Isnin, 29 Ogos 2011

SH


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH


» selanjutnya...

Posted: 28 Aug 2011 05:00 PM PDT

Terpacak KUANTAN - Hasrat seorang pemuda pulang beraya bersama keluarga berakhir dengan tragedi apabila dia terbunuh dalam kemalangan di Jalan Beserah di sini, awal pagi semalam.

Ketika kejadian, mangsa, Mohd. Ismail Yunus, 20, dikatakan menunggang motosikal seorang diri dari arah Jalan Teluk Sisek menuju ke Kemaman.

Pegawai Penguat kuasa Tadbir/Trafik Negeri, Asisten Supritendan Zainalabidin Othman berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.05 pagi.

Menurutnya, mangsa, seorang kakitangan swasta itu dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah keluarganya di Kampung Bakar Tinggi, Kemaman Terengganu.

"Mangsa yang menunggang seorang diri dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelum tercampak ke dalam longkang," katanya ketika di temui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini, semalam.

Zainalabidin berkata, mangsa dipercayai terhentak ke bucu longkang dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya.

"Kes masih dalam siasatan dan akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," ujarnya.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan orang ramai khususnya pengguna jalan raya supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika memandu terutama pada musim perayaan.

Bangga hadiri isytihar merdeka

Posted: 28 Aug 2011 05:00 PM PDT

Bangga hadiri isytihar merdeka BANDAR BENTONG – Terpilih menjadi salah seorang antara ribuan yang hadir dalam majlis pengisytiharan kemerdekaan negara pada tanggal 31 Ogos 1957 bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur menjadi kenangan manis yang akan dikenang seumur hidup.

Bagi pesara guru, Abdul Aziz Abdullah, 76, sehingga detik ini, beliau masih mengingati detik bersejarah itu yang mana dilaluinya ketika berusia 22 tahun.

Menurutnya, beliau berasa amat bertuah kerana menerima jemputan menghadiri majlis itu dan berkobar-kobar untuk turut sama memeriahkannya.

"Pada malam 30 Ogos, kami semua berkumpul untuk acara menurunkan bendera Union Jack dan seterusnya menaikkan bendera Malaysia iaitu tepat jam 12 tengah malam.

"Pada masa itu, kebanyakan yang hadir menangis kegembiraan kerana ia merupakan satu kemenangan besar kerana mampu bebas dari penjajah sejak sekian lama," katanya.

Abdul Aziz berkata pada awal pagi 31 Ogos pula, semua orang mula berkumpul di stadium dari awal pagi supaya tidak ketinggalan mendengar sendiri laungan merdeka dari Tunku Abdul Rahman.

Menurutnya, kenangan menghadirkan diri ke majlis bersejarah itu akan tetap tersemat di sanubarinya dan ia selalu diceritakan kepada ahli keluarga serta dikongsi bersama masyarakat terutama pelajar sekolah.

"Kad jemputan itu saya simpan dengan baik dan ia pernah hilang dalam simpanan namun ditemui kembali.

"Memandangkan ia mempunyai nilai sejarah, saya dengan rela hati menyerahkannya kepada Arkib Negara menerusi Program Penyerahan Koleksi Rakyat tahun lalu," katanya.

Abdul Aziz berkata, dia berjaya mendapat tempat ketiga atas sumbangan bahan bersejarah dan hadiah disampaikan sendiri oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Menurutnya, beliau menyerahkan kad jemputan itu kepada Arkib Negara supaya ia boleh dikongsi bersama semua lapisan masyarakat.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved