Jumaat, 16 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Perusahaan burung walit berkembang

Posted: 15 Sep 2011 05:00 PM PDT

Perusahaan burung walit berkembang NUSAJAYA – Sejumlah RM27.09 juta dicatat menerusi keluaran Edible Bird Nest (EBN) tahun lalu seperti yang dikeluarkan Jabatan Veterinar berdasarkan permit eksport.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Ab Aziz Karpawi berkata dalam jawapan lisan, sebanyak RM14.22 juta adalah EBN yang telah diproses manakala selebihnya, RM12.87 juta tanpa proses.

"Setakat ini, :bilangan pengusaha burung walit yang berdaftar dengan Jabatan Veterinar bagi seluruh negeri adalah seramai 1,271 orang.

"Pengusaha di Johor Bahru mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 206 orang manakala Muar pula mencatatkan bilangan pengusaha yang terendah iaitu hanya 38 orang sahaja," katanya di Dewan Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri Johor ke 12 di sini, semalam.

Selain itu katanya, galakan dan bantuan turut diberikan kepada pengusaha sedia ada oleh Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Veterinar, antaranya seperti garis panduan (1GP) bagi industri burung walit.

"Turut diberi perhatian ialah aspek pemantauan penyakit dan kualiti sarang burung walit, kursus perlaksanaan 1GP dan kursus :Good Animal Husbandry Practice :(GAHP)'," katanya.

Bagi bakal pengusaha pula, galakan dan bantuan diberikan oleh Kerajaan Negeri termasuklah khidmat nasihat pemilihan tempat dan tapak projek, pengesahan pinjaman bank dan ujian panggilan walit.

"Terdapat beberapa faktor yang turut diberikan penekanan untuk membolehkan Johor menjadi pengeluar terbesar sarang burung walit seperti pemeliharaan ekosistem sedia ada yang membekalkan serangga menjadi makanan burung walit.

"Selain itu, peningkatan pengetahuan pengusaha menerusi latihan dan bimbingan berterusan penyelidikan kaedah pengeluaran, perumahan dan amalan pengurusan yang baik perlu ditekankan," katanya.

Menjawab soalan Adun Yong Peng, Lee Kim Moi berkenaan hasil sarang burung walit yang berkualiti, Ab Aziz berkata, Kerajaan Negeri sedaya upaya meningkatkan produk sarang burung walit yang terbaik di negara ini.

"Setakat ini, pasarannya telah mendapat :sambutan yang baik di China, Hong Kong dan Singapura. Kerajaan Negeri juga menyasarkan pendapatan :perusahaan ini akan meningkat sehingga RM5 bilion menjelang 2020," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved