Rabu, 26 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Full content generated by Get Full RSS.Full content generated by Get Full RSS.

Banduan Turki mengamuk

Posted: 25 Oct 2011 05:00 PM PDT

Banduan Turki mengamuk VAN - Banduan membakar sebuah penjara di bandar Van, Turki, di mana gempa bumi kuat berlaku, semasa cubaan melepaskan diri selepas satu lagi gempa susulan kuat berlaku, kelmarin.

Menurut pihak berkuasa, ratusan banduan menyerang pengawal penjara menggunakan gunting dan pisau, dua hari selepas 200 tahanan dilaporkan terlepas daripada penjara semasa kekecohan akibat gempa.

"Banduan memulakan kebakaran kerana marah tidak dibenarkan keluar daripada sel masing-masing selepas gempa susulan kuat berlaku," menurut jurucakap kerajaan tempatan.

Media Turki melaporkan, 200 banduan terlepas, Ahad lalu, selepas gempa bumi pertama berkekuatan 7.2 pada skala Richter menyebabkan satu dinding penjara runtuh, tetapi 50 banduan kembali semula ke penjara selepas pulang ke rumah bagi memeriksa keselamatan keluarga mereka.

Sementara itu, seorang wanita berumur 27 tahun diselamatkan selepas tiga hari terperangkap di bawah runtuhan bangunan, semalam, dan kini masih menerima rawatan di hospital.

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, semalam, mendakwa pembinaan bangunan menggunakan bahan tidak bermutu sebagai punca utama angka korban tinggi.

"Turki tidak belajar daripada gempa bumi lalu yang memusnahkan bangunan tidak bermutu," katanya.

Sehingga kini, gempa kuat itu meragut lebih 400 nyawa dan menyebabkan puluhan ribu yang lain hilang tempat tinggal.

Kes bakar diri ke-10 di Tibet

Posted: 25 Oct 2011 05:00 PM PDT

Kes bakar diri ke-10 di Tibet

BEIJING - Seorang sami Buddha membakar diri di China, kelmarin, menjadikannya individu ke-10 mengorbankan diri sebagai tanda protes terhadap kawalan keagamaan oleh Beijing.

Menurut kumpulan Free Tibet, insiden terbaru itu berlaku di luar sebuah kuil di Ganzi, wilayah Sichuan, iaitu lokasi di mana lapan daripada sembilan kes membakar diri dilaporkan sejak Mac lalu atas sebab serupa.

Dalam kenyataan menerusi e-mel kelmarin, Free Tibet mengakui tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai sami itu termasuk sama ada dia masih hidup selepas kejadian tersebut.

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Objek disangka bom kejutkan pemandu wanita

Posted: 25 Oct 2011 05:00 PM PDT

Objek disangka 'bom' kejutkan pemandu wanita

KUALA LUMPUR - Seorang wanita terkejut apabila mendapati objek menyerupai sebutir bom dilekatkan pada tayar belakang kenderaan pacuan empat rodanya di Sri Hartamas di sini, hari ini.

Wanita itu, yang tidak mahu dikenali, berkata kewujudan 'bom' terbabit disedari seorang pencuci kereta ketika dia menghantar kenderaannya ke pusat mencuci kereta.

"Saya dimaklumkan mengenai `bom' itu di belakang tayar kereta selepas dimaklumkan oleh tukang cuci kereta, semasa kereta saya hendak dicuci kira-kira 12 tengah hari tadi," katanya yang segera memaklumkan penemuan itu kepada polis.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Aida Abdul Hamid mengesahkan menerima aduan mengenai perkara itu dan Unit Pengesan Bom telah dipanggil bagi membantu melakukan pemeriksaan ke atas objek itu.

"Namun siasatan yang jalankan mendapati objek yang dilekatkan di tayar kenderaan pengadu bukan bom tetapi antena," katanya. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Pemberian air percuma cara Selangor pulangkan keuntungan KDEB kepada rakyat

Posted: 25 Oct 2011 05:00 PM PDT

Pemberian air percuma cara Selangor pulangkan keuntungan KDEB kepada rakyat

Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor menerusi Menteri Besar Pemerbadanan (MBI). Sebagai anak syarikat kerajaan negeri, KDEB mendapat banyak keistimewaan dari segi pemberian sumber-sumber seperti tanah, projek pembangunan dan pemilikan saham-saham.

Selepas Kerajaan Negeri Selangor diambil alih Pakatan Rakyat, Kerajaan negeri mengamalkan dasar "Hasil Negeri Untuk Rakyat" menerusi program "Merakyatkan Ekonomi Selangor"(MES) yang bermaksud semua aset atau harta yang dimiliki kerajaan negeri adalah milik rakyat Selangor.

Selaku pemegang amanah, Kerajaan Negeri melaksanakan tanggung jawab menguruskan harta-harta milik rakyat secara telus dan bertanggungjawab. Justeru, setiap keuntungan yang diperolehi oleh anak syarikat akan disalurkan secara terus kepada rakyat, selaku pemilik mutlak terhadap harta-harta ini.

Pemberian 20 meter padu air percuma kepada pengguna di Selangor – melalui KDEB – adalah salah satu usaha kita untuk menyalurkan keuntungan terus kepada rakyat.

Kerajaan faham jika polisi pemberian terus kepada rakyat ini janggal kepada Ketua Audit Negara dan agensi-agensi kerajaan persekutuan yang lain kerana sebelum ini, keuntungan anak syarikat kerajaan negeri diserapkan terus dalam kerajaan negeri untuk program-program yang kita tidak tahu secara terperinci dan siapa yang mendapat manfaat.

Sebagai contoh, Petronas sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menyerahkan keuntungan berbilion ringgit yang diperolehi setiap tahun kepada kerajaan Pusat tetapi kita tidak tahu bagaimana keuntungan ini dibelanjakan untuk kesejahteraan rakyat.

Ini berbeza dengan pentadbiran Pakatan Rakyat yang mana keuntungan anak-anak syarikat kerajaan negeri diagihkan secara langsung kepada rakyat menerusi program-program MES termasuklah pemberian air percuma.

Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat mahu memastikan keuntungan anak syarikat disalurkan dengan betul dan tepat kepada golongan sasaran supaya tidak berlaku ketirisan dalam agihan kekayaan negeri.

Oleh kerana itu, pemberian air ini menerusi KDEB akan diteruskan kerana ia telah memberi manfaat kepada lebih 1.2 juta rakyat negeri setiap tahun sejak dilancarkan pada Jun 2008.

Isu KDEB menanggung kerugian berikutan pemberian air percuma seperti yang berbangkit dalam Laporan Ketua Audit Negara, tidak perlu timbul langsung
kerana dana untuk program pemberian air percuma ini disalurkan terus oleh Kerajaan Negeri kepada KDEB untuk pembayaran.

Banyak juga sedang diperkatakan tentang pengurusan kewangan Negeri Selangor, dan pejabat ini ingin menyatakan perjalanan perbelanjaan telah dibuat dengan telus dan mengikut peraturan yang diperuntukan.

Jika Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar mahu meneliti akaun Negeri Selangor, Kerajaan Negeri tidak keberatan dengan syarat beliau juga menunjukkan perjalanan perbelanjaan peruntukan yang disalurkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) serta bagaimana Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) di Selangor diagihkan kepada rakyat Selangor.

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Kelantan sedia jadi makmal hudud

Posted: 25 Oct 2011 05:00 PM PDT

Kelantan sedia jadi makmal hudud SHAH ALAM – Kelantan sedia menjadi makmal hudud jika Kerajaan Pusat tidak terus menjadi penghalang untuk kerajaan negeri itu melaksanakannya.

:Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, tempoh selama 21 tahun negeri itu di bawah pemerintahan Pas dan 18 tahun sejak hudud diluluskan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan sebagai enakmen sudah cukup untuk menunjukkan persiapan dan kesediaan kerajaan negeri itu melaksanakan undang-undang berkenaan.

"Kita sedia untuk jadi makmal hudud, untuk semua pihak sama-sama menilai dan mengkaji pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah II yang diluluskan Dun Kelantan sejak 1993 tetapi Kerajaan Pusat tidak memberikan kita ruang itu," katanya.

Sehubungan itu, Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan berkata, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Enakmen Jenayah Syariah II untuk mengkaji sama ada undang-undang tersebut boleh dilaksanakan tanpa meminda Perlembagaan Negara.

"Jawatankuasa ini akan berperanan untuk mengkaji bagaimana kita boleh melaksanakan hudud tanpa perlu mendapat kemenangan majoriti di Parlimen bagi melaksanakan enakmen itu.

"Jika Umno benar-benar ikhlas mahu tegakkan hukum ALLAH sebagaimana yang dikatakan oleh pemimpinnya, mereka juga boleh beri bantuan kerana hanya majoriti mudah diperlukan di Parlimen untuk kita melepaskan diri daripada sekatan Perlembagaan.

"Kalau Umno memberi laluan, kita boleh pinda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Disemak 1988) yang menyekat pelaksanaan hudud. Ini kerana, bagi kami, kami tidak ada masalah untuk melaksanakannya asal saja tidak terus dihalang oleh Kerajaan Pusat dan juga kekangan Perlembagaan," katanya.

Mohd Amar berkata, itu yang diminta oleh pihaknya dengan rendah hati kepada pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Umno supaya menimbangkan hasrat mereka untuk melaksanakan hudud dengan menjadikan Kelantan sebagai 'makmal' bagi menilai pelaksanaan undang-undang Islam itu.

"Kalau benar mereka juga tidak tolak hudud sebagaimana yang dikatakan, mereka perlu buktikan tanpa tunggu sehingga pilihan raya," katanya pada sidang media selepas menjadi panelis Wacana Sinar Harian ke-8 yang bertajuk Hudud: Dilema Pelaksanaannya di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, semalam.

:Ketika berhujah pada wacana itu, Mohd Amar berkata, Kerajaan Pusat Nigeria yang beragama Kristian pun membenarkan kerajaan wilayah negara itu yang beragama Islam, melaksanakan hudud.

Menurutnya, meskipun hudud hanya sebahagian kecil daripada aspek pemerintahan Islam namun ia amat penting bagi mengekang gejala sosial daripada berleluasa sekali gus membentuk kehidupan yang aman harmoni bagi rakyat.

"Melaksanakan hudud adalah tuntutan agama. Di Kelantan, rakyat jelas mahukan syariat Islam dilaksanakan secara menyeluruh termasuk hudud. Ini terbukti dengan kehadiran lebih 50,000 orang pada majlis kesyukuran Enakmen Jenayah Syariah II meskipun hebahan hanya dilakukan tiga hari sebelum majlis.

"Kehadiran mereka dengan jelas menunjukkan keinginan dan sokongan rakyat. Mengapa hak mereka dinafikan oleh Kerajaan Pusat sedangkan dalam hal lain Kerajaan Pusat kononnya cukup menyanjung demokrasi yang berpaksikan suara majoriti?," katanya.

Mohd Amar berkata, Kerajaan Pas Kelantan perlu diberikan laluan untuk melaksanakan undang-undang Islam itu dan jika peluang itu diberi, sudah tentu mereka akan berusaha melaksanakannya dengan sebaik mungkin bagi menjamin kewibawaan hukum yang diperturunkan menerusi al-Quran.

"Lagipun kami sudah terlalu lama menunggu. Jika gagal sekalipun, sekurang-kurangnya kita dapat mengenal pasti kelemahan dan mengatasi kelemahan itu, sekali gus membuktikan sistem perundangan Islam boleh dilaksanakan beroperasi dalam masyarakat moden hari ini.

Kepada satu soalan, Mohd Amar berkata, Kerajaan Pas Kelantan tidak menetapkan sasaran masa untuk Enakmen Jenayah Syariah II itu dapat dilaksanakan.

"Masalah yang dihadapi Pas ialah Kerajaan BN tiada tekad politik untuk menjayakan hudud. Kita bukan minta untuk laksanakan di seluruh negara cuma mereka berikan kita laluan untuk melaksanakannya di Kelantan. Itu saja," katanya.

Mengenai jawatankuasa teknikal itu, Mohd Amar memberitahu, ia dipengerusikan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub dan mempunyai 19 ahli daripada pelbagai latar belakang.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi jawatankuasa itu berkata, antara perancangan yang dilakukan termasuk mengatur pertemuan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan perkara itu.

"Kita mahu melihat penemuan jawatankuasa teknikal terlebih dahulu. Bila jawatankuasa sudah mengenal pasti masalah, barulah Nik Aziz boleh berjumpa dan berbincang dengan perdana menteri," katanya.

Mengulas mengenai bantahan DAP, Mohd Amar berkata, parti berkenaan tidak menentang kerana mereka menghormati Enakmen Jenayah Syariah II yang diluluskan pada 1993 sebelum adanya pakatan itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Laporan mesyuarat agung tahunan palsu di ROS

Posted: 25 Oct 2011 05:00 PM PDT

Laporan mesyuarat agung tahunan palsu di ROS

KUALA LUMPUR: - Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) cawangan Brickfields membuat laporan polis berhubung wujudnya pemalsuan dan penipuan laporan mesyuarat agung tahunan yang dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS), baru-baru ini.

:Ketuanya, Nasiruddin Mohamed berkata, laporan mesyuarat itu dikesan setelah beliau hadir di pejabat ROS cawangan Kuala Lumpur untuk membuat carian berkaitan cawangannya pada 15 Ogos lalu.

:Katanya, tiga hari kemudian, selepas menerima salinan daripada ROS, beliau mendapati terdapat laporan mesyuarat agung yang diadakan di Taman Melati, Setapak, bertarikh 2 Jun.

:Nasiruddin, yang juga Pengerusi PBPM Wilayah Persekutuan, mendakwa tidak pernah mengetahui atau dimaklumkan berhubung mesyuarat dihadiri 40 ahli itu.

:"Pada mesyuarat agung tahunan yang kami adakan pada 2 Oktober, tiga daripada 40 nama yang dikatakan hadir itu membuat akuan bersumpah tidak mengetahui dan tidak hadir dalam mesyuarat tersebut.

:"Tiga nama iaitu individu yang meluluskan laporan mesyuarat tersebut tidak dikenali dan jelas ianya palsu serta tidak boleh diguna pakai dalam mesyuarat peringkat negeri," katanya, semalam.

:Beliau sebelum itu ditemani enam ahli PBPM membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, kira-kira jam 3 petang berhubung penipuan tersebut.

:Katanya, laporan tersebut jelas menunjukkan mesyuarat agung itu dibuat secara haram dan dokumen serta laporan dalam Borang 9 (Peraturan 10) yang dihantar kepada ROS mengikut Seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan 1966 adalah palsu.

:Nasiruddin berkata, beliau mendesak ROS bertindak segera kerana ia adalah kesalahan iaitu menghantar laporan palsu dan pemalsuan dokumen oleh penandatangan di dalam Borang 9 serta ahli jawatan kuasa tersenarai.

:"Mana mungkin ada dua PBPM cawangan sama. Tindakan ROS berdiam diri tanpa melakukan siasatan boleh menyebabkan imej mereka tercalar," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Jururawat dibakar suami meninggal dunia

Posted: 25 Oct 2011 05:00 PM PDT

Jururawat dibakar suami meninggal dunia SHAH ALAM - Seorang jururawat yang melecur lebih 80 peratus pada tubuhnya setelah dibakar suaminya sendiri, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), awal pagi semalam.

Suriani Yahaya, 28, meninggal dunia selepas koma selama 10 hari akibat kecederaan teruk itu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubu-ngi, mengesahkan wanita berkenaan meninggal dunia kira-kira jam 4.30 pagi.

:Beliau berkata, bagaimanapun, bedah siasat ke atas mangsa sedang dijalankan dan laporan tersebut dijangka diperoleh hari ini.

Katanya, tempoh reman terhadap suami mangsa yang ditahan atas kesalahan mendatangkan kecederaan, juga berakhir hari ini.

"Kita akan mohon kepada mahkamah untuk sambung perintah reman selama seminggu, sebelum kertas siasatan kes dilengkapkan untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

"Setelah laporan bedah siasat keluar, kita akan lihat sama ada terdapat keperluan untuk menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Dalam kejadian itu, wanita malang tersebut dikatakan masuk ke dalam bilik air rumahnya di Kampung Baru untuk mandi, sebelum suaminya didakwa bertindak mencampak puntung rokok ke dalam bilik air itu yang disimbah petrol.

Tindakan itu diikuti dengan letupan sehingga menyebabkan mangsa melecur teruk di seluruh badan.

Full content generated by Get Full RSS.

Cubaan samun, tiga suspek ditahan

Posted: 25 Oct 2011 05:00 PM PDT

Cubaan samun, tiga suspek ditahan

PETALING JAYA - Tiga lelaki yang melarikan diri selepas cuba menyamun ahli perniagaan bergelar 'Datuk' di hadapan sebuah kolej di Subang Jaya dekat sini, petang kelmarin, ditahan polis malam semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chua berkata, suspek berusia antara 35 dan 52 tahun itu ditahan di sekitar kawasan kolej tersebut kira-kira 9 malam.

Tiga lelaki itu adalah perancang yang berkomplot dengan dua lelaki lain, ditahan selepas ditembak pengawal peribadi ahli perniagaan barangan lusuh berkenaan.

"Hasil siasatan mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah dan kami masih menunggu tempoh reman ke atas mereka," katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, semalam.

Beliau berkata, suspek disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan dengan sengaja mendatangkan cedera ketika melakukan samun.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang semalam, ahli perniagaan berusia 48 tahun itu diiringi seorang pengawal peribadinya, ke tempat berkenaan bagi urusan jual beli barangan lusuh dengan dua suspek yang menaiki sebuah lori.

Dua suspek terbabit menyamar sebagai penjual barangan lusuh yang kononnya mahu menjual barang milik mereka kepada ahli perniagaan itu.

Ketika ahli perniagaan dan pengawal peribadinya berbincang di tepi jalan, dua daripada tiga suspek lain yang tiba dengan sebuah kereta Proton Iswara Aeroback hitam meluru keluar menyerang pengawal peribadi berkenaan dengan parang dan kapak, menyebabkannya cedera di lengan kiri dan peha kanan.

Pengawal itu yang memiliki pistol, kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke arah empat suspek berkenaan menyebabkan dua cedera, manakala dua lagi melarikan diri bersama suspek yang menaiki kereta berkenaan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Suara ahli akademik yang dibisukan

Posted: 25 Oct 2011 05:00 PM PDT

Tergelak besar saya membaca kicauan @TheTunku di laman Twitter tentang kes penggantungan Profesor Dr Abdul Aziz Bari (Aziz Bari) baru-baru ini: "Good god, you fools, he's an academic, why are you silencing him? Nobody listens to academics unless they are silenced!"

Benar bukan pengamatan @TheTunku itu? Lazimnya penulisan atau pendapat mereka yang bernaung di bawah frasa nama ahli akademik atau cendekiawan atau si bijak pandai hanya kita baca sepintas lalu sahaja, kadang-kadang tak faham apa pun. Tapi bila mereka dikekang, barulah kita baca dengan teliti apa cuba mereka sampaikan.

Saya juga sudah letih menulis tentang kebebasan bersuara dan meluahkan pendapat tanpa memikirkan akibat. Rasanya tahun 2011 ini sahaja, sudah lima-enam kali saya berkalam di paksi yang serupa. Menceceh macam radio buruk, ulang-ulang perkara sama, sungguh membosankan.

Kali ini giliran satu institusi pengajian tinggi yang amat hebat di mata saya melakukan khilaf serupa. Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim tidak memerlukan pengenalan terdahulu kerana mereka adalah antara laman ilmu terbaik negara; bertanggungjawab melahirkan ribuan peguam dan pakar undang-undang tanah air.

Perbincangan dan komentar intelek tidak harus dikekang, apatah lagi dikompromi dengan tindakan menggantung kerja dan sebagainya, walaupun sebab penggantungan kononnya untuk membantu siasatan. Kenapa dicalar nama gargantuan seperti Profesor Emeritus Tan Sri Ahmad Ibrahim kerana ingin menggantung ahli akademik yang berpendapat tidak sealiran dengan sesetengah pendapat stereotaip?

Tersenyum sumbing saya membaca fikiran terkemudian (an afterthought) dari rektor profesor yang memberi kenyataan, kononnya Aziz digantung untuk siasatan tetapi masih dibenarkan masuk ke dalam kompaun universiti. Sedangkan Aziz dan peguamnya tetap menegaskan beliau digantung tanpa masa spesifik dan tidak dibenarkan masuk ke dalam kompaun universiti.

Portal berita internet negara ada memperbutirkan sebahagian dari surat yang memberi efek terhadap penggantungan Aziz. Saya dan pembaca budiman boleh menilai sendiri maksud surat tersebut:

"Kindly take note that pending the completion of the University's investigation into the above allegation and the outcome of any inquiry which the University may wish to conduct, you shall be suspended from service on full pay with immediate effect, until further notice," the letter reads.

"Please be reminded that during the period of your suspension, you are not authorised to enter the premises of the University without the express written permission of the Dean, Ahmad Ibrahim Kulliyah of Laws."

Bagaimana boleh jadi begini, Rektor Profesor Datuk Dr Zaleha Kamaruddin? Kenapa berbeza kenyataan media profesor dengan surat yang dituju kepada Aziz? Maaf cakap, pendapat saya apa yang tergantung di sini cuma maruah dan keterbukaan Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim.

Penggantungan Aziz bersifat pramatang dan berniat untuk menggentarkan (to intimidate) ahli akademik yang lain. Sekiranya selepas siasatan Aziz dibenarkan untuk berkhidmat semula, apa kesan penggantungan sementara itu?

Juga saya amat tertarik dengan pendapat pelajar tahun ketiga di kulliyyah undang-undang sama, Fuad Syazwan Ramli, di mana beliau mempersoalkan tindakan Universiti Islam Antarabangsa dalam mempraktikkan apa yditermakan sebagai discretionary semasa memutuskan penggantungan Aziz. Seksyen 21 Staff Disciplinary Rules 2005 of the International Islamic University Malaysia (IIUM), memberi kuasa kepada pihak universiti untuk menggantung mana-mana ahli akademiknya:

"21. The University may suspend a staff member under this rule pending an inquiry into the alleged breach of discipline by the staff member. The period of suspension will depend on the reasonable time required to carry out an investigation and conclude the inquiry into the alleged breach of discipline."

Namun, saya bersetuju dengan pendapat Fuad bahawa perkataan may dalam Seksyen 21 itu telah memberi maksud bahawa pihak universiti boleh menggunakan budi bicara semasa hendak menggantung perkhidmatan mana-mana ahli akademik di bawah naungan universiti. Sekiranya budi bicara digunakan, tentu penggantungan Aziz datang secepat ini, bukan begitu?

Dan pesanan saya untuk politikus yang tidak mampu menahan diri dari memberi komen tentang penggantungan Aziz: Walaupun saya percaya kepada kebebasan bersuara, tolonglah, anda itu bukan ahli akademik. Kalau politikus rasa kecil hati dengan pesanan saya, pohon menghormati satu perkara: di ruangan ini, saya bebas bersuara.

Bagaimana modal insan boleh menggapai awan jika suara ahli akademik dikekang? Bagaimana hendak merintis pelopor muda berminda kritis, jika fikiran Aziz kita bisukan?

•Elviza menjadi seorang peguam kerana jasa dan tunjuk ajar cendekiawan seperti Aziz.

Full content generated by Get Full RSS.

Jangan biar dia mati dengan mimpi

Posted: 25 Oct 2011 05:00 PM PDT

Dia banyak ilmu dan kepakaran, rajin (berulang-alik dengan motosikal kira-kira 140 Kilometer antara rumah dan tempat perniagaan setiap hari), tidak pernah memohon apa bentuk bantuan sekali pun, sama ada daripada kerajaan atau badan kewangan.

Kalau orang lain, barangkali sudah lama kaya raya, tetapi Jamil, jangankan menjadi bos, perniagaannya pun terumbang-ambing.

Sudah hampir 30 tahun dia membuka kedai membaiki televisyen di gerai kecil di sebuah kawasan tidak jauh dari ibu kota, perniagaannya. Entah apa nasibnya; masih di takuk lama. Dia tentu memakan hati berulam jantung setiap hari. Jika tidak masakan rupanya kelihatan jauh lebih berumur daripada usianya yang mencecah 60 tahun itu.

Tidak hairanlah dalam keluhannya, Jamil menganggap dirinya melakukan kerja bodoh, walaupun orang sepertinya sepatutnya sudah boleh digelar wira; kalau tidak didendang pun tidak mengapa.

Bayangkan, pada hujung 60-an, ketika berumur 19 tahun, masa remaja lain masih merangkak mencari kerja, Jamil dan sembilan pelatih (dia antara dua anak Melayu) dihantar ke United Kingdom untuk jalani kursus intensif elektronik enjin kapal terbang.

Pada pertengahan 70-an, masa ramai yang seusia dengannya baru bekerja, Jamil sudah sampai ke negara matahari terbit, untuk belajar membaiki alat elektronik enjin bullet train. Dia nikmati gaji RM3,000 sebulan dan hampir pakai sayap di bahu sebagai pilot pada usia 27 tahun, tetapi nasib rupanya tidak menyebelahinya.

Dia alami buasir; tidak boleh jadi pilot dan segala kenikmatan hidupnya seolah-olah bernoktah di situ. Jamil mempraktikkan kepakarannya yang hebat itu dengan membaiki TV di gerai tersorok yang disewanya kira-kira RM150.00 sebulan hingga hari ini.

Beberapa pengusaha syarikat Jepun yang mengunjunginya satu ketika dahulu menganggap dia bodoh. Dalam kalangan pekerja Jepun sendiri, mereka tidak membuat kerja seperti Jamil. Kata mereka di negara mereka, tiga empat orang pekerja berkongsi tenaga dan fikiran buat satu unit alat TV, tapi Jamil mampu buat semua unit TV seorang diri. Begitulah Jamil yang malang.

Saya menceritakan kembali sedikit daripada liku-liku hidup berduri seorang rakan kerana saya percaya dia mempunyai azam yang kuat dan tidak mahu bergantung kepada tongkat dan payung untuk maju dan berjaya.

Yang saya ingat, Jamil pernah cuba mendekati pegawai sebuah agensi yang dia tahu untuk menawarkan khidmat kepakarannya. Dia minta dibayar sekitar tiga empat ribu ringgit sahaja sebulan dan dia boleh membaiki bahagian elektronik enjin kereta api atau kapal terbang, atau apa sahaja.

Ini boleh jimat belanja yang tinggi yang perlu dibayar melalui tender. Tapi, katanya, dia tidak dilayan. Saya tidak mahu menyebelahinya. Saya tidak tahu apa masalah sebenar; kedegilan, sikap, pendekatan atau personalitinya yang membuat tawarannya tidak dilayan. Saya ulangi sedikit cerita memilukan ini selepas membaca jaminan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Kata beliau, kerajaan akan mencari kaedah terbaik untuk membantu usahawan kecil dan sederhana yang gagal dalam perniagaan supaya mereka boleh bangkit semula selaras dengan prinsip mesra perniagaan.

Kegagalan sesebuah perniagaan, kata Muhyiddin, boleh dijadikan asas pada kejayaan dan ia juga cabaran kepada kerajaan. Saya tertarik dengan kata-kata itu.

Menurut Muhyiddin, kita masih dalam proses memajukan diri menerusi program transformasi dan mungkin ada usahawan yang gagal dalam tempoh itu.

Jika ada kes sesebuah perniagaan seperti itu yang memerlukan perhatian khusus, perlu ada kaedah mengatasi masalah itu. Ini juga selaras dengan dasar mesra perniagaan kerajaan.

Saya suka kata-kata itu dan kali ini, memandangkan ia datang dari orang nombor dua, negara, saya percaya ia boleh menjadi kenyataan; nasib Jamil akan betul-betul mendapat perhatian serius dan hidup orang seperti Jamil boleh berubah sedikit.

Usianya sudah melepasi senja, tetapi barangkali belum terlambat untuk diabantu. Kepakaran yang ada padanya masih boleh disalurkan kepada anak-anak muda yang dahagakannya.

Saya menyebut begitu sebab ada juga yayasan yang memberikan perhatian setelah nasib Jamil didedahkan lapan bulan lalu, tetapi belum nampak apa-apa tindakan.

Dahulu saya kata, kecuali berlaku keajaiban, Jamil, dan ramai lagi mereka yang senasib dengannya, akan mati bersama kepakaran dan mimpi kecil mereka.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my
 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved