Sabtu, 6 Ogos 2011

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Jumlah mangsa belum pasti

Posted: 05 Aug 2011 05:00 PM PDT

Jumlah mangsa belum pasti KUALA KETIL - Beberapa penduduk tempatan dikhuatiri lemas apabila nekad terjun ke dalam Sungai Kuala Lesong untuk mengelakkan diri mereka ditahan polis dalam satu serbuan judi haram di Kampung Kuala Lesong, kelmarin.

Sehubungan itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah Baling dan Sungai Petani dikerahkan untuk mencari mangsa yang dikatakan hilang selepas terjun ke dalam sungai.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, kemungkinan mangsa yang hilang lebih daripada lima orang.

"Saya pun tak tahu jumlah sebenar mangsa yang hilang. Ada yang kata lima, ada yang kata tujuh," katanya.

Menurutnya, mangsa yang hilang dikhuatiri lemas apabila mereka tidak pulang ke rumah.

"Kalau mereka takut dengan polis sekalipun, mereka tentunya akan pulang ke rumah. Tapi, sehingga kini, tiada maklumat langsung mengenai mereka," katanya.

Ketua Polis Daerah kuala Muda Asisten Komisioner Hashim Ali mengesahkan kejadian berkenaan.

"Semalam (kelmarin) serbuan judi haram di buat di Kampung Kuala Lesong. Akibat serbuan itu, beberapa penduduk bertindak terjun ke dalam sungai untuk melepaskan diri.

"Setakat hari ini, polis hanya menerima dua laporan mengenai orang hilang," katanya kepada Sinar Harian.

'Anak saya tak tahu berenang'

WARIS kepada seorang mangsa yang hilang mengatakan anak lelakinya itu tidak tahu berenang.

"Kini, saya hanya mampu berdoa dan menyerahkan kepada pihak yang terbabit untuk mencari anak lelaki saya itu.

"Anak saya mempunyai dua cahaya mata. Saya tak dapat bayangkan keadaan anak-anaknya sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini kepada ayah mereka," katanya.

Menurutnya, dia turut mencuba perubatan tradisional untuk mengetahui mengenai anaknya itu.

"Setakat ini, belum ada perubahan yang berlaku dan pihak bomba belum lagi dapat mengesan mangsa yang hilang. Saya dah berikhtiar, jadi, semuanya bergantung kepada ketentuan Ilahi," katanya.

Menurutnya, dia difahamkan, semasa anaknya terjun ke sungai, terdapat seorang rakan yang ingin membantu ketika anaknya sedang terkapai-kapai.

"Rakannya itu sempat menarik rambut anak saya, tetapi terlepas. Itulah apa yang diceritakan kepada saya," katanya.

Belum dapat maklumat lengkap

KETUA Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Abd Kudus Abd Malek berkata, pihaknya tidak dapat memberikan kenyataan kerana masih belum mendapat maklumat yang lengkap.

"Kita tak tahu, berapa sebenarnya mangsa yang hilang. Jadi, agak sukar bagi kami untuk memberikan sebarang kenyataan mengenai operasi ini.

"Namun begitu, pihak bomba yang turut disertai oleh skuad skuba akan terus mencari. Operasi akan bersambung esok (hari ini) sekiranya bomba masih belum dapat mengesan mangsa yang hilang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Didakwa terima rasuah RM500

Posted: 05 Aug 2011 05:00 PM PDT

Didakwa terima rasuah RM500 IPOH – Seorang kakitangan awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, kelmarin atas tuduhan menerima rasuah daripada seorang nelayan di Seri Manjung, Mac lalu.

Sahimi Ariffin, 56, didakwa melakukan perbuatan itu di tempat letak kereta di hadapan Restoran Briyani, Bandar Baru, Seri Manjung pada jam 3 petang, 11 Mac lalu.

Tertuduh yang merupakan Pembantu Perikanan Tingkat Khas, Pejabat Perikanan Kampung Acheh, Seri Manjung didakwa meminta satu suapan berjumlah RM500 daripada Mohd Fadli Sahri.

Ia sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya dan seorang lagi rakan, Azmi Hussein yang menjalankan kegiatan membawa benih kerang tanpa permit di Taiping.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 17(a)Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama.

Di bawah seksyen tersebut, Sahimi boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda maksimum lima kali ganda nilai suapan atau denda RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Sharullah Khan Nawab Zadah Khan.

Hakim Julie Lack Abdullah menetapkan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 28 September ini.

Gadis miang dicekup lagi

Posted: 05 Aug 2011 05:00 PM PDT

Gadis miang dicekup lagi AMPANG - Seorang gadis 'miang' yang sebelum ini pernah dikenakan hukuman kerana bersekedudukan dengan teman lelaki tidak pernah serik apabila dia sekali lagi dicekup Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Namun kali ini, dia dicekup berkhalwat dengan lelaki lain apabila teman lelakinya pergi berkursus.

Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah, Ahmad Nawi Osman berkata, operasi tersebut dijalankan di sebuah rumah kedai kira-kira jam 5.30 pagi semalam, setelah pihaknya menerima maklumat daripada orang awam.

"Kami terpaksa menunggu beberapa minit sebelum pintu rumah dibuka oleh seorang gadis berusia 20 tahun. Dia yang berpakaian lengkap itu memberi alasan tinggal seorang diri di rumah berkenaan apabila kami menyoal siasat," katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati rumah tersebut disewa oleh teman lelaki kepada wanita berkenaan.

"Ketika serbuan dijalankan, kami mendapati pasangannya hanya memakai seluar pendek tanpa baju menyorok di bawah katil," katanya.

"Pasangan tersebut dibawa ke balai polis berhampiran untuk pihak kami membuat laporan polis," katanya.

Ahmad Nawi berkata, dalam operasi berasingan pihaknya turut mencekup sepasang kekasih yang juga penuntut di institut pengajian tinggi awam (IPTA) pada jam 8.00 pagi di sebuah pangsapuri di Pandan Indah setelah didapati berkhalwat.

"Kedua-dua operasi itu dijalankan di bawah Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Bapa mohon bantuan rawat anak khunsa

Posted: 05 Aug 2011 05:00 PM PDT

Bapa mohon bantuan rawat anak khunsa KUALA TERENGGANU - Tatkala umat Islam lain bergembira menyambut Ramadan dengan pelbagai juadah berbuka puasa, seorang bapa di Kampung Tuan Chik Haji di sini, hanya mampu termenung mengenang nasib anaknya yang menghidap penyakit ketumbuhan buah pinggang.

Bagi Marzuki Rani, 50, seorang nelayan dengan pendapatan tidak menentu saban bulan, Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak membawa sebarang pengertian apabila seorang daripada 12 anaknya disahkan menghidap penyakit berkenaan, selain memiliki dua kemaluan, atau lebih tepat khunsa.

Anaknya, Muhammad Aidiel Ashraf Mustaqin Marzuki, 5, perlu diberi rawatan rapi walau apapun halangan yang terpaksa dihadapi, termasuk kekangan kewangan.

Marzuki berkata, penyakit anak kesebelasnya itu mula dikesan apabila darah keluar ketika Muhammad Aidiel membuang air kecil sekitar Oktober tahun lepas.

"Isteri saya, Rokiah Nasir, 41, mendapati kencing anak kami berdarah, lalu membawanya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan dan kemudian dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menjalani pembedahan," katanya ketika ditemui semalam.

Marzuki berkata, mulai saat itu, dia sering kesuntukan duit kerana terpaksa berulang alik merawat anaknya di HSNZ dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Sepanjang tempoh pembedahan dan menjalani rawatan susulan anak di HKL pada 20 November lepas, saya terpaksa mencari duit sehingga RM12,000 untuk makan minum dan tambang," katanya.

Bedah enam minggu lagi

Menurutnya, Muhammad Aidiel kini mendapat rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan dua kali seminggu, iaitu pada Ahad dan Khamis, untuk memasukkan ubat kemoterapi bagi menghilang rasa sakit dan tidak bermaya anaknya itu.

"Setiap kali isteri saya pergi di HUSM Kubang Kerian, dia memerlukan sekurang-kurangnya RM300 dan RM500 untuk kemoterapi dan perbelanjaan makan minum serta tambang perjalanan.

"Saya cuma nelayan, mana nak dapatkan duit sebanyak itu setiap kali pergi mendapatkan rawatan di sana," katanya.

Marzuki juga berkata, memandangkan Muhammad Aidiel khunsa, seorang doktor mengesyorkan anaknya itu menjalani pembedahan membuang kemaluan perempuan dan ia dijangka dilakukan dalam tempoh enam minggu lagi.

Bagaimanapun, dia tidak tahu di mana pembedahan itu akan dilakukan kerana belum dimaklumkan doktor.

Selain itu, Muhammad Aidiel berdepan masalah mata yang dipercayai mempunyai kaitan dengan penyakit ketumbuhan buah pinggang yang dihidapnya.

Marzuki berkata, dia menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan.

"Walaupun dapat bantuan daripada JKM, ia masih belum cukup untuk saya merawat anak. Saya cuba juga minta bantuan daripada sumber lain, namun sehingga kini masih hampa," katanya sayu.

Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Marzuki menerusi talian 019-9812337. BERNAMA

Ramadan bukan pesta makan

Posted: 05 Aug 2011 05:00 PM PDT

Ramadan bukan pesta makan KUANTAN–Masyarakat diingatkan bahawa tidak menjadikan bulan Ramadan sebagai pesta makanan kerana kebayakan mereka berpusu-pusu ke bazar membeli juadah berbuka.

Imam Satu Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah Satu, Mohd Khalil Mohd Zari berkata, beliau kecewa apabila masih ramai tidak memanfaatkan bulan mulia ini dengan beribadah di masjid, sebaliknya datang berbuka puasa di padang berhampiran kawasan masjid beramai-ramai.

Menurutnya, bilangan mereka yang datang membeli juadah di bazar berdekatan juga ramai, tetapi tidak ramai yang berjemaah di masjid.

"Puasa melatih kita untuk melawan nafsu terutamanya nafsu makan, tetapi apa yang saya lihat, masih ramai lagi yang mengasah nafsu makan mereka dengan berbelanja secara berlebihan dan pada masa yang sama tidak menjalankan ibadat.

"Ada juga dalam kalangan kita seolah-olah 'membalas dendam' membeli juadah yang berlebihan sehingga terbuang dan itu bukanlah apa yang patut kita amalkan dalam bulan yang mulia ini," katanya.

Selain itu, beliau menjelaskan bahawa matlamat berpuasa selama sebulan itu tidak tercapai jika masih ada yang bersikap sedemikian, malah rugi bagi sesiapa yang tidak memanfaatkan bulan ini dengan amal kebajikan.

Mohd Khalil berkata, hadis nabi juga mengatakan bahawa mereka yang tidak mengambil kesempatan dalam bulan ini adalah di kalangan umat yang kerugian kerana ia hanya sebulan sahaja dikerjakan dengan pahala yang berlipat kali ganda.

"Kita mengharapkan perubahan positif Ramadan ini untuk dimanfaatkan dalam kehidupan pada masa akan datang.

"Berbuka secara berjemaah di padang memang amalan baik, tetapi selepas berbuka, kita boleh berjemaah di masjid berdekatan untuk mengimarahkan bulan ini," katanya.

Justeru, beliau berharap agar masyarakat dapat perbetulkan diri dan dapat berebut pahala Ramadan yang hanya tinggal tiga minggu lagi untuk dilaksanakan.

Sementara itu, beliau mahu anak-anak kecil mula didedahkan dengan amalan berpuasa dan juga ibadat sebagai langkah didikan untuk mereka amalkan.

Helah tunai solat terawih

Posted: 05 Aug 2011 05:00 PM PDT

Helah tunai solat terawih KOTA BHARU - Hanya kerana ingin mengejar keseronokan dengan melakukan aksi berbahaya ketika menaiki motosikal, lebih 30 remaja di bawah lingkungan usia 18 tahun ditahan dalam operasi 'Mat Rempit' di sekitar kawasan Kemumin, Pengkalan Chepa di sini malam kelmarin.

Dengan menggunakan helah ingin ke surau bagi menunaikan solat terawih, kumpulan remaja ini mengambil peluang yang ada mengajak rakan-rakan sebaya, melakukan aksi terbabit di luar pengetahuan ibu bapa mereka.

Daripada jumlah itu, penonton yang juga merupakan remaja bawah umur yang turut berada di kawasan berkenaan merupakan antara yang ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk tindakan susulan.

Penguasa Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK) Cif Inspektor Mohammad Azmihrul Mokti, berkata, dalam operasi terbabit yang bermula jam 8.30 malam, pihaknya berjaya menahan 27 motosikal dengan 29 saman.

Katanya, saman dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan yang dilakukan, antaranya tiada cukai jalan, menunggang tanpa lesen, motosikal diubahsuai dan pelbagai lagi kesalahan lalu lintas.

"Dalam operasi ini yang dijalankan bersama beberapa anggota IPD dan IPK, lapan remaja terlibat dalam perlumbaan haram dan selebihnya menjadi penonton perlumbaan berkenaan.

"Kita mengadakan operasi ini sepanjang Ramadan mengikut laporan dan maklumat awam di sekitar kawasan Kota Bharu," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, operasi pertama yang bermula jam 8.30 malam yang tamat kira-kira jam 11 malam itu disambung sehingga waktu sahur terpulang kepada kawasan yang dikenal pasti sebagai 'port' mat rempit.

"Dalam operasi kedua yang bermula jam 1 sehingga 4.30 pagi di Taman Maju dan Balai Islam Lundang, 12 kenderaan pelbagai jenis dengan pelbagai kesalahan turut ditahan dengan 11 saman dikeluarkan. Satu Kes di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, turut ditahan kerana memandu secara melulu dan berbahaya hingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain," katanya.

Tidak naik

Posted: 05 Aug 2011 05:00 PM PDT

Tidak naik JOHOR BAHRU – Barangan keperluan di negeri ini dijangka mencukupi untuk kegunaan sepanjang Ramadan termasuk ketika menjelang hari raya malah harga barangan juga masih terkawal dan tidak berlaku kenaikan ketara.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri, Che Halim Abd Rahman berkata, pihaknya masih belum menerima laporan berkenaan kekurangan bekalan barangan keperluan termasuk kenaikan harga.

"Situasi berkenaan dijangka berkekalan sehingga Hari Raya, malah beberapa pegawai turut ditugaskan melakukan pemantauan di setiap daerah dalam memastikan peniaga mematuhi peraturan demi menjaga kepentingan pengguna," katanya.

Orang ramai juga dinasihatkan berwaspada ketika berbelanja khususnya tawaran jualan murah, dikhuatiri ianya hanya taktik peniaga tidak bertanggungjawab untuk mengaut untung lebih-lebih lagi ketika musim perayaan.

"Jika mempunyai sebarang aduan berhubung kekurangan bekalan barangan keperluan termasuk kenaikan harga barangan kawalan, orang ramai boleh menghubungi talian 1800-88-6800," katanya ketika ditemui di Pasar Larkin Sentral semasa membuat tinjauan, di sini, semalam.

Sementara itu, peniaga daging lembu, Masnan Masran, 69, berkata, bekalan daging lembu tempatan yang dijualnya meningkat 30 peratus ketika bulan Ramadan disebabkan permintaan tinggi daripada pelanggan.

"Permintaan biasanya akan meningkat bagi tempoh seminggu menjelang hari raya sehingga tiga kali ganda berbanding tiga minggu pertama Ramadan namun harganya kekal iaitu RM22 sekilogram bagi daging lembu tempatan dan RM12 sekilogram untuk daging kerbau import," katanya.

Bagi peniaga ayam, Shafie Yahya berkata, harga ayam masih kekal pada paras RM7.50 dan tidak berlaku kenaikan harga berikutan bekalannya masih mencukupi.

"Kebiasaannya harga ayam sukar untuk diramal kerana ia bergantung kepada bekalan yang kami perolehi daripada pembekal di Gelang Patah dan Yong Peng. Bagaimanapun bagi tempoh minggu pertama Ramadan harga daging ayam masih kekal seperti bulan-bulan sebelumnya," katanya.

Peniaga santan, Saliha Misnon berkata, bagi menangani masalah kekurangan bekalan kelapa, beliau mengambil inisiatif dengan memperuntukkan stok supaya ianya mencukupi memandangkan permintaan yang bertambah.

Menurutnya, harga kelapa parut sebiji yang dijualnya ialah RM1.80, manakala kelapa parut sekilogram RM6, santan kelapa RM1.80 sebiji sementara sekilogram santan kelapa dijual pada harga RM8.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Jais ada kuasa serbu gereja: Peguam

Posted: 05 Aug 2011 05:00 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]

‘Semua perlu tenang’

Posted: 05 Aug 2011 05:00 PM PDT

'Semua perlu tenang' KUALA LUMPUR - Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Selangor kesal laporan yang membangkitkan kembali snsitif termasuk penggunaan kalimah Allah, pengeboman gereja, sekatan Injil Bahasa Melayu hingga membangkitkan rasa ketidakselesaan beragama.

Yang Dipertuanya, Khairudin Abas berkata, laporan kembali dibangkitkan susulan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Gereja Methodist, Damansara Utama, Rabu lalu.

"Abim menggesa semua pihak bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu dengan memberikan tekanan kepada mana-mana pihak kerana kes ini sewajibnya diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dengan telus dan mencari kebenaran.

"Abim Selangor merasakan bahawa inilah yang sepatutnya dilakukan oleh setiap warga Malaysia jika wujud pertikaian," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Khairudin berkata, tindakan sesetengah pihak yang mengambil pendekatan popular dengan membuat kesimpulan sempit t berlawanan dengan semangat kerukunan dalam kepelbagaian masyarakat.

Katanya, setiap institusi penguat kuasa yang wujud perlu dihormati selagi mereka melaksanakan tugas yang diperuntukan berlandaskan undang-undang.

"Abim juga berkeyakinan bahawa pihak berkuasa bertindak mengikut saluran diperuntukkan oleh undang-undang. Justeru, sebarang tekanan dan campur tangan di luar skop perundangan dibimbangi akan menjejaskan proses siasatan dan usaha-usaha mencari fakta dan kebenaran dalam hal ini.

"Kami percaya sekiranya semua pihak bersikap tidak prejudis, terbuka dan yakin dengan proses perundangan sedia ada, maka sebarang masalah mampu diatasi dan keharmonian hidup beragama dinikmati selama ini dipertahankan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved