Rabu, 14 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

50 pakar sertai persidangan IFCTF

Posted: 13 Sep 2011 05:00 PM PDT

50 pakar sertai persidangan IFCTF Lima puluh pakar dari seluruh dunia akan berucap dan menja:di moderator pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Pembiayaan Keganasan dan Jenayah (IFCTF) 2011 ketiga di Kuala Lumpur pada 19 dan 20 September ini.

Bertemakan "Meningkatkan Pematuhan dan Penguatkuasaan", persidangan itu dianjurkan oleh Institut Bank-Bank Malaysia (IBBM) dan Kumpulan Rangkaian Pegawai Pematuhan (Cong), bersama Institut Kewangan Asia (AIF), Institut Kewangan dan Bank Islam Malaysia (IBFIM), Institut Insurans Malaysia (MII), Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Ia juga disokong oleh Unit Risikan Kewangan Bank Negara Malaysia.

Dalam satu kenyataan, IBBM berkata, perwakilan akan memberikan maklumat terkini serta jenis dan ancaman dalam Pengubahan Wang Haram/Menangani Pembiayaan untuk Keganasan (AML/CFT) daripada perspektif pegawai pematuhan dan agensi penguat kuasa undang-undang.

Program sijil baru AML/CFT IBBM juga akan dilancarkan pada persidangan itu.

Mereka yang berminat untuk menghadiri persidangan itu, boleh melayari ibbm.org.my/ifct2011 atau menghubungi 03-20956833 untuk maklumat lanjut.        

Liga Arab gesa Syria henti kekerasan

Posted: 13 Sep 2011 05:00 PM PDT

Liga Arab gesa Syria henti kekerasan KAHERAH - Damsyik terus menerima tekanan supaya mereka menghentikan tindakan kekerasan terhadap rakyat selepas Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) mengumumkan jumlah kematian di negara itu kini mencecah 2,600 orang.

Keadaan yang semakin meruncing tersebut menyebabkan Liga Arab dan Turki, kelmarin menggesa Presiden Bashar al-Assad untuk mengambil tindakan segera bagi menghentikan keganasan di Syria yang berlangsung sejak enam bulan lalu.

Mesyuarat disertai 22 Menteri Luar Liga Arab di Kaherah, Mesir itu juga menyifatkan situasi di Syria semakin meruncing dan kerajaan Assad perlu memandang serius kerana semakin ramai rakyat terkorban akibat tindakan ganas tentera Syria.

Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan turut memberi amaran jika konflik di Syria berpanjangan ia mungkin akan bertukar menjadi perang saudara.

Kelmarin, penunjuk perasaan turut mengadakan demonstrasi kerana berang terhadap Rusia selepas negara tersebut menyokong kerajaan Assad dan menegaskan sebarang resolusi PBB ke atas Syria tidak boleh mengandungi mandat untuk mengenakan sekatan atau campur tangan ketenteraan.

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Kualiti udara di Pulau Pinang terus merosot

Posted: 13 Sep 2011 05:00 PM PDT

Kualiti udara di Pulau Pinang terus merosot GEORGETOWN - Beberapa kawasan di sekitar Pulau Pinang masih lagi dilanda jerebu tahap sederhana dengan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) sekitar 65 hingga 81, semalam.

Menurut laporan laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) semalam, bacaan IPU untuk kawasan Seberang Jaya mencatat peningkatan kepada 79 pada 11 pagi, berbanding 64 pada tempoh masa sama, kelmarin

Di kawasan Universiti Sains Malaysia (USM) IPU mencatatkan peningkatan mencatatkan 75 berbanding 56.

Sementara itu, di kawasan Perai walaupun berada di tahap sederhana, kualiti udara terus merosot iaitu 65 pada 11 pagi, berbanding 54 pada 11 pagi, kelmarin.

Berbanding, bacaan IPU sekitar jam 7 pagi semalam mencatatkan kualiti udara menghampiri tahap tidak sihat iaitu kawasan Seberang Jaya (81), USM (76) dan Perai (66).

Kualiti udara berubah dari semasa ke semasa mengikut keadaan cuaca.

Bacaan IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 301 berbahaya.

Sementara itu, Exco Kesihatan, Kebajikan dan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh berkata, orang ramai perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengurangkan aktiviti luar dan mengelak melakukan pembakaran secara terbuka.

Beliau berkata, pihak berkuasa sedang melakukan pemantauan bagi memastikan tiada pihak melakukan pembakaran terbuka dan industri tidak mengeluarkan asap berlebihan.

» selanjutnya...

Wanita maut jatuh bangunan

Posted: 13 Sep 2011 05:00 PM PDT

Wanita maut jatuh bangunan IPOH – Seorang wanita yang dipercayai mempunyai masalah kemurungan serius ditemui maut di bahagian luar tingkat bawah sebuah pusat membeli belah terkemuka di sini, petang semalam.

Mangsa, Fong Ying Wah, 23, dari Ampang, Ipoh difahamkan terjatuh dari tingkat empat tempat meletak kenderaan pusat membeli belah berkenaan memandangkan keadaan mayatnya yang terkulai layu ketika ditemui orang awam yang lalu di kawasan itu.

Bapa mangsa yang enggan dikenali memberitahu anaknya mula berdepan masalah kemurungan selepas bercerai dengan suaminya.

Katanya mangsa mempunyai dua orang anak namun mereka tinggal bersama keluarga bekas mertua manakala suaminya bekerja di Singapura.

"Lebih kurang jam 12 tengah hari, anak perempuan saya itu keluar rumah untuk mencari pengasuhnya yang dipercayai berada di sekitar pusat membeli belah ini.

"Namun selepas dua jam masih belum pulang, saya cuba menghubungi telefon bimbitnya tetapi tidak berjawab.

"Kebimbangan saya akhirnya terjawab apabila polis menelefon dan memberitahu tentang kejadian yang berlaku," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), semalam.

Beliau mendakwa, anaknya yang pernah bekerja sebagai pelayan restoran di Singapura kini menganggur dan mengambil beberapa jenis ubat bagi menangani masalah kemurungannya itu.

Sinar Harian turut difahamkan mangsa pernah dirawat di Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) kira-kira dua bulan lalu akibat masalah itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Superintendan Azisman Alias berkata mayat wanita itu ditemui orang awam kira-kira jam 2.30 petang.

Menurutnya, orang awam yang lalu di kawasan terbabit melihat sekujur tubuh wanita berbaju T merah jambu dan berseluar jeans dalam keadaan terbaring.

Katanya, orang awam terbabit segera memaklumkan kepada pihak sekuriti pusat membeli belah berkenaan yang kemudiannya menghubungi polis.

"Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut memandangkan siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemui.

"Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca kematian mangsa," katanya ketika dihubungi semalam.

Bagaimanapun, Azisman berkata, jika terdapat unsur jenayah selepas hasil laporan bedah siasat dikeluarkan hospital, pihaknya akan membuka kertas siasatan berhubung kes ini.

OKU jadi mangsa ragut

Posted: 13 Sep 2011 05:00 PM PDT

OKU jadi mangsa ragut SUNGAI BULOH – Zalim dan tidak berperikemanusiaan apabila seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang kudung kedua belah kaki bersama isteri dan seorang anak menjadi mangsa peragut.

Dalam kejadian jam 1 petang semalam, mangsa sekeluarga menaiki motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Sungai Serai, Kuang selepas membeli belah barangan keperluan dapur di pasar Matang Pagar.

Menceritakan detik cemas itu, Shukor Ismail, 45, berkata, ketika hanya tinggal satu kilometer hendak sampai ke rumah, mangsa didatangi dua lelaki menaiki motosikal jenis Yamaha RXZ warna putih yang menghimpit dan mahu meragut beg tangan isterinya.

Menurutnya, dia hanya menyedari kejadian itu selepas isterinya Norafidah Hassan, 36, menjerit secara tiba-tiba.

"Motosikal itu menghimpit dan pemboncengnya berusaha untuk menarik beg tangan isteri saya.

"Saya tidak boleh buat apa melainkan cuba menjarakkan motosikal namun asakan peragut semakin kuat hingga menyebabkan motosikal yang dinaiki gagal dikawal dan saya jatuh terseret manakala isteri dan anak pula jatuh terlentang di atas jalan," katanya.

Shukor berkata, dia tidak dapat membantu kerana kudung kedua-dua belah kaki dan hanya merangkak dan melihat kepala isterinya berlumuran darah tidak sedarkan diri manakala anak bongsunya Abu Habibullah, 2, menangis kerana tersepit di bawah badan ibunya.

"Peragut memang kejam! Nasib ada orang ramai yang berhenti dan bantu angkat kami semua ke tepi jalan sementara menanti bantuan ambulans tiba," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, isterinya terpaksa diberi bantuan pernafasan di Klinik Kesihatan Kuang sebelum dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh dan pemeriksaan doktor mengesahkan tengkorak isterinya retak dan perlu menjalani pembedahan segera semalam.

Manakala dia dan anaknya hanya mengalami luka serius dan perlu dirawat.

Mangsa kemudiannya membuat laporan di Pondok Polis Hospital Sungai Buloh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komsioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan kes tersebut.

Ahli politik terima peluru hidup

Posted: 13 Sep 2011 05:00 PM PDT

Ahli politik terima peluru hidup DUNGUN - Kegembiraan seorang ahli politik berpangkat Datuk meraikan tetamu dalam satu majlis Aidilfitri di perkarangan pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) bertukar cemas apabila menerima panggilan telefon daripada isterinya memaklumkan penemuan sebutir peluru hidup dalam peti surat rumahnya.

Mengesahkan kejadian terbabit, Datuk Maat Ismail yang juga Naib Pengerusi Penyelaras Umno Dun Sura ketika dihubungi memberitahu, ketika kejadian, dia sedang berada di pekarangan pejabat Majlis Perbandaran Dungun (MPD) untuk menghadiri satu majlis Aidilfitri anjuran PBT itu.

Beliau berkata, kejadian kira-kira jam 11 pagi itu disedari seorang tukang kebun rumahnya yang melihat satu sampul surat mencurigakan ketika membuka peti surat rumahnya di Jalan Nibong Stesen, Bukit Chatak Tengah.

Menurut Maat, sebaik membuka sampul surat terbabit, tukang kebunnya terkejut apabila mendapati sebutir peluru dipercayai peluru pistol dalam sampul surat berkenaan sebelum memaklumkan kepada majikannya, Datin Teh yang juga isteri Maat.

"Ketika menghadiri majlis raya di MPD, saya terima panggilan telefon daripada isteri kira-kira jam 11 pagi memaklumkan penemuan peluru itu.

"Saya kemudiannya bergegas pulang, sebaik sampai di rumah saya memeriksa sekali lagi sampul surat berkenaan dan mendapati sebutir peluru dipercayai peluru pistol dalam sampul surat itu," kata Maat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Chatak Tengah.

Maat, seorang ahli perniagaan yang baru menerima gelaran Datuk beberapa bulan lalu itu kemudiannya membuat satu laporan di Balai Polis Dungun jam 12.55 tenga hari.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan menerima laporan daripada lelaki itu dan pihaknya sedang melakukan siasatan berkaitan kes terbabit.

Suami isteri parah dirempuh kereta

Posted: 13 Sep 2011 05:00 PM PDT

Suami isteri parah dirempuh kereta KOTA BHARU-Nasib malang bagi pasangan suami isteri apabila cedera parah selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta disyaki membawa barangan seludup ketika cuba melarikan diri daripada pihak berkuasa di Kampung Chabang Empat, Tok Mek Ngah, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, pasangan terbabit, Rozali Mamat, 37, yang juga orang kurang upaya (OKU) dan isterinya Esah Jusoh, 42, masing-masing menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II selepas mengalami kecederaan parah di kepala, bahu, tangan dan betis.

Esah berkata, ketika kejadian dia ternampak kereta terbabit dalam keadaan laju dan terdapat sebuah lagi kenderaan mengekorinya menyebabkan pemandu itu keluar dari simpang secara tiba-tiba dan merempuh motosikalnya.

Katanya, kejadian berlaku apabila dia bersama suaminya yang bekerja buruh dalam perjalanan dari arah Pasir Mas ke Tumpat untuk membeli nasi bungkus sebelum menghantar Rozali ke tempat kerja.

"Hari ini hari pertama suami saya bekerja selepas dua minggu demam dan saya tidak menyangka kejadian ini berlaku dalam sekelip mata.

"Pagi tadi saya keluar dari rumah kira-kira jam 7.30 pagi, selepas menghantar dua anak ke sekolah dan kemudiannya menghantar suami saya pula ke tempat kerja," katanya ketika ditemui di HRPZ II semalam.

Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggangi suaminya telah dirempuh sebuah kereta berwarna merah dalam keadaan laju yang keluar dari simpang secara tiba-tiba.

"Saya dan suami masing-masing tercampak ke jalan raya dan pada masa sama, saya turut digilis sebuah motosikal yang ditunggangi pelajar dalam perjalanan ke sekolah.

"Saya sempat meraung meminta tolong selepas melihat beberapa motosikal yang cuba melanggar saya dan ketika itu saya masih terbaring di jalan," katanya.

Esah berkata, ketika itu, dia melihat suaminya tidak sedarkan diri dan orang ramai yang melihat kejadian itu kemudian memberi bantuan kepadanya.

Katanya, dia dan suaminya kemudian dikejarkan ke Hospital Tumpat sebelum dirujuk ke HRPZ II untuk menerima rawatan.

Kakak Rozali, Rokiah Mamat, 49, berkata, setakat ini adiknya masih belum membuat laporan dan polis dan akan dilakukan dalam masa terdekat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Khalid Munap ketika dihubungi mengesahkan, pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.

388 mangsa selamat

Posted: 13 Sep 2011 05:00 PM PDT

388 mangsa selamat KUANTAN - Seramai 388 mangsa tragedi di laut berjaya diselamatkan dalam operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur sejak 2006 hingga Ogos 2011.

Dalam tempoh itu, sebanyak 137 kes direkodkan melalui data operasi mencari dan menyelamat (SAR) Wilayah Timur termasuk di perairan Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Pengarah Operasi Maritim Timur, Kapten Maritim Syd Mohd Fuzi Syd Hasan berkata, daripada jumlah kes yang dilaporkan itu, seramai 66 mangsa ditemui sudah meninggal dunia manakala 18 hilang dan gagal ditemui.

Menurutnya, di Pahang khususnya, sebanyak 47 kes SAR dicatatkan dalam tempoh itu berbanding Terengganu, 78 kes dan Kelantan hanya 12 kes.

"Manakala mengikut kategori, kes lemas membabitkan nelayan dan pemancing mencatatkan angka tertinggi iaitu sebanyak 60 kes diikuti, bot karam, 14 kes.

"Kes melibatkan pelanggaran dan terkandas, 2 kes, kebakaran di laut, 2 kes, hilang dan hanyut, 8 kes dan kategori medivas 4 kes," katanya, semalam.

Beliau berkata, pihaknya juga turut menjalan operasi bantuan melalui udara kepada mangsa dan setakat ini sebanyak 4 kes dilaporkan.

"Kebanyakan operasi SAR turut mendapat kerjasama agensi lain yang mempunyai aset di laut termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia dan Pasukan Gerakan Marin," katanya.

Syd Mohd Fuzi berkata, sehingga Ogos tahun ini, sebanyak 4 kes SAR digerakkan APMM di Pahang membabitkan 20 mangsa.

"Hasil operasi dijalankan itu, 19 mangsa berjaya diselamatkan manakala seorang maut," katanya.

Beliau berkata, antara kes itu termasuk usaha mencari dua remaja lemas di Pantai Cherating dekat sini pada 12 Februari lalu.

"Dalam operasi itu, seorang mangsa terselamat manakala seorang lain mati lemas," katanya.

Menurutnya, pada 24 Mac 2011, pihaknya menjalankan operasi SAR mencari dua nelayan yang dilaporkan hilang di 20 batu nautika Tanjung Gelang bagaimanapun kedua-dua nya berjaya diselamatkan.

"Seterusnya pada 29 Mac lalu, APMM menerima maklumat berhubung bot Kargo GTG 00018K karam di 0.5 batu nautika dari Kuala Rompin dan hasil operasi dijalankan empat krew bot berjaya diselamatkan manakala pada 3 Mei 2011, 4 krew sebuah bot fiber yang rosak di 12 batu nautika dari Tanjung Gelang dekat sini turut diselamatkan.

"27 Jun lalu, 8 kaki pancing berjaya diselamatkan selepas bot mereka rosak ketika keluar memancing dan gagal pulang pada masa yang sepatutnya.

"Manakala bagi kes terbaru, 11 September lalu, 18 anak kapal kargo membawa muatan minyak pelincir termasuk kaptennya berjaya diselamatkan selepas kapal mereka mengalami kerosakan dan hampir karam akibat dilanggar sebuah kapal lain di 8 batu nautika Timur Pulau Tioman," katanya.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Malaysia cadang 2 projek di Brunei

Posted: 13 Sep 2011 05:00 PM PDT

Malaysia cadang 2 projek di Brunei Malaysia bercadang membangunkan dua projek berkaitan minyak dan gas di Brunei, yang dijangka dapat memberi kesan positif terhadap pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara, selain mewujudkan peluang pekerjaan.

Bagi projek pertama, Petronas bercadang membina sebuah kompleks petrokimia di Brunei bersama syarikat BASF di Pulau Muara Besar, dan projek itu dijangka membabitkan pelaburan kira-kira USD1.6 bilion.

Projek kedua membabitkan cadangan memajukan sebuah limbungan fabrikasi di Brun:ei oleh Petronas menerusi anak syarikatnya Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Berhad.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kedua-dua cadangan itu telah dimaklumkan kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah pada pertemuan mereka semalam dan jika mendapat persetujuan Brunei, cadangan itu akan menjadi kenyataan.

Menurutnya, kedua-dua projek itu akan memberi kesan positif terhadap kedua-dua negara, terutama peluang pekerjaan.

"Ia sekali gus membuktikan cadangan yang kami putuskan di peringkat tertinggi antara kedua-dua negara dapat dimanfaatkan.

"Kita perlukan persetujuan Brunei dan penyertaan mereka dari segi ekuiti dalam kedua-dua projek," katanya pada akhir lawatannya sempena rundingan tahunan bersama Sultan Brunei, di Bandar Seri Begawan, semalam.

Perdana Menteri berkata, projek kompleks petrokimia itu dijangka mewujudkan kira-kira 650 peluang pekerjaan, dengannya produknya untuk pasaran eksport.

Sementara itu, Najib berkata, bagi blok CA1 dan CA2 yang diserahkan kepada Petronas untuk melakukan kerja cari gali, Petronas dijangka melakukan kerja-kerja penggerudian di kawasan CA2 semalam.

Isu kedua-dua blok minyak itu pernah mencetuskan kontroversi tahun lalu, apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan sebab kedua-dua blok itu bukan lagi milik Malaysia dan ia boleh mengakibatkan Malaysia mengalami kerugian sekurang-kurangnya USD100 bilion.

Dr Mahathir mendakwa penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menyerahkan kedua-dua blok itu sebagai pertukaran bagi Limbang.

Bagaimanapun Petronas berkata, syarikat minyak nasional itu dipelawa Brunei untuk membangunkan dua kawasan penerokaan luar pesisir yang sebelum ini ditandakan sebagai Blok L dan M atas dasar persetujuan komersil.

Sementara itu, Najib berkata, beliau turut berbincang mengenai peluang pelaburan Brunei dalam bidang pelancongan di Sabah dan penjanaan tenaga hidro di Sarawak.

"Ini sedang dikaji Brunei untuk menentukan kemungkinan mereka menyertai projek penjanaan hidro elektrik untuk keperluan Sarawak dan Brunei," katanya.

Dalam bidang kewangan, khususnya perbankan Islam, Najib berkata, beliau telah menyampaikan hasrat Malaysia kepada Sultan Hassanal Bolkiah supaya Brunei terlibat dalam bidang itu di Malaysia, dan secara prinsipnya Brunei menunjukkan minat bekerjasama dalam bidang perbankan Islam.

"Butiran lanjut akan diumumkan kemudian. Pihak Brunei melihat kemungkinan terlibat dalam pembangunan perbankan Islam di Malaysia memandangkan Malaysia diperakui sebagai pusat perbankan Islam dunia," katanya. - Bernama

Pengendali kontena tempoh Januari-Julai meningkat

Posted: 13 Sep 2011 05:00 PM PDT

Pengendali kontena tempoh Januari-Julai meningkat Pengendalian kontena di pelabuhan di seluruh negara dilaporkan mencatat peningkatan 9.4 peratus sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, 11.6 juta TEU (unit bersamaan 20 kaki) dikendalikan oleh pelabuhan di seluruh negara antara Januari dan Julai lalu, berbanding 10.6 juta TEU dalam tempoh sama tahun lalu.

"Ini merupakan prestasi membanggakan, seiring dengan kenaikan dari segi pengendalian kontena dan kargo," katanya dalam satu kenyataan.

Pelabuhan Klang mencatatkan pertumbuhan 8.0 peratus kendalian kontena iaitu daripada 5.1 juta TEU bagi Januari hingga Julai tahun lalu kepada 5.5 juta TEU bagi tempoh sama tahun ini.

Sementara itu, Pelabuhan Tanjung Pelepas pula mencatatkan pertumbuhan 16.2 peratus kendalian kontena iaitu daripada 3.8 juta TEU bagi tempoh Januari hingga Julai tahun lalu kepada 4.3 juta TEU dalam tempoh sama tahun ini.

Cho Ha juga mengumumkan 1.8 juta TEU dikendalikan oleh pelabuhan di negara ini pada Julai lalu, atau peningkatan 7.3 peratus berbanding 1.7 juta TEU yang dikendalikan pada bulan sama tahun lalu.

Selain itu, pengendalian kargo juga menunjukkan prestasi yang menggalakkan dengan peningkatan sebanyak 31.5 juta tan atau 9.3 peratus kepada 371.1 juta tan berbanding 339.6 juta tan bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Lima kedai musnah

Posted: 13 Sep 2011 05:00 PM PDT

Lima kedai musnah KOTA TINGGI – Lima kedai lama yang terletak sederet musnah dijilat api dalam kebakaran di Jalan Tun Sri Lanang, di sini, awal pagi semalam.

Kebakaran pada jam 4 pagi itu turut memusnahkan sebuah kedai tayar, sebuah restoran, kedai menjual peralatan motosikal serta sebuah stor.

Pemilik restoran, Omar Ali, 49, berkata, dia dimaklumkan mengenai kebakaran tersebut oleh pekerja bersebelahan kedainya kira-kira jam 4.50 pagi.

"Saya terkejut menerima panggilan dan bergegas ke tempat kejadian. Ketika kami sampai, api sedang marak dan lebih menyedihkan, restoran itu baru sahaja diubah suai untuk keselesaan pelanggan.

"Saya telah berniaga di sini sejak kecil lagi bersama bapa dan inilah satu-satunya tempat untuk kami mencari makan," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya lagi, kedai tersebut merupakan kedai turun temurun keluarganya yang kini berusia lebih 30 tahun.

Sementara itu, seorang saksi, Rubiah Kartu, 35, berkata, kejadian disedarinya apabila bekalan elektrik di rumah yang disewanya berhampiran kedai terbabit terputus.

"Kira-kira jam 4 pagi, saya dan suami tersedar kerana ketika itu, bekalan elektrik terputus, sebelum suami terlihat sesuatu yang terang dari luar. Setelah pintu terbuka, dia terlihat api sedang marak membakar kedai.

"Kami yang panik segera mengejutkan anak-anak dan juga jiran untuk menyelamatkan diri kerana khuatir api tersebut akan merebak ke kediaman kami pula," kata ibu kepada enam anak itu.

Bagi Mohammad Azri Othman, 29, dia yang tidak dapat tidur akibat demam terkejut apabila mendengar bunyi seakan mercun yang kuat kedengaran di luar rumahnya.

"Bunyi mercun dan letupan itu menarik perhatian saya untuk melihat keadaan di luar dan ketika membuka pintu di bahagian belakang rumah, saya terkejut melihat api menjulang tinggi ke langit," katanya yang bekerja di klinik pergigian.

:Sementara itu, Penolong Kanan Penguasa Bomba di Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Mohd Ismail Abdul Latif berkata, pihak bomba menerima panggilan daripada orang awam pada jam 4.30 pagi dan sampai ke tempat kejadian kira-kira lima minit kemudian.

"Seramai 18 anggota bomba dan tiga jentera dari Balai Bomba Kota Tinggi ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran. Api agak sukar dipadamkan malah merebak begitu cepat kerana terdapat tayar-tayar kenderaan yang turut terbakar.

"Namun api kebakaran berjaya dikawal daripada merebak ke penempatan dan juga kedai-kedai berhampiran pada jam 4.45 pagi. Punca kebakaran masih lagi di dalam siasatan," katanya.

:Adun Johor Lama, Asiah Md Ariff turut meninjau ke tempat kejadian pagi semalam dan menyampai sumbangan segera kepada pemilik kedai terbabit.

Kuota haji ditambah

Posted: 13 Sep 2011 05:00 PM PDT

Kuota haji ditambah KUALA LUMPUR - Malaysia memperolehi tambahan kuota jemaah sebanyak 2,000 daripada kerajaan Arab Saudi untuk membolehkan 28,000 jemaah negara ini, menunaikan haji di tanah suci tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pertambahan kuota itu diberi berikutan, populasi penduduk Malaysia yang kini mencapai 28 juta orang.

"Saya sudah bermesyuarat dengan pihak pengurusan haji (Arab Saudi) dan memberitahu mereka tentang pertambahan rakyat Malaysia. Mereka bersetuju untuk menambah bilangan kuota ini, selaras dengan jumlah rakyat kita," katanya selepas menghadiri sambutan Aidilfitri, agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri di sini, semalam.

Beliau juga memberitahu, kerajaan Arab Saudi menyediakan kawasan penempatan jemaah haji yang lebih luas, selain membina lebih banyak hotel empat dan lima bintang berdekatan Masjidil Haram untuk menampung bilangan jemaah yang semakin bertambah, bagi memberi keselesaan kepada mereka untuk menunaikan rukun kelima itu.

"Sebelum ini jemaah kita ditempatkan di kawasan berjauhan (dari Masjidil Haram) dan menyukarkan mereka, tetapi kali ini dengan adanya penempatan baru, ia akan memudahkan jemaah kita," katanya.

Jamil Khir berkata, Lembaga Tabung Haji (LTH) juga membuat persiapan rapi untuk melancarkan pengurusan jemaah, termasuk menyediakan 800 orang petugas di Malaysia dan Arab Saudi.

Beliau juga meminta jemaah terutamanya warga emas supaya mengikut arahan pegawai LTH, dalam menjaga kesihatan dan keselamatan diri masing-masing semasa menunaikan ibadah itu.

Jamil Khir juga mengumumkan, bahawa Kongres Majlis Agama Islam Malaysia, yang julung kali diadakan, akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kongres itu akan diadakan pada 26 hingga 27 September di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - Bernama

Mat Sabu akui tekanan terhadapnya kerana PRU-13

Posted: 13 Sep 2011 05:00 PM PDT

Mat Sabu akui tekanan terhadapnya kerana PRU-13 KOTA BHARU – Kecaman demi kecaman dilalui Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu selepas mencetuskan kontroversi isu Bukit Kepong diakui dilakukan bagi menutup kepincangan kepimpinan negara, berikutan tarikh Pilihan Raya Umum 13 semakin hampir.

Perkara itu diakui beliau apabila pelbagai tohmahan, kecaman dan ugutan diterima sehingga membahayakan dirinya dan keluarga berikutan kenyataannya mempertikaikan fakta sejarah negara.

"Ya memang ia tekanan apabila PRU-13 semakin hampir. kerajaan hendak lari daripada masalah penipuan dalam PRU khasnya, tuntutan Bersih dan daftar pemilih.

"Isu ini dibangkitkan untuk menutup kepincangan negara," katanya selesai Forum Rakyat bertajuk "Kajian Semula Sejarah Perjuangan Kemerdekaan Negara" di dataran Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, kelmarin.

Beliau muncul sebagai panel, yang menjadi medan, menjawab pelbagai persoalan timbul hasil cetusan ideanya, supaya sejarah negara dikaji semula bersama ahli akademik dan pakar sejarah.

Majlis itu dirasmikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat manakala bekas Ketua Pemuda Umno Ketereh, Mohd Soberi Shafii dipilih sebagai moderator menggantikan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah.

Sementara itu, ketika menjawab soalan peserta forum, bagaimana timbul idea membangkitkan fakta baru sejarah pejuang kemerdekaan negara sehingga mencetuskan kontroversi, beliau berkata, jangan takut untuk membaca pelbagai jenis buku kerana melaluinya banyak pengetahuan baru diperolehi.

"Saya baca banyak buku. Tulisan Salman Rushdie, Tun Mahathir Mohamed, Chin Peng, Lim Kwan Yew dan Shamsiah Fakeh. Kutip maklumat dan pertimbangkan dengan akal yang waras. Melaluinya kita dapati kadang-kadang seseorang itu betul-betul komunis atau ia sekadar tuduhan.

"Melalui pembacaan ini juga persoalan timbul sama ada mereka ini betul komunis atau dituduh komunis atau menganuti komunis untuk menuntut kemerdekaan. Ini ahli sejarah perlu kaji," katanya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Catatan pemerhatian dari Abu Dhabi

Posted: 13 Sep 2011 05:00 PM PDT

Salam dari... tunggu sekejap, di mana ini sekarang? Maaf, minda celaru kerana terlalu lama berkurung secara sukarela dalam pesawat. Tidak bagus untuk penghidap penyakit klaustrofobia seperti saya. Saya mula sekali lagi, salam dari kerusi menunggu balai berlepas, lapangan terbang antarabangsa Doha. Tujuh jam dalam pesawat dari Kuala Lumpur ke Abu Dhabi, saya mula meragui kebijaksanaan perjalanan yang dirancang. Rasa penat, mengantuk dan keliru dalam zon waktu yang berbeza berbaur jadi satu.

Sebentar tadi, bila pesawat Qatar Airways mula turun di pesisir Selat Parsi dan ketika melihat saujana padang pasir yang berceratuk dengan bangunan pencakar langit, mercu pembangunan Abu Dhabi, hati saya melonjak dengan rasa teruja yang sukar dikawal. Destinasi pertama perjalanan, Istanbul, hanya tinggal empat jam sahaja lagi dari Doha. Tapi saat ini, dalam masa transit di Doha, badan saya lemau tidak bermaya.

Ketika berjalan menuju balai berlepas, saya pejamkan mata dalam usaha mengekang nafsu dari terlibat dengan acara membeli-belah di syurga barang-barang bebas cukai. Niat di hati ingin tidur di balai berlepas berbantalkan beg sandang. Untung-untung dapat tidur sejam dua, sudah mencukupi.

Sebelum tidur, saya merancang dalam otak untuk mencari plag punca kuasa elektrik untuk memberi nafas kepada komputer riba dan telefon pintar. Malang sungguh, dalam lapangan terbang yang sedang dinaiktaraf dengan belanja sebanyak USD 2 bilion dan dijangka siap pada 2015 ini, mencari alur plag dan arus elektrik itu satu perkara yang hampir mustahil. Ini antara aspek mengembara paling saya benci, bila gadjet habis bateri dan sambungan internet tidak menentu. Harap-harap email untuk ruangan ini sempat sampai ke inbox Darina dan Encik Jalil Ali sebelum skrin komputer jadi hitam tanpa kuasa.

Dan niat untuk melelapkan mata ini juga mungkin tidak kesampaian. Sistem pengumuman yang terlalu kuat dalam pelbagai bahasa tidak putus-putus menggigit telinga. Ratusan lampu menyimbah terang ke segenap sudut dan lapangan terbang Doha ini sebenarnya terlalu kecil untuk menampung ribuan penumpang dalam transit antara benua Eropah, Timur Tengah dan Asia.

Suasana kelam-kabut walau hari masih pagi. Bunyi-bunyi pembinaan sekitar lapangan terbang mengusai ruang udara, berkecamuk dengan bunyi sistem pengumuman dan bahasa asing di sekeliling saya. Gamat, gegak-gempita. Mana mungkin saya tidur? Kerusi tempat duduk juga penuh, tidak cukup untuk menampung keperluan penumpang. Lima anak muda yang bertutur dalam bahasa Perancis sebentar tadi, kini bergelimpangan tidur di atas lantai sahaja. Walau sepenat mana tubuh, saya tidak mampu untuk tidur di atas lantai yang sejuk beku itu.

Setiap kali terbang ke mana-mana, lapangan terbang selalu membikin saya rasa seperti berada dalam twilight zone apabila memerhati langkah manusia bertali arus mengejar destinasi masing-masing, mendengar bahasa-bahasa asing yang singgah di telinga, dan mengamati persekitaran berbeza.

Lenguh mengetuk papan kekunci, saya kerling suami di sisi. Ah, sudah tidur dia. Senang sungguh melelapkan mata teman sebilik saya ini. Memandang wajah beliau yang lesu, rasa kasihan merenggut di hati. Kerana suratan jodoh, dia jadi mangsa melayan ketagihan saya melihat tanah asing. Walau dia selalu sibuk dan hidup dalam jadual yang teratur setiap hari, bila masa dan kewangan mengizinkan, dia tetap menurut gila si isteri.

Tahun lepas saya paksa dia memandu 500 batu mencari kubah batu kapur, The 12 Apostle, di Selat Bass. Tahun ini, saya pujuk dia untuk menemani saya menjejaki Suleyman the Magnificient, Sultan Mehmet II dan si arkitek hebat empayar Ottaman, Mimar Sinan. Dan sekiranya diizinkan waktu, saya juga akan menulis perihal sejarah dan tamadun kemanusiaan dari tanah tempat lahir demokrasi dan sukan Olimpik di Athens.

Apabila saya toleh ke arah tingkap lapangan terbang Doha, mata terkilas pandang dengan apa yang digelar sebagai Saudi Arabia – tanah padang pasir yang lapang lagi menakjubkan, terhampar sejauh habis pandangan mata. Kekuasaan Ilahi yang tidak mampu saya gambarkan dengan perkataan.

Ruangan ini juga akan bersara sebentar dari memberi komentar tentang isu semasa di Kuala Lumpur yang amat saya sayangi. Dan selama berjalan mengukur sejarah peradaban manusia di Turki dan Greece, akan saya kirimkan nota ruangan dari mana-mana saya berada. Maaf, kuasa komputer riba sudah tinggal 10 peratus dan harus saya manfaatkan untuk menghantar email ruangan. Sampai ketemu lagi minggu hadapan dari air yang memisahkan antara Eropah dan Asia, Selat Bhosphorus.

* Elviza Michele Kamal juga seorang peguam yang sedang berkicau di http://twitter.com/elviza

Fikir sahaja apa yang kita mahu

Posted: 13 Sep 2011 05:00 PM PDT

Baru-baru ini, saya bertemu dengan Dr Khairil seorang jiran lama. Banyak yang kami perbualkan. Sambil bertanya mengenai kliniknya di Seremban, saya berkata, selepas raya tentulah kliniknya didatangi ramai pesakit. Sambil mengiakan, dia menjawab, ramai yang datang mengadu batuk, selesema, demam dan cirit-birit. Pesakit-pesakit yang serius tidaklah ramai, tetapi kalau ada biasanya kes-kes kecemasan seperti kemalangan, kes jantung dan darah tinggi.

Menurut Dr Khairil lagi, dalam kalangan pesakitnya, terdapat juga mereka yang sebenarnya tak sakit, tetapi berfikir yang mereka sakit. Mereka adalah pesakit yang datang berulang-kali ke kliniknya untuk mendapatkan rawatan bagi penyakit yang sama. Biasanya, mereka mengadu pening kepala dan sakit-sakit badan. Untuk mereka ini, saya akan bertanya satu soalan yang boleh membuatkan mereka jarang datang ke kliniknya lagi kerana sudah hilang sakit!

Kata Dr Khairil, "Untuk mereka ini, saya akan bertanya mereka… 'kenapa datang ke klinik saya?' Jawapan lazim mereka ialah, 'sebab saya hendak ubati penyakit.' Kepada mereka ini, saya akan tegur supaya memperbetul jawapan mereka. Ubah sahaja jawapan daripada 'saya hendak ubati penyakit' kepada 'saya hendak sihat.' Itu sahaja."

"Walaupun tujuan mereka datang ke klinik saya adalah sama, tetapi terdapat perbezaan jawapan yang benar-benar membantu seseorang itu bukan sahaja berfikiran positif, malah bersemangat. Jawapan 'saya hendak ubati penyakit' bertujuan positif tetapi memfokus kepada unsur yang negatif iaitu 'penyakit.' Sedangkan jawapan 'saya hendak sihat' hanya memfokus kepada yang positif semata-mata."

"Biasanya pesakit begini sudah tidak datang lagi ke klinik saya. Kalau terserempak di tepi jalan, mereka memberitahu saya yang mereka sudah tidak sakit lagi kerana bukan sahaja mereka berfikiran positif, tetapi memfokus kepada yang positif semata-mata."

Sebelum berpisah, Dr Khairil memberikan pandangan yang penting untuk renungan kita bersama. Katanya, pada hari ini, kita di kelilingi terlalu banyak perkataan-perkataan dan perkara yang berunsur negatif, sehinggakan kita menjadi suka kepada perkara-perkara yang buruk.

Saya setuju dengan pandangan beliau. Media massa yang mempengaruhi sebahagian besar daripada kehidupan kita banyak sekali menyampaikan sesuatu yang mempunyai unsur negatif dan melalui perkataan yang negatif juga hinggakan ia menjadi santapan minda kita. Jika kita membuka akhbar dan melihat tajuk berita 'Seorang Penumpang Maut Kemalangan Bas,' ia tidak menceritakan 40 lain yang terselamat. Begitu juga, kalau kemalangan yang tidak berlaku pun ditulis, 'Sekeluarga Nyaris Maut Kereta Terjun Gaung.' Ia tidak ditulis 'Sekeluarga Terselamat Kereta Terjun Gaung.'

Lihatlah berita-berita yang mengutamakan yang negatif di televisyen. Hinggakan kita diasuh untuk lebih berminat hendak melihat berita NGO berdemonstrasi, tetapi memandang enteng sebuah berita mengenai 10,000 tawaran kerja kosong berikutan dengan pelaburan sebuah syarikat antarabangsa. Lihatlah juga di alam siber; kisah-kisah yang negatif di blog, facebook dan twitter mendapat lebih banyak komen berbanding dengan tulisan-tulisan yang positif.

Apa hendak jadi dengan kita? Kita semua mengimpikan kehidupan yang baik, aman damai, harmoni, cukup makan pakai dan sejahtera hingga berpindah ke alam yang satu lagi. Tetapi dalam kehidupan seharian, kita seolah-olah ketagih dengan apa sahaja yang negatif. Malah, tidak keterlaluan jika kita lihat usaha kelompok manusia untuk memajukan masyarakatnya dalam bidang politik, ekonomi, sains dan sosial lebih banyak membicarakan mengenai masalah bukannya penyelesaian.

Bicara agama pun lebih banyak berkisar mengenai neraka dan bukan syurga, lebih banyak mengenai dosa dan bukan pahala, lebih banyak yang tidak boleh daripada yang boleh. Bukankah pembicaraan begitu tidak seiring dengan apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sebagai pembawa berita gembira untuk umat manusia? Ucapan itu doa. Kerana itulah, pandangan, fikiran, bacaan dan perlakuan kita sepatutnya hanya yang positif. Untuk benar-benar berjaya, kita kena fikir sahaja apa yang kita mahu, bukannya apa yang kita tidak mahu.

Layari http://www.maafcakap.blogspot.com untuk membaca artikel-artikel sebelum ini.

Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved