Jumaat, 16 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Sokong BN, bukan calon jika mahu rampas kembali Selangor: Najib

Posted: 15 Sep 2011 05:00 PM PDT

Sokong BN, bukan calon jika mahu rampas kembali Selangor: Najib

SHAH ALAM - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu anggota Barisan Nasional (BN) memberikan sokongan penuh kepada parti itu dan bukannya calon yang bertanding jika mahu merampas kembali Selangor pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata semua anggota BN perlu menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan dan memilih calon yang sesuai serta mampu memberikan kemenangan kepada parti itu di Selangor.

"Berikan sekongan sepenuhnya kepada BN, jangan merajuk jangan sabotaj tapi berikan sokongan habis-habisan.

"Kita sudah lalui sejarah pahit sejak tiga tahun lepas, jangan biarkan sejarah berulang kembali. Jika ditakdirkan kita tidak menang pada PRU akan datang, maka malang bagi BN di Selangor," katanya ketika merasmikan Konvensyen BN Selangor di sini hari ini.

Najib yang juga Pengerusi Badan Perhubungan BN Selangor berkata selepas tamparan pada 2008 ekoran kekalahan BN di Selangor, semua pihak sepatutnya tidak memikirkan soal jawatan dalam parti sebaliknya memberikan fokus dan insaf untuk merampas kembali Selangor.

Beliau berkata semua pihak perlu sedar dengan kesilapan lepas dan sama-sama memperbaiki diri dan mempersiapkan parti untuk memenangi hati semua pihak dan bekerja bersungguh-sungguh bagi memberikan semula keyakinan rakyat kepada BN.

"Jangan laung kita rampas, tapi kena laungkan juga kita insaf dengan pengalaman pahit. Sampai masa jika kita tidak jadi wakil rakyat, kita kena bersedia dan sanggup berundur serta terus memberikan sokongan kepada parti," katanya.

Kata-kata Najib itu disambut dengan teriakan sokongan dari kira-kira 3,000 perwakilan yang dijemput serta mengundang aksi spontan pimpinan tertinggi BN di Selangor yang berada di atas pentas utama untuk sama-sama berdiri dan mengangkat tangan tanda setuju.

Beliau turut mengulangi pertanyaan itu kepada semua hadirin yang turut berdiri dan menyatakan persetujuan.

"Saya tanya bukan apa, kadang-kadang bila kita kalah ini, semak punya semak yang khianati kita, ahli kita sendiri," katanya dalam nada seloroh sambil meminta semua ahli BN setia kepada parti.- Bernama

Dua maut apabila kereta terbakar di Tumpat

Posted: 15 Sep 2011 05:00 PM PDT

Dua maut apabila kereta terbakar di Tumpat

TUMPAT - Dua orang yang dipercayai penyeludup mati rentung di dalam kereta yang mereka naiki setelah ia terbakar selepas terjunam ke dalam tali air di Kampung Kok Seraya di sini malam tadi.

Kedua-duanya dipercayai cuba melarikan diri apabila menyedari terdapat sekatan jalan oleh anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) di kampung berkenaan.

Kereta Proton Iswara itu didapati membawa 30 tong diesel yang dipercayai punca kebakaran itu berlaku.

"Kereta itu dikatakan membuat pusingan U bila nampak sekatan. Mungkin mereka menyangka ia adalah sekatan polis.

"Kereta berkenaan cuba mengelak sekatan itu sebaliknya terbabas dan dikatakan bergolek beberapa kali ketika terjunam ke dalam tali air kering itu sebelum terbakar, kira-kira 100 meter dari lokasi sekatan
tersebut," kata Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Annuarul Hakim Mohny kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata identiti kedua-dua mangsa belum dapat dikenal pasti kerana mereka dan kenderaan yang terlibat rentung habis.

Pihak bomba yang dihubungi anggota SRS kira-kira 10.20 malam mengambil masa kira-kira setengah jam bagi memadam kebakaran dan menemui dua mayat, katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Tumpat.- Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Najib terdesak pulih populariti

Posted: 15 Sep 2011 05:00 PM PDT

Najib terdesak pulih populariti ALOR SETAR - Pengumuman memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan meminda beberapa akta lain malam kelmarin jelas menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terdesak memulihkan populariti dalam kalangan rakyat yang semakin merudum.

Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, berdasarkan tinjauan Merdeka Center dua minggu lalu, populariti Najib dilihat semakin jatuh disebabkan kegagalan Kerajaan Pusat menangani isu kenaikan harga barang dan ekonomi yang dilihat semakin parah.

Menurutnya, tindakan Najib diakui mengejutkan banyak pihak tetapi Pas Kedah percaya langkah itu pastinya ada 'udang di sebalik batu'.

"Tiada makna memansuhkan ISA sekiranya satu akta menyerupai ISA dilaksanakan. Tambahan pula, Kerajaan Pusat masih tidak memutuskan sama ada pemansuhan itu dilakukan serta-merta atau tidak.

"Pas anggap keputusan itu hasil tekanan dan perjuangan pelbagai pihak. Selain itu, Pas yakin rakyat masih meragui kepimpinan Najib sehinggalah segala isu ekonomi, pendidikan dan ketelusan pilihan raya berjaya diselesaikan dengan berkesan," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah, Dr Ismail Salleh menggesa Kerajaan Pusat memohon maaf dan memberi pampasan besar kepada keluarga tahanan ISA dan mendakwa 'undang-undang zalim' itu menyebabkan kemusnahan rumah tangga kebanyakan individu ditahan.

"Pelbagai penderitaan dan tekanan dialami tahanan ISA dan ahli keluarga setelah ditahan tanpa perbicaraan dan perkara ini dilarang sama sekali dalam agama Islam.

"Sepatutnya ISA ini dimansuhkan 20 tahun dahulu dan bukannya sekarang. Bagaimanapun, Pakatan Rakyat (PR) bersyukur kerana tuntutan rakyat akhirnya dipenuhi Kerajaan Pusat dan ia merupakan kemenangan perjuangan rakyat," katanya.

Ismail turut menegaskan PR tidak bimbang dengan peralihan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) susulan pengumuman mengejut Najib malam kelmarin.

"Saya fikir rakyat sudah pandai menilai yang baik dan yang buruk.

"PR tidak bimbang, malah mengalu-alukan usaha Kerajaan Pusat untuk melaksanakan tuntutan sebagaimana dicatat dalam Buku Jingga asalkan membawa kebaikan kepada rakyat," katanya.

» selanjutnya...

Kena tunggu 13 Oktober

Posted: 15 Sep 2011 05:00 PM PDT

Kena tunggu 13 Oktober IPOH – Mahkamah Tinggi di sini, semalam menetapkan 13 Oktober hadapan sebagai tarikh keputusan permohonan Guru tadika, M Indira Ghandi, 35, supaya kes hak penjagaan tiga anaknya yang sudah memeluk agama Islam dibicarakan di Mahkamah Persekutuan.

Pesuruhjaya Kehakiman, Tarmizi Abdul Rahman memutuskan demikian setelah mendengar hujah dari kedua-dua pihak terhadap permohonan yang dikemukakan melalui peguamnya, M Kulasegaran, K Shanmuga dan Fahari Azzat.

"Kita mengemukakan empat soalan untuk penentuan Mahkamah Persekutuan antaranya, bolehkah salah seorang ibu bapa mengislamkan kanak-kanak dari perkahwinan bukan Islam? Adakah Mahkamah Tinggi mengekalkan bidang kuasanya untuk mengesahkan penukaran agama walaupun didaftarkan oleh seorang mualaf," kata Kulasegaran kepada Sinar Harian, selepas selesai keputusan itu dibuat.

11 Mac lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan hak penjagaan sepenuhnya kepada Indira namun, bekas suaminya, K Pathmanathan yang kini dikenali sebagai Mohd Ridzuan Abdullah enggan menyerahkan Praksa Diksa, tiga tahun dan memfailkan keputusan itu di Mahkamah Rayuan.

Bagaimanapun, dia lagi anaknya, Tevi Darsiny, 14 dan Karan Danish, 13, tinggal bersamanya.

Pada 28 Julai tahun lalu, Indira dibenarkan menolak keputusan Mahkamah Tinggi untuk meneruskan prosedur memansuhkan keputusan Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) menukarkan ketiga-tiga anaknya kepada Islam.

Pihak pembelaan adalah Jaipk, Pendaftar Muallaf dan Kerajaan Negeri yang diwakili oleh Mohd Hamzah; Kementerian Pelajaran dan Kerajaan, Noor Hisham Ismail dan Mohd Ridzuan diwakili oleh Hatim Musa.

Mohd Ridzuan telah mengislamkan ketiga-tiga anaknya tanpa pengetahuan Indira dan menukarkan nama kepada Umu Salamah, Abu Bakar dan Umu Habibah.

Larangan Jais kekal: Marzuki

Posted: 15 Sep 2011 05:00 PM PDT

Larangan Jais kekal: Marzuki SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak akan membenarkan mana-mana individu terutamanya ahli politik yang tidak mempunyai tauliah memberikan ceramah, tazkirah dan mengajar agama Islam di masjid atau surau di Selangor.

Pengarahnya, Marzuki Hussin berkata, Jais merujuk kepada titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui surat bertarikh 22 Jun 2011 daripada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menyatakan ahli-ahli politik tidak dibenarkan memberi ceramah berkenaan agama Islam di masjid dan surau di Selangor.

"Mana-mana ahli politik yang mempunyai tauliah sebelum ini tidak boleh memperbaharuinya sebaik ia tamat dan mereka tidak lagi dibenarkan memberi ceramah di semua masjid dan surau di negeri ini," katanya.

Merujuk kepada kenyataan balas oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad selepas diumumkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais) tidak boleh berceramah kerana tidak mempunyai tauliah, Marzuki berkata, Jais akan terus menyiasat dan bertindak.

"Kalau dia (Khalid) terus berceramah dan kita dapat aduan, kita akan pantau dan siasat, kalau betul kita tarik lagi macam yang dulu. Siasat lagi," katanya.

Dalam pada itu katanya, Jais akan mengarahkan penguatkuasanya menjalankan siasatan jika terdapat aduan penceramah yang tidak mempunyai tauliah menyampaikan ceramah di masjid atau surau di negeri ini.

Beliau berkata, nazir masjid tersebut akan dipanggil ke Jais memberi penjelasan kenapa perkara ini berlaku dan Jais akan mengambil tindakan terhadap nazir tersebut sama ada menggantung atau menamatkan perkhidmatan nazir tersebut.

"Sebelum jemput penceramah, nazir atau jawatankuasa masjib perlu merujuk Jais terlebih dahulu untuk mendapatkan kebenaran, sebab Jais perlu mengetahui latar belakang setiap penceramah yang akan memberikan ceramah.

"Ada dua nazir dipanggil (untuk beri penjelasan), iaitu kes di Kampung Melayu Subang yang melibatkan Azmil Mustapa dan Khalid Samad.

"Yang ditumbuk di Selayang (Pengerusi Surau An-Nur Kampung Lembah Indah, Rostam Abdul Rahim) juga sudah dipanggil dan mempertahankan tindakanya. Dia ditumbuk sebab pertahankan Islam. Kita nak nazir seperti inilah. Patuh kepada enakmen," katanya.

Katanya, Jais sememangnya sudah mempamerkan titah Sultan Selangor dan notis berhubung kenyataan di bawah enakmen berkaitan di setiap masjid ada dipamerkan.

Bagaimanapun ia bergantung kepada nazir dan jawatankuasa masjid, nazir dan jawatankuasa masjid dan sepatutnya tahu apabila perkara ini berlaku sebab sudah disenaraikan dalam kenyataan tersebut.

"Jadi sebab itu, bila perkara ini berlaku Jais akan panggil nazir bagi penjelasan. Tetapi kalau kita tidak puas hati dengan penjelasan yang diberikan, kita akan ambil tindakan terhadap nazir tersebut," katanya.

Sehingga kini katanya, 2,601 tauliah diberikan kepada penceramah termasuk melibatkan 380 masjid dan 2,081 surau.

Malang dua perompak

Posted: 15 Sep 2011 05:00 PM PDT

Malang dua perompak KUALA TERENGGANU- Cubaan dua penjenayah yang cuba merompak sebuah kedai runcit gagal apabila seorang daripada mereka mengalami kecederaan ketika bergelut dalam usaha melarikan diri dalam satu kejadian di Kampung Kuala Bekah, Chabang Tiga, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa yang berusia 48 tahun, telah didatangi suspek berumur 32 tahun itu, yang berpura-pura ingin membeli barang di kedainya.

Bagaimanapun, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa tergamam seketika apabila suspek bertindak di luar jangkaan dengan mengacukan sebilah pisau ke arahnya sambil mengarahkan agar mangsa mengikut apa sahaja arahannya.

Terkejut dengan tindakan suspek itu, mangsa terus menjerit meminta tolong dan dia bernasib baik kerana jeritannya itu didengari anak perempuannya yang ketika itu turut berada di dalam kedai berkenaan.

Tergamam melihat keadaan ibunya yang berhadapan dengan maut itu, si anak yang berumur 22 tahun mendapatkan bantuan sepupu lelakinya selepas cubaan untuk membantu ibunya gagal.

Selepas berlaku pergelutan selama beberapa minit, suspek berjaya ditahan oleh anak saudara mangsa dengan bantuan orang kampung yang melihat kejadian itu manakala rakan suspek yang sedang menunggu di atas motosikal berhampiran kedai, berjaya melarikan diri.

Dalam pergelutan itu, mangsa dipercayai mengalami kecederaan di kepala akibat dipukul dengan topi keledar, badan dan cedera di tangan kiri dipercayai terkena pisau yang digunakan suspek, manakala anak perempuan mangsa pula mengalami luka di jari tangan kiri dan mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Menurutnya, kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera semasa melakukan rompak dan kini pihaknya sedang memburu seorang lagi suspek yang berjaya melarikan diri dengan sebuah motosikal.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Enakmen baru untuk kawasan rukun tetangga tak lama lagi

Posted: 15 Sep 2011 05:00 PM PDT

Enakmen baru untuk kawasan rukun tetangga tak lama lagi

KUALA LUMPUR – Enakmen baru bagi kawasan rukun tetangga (KRT) akan dibentang di Parlimen tidak lama bagi menggantikan enakmen sedia ada yang dibentangkan pada tahun 1975 di bawah Ordinan Darurat 1969.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata, undang-undang baru itu juga akan meliputi Skim Rondaan Sukarela di bawah KRT.

"Kabinet bersetuju secara prinsipnya terhadap cadangan undang-undang baru ini, bagi mengukuhkan KRT dan SRS," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi mengumumkan bahawa kerajaan akan membawa usul kepada Parlimen supaya tiga proklamasi darurat, termasuk Ordinan Darurat 1969, yang diisytihar dahulu dan dianggap masih berkuat kuasa sehingga kini, ditamatkan.

Tsu Koon berkata, beliau sudah mengatur perbincangan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung perkara itu. – Bernama

Pas berharap peruntukan akta baru tidak serupa ISA

Posted: 15 Sep 2011 05:00 PM PDT

Pas berharap peruntukan akta baru tidak serupa ISA

KOTA KINABALU – Pas menyambut baik keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetapi pada masa yang sama berharap peruntukan dalam akta baru bagi menggantikannya tidak menyerupai ISA.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, parti perlu melihat dahulu peruntukan dalam akta baru itu.

"Kita tidak mahu pengumuman penghapusan ISA ini sebagai gimik pilihan raya tetapi ia benar-benar diusahakan kerana ia adalah tuntutan sebahagian besar rakyat di negara ini," katanya, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Perutusan Khas Hari Malaysia malam tadi mengumumkan ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara. – Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Nelayan asing menyamar

Posted: 15 Sep 2011 05:00 PM PDT

Nelayan asing menyamar KUANTAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya menahan sebuah bot nelayan Thailand yang disyaki menyamar dengan menggunakan nombor pendaftaran negara ini iaitu KNF 7359.

Ketika kejadian, anak kapal dari Kelas Peronda Generasi Baru, KD Perak mendapati awak-awak bot berkenaan sedang melakukan aktiviti penangkapan ikan dengan menggunakan pukat jerut.

Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Pertama, Datuk Pahlawan Mohamad Roslan Mohamad Rosli berkata, KD Perak berjaya mengesan bot nelayan tersebut yang memasuki perairan Pantai Timur Semenanjung Malaysia di posisi 80 batu nautika timur laut Tanjung Gelang.

Menurutnya, selepas siasatan, anak kapal mendapati lapan awak-awak warganegara Thailand berada di atas bot sepanjang 15 meter itu.

"Siasatan mendapati bot terbabit tidak mempunyai permit menangkap ikan di perairan negara dan kesemua awak-awak tidak memiliki sebarang pengenalan diri.

"Malah beberapa peralatan menangkap ikan telah disita seperti magnetik kompas, radio dan Global Positioning System (GPS).

Katanya, TLDM seterusnya menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur untuk siasatan lanjut dan pendakwaan di bawah Akta Penangkapan Ikan 1984.

"Penahanan ini telah membuktikan keberkesanan operasi TLDM dalam mengawal dan melindungi kepentingan maritim di perairan negara.

"Selain itu, kerjasama baik yang sedia terjalin antara TLDM dan APMM mampu mewujudkan persekitaran maritim negara yang aman serta selamat," katanya.

Reda kubur bayi digali semula

Posted: 15 Sep 2011 05:00 PM PDT

Reda kubur bayi digali semula TUMPAT – Keluarga bayi berusia empat bulan yang meninggal dunia dua hari lalu, terpaksa reda kubur anaknya itu terpaksa digali semula oleh polis di Tanah Perkuburan Islam Geting Tengah, Kampung Geting, Pengkalan Kubor, di sini, petang semalam.

Walau pun berat untuk menerima hakikat itu, ibu bayi berkenaan, Che Yah Che Omar, 42, bersama suaminya, Adam Hamid, 45, terpaksa akur dengan prosedur siasatan polis dan perintah yang dikeluarkan mahkamah untuk melakukan bedah siasat ke atas mayat anak kelimanya, Mohd Hafizan.

Selasa lalu, Mohd Hafizan yang mengidap penyakit jantung dan sindrown down meninggal dunia di rumahnya di Kampung Pantai Geting kira kira jam 12.30 tengah malam.

Bagaimana pun kematian Mohd Hafizan ini tidak dimaklumkan kepada polis dan juga imam di kampung ini menyebabkan kubur tersebut terpaksa digali semula, untuk bedah siasat mayat bayi berkenaan.

Abang bayi tersebut, Mohd Azwan, 21, berkata, mungkin kerana panik ibunya hilang punca dan juga tidak mengetahui perlu membuat laporan di balai polis berdekatan sekiranya ada kematian menyebabkan masalah ini berlaku.

"Lagi pun malam kematian adik bongsu saya ini, ayah kami tiada di rumah kerana ke laut menangkap ikan.

"Kami sekeluarga hilang punca, untuk menunggu ayah pulang, kami tidak tahu bila ayah akan balik, lagi pun bila ayah turun ke laut, kadang kala tiga hari baru pulang, tetapi sekiranya ikan tiada, seminggu baru balik," katanya.

Menurutnya, disebab itulah, ibunya menguruskan jenazah adik kelimanya itu sendiri dengan memanggil beberapa orang pondok di Pondok Muslim di Kampung Neting untuk solat jenazah pada pagi Selasa itu.

"Selepas solat jenazah itu, arwah adik saya ini dikebumikan kira-kira jam 9 pagi di tanah perkuburan tersebut tanpa menunggu kepulangan ayah kami.

"Tetapi pada pagi itu ayah pulang dari menangkap ikan, tetapi dia tidak juga sempat melihat jenazah adik saya itu," katanya.

Menurutnya, selepas pengebumian Mohd Hafizan selesai, ayahnya ke Balai Polis Pengkalan Kubor untuk mengesahkan kematian itu tetapi tidak diterima kerana melanggar prosedur sehinggalah kubur adiknya terpaksa digali.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superitendan Khalid Munap ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.

Katanya, kubur itu digali oleh sepasukan anggota Forensik Polis Kelantan kira-kira jam 3.30 petang yang turut dihadiri Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II, Imam, Majistret Pasir Mas dan juga Jabatan Agama Jajahan Tumpat.

Menurutnya, mayat bayi yang digali itu dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya.

"Hasil bedah siasat kematiannya mendapati tiada unsur jenayah , kematiannya berpunca akibat kompilasi jantung," katanya.

Menurutnya, mayat bayi lelaki itu diserahkan semula kepada keluarganya kira-kira jam 6 petang semalam, untuk dikebumikan semula di tanah perkuburan tersebut.

Perusahaan burung walit berkembang

Posted: 15 Sep 2011 05:00 PM PDT

Perusahaan burung walit berkembang NUSAJAYA – Sejumlah RM27.09 juta dicatat menerusi keluaran Edible Bird Nest (EBN) tahun lalu seperti yang dikeluarkan Jabatan Veterinar berdasarkan permit eksport.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Ab Aziz Karpawi berkata dalam jawapan lisan, sebanyak RM14.22 juta adalah EBN yang telah diproses manakala selebihnya, RM12.87 juta tanpa proses.

"Setakat ini, :bilangan pengusaha burung walit yang berdaftar dengan Jabatan Veterinar bagi seluruh negeri adalah seramai 1,271 orang.

"Pengusaha di Johor Bahru mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 206 orang manakala Muar pula mencatatkan bilangan pengusaha yang terendah iaitu hanya 38 orang sahaja," katanya di Dewan Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri Johor ke 12 di sini, semalam.

Selain itu katanya, galakan dan bantuan turut diberikan kepada pengusaha sedia ada oleh Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Veterinar, antaranya seperti garis panduan (1GP) bagi industri burung walit.

"Turut diberi perhatian ialah aspek pemantauan penyakit dan kualiti sarang burung walit, kursus perlaksanaan 1GP dan kursus :Good Animal Husbandry Practice :(GAHP)'," katanya.

Bagi bakal pengusaha pula, galakan dan bantuan diberikan oleh Kerajaan Negeri termasuklah khidmat nasihat pemilihan tempat dan tapak projek, pengesahan pinjaman bank dan ujian panggilan walit.

"Terdapat beberapa faktor yang turut diberikan penekanan untuk membolehkan Johor menjadi pengeluar terbesar sarang burung walit seperti pemeliharaan ekosistem sedia ada yang membekalkan serangga menjadi makanan burung walit.

"Selain itu, peningkatan pengetahuan pengusaha menerusi latihan dan bimbingan berterusan penyelidikan kaedah pengeluaran, perumahan dan amalan pengurusan yang baik perlu ditekankan," katanya.

Menjawab soalan Adun Yong Peng, Lee Kim Moi berkenaan hasil sarang burung walit yang berkualiti, Ab Aziz berkata, Kerajaan Negeri sedaya upaya meningkatkan produk sarang burung walit yang terbaik di negara ini.

"Setakat ini, pasarannya telah mendapat :sambutan yang baik di China, Hong Kong dan Singapura. Kerajaan Negeri juga menyasarkan pendapatan :perusahaan ini akan meningkat sehingga RM5 bilion menjelang 2020," katanya.

Najib disaran lepas jawatan

Posted: 15 Sep 2011 05:00 PM PDT

Najib disaran lepas jawatan PETALING JAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disarankan menyerahkan portfolio Kementerian Kewangan yang dipegangnya kepada orang lain kerana kegagalan rancangan transformasi ekonomi negara.

Pengerusi Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat (PR), Dr Dzulkefly Ahmad berkata, tugas sebagai Perdana Menteri sudah cukup membebankan untuk beliau yang terus memegang jawatan Menteri Kewangan.

"Jawatan perlu diserahkan kepada individu lain yang berkebolehan memandangkan Kementerian Kewangan gagal dalam melaksanakan agenda reformasi mengangkat keluar ekonomi negara dari 'perangkap' negara berpendapatan pertengahan melalui Model Ekonomi Baru," katanya pada sidang media, semalam.

Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan diketuai oleh Dzulkefly dan antara ahlinya termasuk Ahli Parlimen Bukit Bendera dari DAP, Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Subang dari PKR, R Sivarasa dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Menurut Dzulkefly, amat janggal bagi seorang Perdana Menteri menjadi Menteri Kewangan dalam mana-mana negara dan ia menyimpang jauh daripada prinsip tadbir urus yang baik.

"Sekiranya menggunakan analogi korporat, tidak pernah seorang Ketua Pegawai Eksekutif tersebut menjadi Ketua Pegawai Kewangan," katanya.

Sementara itu Sivarasa berkata, PR mencadangkan Najib mencontohi jejak mereka jika beliau benar-benar serius.

"Jika PM mahu membuat perubahaan bermakna bagi rakyat Malaysia, beliau sepatutnya menerima cadangan kami," katanya.

Sivarasa berkata, pembaharuan bermakna adalah memansuhkan terus undang-undang pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negara, Ordinan Darurat dan Akta Dadah Berbahaya.

"Jika setakat pindaan, pembaharuan itu tidak bermakna dan tidak dapat diterima," katanya.

Laporan terhadap polis ke Kabinet

Posted: 15 Sep 2011 05:00 PM PDT

Laporan terhadap polis ke Kabinet

IPOH - Laporan penuh berkaitan pelbagai tuduhan terhadap polis semasa perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil di ibu negara pada 9 Julai lepas akan dikemukakan kepada Kabinet minggu depan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberi taklimat kepada beliau mengenai laporan itu baru-baru ini.

"Saya diberi taklimat oleh Ketua Polis Negara dan beliau menyatakan had dan perimeter siasatan yang dilakukan," katanya selepas menghadiri jamuan Aidilfitri anjuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di Mes Pegawai di sini semalam.

Hishammuddin berkata, beliau akan meminta Kabinet membuat keputusan supaya laporan itu diumumkan kerana pihaknya tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan.

Semalam, Ismail menyatakan laporan yang dikemukakan itu hasil siasatan yang dilakukan oleh enam jawatankuasa yang dibentuk dan beliau berpuas hati dengannya.

Ibu Pejabat Polis Bukit Aman telah menubuhkan jawatankuasa khas menyiasat, enam tuduhan terhadap pasukan polis yang kononnya bertindak ganas semasa perhimpunan haram itu. - Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Bekas pengetua terpaksa ‘mengemis’

Posted: 15 Sep 2011 05:00 PM PDT

Dalam perjalanan (lokasi terpaksa dirahsiakan), rakan saya, Atan berhenti di tepi jalan untuk bertanya arah kepada seorang wanita warga emas.

Selepas itu, Atan pun minta diri dan mengucapkan terima kasih kepada makcik itu. Belum pun sempat dia berpusing, wanita itu tiba-tiba memanggilnya: "Anak, boleh bagi makcik seringgit?"

"Makcik nak buat apa dengan seringgit?"

"Makcik nak beli makan, nak...," balas makcik itu dengan nada sayu.

Menurut Atan, niat dia bertanya bukan kerana tidak mahu beri wang yang diminta tetapi dia terkejut dan hairan kerana makcik itu kelihatan kemas, bukan seperti pengemis atau orang kurang siuman. Lagi pula, yang diminta seringgit sahaja.

"Makcik kata nak makan, dengan seringgit, apa yang makcik boleh beli? Nasi sebungkus pun tak lepas."

"Kad bank makcik, anak makcik yang pegang. Itu pasal makcik terpaksa minta daripada anak. Nak minta lebih, takut jadi masalah pada anak. Nanti nak bagi cukup, makcik minta pada orang lain pulak."

Wanita itu kemudian bertanya kepada Atan dari mana dia datang, di mana dia bersekolah dan beberapa soalan lain.

Apa yang mengejutkan Atan, apabila dia beritahu nama sekolahnya, wanita itu terus menyebut nama pengetua sekolahnya dengan tepat. Kerana itu, Atan tambah lagi RM5 kepada makcik itu.

"Makcik tak payah minta daripada orang lain lagi hari ini," kata Atan.

Wanita itu berpesan, "lain kali, kalau anak datang sini, singgahlah rumah makcik, kita makan-makan."

Mendengar itu, Atan berkata: "Makcik nak makan pun minta duit dengan saya, sekarang makcik kata nak buat makan-makan pulak."

Atan mengakui dia tiada niat menghina wanita itu namun berasa curiga, malah terlintas juga sama ada wanita itu manusia atau apa.

"Rumah makcik di mana?"

Si makcik lalu menunjukkan sebuah rumah batu agak besar tetapi usang tidak jauh dari situ. Meremang bulu roma Atan melihat keadaan rumah itu, yang katanya, lalang di sekeliling pun separas pinggang.

Atan kemudian beredar dengan seribu satu persoalan.

Tiba di rumah saudara yang ditujuinya, dia menceritakan hal itu kepada mereka. Mereka merancang mahu pergi semula ke tempat itu untuk mempastikan siapa dia yang sebenarnya.

"Esok paginya, kami pergi ke tempat itu. Aku rasa lega sikit apabila tengok bus stop tempat aku jumpa makcik itu masih ada, rumah yang dia tunjuk pun ada," kata Atan ketika kami bersembang malam raya lalu.

Untuk mendapatkan kepastian, Atan bersama saudaranya singgah di sebuah kedai kopi berhampiran dan bertanya kepada tuan punya kedai itu mengenai wanita berkenaan. Pekedai itu mengakui, wanita yang ditemui Atan memang wujud (bukan jelmaan) dan dia juga mengesahkan bahawa si makcik itu dulunya pengetua sekolah sebagaimana yang dia beritahu Atan.

"Sebagai pesara pengetua sekolah, dia tentu ada wang pencen yang lebih daripada cukup untuk dia tanggung hidup, mengapa pulak dia minta duit daripada orang untuk beli makan?" tanya Atan.

"Sebenarnya macam ni, makcik itu dan suaminya (suaminya sudah meninggal) tak ada anak. Mereka bela anak angkat, lelaki yang sekarang sudah pun dewasa. Malangnya, anak angkat makcik itu penagih dadah. Dia yang pegang semua kad bank (wang) orang tua itu sampai nak beli makan pun tak ada duit," katanya.

Kesiannya. Saya yang mendengar cerita Atan pun rasa sangat tersentuh. Malang sungguh nasib makcik itu.

Saya dapat rasakan dia mungkin sengaja tidak bertindak tegas untuk melepaskan dirinya daripada masalah itu seperti buat laporan polis atau sebagainya, kerana tersepit dengan rasa kasih terhadap si anak angkat yang telah menzalimi dirinya sendiri.

Semoga kisah sedih makcik itu, ada penghujungnya sebelum dia menutup mata. Berdoalah sentiasa supaya kita dan anak-anak kita tahu mengenang jasa.

Mat Sabu berguru dengan Hishamuddin?

Posted: 15 Sep 2011 05:00 PM PDT

Apa yang Mat Sabu merapu dalam ceramah di Tasik Gelugor, Pulau Pinang kira-kira tiga minggu lalu, kita semua sudah maklum. Kesannya beliau dikritik semua pihak, kecuali beberapa pemimpin Pas yang terpaksa mempertahankan Timbalan Presiden mereka.

Menarik ialah ucapan beliau menghina pemimpin negara dan anggota keselamatan yang memperjuangkan kemerdekaan dibuat pada 21 Ogos, iaitu 12 hari selepas tersiarnya rencana bertajuk '31 Ogos Hari Malapetaka' tulisan penyokong PKR dan bekas pelarian Hishamuddin Rais dalam Suara Keadilan (9 Ogos 2011).

Antara lain, rencana ini menyebut: "Di Tanah Melayu kuasa kolonial British telah memilih Umno untuk jadi barua mereka...Parti Komunis Malaya adalah parti yang menentang British...Pada bulan Ogos (akan) penuh dengan kisah melawan komunis...Kita akan muntah tahi setiap tahun apabila melihat 'Bukit Kepong' di kaca TV. Memang betul ada serangan ke rumah pasong Bukit Kepong. Memang betul polis yang diserang ketika itu adalah polis Melayu.

Tetapi polis Melayu ini upahan British. Kerana mereka Melayu tidak semestinya apa yang mereka lakukan baik dan betul. Melayu bukan bermakna betul. Ada Melayu barua dan ada Melayu nasionalis.

"Anak muda hari ini juga wajib diberitahu bahawa serangan Bukit Kepong itu dipimpin oleh Mat Indera. Mat Indera adalah seorang nasionalis kiri Melayu. Ini tidak terdapat dalam filem 'Bukit Kepong' kerana Umno tidak mahu rakyat Malaysia tahu bahawa ada Melayu yang berani angkat senjata melawan British."

Nampaknya ada persamaan jelas antara apa yang ditulis ini dengan kandungan ceramah Mat Sabu. Untuk mempertahankan dirinya, Mat Sabu mengemukakan buku Pengukir Nama Johor, yang dicetak pada 2004. Ini mengungkit persoalan: Sejak bila Mat Sabu merujuk buku sejarah, apatah lagi terbitan Yayasan Warisan Johor, untuk bahan ceramahnya?

Padahal, dalam kalangan kepimpinan Pas, Mat Sabu tidak dilihat sebagai seorang intelek atau orang banyak membaca. Beliau diterima sebagai penceramah yang suka buat lawak, bagaikan seorang penglipur lara. Justeru, ada kemungkinan bahan yang dirujuk oleh Mat Sabu dalam ceramahnya pada 21 Ogos lalu bukan daripada mana-mana buku sejarah, tapi daripada tulisan Hishamuddin.

Dalam rencana itu, Hishamuddin menghina pemimpin negara seperti Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman Putra dengan panggilan 'barua yang setia', 'budak suruhan' dan 'kuda British'.

Mengenai Hari Merdeka, beliau menulis: "Semenjak 31 Ogos 1957, anak semua bangsa di Tanah Melayu telah hidup dalam kesengsaraan. Dasar 'ketuanan Melayu' telah membawa malapetaka kepada Tanah Melayu. Justeru, 31 Ogos adalah hari untuk memperingati kesampaian malapetaka itu."

Mungkin juga kerana dendam tebal hati yang hitam. Ramai tahu sejarah Hishamuddin. Tidak mahu bertanggungjawab atas kekecohan ditimbulkannya sebagai pemimpin pelajar pada 1970an, beliau lari meninggalkan negara. Ramai pemimpin pelajar lain ditahan polis anggapnya seorang pengecut.

Berpuluhan tahun beliau di luar negara, menghabiskan masa muda di Sepanyol, Portugal, UK, Jepun, Australia dan India. Beliau akhirnya dapat pulang ke tanah air atas ehsan kerajaan Malaysia. Namun hari ini, beliau bertindak menghina pemimpin negara, memperlekeh bangsa Melayu dan mengutuk kemerdekaan negara sendiri. Bagaikan 'melepas anjing tersepit', kata pepatah Melayu.

Pada saya, orang yang tidak tahu bersyukur seperti inilah yang dikategorikan sebagai 'malapetaka'. Mereka lupa amaran Allah SWT yang bermaksud: "Jika kamu bersyukur Aku akan memberi tambahan kepadamu; tetapi jika kamu tidak bersyukur sungguh azab-Ku dasyat sekali." (Surah Ibrahim: 7)

Hari ini semua rakyat negara ini meraikan Hari Malaysia. Tetapi bagi Hishamuddin dan Mat Sabu mungkin tidak berasa apa-apa. Mungkin juga ada sebab mereka mahu lupakan tarikh ini.

Ramai masih ingat 16 September sebagai tarikh Ketua Pembangkang cuba ambil alih negara melalui 'pintu belakang' setelah kalah dalam pilihan raya umum 2008 secara demokratik. Bagi majoriti rakyat negara kita, inilah sebenarnya Hari Malapetaka dalam sejarah Malaysia, bukan 31 Ogos.

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Sejarah merdeka : Rakyat semangkin keliru

Posted: 15 Sep 2011 05:00 PM PDT

Sejarah merdeka : Rakyat semangkin keliru

Dewan Pemuda Pas Pusat (Malaysia) terkejut dengan kenyataan Majlis Profesor Negara (MPN) yang mendakwa bahawa Tanah Melayu atau Malaysia bukannya dijajah oleh British tetapi hanya mentadbir Negara ini sahaja ketika sebelum Negara yang dikatakan mendapat Kemerdekaan pada Tahun 1957 daripada British.

Bagi kami ianya satu kenyataan yang dangkal lagi memalukan oleh kerana mereka yang dikatakan berpendidikan tinggi hatta bertaraf Profesor amat mengelirukan sejarah tanahair serta rakyat amat terperanjat sama sekali.

Bagi kami juga, persoalan mengapa kita menyambut Hari Kemerdekaan Negara setiap tahun adalah tidak bermakna jika diambil kira fakta yang dikemukakan.

Malah ianya juga membawa erti bahawa Umno tidak memperjuangkan Kemerdekaan Negara ketika itu dan bahawa Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah bukanlah Bapa Kemerdekaan sepertimana yang didakwa sebelum ini. Ianya juga bermakna bahawa kedatangan British ketika itu bukanlah untuk menguasai politik tanah Melayu.

Adakah British tidak menguasai pentadbiran Negara ketika itu? Adakah ianya juga tidak menguasai ekonomi tanah Melayu ketika sebelum Merdeka? Dan langsung tidak memunggah kekayaan Negara hasil bumi kita? Serta British langsung tidak menekan bahasa, budaya dan pendidikan rakyat ketika sebelum Merdeka? Sebenarnya mereka yang mengatakan Negara ini tidak pernah dijajah adalah mereka yang mendapat faedah dan kedudukan atau yang mengampu jika menafikan fakta yang sebenarnya.

Persoalan juga timbul, adakah British yang datang ke tanah Melayu ketika itu hanya untuk mengadakan lawatan sambil belajar semata-mata? Adakah juga kematian Dato' Maharaja Lela Pandak Lam dan Tok Janggut atau Haji Mohd Hassan Munas adalah untuk suka-suka sahaja?.

Dengan kenyataan Profesor Dr Zainal Keling tersebut boleh disifatkan menghina Raja-Raja Melayu seolah-oleh Raja Melayu ketika itu seperti tunggul kepada British yang hadir di tanah Melayu sebagai pelawat jika diperhalusi kedudukan fakta yang amat keliru tersebut.

Oleh yang demikian, kami terpanggil untuk mencabar berdebat dengan Profesor ibarat 'kangkung' ini, kami amat kesal ahli akademik menjadi alat untuk menyelamatkan Umno semata-mata.

Mereka jelas ingin menutup sejarah sebenar perjuangan Kemerdekaan yang terbunuh bagi melepaskan kedudukan Negara daripada penjajah selama ini. Kami kesal kita masih dijajah walaupun ingin membetulkan fakta sejarah yang sebenar daripada isi hati perjuang yang langsung tidak diikhtiraf sehingga kini oleh kerajaan.

RAJA AHMAD AL-HISS
Naib Ketua,
Dewan Pemuda Pas Malaysia

Selangor, medan paling sukar pada pilihan raya akan datang?

Posted: 15 Sep 2011 05:00 PM PDT

Selangor, medan paling sukar pada pilihan raya akan datang?

KUALA LUMPUR - Selangor, dikatakan negeri terkaya di negara ini, merupakan permata berharga yang bakal menjadi rebutan di antara pembangkang dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Namun, untuk memenangi negeri itu bukan tugas mudah, sama ada di pihak BN mahupun pakatan PAS-PKR-DAP.

Berikutan desas desus bahawa pilihan raya umum bakal diadakan bila-bila masa, penganalisis turut memberi tumpuan pada Selangor dan meramalkan agak sukar bagi pembangkang mengekalkan negeri itu manakala BN akan berdepan tugas getir untuk menawannya semula.

Penganalisis politik di Universiti Sains Malaysia, Dr Sivamurugan Pandian berkata bukan lagi rahsia bahawa BN menumpukan banyak usaha untuk menawan semula negeri itu.

"Dengan landskap politik dinamik di Selangor, kini lebih maju dan moden dengan golongan muda menjadi pengundi, pastinya sukar bagi mana-mana pihak untuk memenangi undi. Saya percaya Konvensyen BN Selangor akan datang pada 17 Sept akan memberikan panduan mengenai bagaimana Umno bakal menghadapi cabaran itu.

"Walaupun terdapat banyak isu menyelubungi pentadbiran kerajaan negeri sekarang, persoalannya ialah adakah Umno berjaya meminimumkan isu yang melandanya di peringkat negeri? Adakah parti telah mengenal pasti panglima untuk mengetuai dan menyatukan pasukan?" katanya.

"Panglima" itu boleh jadi sama ada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar atau ketua pembangkang Selangor Datuk Mohamad Satim Diman, dua pemimpin yang dilihat berupaya mengetuai Umno negeri.

Namun, kata Dr Sivamurugan, Umno juga boleh memilih seseorang di luar kelompok mereka iaitu "seseorang yang mampu menyatukan semua kumpulan".

Konvensyen akan datang, katanya mesti menumpukan kepada mengenai perlunya untuk bersatu demi untuk menawan semula negeri itu.

"Buat masa ini, jika anda minta saya nilai keadaannya, saya akan katanya masih 50-50. Bakal menyaksikan persaingan sengit sehingga ke akhir. Terdapat terlalu banyak kawasan "campuran".
- Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved