Khamis, 8 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Israel tutup tadika Palestin

Posted: 07 Sep 2011 05:00 PM PDT

Israel tutup tadika Palestin BAITULMAQDIS - Seramai 64 kanak-kanak tadika Palestin di kawasan kejiranan Abu Tor, Baitulmaqdis menjadi mangsa Israel apabila dihalang ke tadika selepas polis rejim menutup bangunan tempat pembelajaran mereka atas alasan ia akan digunakan sebagai pusat operasi oleh kumpulan pejuang Hamas.

Tadika Najat dijadual memulakan kelas bagi kanak-kanak Palestin di sebuah bangunan baru, Ahad lalu namun harapan itu musnah selepas pintu bangunan tadika itu dikimpal atas arahan ketua polis Israel.

"Saya yakin bangunan itu akan digunakan untuk aktiviti Hamas jadi ia akan ditutup sehingga 4 Oktober depan," menurut Ketua Polis Israel, Yohanan Danino.

Pertubuhan Najat yang mengendalikan tadika itu menyangkal tuduhan tidak berasas Israel dan berikrar akan mengambil tindakan mahkamah berhubung arahan penutupan itu.

Tindakan biadap Israel yang dilihat takut dengan bayang-bayang sendiri itu hanya menjadikan kanak-kanak tidak berdosa sebagai mangsa.

"Ini tahun pertama anak saya akan ke tadika tetapi kini dia tiada tempat untuk dituju," menurut penduduk Palestin, Ahlam Edris.

Israel mula meningkatkan kawalan keselamatan di seluruh negara selepas bimbang pejuang Palestin akan melancarkan peperangan ketiga terhadap rejim perampas itu sempena usaha pembentukan negara merdeka Palestin, akhir bulan ini.

Pakistan siasat penipuan bom

Posted: 07 Sep 2011 05:00 PM PDT

Pakistan siasat penipuan bom ISLAMABAD - Penerbangan Pakistan International (PIA), semalam me-ngumumkan sedang menyiasat sumber ancaman yang diterima melalui e-mel, bahawa dua kapal terbang milik syarikat itu dipasang bom, sehingga memaksa sebuah daripadanya melakukan pendaratan cemas di Istanbul, Turki.

Menurut PIA, syarikat itu menerima dua e-mel, kelmarin mendakwa terdapat bom di dalam pesawatnya yang membawa 378 penumpang dalam perjalanan dari Lahore ke Manchester, Britain menyebabkan kapal terbang itu terpaksa berpatah balik dan mendarat di Istanbul.

Sebuah lagi pesawat PIA selamat tiba di destinasinya di Lapangan Terbang Kuala Lumpur selepas menerima anca-man serupa semasa dalam penerbangan.

Pemeriksaan oleh pihak berkuasa Istanbul dan Kuala Lumpur mengesahkan tiada bom di atas kedua-dua kapal terbang itu.

"Jabatan keselamatan sedang melakukan siasatan bersama dengan Pasukan Keselamatan Lapangan Terbang dan agensi lain tetapi setakat ini, tiada penemuan diperoleh," menurut pengarah operasi PIA, Naveed Aziz.

Seorang lagi pegawai kanan PIA berkata, penipuan itu adalah serius dan boleh memburukkan reputasi syarikat itu jika ia berlaku lagi pada masa hadapan.

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Belum muktamad: MB

Posted: 07 Sep 2011 05:00 PM PDT

Belum muktamad: MB ALOR SETAR - Tuntutan untuk merombak formula agihan kerusi bertanding pada pilihan raya perlu dibuat menerusi meja perundingan Pakatan Rakyat (PR).

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, secara prinsipnya PR Kedah mengekalkan formula tahun 2008, yang menyaksikan berlakunya peralihan kuasa di Kedah, namun keputusan itu masih belum muktamad.

"Berdasarkan konsep itu, Pas bertanding 24 kerusi manakala 12 lagi kerusi dibahagikan antara DAP dan PKR, di mana 10 daripadanya diberikan kepada PKR. DAP hanya bertanding di dua kerusi. Jika mereka mahu minta tambahan kerusi untuk bertanding, perlu rujuk pada jawatankuasa perundingan," katanya.

Bagaimanapun, Azizan berkata, pintu rundingan masih terbuka, dan sebagai parti pemerintah, Pas bersedia berunding untuk sebarang perubahan sekiranya membawa manfaat kepada PR Kedah.

"Jalan masih panjang bukan boleh diputuskan dalam masa singkat atau terburu-buru," katanya.

Azizan mengulas kenyataan Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik yang mahu DAP bertanding di dua kerusi parlimen dan enam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) pada pilihan raya umum ke13 (PRU13).

Guan Aik sebelum ini menuntut supaya parlimen Bagan Serai dan Alor Setar diserahkan kepada DAP, manakala enam Dun membabitkan Kota Darul Aman, Bakar Bata, Derga, Bakar Arang, Gurun dan Lunas.

Mengulas mengenai pendedahan Guan Aik mengenai dua perundingan sebelum ini di peringkat negeri tidak mampu menyelesaikan pertikaian agihan kerusi ekoran tiada parti yang mahu bertolak ansur, Azizan berkata, perundingan masih berjalan walaupun pada hakikatnya PR Kedah masih berpegang kepada formula tahun 2008.

"DAP sudah membuat pengakuan bahawa ada perkara dapat diselesaikan dan ada yang belum. Ini bermakna kita masih bincang. Mungkin untuk kerusi Pas tidak timbul masalah, cuma yang menjadi pertindihan tuntutan kerusi adalah antara DAP dan PKR," katanya.

Menurutnya, agenda utama kini bukan untuk berebut kerusi, sebaliknya mencari formula terbaik untuk mempertahankan kerajaan selain membuat penambahbaikan pentadbiran serta meningkatkan perpaduan dalam kalangan rakan komponen PR.

"Saya tidak boleh buat kenyataan lagi berhubung isu ini sebab belum sampai masanya. Itu hak DAP untuk suarakan pandangan mereka, biasalah semua orang sedikit emosional apabila pilihan raya semakin hampir," katanya.

» selanjutnya...

100 orang jumpa MB

Posted: 07 Sep 2011 05:00 PM PDT

100 orang jumpa MB IPOH - Hari Bertemu Pelanggan bersama Menteri Besar kelmarin, dihadiri lebih 100 rakyat Perak yang ingin berjumpa dengan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam usaha menyelesaikan pelbagai masalah dihadapi mereka.

"Kebanyakan orang ramai yang hadir majoriti mengetengahkan masalah yang biasa seperti melibatkan tanah, aspek bantuan dan kebajikan," kata Zambry.

Menurutnya, beberapa agensi yang hadir turut membantu untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi rakyat secara bersama.

"Bagaimanapun, rakyat harus faham bukan semua masalah yang mereka utarakan dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang singkat. Jadi, mereka perlu faham dan bersabar," katanya.

Sementara itu, seorang individu yang ditemui, Tun Woke Wah, 57, berkata, kedatangannya bersama isteri Lee Weai Fong, 49, adalah untuk mendapatkan kelulusan pertukaran status tanah kediaman kepada perniagaan.

"Ini adalah permohonan ketiga yang kami buat dan dua permohonan sebelumnya iaitu pada 1994 dan 2009 telah ditolak dengan alasan status tanah itu hanya untuk kediaman," katanya.

Jelasnya, mereka telah menetap di kawasan perumahan dekat Pasir Pinji hampir 10 tahun dan berharap permohonan kali ini melalui bantuan Menteri Besar berjaya mendapat kelulusan.

"Kami bercadang ingin menjadikannya sebagai tempat perniagaan barangan hardware jika diluluskan.

"Pada kami ia tidak ada sebarang masalah kerana pihak yang berkenaan juga akan menerima cukai taksiran yang lebih tinggi berbanding sekarang," katanya.

Malah katanya, jiran-jiran tetangga juga tidak membantah apabila mereka memaklumkan ingin menjalankan perniagaan di kawasan kediaman itu.

"Jadi, kami harap supaya Menteri Besar dapat membantu menyelesaikan masalah yang kami hadapi ini sekali gus permohonan kali ketiga ini berjaya mendapat kelulusan," katanya.

Muka hancur terseret di jalan

Posted: 07 Sep 2011 05:00 PM PDT

Muka hancur terseret di jalan

SUBANG JAYA – Seorang remaja maut dalam keadaan mengerikan apabila wajahnya terseret beberapa meter di kilometer 26.5 Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) awal pagi, semalam.

Dalam kejadian itu, K Kishendran, 19, yang menunggang motosikal dikatakan tercampak beberapa meter dari tempat duduk kenderaan ditunggangi menyebabkan mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, rakan mangsa yang membonceng di belakang, D Gantan, 21, pula mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Serdang sejurus selepas kejadian dilaporkan.

"Kejadian berlaku kira-kira jam 3.20 pagi ketika kedua-dua mangsa menaiki motosikal dari arah Pusat Bandar Puchong ke Putrajaya.

"Motosikal yang ditunggangi mangsa dipercayai dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kenderaan lain sebelum kedua-duanya tercampak ke atas jalan," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, mangsa yang menunggang motosikal mati serta-merta di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan teruk di bahagian muka, kepala dan kehilangan darah yang banyak.

"Kita memerlukan kerjasama orang ramai yang menyaksikan kejadian supaya dapat berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Inspektor Mohammad Zul Helmi Khalid di talian 0378627222 untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Nenek lumpuh disamun

Posted: 07 Sep 2011 05:00 PM PDT

Nenek lumpuh disamun KUALA TERENGGANU - Malang buat seorang warga emas. Sudahlah lumpuh, dia turut menjadi mangsa samun oleh lelaki tidak dikenalinya dalam kejadian yang berlaku di rumahnya, di Kampung Titian Hangus, kelmarin.

Nenek berusia 81 tahun itu kehilangan sepasang subang pusaka akibat kejadian itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, mangsa, Manong Salleh yang lumpuh bahagian pinggang ke bawah sedang duduk seorang diri sambil melipat baju, sebelum didatangi seorang lelaki yang pada mulanya disangkakan anak saudaranya.

Menurut mangsa, ketika itu pintu rumahnya yang uzur itu berkunci dari dalam, namun ia dengan mudah dapat dibuka penjenayah terbabit.

"Lelaki yang menutup mukanya dengan tuala menyerbu masuk rumah dan kemudian terus mengilas tangan makcik ke belakang serta menyembamkan muka makcik ke lantai sebelum merentap subang pusaka yang diwarisi daripada arwah emak makcik, sebelum melarikan diri," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Subang itu dianggar bernilai RM800.

Manong berkata, telinganya juga cedera akibat kejadian itu.

Dia kemudian membuat aduan polis dengan bantuan seorang jiran.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K Manoharan yang dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. BERNAMA

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Masyarakat Siam Kelantan mohon stadium mini

Posted: 07 Sep 2011 05:00 PM PDT

Masyarakat Siam Kelantan mohon stadium mini

PASIR MAS - Masyarakat Siam di Kelantan memohon agar Kementerian Belia dan Sukan membina sebuah stadium mini untuk mereka mengadakan aktiviti sukan.

Pengerusi Persatuan Wanita Siam Kelantan, KC Ngiam Eh Kuan berkata kos bagi membina stadium itu dianggarkan bernilai RM1.5 juta dan mencadangkan ia dibina di Kampung Teresek, Repek di sini.

"Lebih 30,000 masyarakat Siam di Kelantan memerlukan mini stadium kerana sudah sampai masanya kami mendapat mini stadium yang sangat besar ertinya kepada kami," katanya kepada pemberita pada majlis Perhimpunan Belia Beliawanis dan Pemimpin Masyarakat Siam Kelantan di Wat Uttamaram, Kampung Teresek, Repek.

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

KC Ngiam berkata dengan adanya stadium itu, bakat dari masyarakat Siam akan dapat dicungkil untuk menaikkan nama negara dala bidang sukan pada masa akan datang.

Ahmad Shabery yang ditanya mengenai permintaan itu berjanji akan memberi bantuan.

"Permohonan ini sangat adil kepada mereka kerana masyarakat ini juga banyak membantu dan menyokong usaha kerajaan dan saya berjanji akan mengajukan permohonan ini kepada peringkat yang lebih tinggi," katanya.

Beliau yakin permohonan itu akan diluluskan dalam Rancangan Malaysia yang akan datang.

Pada masa yang sama, Ahmad Shabery meluluskan pembinaan sebuah gelanggang futsal kepada masyarakat minoriti itu yang akan dibina tidak lama lagi.

"Peruntukan ini adalah sebanyak RM150,000 dan ini sebagai tanda kita sangat prihatin kepada soal aktiviti sukan kepada masyarakat Siam yang telah banyak menyokong usaha kerajaan," katanya.

Beliau turut melawat lokasi tapak untuk pembinaan gelanggang futsal berkenaan yang terletak di dalam kawasan wat tersebut.- Bernama

Lelaki lari lintang-pukang dikejar pekerja gerai dipercayai mencuri bekalan ikan

Posted: 07 Sep 2011 05:00 PM PDT

Lelaki lari lintang-pukang dikejar pekerja gerai dipercayai mencuri bekalan ikan

JELAWAT – Seorang lelaki yang dipercayai cuba mencuri bekalan ikan dari sebuah stor ikan di sini, lari lintang pukang tanpa sempat melarikan ikan yang diisi dalam keretanya selepas dikejar pekerja gerai ikan terbabit awal pagi kelmarin.

Peniaga tersebut, Adnan Ariffin,43, berkata, kejadian disedarinya ketika melalui jalan Melawi- Jelawat menuju ke Tok Bali untuk mengambil bekalan ikan kira- kira jam 6 pagi kelmarin.

Menurutnya, ketika melalui depan gerainya, salah seorang pekerjanya terlihat lampu gerai mereka terpadam dan mereka berpatah balik untuk melihat lampu yang terpadam.

"Ketika itu memang kami sudah nampak sebuah kereta yang diletakkan di depan gerai, kami sangkakan ia kereta rosak yang ditinggalkan di depan gerai.

"Apabila kami keluar dari van menuju ke gerai, kami terlihat kelibat seorang lelaki yang keluar dari stor ikan dan terjun ke dalam semak melarikan diri. Kami cuba mengejar tetapi gagal mengesannya memandangkan cuaca masih gelap dan dia lari dalam semak," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Harga ayam naik mendadak

Posted: 07 Sep 2011 05:00 PM PDT

Harga ayam naik mendadak KUALA ROMPIN – Harga ayam standard di Pasar Awam Kuala Rompin mula dijual pada harga RM 8.80 sekilogram berbanding RM7.20 sekilogram selepas berakhirnya Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa, semalam.

Kenaikan mendadak sebanyak RM1.60 itu sudah dijangka hingga mengundang rungutan dalam kalangan pengguna yang terpaksa membeli ayam jauh lebih mahal berbanding ketika harga kawalan dikuatkuasakan kerajaan bermula 23 Ogos lalu.

Seorang pengguna, Abdullah Hasyim, 62, berkata, kenaikan harga ayam sudah tentu membebankan pengguna memandangkan barangan keperluan asas itu amat diperlukan pada musim perayaan ini.

"Harga ayam dijual jauh lebih tinggi berbanding kebiasaannya dan keadaan ini sudah tentu menggusarkan kami yang selama ini dihimpit dengan kos kenaikan harga barang," katanya.

Abdullah berkata, kenaikan harga barangan keperluan itu menyebabkan dia tiada pilihan lain melainkan terpaksa juga membeli ayam bagi meraikan Aidilfitri yang disambut setahun sekali itu.

"Mahu tidak mahu kami (pengguna) terpaksa juga membeli ayam dengan harga tinggi kerana pada musim perayaan ini banyak rumah terbuka dan sebagainya bagi meraikan tetamu yang datang ke rumah," katanya.

Saidi Ali, 53, berkata, kesan kenaikan harga barangan bukan hanya pada harga kawalan seperti ayam saja, malah barangan keperluan laut seperti ikan, udang dan sotong juga dipercayai naik mendadak.

"Dahulu, jika bawa RM50 sudah boleh borong banyak barang di pasar, namun hakikat itu tidak sama dengan keadaan sekarang apatah lagi dengan kenaikan harga barang dan kos hidup yang makin meningkat," katanya.

Khairuddin Ngah, 41, berkata, pengguna seharusnya bijak menggunakan 'kuasa beli' yang ada pada mereka supaya tidak membeli barangan keperluan yang dijual pada harga tinggi hingga membebankan pengguna.

"Sebagai pengguna kita perlu gunakan kuasa yang ada pada kita dalam menentukan sama ada barangan itu mahu dibeli atau tidak kerana kita adalah kuasa besar dalam pasaran," katanya.

Peniaga ayam, Khairul Azhar Syed Abdul Aziz, 36, berkata, peniaga tiada pilihan lain melainkan terpaksa menaikkan harga ayam berikutan membeli ayam hidup yang tinggi daripada pembekal.

"Harga ayam hidup biasanya dijual pembekal pada harga RM5.50, tetapi bermula semalam (kelmarin) harga ayam hidup dijual RM6.50, jadi kami tiada pilihan selain menaikkan harga ayam selepas skim kawalan berakhir," katanya.

Khairul Azhar berkata, harga ayam yang dijual itu adalah sama dengan harga sebelum skim kawalan harga dikuatkuasakan, namun tidak menolak kemungkinan harga itu akan naik pada masa akan datang.

"Harga naik atau turun bergantung kepada pembekal, jika harga ayam hidup dari pembekal naik, maka harga ayam standard yang dijual kepada pengguna juga akan naik," katanya.

Punca air keluarkan api

Posted: 07 Sep 2011 05:00 PM PDT

Punca air keluarkan api KUALA TERENGGANU - Penduduk di Kampung Padang Macang, Manir dan kawasan sekitarnya gempar, apabila kawasan tanah dikorek sedalam 10.8 meter, tiba-tiba mengeluarkan bunyi pelik, sebelum mengeluarkan api setelah penduduk mengujinya dengan meletakkan batang paip PVC dan dicucuh api.

Api itu dipercayai terhasil daripada gas yang berada di kawasan tanah dikorek oleh Ramli Ngah, 57, yang juga pengorek lubang.

Menurutnya, dia memulakan kerja menggali telaga itu, setelah diarahkan tuan rumah untuk mencari punca air.

Namun katanya, apabila sampai pada kedalaman itu, dia terdengar satu bunyi pelik, seolah-olah air sedang meletup-letup dari dalam tanah.:

"Saya kemudiannya memasukkan sebatang paip PVC dan secara tiba-tiba terdengar seakan-akan bunyi gas," katanya.

Menurutnya, dia cuba menyalakan api dengan menggunakan pemetik api di corong paip PVC dan ternyata, ia mampu menyalakan api, dan ia mengeluarkan sedikit bau seakan bau belerang.

Penemuan itu, kemudiannya tersebar dalam kalangan penduduk kampung sehingga menarik perhatian mereka untuk melihat lebih dekat kejadian itu.

Tinjauan mendapati, selain orang ramai, turut hadir ke lokasi, Polis Diraja Malaysia dan Petronas Wilayah Pantai Timur, Kuala Terengganu bagi melakukan tinjauan berhubung gas yang keluar dari lubang terbabit.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Mohd Fauzi Muda berkata, setakat ini, punca kejadian masih disiasat dengan kerjasama agensi lain seperti Jabatan Geosains dan Mineral serta Jabatan Tanah dan Galian.

Menurutnya, walaupun gas yang keluar itu tidak berbahaya kepada orang ramai, pihak berkuasa tetap mengambil langkah keselamatan dengan menutup tempat itu.

Sementara itu, Jabatan Mineral dan Geosains Terengganu mengesah kan gas itu, dikenali sebagai gas Methane, selepas pihaknya melakukan siasatan terhadap penemuan itu.

Tinggallah di negara komunis: Dr M

Posted: 07 Sep 2011 05:00 PM PDT

Tinggallah di negara komunis: Dr M MELAKA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyarankan mereka yang menyokong perjuangan komunis, supaya merasai sendiri bagaimana menjalani kehidupan di negara mengamalkan fahaman terbabit.

Sambil menyelar pandangan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang menyatakan pengganas komunis wira sebenar dalam tragedi Bukit Kepong, Tun Mahathir berkata, kenyataan itu adalah berdasarkan nafsu semata-mata.

Menurutnya, tiada siapa boleh mempertikaikan pihak bertanggungjawab memperjuangkan kemerdekaan seperti anggota polis yang mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong.

"Ketika itu, Mat Sabu pun belum ada, kalau ada pun, masih kecil sangat.

"Cubalah tinggal di negara komunis. Kalau orang yang banyak cakap macam Mat Sabu sudah lama 'masuk dalam' (disumbat dalam penjara)," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Wacana Pemikiran di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini semalam.

Hadir sama, Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Tun Mahathir berkata, rakyat di negara komunis tidak merasai kebebasan bersuara seperti di negara ini, malah fahaman terbabit juga jelas tidak percaya akan kewujudan tuhan.

"Saya hairan bagaimana Pas boleh mengagung-agungkan perjuangan komunis.

"Ketika zaman pejuang Chin Peng, pihak berkenaan hanya berjuang untuk menegakkan pemerintahan kuku besi seperti yang diamalkan negara berfahaman demikian, bukannya untuk kemerdekaan negara," katanya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Lapan rumah terbakar

Posted: 07 Sep 2011 05:00 PM PDT

Lapan rumah terbakar SKUDAI - Seramai 24 penduduk daripada lapan keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah papan dihuni mereka di Kampung Batu 8 1/2 Skudai, di sini, sejak puluhan tahun lalu musnah dalam :kebakaran, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, kebakaran yang dipercayai berpunca daripada salah sebuah daripada lapan rumah terbabit sebelum ia merebak ke rumah lain.

Mangsa, Goh Ah Moi, 63, berkata, dia menyedari kebakaran itu setelah dikejutkan anak dan dua cucu perempuan yang terjaga sebaik terhidu bau asap di ruang rumahnya.

"Saya tidak pasti sama ada kebakaran bermula daripada rumah saya atau sebaliknya. Saya hanya berlari keluar bersama anak dan cucu diikuti penghuni tujuh kediaman lain.

"Api marak dengan pantas dan kurang setengah jam kemudian, kesemua rumah sudah terbakar," katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan sumbangan kecemasan RM500 daripada Ahli Parlimen Gelang Patah, Tan Ah Eng, MCA Gelang Patah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Seorang lagi mangsa, Loi Tek Foo, 56, berkata, ketika kejadian, isterinya, Sia Kui Fong, 56, terhidu bau asap sebelum mereka ke ruang depan rumah dan melihat api sedang membakar sebahagian dinding rumah mereka.

"Ketika itu, suasana amat mencemaskan dan kami hanya terfikir untuk menyelamatkan diri saja tanpa memikirkan perkara lain.

"Saya bukan saja :kehilangan tempat kediaman yang dihuni sejak lahir, malah turut kehilangan semua dokumen penting termasuk wang tunai RM1,000 yang saya simpan di rumah," katanya.

Sementara itu, Ketua Zon Johor Bahru, Penguasa Bomba dan Penyelamat, R Saiful Iswandy R Hassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

"Kami menerima panggilan kebakaran pada jam 3 pagi dan mengerahkan empat jentera bomba membabitkan dua dari Balai Bomba Johor Bahru dan masing-masing satu dari Balai Bomba Taman Universiti serta Kulai untuk ke lokasi kejadian.

"Sejurus tiba, enam rumah sudah musnah terbakar dan api dapat dikawal setengah jam kemudian. Operasi memadam kebakaran tamat sepenuhnya pada jam 9.45 pagi," katanya.

Menurut Saiful, punca sebenar kebakaran serta :taksiran kerugian masih dalam siasatan.

Cara sambut raya dulu dan hari ini

Posted: 07 Sep 2011 05:00 PM PDT

Pepatah Melayu menyebut 'biar mati anak, jangan mati adat. Perihal kematian anak hanyalah satu metafora bagi menekan peri pentingnya pemeliharaan adat – kematian anak mungkin boleh diganti, tetapi adat tradisi mengisyaratkan proses pemupusan identifikasi bangsa.

Sebagaimana disebut oleh seorang sahabat, tradisi yang memberikan identiti sesuatu bangsa itu adalah ibarat roh kepada bangsa tersebut. Bayangkan sekiranya satu ketika nanti orang lelaki Melayu berpakaian kot dan tali leher pada 1 Syawal untuk ke masjid dan tatkala menziarahi sanak-saudara. Ini sudah pun berlaku di Barat.

Mungkin ada yang merasakan ini satu ramalan dangkal. Tetapi kita perlu ingat, satu ketika dulu pengantin Melayu berpakaian tradisi serta siap bertanjak dan dilengkapi dengan keris di pinggang. Hari ini ia bukan saja tidak lagi pilihan pertama raja sehari, malah pakaian seperti itu sudah mula dianggap janggal.

Sesungguhnya, kemajuan teknologi hari ini telah menelan tradisi dan adat orang Melayu dengan kadar begitu fenomena.

Beberapa hari menjelang 1 Syawal, Berita TV3 melaporkan penurunan jumlah kad ucapan Selamat Hari Raya yang dikendalikan Pos Malaysia. Ringkasnya penurunan drastik ini menunjukkan jumlah pengurangan lebih 50 peratus bagi tahun 2011 berbanding 2006. Waktu saya di Tingkatan Enam, saya usahakan kad raya buatan sendiri untuk seisi kelas.

Urusan layout dan mengayatkan kad berkenaan juga menjadi tugas saya. Kad dijual mengikut tempahan tanpa ambil kira untung. Kerjanya bukanlah mudah, sesiapa biasa berurusan dengan perniagaan kad raya tentu faham. Sejak dulu kad raya adalah sinonim kepada hari raya itu sendiri. Maknanya kad dianggap pengganti diri kepada sesiapa untuk memanjangkan doa serta harapan dan turut diselitkan dengan kata-kata kemaafan.

Namun hari ini kemajuan dalam teknologi ICT semakin membunuh budaya kad raya.

Sebaliknya ucapan Selamat Hari Raya jauh lebih banyak dihantar menerusi pesanan ringkas bergambar mahupun teks, menerusi laman sosial seperti Facebook, e-mel dan juga Twitter. Sementara trend ini terus berkembang, trend hantar kad raya dilihat menuju kepupusan.

Lazimnya kita memulakan sambutan 1 Syawal dengan solat sunat Aidilfitri sebelum bermaafan dan berkunjung ke pusara ibu bapa ataupun keluarga terdekat. Ramai juga yang menyambutnya dengan linangan air mata tatkala mengenangkan orang tersayang yang telah pergi dan kerana sedih berpisah dengan Ramadan serta khuatir tak sempat bertemu Ramadan tahun selanjutnya.

Tak ramai yang menangis ketika Ramadan sekalipun tujuan berpuasa itu sendiri adalah bagi kita menginsafi mereka yang tidak bernasib baik dalam hidup ini. Cuba tanya berapa ramaikah di antara kita melihat rakyat Somalia berpuasa dalam suasana begitu daif dan tanpa harapan untuk berbuka dengan makanan yang sedap-sedap serta keselesaan menunaikan solat Terawih?

Kita juga memulakan sambutan Aidilfitri dengan perasaan sedih serta sugul dan sebaik memohon maaf atau menerima permohonan maaf daripada anggota keluarga, sekali lagi perasaan kita diuji. Cara kita berbeza dengan bangsa lain di mana yang muda memohon maaf kepada yang berusia. Namun semangat hari raya semakin hari bakal menjadi tinggalan sejarah. Semakin maju dan membangun negara kita, maka perubahan yang menjengah sangat sukar disekat seperti air deras dari lautan.

Tentu ingat bagaimana suatu ketika dulu kita mencemuh budaya beri duit raya dalam sampul atau paket angpau. Konon ini meniru budaya bukan Melayu. Namun hari ini amalan memberi duit raya dengan menghulurkan duit atau nota ringgit tanpa bersampul ini sudah pupus.

Turut sama terhimpit dalam perubahan budaya sambutan tradisional hari raya ini ialah persiapan kuih-muih. Dulu kita lebih gemar buat sendiri daripada membeli atau mengupahnya. Minggu akhir Ramadan, maka terlihat ketuhar berjenama Buttefly warna hitam bentuk kotak empat persegi di hampir setiap dapur. Walaupun ketuhar tradisional ini digantikan dengan yang lebih canggih, namun aroma samprit, kek marble dan sebagainya memenuhi ruang dapur dan menyemarakkan perasaan kedatangan Syawal. Hari ini segala-galanya telah berubah. Perkakas acuan dan dapur tradisional yang menghasilkan kuih favourite bahulu dengan dibakar di bahagian atas dan bawah guna sabut juga sudah semakin pupus.

Dulu budak-budak pun boleh menganyam ketupat guna pucuk daun kelapa. Sambil menunggu pengumuman 1 Syawal, ketupat dimasak dalam periuk besar sebelum digantung di jendela bagi pastikan selain ia sejuk dan boleh dipotong, juga tidak dilarikan kucing atau dipatuk ayam.

Wajah Penyimpan Mohor Besar Raja-raja juga ditatapi penuh debaran – jadi tak hari raya atau perlu berpuasa sehari lagi. Tapi hari ini ketupat ready-made lebih popular, tarikh 1 Syawal juga ditetapkan menerusi rukyah.

Hari ini tak banyak lagi ciri-ciri sambutan tradisional Hari Raya Aidilfitri yang masih tinggal dan diamalkan oleh masyarakat serta generasi baru orang Melayu. Hampir segalanya menjadi mangsa kemajuan teknologi serta perubahan minda yang dibawa oleh kemajuan berkenaan. Jika ada pun yang masih lagi dipertahankan secara tak sengaja ialah beberapa lagu hari raya yang khususnya didendangkan oleh P Ramlee, Saloma dan beberapa orang lagi penyanyi zaman tersebut. Dendang Perantau dan Selamat Hari Raya masih berkumandang walaupun tidak ada jaminan sehingga bila.

Mungkin yang tak dapat diubah untuk selama-lamanya ialah laungan takbir Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillah Ilham.

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Hajat tak kesampaian

Posted: 07 Sep 2011 05:00 PM PDT

Hajat tak kesampaian BUKIT MERAH – Hasrat sebuah keluarga meraikan kejayaan salah ahli keluarganya yang berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Utara Malaysia (UUM) bertukar tragedi selepas kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan.

Kemalangan itu menyebabkan tiga maut manakala lapan lagi penumpang cedera apabila van persiaran yang dinaiki keluarga berkenaan terbabas di kilometer 186.6 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Bukit Merah sekitar jam 5.40 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, pihaknya mengesahkan kejadian yang melibatkan sebuah van persiaran dari Muar, Johor menuju ke Kedah untuk menghantar anggota keluarga mereka iaitu Nur Syuhaila Mohd Jamil, 19, yang akan mendaftar di hari pertama kemasukan UUM sebelum melanggar tembok berhampiran dan terjunam ke dalam parit.

Menurutnya, tiga mangsa yang maut di tempat kejadian ialah pemandu van, Chua Wee Chaur, 33, ibu Nur Syuhaila, Tukijah Esa, 59, dan kakaknya Norruhanizah Mohd Jamil, 34.

Sementara itu, tiga lagi mangsa mengalami kecederaan kritikal dan dihantar ke hospital Taiping ialah bapa kepada Nur Syuhaila iaitu Mohd Jamil @ Mohd Yammi Anuar, 68; abang Syuhaila, Mohd Nazir Mohd Jamil, 29, serta seorang bayi Alia Madiwa berusia 7 bulan setengah yang juga anak kepada Norruhanizah.

"Selain itu lima lagi mangsa yang cedera ringan dirawat di Hospital Parit Buntar termasuk Nur Syuhaila iaitu anak bongsu kepada Mohd Jamil.

"Mangsa yang lain ialah abangnya, Muhammad Faiduz, 27, patah kaki kanan termasuk dua abang iparnya Khairul Khafiza Isnin, 29, dan Mustafa Kamal Md Khairul, 38, serta kakak ipar, Liana Mat, 31," katanya dalam satu kenyataan kepada media, semalam.

Mat Fauzi berkata, ketika kejadian, van persiaran itu membawa 10 ahli keluarga untuk menghantar Nur Syuhaila yang bakal mendaftar masuk di UUM pada hari pertama.

"Namun hajat itu tidak kesampaian apabila pemandu van gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas dan terjunam dalam parit di kawasan Bukit Merah awal pagi tadi (semalam)," katanya.

Anak diugut keluar dari bilik

Posted: 07 Sep 2011 05:00 PM PDT

Anak diugut keluar dari bilik PASIR GUDANG – "Keluar, buka pintu kalau tidak aku bunuh bapa kau," itu jeritan penjenayah terhadap anak mangsa, V Deelip, 12, yang hanya mampu menyembunyikan diri di bilik di tingkat atas rumah selepas menyedari kejadian itu.

Dia yang sedang menonton televisyen di tingkat atas ketika kejadian terdengar bunyi bising di tingkat bawah dan kemudiannya turun untuk melihat apa yang terjadi.

Deelip mendapati beberapa orang lelaki sedang bergelut dan dia kemudian berlari naik ke atas untuk menyelamatkan diri namun disedari perompak terbabit.

"Mereka menjerit kepada saya menyuruh saya keluar dan jika saya tidak keluar mereka akan bunuh ayah saya," katanya.

Deelip yang bimbang, cuba untuk keluar tetapi gagal kerana tombol pintu gagal berfungsi, dia hanya menyedari kedua-dua ibu bapanya ditetak tidak lama selepas penjenayah melarikan diri.

Kanak-kanak berkenaan dibantu untuk keluar dari bilik itu oleh jiran tidak lama kemudian.

"Selepas penjenayah beredar, jiran datang membantu dan saya dapat lihat ibu dan ayah dalam keadaan berlumuran darah. ," katanya.

Ketika menceritakan kejadian tersebut, pembantu rumah mangsa yang hanya dikenali Rasati, 31, berkata, majikannya, S Vijayaratnam,47, sedang bersembahyang di halaman rumah sebelum penjenayah tiba-tiba muncul sambil mengacukan parang.

Rasati serta isteri mangsa, G Vijayalakshmi,45 bertindak menyelamatkan diri dengan menyembunyikan diri di dalam bilik air di tingkat bawah rumah sebelum penjenayah terbabit mengarahkan mereka keluar.

"Kami enggan keluar kerana takut dicederakan, penjenayah kemudiannya memecahkan pintu bilik air sebelum mengarahkan kami menyerahkan barang kemas serta menggeledah seluruh rumah.

"Penjenayah kemudiannya bertindak ganas dengan menetak kepala dan badan majikan (Vijayaratnam)," katanya.

Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved