Rabu, 31 Ogos 2011

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Kemaafan dendam yang terindah

Posted: 30 Aug 2011 05:00 PM PDT

Kemaafan dendam yang terindah SKUDAI – Keluarga mangsa kerat dan bakar, Nurrahayu Qomarodin atau Ayu telah memaafkan pembunuh kejam anak mereka sempena Syawal yang mulia ini.

Kemaafan itu diluahkan bapa Allahyarham Ayu, Qomarodin Bajuri, 47, yang sedikit pun tidak menyimpan dendam terhadap pembunuh anak gadis kesayangannya dan menganggap insiden 4 Julai lalu, mempunyai hikmah di sebaliknya.

"Saya orang yang pemaaf, saya tidak pernah menyimpan dendam. Walaupun anak saya dibunuh dengan kejam dan tragik, saya maafkan beliau.

"Jauh dari sudut saya, saya tahu dia (pembunuh) tidak berniat mencederakan dan membunuh Ayu, kerana saya kenal beliau. Hampir setiap hari saya memberi beliau makan dan minum tidak kira pagi dan malam, apa yang dilakukannya (pembunuh) hanya sebab terdesak," katanya kepada Sinar Harian di rumahnya di sini, baru-baru ini.

Qomarodin mengakui mengenal pengawal keselamatan yang didakwa membunuh Ayu di dua lokasi berasingan di sebuah Ladang Kelapa Sawit dan Tanah Perkuburan Hindu, Masai, sejak lima bulan sebelum kejadian ngeri itu.

Katanya, biarpun dalam dirinya tidak terpalit dendam, namun dia menganggap hukuman undang-undang yang akan dikenakan ke atas pembunuh Ayu sebagai pembalasan atas perbuatannya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

Selasa, 30 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Bercakap benar walau dikecam

Posted: 29 Aug 2011 05:00 PM PDT

Bercakap benar walau dikecam MODERATOR: Kadang-kadang orang awam ini mempunyai persepsi yang salah, kadang- kadang ianya dimainkan oleh media mengenai peranan ulama dan pemerintah ini. Antaranya, pembangkang memainkan isu berhubung dengan pandangan Tan Sri kepada mereka yang hadir ke upacara pengebumian salah seorang bukan Islam yang seakan- akan melakukan upacara berkenaan. Kemudian selepas itu, media memainkan satu isu iaitu isu tentang ancak membabitkan menteri besar. Apabila ditanya mengenai hal ini, Tan Sri berkata, berikan tempoh untuk melihat apa yang berlaku dulu. Sedangkan ada pihak mengatakan, apabila membabitkan pembangkang, fatwa akan terus dikeluarkan tetapi apabila membabitkan Umno, fatwa itu ditangguhkan sehingga penjelasan diberikan. Mungkin Tan Sri ada pandangan mengenai peranan ulama dalam politik.

HARUSSANI: Soal ancak saya sudah jawab sebelum ini di mana ia adalah khurafat yang boleh merosakkan akidah, tetapi persoalannya betulkah Menteri Besar buat ancak itu perkara yang tidak baik. Tetapi membabitkan bekas menteri besar itu sungguh melampau. Di dalam televisyen juga memperlihatkan beliau memakai pakaian hitam dan memegang lilin untuk upacara pengebumian. Jadi, saya mengatakan perkara ini tidak boleh kerana mengikut perbuatan agama lain.

Mengenai pelaksanaan hukum hudud, apakah peranan ulama Umno untuk memberikan penerangan kepada masyarakat.

FATHUL BARI: Dalam dakwah, ada keutamaan dan strategi yang perlu diutamakan. Pada hari ini kita mengambil remeh terhadap isu syahadah sedangkan Nabi Muhammad SAW pernah bersabda (bermaksud) perkara utama yang perlu diseru ialah syahadah.

Kesan daripada mengambil remeh isu ini memberi kesan kepada amalan itu sendiri. Kalau kita tidak berjaya menegakkan isu akidah, bagaimana kita hendak menarik kepercayaan manusia mengenai hukum- hakam yang ditetapkan syarak. Apa yang disebut Datuk Tuan Ibrahim sebelum ini, tentang bagaimana Pas dari semasa ke semasa perlu mentarbiahkan DAP yang terdiri daripada kalangan bukan Islam. Maka orang Islam sepatutnya bertarbiah kepada orang Islam itu sendiri agar adat Islam itu menjadi lebih baik. Soal bila dan bagaimana, Alhamdulillah kita diberi ruang dan dalam proses merancang. Perancangan dari semasa ke semasa sama- sama kita berdoa. Setakat ini dua tiga perkara dalam perancangan kita telah diluluskan.

Adakah Umno sama atau tidak dengan manhaj Rasulullah?

FATHUL BARI: Soal persamaan manhaj Rasulullah. Dari awal lagi kita melihat adakah sistem demokrasi kita sama dengan manhaj Rasulullah. Sistem demokrasi di negara ini dipersetujui pelbagai pihak. Walau bagaimanapun di peringkat dasar ada yang bercanggah, keberadaan kita dalam sistem ini menuntut kita memaksimumkan apa yang boleh diketengahkan dalam Islam dan meminimumkan sesuatu yang bercanggah dengan Islam. Bukan memburukkan lagi sistem yang kita ada dengan rasuah dan sebagainya.

Bagaimana dengan pakej ulul amri di dalam politik?

FATHUL BARI: Pakej asal yang menentukan untuk menjadi ulul amri ialah orang yang merdeka, bukan hamba. Bahawasanya naiknya seseorang pemimpin dari masa ke semasa yang mana perlunya kita beri pengiktirafan walaupun pemimpin tersebut tidak cukup syarat- syaratnya. Kalau dilihat kedudukan pemimpin tersebut tidak sesuai, mana jika hendak menjatuhkannya, hendaklah dijatuhkan dengan cara yang prosedur, dengan diadakan pilihan raya. Bukannya dengan cara memaki hamun, mengkritik.

Dalam persoalan isu gelar- menggelar di dalam politik khususnya bukan perkara yang baik. Di dalam al-Quran ada mengatakan janganlah kamu gelar menggelar sesama sendiri. Jika gelaran yang kamu berikan itu tidak diredai orang yang menggelar, maka termasuk dalam golongan yang tidak baik. Gelaran-gelaran seperti ini sungguh mendukacitakan apabila ia datang dari orang yang seiman, seakidah dengan kita. Apabila hendak bercakap mengenai politik, perlulah bercakap dengan penuh kerukunan.

Apa komen Tan Sri, situasi gelar-menggelar sesama sendiri sedangkan sebentar tadi Tan Sri ada mengatakan orang yang gelar-menggelar itu seperti syaitan?

HARUSSANI Syaitan kerjanya menyebabkan manusia berkelahi, membenci sesama sendiri. Jadi, gelar-menggelar ini lahirkan kebencian. Jika hendak berzikir pun ada tempat. Sepanjang hidup saya 72 tahun, saya berceramah di banyak tempat tiada pula budaya melaungkan takbir bagi sokongan kepada ucapan pemimpin. Sejak akhir- akhir ini pula ada dan dilihat mengganggu.

Force 136 bangkit semangat

Posted: 29 Aug 2011 05:00 PM PDT

Force 136 bangkit semangat

Semasa kedatangan Jepun pada 1941, saya dikerah menjadi anggota tentera Jepun dan berkhidmat kepada pemerintah Jepun 'Juntai', kemudiannya dihantar ke kem di Kuantan sebelum dipindahkan ke Port Dickson.

"Dipaksa menjadi tentera Jepun amat mendera perasaan dan setiap masa saya memikirkan cara untuk melepaskan diri daripada genggaman mereka," katanya yang berusia 17 tahun ketika Jepun menduduki Tanah Melayu.

Pada 1945, saya dibawa bertugas ke Raub dan kemudian melarikan diri daripada perhatian tentera Jepun.

Sampai sahaja di Raub pada sebelah malam, saya bersembunyi di dalam hutan dan mengambil masa sehingga 9 hari untuk berjumpa datuk saudara, Abu Jamal Pilus di Batu Malim.

Jika diukur perjalanan hari ini, hanya 30 minit sahaja dari Bandar Raub, tetapi ketika itu keadaan dalam hutan yang penuh rintangan menjadikan perjalanan terlalu lama, ditambah saat cemas mengelak daripada ditemui tentera Jepun.

Pertemuan dengan datuk saudara (Abu Jamal), membawa saya kepada Leftenan Kolonel J D Richardson yang memimpin gerila Force 136 di Pahang.

Datuk membawa saya meredah hutan bermula jam 4 pagi hingga jam 9 malam di Runsung dekat Ulu Lipis.

Bermula dari saat itu, saya diterima sebagai anggota Force 136 dengan pangkat prebet dan berkhidmat dalam hutan sebagai penjaga tempat jatuhan barang (Drop Zone) termasuk bekalan senjata dan makanan.

Saya berada di sana membantu pegawai-pegawai Force 136 selama 6 bulan sehingga ia dibubarkan pada Disember 1945.

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Harapan dari keberkatan Aidilfitri

Posted: 29 Aug 2011 05:00 PM PDT

Ketika sedang sibuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri, seharusnya kita ingat, Ramadan dan Syawal merupakan waktu terbaik untuk umat Islam seluruh dunia mengintrospeksi diri.

Sememangnya puasa itu adalah salah satu dari lima Rukun Islam, tiang agama kita. Dengan berpuasa kita bukan sahaja dapat mendekatkan diri sesama manusia, tetapi mampu menyucikan diri dari segi fizikal serta spiritual. Justeru, puasa itu bukan sahaja bermakna kita menahan lapar dan dahaga, tetapi juga mengawal nafsu manusia dari tamak haloba dan panas baran.

Malangnya, kesucian Ramadan dikeruhkan oleh serbuan Jais terhadap Gereja Methodis Damansara Utama (DUMC), dan timbulnya dakwaan terdapat kempen untuk "memurtadkan" orang Melayu Muslim terutamanya di kawasan bandar. Ironinya, masalah murtad ini bukanlah baru, perkara ini telah berlaku selama berdekad lagi sejak kes Maria Hertogh di Singapura, sebelum Merdeka, pada 1950.

Oleh itu, hangatnya kembali isu ini kala Malaysia berada di persimpangan perubahan politik, ternyata cukup ironis kerana isu ini mempunyai implikasi sosiopolitik yang jelas. Kebangkitan isu murtad ini jelas mempamerkan keresahan masyarakat Islam di Malaysia (dan tentunya Melayu?) tentang masa hadapan mereka. Ini berkait rapat dengan rasa tidak selesa masyarakat Melayu Muslim akan identiti Islam mereka dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

Kita seharusnya ingat akan suatu perkara: Islam tidak akan ke mana-mana dan kekal abadi di Malaysia. Posisi agama Islam dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan dan ini telah diterima dengan sepenuhnya oleh semua parti politik. Apa lebih penting, orang Islam sememangnya majoriti yang dominan di Malaysia dengan lebih 60 peratus dari 28 juta penduduk dan kadar kelahiran keluarga Melayu Muslim di Malaysia jauh meninggalkan keluarga-keluarga dari agama berbeza.

Oleh itu, musuh sebenar Islam di Malaysia datangnya bukan dari luar tetapi dari dalam. Musuh utama kita ialah rasa malas, rasuah dan ketidaktelusan dalam pentadbiran. Inilah yang telah menghambat pertumbuhan sosioekonomi kita dan merosakkan imej Islam yang indah. Kesimpulannya, orang Islam sendiri yang menghancurkan Islam.

Pokoknya, dari kita sibuk mempersoalkan cubaan memesongkan akidah Islamiah oleh kumpulan dakwah agama lain, kita seharusnya memikirkan bagaimana berdepan dengan cabaran globalisasi, di mana kita tidak mampu lari dari berinteraksi dan hidup bersama dengan masyarakat dari kepercayaan berbeza.

Ada di antara kita berpendapat, orang Islam seharusnya mengasingkan diri, hidup dalam dunia eksklusif ekonomi Islam yang halal dan teratur memutarkan waktu ke zaman silam di mana "kesucian" agama itu dijadikan pegangan hidup. Ini merupakan perkembangan tidak sihat. Islam dan Melayu itu tidak pernah mengasingkan diri dari berinteraksi dengan dunia luar.

Sememangnya, Islam dan Melayu itu unggul kerana mereka mampu bertukar pendapat dan idea dengan masyarakat sedunia: kita pengembara, pedagang dan ilmuwan yang disegani. Bukankah Islam itu tiba di Melaka melalui pedagang Arab? Kejatuhan Islam itu bermula apabila kita menutup hati, minda dan sempadan ke dunia luar. Lihatlah ke dunia Arab hari ini, mereka terlalu taksub dengan kekayaan wang hasil minyak dan menutup hati dan minda mereka untuk memajukan Islam.

Saya tidak mempersoalkan perlunya orang Islam bangun mempertahankan agama, kita wajib mempertahankan keluhuran dan kedaulatan agama kita, tetapi kita tidak seharusnya melakukannya dengan mengelakkan dari berinteraksi dengan bukan Muslim atau memijak hak mereka. Jika kita berbuat demikian, kita hanya akan memperkuatkan perspektif negatif bahawa Islam itu agama yang tidak toleran dan tidak berpandangan jauh.

Sebaliknya, kita harus mencari dan berjuang, seperti saudara Islam di seluruh dunia, untuk memperbaiki diri dan asas kepercayaan kita, supaya tidak perlu untuk berasa takut, bimbang dan khuatir terhadap ancaman agama lain. Keimanan kita bergantung pada ilmu dan pengalaman ditempuhi.

Sememangnya inilah jihad sebenar: melepaskan diri dari dibelenggu rasa takut dan tidak endah. Pokoknya, masyarakat Islam di Malaysia seharusnya membangkitkan kepercayaan diri dan lebih yakin dengan kekuatan iman masing-masing. Kita seharusnya bersikap rajin mencari ilmu, dan berlaku jujur serta adil kepada diri.

Sesungguhnya, musuh Islam itu adalah umatnya sendiri yang malas, takut dan lemah. Oleh itu, marilah kita menyambut hari raya ini bukan dengan ketakutan atau keresahan, tetapi dengan harapan boleh menjadi Muslimin dan Muslimat yang lebih baik.

Persediaan menghadapi pilihan raya

Posted: 29 Aug 2011 05:00 PM PDT

Ketika saya mula menulis bicara ini, TV3 menyiarkan petikan ucapan Datuk Mustapa Mohamed tentang calon UMNO untuk pilihan raya di Kelantan, dan kemudian ucapan Ruslan Kassim tentang Datin Paduka Marina Mahathir. Kedua-dua perkara ini elok dan mustahak untuk dibicarakan.

Mustapa menyatakan, Umno atau Barisan Nasional Kelantan akan mengemukakan calon-calon muda untuk pilihan raya akan datang, kerana pengundi muda tentu menghendaki wakil rakyat muda. Apakah makna muda dalam politik? Perlu pula disedari, kemudaan usia tidak begitu bererti. Parti (mana-mana parti) hendaklah memahami makna muda.

Seseorang yang berupaya menganjurkan demonstrasi, berhujah ekonomi sahaja yang menjadi perhitungan dalam pentadbiran, dan berbicara lantang dengan kritikan yang membara, adalah orang muda, biarpun usianya sudah melampaui enam puluhan. Orang yang berupaya berfikir tentang masa depan berlainan juga adalah orang muda. Orang muda dalam politik ialah yang sentiasa menghijau, dan ujiannya ialah cabaran.

Hal ini ada dalam peribahasa Inggeris: "it is only in winter you know which tree is evergreen". Oleh itu, tokoh ekonomi sedang menghadapi gelombang besar, iaitu Dominique Strauss-Kahn, adalah muda. Usianya 62 tahun. Elok juga diketahui, Kahn jauh lebih muda daripada tokoh lapangan lain, iaitu Hugh Hefner, kini berusia 85 ta­hun, dan baru saja ditinggalkan bekas tunangnya Crystal Harris. Crystal Harris berusia 25 tahun.

Pada masa ini, ketua pembangkang parlimen Malaysia berusia kira-kira 64 tahun. Pernahkah kita melihat beliau beraksi atau bergaya tua? Pidatonya berapi-api, penuh dengan semangat muda. Datuk Seri Anwar juga kelihatan amat bertahan menghadapi tuduhan dikenakan kepadanya, dan beliau berupaya tersenyum kepada penyokong yang selalu berada di sekitar mahkamah. Oleh itu, apabila Mustapa mengatakan rakyat menyukai orang muda menjadi wakil mereka, maka kemudaan hendaklah ditinjau dari sudut semangat, bukannya usia biologi.

Memang kita sedar sejumlah wakil rakyat Umno/BN, dan wakil rakyat pembangkang juga, kelihatan lemah dan terkebelakang. Mereka kelihatan goyang, tidak berupaya berpidato dengan gaya menarik, dan tidak dapat mempertahankan hujah dengan kemas dan tepat. Itu kesan umum. Mereka gagal memaparkan gaya mesra rakyat, malah sebahagiannya gagap, bukan gagap berupa penyakit, tetapi kerana kekurangan kepakaran dalam bidang yang mahu dipercakapkan. Mereka dipilih kerana kesetiaan kepada parti, dan mungkin juga kerana keupayaan bekerja sebagai pegawai. Wakil rakyat seperti ini, tidak kira berapa usia mereka, sebenarnya tidak bersedia untuk menghadapi suasana baru.

Oleh itu, apabila kita menyebut orang muda dalam politik, hendaklah melihat pada potensi untuk mendekati rakyat. Saya tidak merujuk pada suasana politik di Kelantan sahaja, tetapi seluruh negara. Saya bermaksud deretan ahli politik yang sedang memberikan khidmat kini tidak tua kerana usia. Ketuaan dalam politik ialah kelembapan.

Pertentangan antara kumpulan Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat hendaknya merupakan pertentangan antara dua kumpulan muda dari segi semangat. Yang muda usia, misalnya Khairy Jamaluddin dan Nurul Izzah Anwar, ialah lanjutan tokoh yang sedia ada dari sudut idealisme dan biologi. Mereka akan membawa Malaysia menghadapi masa depan yang jauh, diharapkan lebih gemilang. Mereka mungkin membawa cebisan cara lama, cara bapa mertua atau bapa sendiri, tetapi mereka tidak mungkin menjadi pengikut lurus bendul.

Ruslan Kassim mengemukakan, pembangkang mungkin merasakan Marina di sebelah mereka. Marina melalui kata-kata dan tindakannya menyokong tuntutan Bersih. Berkaitan dengan perjuangan orang yang berjiwa muda, hal ini adalah biasa.

Tindakan Marina hendaklah dibandingkan dengan tindakan dan pandangan oleh Datuk Saifuddin Abdullah, seorang tokoh Umno, dan pemegang jawatan penting dalam kerajaan. Pandangan berasaskan kemudaan idea tidak dapat disamakan dengan bangkangan total. Orang yang evergreen tidak akan tertakluk pada satu pola pemikiran, kerana dia tahu bahawa fikiran manusia berkotak-kotak. Seseorang mungkin tidak bersetuju dalam satu hal, tetapi mungkin dalam hal lain, dia bersetuju.

Marina melihat perjalanan politik Malaysia berpuluh-puluh tahun dari kaca mata puteri Perdana Menteri, dan beliau tidak mengkritik cara bapanya mentadbir negara. Memang baru-baru ini beliau mem­buat perbandingan (antara Najib dengan Mahathir), tetapi itu perbandingan kecil. Hal ini tidak terlalu berbeza daripada Saifuddin, menerima baik tindakan Bersih, namun tetap berada dalam Umno dan kerajaan.

Sikap ahli politik berwibawa dan sentiasa muda akan memberikan banyak faedah kepada rakyat. Rakyat tidak mengharapkan kelangsungan pentadbiran negara secara pasif. Mereka mahu mendengar bicara yang memuatkan sudut-sudut baru kehidupan politik. Ahli politik ingin sentiasa segar hendaklah memberikan perhatian terhadap aneka pandangan. Mereka tidak boleh mengasingkan diri daripada pelbagai aliran dan pemikiran politik.

Kredit: www.sinarharian.com.my

Isnin, 29 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Mayat bayi baru lahir ditemui dalam tong sampah

Posted: 28 Aug 2011 05:00 PM PDT

SANDAKAN - Mayat seorang bayi lelaki yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui dalam tong sampah berhampiran sebuah pasar raya di Bandar Sandakan hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Fadzil Mohd Ali berkata, polis menerima maklumat berhubung penemuan mayat bayi itu kira-kira pukul 2.20 petang dan menghantar sepasukan anggota polis untuk membuat siasatan.

Beliau berkata mayat bayi lelaki itu ditemui dalam sebuah tong sampah besar berhampiran sebuah pasar raya berkenaan oleh pekerja amnya semasa membuang sampah dan ternampak ada satu bungkusan hitam lalu membukanya dan mendapati ada mayat bayi dalamnya.

Beliau pekerja am berkenaan kemudiannya menghubungi polis.

Katanya polis menghantar mayat bayi berkenaan ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan untuk dibedah siasat.

Fadzil berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut agar menghubungi polis.- Bernama

Trafik bertambah di laluan dari Utara, Selatan Lebuhraya Plus

KUALA LUMPUR - Laluan di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) menunjukkan peningkatan aliran trafik di arah utara dan selatan tetapi masih lagi terkawal.

Menurut petugas Pusat Kawalan Plus, jumlah kenderaan di kedua-dua arah tersebut semakin bertambah sejak tengah hari tadi.

"Di arah selatan, trafik meningkat di Seremban sementara di arah utara kenderaan semakin bertambah di Slim River dan Terowong Menora menuju ke Kuala Kangsar, Perak" katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, terdapat kemalangan di Km. 228 arah selatan dari Senai ke Kulai, Johor membabitkan dua buah kenderaan kira-kira pukul 3.30 petang tadi dan kenderaan terlibat telah diubah ke lorong kecemasan, dan trafik kembali lancar.

Sementara itu, laporan trafik di Twitter Plus pada pukul 3.50 petang, berlaku kemalangan di Km 292.2 arah utara dari Putra Mahkota ke Bangi, Selangor.

Twitter Plus turut melaporkan pada pukul 3.13 petang, berlaku kemalangan di Km 210 arah selatan dari Taiping ke Changkat Jering, Perak.- Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

5 tahun dikurung berbogel

Posted: 28 Aug 2011 05:00 PM PDT

5 tahun dikurung berbogel LUNAS - Dalam kemeriahan umat Islam menyambut Syawal, masih ada dalam kalangan mereka yang menderita.

Seorang wanita berusia 52 tahun yang mengalami masalah mental ditemui dalam keadaan bogel di bilik belakang sebuah rumah teres satu tingkat di Taman Salad kira-kira jam 2.30 petang kelmarin.

Pengerusi Pertubuhan Perihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM), Khor Eng Khim berkata, beliau menerima maklumat mengenai wanita itu daripada orang awam melalui telefon.

Menurutnya, selepas pergi ke alamat seperti dilaporkan, beliau ternampak mangsa dalam keadaan bogel sebelum menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan polis untuk mendapatkan bantuan.

"Empat pegawai dari JKM datang ke tempat kejadian bersama sebuah kenderaan unit MPV dari Balai Polis Lunas. Daripada maklumat saya peroleh, mangsa sudah lima tahun dikurung dalam keadaan begitu. Lebih menyedihkan, mangsa bukan sahaja ditinggalkan dalam keadaan bogel malah tidak ada tikar, tilam atau bantal di tempat mangsa dikurung.

"Mangsa hanya akan berbaring dan duduk di atas lantai simen. Selain itu saya dapati banyak beg plastik berisi nasi di luar tempat mangsa dikurung. Saya kemudiannya menghubungi ambulan untuk menghantar mangsa untuk mendapatkan rawatan di hospital" katanya.

Pegawai Kebajikan Daerah Kulim, Rohana Yussuf berkata, sebelum ini mangsa yang dikenali sebagai Salmah berada dalam keadaan normal sehinggalah ibunya meninggal dunia pada 2001. Sejak itu tidak ada sesiapa yang menguruskan kehidupannya hingga melarat.

Menurutnya, mangsa sudah menerima bantuan am daripada JKM sebanyak RM150 sebulan. Ketika pemeriksaan dibuat, pegawai JKM mendapati keadaan mangsa lemah, kelaparan dan badannya terlalu kurus sehingga menampakkan rangka.

Selain itu mangsa menjerit beberapa kali menyatakan 'sakit' sebelum dia di keluarkan dari tempat kurungannya. Pegawai JKM turut memakaikan pakaian yang diberikan oleh jiran kepada mereka kerana mangsa dalam keadaan berbogel.

"Saya telah mengarahkan pegawai JKM membawa mangsa ke hospital Kulim untuk menerima rawatan segera. Selepas pemeriksaan dibuat, barulah JKM mengambil keputusan bagaimana untuk mengatasi masalah dialaminya. JKM akan berbincang dengan waris mangsa untuk mendapatkan maklumat tentang mangsa sebelum mengambil keputusan untuk menghantarnya ke pusat penjagaan khas yang disediakan" kata Rohana.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh ketika dihubungi berkata, beliau telah mengarahkan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor untuk pergi ke tempat kejadian bagi menyelamatkan mangsa.

Surat tawaran palsu

Posted: 28 Aug 2011 05:00 PM PDT

Surat tawaran palsu IPOH – Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Lenggong, Mohd Subari Muhamed, 26, membuat laporan polis di Balai Polis Lenggong Khamis lalu berhubung surat palsu yang menawarkan bantuan wang sejumlah RM300 dari pihak ahli parlimen sebelum hari raya ini kepada penduduk kawasan berkenaan.

Menurutnya, perkara itu mula disedari selepas beberapa ahli Umno di Parlimen Lenggong menerima surat yang disyaki didalangi pihak tertentu bagi menimbulkan kemarahan penduduk.

"Isi kandungan surat itu mendakwa penerima akan diberikan RM300 daripada Ahli Parlimen Lenggong dan mereka diminta datang menuntutnya di pejabat.

"Surat itu turut menyatakan penerimanya terdiri daripada mereka yang tercicir daripada mengikuti rombongan ke Kuala Lumpur, Putrajaya dan Langkawi," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Subari menegaskan bahawa segala isi kandungan yang tercatat dalam surat berkenaan adalah palsu termasuklah tanda tangan, rujukan dan kepala surat (letter head).

"Saya juga ingin menyatakan bahawa pejabat Ahli Parlimen Lenggong tidak pernah menyalurkan sebarang bantuan dengan cara berkenaan.

"Kami tidak beri bantuan secara bersurat kecuali mereka yang menghadapi masalah datang sendiri ke pejabat dengan surat pengesahan dan sokongan kepimpinan kampung.

"Lazimnya setiap bantuan yang disampaikan akan disalurkan sama ada melalui ketua kampung atau kepimpinan yang diiktiraf sahaja," katanya.

Sementara itu, ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah ketika dihubungi semalam, meminta rakyat berwaspada dengan pelbagai tipu helah yang sedang dilakukan pihak tertentu dengan tujuan memburukkan kepimpinan dan wakil rakyat sedia ada.

"Saya harap polis akan membuat siasatan segera supaya pihak terbabit dapat dikenakan hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya," katanya.

‘Mereka bukan satu ancaman’

Posted: 28 Aug 2011 05:00 PM PDT

'Mereka bukan satu ancaman' SHAH ALAM- Umat Islam di negeri ini diseru supaya memperbetulkan persepsi negatif bahawa orang bukan Islam merupakan ancaman kerana tindakan tersebut memberi kesan kepada imej Islam itu sendiri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam perutusan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan sambutan kemerdekaan berkata, tanggapan itu memberikan imej negatif kepada ajaran Islam yang mendukung keadilan untuk semua.

Menurutnya, usaha memecahbelahkan masyarakat dengan alasan tidak benar adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

"Ketibaan 1 Syawal ini bererti tamatlah sudah sebulan kita semua menjalani ibadah puasa dan sejumlah amalan lain sempena bulan Ramadhan. Sesungguhnya bulan Ramadan mempunyai pelbagai kelebihan dan kita dituntut memanfaatkannya.

"Meskipun Aidilfitri ini disambut khusus oleh penganut agama Islam, itu tidaklah menjadikan kita bersikap eksklusif. Maka, ambillah peluang ini untuk kita berkongsi pengetahuan tentang hal ehwal yang dituntut oleh agama Islam daripada penganutnya.

"Semoga dengan pemahaman ini akan menggalakkan sikap tolak ansur serta keakraban kemanusiaan sesama kita," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Khalid turut mengingatkan masyarakat Islam di Selangor supaya bersederhana dalam merayakan Aidilfitri.

"Di samping itu, janganlah kita lupa mengenangkan mereka yang tidak bernasib baik. Selain daripada zakat fitrah yang diberikan, bantuan lain juga boleh dihulur untuk meringankan beban keperluan mereka.

"Semoga perayaan Aidilfitri kali ini dapat disambut dengan jiwa yang bermuhasabah dan penuh ceria," katanya.

Pemanggil bom palsu ditahan

Posted: 28 Aug 2011 05:00 PM PDT

Pemanggil bom palsu ditahan

KUALA TERENGGANU - Bahana terlalu mengikut perasaan dengan membuat panggi­lan­ palsu hingga menyusahkan orang lain, seorang lelaki bakal beraya di dalam lokap.

Ia susulan kejayaan polis menahan seorang lelaki di Batu 9, Cheras, Kuala Lumpur yang dipercayai suspek yang membuat panggilan bom palsu di bangunan Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu pada 24 Ogos lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, suspek berusia 47 tahun itu ditangkap pada 25 Ogos lalu bagi menyelesaikan satu kes lain.

Bagaimanapun katanya, hasil siasatan mendapati, nombor telefon bimbit yang digunakan suspek adalah sama dengan panggilan palsu yang dibuat.

"Suspek yang bekerja dengan sebuah syarikat petroleum ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras berikutan kes mengugut isterinya dengan menggunakan telefon bimbit.
Siasatan lanjut mendapati, nombor yang digunakan adalah sama dengan individu yang kita cari.

"Dia akan dibawa ke Terengganu hari ini (semalam) untuk siasatan lanjut dan akan direman selama lima hari, sehingga 2 September ini," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini, semalam.

Katanya, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 28 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 kerana menyebarkan maklumat palsu.

Sinar Harian pada 24 Ogos lalu menyiarkan mengenai panggilan ancaman bom di Bangunan Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu.

Akibat daripada itu, polis terpaksa mengosongkan Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu selepas menerima panggilan mengatakan terdapat bom diletakkan di tingkat sembilan yang menempatkan kamar Mahkamah Tinggi.

Terpacak KUANTAN - Hasrat seorang pemuda pulang beraya bersama keluarga berakhir dengan tragedi apabila dia terbunuh dalam kemalangan di Jalan Beserah di sini, awal pagi semalam.

Ketika kejadian, mangsa, Mohd. Ismail Yunus, 20, dikatakan menunggang motosikal seorang diri dari arah Jalan Teluk Sisek menuju ke Kemaman.

Pegawai Penguat kuasa Tadbir/Trafik Negeri, Asisten Supritendan Zainalabidin Othman berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.05 pagi.

Menurutnya, mangsa, seorang kakitangan swasta itu dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah keluarganya di Kampung Bakar Tinggi, Kemaman Terengganu.

"Mangsa yang menunggang seorang diri dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelum tercampak ke dalam longkang," katanya ketika di temui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini, semalam.

Zainalabidin berkata, mangsa dipercayai terhentak ke bucu longkang dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya.

"Kes masih dalam siasatan dan akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," ujarnya.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan orang ramai khususnya pengguna jalan raya supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika memandu terutama pada musim perayaan.

Bangga hadiri isytihar merdeka

Posted: 28 Aug 2011 05:00 PM PDT

Bangga hadiri isytihar merdeka BANDAR BENTONG – Terpilih menjadi salah seorang antara ribuan yang hadir dalam majlis pengisytiharan kemerdekaan negara pada tanggal 31 Ogos 1957 bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur menjadi kenangan manis yang akan dikenang seumur hidup.

Bagi pesara guru, Abdul Aziz Abdullah, 76, sehingga detik ini, beliau masih mengingati detik bersejarah itu yang mana dilaluinya ketika berusia 22 tahun.

Menurutnya, beliau berasa amat bertuah kerana menerima jemputan menghadiri majlis itu dan berkobar-kobar untuk turut sama memeriahkannya.

"Pada malam 30 Ogos, kami semua berkumpul untuk acara menurunkan bendera Union Jack dan seterusnya menaikkan bendera Malaysia iaitu tepat jam 12 tengah malam.

"Pada masa itu, kebanyakan yang hadir menangis kegembiraan kerana ia merupakan satu kemenangan besar kerana mampu bebas dari penjajah sejak sekian lama," katanya.

Abdul Aziz berkata pada awal pagi 31 Ogos pula, semua orang mula berkumpul di stadium dari awal pagi supaya tidak ketinggalan mendengar sendiri laungan merdeka dari Tunku Abdul Rahman.

Menurutnya, kenangan menghadirkan diri ke majlis bersejarah itu akan tetap tersemat di sanubarinya dan ia selalu diceritakan kepada ahli keluarga serta dikongsi bersama masyarakat terutama pelajar sekolah.

"Kad jemputan itu saya simpan dengan baik dan ia pernah hilang dalam simpanan namun ditemui kembali.

"Memandangkan ia mempunyai nilai sejarah, saya dengan rela hati menyerahkannya kepada Arkib Negara menerusi Program Penyerahan Koleksi Rakyat tahun lalu," katanya.

Abdul Aziz berkata, dia berjaya mendapat tempat ketiga atas sumbangan bahan bersejarah dan hadiah disampaikan sendiri oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Menurutnya, beliau menyerahkan kad jemputan itu kepada Arkib Negara supaya ia boleh dikongsi bersama semua lapisan masyarakat.

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Mayat bayi baru lahir ditemui dalam tong sampah

Posted: 28 Aug 2011 05:00 PM PDT

Mayat bayi baru lahir ditemui dalam tong sampah

SANDAKAN - Mayat seorang bayi lelaki yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui dalam tong sampah berhampiran sebuah pasar raya di Bandar Sandakan hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Fadzil Mohd Ali berkata, polis menerima maklumat berhubung penemuan mayat bayi itu kira-kira pukul 2.20 petang dan menghantar sepasukan anggota polis untuk membuat siasatan.

Beliau berkata mayat bayi lelaki itu ditemui dalam sebuah tong sampah besar berhampiran sebuah pasar raya berkenaan oleh pekerja amnya semasa membuang sampah dan ternampak ada satu bungkusan hitam lalu membukanya dan mendapati ada mayat bayi dalamnya.

Beliau pekerja am berkenaan kemudiannya menghubungi polis.

Katanya polis menghantar mayat bayi berkenaan ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan untuk dibedah siasat.

Fadzil berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut agar menghubungi polis.- Bernama

Trafik bertambah di laluan dari Utara, Selatan Lebuhraya Plus

Posted: 28 Aug 2011 05:00 PM PDT

Trafik bertambah di laluan dari Utara, Selatan Lebuhraya Plus

KUALA LUMPUR - Laluan di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) menunjukkan peningkatan aliran trafik di arah utara dan selatan tetapi masih lagi terkawal.

Menurut petugas Pusat Kawalan Plus, jumlah kenderaan di kedua-dua arah tersebut semakin bertambah sejak tengah hari tadi.

"Di arah selatan, trafik meningkat di Seremban sementara di arah utara kenderaan semakin bertambah di Slim River dan Terowong Menora menuju ke Kuala Kangsar, Perak" katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, terdapat kemalangan di Km. 228 arah selatan dari Senai ke Kulai, Johor membabitkan dua buah kenderaan kira-kira pukul 3.30 petang tadi dan kenderaan terlibat telah diubah ke lorong kecemasan, dan trafik kembali lancar.

Sementara itu, laporan trafik di Twitter Plus pada pukul 3.50 petang, berlaku kemalangan di Km 292.2 arah utara dari Putra Mahkota ke Bangi, Selangor.

Twitter Plus turut melaporkan pada pukul 3.13 petang, berlaku kemalangan di Km 210 arah selatan dari Taiping ke Changkat Jering, Perak.- Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Seludup menjelang Aidilfitri

Posted: 28 Aug 2011 05:00 PM PDT

Seludup menjelang Aidilfitri RANTAU PANJANG –Tindakan pantas Unit Pencegahan (UPP) Rantau Panjang berjaya mematah cubaan penyeludup membawa masuk mercun dan bunga api bernilai RM100,000 di To' Uban, di sini jam 1 pagi kelmarin.

Komandan UPP Kelantan, Mazlan Che Hamid berkata, rampasan ini adalah kejayaan kelima UPP Kelantan sepanjang bulan Ramadan dalam usaha membanteras penyeludupan mercun pada musim perayaan tahun ini.

Menurutnya, penyeludup aktif melakukan aktiviti penyeludupan setiap kali tibanya musim perayaan berikutan pulangan diperoleh begitu lumayan iaitu sekitar 200 peratus sekiranya berjaya memasarkan mercun-mercun tersebut.

Mengenai rampasan berkenaan, katanya, berdasarkan maklumat orang ramai, Komander Kawasan UPP Rantau Panjang, Cif Inspektor Zubaidi Md Ariffin bersama sembilan anggota membuat rondaan di kawasan Chicha Tinggi Pasir Mas.

"Semasa rondaan biasa dilakukan, kelihatan sebuah lori berkepala merah dalam keadaan mencurigakan, berikutan itu anggota UPP mengarahkan pemandu lori tersebut memberhentikan kenderaannya.

"Bagaimanapun, pemandu lori tersebut terus memecut laju tetapi sebelum terbabas ke tepi jalan berhampiran Sekolah Bukit Perah, To' Uban. Pemandu lori didapati melarikan diri ke dalam semak berhampiran sehingga gagal dikesan," katanya kepada pemberita pada sidang media di UPP Lubok Gong, semalam.

Katanya, semasa pemeriksaan secara rambang dibuat lori tersebut, didapati terdapat pelbagai jenis mercun dipercayai dibawa masuk dari negara jiran untuk pasaran tempatan.

Mazlan berkata, pemeriksaan lanjut kemudian mendapati terdapat 70 kotak mercun bernilai RM100,000 di dalam lori tersebut dan nilai lori tersebut RM20,000 menjadikan jumlah rampasan kelmarin berjumlah RM120,000.

Menurutnya, antara mercun merbahaya yang dirampas adalah jenis 'Firing Cake' yang dianggarkan bernilai RM2,000 dan juga mercun bola serta 'Cactus Rain'.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(D) Akta Kastam, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang dari 10 kali ganda nilai barang atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Mazlan berkata, sebanyak lima rampasan dibuat sepanjang Ramadan yang berjumlah RM300,000 dan beliau menjangkakan aktiviti penyeludupan terus aktif sehingga sambutan perayaan Tahun Baru Cina.

Sehubungan dengan itu katanya, pihaknya bersiap sedia dengan mengetatkan kawalan di tiga pangkalan yang menjadi tumpuan penyeludup.

Bunyi telefon jadi penyelamat

Posted: 28 Aug 2011 05:00 PM PDT

Bunyi telefon jadi penyelamat KOTA TINGGI – Seorang pemuda yang sedang nyenyak tidur di tingkat atas rumah teres dua tingkat di sini terselamat daripada menjadi mangsa kebakaran apabila dikejutkan bunyi deringan telefon bimbitnya dalam kejadian yang berlaku di bahagian bawah rumah keluarga angkatnya di Taman Aman, di sini, semalam.

Mahyudin Parman, 28, yang ketika itu tinggal berseorangan di rumah, terpaksa memecahkan tingkap biliknya sebelum terjun dari tingkat dua bilik itu untuk menyelamatkan diri daripada kebakaran tersebut.

"Ketika kejadian saya sedang tidur di bilik atas dan tiba-tiba terasa sesak nafas sebelum terjaga kerana terdengar bunyi jam yang dikunci di telefon bimbit.

"Saya begitu terkejut apabila melihat asap tebal dan api di ruang bawah rumah.

"Tanpa berfikir panjang saya terus memecahkan tingkap di bilik sebelum terjun untuk menyelamatkan diri. Mujurlah tingkap di bilik saya tidak dipasang besi penghadang," katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.

Menurutnya, dengan bantuan salah seorang jiran, pihak Bomba dan Penyelamat berjaya dihubungi dan api kebakaran rumah tersebut berjaya dikawal.

Sementara itu, pemilik rumah tersebut, Irwan Sulaiman, 37, redha dengan apa yang berlaku dan bersyukur kerana adik angkatnya itu terselamat daripada tragedi berkenaan.

"Ketika kejadian, saya bersama anak dan isteri pulang ke kampung di Felda Air Tawar 5. Kami yang menerima panggilan telefon daripada adik terus bergegas pulang ke rumah.

"Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Apa yang penting adalah keselamatan adik yang tinggal di rumah. Walaupun kebakaran tersebut telah mengakibatkan kerugian sebanyak RM7,000, saya terima dengan redha ujian Allah di bulan Ramadan ini," kata ayah kepada tiga orang anak itu.

Menurutnya, hanya beberapa helai pakaian sahaja yang berjaya diselamatkan manakala barang-barang persiapan untuk menyambut Syawal seperti langsir, baju raya serta beberapa dokumen yang terletak di tingkat bawah habis dijilat api.

Irwan yang turut menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor Lama, Asiah Md Ariff, mengucapkan terima kasih kepada wakil rakyat tersebut serta pelbagai pihak lain yang begitu prihatin memberikan sumbangan kepada keluarganya.

"Dengan sumbangan yang diterima dapatlah saya membelikan pakaian baru untuk anak-anak nanti," katanya yang akan menetap sementara di rumah ibunya.

Pegawai Bomba Kanan 2 Daerah Kota Tinggi, Ahmad Amat pula ketika ditemui di kediaman keluarga itu berkata, siasatan awal mendapati punca kebakaran dipercayai akibat masalah pendawaian elektrik yang berlaku di bahagian ruang tamu rumah tersebut.

"Kami menerima panggilan daripada orang awam jam 11.24 pagi dan pihak bomba telah sampai empat minit kemudian sebelum berjaya memadamkan api jam pada 12.02 tengah hari.

"Dipercayai juga kebakaran tersebut berlaku akibat litar pintas. Kita juga menganggarkan jumlah keseluruhan kerugian yang ditanggung adalah sebanyak RM15,000," katanya.

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved