tidak diberikan kelulusan ke atas permohonan mereka terhadap pembelian rumah kos rendah dekat sini.

Difahamkan, mereka berang berikutan tindakan membiarkan 348 unit rumah kos sederhana di pangsapuri Sri Saujana, Lebuh Macallum daripada diduduki oleh pemohon yang ingin membeli rumah berkenaan.

Penyelaras Dewan Undangan Pengkalan Kota, Loke Poh Chye berkata, tindakan itu menyebabkan rumah kosong berkenaan dijadikan sarang maksiat serta tempat penagih dadah menjalankan aktiviti haram sehingga menyebabkan penduduk di situ berasa kurang selesa.

"Ini kerana kita mendapati pelbagai jarum, kondom dan sampah-sarap berselerak di merata-rata tempat. Walaupun pangsapuri ini siap sepenuhnya tiga tahun lalu, namun masih ada rumah yang dibiarkan kosong tanpa pembeli sehingga kini. Ia bukan sahaja berkeadaan teruk tetapi juga berbau busuk kerana terdapat kesan-kesan air kencing di merata-rata tempat," katanya kepada media semalam.

Poh Chye berkata, beliau dan penolongnya mengambil inisiatif meninjau setiap tingkat di pangsapuri itu bagi mengenal pasti jumlah unit kosong yang sebenarnya dan mengenal pasti ada 348 unit yang masih belum berpenghuni.

"Oleh itu saya mendesak Kerajaan Negeri mengambil tindakan segera supaya impian golongan yang masih tidak memiliki rumah dapat dicapai dan tempat berkenaan juga akan menjadi lebih selamat, berikutan tiada lagi kegiatan haram berlaku di situ," katanya.

» selanjutnya...

Ada yang tersinggung

Posted: 02 Sep 2011 05:00 PM PDT

Ada yang tersinggung ULU KINTA – Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu disifatkan hanya untuk meneruskan perjuangan politik partinya dengan meletakkan pengganas komunis sebagai hero.

Ketua Wanita Umno Perak, Datuk Rusnah Kassim berkata, pemimpin Pas itu tidak mengenal erti tanggungjawab sebagai pemimpin serta tindakannya mengguris perasaan masyarakat.

"Pemimpin dan tanggungjawab tidak boleh dipisahkan. Rasa tidak bertanggungjawab itulah yang menyebabkan rakyat marah. Anggota seperti Vat 69 telah menyumbang tenaga lebih 40 tahun untuk negara.

"Dan mereka ini disifatkan bukan pejuang. Jangan singgung orang yang telah berbudi dan berjasa terhadap keamanan negara kita kini," katanya di majlis bersama bekas polis, tentera dan balu anggota polis di Rancangan Perumahan Awam di sini, semalam.

Menurutnya, kenyataan itu juga seolah-olah menggambarkan perjuangan anggota polis untuk mempertahankan negara sebagai suatu tindakan yang sia-sia.

"Saya sebagai anak polis rasa tersinggung dengan kenyataan itu. Ayah saya hampir maut menjaga keamanan negara, adakah ia satu perbuatan yang sia-sia? Walaupun negara Merdeka pada tahun 1957, kenapa masih menentang kerajaan merdeka ini sehingga tahun 1979 di mana komunis letak senjata?.

"Lebih 30 bekas askar, polis dan balu anggota polis yang berada di sini berasa marah, sedih dan kecewa kerana adanya seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab itu," katanya.

Sementara itu di Ipoh, Pemuda Barisan Nasional (BN) Perak menggesa Mat Sabu dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Setiausahanya, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi berkata, Mat Sabu disifatkan sebagai pengkhianat negara dengan memutar-belitkan fakta sejarah.

"Kami mendesak Mat Sabu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia khasnya keluarga mangsa kekejaman komunis.

"Saya juga menyerahkan kepada pucuk pimpinan kami untuk ambil tindakan undang-undang terhadap kenyataannya yang meletakkan Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman bukan pejuang untuk menuntut kemerdekaan," katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Senam di sini, semalam.

Tiga minit larikan emas RM200,000

Posted: 02 Sep 2011 05:00 PM PDT

Tiga minit larikan emas RM200,000 KLANG – Dalam tempoh kurang tiga minit, sebuah kedai emas kerugian hampir RM200,000 setelah dirompak empat lelaki bersenjatakan kapak, parang dan tukul di Jalan Stesen di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang itu, lapan suspek lelaki memakai topi keledar bertutup penuh datang di kedai emas itu dengan menaiki empat buah motosikal.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, empat suspek bersenjata itu kemudiannya meluru masuk ke dalam premis, sementara empat lagi menunggu di luar.

"Suspek bertindak memecahkan cermin pameran di kedai emas dengan menggunakan senjata kapak, parang dan tukul.

"Mereka kemudiannya melarikan diri dengan menaiki motosikal yang sudah siap menunggu di luar premis," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Katanya, kejadian tersebut tidak mendatangkan kecederaan kepada orang lain memandangkan premis tersebut tidak dikunjungi pelanggan.

"Hanya tujuh pekerja yang berada di dalam premis sewaktu kejadian tersebut berlaku," katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu untuk mengenal pasti suspek yang terlibat.

Sementara itu, seorang peniaga lelaki yang enggan dikenali berkata, dia yang terdengar bunyi penggera keselamatan terus keluar melihat kejadian tersebut dan mendapati suspek sudah melarikan diri dengan motosikal.

"Saya ternampak dua lelaki memakai topi keledar dan bersenjatakan kapak serta parang berlari keluar dari kedai emas itu sambil memegang barang kemas di tangan mereka," katanya.

Katanya, dia menjumpai tiga keping emas di atas jalan dipercayai tercicir daripada perompak terbabit dan meminta pekerja kedai emas berkenaan mengambil emas tersebut.

12 kemalangan dalam tempoh 10 hari Ops Sikap

KUALA TERENGGANU – Terengganu mencatatkan 12 kematian membabitkan 12 kes kemalangan maut dalam tempoh 10 hari sejak Ops Sikap ke-24 dilancarkan pada 23 Ogos lalu.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Alias Hashim berkata, pengguna motosikal merupakan mangsa paling ramai yang terkorban iaitu enam orang.

"Ia diikuti dengan pemandu dan penumpang kereta iaitu empat orang manakala pejalan kaki pula seramai dua orang," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut Alias, kemalangan maut terbaru berlaku jam 7.55 pagi semalam di Kilometer 152 Jalan Jerangau-Jabor membabitkan seorang lelaki warga Indonesia berusia 31 tahun.

Beliau berkata, mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala akibat dirempuh sebuah kereta ketika ingin melintas jalan.

Pada masa sama, Alias mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati dan menekankan aspek keselamatan ketika memandu bagi mengelak berlakunya musibah.

"Sekarang kenderaan di jalan bertambah, oleh itu kita perlu sentiasa waspada, memandu dalam keadaan tenang, sabar dan patuh kepada peraturan, jangan melulu dan terburu-buru," katanya.

Selain itu, beliau turut meminta ibu bapa mengawal pergerakan anak masing-masing dan tidak membenarkan mereka memandu kenderaan khususnya motosikal sekiranya tidak mempunyai lesen memandu.

Katanya, kawalan ibu bapa penting memandangkan pengguna jalan raya merupakan mangsa paling ramai yang terkorban dalam kemalangan.

"Terutama mereka yang tinggal di luar bandar dan pinggir bandar, pastikan juga pengguna motosikal memakai topi keledar kerana hampir keseluru-han mangsa terkorban tidak memakainya," katanya.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Jenazah Noramfaizul akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam UPM esok

KUALA LUMPUR - Jenazah jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor, yang maut akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan misi kemanusiaan di Somalia, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang dekat sini, esok.

Naib Presiden Kelab Putera 1Malaysia Rahman Rahim, yang mewakili keluarga arwah, berkata jenazah akan dikebumikan sebelum Zohor, bergantung kepada keadaan.

Beliau berkata sejurus tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, jenazah akan dimandi, dikapan dan disolatkan di Masjid TUDM sebelum dibawa pulang ke rumah keluarga arwah di Taman Serdang Raya.

Rahman memberitahu permberita jenazah kemudiannya akan dibawa ke Masjid Al-Islah berhampiran rumah ibu bapa Allahyarham untuk disolatkan.

Jenazah dibawa pulang ke Malaysia pada Sabtu menaiki pesawat C-130 TUDM bersama anggota misi lain, dan dijangka tiba di Pangkalan TUDM kira-kira 9 pagi Ahad.

"Segala urusan daripada segi pengangkutan disediakan oleh pihak kami (Kelab Putera 1Malaysia) kepada kaum keluarga arwah, bermula di Subang sehingga disemadikan," kata Rahman.

Noramfaizul, 39, meninggalkan isteri Norazrina Jaafar, 37, dan dua anak lelaki -- Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3.

Kejadian 5.40 petang waktu tempatan (pukul 10.40 waktu Malaysia), menyaksikan kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki Noramfaizul dan petugas media Malaysia lain, ditembak ketika mereka dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan diiringi tentera kerajaan Somalia.

Allahyarham Noramfaizul merupakan sebahagian daripada 55 anggota sukarelawan yang mengikuti Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia untuk membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di Somalia.- Bernama

Penunggang motosikal maut sirempuh bas

Posted: 02 Sep 2011 05:00 PM PDT

Penunggang motosikal maut sirempuh bas

KUANTAN - Seorang penunggang motosikal maut akibat dirempuh sebuah bas di persimpangan lampu isyarat Jalan Bukit Ubi di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 11.15 pagi itu, mangsa, Hoi Chien Teck, 34, dari Kampung Sungai Soi, di sini mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan selepas terperosok di bawah bas itu.

Sebelum kejadian, lelaki itu dipercayai baru sahaja selesai membaiki motosikalnya di sebuah bengkel berhampiran tempat kejadian sebelum menghala ke Jalan Gambut di sini.

Ketua Polis Daerah, ACP Mohd Jasmani Yusof berkata mangsa kemudian cuba melintas jalan dengan motosikalnya tanpa menyedari kehadiran bas yang sedang dalam perjalanan dari Maran ke Terminal Makmur itu.

Mohd Jasmani berkata pemandu dan penumpang bas seramai 20 orang berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan polis sudah merekodkan keterangan pemandu berusia 59 tahun itu untuk membantu siasatan.

Kes itu katanya disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Cari dua beradik

Posted: 02 Sep 2011 05:00 PM PDT

Cari dua beradik KUANTAN - Polis mencari dua lelaki yang dipercayai adik-beradik bagi membantu siasatan berkaitan kes kecurian lembu di Kampung Tanjung Putus, Bukit Rangin dekat sini.

Lelaki terbabit, Mustakim Mat Yacob, 44, yang beralamat Lot 855C Kampung Bugis, Beserah dan Suhaimi Mat Yacob, 47, yang beralamat Kampung Cherang Hangus Bekelam Bachok.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Deputi Superintenden Kamaruzzaman Jaafar, berkata, lelaki terbabit dipercayai boleh membantu siasatan berkenaan kes kecurian yang berlaku kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin.

Katanya, ketika kejadian, seorang lelaki berusia 25 tahun sedang menghalau lembu peliharaannya masuk ke kandang.

"Tiba-tiba dia terdengar satu das tembakan dan pada masa sama terlihat seekor daripada lembunya rebah," katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di IPD, semalam.

Ketika itu juga katanya, dia terlihat dua kereta dipandu laju dan lelaki terbabit cuba mengejar satu daripada kereta itu.

Bagaimanapun, salah satu kereta jenis Proton Satria tiba-tiba mengalami kerosakan dan terbabas lalu masuk ke dalam longkang namun pemandu dan penumpangnya berjaya melarikan diri.

"Hasil siasatan polis mendapati dua ekor lembu mati ditembak dan harga keseluruhan kira-kira RM2,800. Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya.

Orang awam yang mengenali lelaki terbabit diminta menghubungi IPD Kuantan melalui talian 09-5132222 atau Asisten Superintendan Muniandy di talian 013-4477320 dan Sarjan Rashid di talian 017-9790705

Tiga kedai hangus

Posted: 02 Sep 2011 05:00 PM PDT

Tiga kedai hangus KOTA BHARU-Tiga peniaga terkejut dari lena apabila pintu kediaman mereka diketuk oleh penduduk kampung selepas menyedari premis masing-masing hangus dalam kebakaran pagi semalam.

Dalam kejadian di Simpang Tiga Kedai Buloh, kira-kira jam 5.45 pagi itu, dua premis perniagaan musnah iaitu melibatkan sebuah kedai menjual akhbar, satu premis jualan makanan burung dan ternakan, manakala kedai jualan perkakasan yang berdekatan juga hangus sebahagiannya.

Dalam masa sama, seramai 21 penghuni dua rumah menarik nafas lega apabila terselamat kerana hanya sedikit bahagian rumah mereka yang berada berdekatan lokasi kebakaran disambar api.

Anggaran kerugian yang melibatkan ketiga-tiga peniaga berkenaan adalah kira-kira RM100,000 kerana kebanyakan barangan tidak dapat diselamatkan disebabkan api marak dengan cepat.

Bagaimanapun, tindakan pantas bomba juga dapat menyelamatkan beberapa premis kediaman dan kedai berdekatan dengan anggaran bernilai RM200,000.

Seorang mangsa, Azhar Awang yang juga peniaga makanan haiwan berkata, dia hampir pengsan setelah melihat api besar di kedainya selepas dikejutkan oleh penduduk.

"Setelah pintu rumah diketuk oleh penduduk saya menjenguk dari jendela dan mendapati keseluruhan kedai saya musnah.

"Saya juga sedih kerana lebih 100 burung termasuk arnab dan ayam yang diletakkan di kedai juga tidak dapat diselamatkan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Peniaga perkakasan binaan, Mahadi Mohd Yusof berkata, ketika kejadian dia tidur di rumahnya yang berada kira-kira 200 meter dari tempat kejadian dan terkejut setelah pintu kediamannya diketuk oleh penjual daging di kawasan tersebut.

"Pada mulanya saya ingatkan peniaga ingin meminjam van untuk mengambil daging lembu, tetapi saya terperanjat selepas diberitahu kedai saya terbakar.

"Setelah bergegas ke lokasi kejadian saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana api sangat besar dan hampir kesemua kedai berdekatan premis jualan hangus," katanya.

Bersimpati dengan kejadian itu, Adun Kijang, Wan Ubaidah Omar menyampaikan sumbangan bernilai RM500 kepada setiap mangsa semalam.

Sementara itu, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Ali Abdul Rahman berkata, seramai 19 anggota bersama empat jentera dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan jam 6.06 pagi semalam dan punca kejadian masih disiasat.

Rempuh tiang konkrit

Posted: 02 Sep 2011 05:00 PM PDT

Rempuh tiang konkrit SENAI - Seorang maut, manakala dua yang lain cedera parah apabila kereta dinaiki terbabas ke kiri jalan dan merempuh tiang konkrit penunjuk arah jalan dalam kejadian di Kilometer 38.6, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara), Kulaijaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya berkata, mangsa, Mohamad Jamal Embok Hitam, 36, dari Bukit Seri Senawang, Sungai Gadut, Negeri Sembilan, yang menaiki kereta jenis Honda maut di tempat kejadian.

Menurutnya, dua ahli keluarga lain yang cedera parah dibawa ke Hospital Kulaijaya untuk mendapatkan rawatan.

"Siasatan awal mendapati kenderaan dinaiki tiga sekeluarga telah terbabas ke kiri jalan lalu merempuh tiang konkrit penunjuk arah jalan.

"Mangsa yang memandu kereta terbabit meninggal dunia di tempat kejadian manakala yang lain cedera parah dan masih dirawat di Hospital Kulaijaya," katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Selain itu, katanya, kemalangan yang berlaku menyaksikan keadaan aliran trafik di kedua-dua belah arah di lebuh raya berkenaan sesak sejauh satu kilometer.

Azizan kekal MB Kedah: Hadi

Posted: 02 Sep 2011 05:00 PM PDT

Azizan kekal MB Kedah: Hadi

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan beliau mendesak atau meminta Datuk Seri Azizan Abdul Razak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah atas faktor kesihatan.

Bekas Menteri Besar Terengganu itu turut menegaskan bahawa Azizan akan terus memegang jawatan yang disandangnya sejak Mac 2008 itu.

"Beliau kekal Menteri Besar Kedah. Cuma kini sedang berehat kerana masih dalam rawatan," kata beliau yang dipetik daripada portal berita, Malaysia Insider.

Abdul Hadi berkata, laporan akhbar berbahasa Inggeris semalam bahawa kepimpinan Pas sedang mengambil langkah menggantikan Azizan yang kini kurang sihat selepas diserang sakit jantung bulan lalu sebagai tidak benar.

Akhbar itu juga melaporkan Abdul Hadi akan menghadap Sultan Kedah berhubung peralihan itu dan berjumpa serta berbincang dengan kepimpin negeri di Alor Setar hujung minggu ini.:

Antara nama disebut bakal menggantikan Azizan, termasuk tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kanan, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundor), Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit) dan Datuk Mohamad Taulan Mat Rasul (Tokai).

Semua mereka adalah ahli Exco Kerajaan Negeri

Sementara itu Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat Jawatankuasa Harian atau Mesyuarat Lujnah Politik parti.

"Saya baru pulang daripada (menunaikan) umrah beberapa hari lalu, dan berada di luar negara selama dua minggu. Sepanjang ketiadaan, saya difahamkan tiada mesyuarat khas dilakukan berhubung perkara itu.

"Saya sendiri tiada perancangan untuk ke Kedah bertemu Azizan," katanya.

Menurutnya, sebelum beliau berangkat menunaikan umrah perkara itu memang tidak pernah dibincangkan.

Mustafa berkata, beliau pernah menghubungi Azizan selepas keluar daripada Institut Jantung Negara (IJN) dan dimaklumkan Menteri Besar itu sedang mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man pula mendakwa ada usaha melaga-lagakan kepimpinan Pas oleh pihak tertentu kerana tergugat dengan perpaduan kukuh di dalam parti itu.

"Menjelang pilihan raya umum akan ada banyak isu sengaja ditimbulkan musuh, bahkan akan ada perisytiharan keluar parti beramai-ramai sebagai petanda pilihan raya umum semakin hampir.

"Saya menyarankan seluruh ahli dan penyokong Pakatan Rakyat mendapat maklumat parti melalui saluran rasmi parti agar kita tidak terperangkap dengan mainan musuh," katanya.

'Saya semakin sihat'

Posted: 02 Sep 2011 05:00 PM PDT

'Saya semakin sihat' PENDANG - "Saya masih kuat dan mampu buat kerja," kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berhubung desas-desus mengatakan beliau diminta berundur oleh kepimpinan Pas Pusat ekoran mengalami masalah kesihatan, sejak sebulan lalu.

Katanya, tahap kesihatannya bertambah baik sejak mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) dan percaya dirinya masih berupaya menguruskan pentadbiran negeri dengan lancar.

"Saya semakin sihat, daripada sumber mana dapat maklumat itu. Mungkin ada pihak yang bimbang Pas Kedah semakin kuat, jadi depa heboh cerita ini, maklumlah dekat pilihan raya," katanya ketika ditemui pagi semalam sewaktu menziarahi keluarga Pegawai Daerah Kota Setar, Datuk Abdul Rahman Ahmad, yang meninggal dunia lewat petang kelmarin.

Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, dirinya akur sekiranya kepimpinan Pas Pusat mahu menggantikannya, memandangkan jawatan itu adalah lantikan politik dan bukan hak mutlak individu.

"Saya tidak minta jadi Menteri Besar, mereka yang suruh. Saya terima apa pun keputusan, nak suruh saya berhenti esok lusa pun tak apa," katanya.

Ditanya sama ada beliau dihubungi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung perkara itu, Azizan berkata, mereka sering bertanya khabar, namun tidak pernah membincangkan berkai-tan isu terbabit.

"Abdul Hadi memang selalu telefon tanya khabar saya. Kalau beliau mahu turun ke Kedah untuk bincang pun, bila-bila masa beliau boleh datang, tak perlu secara rasmi untuk datang," katanya.

Semalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris mendakwa kepimpinan Pas Pusat sedang berusaha menggantikan Azizan berikutan masalah kesihatan dialaminya kerana serangan jantung bulan lalu.

Abdul Hadi juga dilaporkan akan menghadap Sultan Kedah berhubung peralihan kuasa itu.

Laporan itu turut menyebut kepimpinan Pas Pusat bimbang keupayaan parti untuk mempertahankan kuasa pemerintahan negeri pada pilihan raya umum akan datang.

Berikutan itu, beliau mencadangkan Azizan bercuti sementara seorang pemangku Menteri Besar dilantik menggantikannya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Noramfaizul sering hubungi keluarga ketika di Somalia: Ibu

Posted: 02 Sep 2011 05:00 PM PDT

Noramfaizul sering hubungi keluarga ketika di Somalia: Ibu

KUALA LUMPUR - Ibu Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera Bernama TV yang maut akibat terkena tembakan peluru sesat di Somalia berkata, anak sulungnya itu kerap menghubungi keluarga untuk menyatakan keadaan beliau sepanjang berada di negara bergolak itu.

Naemah Abd Majid, 63, berkata, keadaan itu agak berbeza kerana sebelum ini Allahyarham hanya menghubungi keluarga menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) apabila menyertai misi ke luar negara.

"Semasa berada di sana, arwah ada menghubungi saya untuk bertanya khabar. Arwah turut menghantarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada adik-beradik serta mak cik saudaranya bagi memaklumkan keadaan semasa arwah.

"Dua tahun lalu, semasa arwah menyertai misi kemanusiaan di Gaza, arwah hanya menghubungi kami melalui SMS sahaja tetapi dalam misi kali ini, arwah sedikit berbeza," katanya ketika ditemui di kediamannya di Serdang Raya, di sini.

Bapa Allahyarham, Mohd Nor Mat Yasin, 66, pula sempat bercerita bahawa Allahyarham pernah menyatakan hasratnya untuk bermalam bersama keluarganya di Serdang Raya sebelum berlepas ke Somalia.

"Dia ada menelefon saya menyatakan hasrat untuk bermalam di sini sehari sebelum berlepas (27 Ogos) dan beberapa jam kemudian dia menelefon semula dari pejabatnya (Bernama) untuk memaklumkan kami keadaan keretanya yang tidak boleh dihidupkan.

"Beberapa jam kemudian kira-kira jam 10.30 malam, dia tiba bersama salah seorang rakan sepejabatnya yang menumpangkannya. Arwah sempat menyertai keluarga mengadakan kenduri doa selamat untuknya sebelum beliau berlepas," katanya.

Dalam pada itu, suasana sedih dan pilu menyelubungi kediaman keluarga Noramfaizul hari ini walaupun jenazah Allahyarham hanya dijangka tiba esok.

Kaum keluarga, rakan taulan serta beberapa anggota kabinet yang rata-rata terkejut dengan pemergian Allahyarham tidak putus mengunjungi kediaman keluarganya sejak awal pagi tadi untuk menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Turut kelihatan ialah Pengerusi Bernama, Datuk Abdul Rahman Sulaiman yang menyifatkan Allahyarham sebagai seorang profesional yang tulen dalam memenuhi tugas dan memperjuangkan nilai kemanusiaan tulen.

"Pemergiannya akan dicatat dalam sejarah Bernama," katanya yang turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Turut melawat ialah Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Hasnul Hassan, Ketua Pengarang, Datuk Yong Soo Heong dan Ketua Editor Bernama TV, Abdul Rahman Ahmad.

Allahyarham Noramfaizul adalah sebahagian daripada 55 anggota sukarelawan yang mengikuti Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia untuk membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di Somalia.

Jenazah dibawa pulang ke Malaysia esok menaiki pesawat Charlie C-130 bersama-sama anggota misi lain dan dijangka tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada jam 9 pagi esok.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Trafik Bukit Aman, ACP Fuad Latif ketika ditemui Bernama berkata, polis akan mengiringi van jenazah setibanya dari Lapangan Terbang Subang esok bagi memudahkan perjalanan ke rumah keluarganya dan seterusnya ke tanah perkuburan.

Fuad yang melahirkan rasa simpati beliau ke atas pemergian arwah turut mengucapkan takziah kepada seluruh anggota keluarga arwah.

Bukit Aman akan sentiasa cuba membantu dari segala sudut bagi memudahkan perjalanan jenazah itu, katanya. - Bernama

Gempa bumi kuat di Kepulauan Sandwich Selatan

Posted: 02 Sep 2011 05:00 PM PDT

Gempa bumi kuat di Kepulauan Sandwich Selatan

Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 pada skala Richter telah berlaku di Kepulauan Sandwich Selatan, pada 12:49 tengahari, hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataanya berkata, pusat gempa bumi terletak di 56.6º Selatan dan 27.0º Barat, 12501km Barat Daya Johor Bahru, Johor dan tiada ancaman Tsunami kepada Malaysia.

Pihak berkenaan sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan yang terkini.

Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved