Jumaat, 16 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Najib terdesak pulih populariti

Posted: 15 Sep 2011 05:00 PM PDT

Najib terdesak pulih populariti ALOR SETAR - Pengumuman memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan meminda beberapa akta lain malam kelmarin jelas menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terdesak memulihkan populariti dalam kalangan rakyat yang semakin merudum.

Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, berdasarkan tinjauan Merdeka Center dua minggu lalu, populariti Najib dilihat semakin jatuh disebabkan kegagalan Kerajaan Pusat menangani isu kenaikan harga barang dan ekonomi yang dilihat semakin parah.

Menurutnya, tindakan Najib diakui mengejutkan banyak pihak tetapi Pas Kedah percaya langkah itu pastinya ada 'udang di sebalik batu'.

"Tiada makna memansuhkan ISA sekiranya satu akta menyerupai ISA dilaksanakan. Tambahan pula, Kerajaan Pusat masih tidak memutuskan sama ada pemansuhan itu dilakukan serta-merta atau tidak.

"Pas anggap keputusan itu hasil tekanan dan perjuangan pelbagai pihak. Selain itu, Pas yakin rakyat masih meragui kepimpinan Najib sehinggalah segala isu ekonomi, pendidikan dan ketelusan pilihan raya berjaya diselesaikan dengan berkesan," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah, Dr Ismail Salleh menggesa Kerajaan Pusat memohon maaf dan memberi pampasan besar kepada keluarga tahanan ISA dan mendakwa 'undang-undang zalim' itu menyebabkan kemusnahan rumah tangga kebanyakan individu ditahan.

"Pelbagai penderitaan dan tekanan dialami tahanan ISA dan ahli keluarga setelah ditahan tanpa perbicaraan dan perkara ini dilarang sama sekali dalam agama Islam.

"Sepatutnya ISA ini dimansuhkan 20 tahun dahulu dan bukannya sekarang. Bagaimanapun, Pakatan Rakyat (PR) bersyukur kerana tuntutan rakyat akhirnya dipenuhi Kerajaan Pusat dan ia merupakan kemenangan perjuangan rakyat," katanya.

Ismail turut menegaskan PR tidak bimbang dengan peralihan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) susulan pengumuman mengejut Najib malam kelmarin.

"Saya fikir rakyat sudah pandai menilai yang baik dan yang buruk.

"PR tidak bimbang, malah mengalu-alukan usaha Kerajaan Pusat untuk melaksanakan tuntutan sebagaimana dicatat dalam Buku Jingga asalkan membawa kebaikan kepada rakyat," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved