SH |
Posted: 03 Aug 2011 05:00 PM PDT Dituduh bunuh bekas polis
IPOH – Tiga sahabat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan menyebabkan kematian seorang bekas anggota polis di Taman Pengkalan Indah, 22 Julai lalu.
R Ganesan, 30; S Sivakumar, 18; dan Hasyim Jaganathan Abdullah, 36, masing-masing berasal dari Ipoh dituduh melakukan perbuatan membunuh ke atas S Sunther, 50, dengan niat mendatangkan kecederaan pada tubuh badan yang boleh menyebabkan kematian. Mereka melakukan kesalahan itu di hadapan Pusat Makanan Kum Sam antara jam 10 malam hingga 12 malam pada hari berkenaan. Dakwaan terhadap mereka itu mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda. Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhaimin Aris menawarkan jaminan sejumlah RM20,000 seorang atas alasan kepentingan orang awam. Kesemua tertuduh diwakili Peguam Bela, Ranjit Singh Sandhu merayu jaminan dikurangkan berikutan ahli keluarga hadir di mahkamah selain mempunyai gaji rendah bekerja sebagai tukang besi buruk. Hakim Noor Hayati Mat membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sejumlah RM8,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula pada 27 September depan. Akhbar pada 26 Julai lalu melaporkan, seorang bekas polis maut dibelasah dengan sekumpulan lelaki menggunakan batu-bata dan kerusi selepas menikmati minuman di restoran berkenaan. Lelaki itu meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas dimasukkan ke lebih 24 jam kerana mengalami kecederaan teruk di kepala. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan