Khamis, 4 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Tikus hidup ditemui dalam roti

Posted: 03 Aug 2011 05:00 PM PDT

Tikus hidup ditemui dalam roti BRISBANE - Seorang wanita semalam mendedahkan dia terkejut selepas menemui tikus yang masih hidup di dalam bungkusan roti dibeli dari sebuah pasar raya Coles di Aitkenvale, utara Queensland pada Ahad lalu.

Wanita yang enggan mendedahkan identitinya mendapati terdapat lubang besar pada permukaan roti itu seakan kesan akibat dimakan haiwan perosak.

Mangsa akhirnya bertindak mengembalikan semula roti itu tetapi pihak pengurusan pasar raya tersebut enggan bertanggungjawab sebaliknya memberi pelbagai alasan tidak munasabah.

Bagaimanapun, jurucakap pasar raya tersebut menyatakan satu siasatan dalaman sedang dilakukan memandangkan syarikat itu telah memenuhi piawaian keselamatan dan kebersihan makanan yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Townsville.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Penjara Hong Kong adakan pameran kerjaya

Posted: 03 Aug 2011 05:00 PM PDT

Penjara Hong Kong adakan pameran kerjaya

HONG KONG - Sebuah penjara di Hong Kong telah mengadakan pameran kerjaya pertama untuk para banduan kelmarin dalam usaha membantu golongan itu untuk mendapatkan pekerjaan sebelum mereka dibebaskan.

Kebanyakan syarikat bersetuju dengan objektif penganjuran pameran kerana usaha tersebut seakan dapat memulihkan keyakinan para banduan untuk berubah menjadi orang berguna.

Pameran kerjaya yang diadakan di penjara Pik Uk yang terletak di pinggir bandar selatan China itu menawarkan hampir 250 peluang pekerjaan.

Pemilik kedai elektronik, Chun Man Tsun berkata, dia tidak menilai taraf pendidikan atau kelayakan para banduan tersebut.

"Saya hanya mencari calon pekerja yang bercita-cita untuk maju dalam hidup mereka," menurutnya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Buruh maut perut terburai

Posted: 03 Aug 2011 05:00 PM PDT

Buruh maut perut terburai BAYAN LEPAS – Seorang buruh yang baru pulang dari kerja maut dalam keadaan perutnya terburai selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah kenderaan yang sedang keluar dari persimpangan Jalan Permatang Damar Laut kelmarin.

Dalam kejadian kira – kira 7.40 malam, mangsa, Lye Hock Soon, 42, dikatakan dalam perjalanan dari Bayan Lepas ke Batu Maung sebelum merempuh kereta jenis Datsun yang berada di persimpangan itu.

Rempuhan itu menyebabkan mangsa melambung melepasi kereta berkenaan sebelum tercampak ke atas jalan sehingga menyebabkan perutnya terburai dan kecederaan parah di kepala.

Ketua Bahagian Trafik Daerah Barat Daya, Cif Inspektor Mohd Zin Mat Ali berkata, mangsa dikatakan baru pulang dari kerja di Batu Maung dan dalam perjalanan menuju ke rumahnya di Pulau Betong, Balik Pulau.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta terbabit mengalami cedera parah di bahagian kepala dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang.

"Siasatan awal mendapati, penunggang terbabit melanggar kereta yang keluar dari persimpangan jalan itu.

"Kami sedang menjalankan siasatan berhubung punca kejadian berikutan pemandu terbabit masih belum sedarkan diri," katanya.

Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Dituduh bunuh bekas polis

Posted: 03 Aug 2011 05:00 PM PDT

Dituduh bunuh bekas polis IPOH – Tiga sahabat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan menyebabkan kematian seorang bekas anggota polis di Taman Pengkalan Indah, 22 Julai lalu.

R Ganesan, 30; S Sivakumar, 18; dan Hasyim Jaganathan Abdullah, 36, masing-masing berasal dari Ipoh dituduh melakukan perbuatan membunuh ke atas S Sunther, 50, dengan niat mendatangkan kecederaan pada tubuh badan yang boleh menyebabkan kematian.

Mereka melakukan kesalahan itu di hadapan Pusat Makanan Kum Sam antara jam 10 malam hingga 12 malam pada hari berkenaan.

Dakwaan terhadap mereka itu mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda.

Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhaimin Aris menawarkan jaminan sejumlah RM20,000 seorang atas alasan kepentingan orang awam.

Kesemua tertuduh diwakili Peguam Bela, Ranjit Singh Sandhu merayu jaminan dikurangkan berikutan ahli keluarga hadir di mahkamah selain mempunyai gaji rendah bekerja sebagai tukang besi buruk.

Hakim Noor Hayati Mat membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sejumlah RM8,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula pada 27 September depan.

Akhbar pada 26 Julai lalu melaporkan, seorang bekas polis maut dibelasah dengan sekumpulan lelaki menggunakan batu-bata dan kerusi selepas menikmati minuman di restoran berkenaan.

Lelaki itu meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas dimasukkan ke lebih 24 jam kerana mengalami kecederaan teruk di kepala.

Polis giat buru Rambo

Posted: 03 Aug 2011 05:00 PM PDT

Polis giat buru Rambo KUALA LUMPUR – Polis sedang memburu seorang lelaki dipercayai perancang utama sindiket curi kereta dikenali sebagai Rambo, manakala, seorang ahli sindiket itu berjaya ditahan awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi itu, polis menahan ahli sindiket berusia 45 tahun itu di sebuah apartmen di Bandar Baru Sentul

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, penahanan itu dibuat susulan tertangkapnya dua suspek sindiket sama pada Khamis lalu di dua lokasi di Pantai Dalam.

Menurutnya, penahanan suspek ketiga itu juga membawa kepada penemuan tiga buah kereta yang dicuri.

"Hasil siasatan dijalankan menunjukkan tiga kereta itu terdiri daripada dua jenis Proton Wira Aeroback serta sebuah kereta Kia Carnival menggunakan nombor pendaftaran dan geran palsu.

"Siasatan awal mendapati suspek itu mempunyai kaitan dengan kedua-dua suspek yang ditahan sebelum ini," katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Petaling, di sini, semalam.

Wan Abdul Bari berkata, siasatan mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah tetapi mempunyai rekod lalu berkaitan penagihan dadah.

Menurutnya, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti rangkaian sindiket berkenaan.

"Kita percaya sindiket ini mempunyai rangkaiannya yang besar dan ketiga-tiga suspek ditahan ini menjalankan kerja-kerja mencuri.

"Berdasarkan geran, cukai jalan dan nombor pendaftaran palsu ini, kita percaya terdapat individu lain yang terlibat memalsukan dokumen itu serta menjual kereta dicuri," katanya.

Wan Abdul Bari berkata, polis kini memburu Rambo yang dipercayai merupakan perancang sindiket curi kereta berkenaan.

Menurutnya, pihaknya menjangkakan dapat menahan Rambo dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan kes itu.

Katanya, sindiket itu dikesan menyasarkan kereta jenis Proton kerana ia mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan.

Sabtu lalu Sinar Harian melaporkan dua lelaki ditahan serta lima buah kereta dirampas di Pantai Dalam. Sindiket tersebut dipercayai aktif mencuri kereta sejak setahun lalu.

Operasi bersepadu cegah dadah

Posted: 03 Aug 2011 05:00 PM PDT

Operasi bersepadu cegah dadah RHU RENDANG – Ketika orang sibuk beramal sepanjang malam Ramadan, dia pula sibuk ke sana ke mari mencari bekalan dadah.

Demikianlah gambaran sesuai diberikan kepada seorang pemuda berusia awal 20-an yang berjaya ditahan di Taman Medan Jaya malam kelmarin.

Pemuda itu berjaya ditahan dalam satu operasi bersepadu disertai pelbagai agensi kerajaan iaitu Kawalan Rukun Tetangga (KRT) Medan Jaya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah.

Ketua Pegawai AADK daerah, Wan Zulkafli Wan Ahmad berkata, lelaki tempatan itu ditahan dalam sekatan jalan raya di Zon A Taman Medan Jaya dan dia didapati positif dadah hasil ujian saringan air kencing oleh AADK.

"Pada operasi bermula jam 8 malam hingga 12 tengah malam itu, seramai 16 orang telah diperiksa dan telah diambil ujian air kencing, namun hanya seorang pemuda berusia awal 20-an disahkan positif dadah," katanya selepas operasi bersepadu itu selesai dijalankan.

Wan Zulkafli berkata, pada operasi itu juga, seramai 15 anggota AADK, 11 ahli KRT Medan Jaya, lima anggota Rela dan dua anggota polis bekerjasama dalam memastikan operasi bersepadu itu berjalan lancar serta mencapai objektifnya.

Menurutnya, pihaknya juga akan sentiasa menjalankan operasi di kawasan berbeza secara berkala bagi memastikan seluruh daerah bebas daripada kegiatan tidak bermoral, termasuk mengesan penagih dadah di kawasan perumahan terutama remaja.

Bayi hidap jantung berlubang

Posted: 03 Aug 2011 05:00 PM PDT

Bayi hidap jantung berlubang LANCHANG – Seorang suri rumah mengharapkan kehadiran Ramadan tahun ini akan memberi sinar baru buat keluarganya yang memerlukan bantuan lebih RM80,000 bagi kos pembedahan jantung anak bongsunya.

Sarina Mat Nayan 40, dan suami Mohd Zulkifli Mohd Nor 42, yang bekerja sebagai buruh pertanian menetap di Kampung Bongsu di sini tidak mampu menampung kos rawatan yang terlalu tinggi untuk merawat anaknya Mohd Iskandar Hamizan empat bulan.

Sarina pernah merayu bantuan melalui akhbar ini bulan lalu namun akibat ketiadaan akaun bank banyak sumbangan kewangan kepadanya tidak dapat disampaikan.

Menurutnya, dia sekali lagi merayu bantuan orang ramai untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi kos pembedahan anak bongsunya yang mengidap jantung berlubang, jantung terbalik, saluran jantung sempit dan paru-paru tidak mengembang sejak lahir.

"Saya merayu bantuan kewangan bagi pembedahan anak memandangkan keadaan kesihatannya tidak menentu sejak kebelakangan ini dan memerlukan rawatan segera," katanya yang tinggal di rumah ibu dan bapa mertuanya.

Sarina yang berhijrah dari negeri kelahirannya di Kedah ke Pahang lebih 30 tahun dahulu tinggal bersama suami di Kampung Bongsu di sini bersama keluarganya selepas berkahwin 20 tahun lalu.

"Kami sekeluarga tiada harta di sini dan rumah pun dibina atas tanah pertanian milik kerajaan. Kalau boleh memang nak rayu bantuan rumah PPRT tapi tanah pun tidak ada.

"Dalam keadaan sekarang soal rumah adalah yang kedua, apa yang penting saya rayu bantuan pembedahan jantung anak bongsu saya.

"Saya memang tidak ada pilihan lain selain merayu bantuan orang ramai kerana kami sekeluarga berpendapatan kecil," katanya.

Sarina berkata, sebelum ini anak sulung dan anak keempatnya juga meninggal dunia akibat penyakit yang sama. Dia kini hanya mempunyai tiga anak selepas kedua-dua anaknya meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Sarina berkata, daripada tiga anaknya, yang bongsu disahkan doktor menghidap penyakit jantung sejak lahir manakala dua lagi normal.

"Saya akan bawa anak pergi IJN pada 17 Ogos ini dan sekali lagi pada 21 Oktober depan. Untuk pergi ke IJN juga terpaksa mencari kenderaan kerana kami tidak mempunyai kereta sendiri.

"Bekalan ubat juga perlu diambil dari Hospital Temerloh sebulan sekali dan setiap kali pergi saya terpaksa mendukung anak menaiki bas yang jaraknya lebih 30 kilometer dari rumah," katanya.

Sarina berkata, kepada mereka yang sudi menghulurkan bantuan boleh menghubunginya di talian 017-9594404 atau melalui akaun Maybank Rokiah Ali 156020308444.

Penyeludup lompat dari kereta

Posted: 03 Aug 2011 05:00 PM PDT

Penyeludup lompat dari kereta KOTA BHARU – Pelbagai taktik dilakukan penyeludup petrol di negeri ini bagi mengelak ditangkap dan yang terbaru dua lelaki sanggup melompat dari kereta yang bergerak sehingga kenderaan itu melanggar tiang dan tangga rumah di Pasir Pekan, Tumpat, dua hari lalu.

Bagaimanapun, dua lelaki terbabit berjaya melarikan diri ke dalam semak di kawasan itu sejurus melompat keluar dari kereta Proton Saga yang dipercayai membawa muatan petrol untuk diseludup ke negara jiran.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan, Fauzi Harun berkata, siasatan dijalankan mendapati tangki minyak kereta itu diubahsuai dan dipercayai mampu memuatkan petrol sehingga 300 liter.

"Dalam kejadian 1.30 petang itu, seorang lelaki didapati dalam keadaan mencurigakan ketika mengisi minyak di Petronas Pasir Pekan dan seorang lagi rakannya menunggu di tempat pemandu kereta.

"Apabila menyedari kehadiran pegawai kami yang diketuai A'ala Shah Md Yusop mereka tergesa-gesa masuk ke dalam kereta dan melarikan diri sehingga terlanggar kereta penguatkuasa," katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Menurutnya, pemandu kereta itu terus memecut ke jalan kampung sehingga hilang kawalan sebelum bertindak melompat keluar dari kereta yang bergerak dan membiarkan kenderaan itu melanggar tiang rumah dan tangga rumah penduduk.

Katanya, mereka kemudian terus masuk ke kawasan semak dan akibat tindakan liar itu menyebabkan tiang dan tangga rumah tersebut patah namun tiada kecederaan yang dilaporkan.

Fauzi berkata, dua lelaki terbabit sanggup membahayakan nyawa sendiri dan tidak menghiraukan nyawa orang lain terutama kanak-kanak yang sedang bermain ketika kejadian itu.

"Pihak kami mendapati aktiviti seludup barang kawalan terutama petrol dan diesel semakin berleluasa dan aktif ekoran permintaan tinggi di Thailand. Penyeludup ini juga menggunakan kereta atau lori pendaftaran tempatan yang diubahsuai tangki minyak hingga boleh memuatkan muatan sehingga 500 liter," katanya.

Katanya, penyeludup menggunakan tangki asal tetapi kerap membuat pengisian selepas menyedut keluar di kawasan penyeludupan yang ditetapkan sebelum minyak itu diseludup ke negara jiran pada malam hari.

Kes itu disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-peraturan Bekalan 1974. Jika sabit kesalahan, boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Maxis raih anugerah Majikan Terbaik Asia

Posted: 03 Aug 2011 05:00 PM PDT

Maxis raih anugerah Majikan Terbaik Asia Maxis Berhad (Maxis), peneraju penyedia telekomunikasi bersepadu terunggul Malaysia, sekali lagi diiktiraf sebagai majikan pilihan di rantau ini apabila menerima Anugerah Jenama Majikan Terbaik Asia di majlis Anugerah Jenama Majikan Terbaik Asia kali kedua, anjuran Employer Branding Insitute di Singapura.

Naib Presiden Kanan Sumber Manusia, Azmi Ujang dan Ketua Pegawai Bakat, S Kularajah telah menerima anugerah terbabit di Pusat Pameran dan Konvensyen Antara-bangsa SUNTEC, Singapura di mana kemenangan ini adalah tahun kedua berturut-turut bagi Maxis.

Anugerah Jenama Majikan Terbaik Asia ini adalah penghargaan kepada kejayaan Maxis dalam mewujudkan satu budaya penyumba-ngan serta inovasi di tempat kerja, dan kepercayaannya di dalam peningkatan yang konsisten dalam dasar-dasar Sumber Manusia, ia diiktiraf bagi peranannya dalam membangunkan pemimpin masa depan.

Azmi berkata, sebagai majikan pilihan yang meletakkan pekerjanya sebagai prioriti, Maxis menyedari keperluan pekerja untuk pembangunan yang konsisten supaya mereka kekal relevan di dalam pasa-ran yang amat pesat ini.

"Berpandukan matlamat terbabit, kami telah pun mengambil pelbagai inisiatif dalam membangunkan dan membekalkan pekerja kami dengan kemahiran serta pengetahuan yang penting untuk masa hadapan. Kami percaya terhadap pekerja kami dan potensi mereka, dan itulah caranya Maxis terus berinovasi serta bergerak ke hadapan," katanya.

TM, Google Malaysia tawar platform iklan

Posted: 03 Aug 2011 05:00 PM PDT

TM, Google Malaysia tawar platform iklan Telekom Malaysia Berhad (TM) menawarkan platform pengiklanan menerusi carian Google, Google AdWords kepada pelanggan perusahaan kecil dan sederhananya (PKS) seiring dengan usaha mereka dalam meningkatkan tawaran produk berkenaan.

Naib Presiden Eksekutif PKS TM, Azizi A Hadi berkata, program 12 bulan itu bertujuan mendidik dan memberi pendedahan kepada pelanggan PKS TM untuk menggunakan medium pemasaran online bagi memasarkan perniagaan mereka kepada umum.

"TM komited dalam menawarkan medium dan penyelesaian komunikasi yang khusus dan kos efektif untuk golongan PKS di negara ini dengan mengetengahkan inisiatif yang akan meningkatkan perniagaan dan kedudukan mereka dalam rantaian nilai.

"Usaha sama ini juga dapat memberi ruang kepada PKS untuk menembusi pasaran global tanpa sempadan dengan menggunakan ICT sebagai medium pemasaran yang mantap," katanya pada majlis menandatangani perjanjian antara dua pihak itu di Kuala Lumpur, semalam.

Azizi berkata, TM juga menawarkan kupon pemasaran Google AdWords kepada pelanggannya di Malaysia yang boleh digunakan untuk memulakan kempen pemasaran online bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

"Bagi peringkat awal , kupon pemasaran Google AdWords bernilai antara RM150 hingga RM500 akan diberikan percuma kepada pelanggan PKS TM yang terpilih," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Sakit mata!

Posted: 03 Aug 2011 05:00 PM PDT

Sakit mata!

SENAI – Hanya perasaan kecewa dan sedih yang mampu terucap apabila melihat Jalur Gemilang dan bendera Johor dikibarkan dalam keadaan lusuh warnanya, malah koyak-rabak.

Atas dasar keprihatinan itu, seorang tukang kebun, Jamalu Muhammad, 54, melahirkan kekecewaannya terhadap sebuah pusat membeli-belah di sini, yang disifatkannya tidak peka dan memalukan.

"Bendera lusuh dan koyak ini telah lama dibiarkan tergantung, namun sebab tidak selesa akan keadaan itu saya telah memaklumkan pihak pengurusan tersebut, namun respons yang diterima seakan tidak dipedulikan.

"Saya melaporkan ini bukan sebab inginkan publisiti atau perkara yang tidak berasas namun saya sedih, Jalur Gemilang merupakan semangat patriotisme rakyat Malaysia, perasaan cinta dan sayang negara, dan ia merupakan lambang kebanggaan seluruh penduduk di negara ini," katanya yang ditemui di sini, semalam.

Jamalu berkata, keadaan koyak-rabak dan lusuh itu menyakitkan mata dan kos gantian bagi bendera baru juga tidak mahal berbanding keuntungan yang diraih syarikat membeli-belah itu setiap hari.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, M Asojan berkata, bendera berkait rapat dengan semangat patriotik dalam mempertahankan maruah bangsa, agama dan negara.

Katanya, seharusnya semua pihak yang mengibarkan bendera Jalur Gemilang ini lebih prihatin dan sensitif akan perkara ini, bukan sekadar menggantung bendera kerana terpaksa atau sekadar cukup syarat.

"Kita kena ada pengetahuan dan sikap mengenai hak mengibarkan bendera, cara-cara mengibar, susunan pengibaran Jalur Gemilang dan juga cara menghormati bendera.

"Kita perlu kibar bendera Jalur Gemilang yang bersih, baru dan mempunyai ciri-ciri satu bendera seperti warna dan teksturnya. Pada pandangan saya jika kibar bendera yang lusuh dan koyak, baik jangan kibar," katanya yang dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Katanya, Kerajaan Negeri juga telah mengedarkan 120,000 bendera Jawatankuasa Perlaksanaan Mukim-Mukim (JPMM) dan usaha menggalakkan kempen Kibar Jalur Gemilang ini, arahan telah dikeluarkan kepada jabatan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan swasta untuk mengibarkan Jalur Gemilang di premis mereka serta mengagihkan bendera kereta kepada pekerja mereka.

Tidak pernah pelawa Ku Li

Posted: 03 Aug 2011 05:00 PM PDT

Tidak pernah pelawa Ku Li SHAH ALAM – Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) semalam menafikan sebarang pertemuan atau pelawaan terhadap Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, tiada pertemuan mahupun perbincangan dilakukan mengenai isu tersebut.

"Dakwaan (Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri ) Zahrain (Mohamed Hashim) tidak benar sama sekali kerana kami tidak pernah berbincang mengenai pengganti Ketua Pembangkang.

"Isu ini tidak wujud sama sekali kerana PR tetap berpegang teguh dan yakin dengan kepimpinan Anwar sebagai Ketua Pembangkang," katanya.

Kelmarin, Zahrain mendakwa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pimpinan Pakatan Rakyat (PR) mempelawa Ku Li mengambil alih kedudukan Anwar.

Mohamd Sabu turut mempersoalkan bagaimana Zahrain memperoleh sumber tersebut sedangkan pelawaan terhadap Ku Li tidak pernah berlaku.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, sesiapa sahaja boleh membuat dakwaan sedemikian sama ada bermotif peribadi atau sebaliknya.

"Ini kerana kita tidak pernah berbincang ke arah itu untuk menggantikan Anwar. Kita juga tidak pasti sama ada sumber Zahrain adalah rekaan semata-mata atau sebaliknya yang mungkin bertujuan untuk menjejaskan hubungan PR," katanya.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, dakwaan Zahrain hanya propaganda untuk memecahbelahkan hubungan PR.

"Setiap patah perkataan Zahrain adalah pembohongan belaka kerana isu pengganti Anwar tidak pernah timbul sama sekali.

"Kita berharap Zahrain dapat menginsafkan diri pada bulan Ramadan ini daripada membuat tohmahan yang tidak tepat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Jawapan SPR tidak meyakinkan: PR

Posted: 03 Aug 2011 05:00 PM PDT

Jawapan SPR tidak meyakinkan: PR PETALING JAYA - Ahli Parlimen Pakatan Rakyat meragui penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), isu pendaftaran penduduk tetap (PR) sebagai pengundi disebabkan masalah kemas kini.

Naib Presiden Pas, Salahudin Ayub (gambar) yang mengetuai sidang media di pejabat Pakatan Rakayat itu berkata, perkara itu tidak masuk akal kerana mana mungkin SPR tidak mengetahui tentang permasalahan itu.

Bagaimanapun perkara itu diulas, Setiausaha Pas Selangor Khairuddin Othman kerana beliau baru sahaja mengadakan pertemuan dengan pihak SPR negeri semalam.

Menurutnya, SPR malam kelmarin menafikan terdapat pendu�duk tetap didaftarkan sebagai pengundi kerana hanya rakyat Malaysia boleh memohon bagi tujuan itu."

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberitahu, kesilapan berpunca kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menurut Khairuddin, jawapan diberikan Abdul Aziz tidak dapat diterima kerana, masih tidak menjawab persoalan bagaimana status penduduk tetap bertukar dalam tempoh beberapa jam.

Tambah beliau, timbul persoalan kenapa sistem dalam talian tidak dikemas kini secara automatik sejurus maklumat diperoleh.

"Kalau tidak kemas kini, SPR kena kaji sistem itu," katanya.

Khairuddin yang juga pengamal undang-undang, mendakwa mengenal pasti seramai 243 pengundi Cina di Paya Jaras, namanya masih tercicir dalam daftar pemilih.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

RM100 untuk dua biji kurma?

Posted: 03 Aug 2011 05:00 PM PDT

APAKAH berbaloi bayar RM100 hanya untuk dua biji kurma dan segelas air suam? Saya ditanyakan soalan ini oleh seorang kawan yang sama-sama berbuka puasa di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur, semalam.

Secara peribadi rasanya amat berbaloi. Sebab hidangan secara bufet itu saya nikmati sepenuhnya.

Mula-mula ambil nasi tomato dan paha ayam goreng. Kemudian ambil nasi putih sedikit, makan dengan ikan kari, sambal udang, dan ulam.

Tidak cukup dengan itu, saya meratah dua ekor ketam goreng, dua kali tambah kambing panggang, dan lima enam cucuk sate. Itu tidak termasuk pengat pisang, kuih koci, dan buah-buahan segar sebagai pencuci mulut.

Kalau campur empat lima gelas sirap bandung, tiga empat biji kurma – dia orang kata kurma nabi! – dan pelayan hotel yang tidak putus-putus senyum menundukkan kepala sambil berkata 'Sir!' setiap kali berselisih, rasanya berbaloi sangat berbuka hari ketiga Ramadan itu.

Kawan yang bertanya itu pun apa kurangnya. Walaupun tidak berpuasa sebab bukan Islam, dia makan lebih banyak daripada saya. Kalau guna istilah orang kampung, atau bahasa pasar, boleh kata semua yang terhidang itu 'dibelasahnya' cukup-cukup. Maklumlah hanya kunyah dan telan, dan tidak perlu bayar walau setengah sen.

Ada pun yang makan hanya kurma dan minum air suam ialah orang yang membayar majlis dihadiri oleh kira-kira 20 orang wartawan itu. Dia seorang ahli perniagaan bergelar Datuk, dan saya tidak pernah ketinggalan dalam senarai undangannya setiap bulan puasa.

Dia tidak boleh makan banyak, kena betul-betul kawal diet. Dua biji kurma dan air suam juga sedikit nasi dan sayuran sudah memadai buatnya. Dengan macam-macam penyakit yang dihidapi – antaranya kencing manis dan obesiti – doktor menasihatkan (sebenarnya memberi amaran!) dia tidak boleh makan mengikut selera.

Apa yang dimakan itu, sekiranya di gerai Bazar Ramadan, nilainya tidak sampai RM10. Kalau di gerai tepi jalan Kampung Medan mungkin hanya RM5. Sebab itu 'si kaki belasah' itu bertanya, berbaloi atau tidak?

Sebenarnya menjadi amalan biasa bagi sesetengah orang di KL untuk berbuka puasa di hotel-hotel mewah. Iklan mengenai pakej buka puasa telah diuar-uarkan menerusi akhbar, TV, poster dan risalah yang dihantar ke rumah, sejak anak bulan Ramadan masih jauh dalam perut.

Ada beratus hidangan – tradisional Melayu, ala barat, ala Arab, dan ala-ala lain yang pelik-pelik – semuanya lazat-lazat. Harga paling murah RM50 seorang, paling mahal boleh mencecah hingga RM150.

Sebenarnya soalan rakan saya itu ditanyakan juga oleh banyak orang. Ramai menganggap berjamu di hotel besar itu sebagai satu pembaziran. Makanan yang sepatutnya RM10 dibayar 10 kali ganda. Selalu pula disebut membazir itu sahabat iblis.

Dan, selalu ada sindiran bahawa bukankah lebih baik sekiranya duit itu disedekahkan untuk belanja berbuka anak-anak yatim? Malah, ada yang membuat dosa kering dengan berkata: "Belanja ribu-ribu di hotel, belum tentu bayar zakat!"

Jangan prejudis pada orang kaya. Sekiranya dia betul ada RM juta-juta-juta, rasanya tidak ada salahnya untuk dia menjamu rakan-rakan yang berpuasa. Bukankah – seperti yang dijelaskan dalam hadis – besar pahalanya memberi makan kepada orang berpuasa?

Kalau semua yang datang bufet itu menikmati hidangan hingga puas, tidak timbul soal membazir. Sebaliknya, kalau beli banyak makanan di Bazar Ramadan tetapi tidak habis, dan dibuang dalam tong sampah, itu baru membazir.

Mengenai derma kepada anak yatim, siapa tahu jika dia sudah banyak menderma. Dia tidak perlu menyatakan itu kepada umum.

Sebenarnya ramai orang kaya menderma secara senyap-senyap, dan tidak gah memegang 'mock' cek sebesar sejadah untuk masuk surat khabar.

Demikian juga mengenai zakat, apakah dia perlu menghebohkan satu Malaya bahawa dia telah melangsaikan rukun Islam itu?

Dia tidak perlu menampal resit membayar zakat itu pada dahi atau dadanya. Beramallah dengan ikhlas, bukan untuk menunjuk-nunjuk.

Apa yang penting dengan berbelanja di hotel, orang-orang berduit ini turut menyumbang kepada pertumbuhan industri perhotelan. Sekurang-kurangnya orang tidak berduit seperti saya dapat juga menjamu selera di hotel mewah.

Saya doakan mereka yang mengajak berbuka itu akan terus dimurahkan rezeki, dan dapat belanja saya lagi tahun depan!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Dunia kapur barus dan kain kapan

Posted: 03 Aug 2011 05:00 PM PDT

Baru-baru ini saya terbaca mengenai kisah Imam Ghazali Rahimahullah diriwayatkan mendapat tanda-tanda kematiannya sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk hadapi sakaratulmaut sendirian.

Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulama adalah benar dan wujud, cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.

Tulisan ini merujuk kepada beberapa kematian yang berlaku dalam kalangan sahabat-sahabat terdekat, jiran-jiran dan kenalan jauh yang tidak pernah bersua rupa, namun kita kenal melalui perkhabaran tentang kebaikan mereka, kemurnian hati dan baik budi pekerti mereka.

Padahal mereka itu baru sahaja kita jumpa dan bertanya khabar. Kita rasa akan ada lagi peluang untuk bertemu, namun tahu-tahu sahaja kita mendapat perkhabaran si polan telah pergi dulu.

Ramai yang percaya kepada beberapa tanda kematian, ada juga yang menyebut `buang tebiat' apabila sedar dengan tanda-tanda itu. Biasanya orang yang akan pergi dulu tidak merasainya tetapi orang keliling tahu. Tanda-tanda diberikan agar kita dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT.

Kami adik-beradik memang biasa dengan kematian kerana bapa saya menjalankan tanggungjawab sebagai tukang mandi jenazah dalam kariahnya. Pintu rumah kami selalu diketuk tidak kira subuh, pagi, tengah hari, petang atau malam. Malah sebagai orang lama bapa seperti dapat menghidu jika akan berlaku sesuatu kematian.

Dia tidak akan meninggalkan rumah. Dia payah diajak tidur di rumah anak-anak yang jauh. Dia akan memberi pelbagai alasan padahal isu kematian itulah yang mulai dia rasai tetapi tidak diberitahu kepada sesiapa.

Kami membesar dalam dunia kapur barus, sintok, air mawar, kain kapan dan segala keperluan menguruskan jenazah dan pantang bagi bapa saya – jangan bertanya tentang jenazah yang dia sudah uruskan. Dia sama sekali tidak akan menceritakan aib jenazah.

Sehari dua ini apabila menerima berita kematian sahabat kita tersentak, alangkah mudahnya mereka pergi. Sahabat saya Datin Amelia meninggal dalam tidur. Begitu juga bagi penulis terkenal Liana Afiera Malik, juga pergi tiba-tiba. Sebelum itu Dr Lo' Lo pergi dengan tenangnya. Seorang rakan saya meninggal dunia sebaik selesai solat Subuh, sedar-sedar sahaja sudah tiada nyawa.

Sesungguhnya janji Tuhan tidak mengira masa. Sedikit pun tidak tercepat atau terlewat. Kata orang, seratus hari sebelum kematian hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendaki-Nya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh - dari hujung rambut sehingga hujung kaki akan alami getaran atau seakan-akan menggigil, contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk menggunakan masa yang ada bagi mempersiapkan diri dengan amalan.

Namun bagi saya, tidak kira 100 hari atau 40 hari sebelum kematian, hendaklah kita sentiasa bersedia. Bertaubatlah setiap hari. Bermaafanlah setiap ketika. Berlapang dada, ikhlaskan hati dengan sesiapa sahaja. Lagi bertambah usia kita, lagi dekat tarikh kematian kita.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved