Ahad, 4 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

PM baru Jepun peroleh sokongan 63 peratus

Posted: 03 Sep 2011 05:00 PM PDT

PM baru Jepun peroleh sokongan 63 peratus TOKYO - Satu tinjauan yang dijalankan terhadap 1,000 penduduk mendapati sebanyak 63 peratus menyokong pelantikan Perdana Menteri Jepun yang baru, Yoshihiko Noda iaitu sehari selepas beliau mengumumkan barisan Kabinet baru di bawah pimpinannya.

Noda turut berikrar untuk mencari jalan penyelesaian bagi memulihkan dan membina semula kawasan yang musnah teruk akibat bencana berganda pada 11 Mac lalu.

Noda turut menamakan Jun Azumi, sebagai Menteri Kewangan dan Koichiro Gemba dilantik sebagai Menteri Luar.

19 korban taufan Talas

Posted: 03 Sep 2011 05:00 PM PDT

19 korban taufan Talas TOKYO - Sekurang-kurangnya 19 orang terkorban manakala 54 lagi hilang selepas taufan Talas yang turut membawa angin kencang berkelajuan 108 kilometer dan hujan lebat membadai barat Jepun, menurut laporan jabatan kajian cuaca, semalam.

Jabatan kaji cuaca melaporkan taufan Talas itu menyebabkan air sungai melimpah dan beberapa kejadian tanah runtuh di kawasan merentasi Pulau Shikoku dan bahagian barat Pulau Honshu.

Kerajaan tempatan menyatakan banjir besar di kampung Totsukawa terletak di wilayah Nara telah menghanyutkan beberapa buah rumah dan menyebabkan sekurang-kurangnya dua maut manakala tujuh lagi dilaporkan masih hilang.

Taufan Talas tersebut kini bergerak perlahan ke bahagian utara Laut Jepun.

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Lori muatan diesel terbakar

Posted: 03 Sep 2011 05:00 PM PDT

Lori muatan diesel terbakar

PENDANG – "Tiba-tiba saya terdengar bunyi letupan," kata Ahmad Sobirin Abdul, 30, saksi yang terkejut mendengar bunyi letupan kuat dan pada mulanya dia menyangka berlaku kemalangan di kawasan itu namun, melihat sebuah lori muatan minyak diesel kira-kira 5,000 liter terbakar di pekan Bukit Jenun di sini, malam kelmarin.

Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 9.30 malam dan ketika itu dia ke halaman rumah untuk memindahkan keretanya.

"Semasa saya membuka pintu untuk memindahkan kereta, tiba-tiba terdengar bunyi letupan kuat dan menyangka berlaku kemalangan.

"Namun, apabila memeriksa bunyi letupan itu saya lihat sebuah lori terbakar dan api sudah marak hingga 30 meter dan hampir dengan rumah saya," katanya.

Ahmad Sobirin berkata, setelah melihat kejadian itu dia segera membawa keluarganya keluar dari rumah untuk mengelak perkara yang tidak diingin berlaku.

"Ini kerana saya bimbang api merebak sehingga ke rumah kami. Namun, bersyukur api tidak merebak dan hanya terputus bekalan elektrik," katanya.

Sementara itu, Pegawai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak Md Shukri Bahari berkata, pihaknya menerima panggilan pada 9.30 malam dan tiba di tempat kejadian 15 minit kemudian.

Beliau berkata, ketika bomba sampai lori minyak itu sudah terbakar sepenuhnya sehingga menyambar wayar elektrik dan anggotanya mengambil masa 20 minit untuk mengawal kebakaran.

"Ketika tiba di tempat berkenaan api sudah merebak dan satu pam minyak dari kedai minyak yang sudah tidak beroperasi dekat dengan lori ini turut disambar api.

"Sebuah kereta dan lori lain turut rosak akibat disambar api dari lori berkenaan," katanya.

Justeru, beliau berkata, seramai lima anggota dan satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak selain dibantu lima jentera sukarela dikejarkan ke tempat kejadian.

Katanya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan dan semasa kejadian itu berlaku tidak ada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

» selanjutnya...

Cubaan bunuh diri gagal

Posted: 03 Sep 2011 05:00 PM PDT

Cubaan bunuh diri gagal IPOH – Cubaan seorang lelaki untuk terjun dari tingkat lima wad 5B Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, gagal apabila diselamatkan polis dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, lelaki tersebut yang memakai baju T berwarna cerah dan berseluar jeans dikatakan mundar mandir di koridor wad terbabit dalam keadaan gelisah.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, lelaki berusia 26 tahun itu bukan sahaja malah didapati menangis sebelum bertindak melangkah keluar pagar yang terdapat di koridor berkenaan.

"Ramai orang yang melihat kejadian itu dari bawah bangunan terkejut, malah ada juga yang mengambil kesempatan untuk merakam aksi lelaki terbabit.

"Bagaimanapun, selepas hampir 45 minit, lelaki terbabit berjaya diselamatkan," katanya ketika ditemui.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Tarmizi Haq berkata, lelaki terbabit bukanlah pesakit HRPB tetapi orang luar yang menyelinap masuk ke dalam hospital dan cuba membunuh diri.

Menurutnya, anggota keselamatan menghadapi sedikit kesulitan ketika kerja-kerja menyelamat apabila lelaki terbabit bertindak menendang mereka beberapa kali.

"Bagaimanapun, selepas hampir setengah jam memujuknya, kami berjaya menghalang lelaki terbabit terjun dari bangunan itu," katanya ketika dihubungi semalam.

Tarmizi berkata, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan mempunyai masalah dalaman yang serius sehingga memutuskan untuk membunuh diri bagi menyelesaikan masalahnya.

"Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan lelaki terbabit kini ditempatkan di wad mental HRPB dengan kawalan keselamatan yang ketat," katanya.

Sementara itu, Timbalan Penguat kuasa Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh, P Samasuvam berkata, pihaknya menerima panggilan daripada anggota polis kira-kira jam 11.12 malam dan tiba di HRPB lima minit kemudian.

Samasuvam berkata, anggotanya bersama polis menasihatkan lelaki berkenaan supaya tidak membunuh diri namun lelaki berkenaan tetap berdegil untuk terjun memandangkan emosinya kurang stabil.

"Kecekapan dua anggota polis mengepung lelaki itu di bahagian kiri dan kanan serta bantuan anggota kami yang menarik lelaki berkenaan ke atas berjaya menyelamatkannya daripada maut," katanya.

Misteri bau busuk terjawab

Posted: 03 Sep 2011 05:00 PM PDT

Misteri bau busuk terjawab

BATU CAVES – Misteri bau busuk dari takungan air berhampiran simpang masuk ke Jalan Batu Caves dari arah Rawang, Jalan Kuching di sini terjawab dengan penemuan mayat seorang lelaki.

Dalam kejadian lewat petang kelmarin, seorang saksi yang enggan dikenali berkata, ketika melalui kaki lima jalan berkenaan dia terlihat objek seakan kepala manusia yang tersembul keluar.

"Apabila didekati didapati ia mayat seorang lelaki. Tidak berapa lama kemudian pihak polis dihubungi datang, tetapi mayat tidak dapat dikeluarkan dengan mudah kerana petak takungan itu dilindungi penutup konkrit.

"Setelah penutup konkrit itu dibuka, pihak forensik berjaya mengeluarkan mayat berkenaan kira-kira 10 minit kemudian," katanya.

Dalam pada itu, dia yang bekerja di sebuah bengkel kereta berhampiran berkata, sebelum ini 'kolam' tempat mayat berusia lingkungan 30-an itu ditemui tidak mengalami limpahan air.

Katanya, bagaimanapun beberapa hari sebelum mayat itu ditemui, dia yang sering melalui jalan berkenaan untuk ke tempat kerja berasa hairan petak itu dipenuhi air, manakala timbul bau terlalu busuk.

"Ketika mayat itu diangkat keluar sekitar jam 6.30 petang, dia tidak berpakaian, tetapi terdapat baju dan seluar pendek ditemui di tempat kejadian.

"Kulit mayat terutama di muka dan badan sudah tertanggal, agak mengerikan kerana sudah reput," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi berkata, polis sedang membuat siasatan lanjut dan mengesahkan pakaian mangsa ditemui di tempat kejadian.

Katanya, mangsa dipercayai berbangsa India atau Myanmar itu ditemui tanpa identiti dalam tangki air di tepi jalan susur masuk ke Medan Batu Caves.

"Hasil siasatan dipercayai mayat berada lebih kurang lima hari dalam air berdasarkan keadaannya yang telah kembung. Tiada kecederaan berunsur jenayah.

"Siasatan ini dibantu oleh forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor. Kes buat masa ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.

Terdahulu kejadian turut menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang lebih satu kilometer, apabila pengguna jalan raya dari arah Rawang ke Kuala Lumpur memperlahankan kenderaan untuk melihat ke tempat kejadian.

Ribut landa Marang

Posted: 03 Sep 2011 05:00 PM PDT

Ribut landa Marang RHU RENDANG - Sebanyak 16 buah rumah di kawasan sekitar Pulau Kerengga di sini, rosak teruk membabitkan kerosakan atap akibat dipukul ribut dalam kejadian yang diibaratkan seperti 'tsunami kecil' penduduk kawasan itu, petang kelmarin.

Dalam kejadian bermula lebih kurang jam 3.30 petang, harapan sebuah keluarga untuk menyambut Syawal bersama keluarga sambil menjamu selera turut musnah apabila kediaman mereka rosak akibat dipukul ribut kencang melanda kawasan itu.

Kejadian itu nyaris menyebabkan siling rumah keluarga Ramlee Abu Bakar, 53, runtuh dan kesemua zink di ruang tamunya diterbangkan angin serta lori miliknya rosak ditimpa sebatang pokok.

Menurut bapa enam anak itu, ribut itu berlaku kira-kira jam 3.30 petang ketika dia berada di luar rumah manakala isterinya, Aminah Sulong, 52, bersama enam anak, menantu dan enam cucu mereka sedang menjamu selera di ruang tamu.

"Kejadian berlaku terlalu pantas. Dalam tempoh beberapa saat sahaja, hampir semua atap di ruang tamu rumah di terbangkan angin. Mujurlah isteri saya dan ahli keluarga lain sempat menyelamatkan diri," katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Ramlee berkata demi-kian ketika menerima kunjungan Presiden Pas yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat lawatan ke rumah mangsa ribut di kawasan Pulau Kerengga di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Pusat Khidmat Masyarakat, Wahab Osman, Ketua Pas cawangan Pulau Kerengga, Ibrahim Long dan Pengerusi Lagnah Kebajikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, Abdul Aziz Ngah.

Sementara itu, isteri Ramlee, Aminah Sulong, 52, berkata, ketika kejadian dia bersama ahli keluarganya termasuk enam cucunya sedang berehat di ruang tamu sambil menjamu kuih raya sebelum atap ruang tamu rumah diterbangkan angin kuat.

"Dalam keadaan panik, saya memeluk erat anak-anak dan cucu. Ada antara mereka yang menangis malah tidak henti-henti mengucapkan kalimah "ALLAH hu akbar" sebelum kami berlari ke arah dapur untuk menyelamatkan diri," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Aminah, ketika itu dia hanya memikirkan keselamatan diri dan ahli keluarganya untuk menyelamatkan diri kerana tidak menyangka ribut selama 15 minit tersebut boleh menyebabkan bahagian atap ruang tamu rumahnya rosak teruk.

Difahamkan keluarga Ramlee dan Aminah adalah antara 16 mangsa ribut yang terpaksa menanggung kerugian kesan bencana alam itu dan merupakan rumah yang mengalami kerosakan paling teruk dengan anggaran kerugian melebihi RM5000.

Dalam pada itu, seorang lagi mangsa, Nur Syahirah Salleh, 17, yang sedang tidur di dalam biliknya nyaris dihempap atap rumah ketika ribut itu melanda kawasan rumah keluarganya.

Kakak sulung mangsa, Fazliwati Salleh, 30, berkata, ketika kejadian ribut kuat itu melanda, seramai enam ahli keluarganya berada di rumah itu dan adik perempuannya itu sedang tidur di dalam sebuah bilik sebelum dikejutkan dengan bunyi kuat.

"Apabila dia terjaga, ruang biliknya dipenuhi atap rumah dan dia hanya mampu mengu-cap dua kalimah syahadah berulang kali kerana terkejut dan bersyukur kerana atap rumah tidak jatuh menimpanya," katanya kepada ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Fazliwati berkata, adik perempuannya itu kemudian keluar dari bilik dengan dibantu ahli keluarga lain, mereka bersyukur kerana tiada sebarang kecederaan menimpa dalam kejadian ribut bermula pada pukul 3.30 petang itu.

Sementara itu, menurut jurucakap polis dari Balai Polis Merchang sebanyak enam lapo-ran diterima daripada mangsa kejadian ribut yang melanda sekitar kawasan Pulau Kerengga, Marang sejak petang kelmarin hingga jam 3 petang semalam.

Tidak mampu keluar beraya

Posted: 03 Sep 2011 05:00 PM PDT

Tidak mampu keluar beraya PASIR MAS – Seorang gadis terpaksa melupakan hasrat untuk keluar bersama rakan-rakan bertandang dari rumah ke rumah bagi menyambut perayaan Aidilfitri di Kampung Kubang Bunut, Kasar, dekat sini.

Rosmiza Awang Mat, 29, mengalami ketumbuhan di bahagian kaki kanan sejak dia berumur 12 tahun malah ketumbuhan tersebut semakin membesar sehingga ke paras pangkal paha dan kini ia sudah mencapai berat 100 kilogram.

"Ia bermula selepas saya menjalani rawatan pada 2001 lalu namun keadaan bertambah buruk lagi apabila tumor tersebut dikatakan hidup dan membesar," katanya.

Sementara itu, ibunya, Kamariah Daud, 70, berkata, dia tidak lagi mampu untuk mengubati penyakit anak bongsunya, menerusi rawatan moden mahupun tradisional.

"Sejak dia mendapat penyakit ini, saya terpaksa menjual lembu, kambing, ayam dan itik bagi menampung perbelanjaan yang mencecah sehingga RM10,000.

"Bukan itu sahaja, saya juga terpaksa menampung kos perubatan suami saya, Awang Mat Jusoh, 82, yang buta kedua-dua mata," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, dia memerlukan bantuan sehingga RM60,000 bagi mendapatkan rawatan susulan anaknya di Australia, jika tidak, anaknya mungkin akan kekal seperti sekarang.

Kamariah berkata, dia seakan berputus asa untuk mengubat ketumbuhan pada kaki anaknya namun setiap kali Rosmiza mengalami kesakitan, dia tidak sanggup melihat anaknya menangis meronta-ronta kerana menahan sakit.

Menurut, anaknya mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun ia terpaksa digunakan untuk membeli keperluan asas kerana mereka sekeluarga tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya mengharapkan mengambil upah mengurut dengan bayaran yang diperolehi sebanyak RM15 seorang.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Langkah - langkah keselamatan telah diambil sebelum misi bantuan ke Somalia

Posted: 03 Sep 2011 05:00 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]

Bernama teliti semula SOP liputan luar negara

Posted: 03 Sep 2011 05:00 PM PDT

Bernama teliti semula SOP liputan luar negara

PETALING JAYA - Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) akan meneliti semula beberapa prosedur operasi standard (SOP) dalam menghantar wartawan untuk tugasan di luar negara, terutamanya di zon kritikal atau dilanda konflik.

Pengurus Besar Bernama, Datuk Hasnul Hassan, berkata selain menyediakan wartawan dengan latihan secukupnya, pertubuhan itu akan turut meneliti aspek keselamatan.

"Kami berkemungkinan perlu melihat bagaimana petugas kami dapat dilindungi dengan sebaik-baiknya. Sekiranya SOP perlu diubah, kami akan mengubahnya selepas berbincang dengan jawatankuasa pengurusan," katanya di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang di sini, hari ini.

Beliau antara yang hadir di pangkalan tentera berkenaan, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, untuk menunggu ketibaan jenazah jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor, 39.

Allahyarham Noramfaizul terkorban di Mogadishu pada Jumaat selepas terkena tembakan ketika dalam perjalanan menaiki sebuah kenderaan bersama petugas media lain dari Malaysia yang membuat liputan misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia.

Hasnul berkata, Bernama tidak akan berhenti daripada menghantar wartawan untuk tugasan di luar negara, sambil menambah pertubuhan berkenaan sering menghantar wartawan berpengalaman ke luar negara.

"Ini adalah dasar kami. Bagaimanapun, jika membabitkan keadaan yang sukar, keputusan dibuat atas dasar sukarela," katanya. - Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Derita si kecil

Posted: 03 Sep 2011 05:00 PM PDT

Derita Si Kecil KUANTAN - Melihat saiz badannya yang kecil, tiada siapa menyangka kanak-kanak ini berusia tujuh tahun.

Mimi Amisya Baharum, 7, membesar tidak seperti kanak-kanak seusia selepas menghidap osteoporosis sejak dalam kandungan lagi.

Ibunya, Laizatul Akma Ahmad Zawayan, 41, berkata, ketika kandungannya mencecah lapan bulan, dia diberitahu doktor bahawa bayi dikandungnya menghidap osteoporosis apabila perkembangannya tidak seperti bayi normal lain.

Menurutnya, selepas lahir, tumbesaran anak ketiga daripada empat adik-beradik itu sedikit lambat apabila Mimi hanya mampu meniarap pada usia dua tahun.

"Memang tumbesaran dia sedikit terencat dan dalam tempoh itu, Mimi sentiasa bergantung kepada ubat untuk menguatkan tulangnya.

"Dengan keadaan itu, Mimi tidak mampu berjalan kerana kakinya tidak dapat menampung berat badan selain giginya juga cepat patah.

"Malah Mimi perlu mendapatkan suntikan sebanyak empat kali setahun bagi memastikan tulangnya tidak cepat rapuh," katanya ketika ditemui pada Program Ziarah Pergerakan Puteri Umno Bahagian Indera Mahkota di sini.

Turut hadir, Ketua Puteri Umno Bahagian Indera Mahkota, Mazlina Mohamad Lazim.
Bagaimanapun, dia berkata, akibat masalah kewangan dan kos tinggi, Mimi tidak dapat mendapatkan suntikan itu tahun ini.

Katanya, ubat yang berharga RM300 sebotol itu mampu membantu mengelakkan tulang Mimi daripada menjadi cepat rapuh.

"Mimi juga perlu menjalani rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) setiap empat bulan sekali.

"Oleh kerana Mimi tidak dapat berjalan, dia bergantung sepenuhnya kepada kerusi roda. Bagaimanapun, saya hanya mampu menyediakan kereta sorong bayi untuknya ke sekolah," katanya di Taman Impianku, di sini.

Katanya, kerusi roda khas diperlukan untuk memudahkan pergerakan Mimi, namun kos yang tinggi menghalangnya untuk menyediakan keperluan itu.

"Walaupun keadaannya begitu, namun dia masih bersemangat untuk ke sekolah dan belajar bersama rakan-rakan.

"Malah guru-guru di Sekolah Kebangsaan RTP Bukit Goh juga memberi sokongan kepadanya dan berdasarkan kepada pencapaiannya, Mimi merupakan seorang murid pintar selain mampu menguruskan diri sendiri," katanya.

Nafi salah guna wang

Posted: 03 Sep 2011 05:00 PM PDT

Nafi salah guna wang

RANTAU PANJANG - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu (gambar) menafikan dakwaan beliau menyalahgunakan wang Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) bagi melunaskan bil rawatan akibat cedera semasa menyertai Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Julai lalu.

Sambil menyelar tindakan Pemuda Umno yang membuat dakwaan tersebut, pemimpin nombor dua Pas itu berkata, kos rawatan beliau di Hospital Pakar KPJ Selangor berjumlah RM8,000 lebih termasuk kos konsultan sebanyak RM3,000.

"Tetapi entah macam mana dapat dekat Pemuda Umno, kos pembedahan RM5,000, RM3,000 (lagi) Mat Sabu curi. Sebenarnya RM3,000 adalah kos konsultan pakar," katanya semasa menyampaikan ceramah di pekarangan Pusat Tarbiah Parlimen Rantau Panjang, kelmarin.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Umno, Reezal Merican Naina Merican mendedahkan salinan memorandum pembayaran bertarikh 3 Ogos 2011 yang dirujuk sebagai 'bayaran balik perbelanjaan perubatan ahli lembaga pengarah (PBAPP), Tuan Haji Mohamad Sabu'.

Bayaran balik diluluskan itu bernilai RM8,434.05 iaitu terdiri daripada bayaran RM5,060.55 bagi perbelanjaan perubatan dan RM3,373.50 bagi kos bayaran perunding pembedahan dan persoalan timbul apabila bil Hospital Pakar KPJ Selangor yang dikepilkan bersama hanya berjumlah RM5,060.54.

Hadi pertahan Mat Sabu, bidas media

Posted: 03 Sep 2011 05:00 PM PDT

Hadi pertahan Mat Sabu, bidas media

MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan timbalan presidennya, Mohamad Sabu dan membidas media kerana terus menyerang pemimpin itu termasuk melabelkan Umno sebagai sebuah parti yang 'hanyut'.

"Jangan keluarkan berita sehingga jadi fitnah, Pas ialah sebuah parti Islam yang lawan semua (penjajah), British kita lawan, komunis kita lawan," katanya ketika ditemui di sini, mengulas serangan Umno dan medianya terhadap, Mohamad Sabu.

Mohamad Sabu dalam kenyataannya sebelum ini mencadangkan agar sejarah negara dikaji semula sehingga menimbulkan kontroversi.

Ini berikutan dakwaan Umno melakarkan sejarah negara berdasarkan kepentingannya, tetapi bukan cerita sebenar.

Mohamad Sabu yang dipetik berkata, isu serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada 1950 diceritakan Umno sebagai penjahat menyerang hero iaitu polis yang mempertahankan balai itu.

"Ia menjadi satu kepercayaan ramai apabila Jins Samsudin membuat filem Bukit Kepong berdasarkan persepsi itu. Antara yang menyerangnya adalah kumpulan dipimpin Mat Indera, di samping komunis yang juga melawan penjajah British ketika itu.

"Polis ketika itu bertugas dengan penjajah Inggeris yang menjajah Tanah Melayu pada waktu itu. Antara pihak menentang Inggeris adalah pejuang Islam dipelopori Abu Bakar Al Bakir, kumpulan Nasionalis Melayu pimpin Ahmad Boestaman dan komunis," katanya.

Namun, katanya, kesemua mereka tidak menjadi hero yang memperjuangkan kemerdekaan dan melawan bagi pengkisah sejarah negara yang dipimpin Umno, tetapi menjadi hero adalah Datuk Onn Jaffar dan Tunku Abdul Rahman.

"Pada hal Datuk Onn adalah menteri besar yang dilantik Inggeris untuk mentadbir Johor. Tunku Abdul Rahman pula adalah pegawai British," katanya.

Mengulas lanjut, kata Abdul Hadi yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang berkata, perkara itu bukan sesuatu yang baru kerana Umno hanya menyokong pihak berkuasa yang dapat memberi keuntungan kepada mereka sahaja.

"Umno hanya sokong siapa yang berkuasa. Masa British berkuasa sokong British kalau Jepun berkuasa sokong Jepun, kalau komunis berkuasa mereka akan sokong komunis kerana mereka (Umno) hanyut, tetapi Pas akan melawan semua," katanya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Bakat, minat dan kerajinan

Posted: 03 Sep 2011 05:00 PM PDT

Ini bukan sastera. Ini motivasi. Wujudkah manusia malas? Itu ialah satu soalan yang mudah dijawab, iaitu "Orang malas memang wujud." Jika tiada manusia yang malas, tentulah tidak wujud perkataan "MALAS". Namun, apabila kita hendak mengatakan si A atau si B itu malas, kita hendaklah berhati-hati. Katakanlah A itu Ahmad, dan B itu Baharum.

Sebelum berbicara tentang Ahmad dan Baharum, marilah kita fikirkan Nujum Pak Belalang, filem P Ramlee. Pak Belalang asyik tidur saja, manakala anaknya keluar mencari rezeki. Itu peringkat awalnya. Pada peringkat seterusnya, Pak Belalang menunjukkan kesungguhan berusaha melalui kerja 'nujum kaki temberang'. (Nota: lirik lagu berkenaan menyebutkan 'Wahai Nujum Pak Belalang/ Tuk Nujum kaki temberang'....)

Kerja menilik bukanlah contoh yang baik. Dari segi moral, kita mungkin bimbang kerana Pak Belalang berjaya mengahwini puteri raja hanya dengan temberang. Walau bagaimanapun, kita yakin remaja faham betul, bahawa cerita itu ialah jenaka. Dalam kesusasteraan, cerita jenaka berada di tempat tertentu.

Saya ingin menekankan persoalan 'malas' dan 'rajin'. Setelah menjadi nujum istana, kita mendapati Pak Belalang sentiasa berwajah ceria, dan rajin. Malah, keceriaannya itu berupaya membangkitkan rasa cinta puteri raja. Ketika berlawan dengan ahli nujum dari negeri lain, Pak Belalang memaparkan kesungguhan, iaitu satu cabang kerajinan. Tidak kiralah dia tahu jawapan yang dipinta oleh musuh melalui 'pintu belakang'. Apa yang penting dia yakin dan bersemangat. Bagaimanakah orang yang amat malas tiba-tiba bertukar menjadi rajin dan ceria?

Kerajinan amat berkaitan dengan minat. Minat (dalam hal tertentu) amat berkaitan dengan bakat. Bakat dan minat memerlukan pendorong, hasilnya seseorang yang berbakat dan berminat itu akan menjadi rajin. Dalam hal Pak Belalang, bakat dan minatnya didorong oleh kemewahan yang tiba-tiba hadir dalam hidupnya, dan seterusnya oleh cinta Tuan Puteri. Sekarang, kita beralih pada hal-hal di sekitar kita. Terdapat anak muda (Ahmad) yang meminta bapanya membeli gitar. Setelah kehendaknya dipenuhi, maka Ahmad pun bermain gitar pagi dan petang. Kerja lain tidak dibuatnya.

Ahmad dianggap pemuda yang malas. Ibunya bergaduh dengan bapanya, "Itulah. Abang ikut kemahuan dia. Buat apa abang belikannya gitar? Apabila ada gitar, dia malas membuat kerja lain." Adakah anggapan ibu Ahmad itu betul? Jika Ahmad malas, mengapakah dia tidak jemu-jemu bermain gitar?

Ahmad bertemu dengan beberapa kawan yang meminati muzik. Oleh sebab mereka mempunyai minat sama, mereka rajin berlatih, dan akhirnya menyertai pertandingan anjuran satu kementerian. Kumpulannya (Kembara Desa) menang dan menjadi terkenal. Mereka memperoleh pendapatan yang banyak hasil persembahan di sana sini, termasuk di kaca televisyen. Adakah ibu Ahmad masih mengatakan Ahmad malas?

Baharum asyik melukis. Lukisannya disimpan di dalam stor di rumahnya. Isterinya mengatakan dia malas, kerana tidak melakukan kerja-kerja mendatangkan hasil. Apabila seseorang berusaha memperkenalkannya sebagai pelukis berbakat besar, lukisannya dapat dijual dengan harga mahal. Baharum mendapat hasil jualan yang lumayan. Malaskah Baharum?

Kesimpulan daripada contoh-contoh di atas, ada dua.

Pertama, dalam hal khusus, kerajinan datang daripada dorongan yang berkaitan dengan bakat dan minat. Seseorang mungkin ada bakat tertentu, tetapi tidak didorong untuk mencapai tahap yang cemerlang. Pemain gitar perlu bersua dengan pemuzik lain untuk bergabung dan sama-sama mengejar kemajuan. Pelukis memerlukan orang yang memperkenalkan diri dan karyanya. Mereka tidak malas.

Kedua, dalam hal umum, kerajinan berkaitan dengan minat. Untuk menjaga kaunter, sesiapa pun boleh, tidak memerlukan bakat tertentu. Jika dia tidak berminat, maka dia kelihatan murung dan masam. Jika dia berminat, dia kelihatan ceria.

Oleh itu, carilah bidang yang bersesuaian dengan bakat dan minat. Jika itu ditemukan, saya percaya tiada siapa pun yang malas.

Puasa enam vs rumah terbuka

Posted: 03 Sep 2011 05:00 PM PDT

BAGI sesetengah orang, mereka hanya beraya pada 1 Syawal, dan pada hari raya kedua menyambung puasa selama enam hari berturut-turut. Selepas itu mereka beraya sakan pula pada 8 Syawal.

Ada yang hanya memulakan puasa enam setelah seminggu Aidilfitri, sebab mereka tidak tahan dengan godaan dan dugaan untuk berpuasa ketika juadah-juadah raya masih melimpah di atas meja.

Ada yang mula berpuasa hanya pada pertengahan Syawal, sebab waktu itu saku sudah kering dan tidak mampu lagi untuk makan di restoran atau gerai. Dalam keadaan pokai mereka melakukan puasa enam, tidak semestinya berturut-turut tetapi selang seli selagi ada Syawal.

Ada juga yang tidak sempat menghabiskan puasa enam sebab setiap hari ada undangan rumah terbuka. Sudah setengah hari berpuasa tiba-tiba menerima panggilan untuk ke rumah terbuka seorang teman rapat.

Sebenarnya bagi yang bersungguh hendak mendapatkan pahala puasa enam, mereka akan lakukan walaupun dengan godaan dan dugaan yang hebat. Tetapi bagi yang tidak mahu buat, ada sahaja alasan.

Kata orang nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Syabas kepada mereka yang dapat menyempurnakan puasa sunat Syawal. Selamat berumah terbuka kepada mereka yang tidak sanggup menghadapi dugaan.

WALAUPUN rata-rata orang mengeluh tidak cukup duit sebab serba-serbi mahal, masih ramai yang meneruskan tradisi rumah terbuka Aidilfitri. Setiap hari ada rumah terbuka, terutama hujung minggu.

Kad-kad ucapan hari raya yang saya terima minggu terakhir Ramadan, semua disertakan undangan ke rumah terbuka. Ini yang dikatakan '2 dalam 1' – satu kad dua tujuan iaitu untuk ucap selamat dan untuk undangan.

Para pemimpin mengundang rakyat jelata berbagai kaum untuk ke rumah terbuka sambil sama-sama merayakan hari besar ini. Menteri, timbalan menteri, orang-orang korporat tidak putus-putus menjamu di rumah terbuka.

Nama sahaja 'rumah terbuka', pada hakikatnya kebanyakan mereka tidak menjamu di rumah tetapi di hotel-hotel mewah. Oleh sebab nama hotel mewah, yang dihidangkan kepada tetamu semua mewah-mewah.

Tidak sahaja ketupat dan rendang yang menjadi trade mark tradisional, ada sekian banyak juadah dihamparkan untuk tetamu – sate, ketam goreng, udang, daging salai, kambing panggang, sup gear-box, martabak, roti canai, tose, pendek kata semua ada.

Ada hotel yang mengenakan bayaran sehingga RM150 setiap kepala untuk jamuan di rumah terbuka. Bayangkan sekiranya yang diundang 1,000 orang, berapa banyak harga jamuan itu.

Pendek kata, walaupun rata-rata orang ramai mengeluh sebab harga bahan makanan melambung – kelapa sebiji pun RM2! – masih ramai juga yang bermewah-mewah mengadakan rumah terbuka.

SEPERTI biasa ada beberapa perkara mengenai rumah terbuka yang nampaknya tidak menepati semangat Aidilfitri sebenar. Perkara ini sering ditegur oleh ulama, tetapi tidak dihiraukan. Siapa peduli!

Ada rumah terbuka yang disertakan dengan hiburan seperti karaoke untuk tetamu. Tetamu menyanyi dan yang lain-lain boleh menari ikut suka hati, betul-betul macam parti hari jadi. Tarian 'poco-poco' yang telah difatwakan haram di sesetengah negeri pun menjadi acara dalam rumah terbuka. Cabutan bertuah, lawak jenaka yang mengandungi gosip dan fitnah pun ada juga.

Aidilfitri adalah perayaan agama Islam, tentulah tidak sesuai sekiranya ada acara hiburan seperti itu, lebih-lebih lagi sekiranya yang datang menayang betis, paha, lengan, malah ketiak. Orang Islam pun buka-buka juga di rumah terbuka.

Mereka kata: "Saya ada duit dan mampu, apa salahnya saya hendak menghibur tetamu dengan hiburan-hiburan seperti itu?" Masalahnya ini majlis Syawal @ Aidilfitri @ Raya Puasa, bukan parti hari jadi atau parti 'house warming'.

Kalau orang Islam sendiri tidak menghormati – malah 'mengotori' – perayaan Islam, tentulah orang bukan Islam memandang rendah terhadap kita.

AKHIR kalam, orang mula mendedahkan kemewahan keluarga Muammar Gaddafi bekas pemimpin Libya yang kini dalam buruan pemberontak. 'Istana' yang dipenuhi perabot mewah, kolam renang, kereta-kereta, dan semua yang di luar jangkaan.

Ketika dia berkuasa selama tiga dekad tidak seorang pun berani mempertikaikan dari mana dia dapat semua kemewahan itu. Begitulah bila sudah jatuh, barulah kemewahan menjadi persoalan, semuanya akan dibongkar satu persatu. Harap-harap pemimpin kita tidak mewah begitu. - TOK PERAK

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Program Jelajah UMNO - Merendahkan martabat bekas perajurit demi politik sempit

Posted: 03 Sep 2011 05:00 PM PDT

Program Jelajah UMNO - Merendahkan martabat bekas perajurit demi politik sempit

Rancangan Pemuda UMNO untuk mengadakan program jelajah yang akan "menyerang" Timbalan Presiden Pas Hj Mohamad Sabu amatlah mendukacitakan dan tidak perlu. Tindakan ini diputuskan walaupun pelbagai pihak menunjukkan Hj Mohamad Sabu tidak pernah mengagungkan golongan Komunis ataupun mempromosi keganasan dalam ucapan beliau 21 Ogos yang lalu.

Apa yang terang lagi bersuluh dalam kontroversi terkini adalah: perbalahan pendapat yang masih belum terhenti mengenai zaman Darurat dan juga zaman-zaman lain dalam sejarah negara membuktikan versi "rasmi" sejarah Malaysia yang diangkat pentadbiran BN belum diterima sepenuhnya semua pihak.

Malah ia kelihatan menimbulkan rasa tidak puas hati dan kegusaran dalam masyarakat, dan menyulitkan segala usaha untuk menyatupadukan rakyat.

Kita tidak boleh nafikan kewujudan pendapat berlainan mengenai sejarah Malaysia dan kita juga tidak boleh nafikan pelbagai pihak yang masih belum sembuh luka silamnya.

Sebagai parti pemerintah, UMNO seharusnya memudahkan perbincangan isu-isu sebegini demi usaha perdamaian nasional, agar sejarah menjadi batu asas dan bukannya batu api kepada masa depan kita bersama.

Inilah yang sepatutnya menjadi matlamat parti-parti politik, terutama sayap-sayap pemuda. Yang sedihnya, UMNO sekali lagi mengguna peluang yang ada untuk menimbulkan syak wasangka dan rasa benci di kalangan rakyat Malaysia demi masa depan politiknya sendiri.

Walaupun begitu, pasti timbul keraguan di hati pembaca bila melihat pihak ini tiba-tiba begitu beria-ia mahu perjuangkan nasib bekas perajurit. Nampaknya Pemuda UMNO tidak mahu menumpukan usaha mereka untuk betul-betul membantu bekas perajurit dan mereka yang masih berkhidmat, tapi sebenarnya hanya berminat untuk mencerca Pas dan Hj Mohamad Sabu.

Sememangnya, jika UMNO benar-benar mahu perjuangkan nasib para perajurit negara, mereka akan perjuangkan hak para perajurit untuk mengundi dengan bebas dan adil dan bukannya mempertahan sistem undian pos yang sedia ada yang menganiaya hak mengundi para tentera dan polis.[1]

Lebih dari itu, bukanlah lebih baik jika UMNO menyalurkan masa, wang ringgit dan tenaga mereka untuk membantu bekas perajurit Malaysia yang memerlukan bantuan, dan bukannya untuk menjalankan program-program jelajah sebegini? Bukankah Utusan Malaysia, akhbar alat sebaran mereka, sudah cukup untuk mencerca Pas, Hj Mohamad Sabu dan Pakatan Rakyat amnya?

Kita juga terfikir mengapa para "patriot" ini menganggap siri jelajah sebegini lebih membawa manfaat dan kebaikan dari menyokong, mengawas, dan memberi maklum balas kepada badan kebajikan para perajurit seperti Lembaga Tabung Amanah Tentera (LTAT) dan badan-badan seperti itu?

Jika mereka bekerjasama dengan badan-badan ini – untuk perjuangkan pembelian aset-aset Exxonmobil, sebagai contoh – pasti pejuang dan perajurit negara akan menikmati kebaikan dan keuntungan, dan kepentingan negara akan terjaga lagi terselamat.

Akhir sekali, jika UMNO begitu serius untuk perjuangkan nasib bekas perajurit yang telah berjuang demi tanah air tercinta, bukankah mereka sepatutnya membantu bekas perajurit yang telah berjuang sewaktu Perang Dunia Kedua, yang mana ada di antara mereka yang masih belum menerima pampasan atau bantuan di atas perjuangan mereka? [2]

Oleh kerana UMNO berkata ia lah satu-satunya pengasas gerakan kemerdekaan negara kita, UMNO wajib sedar bahawa ia telah mempersendakan prinsip-prinsip asas negara kerana kerajaan pimpinannya masih memperguna empat perisytiharan darurat yang masih wujud, walaupun sudah 54 tahun kita merdeka. Apakah negara kita masih belum aman damai hingga empat perisytiharan darurat ini masih diperlukan?

Malah bukankah ini menunjukkan UMNO secara tidak langsung merendahkan martabat para perajurit yang kita kasihi dan memperlekehkan perjuangan mereka selama ini, kerana kononnya negara masih belum selamat dan masih memerlukan empat perisytiharan darurat ini? Atau adakah UMNO yang sebenarnya memerlukan empat perisytiharan darurat ini demi masa depan politik sempit mereka?

Sedarlah wahai UMNO, buanglah kepura-puraan kamu, dan marilah berganding bahu bersama Pakatan Rakyat untuk menyembuhkan segala duka lara dan luka negara. UMNO dan lebih-lebih lagi Pemuda UMNO harus sedar bahawa, meminjam kata-kata Edward Murrow, membangkang tidak bererti mengkhianat, dan tiada sesiapa yang boleh memonopoli kebenaran ataupun rasa cinta kepada negara.

Inilah patriotisme sejati.

———-

1. Dan jika seseorang warga negara Malaysia boleh menjadi anggota polis ataupun tentera pada umur 18 tahun tapi masih belum boleh mengundi, ia hanya merendahkan lagi martabat dan hak-hak mereka yang berkhidmat sebagai perajurit negara.

2. Lihat http://www.thesundaily.my/news/letters/veterans%E2%80%99-families-seek-compensation dan http://www.thesundaily.my/news/letters/pensions-paid-after-war

Dipetik daripada blog Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar

Pemain T"Team dibekalkan pelbagai motivasi bagi hadapi Piala Malaysia

Posted: 03 Sep 2011 05:00 PM PDT

Pemain T'Team dibekalkan pelbagai motivasi bagi hadapi Piala Malaysia

KUALA TERENGGANU - Pemain-pemain pasukan T'Team telah menjalani pelbagai kem motivasi bagi memupuk semangat juang dalam pertandingan Piala Malaysia yang akan bermula Selasa ini.

Jurulatihnya Yunus Alif berkata, yang terbaru hari ini pemain-pemain mengikuti kem pupuk semangat yang diberikan oleh pakar pemakanan dari Maktab Perguruan Besut, Ishak Ismail.

"Selain itu pemain-pemain juga mengikuti kuliah agama untuk memantapkan jati diri mereka," katanya kepada Bernama hari ini.

Menurutnya ini kerana pihaknya bimbang kerana dalam pertandingan Piala Malaysia sebarang kemungkinan boleh berlaku selain mengubah sikap pemain supaya lebih positif.

Yunus berkata, dalam pertandingan Piala Malaysia nanti, T'Team bermain dalam kumpulan yang seimbang iaitu kumpulan D terdiri daripada Selangor, Kuala Lumpur, PDRM, dan menurutnya dua pasukan teratas kumpulan itu akan layak ke pertandigan suku akhir.

Beliau berkata, T'Team akan memulakan kempen kejohanan itu dengan menentang Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah disini pada 6 Sept ini dan menurutnya semua pemain T'Team kini kelihatan bersemangat tinggi.- Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved