Selasa, 18 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Full content generated by Get Full RSS.

Berlusconi dimalukan lagi

Posted: 17 Oct 2011 05:00 PM PDT

Berlusconi dimalukan lagi

ROM - Selepas dihimpit pelbagai skandal, Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi sekali lagi dimalukan dengan pendedahan transkrip rakaman audio panggilan telefon yang menunjukkan dia mengutuk sistem politik dan badan kehaki-man negara itu.

Rakaman yang dibuat secara rahsia pada 2009 tersebut memberi satu lagi tamparan hebat kepada kedudukannya sebagai pemimpin negara selepas ia didedahkan akhbar tempatan La Republica, kelmarin.

Ia memaparkan butiran perbualan Berlusconi bersama ahli perniagaan kontroversi, Valter Lavitola..

Perdana menteri tersebut kini menghadapi cabaran untuk mengekalkan kuasanya selepas beberapa pihak mula tidak yakin dengan kewibawaannya.

Full content generated by Get Full RSS.

84 korban banjir di Amerika Tengah

Posted: 17 Oct 2011 05:00 PM PDT

84 korban banjir di Amerika Tengah GUATEMALA - Sekurang-kurangnya 84 terkorban dan sembilan lagi hilang di Amerika Tengah minggu lalu berikutan hujan lebat secara berterusan sekali gus, menyebabkan kejadian tanah runtuh dan banjir kilat, menurut pihak berkuasa, kelmarin.

Pengarah Perlindungan Awam El Salvador, Jorge Melendez berkata, fenomena itu dijangka akan berterusan sehingga hari ini.

Presiden Guatemala, Alvaro Colom, turut menggesa Kongres meluluskan bajet untuk dijadikan dana menyalurkan bantuan kepada penduduk terjejas.

Kira-kira 250,000 penduduk yang kini terjejas akibat banjir yang melanda negara itu.

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full content generated by Get Full RSS.Full content generated by Get Full RSS.

2 pelajar maut dilanggar

Posted: 17 Oct 2011 05:00 PM PDT

2 pelajar maut dilanggar PARIT BUNTAR - Seorang pelajar Muhamad Izuan Mohd Daud, 14, berasal dari sini terbunuh selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di Jalan Parit Buntar-Butterworth berhampiran Batu 3, Jalan Sempadan, Parit Kasa, di sini, jam 2.51 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk proses bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga terdekat.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila pemandu kereta pacuan empat roda terbabit dikatakan cuba memotong sebuah kereta di hadapannya lalu bertembung dengan motosikal yang ditunggang mangsa di simpang jalan keluar rumahnya.

"Mangsa dipercayai baru hendak keluar rumah dan belum sempat keluar ke jalan sebelum dilanggar di persimpangan secara mengejut," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Mat Fauzi, selepas kejadian, pemandu berkenaan Beh Chee Ming, 32, membuat laporan polis di Balai Polis Tangjung Piandang bagi memaklumkan kejadian tersebut.

Bagaimanapun, pihaknya menahan pemandu itu untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.

Mat Fauzi berkata, pemandu pacuan empat roda itu dikatakan dalam perjalanan pulang dari Pulang Pinang ke rumahnya di Bagan Selatan, Tanjung Piandang.

Mayat mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Batu Tiga.

Sementara itu di Ipoh, Seorang pelajar tingkatan dua maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah lori di Jalan Tawas-Ipoh pada jam 1.20 petang, kelmarin.

Ketua Polis Trafik Negeri, Superintendan Wan Abdullah Ishak berkata, Mohamad Syazani Badrolhisham, 14, dari Kampung Tawas dirempuh lori berkenaan di salah satu simpang empat di jalan tersebut.

Menurutnya, rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa tercampak sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kejadian berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal keluar dari satu simpang telah dirempuh lori. Mangsa mengalami cedera parah di kepala sebelum meninggal.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gurap, Jalan Kuala Kangsar tengah hari ini (semalam)," katanya.

» selanjutnya...

2011 tahun terbaik Terengganu

Posted: 17 Oct 2011 05:00 PM PDT

2011 tahun terbaik Terengganu KUALA TERENGGANU – Tahun 2011 dilihat sebagai detik terbaik buat pasukan Terengganu membawa pulang Piala Malaysia selepas kali terakhir piala paling berprestij di negara itu singgah di bumi Penyu 10 tahun lalu.

Pengurus pasukan bola sepak Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh, dalam nada optimis mengakui, skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu berada di kemuncak kejayaan dan pemburuan untuk membawa pulang Piala Malaysia musim ini bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai.

"Pertama kita bersyukur, percaturan dan susunan pemain yang dibuat berjaya ke peringkat separuh akhir dan berdasarkan persiapan serta semangat yang ditunjukkan barisan pemain, kita mampu membuat kejutan dalam pertemuan dengan Selangor malam esok (malam ini).

"Bagaimanapun, kita perlu mengakui bahawa untuk meraih kemenangan di Shah Alam malam esok (malam ini) bukan sesuatu yang mudah, tetapi kita akan berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi memastikan tempat pada peringkat akhir menjadi milik kita," katanya.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) berkata, sokongan padu penyokong dan Kerajaan Negeri yang diberikan selama ini akan dibalas dengan cara membawa pulang piala paling berprestij itu ke Terengganu.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kemungkinan akan bertemu rakan senegeri iaitu pasukan berstatus kelab, T-Team dalam perlawanan akhir, beliau enggan memikirkan perkara itu, sebaliknya akan memastikan misi melepasi separuh akhir diselesaikan terlebih dahulu.

"Secara peribadi, kita bernasib baik kerana tidak bertemu T-Team pada peringkat separuh akhir dan jika ditakdirkan kita (Terengganu) akan berentap di perlawanan akhir sesama sendiri (T-Team) ia adalah soal lain," katanya.

Rozi yakin T-Team cipta kemenangan

SEMENTARA itu, pengurus pasukan T-Team, Rozi Mamat, meletakkan harapan tinggi agar barisan anak buah Yunus Alif mampu memberi komitmen dan tumpuan penuh sepanjang berlangsungnya perlawanan menentang Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, malam ini.

Katanya, meskipun berdasarkan rekod sebelum ini, T-Team pernah tewas kepada pasukan Negeri Sembilan, namun dengan tahap kemampuan dan aksi yang terbaik pada masa ini, ia bukan masalah besar untuk pasukan berstatus kelab itu memberi saingan.

"Bagaimanapun, kita harus mengakui bahawa Negeri Sembilan adalah pasukan yang kuat, ditambah dengan barisan pemain handal, namun ia bukan tekanan yang besar kerana kita juga mempunyai pemain yang berpengalaman.

"Malah, kita yakin sekiranya semua pemain menggunakan peluang dan kelebihan beraksi di laman sendiri, bukan sesuatu yang sukar untuk mencipta kemenangan," katanya.

Katanya, kejayaan T-Team melangkah ke peringkat separuh akhir juga dianggap membuka laluan mudah untuk beraksi pada peringkat akhir, namun segalanya terletak pada kesungguhan dan kemampuan barisan pemain untuk merealisasikan perkara itu.

Tekanan lebih dirasai di laman sendiri

PASUKAN berstatus kelab, T-Team perlu mencari kemenangan di laman sendiri malam ini sekiranya ingin terus selesa bermain pada peringkat separuh akhir kedua di tempat lawan, Sabtu depan.

Ketua Jurulatih T-Team, Yunus Alif berkata, tekanan akan lebih dirasai apabila bermain dalam perlawanan timbal balik dan pemain harus memastikan bekalan selesa akan dibawa agar hasrat melangkah ke peringkat akhir cabaran Piala Malaysia musim ini akan tercapai.

Menurut Yunus, secara peribadi, beliau gembira dengan perse:mbahan barisan anak buahnya dan rekod kedua-dua perlawanan ketika bertemu skuad kendalian Mohd Azraai Khor Abdullah ini mencatatkan kekalahan, namun itu tidak bererti mereka akan mengalah lebih awal.

"Walaupun dalam perlawa-nan sebelum ini kita kalah, namun ia tidak jadi masalah, kini semua pemain bertekad untuk bermain habis-habisan bagi memastikan T-Team meraih kemenangan.

"Selain itu, dengan sikap matang yang ditunjukkan semua pemain, kita yakin keazaman mengalahkan pasukan Negeri Sembilan bukan sesuatu yang mustahil," katanya.

Mayat disangka bangkai

Posted: 17 Oct 2011 05:00 PM PDT

Mayat disangka bangkai PASIR MAS - Seorang pekerja pam pasir di Kampung Ekor Pasir, di sini tidak menyangka bahawa dia akan menjumpai mayat sejurus memulakan kerja rutinnya kira-kira jam 10 pagi, semalam.

Saksi, Abdul Rashid, 18, berkata, sebelum menyedari mayat itu, dia bersama rakannya Mohd Shukri Ghazali, 15, ke rumah pam untuk menghidupkan enjin.

Menurutnya, pada awalnya dia menyangka timbunan itu adalah bangkai, namun apabila meneliti lebih dekat ia adalah mayat yang terapung dan terus memberitahu rakan sebelum membuat panggilan kepada pihak berkuasa.

"Saya ingatkan timbunan itu bangkai (binatang), namun apabila meneliti lebih dekat, ia adalah mayat yang terapung, sejurus selepas itu saya terus menghubungi talian 999," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, berdasarkan siasatan, mangsa berbangsa Melayu berusia dalam lingkungan 30-an, namun identitinya belum dikenal pasti kerana tiada sebarang pengenalan diri ditemui.

"Mayat tersebut bersaiz kecil dan tinggi lebih kurang lima kaki dan ditemui lengkap berpakaian dipercayai dihanyutkan arus sungai Kelantan dan tersangkut di pam pasir.

"Setakat ini, tiada unsur jenayah namun punca sebenar kejadian akan diketahui selepas bedah siasat dijalankan ke atas mangsa," katanya, semalam.

Pihak polis meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau sanak saudara dua sejak beberapa hari lalu, menghubungi balai polis Pasir Mas bagi membantu siasatan.

Tujuh maut di tiga daerah

Posted: 17 Oct 2011 05:00 PM PDT

Tujuh maut di tiga daerah KUANTAN – Seramai tujuh mangsa termasuk seorang wanita maut dalam empat kemalangan berasingan yang membabitkan dalam tempoh 24 jam, kelmarin.

Kemalangan maut itu berlaku di tiga daerah iaitu Maran, Bera dan Pekan, membabitkan empat penunggang motosikal serta tiga mangsa berkereta.

Ketua Jabatan Ketentera-man Awam dan Trafik Pahang, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, dalam kejadian di Jengka, Maran, tiga remaja maut selepas terbabit dalam nahas motosikal di Jalan Bandar Jengka-Universiti Teknologi Mara (UiTM), Jengka.

"Dalam kejadian kira-kira jam 12.10 malam itu, mangsa Zulhilmi Haris, 15, Mohamad Lokman Hakim Mohd Rosly, 16, dan Mohd Syahfahme Mustapha, 21, dipercayai menunggang motosikal dari arah sama sebelum bergesel sesama sendiri," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), semalam.

Tambahnya, Zulhilmi dan Mohamad Lokman Hakim meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Mohd Syahfahme meninggal dunia di Hospital Jengka.

Sementara itu, di KM 165.9 Lebuhraya Pantai Timur, seorang penumpang belakang sebuah kereta maut selepas kereta yang dinaikinya terbabas dan melanggar tebing jalan kira-kira jam 7.45 malam kelmarin.

Mohamed Fauzi berkata, mangsa wanita berkenaan, Choo Lee Yee, 28, bersama dua kenalan lelakinya yang berusia 26 tahun dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Kuantan.

Katanya kejadian berlaku ketika hujan lebat menyebabkan kereta dinaiki mangsa berpusing dan terbabas sebelum melanggar tebing ITU.

Kereta rempuh kelapa sawit

Dalam kejadian di Bera, dua maut manakala seorang lagi parah selepas kereta yang dinaiki tiga lelaki terbabas ke kanan jalan sebelum terhumban ke dalam longkang.

Menurut Mohamed Fauzi, dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, kelmarin, pemandu kereta, Low Chee Hong, 22, dan penumpang belakang Sam Jian Hui, 19, meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi penumpang hadapan, Yee Ming Kian, 20, cedera parah.

"Kejadian berlaku di KM 43, Jalan Temerloh-Kuantan ketika semua mangsa dalam perjalanan dari Triang ke Kemayan.

"Tiba di tempat kejadian, kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pokok kelapa sawit," katanya.

Beliau berkata, ketiga-tiga mangsa tersepit di dalam kereta yang melekat di batang pokok kelapa sawit dan bengkok kesan rempuh kuat.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Balai Triang mengambil masa lebih sejam mengeluarkan mangsa terbunuh dan yang terselamat.

Sementara itu, seorang saudara Ming Kian, berkata, mangsa sempat menghubungi keluarga sejurus kejadian berlaku dan memberitahu dia terbabit kemalangan serta tersepit dalam kenderaan yang remuk.

"Ketika dia (Ming Kian) bercakap melalui telefon bimbit, suaranya cukup lemah dan dia memberitahu terlibat dalam satu kemalangan bersama dua lagi rakan karib.

"Dia minta ahli keluarganya memberi kata-kata semangat kepada dia untuk berhadapan dengan situasi kritikal itu," katanya.

Menurutnya, selepas itu ahli keluarga mangsa terus menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian itu sebelum mereka bergegas ke tempat kejadian.

Dia juga berkata, ketiga-tiga mangsa merupakan rakan akrab dan sering keluar minum bersama pada setiap hujung minggu.

Di daerah Pekan pula, tindakan seorang warga emas menunggang motosikal melawan arus selepas keluar dari satu simpang membawa padah kenderaan yang tungganginya bergesel dengan sebuah lori di KM 41, Jalan Pekan-Nenasi, kelmarin.

Ketika kejadian kira-kira jam 5.30 petang, Ramali Abd Rahaman, 57, dipercayai menunggang menentang arus selepas keluar dari satu simpang.

"Pada masa sama sebuah lori yang datang dari arah Nenasi menuju ke Pekan mengakibatkan mangsa gagal mengawal motosikal dan bergesel lalu terbabas," katanya.

Mangsa mati di tempat kejadian selepas parah di bahagian kepala dan badan.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Full content generated by Get Full RSS.Full content generated by Get Full RSS.

P1 lancar khidmat WiMAX komersil

Posted: 17 Oct 2011 05:00 PM PDT

P1 lancar khidmat WiMAX komersil Packet One Networks (P1) ialah sebuah syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi, jalur lebar dan WiMAX di Malaysia yang diasaskan pada tahun 2002 sebagai anak syarikat Green Packet Berhad. Pada Mac 2007, P1 merupakan salah satu dari empat syarikat yang dikurniakan lesen spektrum 2.3GHz oleh kerajaan Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan WiMAX di seluruh negara. Pada 2008, P1 mencatat sejarah selaku syarikat pertama melancarkan khidmat WiMAX komersil di Malaysia. Ia merupakan syarikat pertama dalam pembangunan skala besar teknologi komunikasi WiMAX di Asia Tenggara dan juga syarikat komersil pertama dalam mengusahakan jaringan antara 802.16e 2.3 GHz WiMAX di luar Korea Selatan. Syarikat ini berjaya memenangi anugerah 'Syarikat Teknologi Swasta Paling Inovatif' oleh Red Herring Asia pada tahun 2008.

P1 percaya dalam usaha memupuk pemikiran kreatif baru adalah penting dalam hasrat membangunkan Malaysia yang lebih progresif dan inovatif. Maka P1 dengan besar hatinya menaja projek 15Malaysia di bawah program tanggungjawab sosial korporat yang dikenali sebagai P1 Filmmakers Showcase. Projek ini adalah sebahagian daripada senarai projek yang berada di dalam program inisiatif untuk memupuk seni tempatan dan memberi penghargaan kepada para seniman tempatan yang kerap disokong oleh P1.

Syarikat subsidiari P1 iaitu RUUMZ juga merupakan platform dalam talian rasmi untuk 15Malaysia.

Khidmat WiMAX P1 merupakan perkhidmatan jalur lebar mudah alih tetap yang menggunakan spektrum WiMAX 2.3 GHz WiMAX dan piawaian 802.16e, yang juga dikenali sebagai Mobile WiMAX yang membolehkan capaian jalur lebar tanpa dawai sehingga 30 batu (50 km) dari stesen utama. Syarikat beroperasi di Ibu pejabat di Jalan Templer, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Packet_One_Networks

MAS yakin RAPID menjimatkan

Posted: 17 Oct 2011 05:00 PM PDT

MAS yakin RAPID menjimatkan Malaysia Airlines (MAS) yakin mampu jimat pada kadar 30 peratus setahun menerusi penggunaan penyelesaian teknologi maklumat (IT) yang direka khusus untuk syarikat penerbangan memproses perakaunan pendapatan iaitu RAPID yang disediakan oleh cabang komersial Emirates Group, Mercator sebuah syarikat yang berpangkalan di Dubai.

Ketua Pegawai Kewangannya, Mohd Azha Abdul Jalil berkata, sejak aplikasi itu digunakan lima tahun lalu, sebanyak 100 juta kupon penerbangan penumpang dan kargo MAS diproses, 60 peratus daripadanya melibatkan penerbangan antarabangsa.

Menurutnya, RAPID adalah penyelesaian perakaunan yang dibangunkan Mercator bagi membolehkan syarikat penerbangan di seluruh dunia memanfaatkan sistem pemprosesan tercanggih.

"Dengan kerjasama dan perniagaan ini diuruskan oleh pakar dari Dubai, MAS telah meraih faedah daripada pengetahuan dan kepakaran Mercator yang mampu menjanjikan menjimatkan kos pemprosesan," katanya pada sidang media sempena meraikan kejayaan Mercator memproses kupon penumpang MAS lebih daripada 100 juta di Kuala Lumpur. Hadir sama, Naib Presiden Kanan Emirates Group, Michael Doersam dan Naib Presiden Mercator, Duncan Alexander.

Bagi pihak Mercator, Doersam berkata, sejak kerjasama itu dilaksanakan pada 2006 lalu, pihaknya merekodkan peningkatan jumlah penumpang secara berterusan dan telah memproses lebih 23 juta transaksi setahun untuk syarikat penerbangan itu sahaja.

Katanya, RAPID menukar data kewangan kepada maklumat strategik bagi memenuhi setiap permintaan syarikat penerbangan tanpa mengambil kira saiz atau pasaran operasi prestasi jualan, jumlah penumpang dan pendapatan kargo yang begitu dititik beratkan oleh sesebuah syarikat penerbangan.

"Maklumat berkaitan perakaunan pendapatan menjadi salah satu faktor penting kerana ia adalah salah satu sumber maklumat dalam meletakkan harga, di samping tujuan menganalisis laluan dan keuntungan rangkaian," katanya.

Selain MAS, AirAsia juga dijangka akan mengguna pakai penyelesaian ini tidak lama lagi. Antara pelanggan Mercator adalah British Airways, Emirates, Etihad, JetBlue, Singapore Airlines dan Qatar Airways.

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Gadis dihalau ibu kandung

Posted: 17 Oct 2011 05:00 PM PDT

Gadis dihalau ibu kandung JOHOR BAHRU - "Penderitaan saya hanya Tuhan sahaja yang tahu apa-bila dilayan ibu kandung sedemikian rupa hingga akhirnya dihalau ibu yang selama ini menjadi satu-satunya tempat bergantung harap."

Demikian kata seorang gadis yang mahu dikenali sebagai Ita, 15, yang mendakwa dianiaya keluarga sendiri sehingga dihalau dari rumah hampir dua minggu lalu.

Menurutnya, kisah hitam hidupnya bermula apabila dia dirogol bapa tirinya yang mempunyai tiga isteri, ketika isteri ketiganya melahirkan anak di Hospital Sultanah Aminah, di sini.

Ita berkata, walaupun kejadian itu berlaku kira-kira dua tahun lalu, tetapi ia telah menjadi titik hitam dalam hidupnya yang membuatnya tertekan sehingga kini.

Menurutnya, sikap ibu yang lebih mempercayai bapa tiri membuatnya terus menjadi mangsa kerakusan lelaki itu ketika berumur 13 tahun.

"Ketika pertama kali dirogol bapa tiri, saya memberitahu ibu tetapi kecewa kerana ibu langsung tidak mempercayainya, sehinggalah perkara itu berlaku berulang kali dan saya terpaksa melayan nafsu serakahnya.

"Akhirnya, tembelang bapa tiri terbongkar selepas saya meminta ibu mengintip perbuatannya dan saya bersyukur apabila ibu nekad membuat laporan polis," katanya kepada Sinar Harian di Pusat Aduan Rakyat (Par), di sini, semalam.

Ita berkata, namun, harapan untuk membawa bapa tirinya ke muka pengadilan hancur apabila ibunya menarik kembali laporan dengan alasan tidak mahu dua adik tirinya menerima nasib sepertinya membesar tanpa kasih sayang bapa kandung.

Menurutnya, beberapa bulan hidupnya terumbang-ambing dan terpaksa menumpang teduh serta kasih di rumah ibu saudara kerana dinasihatkan tidak lagi tinggal sebumbung dengan bapa tiri.

"Ibu mengambil saya tinggal bersamanya kembali selepas saya menyatakan hasrat untuk sambung sekolah, tetapi saya dilayan seperti orang asing di rumah keluarga sendiri.

"Bapa tiri saya walaupun tidak lagi mengulangi perbuatan terkutuk itu, tetapi dia seboleh-bolehnya melakukan pelbagai helah supaya saya tidak lagi tinggal bersama ibu," katanya.

Menurutnya, kesan pen- deritaannya berterusan sehinggalah dia dihalau ibunya sendiri.

Menurutnya, mujur ada keluarga angkat yang sudi menjaganya sehingga menganggapnya seperti anak kandung sendiri sejak keluar darirumah ibunya hampir dua minggu lalu.

"Saya kesal dengan sikap ibu, kerana lebih mempercayai bapa tiri saya. Bagaimanapun, jauh dari lubuk hati saya masih menyayangi ibu dan merinduinya kerana dia adalah satu-satunya ibu yang saya ada di dunia ini," katanya.

Pas serah Kelantan

Posted: 17 Oct 2011 05:00 PM PDT

Pas serah Kelantan SHAH ALAM – Pas men yerahkan tanggungjawab kepada Kerajaan Kelantan untuk membincangkan hal berkait an isu hudud dengan Kerajaan Pusat, bagi mencari jalan membolehkan undang-un:dang Islam itu dilaksanakan di negeri berkenaan.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, Kerajaan Kelantan sudah pun menubuhkan jawatankuasa khas membincangkan perka:ra itu dari segi teknikal bagi menangani isu berkaitan.

Menurutnya, jawatan ku:asa itu bertanggungjawab menentu dan mengumpul pandangan serta maklumat bagi memastikan pelaksanaan undang-undang itu tidak berhadapan dengan masalah.

"Kita tunggu keputusan Kerajaan Kelantan. Kita akan cuba sedaya upaya untuk menjayakannya," katanya kepada :Sinar Harian :semalam.

Ditanya perkembangan usaha kepimpinan Pas mahu berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan isu tersebut, Salahuddin berkata, hal itu juga akan diputuskan jawatankuasa itu nanti.

"Segala keputusan, mereka yang akan buat," katanya.

Sinar Harian difahamkan jawatankuasa khas tersebut akan dipengerusikan oleh Exco Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Full content generated by Get Full RSS.

Malam Amal Yayasan Nur Karangkraf

Posted: 17 Oct 2011 05:00 PM PDT

Malam Amal Yayasan Nur Karangkraf

SHAH ALAM – Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berkenan berangkat ke majlis Makan Malam Amal Yayasan Nur Karangkraf yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam, Sabtu lalu.

Keberangkatan tiba Seri Paduka disambut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Pengerusi Yayasan Nur Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub.

Majlis yang berlangsung kali kedua itu bertujuan mengumpul dana bagi mengisi Tabung Yayasan Nur Karangkraf untuk membantu mereka yang memerlukan, seperti ibu tunggal, isteri teraniaya, anak yatim dan golongan kurang berkemampuan. Majlis pertama diadakan tahun lalu, juga diserikan oleh baginda.

Pada majlis tersebut, baginda berkenan menerima sumbangan berjumlah RM250,000 daripada Yayasan Nur Karangkraf kepada Karangkraf Peduli Duafa yang merupakan salah satu teras Yayasan Nur untuk menjalankan aktiviti kebajikan.

Seri Paduka juga berkenan menerima sumbangan RM3 juta daripada Kumpulan Media Karangkraf kepada Yayasan Nur Karangkraf di bawah Peduli Iqra' bagi membantu pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia mendapat pembiayaan sepenuhnya yuran pengajian bagi program diploma dan ijazah pertama.

Sempena Malam Santapan Amal itu, Yayasan Nur Karangkraf berjaya mengumpulkan RM200,000 hasil sumbangan Tekun Nasional, Kolej Segi, MAA Takaful Bhd, Zeflin Suzana Enterprise, Amanah Saham Majlis Amanah Rakyat Bhd (Mara) dan Butik Sireh Pinang.

Yayasan Nur Karangkraf turut menerima sumbangan berjumlah RM350,000 hasil sebahagian penjualan majalah Nur terbitan Kumpulan Media Karangkraf.

Di majlis tersebut juga, wakil lima rumah anak yatim dan kebajikan turut menerima sumbangan, iaitu Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Warga Miskin, Parit, Perak; Rumah Penyayang Wadi Sakinah, Merbok, Kedah; Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Umu Sabariah, Sik, Kedah; Rumah Amal Kasih Bestari, Shah Alam, Selangor dan Rumah Lindungan Kasih, Tampin, Negeri Sembilan.

Majlis turut dimeriahkan dengan pertunjukan fesyen busana Muslim serta persembahan penyanyi Sohaimi Meor Hassan dan Ning Baizura.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Kita perlu bebas belenggu takuk lama

Posted: 17 Oct 2011 05:00 PM PDT

Pembentangan belanjawan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan baru-baru ini memperlihatkan beberapa pemberian imbuhan kepada kumpulan tertentu, khasnya golongan berpendapatan rendah.

Bagi ahli parti pemerintah, itulah yang diuar-uarkan sebagai sifat dan langkah penyayang Kerajaan Persekutuan. Namun bagi pihak pembangkang pula, seperti biasa timbul pelbagai persoalan bahkan ejekan dan pertikaian, dari dakwaan bahawa idea bagi amalan pemberian tertentu diciplak daripada Buku Jingga Pakatan Rakyat, kepada kesangsian kalau-kalau kerajaan mampu laksana projek tersebut.

Segala tindak-tanduk saling mengejek itu tidak lain mainan politik kepartian yang tidak membina. Namun ternyata kedua-dua pihak, baik parti pemerintah mahupun pembangkang, tidak lari daripada hakikat untuk mengambil hati pengundi berbilang kaum menjelang PRU 13. Justeru, mereka berlumba-lumba untuk menabur wang rakyat melalui pemberian terus kepada pengundi, baik di peringkat kebangsaan atau negeri dikuasai.

Sesungguhnya, ini bukanlah satu trend atau hala tuju politik sihat dan membina kerana sebarang pemberian terus yang berupa one-off itu hanya sekadar menyeronokkan hati si penerima, tetapi tidaklah memadai untuk membebaskan mereka yang daif daripada kepompong kemiskinan dalam jangka masa panjang. Lebih-lebih lagi, perbuatan sebegini juga mudah membiakkan gejala sindrom subsidi yang sememangnya sukar dikikis dalam amalan hidup kita.

Kini, terlintas di hadapan mata kita ialah cabaran yang memang boleh dijangka, iaitu penyampaian pemberian yang dimaksudkan. Adalah wajar mekanisme yang telus digerak dan diumumkan untuk melicinkan penyampaiannya secara berkesan tanpa penyelewengan atau kelambatan.

Jentera Kerajaan Persekutuan perlu ambil iktibar daripada kekeliruan yang pernah timbul dalam pemulangan rebat petrol beberapa tahun lalu. Tidaklah munasabah jika sesuatu pemberian yang bertujuan mendekati rakyat itu menimbulkan ketidakpuasan hati semata-mata kerana penyampaiannya kurang terancang. Apa yang dilakukan itu tidak banyak beza daripada 'senjata makan tuan'.

Memang perlu dan tepat tindakan sesebuah kerajaan mengenal pasti masalah rakyat demi kesejahteraan negara. Namun bagi kita, dugaan yang betul-betul mencabar ialah strategi meningkatkan daya saing negara dalam pelbagai sektor di persada antarabangsa.

Daya saing dimaksudkan tidaklah sekadar tercermin dalam perangkaan kemasukan FDI, tetapi tahap daya saing anak-anak watan kita sendiri dalam pelbagai sektor ekonomi.

Dalam pada itu, segala sumber bakat kita yang ada perlu dihargai dan diterokai untuk membawa manfaat kepada negara. Bakat yang terpendam perlu dicungkil, yang dipinggirkan perlu ditawarkan peluang, yang sudah berhijrah ke luar negara tetap didekati agar mereka turut berpeluang menyumbang kepada tanah air, baik dari negara bermastautin atau pulang ke negara sendiri.

Dalam hal ini, badan TalentCorp yang baru setahun jagung memikul tanggungjawab cukup berat untuk merealisasikan brain gain di negara ini. Pengalaman daripada kegagalan kita dalam usaha sama pada masa lampau, seharusnya menjadi pengajaran kepada kita mengatur semula strategi untuk mencapai tahap keberkesanan munasabah.

Sebagai contoh, pendekatan yang sungguh menarik pakar-pakar ikhtisas kita yang telah berhijrah agar berbakti kepada tanah air sememangnya satu anjakan paradigma positif berbanding dengan sikap bulat-bulat melabel mereka sebagai tidak patriotik bahkan pengkhianat negara.

Namun, daya usaha brain gain yang tengah rancak diusahakan kini tidak semestinya terus terbelenggu dalam takuk minda lama, yakni pentakrifannya hanyalah terbatas pada mereka yang sanggup pulang ke tanah air sahaja, tanpa mengambil kira keadaan kerjaya seseorang individu itu selepas kepulangannya nanti.

Ternyata, hingga kini masih terdapat mereka yang sanggup mengorbankan pendapatan lumayan di seberang laut, kerjaya terbantut di negara sendiri kerana kepakaran didapati tidak berbaloi dengan sistem perkhidmatan sedia ada.

Hakikatnya, banyak masalah masih dihadapi kita sejak sekian lama bukanlah serumit ilmu sains roket, tetapi disebabkan kurang komitmen dan iltizam untuk mencari jalan keluar buat jangka masa panjang. Itu tetap satu-satunya faktor penghalang yang terus membelenggu kemajuan kita selama ini.

* Penulis merupakan Ahli Parlimen Pandan

Full content generated by Get Full RSS.

Maju, undur, tapi tak sentuh

Posted: 17 Oct 2011 05:00 PM PDT

Belleza Permata Hijau ialah sebuah pusat membeli-belah megah di tengah-tengah Jakarta. Namun, ia juga hampir sepenuhnya kosong.

Hujung minggu lepas, saya telah dijemput untuk menyertai rancangan temu bual (dipanggil BIG BAZ) untuk stesen Kompas tv- stesen tv milik akhbar Kompas, yang baru sahaja dilancarkan.

Penggambaran diadakan di Belezza dan topik perbincangan yang dipilih ialah ketegangan terkini dalam hubungan dua hala. Rancangan tersebut dihoskan oleh sahabat lama saya yang juga seorang kolumnis yang dihormati, Pak Budiarto Shambazy. Kerana hubungan sesama kolumnis yang erat, saya telah memenuhi undangan tersebut walaupun tidak berapa pasti tentang hal-hal seperti penanda sempadan, Perjanjian Inggeris-Belanda, MoU dan Tanjung Datu.

Ketika tiba di set, saya merasakan ruangan atrium yang bergaung di Belezza yang dipilih untuk wawancara ini sememangnya memberikan latar belakang yang anggun, tetapi juga agak aneh untuk rancangan mingguan ini. Berhampiran, kelihatan sekumpulan empat orang gadis molek yang berpakaian warna terang bermain alat muzik, mereka kelihatan sukar untuk menjaga tempo dan melodinya juga agak sumbang! Gadis-gadis itu mungkin terganggu dek kilauan cahaya dan cubaan bunyi yang dilakukan oleh krew penerbitan.

Saya juga merasa hairan dengan keringat deras membasahi belakang baju batik saya hari itu, dan cuba untuk tidak mengendahkannya.

Bagaimanapun, saya duduk dan berbual dengan tiga orang tetamu lain - seorang ahli politik dari parti nasionalis PDIP, Pak TB Hassanuddin (beliau bertanggungjawab meletupkan isu penanda sempadan ke domain awam), seorang birokrat yang gementar Pak Sutrisno dan seorang pakar dasar luar negara yang pintar dan tenang, Connie Bakrie - yang meyakinkan saya bahawa dia bukan seorang ahli 'keluarga itu'.

Oleh kerana saya benar-benar keliru tentang kontroversi penanda sempadan itu, saya meminta Pak TB (yang juga bekas jeneral) untuk menerangkan kepada saya apa yang sedang berlaku.

Memandangkan bahawa beliau merupakan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya 1 (Komisi 1) di Parlimen yang mengendalikan isu-isu keselamatan negara, saya telah menerima penjelasan teliti.

Kemudian (dan di udara) saya memberitahu beliau supaya beliau perlu melawat KL untuk menerangkan kepada orang ramai di Malaysia apa yang sedang berlaku kerana kebanyakan orang seperti saya: kebingungan dan keliru.

Sebenarnya, Pak TB dan saya telah bersama-sama beberapa kali sebelum ini di pelbagai rancangan TV, lalu pertemuan kami itu dipenuhi dengan senda-gurau mesra. Malah, kali terakhir kami bertemu dia mengugut mahu memakan saya!

Namun demikian, rakaman rancangan itu sebenarnya agak mengecewakan sedikit. Belleza mempunyai akustik yang membenarkan lantunan suara menghasilkan gaung yang kuat- dan ini menyukarkan ahli panel untuk berbicara sesama mereka. Mas Baz perlu merekod semula beberapa adegan kerana masalah teknikal dan ini menyebabkan momentum hujah Pak TB seperti tidak lancar.

Pada babak kedua perbincangan, bintang sinetron - Marcella Zalianty - hadir menyertai panel.

Sememangnya kehadiran beliau yang tinggi lampai dan cantik ini menyerikan suasana- walaupun gangguan teknikal masih berlaku. Marcella sebelum ini telah mengeluarkan satu dokumentari dipanggil Cerita dari Sempadan (Stories from the Frontier) yang meliputi kehidupan rakyat Indonesia biasa di sempadan Entikong. Kehadiran beliau mengingatkan saya tentang bagaimana garis pemisah antara selebriti, politik dan aktivisme itu ternyata kabur di Indonesia.

Setelah selesai penggambaran dan bersalaman dengan ahli panel yang lain saya segera memasuki kenderaan untuk menuju satu parti peribadi di sebuah hotel terkemuka di Jalan Sudirman. Dalam perjalanan ke sana, fikiran saya tertumpu kepada irama tertentu isu-isu politik di Indonesia. Isu-isu ini bangkit, mengumpul momentum, seolah-olah meletup dan kemudian sama seperti cepat hilang. Apa yang saya baru alami adalah pengakhiran pertikaian dua hala terkini – penutupan buat babak kali ini.

Jauh dari tingkat atas balkoni tempat majlis keraian itu berlangsung, saya memerhatikan para tetamu asyik menari tarian poco-poco. Bergoyang perlahan-lahan, penari bergerak ke hadapan, kembali semula, langkah yang diambil kemas dan tepat, tubuh mereka tidak bersentuh walau sekali pun. Keanggunan terhalang yang kelihatan melalui tarian ini – yang penuh cermat, hati-hati dan berdisiplin, - ternyata merupakan metafora sesuai untuk menjelaskan bagaimana untuk menguruskan hubungan dua hala Indonesia dan Malaysia: "maju, undur tapi tak sentuh".

Sebenarnya, kunci menguruskan proses diplomasi antara dua negara jiran ini boleh diandaikan seperti satu lenggok tarian- kedua-dua buah negara perlu bersantai dan jangan terlalu serius dalam menanganinya. Kadang-kala lebih elok kita mengikut rentak muzik dalam mencari damai abadi.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Dua mayat bawah jambatan

Posted: 17 Oct 2011 05:00 PM PDT

Dua mayat bawah jambatan GERIK – Dua mayat lelaki warga Pakistan ditemui di bawah Jambatan Sungai Kenderong, di sini, semalam, dipercayai dibunuh dan dihumban dalam jarak ketinggian 18.3 hingga 21.3 meter, manakala seorang lagi ditemui dalam keadaan lemah.

Mayat berkenaan ditemui oleh dua orang penduduk berhampiran yang datang untuk berkelah terkejut apabila seorang lagi mangsa masih hidup melambai-lambai tangan meminta bantuan.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abd Manab Baharom berkata, kejadian berlaku di kilometer 8.9, Jalan Gerik menuju ke Kupang dan kesemua mangsa dipercayai dihumban ke tebing sungai berkenaan dari atas jambatan sejak empat hari lalu.

Menurutnya, ketika-tiga mangsa dipercayai bekerja dengan agensi pekerja asing di Klang dan dalam perjalanan menuju ke Pulau Pinang.

"Penduduk menjumpai mayat dan mangsa yang masih hidup kira-kira jam 12.30 tengah hari dan segera menghubungi pihak polis untuk meminta bantuan.

"Terdapat kesan tetakan pada dahi mangsa yang masih hidup tetapi sudah tidak bermaya untuk bercakap, manakala terdapat kesan cedera di bahagian tangan serta badan mayat.

"Kesemua mangsa dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an dan mangsa yang lemah dalam keadaan nyawa-nyawa ikan itu dihantar ke Hospital Gerik untuk rawatan, manakala kedua-dua mayat diangkat dari lokasi kira-kira jam 6.15 petang bagi tujuan bedah siasat juga di hospital sama," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata, punca kejadian dan motif pembunuhan masih belum diketahui dan siasatan masih dijalankan.

Berdasarkan motif awal siasatan katanya, ketiga-tiga mangsa kemungkinan disamun sebelum dihumban tetapi motif sebenar pembunuhan masih dalam siasatan.

"Lokasi kejadian jauh dari perumahan penduduk iaitu kira-kira 8 kilometer dan mangsa yang cedera parah terpaksa bertahan tanpa makanan dalam tempoh empat hari sebelum ditemui.

"Kepada individu atau sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diharapkan dapat menghubungi pihak polis untuk membantu siasatan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Nasib malang dua bayi

Posted: 17 Oct 2011 05:00 PM PDT

Nasib malang dua bayi Betong - Ke mana hilangnya perikemanusiaan? Dua bayi baru lahir menerima nasib berlainan apabila seorang dari mereka mati dengan kesan kelar di leher, perut serta belakang badan manakala seorang lagi ditinggalkan berteman kucing di hadapan rumah seorang penoreh getah.

Dalam dua kejadian berasingan itu, seorang bayi ditemui mati dengan kesan kelaran di bilik asrama perempuan sebuah sekolah menengah, di Betong, Kuching, Sarawak dipercayai baru sahaja dilahirkan tidak lebih 24 jam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Betong ASP Hendry Nyuhai berkata, susulan kejadian itu, polis menahan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun pada jam 9.15 pagi semalam bagi membantu siasatan.

"Selepas menerima laporan daripada pihak sekolah, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Betong ke lokasi kejadian dan menemui seorang bayi perempuan yang sudah meninggal dengan beberapa kesan luka di bahagian leher, perut dan belakang badan," katanya di sini semalam.

Beliau berkata, mayat bayi malang itu ditemui terbaring bersebelahan katil pelajar perempuan berkenaan.

Katanya, polis turut merampas sebilah pisau yang ditemui disorokkan dalam selimut di tempat kejadian.

Pelajar perempuan itu dihantar ke Hospital Umum Betong bagi mendapat rawatan, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu di :PARIT PANJANG, KEDAH: , seorang bayi lelaki dipercayai baru lahir, tidur ditemani seekor kucing, sewaktu ditemui selepas ditinggalkan di hadapan rumah seorang penoreh getah di Kampung Charuk Bakap, semalam.

Maimunah Bidin, 55, lebih dikenali sebagai Mak Tam menemui bayi berkenaan yang tidur di atas kerusi manakala kucing kesayangannya tidur di satu lagi kerusi, kelihatan seolah-olah menemani bayi yang tidak berdosa itu.

Maimunah berkata, pada kira-kira jam 12 tengah malam sebelum itu, dia memang ada mendengar bunyi tangisan bayi tetapi tidak mempedulikannya kerana menyangka tangisan anak jirannya yang berusia lapan bulan.

"Kira-kira jam 3 pagi, sekali lagi kedengaran tangisan bayi namun saya tidak memeriksa keadaan di luar rumah kerana bekalan elektrik terputus.

"Bagaimanapun, sewaktu anak saya sedang bersiap untuk ke sekolah, bunyi tangisan bayi masih lagi kedengaran, menyebabkan saya terus mengambil lampu suluh dan keluar mencarinya," katanya ketika ditemui :Sinar Harian.

Maimunah berkata, dia ternampak kaki bayi itu kerana wajahnya terselindung kain, bagaimanapun bayi itu didapati lengkap berpakaian dan dibalut dengan sehelai kain pelekat.

"Oleh kerana kesuntukan masa untuk menghantar anak ke sekolah, saya bergegas ke rumah jiran dan menyerahkan bayi itu sambil meminta pertolongannya supaya memaklumkan kejadian itu kepada polis," katanya.

Sementara itu, jiran Maimunah, Yuhanawati Wahab, 50, ketika ditemui berkata, kira-kira jam 6.30 pagi, jirannya itu datang memaklumkan penemuan bayi tersebut dan meminta menjaganya, sekaligus membuat laporan polis.

"Saya menghubungi polis kira-kira 10 minit kemudian. Sementara menunggu pihak berkuasa datang, saya bersihkan bayi berkenaan yang membuang air besar.

"Saya dapati bayi itu tidak dipakaikan lampin sebaliknya hanya dibalut dengan tuala kecil (tuala good morning) dan dipakaikan baju bayi berwarna merah jambu," katanya.

Kira-kira jam 7.50 pagi semalam, pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Parit Panjang membawa bayi malang itu untuk menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved