Jumaat, 16 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Malang dua perompak

Posted: 15 Sep 2011 05:00 PM PDT

Malang dua perompak KUALA TERENGGANU- Cubaan dua penjenayah yang cuba merompak sebuah kedai runcit gagal apabila seorang daripada mereka mengalami kecederaan ketika bergelut dalam usaha melarikan diri dalam satu kejadian di Kampung Kuala Bekah, Chabang Tiga, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa yang berusia 48 tahun, telah didatangi suspek berumur 32 tahun itu, yang berpura-pura ingin membeli barang di kedainya.

Bagaimanapun, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa tergamam seketika apabila suspek bertindak di luar jangkaan dengan mengacukan sebilah pisau ke arahnya sambil mengarahkan agar mangsa mengikut apa sahaja arahannya.

Terkejut dengan tindakan suspek itu, mangsa terus menjerit meminta tolong dan dia bernasib baik kerana jeritannya itu didengari anak perempuannya yang ketika itu turut berada di dalam kedai berkenaan.

Tergamam melihat keadaan ibunya yang berhadapan dengan maut itu, si anak yang berumur 22 tahun mendapatkan bantuan sepupu lelakinya selepas cubaan untuk membantu ibunya gagal.

Selepas berlaku pergelutan selama beberapa minit, suspek berjaya ditahan oleh anak saudara mangsa dengan bantuan orang kampung yang melihat kejadian itu manakala rakan suspek yang sedang menunggu di atas motosikal berhampiran kedai, berjaya melarikan diri.

Dalam pergelutan itu, mangsa dipercayai mengalami kecederaan di kepala akibat dipukul dengan topi keledar, badan dan cedera di tangan kiri dipercayai terkena pisau yang digunakan suspek, manakala anak perempuan mangsa pula mengalami luka di jari tangan kiri dan mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Menurutnya, kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera semasa melakukan rompak dan kini pihaknya sedang memburu seorang lagi suspek yang berjaya melarikan diri dengan sebuah motosikal.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved