Khamis, 1 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Pentagon rugi RM180 bilion

Posted: 31 Aug 2011 05:00 PM PDT

Pentagon rugi RM180 bilion

WASHINGTON - Kecuaian Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) atau Pentagon dalam rundingan dengan kontraktor persendirian di Iraq dan Afghanistan menyebabkan kerugian sehingga AS$60 bilion (RM180 bilion) dalam tempoh 10 tahun, menurut laporan panel khas, kelmarin.

Suruhanjaya Kontrak Semasa Perang diwujudkan Kongres AS semasa menerbitkan laporan akhir itu memaklumkan, kegagalan dan ketidakcekapan membimbangkan itu menjejaskan keselamatan AS dan sikap sambil lewa itu perlu dicegah dalam keadaan negara yang sedang berhadapan masalah kewangan.

Menurut panel itu, tentera AS terlalu bergantung kepada kontraktor persendirian sehingga hilang keupayaan untuk melakukan tugasan sendiri.

Kontraktor yang dilantik juga diarah membuat tuga-san yang sepatutnya hanya boleh dikendalikan kakitangan kerajaan AS.

"Walaupun membelanjakan AS$206 bilion (RM616 bilion) melalui pemberian kontrak di Iraq dan Afghanistan sejak 2002, Pentagon dan agensi AS lain gagal memastikan sama ada tugasan diberikan kepada kontraktor dilakukan dengan baik," menurut laporan itu.

Suruhanjaya itu mendapati, hampir AS$60 bilion daripada jumlah itu dibazirkan dengan melantik kontraktor luar atau akibat penipuan.

Wang tunai RM678j dihantar ke Libya

Posted: 31 Aug 2011 05:00 PM PDT

Wang tunai RM678j dihantar ke Libya LONDON - Tentera udara Britain menerbangkan berkotak-kotak wang kertas baru dicetak bernilai AS$227 juta (RM678 juta) ke Libya, kelmarin untuk digunakan kerajaan baru negara itu bagi membayar gaji pekerja awam dan untuk operasi bank.

Namun, wang tunai bersamaan dengan 280 juta dinar Libya itu bukanlah milik Britain, sebaliknya adalah sebahagian daripada nilai percetakan wang kertas baru berjumlah AS$1.5 bilion (RM4.5 bilion) yang dipesan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi daripada syarikat percetakan Britain, De La Rue sebelum penggulingan beliau.

Penghantaran wang kertas itu sebelum ini dihalang dan aset itu dibekukan London, Mac lalu bagi memaksa Gaddafi berundur selepas kebangki-tan rakyat Libya menentang pemerintahannya.

Setiausaha Luar Negeri Britain, William Hague berkata, wang itu akan disalurkan kepada parti pemberontak Libya, Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) yang berjaya menggulingkan Gaddafi selepas pertempuran berdarah selama enam bulan.

Pada 2003, Amerika Syarikat turut menerbangkan wang tunai berjumlah AS$12 bilion (RM36 bilion) ke Iraq selepas menjajah negara Teluk itu.

Sementara itu, NTC mengadakan perjumpaan dengan 60 kerajaan dan pertubuhan dunia, semalam bagi membincangkan pembangunan semula Libya yang dilihat bakal dikuasai negara barat terutama dalam industri minyak dan pembinaan infrastruktur.

Kredit: www.sinarharian.com.my
 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved