SH |
Posted: 10 Sep 2011 05:00 PM PDT Pengsan selepas makan ubat
KOTA BHARU - Seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sebuah sekolah menengah dekat Pengkalan Chepa di sini dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II petang semalam kerana tidak sedarkan diri selepas dipercayai menelan ubat selesema.
Pelajar Tingkatan Lima itu, Nur Izzati Abdul Rahman, 17, dikejarkan ke HRPZ II oleh pihak sekolah kira-kira jam 3.20 petang dalam keadaan lemah dan tidak bermaya. Bapanya, Abdul Rahman Abu Bakar, berkata, anaknya terus dirujuk ke unit kecemasan sebaik tiba di hospital kerana ketika itu dia tidak sedarkan diri. "Selepas menerima rawatan anak saya yang tinggal di asrama sekolah berkenaan mula sedarkan diri kira-kira satu jam kemudian setelah dimasukkan air. "Doktor juga memberitahu anak sulung saya ini berada dalam keadaan stabil tetapi masih lemah dan memerlukan rehat secukupnya," katanya semalam. Abdul Rahman berkata, daripada cerita yang diberitahu kepada isterinya, Siti Nurzila Ismail, 37, anak sulung daripada enam beradik itu menelan pil selesema sebelum kejadian kerana demam sejak Rabu lalu. Difahamkan juga, pelajar tersebut yang akan menduduki peperiksaan percubaan SPM bermula esok itu pengsan selepas didakwa meminum cecair peluntur disebabkan tekanan dihadapinya. Bagaimanapun, Abdul Rahman menjelaskan dia tidak mengetahui perkara tersebut dan akan mengadakan pertemuan dengan pihak sekolah bagi mengetahui kejadian sebenarnya yang menimpa anaknya. "Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak dan jika boleh perkara tersebut dapat diselesaikan secara baik untuk kebaikan semua pihak. "Jika sebaliknya yang berlaku saya akan mendapatkan nasihat daripada keluarga terdekat sebelum melaporkan kepada pihak berkaitan," katanya. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan