Ahad, 11 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Israel semakin hilang taring

Posted: 10 Sep 2011 05:00 PM PDT

Israel semakin hilang taring Pergolakan di Timur Tengah turut memberi tempias kepada Israel, terutamanya kepimpinan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.

Rejim Zionis dilihat seakan hilang pengaruh, sejak awal September lalu, bermula dengan tindakan Turki memboikot dan membekukan hubungan perdagangan dan ketenteraan sekali gus, menjejaskan hubungan diplomatik antara mereka.

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan membuat keputusan itu, selepas tidak bersetuju dengan laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berpihak kepada Israel, walaupun terbukti Pasukan Pertahanan Israel (IDF) melancarkan serangan terhadap kapal Mavi Marmara, tahun lalu.

Keengganan rejim Zionis untuk mengemukakan permohonan maaf, membayar pampasan kepada sembilan aktivis warga Turki yang terkorban dan menghentikan sekatan haram ke atas Gaza, juga dilihat antara faktor menyebabkan Ankara mengambil tindakan pertama dengan mengusir duta besar, Gaby Levy bersama diplomat kanan Israel serta menggantung perjanjian kerjasama latihan tentera.

Bagaimanapun, Israel tetap berkeras tidak mahu hubungan diplomatik mereka terjejas, selain memberi amaran tidak menjadi pelindung kepada Palestin.

Susulan kemarahan Turki itu, Israel terus bergolak, selepas hampir 500,000 penduduk di Tel Aviv turut menyuarakan rasa tidak puas hati dengan mengadakan demonstrasi 'Satu juta penduduk perasaan' di jalanan.

Demonstrasi sejak Julai lalu, dibangkitkan oleh golongan pelajar yang sanggup membina khemah di tepi jalan kerana mereka membantah kenaikan kos harga rumah untuk penduduk kelas pertengahan.

Mereka membawa kain rentang tertera, 'Seluruh generasi menuntut keadilan sosial' dan menggesa Netanyahu berundur kerana gagal menilai dan menyusun semula ekonomi di Israel yang memberi bebanan amat tinggi kepada penduduk golongan kelas pertengahan.

Walaupun demonstrasi tersebut tidak bertukar ganas, ia tetap memberi kesan terhadap kepimpinan Netanyahu yang selama ini, kononnya dianggap kebal kerana ia adalah sekutu kuat Amerika Syarikat (AS).Beberapa hari selepas demonstrasi terbesar itu, perunding kanan Palestin mengeluarkan kenyataan yang mungkin akan menggugat Israel.

Nabil Shaath mengumumkan sebanyak 140 negara dijadual menyertai Mesyuarat Agung PBB pada 23 September depan dan kesemua mereka dijangka akan sebulat suara menyokong resolusi PBB bagi mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara bebas dan merdeka.

Keputusan tersebut diambil selepas Israel menangguhkan lagi rundingan damai secara langsung bersama Palestin selama hampir setahun.

Rejim Zionis masih terus berdegil dan enggan memulangkan tanah rampasan serta terus membina penempatan haram Yahudi di Palestin.

Jika Palestin diisytiharkan merdeka, Israel dilihat akan semakin kehilangan kuasa kerana penduduk Gaza tidak lagi akan hidup di bawah kekejaman mereka.

Insiden terbaru kelmarin melibatkan serangan ke atas Kedutaan Israel di Kaherah.

Kira-kira 1,000 penunjuk perasaan di Mesir bertindak luar kawalan dengan memecahkan tembok dan merempuh masuk ke dalam kediaman Duta rejim Zionis, Yitzhak Levanon kerana berang selepas enam pengawal keselamatan sempadan Mesir ditembak mati dalam satu operasi dilancarkan Israel di sempadan Rafah, bulan lalu.

Mereka turut menuntut kerajaan supaya menutup Kedutaan Israel di Kaherah, menghentikan eksport 40 peratus gas asli ke Israel dan membatalkan perjanjian damai yang dimeterai pada 1979.

Kumpulan penunjuk perasaan itu, turut bertindak berani dengan merentap bendera Israel dan menggantikannya dengan bendera Palestin.

Dalam satu kenyataan, Netanyahu dilihat cuba tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berbaur kritikan.

Perdana Menteri Israel itu hanya berharap pasukan keselamatan Mesir mengenakan kawalan lebih ketat supaya Levanon boleh dihantar semula ke Kaherah dalam masa terdekat.

Ia dilihat bertentangan dengan pendiriannya sebelum ini.

Alasan Netanyahu, dia tidak mahu disebabkan insiden itu, hubungan diplomatik dengan Mesir akan terjejas.

Tetapi, jika dinilai semula, ia lebih menjurus kepada kepentingan 'peribadi' rejim Zionis itu sendiri kerana jika mereka melancarkan serangan balas, sudah pasti Israel akan kehilangan pengimport utama gas asli dan jalinan kerjasama mereka akan terhenti seperti yang diumumkan Turki.

Netanyahu seakan memberi kenyataan 'selamat' dengan menegaskan mereka perlu mengekalkan hubungan strategik bersama Mesir kerana jalinan itu, menjadi tonggak kestabilan utama di Israel.

Adakah konflik secara berturutan sejak awal bulan lalu membuktikan Israel telah hilang taring walaupun mendapat sokongan kuat daripada AS?

Saya sudah sembuh:Chavez

Posted: 10 Sep 2011 05:00 PM PDT

Saya sudah sembuh:Chavez CARACAS - Presiden Venezuela, Hugo Chavez, 56, kelmarin menyatakan dengan yakin bahawa beliau kini semakin sembuh daripada penyakit barah selepas selesai menjalani rawatan terakhir kemoterapi.

"Tidak lama lagi rambut saya akan tumbuh dan lebat seperti dulu," menurutnya dalam nada bergurau semasa menyertai satu upacara bersama masyarakat asli Amerika Utara di kediaman beliau.

Sebelum ini. Chavez menjalani dua kali pembedahan akibat barah usus di sebuah hospital di Cuba, Jun lalu.

Pemimpin anti-Amerika Syarikat itu yang memegang jawatan presiden sejak 1999 turut bercadang untuk bertanding bagi mempertahankan kedudukannya pada tahun depan.

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Sultan Kedah bangga

Posted: 10 Sep 2011 05:00 PM PDT

Sultan Kedah bangga ALOR SETAR - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mua'dzam Shah bangga dengan pencapaian Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) kerana berjaya melahirkan dua Perdana Menteri terulung, iaitu Tunku Abdul Rahman dan Tun Mahathir Mohamad.

Baginda menyifatkan dalam sejarah negara, kemungkinan perkara itu tidak akan berlaku bagi mana-mana sekolah pada masa akan datang.

"Sejak penubuhannya pada 1908, KSAH telah melalui rentetan sejarah perkembangan yang panjang dan banyak perubahan berlaku. Banyak jasa telah ditabur oleh pelajar KSAH kepada negeri dan negara," titah baginda ketika merasmikan majlis pecah tanah Dewan Centennial KSAH, anjuran Persatuan Bekas Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid (Sahoca), semalam.

Hadir sama, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung.

Tuanku Abdul Halim bertitah, peluang yang diberikan kepada anak-anak Melayu untuk belajar dalam bahasa Inggeris telah membuka ruang dan melahirkan ribuan pelajar yang telah mengharumkan nama mereka di persada antarabangsa mahupun dalam negara.

"KSAH turut mencatat sejarah apabila meraikan ulang tahun ke-100 pada 2008 dan sambutannya telah diadakan sebagai satu acara rasmi Perayaan Jubli Emas pemerintahan beta sebagai Sultan Kedah pada tahun yang sama," titah baginda.

Baginda berharap Dewan Centennial KSAH akan menjadi mercu tanda baru kebanggaan warga KSAH masa kini dan akan datang.

Presiden Sahoca, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata, dewan berkenaan kelak bakal dijadikan dewan serbaguna untuk menganjurkan pelbagai aktiviti KSAH dan Sahoca serta mampu memuatkan lebih 1,000 orang.

"Kos keseluruhan berjumlah RM6.5 juta dan dijangka siap dalam masa tiga tahun akan datang. Dalam tempoh itu, Sahoca akan menganjurkan pelbagai program untuk menambah dana. Dana terkumpul setakat ini mencecah RM2.5 juta," katanya.

Menurutnya, pihaknya turut mengemukakan permohonan kepada Kementerian Pelajaran untuk mendapatkan dana tambahan bagi melancarkan projek ini.

Syed Unan Mashri berkata, idea awal pembinaan dewan ini timbul sejak 2002 memandangkan Dewan Iskandar sedia ada tidak mampu menampung jumlah pelajar.

» selanjutnya...

Fobia diancam penjenayah

Posted: 10 Sep 2011 05:00 PM PDT

Fobia diancam penjenayah FAIR PARK - Penduduk di Arena Kepayang Putra, di sini, fobia dengan kekerapan kejadian pecah rumah dan kecurian membabitkan penjenayah sejak beberapa tahun lalu.

Seorang penduduk warga emas, A Andiyee, 64, yang sudah menetap di kawasan berkenaan sejak 11 tahun lalu berkata, setiap minggu sekurang-kurangnya sekali kejadian atau cubaan pecah rumah berlaku di kawasan perumahan yang mempunyai lebih 350 rumah itu.

Menurutnya, bukan setakat pecah rumah malahan kegiatan ragut dan maksiat turut berlaku di taman perumahan ini.

"Malahan, saya sendiri pernah diragut oleh dua lelaki yang menaiki motosikal ketika sedang sibuk membersihkan pokok dalam kejadian dua minggu lalu pada jam 4.30 petang.

"Padahal pada masa itu, terdapat sekumpulan kanak-kanak bermain bola sepak di padang hadapan rumah namun penjenayah terbabit nekad melakukannya tanpa perasaan takut," katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.

Manakala, seorang lagi penduduk, Jazmin Hezleen Jamaluddin, 21, sentiasa berasa bimbang setiap kali mahu meninggalkan rumah sewanya.

Jazmin yang juga pelajar sebuah kolej perubatan di sini berkata ramai dalam kalangan pelajar tinggal di kawasan perumahan ini memandangkan ia terletak berhampiran dengan tempat belajar mereka.

"Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini kejadian kecurian dan ragut semakin menjadi-jadi menyebabkan kami takut untuk keluar rumah terutamanya pada waktu malam.

"Selain itu, salah seorang rakan kami juga telah menjadi mangsa ragut beberapa hari sebelum perayaan Aidilfitri," katanya.

Menurutnya, rakannya itu turut diacukan parang di leher oleh penjenayah terbabit namun bernasib baik kerana tiada kejadian buruk yang menimpa.

Kebimbangan itu turut diluahkan seorang lagi pelajar, Nadia Kamal, 21, yang beberapa kali mendengar kejadian samun dan ragut di sekitar perumahan berkenaan.

"Lebih memualkan padang permainan yang terletak di sini juga dijadikan 'port' maksiat bagi pasangan yang tidak bermoral memandangkan kawasan ini agak gelap kerana tiada lampu jalan.

"Oleh itu, kami pelajar perempuan mahupun lelaki menyeru agar pihak yang bertanggungjawab tampil untuk menyelesaikan masalah jenayah ini daripada terus berleluasa serta mengancam keselamatan penduduk," katanya.

Skim rondaan

akan diwujudkan

Ketua Perhubungan Rela Mukim Zon Ipoh Timur, Chang Kok Aun ketika ditemui semalam berkata, pihaknya akan membantu dari segi mewujudkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) dalam kalangan Rukun Tetangga (RT) di kawasan ini.

Katanya, segala kelengkapan seperti 'vest', wisel dan belantan akan disediakan sebagai peralatan asas untuk anggota RT membuat rondaan mengikut masa yang ditetapkan.

"Jika penduduk bersetuju, skim ini akan berkuat kuasa serta merta supaya masalah jenayah dapat dikurangkan dengan segera," katanya.

Penduduk taman perumahan terbabit perlu berbincang supaya mengadakan rondaan secara berkumpulan setiap malam secara bergilir-gilir, kata Ketua Urusetia Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak, Mohd Rawi Abdullah.

Dalam perkembangan sama, pihaknya sedang mengambil beberapa langkah keselamatan bagi mengatasi masalah itu.

Katanya, pasukan Rukun Tetangga yang terdiri daripada penduduk di taman perumahan itu akan ditubuhkan dalam tempoh terdekat.

"Tumpuan ahli rukun tetangga itu adalah golongan muda bagi membolehkan usaha mengatasi masalah jenayah di kawasan itu dapat dilakukan dengan lebih berkesan," katanya.

Mohd Rawi juga akan meminta kerjasama polis supaya kerap mengadakan rondaan di kawasan perumahan itu.

"Sehubungan itu, kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi membolehkan taman perumahan yang didiami selamat daripada ancaman penjenayah," katanya.

Bau asap melekat pada pakaian

Posted: 10 Sep 2011 05:00 PM PDT

Bau asap melekat pada pakaian PANDAN PERDANA - Penduduk Pandan Perdana menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas bagi mengekang aktiviti pembuangan sampah haram yang semakin serius bersebelahan perumahan mereka.

Penduduk mendakwa, pembuangan sampah haram ini berlaku pada waktu malam dan kontraktor tidak bertanggungjawab ini turut membakar sampah pada lewat malam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teratai, Jenice Lee Ying Ha berkata, penduduk berdepan masalah ini sejak setahun lalu dan mereka tidak selesa dengan keadaan tersebut kerana kesan aktiviti itu menjejaskan kualiti kesihatan dengan bau busuk serta asap yang dihidu.

Menurutnya, kesan pembakaran pada malam itu juga menyebabkan penduduk sukar tidur malam dan mereka mahu perkara ini segera diambil tindakan undang-undang kerana aktiviti itu mencemarkan kualiti udara.

"Sebelum ini, aktiviti haram pembuangan sampah dan pembakaran secara terbuka bersebelahan perumahan ini dilakukan secara kecil-kecilan tetapi menjadi serius sekarang kerana terdapat pihak tertentu yang mengawal aktiviti ini," kata Jenice sewaktu melakukan tinjauan bersama penduduk Pandan Perdana di tapak pembuangan sampah baru-baru ini.

Jenice berkata, kawasan tanah lapang terbiar bersebelahan perumahan Pandan Perdana ini adalah sempadan kawasan antara Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Katanya, difahamkan tanah tersebut adalah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mungkin tidak sedar aktiviti ini berlaku.

"Saya akan menghantar surat mewakili penduduk kepada DBKL agar segera mengambil tindakan kerana kesan dari aktiviti tersebut telah menjejaskan kesihatan penduduk Pandan Perdana," kata Jenice.

Sementara itu, penduduk, Elaine Lee, 40-an berkata, penduduk sengsara menghidu bau busuk dan kepulan asap yang memasuki rumah terutamanya pada waktu malam ketika penduduk mahu tidur.

"Akibat aktiviti pembakaran sampah ini, penduduk turut menghadapi masalah untuk menyidai pakaian kerana bau asap melekat kepada pakaian.

Keadaan lebih teruk apabila kesan pembuangan sampah ini turut membawa pembiakan lalat yang turut memasuki rumah dan menjejaskan kesihatan serta keselesaan penduduk," katanya.

Serik mahu dapat amah

Posted: 10 Sep 2011 05:00 PM PDT

Serik mahu dapat amah KUALA TERENGGANU - Ibarat menanti buah yang tidak gugur, penantian hampir enam bulan untuk mendapatkan khidmat amah seperti yang diharapkan, bertukar menjadi detik sukar seorang lelaki, Mohamad Shukri Johari, 37.

Bagaimanapun, 'penderitaan' yang dialaminya mungkin terubat apabila mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Kuala Terengganu memerintahkan kenalannya, Tengku Khalid Tengku Awang, 55, membayar pihak yang menuntut iaitu Mohamad Shukri sebanyak RM3,000 dalam masa 14 hari dari tarikh award (surat perintah) diserahkan.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Mohamad Shukri yang berasal dari Jalan Kamaruddin di sini, membuat tuntutan sebanyak RM4,900 kepada pihak penentang, Tengku Khalid yang menjadi 'orang tengah' bagi mendapatkan pembantu rumah dari Indonesia.

Menurut Mohamad Shukri, dia memohon untuk mengambil pembantu rumah (amah) warga Indonesia daripada seorang ejen individu (orang tengah) iaitu Tengku Khalid dan telah membuat bayaran pada 15 Februari lalu, sebanyak RM2,500 sebagai deposit.

"Seorang amah percubaan telah dihantar oleh Tengku Khalid pada 26 Mac atau 27 Mac dan bayaran sebanyak RM2,000 lagi dibayar kepadanya. Amah tersebut masuk ke Malaysia menggunakan pas lawatan dan masih tidak mempunyai permit kerja.

"Bagaimanapun, amah tersebut mengadu kepada saya dan isteri bahawa dia mempunyai masalah keluarga di Indonesia dan ingin pulang ke kampung. Pada 19 April, amah terbabit diambil oleh Tengku Khalid untuk dihantar pulang ke Indonesia bagi menyelesaikan masalah keluarganya. Saya juga telah memberi wang sebanyak RM200 kepada amah sebagai wang saku," katanya.

Bagaimanapun, pada 2 Mei lalu, amah kepada Mohamad Shukri telah menghubunginya dan mohon mengirim wang bagi membolehkan dia kembali ke Malaysia, dan dia telah mengirim wang melalui Western Union sebanyak RM200 lagi.

Tetapi, amah itu tidak kembali semula ke Malaysia atau bekerja di rumahnya, menyebabkan Mohamad Shukri berasa tertipu.

"Penghujung Jun, memandangkan permohonan pembantu rumah saya telah lama dan tidak ada jalan penyelesaian, saya telah memberi notis lisan kepada Tengku Khalid bahawa sehingga 1 Julai permohonan saya ini dibatalkan dan Tengku Khalid perlu memulangkan wang saya sebanyak RM4,500.

"Bagaimanapun, seperti pembantu rumah itu, dia (Tengku Khalid) turut memberi pelbagai alasan dan minta dilanjutkan tempoh, tidak menjawab panggilan dan SMS saya serta cuba mengelak daripada berjumpa dengan saya," katanya.

Sementara itu, Tengku Khalid dalam pernyataan pembelaannya berkata, dia bukanlah ejen pembantu Indonesia, sebaliknya hanya menolong mencari pembantu rumah untuk kawan-kawan.

Katanya, memang pihak yang menuntut iaitu Mohamad Shukri membayar wang sejumlah RM4,500 dan membelanjakannya untuk mendapatkan pembantu, tetapi ia tidak sesuai kerana pembantu tersebut telah pulang dan berjanji, akan dapat menggantikannya selepas Aidilfitri.

Setelah mendengar keterangan kedua-dua belah pihak, Presiden Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), Siti Naaishah Hambali kemudiannya memerintahkan agar pihak penentang, iaitu Tengku Khalid membayar pihak yang menuntut, iaitu Mohamad Sukri sebanyak RM3,000 dalam masa 14 hari dari tarikh award diserahkan.

Kembar OKU nyaris maut

Posted: 10 Sep 2011 05:00 PM PDT

Kembar OKU nyaris maut KUANTAN - Ribut dan angin kencang malam kelmarin merosakkan kira-kira 13 rumah di Felda Sungai Panching Utara hingga menyebabkan dua daripadanya rosak teruk.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.30 malam itu mengejutkan kebanyakan penduduk yang sedang berehat di rumah masing-masing. Malah, ia turut merosakkan beberapa kedai milik penduduk di situ.

Penduduk, Sabariah Abdullah, 51, berkata, ketika kejadian, dia sedang mengaji di biliknya sejurus selesai menunaikan solat.

Menurutnya, bunyi angin yang bertiup begitu kuat membuatkan dia tidak sedap hati.

Tidak lama kemudian, sebahagian atap zink di bahagian ruang tamunya terbang dalam sekelip mata.

"Angin bertiup kencang tiga kali, kali pertama hanya menerbangkan sekeping atap zink, tetapi pada tiupan ketiga, sebahagian atap di ruang tamu terbang hingga menyebabkan keadaan rumah rosak teruk.

"Saya sangat terkejut dengan kejadian itu dan hanya memikirkan keadaan lapan anak saya terutama pasangan kembar orang kurang upaya (OKU) spastik yang berada di dalam rumah," katanya ketika ditemui di sini.

:Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Panching, Mohd Zaili Besar dan Pengerusi Jawatankuasa Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan, Jamaluddin Harun.

Sabariah yang juga ibu tunggal kelihatan masih trauma serta seperti tidak percaya rumah yang baru dibaikinya itu kini rosak teruk.

:Seorang lagi penduduk, Siti Zainab Mohamed Idris, 49, berkata, dia dihubungi anak bongsunya, Mohd Khairul Azhar Saharin, 16, yang memberitahu rumah mereka dilanda ribut.

Katanya, ketika kejadian, dia tiada di rumah kerana mempunyai urusan lain di bandar, bagaimanapun dia bergegas pulang untuk melihat keadaan rumahnya selepas mengetahui mengenai kejadian itu.

"Sejurus tiba, saya sangat terkejut apabila mendapati keadaan sebahagian atap rumah di bahagian belakang termasuk dua bilik tercabut.

"Ini kejadian pertama sejak saya tinggal di sini 29 tahun lalu. Mungkin kejadian ini ada hikmahnya. Saya bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku," katanya.

Mohd Khairul Azhar berkata, ketika kejadian, dia berada di ruang tamu sebelum terdengar bunyi dentuman kuat selepas angin kencang menerbangkan sebahagian atap di bahagian bilik.

"Kejadian berlaku dengan pantas dan keadaan gelap serta hujan lebat menyebabkan saya sukar melihat apa yang terjadi.

"Selepas keadaan reda, saya terkejut apabila mendapati atap bahagian belakang rumah sudah tiada," katanya.

Sementara itu, Mohd Zaili berkata, bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan diberikan selepas kerugian dinilai selain bantuan segera lain.

Katanya, selain di Felda Sungai Panching Utara, sebuah rumah lagi di Kampung Pandan 1 turut dilanda ribut.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Hanya 2 aduan kenaikan harga barang pada musim raya

Posted: 10 Sep 2011 05:00 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]

Sejumlah 18,017 pelajar IPT Kelantan terima wang ehsan

Posted: 10 Sep 2011 05:00 PM PDT

Sejumlah 18,017 pelajar IPT Kelantan terima wang ehsan

BACHOK – Seramai 18,017 pelajar dari Kelantan yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara menerima bantuan wang ehsan berjumlah RM6.2 juta tahun ini.

Pengerusi Pengagihan Wang Ehsan Kelantan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, penuntut di peringkat ijazah menerima RM800, diploma RM500 dan matrikulasi RM300.

"Bantuan itu bagi meringankan beban ibu bapa untuk membiayai perbelanjaan anak di IPT awam dan swasta," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan itu di peringkat Jajahan Bachok hari ini.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan bantuan kepada 471 pelajar dari pelbagai lapisan masyarakat, terutama golongan petani dan nelayan.

Dr Awang, yang juga Timbalan Menteri Kewangan, berkata, mereka yang layak boleh mendaftar menerusi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) kawasan masing-masing untuk mendapatkan bantuan wang ehsan. – Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Pengsan selepas makan ubat

Posted: 10 Sep 2011 05:00 PM PDT

Pengsan selepas makan ubat KOTA BHARU - Seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sebuah sekolah menengah dekat Pengkalan Chepa di sini dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II petang semalam kerana tidak sedarkan diri selepas dipercayai menelan ubat selesema.

Pelajar Tingkatan Lima itu, Nur Izzati Abdul Rahman, 17, dikejarkan ke HRPZ II oleh pihak sekolah kira-kira jam 3.20 petang dalam keadaan lemah dan tidak bermaya.

Bapanya, Abdul Rahman Abu Bakar, berkata, anaknya terus dirujuk ke unit kecemasan sebaik tiba di hospital kerana ketika itu dia tidak sedarkan diri.

"Selepas menerima rawatan anak saya yang tinggal di asrama sekolah berkenaan mula sedarkan diri kira-kira satu jam kemudian setelah dimasukkan air.

"Doktor juga memberitahu anak sulung saya ini berada dalam keadaan stabil tetapi masih lemah dan memerlukan rehat secukupnya," katanya semalam.

Abdul Rahman berkata, daripada cerita yang diberitahu kepada isterinya, Siti Nurzila Ismail, 37, anak sulung daripada enam beradik itu menelan pil selesema sebelum kejadian kerana demam sejak Rabu lalu.

Difahamkan juga, pelajar tersebut yang akan menduduki peperiksaan percubaan SPM bermula esok itu pengsan selepas didakwa meminum cecair peluntur disebabkan tekanan dihadapinya.

Bagaimanapun, Abdul Rahman menjelaskan dia tidak mengetahui perkara tersebut dan akan mengadakan pertemuan dengan pihak sekolah bagi mengetahui kejadian sebenarnya yang menimpa anaknya.

"Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak dan jika boleh perkara tersebut dapat diselesaikan secara baik untuk kebaikan semua pihak.

"Jika sebaliknya yang berlaku saya akan mendapatkan nasihat daripada keluarga terdekat sebelum melaporkan kepada pihak berkaitan," katanya.

16 ditahan disyaki guna pasport palsu

Posted: 10 Sep 2011 05:00 PM PDT

16 ditahan disyaki guna pasport palsu

SENAI - Seramai 16 warga Indonesia yang dipercayai menggunakan pasport palsu ditahan Jabatan Imigresen negeri sebaik tiba di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail (LTASI) Senai di sini, semalam.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen negeri, Gajendra Bahadur berkata, kesemua lima lelaki dan 11 wanita berusia antara 20 hingga 50 tahun dari Surabaya, Indonesia itu ditahan sebaik tiba di negara ini jam 5.40 petang.

"Kesemua warga asing itu mendakwa datang ke negara ini untuk melawat saudara mereka sempena Hari Raya Aidilfitri namun terpaksa ditahan kerana menggunakan pasport yang mencurigakan dan disyaki adalah palsu.

"Pemeriksaan ke atas pasport warga asing itu mendapati terdapat beberapa ciri yang meragukan antaranya gambar pemilik asal pasport yang ditukar kepada gambar orang lain,'" katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Beliau berkata, cop masuk dan keluar pada pasport tersebut juga disyaki dipadam seolah-olah pemilik pasport tidak pernah masuk ke Malaysia sebelum ini.

"Pihaknya tidak menolak kesemua warga asing yang ditahan itu datang ke negara ini untuk bekerja dan kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 (3) Akta Imigresen 1959/1963," katanya.

Kerana kasih anak, bapa jadi korban

Posted: 10 Sep 2011 05:00 PM PDT

Kerana kasih anak, bapa jadi korban PONTIAN - Niat seorang bapa hendak meleraikan pergaduhan bagi menyelamatkan anaknya yang diserang 10 remaja tidak kesampaian apabila dia maut akibat cedera parah dipukul dalam kejadian di Taman Utama, Pekan Nenas, malam kelmarin.

Mangsa, Chen Chio Beng, 38, seorang kontraktor, mati dalam perjalanan ke hospital dipercayai dipukul dengan batu bata, botol dan besi oleh kumpulan remaja berkenaan,.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin, ketika kejadian, anak mangsa berumur 19 tahun bersama seorang rakannya dalam perjalanan pulang ke rumah dari kafe siber menaiki kereta diekori sekumpulan remaja lelaki menaiki kereta dan motosikal.

"Sebaik sahaja anak mangsa tiba di hadapan rumahnya, sekumpulan remaja itu turut memberhentikan kenderaan mereka. Anak mangsa diserang dan berlaku pergaduhan melibatkan dua kumpulan remaja berumur di antara 19 hingga 25 tahun ini.

"Mangsa yang kebetulan berada di dalam rumah bertindak cuba meleraikan pergaduhan yang berlaku bagi menyelamatkan anaknya tetapi dia teruk dipukul sehingga cedera parah," katanya.

Zahaliman berkata, polis percaya pergaduhan berpunca daripada perselisihan faham yang berlaku beberapa hari sebelum kejadian.

30,000 daftar My Distress

Posted: 10 Sep 2011 05:00 PM PDT

30,000 daftar My Distress SEREMBAN – Aplikasi isyarat jenayah dalam telefon bimbit bagi mempercepatkan maklum balas dan tindakan polis menahan penjenayah atau My Distress kini menerima 30,000 pendaftar.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, sistem yang dilaksanakan di Selangor itu mendapat sambutan amat menggalakkan sejak diperkenalkan awal Ogos lalu.

Katanya, selain menerima pendaftaran daripada orang ramai, pihaknya kini mengukur tahap keupayaan polis dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai melalui perkhidmatan tersebut.

"Kita sedang memantau bagaimana polis memberi maklum balas terhadap setiap panggilan My Distress yang diterima.

"Insya-Allah, apabila kita dapat mengatasi masalah di Selangor, kita akan memperluaskan sistem ini ke negeri lain pula," katanya kepada pemberita sempena majlis rumah terbukanya di Kampung Gebok, Mantin, dekat sini, semalam.

Menurutnya, pihak polis kini banyak menerima panggilan percubaan daripada pendaftar My Distress yang bertujuan menguji sistem tersebut.

"Kita juga boleh mengesan mereka yang menyalahgunakan perkhidmatan ini kerana pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu.

"Perkhidmatan ini sebagai pendekatan dan langkah untuk meningkatkan perkhidmatan polis kepada orang ramai," katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Khalid berkata, laman :Facebook :milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini mencecah 70,000 ahli yang mengikutinya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Pergeseran pasca pilihan raya Temasek

Posted: 10 Sep 2011 05:00 PM PDT

Pemerintahan elit kian terancam, PRU-13 mungkin timbulkan kesan pada Umno-BN Walaupun Singapura dari segi geografi, terdekat dengan kita selain dari Thailand, kita jarang membaca berita tentangnya. Thailand, apa lagilah Indonesia, di seberang,

mendahului Temasek dalam liputan media kita. Apa pun mutakhir agak banyak sedikit laporan mengenai politik elit pulau itu kerana telah wujud persengketaan dalaman atau 'internal fissure' dalam PAP, parti elit yang telah berkuasa di Temasek semenjak tahun 1959 dan semenjak bulan Mei lalu diburukkan lagi selepas pilihan raya Presiden dua minggu (2 Saturdays ago). Apa yang diramalkan oleh Lee Kuan Yew (LKY) pengasas PAP, Bapa Singapura moden dan Perdana Menteri pertama, apabila dia berundur sesuatu (baca schism atau perpecahan akan melahirkan kelompok/mazhab disebabkan pendapat yang berbeza) sudah dan sedang berlangsung membuka mata rakyat Singapura. Keputusan dua pilihan raya dan schisme dalam PAP mempunyai implikasi siasah penting, berpengaruh dan agak luas.

Percanggahan (conflict) bermula kerana keputusan pilihan raya umum yang tidak cemerlang, mengikut standard PAP, menjadi lebih pincang dengan kemenangan tipis calon yang ditaja oleh PAP dan pemerintah, Dr Tony Tan, bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan dalam pilihan raya Presiden melawan Dr Tan Cheng Bock, bekas back-bencher PAP selama 26 tahun, popular kerana berminda bebas disokong pula oleh grassroots dan non-elit dalam parti dan kerajaan mendapat sambutan hebat daripada pengundi. Tony Tan hanya mampu meraih majoriti sebanyak 7,269 undi atau 35.2 peratus.

Cheng Bock dapat 34.8 peratus dari jumlah 2.2 juta yang mengundi. Satu tamparan besar kepada pucuk kepimpinan PAP dan pemerintah; satu tumbukan yang memeranjatkan kepada bekas ahli inner-circle parti dan pemerintah. Seolah-olah satu pertandingan proxy telah berlaku antara wakil pemerintah dan wasitah grassroots. Satu iktibar bagi Umno yang menghadapi PRU-13 yang diramal getir itu.

Keputusan kedua-dua pilihan raya bukan satu 'fluke' yakni bukan secara kebetulan; ia dijangka sebabnya self-evident. Pengundi muda-mudi, mereka terpelajar – bilangan golongan ini kian bertambah begitu juga di Malaysia – tidak begitu gemar dengan cara, stail pemerintahan elit yang keras dan teknokratik itu walaupun Temasek sudah mencapai taraf Dunia Pertama, bersih, amanah dan cekap. Pemimpin kerajaan Umno-BN harus mengambil perhatian. Kenapa pengundi Singapura seolah-olah memberontak sungguhpun negara mereka sudah sampai ke tahap yang kita masih menunggu dengan penuh harapan ke tahap yang sama sembilan tahun lagi? Nyata mereka tidak selesa di Dunia Pertama tanpa lebih kebebasan bersuara, bertindak. Mereka ingin lebih checks and balance on the PAP government; lebih demokrasi yang liberal; pengundi tua dan konservatif masih bersama dengan pemerintah. Berapa lama lagikah (walau siapa pun tidak mampu meramal) toleransi golongan ini terhadap elitisme setelah lebih empat dekad PAP berkuasa? Keadaan di Singapura makin leper atau pipih. PRU 2008 menunjukkan pengundi kita sudah berubah, dijangka terus beralih kalau tak kena buat! Dana, projek kilat, transformasi, slogan tidak mencukupi. Rakyat mahu melihat bukti mereka dihormati, menikmati kemakmuran, kebebasan, keadilan sosial, amanah dan ketelusan wujud bukan omong kosong atau seperti kata orang Kelantan 'bual saja'!

Tidak berapa lama dahulu LKY telah memberi amaran: kemungkinan PAP berkecoh apabila dia bersara atau tiada lagi. Walaupun LKY masih ada (semenjak pilihan raya bulan Mei hanya MP biasa mewakili Tanjung Pagar semenjak 1959 lagi, setelah 41 tahun dalam kabinet, lebih tiga dekad sebagai PM) sudah pun berlaku keselerakan dalam PAP. Baru-baru ini pula LKY bermadah, lebih terus terang daripada biasa, PAP menghadapi bahaya hilang kuasa pada suatu hari. Tegasnya, 'that day will come'. Semasa LKY berada dalam kabinet, PAP kukuh, kalau pun ada tidak puas hati, diselesaikan diam diam. Selalunya yang tidak senang hati berkesudahan lenyap atau 'fade away' terang Speaking. Mereka yang tidak selesa dengan LKY diketepikan atau 'harshly dealt with'.

Seperti di Singapura, rakyat Malaysia juga bosan, jemu dengan kebongkakan, kesombongan setengah-setengah pemimpin Umno-BN dan kerajaan. Mereka tidak seperti zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Dr Mahathir pada hal pemimpin waktu itu mempunyai kelebihan yang banyak tetapi mereka tidak angkuh, mereka tidak takbur, tidak hidung tinggi! Tun Razak jujur mendahulukan rakyat terutama mereka di luar bandar dan pedalaman. Idiom zaman itu bukan mendahulukan rakyat – 'mendekati dan membantu rakyat jelata dengan adil, cepat dan telus'. Tindakannya bukan retoriknya menyebabkan dia disayangi. Tun Razak bukan seorang pemidato; dia seorang pentadbir, pelaksana atau implementor dalam kelasnya tersendiri. Rakyat, terutama Peribumi, memerlukan lebih ramai pemimpin seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Dr Mahathir bukan mereka yang hanya pandai menabur janji. PRU-13 akan menjadi 'water-shed' yakni titik perubahan kepada Umno, Pas, DAP dan PKR.

Pengundi Singapura telah memberi amaran secara terang pemerintah harus berubah begitu juga pengundi kita memberi ingatan kerajaan kita mesti berubah kalau tidak jangan terkejut kalau sokongan mereka berpindah. Pertumbuhan ekonomi tinggi penting tetapi kepada majoriti rakyat pertumbuhan itu tiada makna kalau mereka terus dipinggirkan dan berkuah air mata manakala elit lokal dan dagang senang lenang bermandi di lautan kebendaan. Rakyat mahu kehormatan dan kemakmuran, materialisme. Juga 'spirituality', kata Speaking yakni ketuhanan, nilai-nilai rohaniah. Parti mana, siapa boleh menjamin pengundi akan menikmati kalau pun tidak semua separuh impian mereka akan menang PRU-13.

Legasi atau warisan Umno, seperti PAP, bercampur. Apa pun kalau seorang itu adil dia mesti menerima hakikat kedua-dua parti pemerintahan ini, suka duka, telah membawa kemajuan yang terbaik mungkin, jarang sekali rekod mereka dicapai oleh bekas tanah jajahan British/Amerika Syarikat/Perancis yang lain. Begitu juga pemuja Umno dan juga PAP – jangan cepat terasa – harus menerima barangkali sebab terlampau lama mereka memerintah, suka duka, mereka, tegas Speaking telah, 'lost touch with the ground – kaki mereka tidak lagi berpijak di bumi.'

Adalah ironik kejayaan kedua-dua parti lambat laun juga akan merebahkan Umno dan PAP. Proses transformasi, reformasi mesti berlaku. Semua setuju. Apa yang dipersoalkan, kelompok mana yang beruntung dari tindakan ini – yang kaya terus kaya dan miskin terus fakir?

Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved