Jumaat, 9 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Tidak berhemah atau jalan bermasalah?

Posted: 08 Sep 2011 05:00 PM PDT

Tidak berhemah atau jalan bermasalah?

Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda Pas Malaysia (LaPas) melahirkan rasa kesal dan bimbang ekoran peningkatan kadar kemalangan khususnya yang melibatkan kematian dalam Ops Sikap ke 24 yang berakhir pada 7 September 2011 yang lalu.

Difahamkan Ops Sikap ke-24 adalah yang terburuk sejak Ops Sikap dilancarkan 11 tahun yang lalu. Ops Sikap ke-24 mencatatkan mencatatkan 259 kemalangan maut dengan 289 kematian.

Keseluruhannya sebanyak 19,462 kemalangan dicatatkan dalam Ops Sikap Ke-24 iaitu meningkat 2,645 kes (15.7 peratus) berbanding sebelum ini.

Penunggang dan pembonceng motosikal adalah mangsa tertinggi dengan kadar kemalangan maut dan kematian berjumlah 178 kes (61.6 peratus) daripada 289 kematian yang direkodkan iaitu meningkat 35 kes (24.5 peratus).

LaPas mempersoalkan keberkesanan Ops Sikap kali ini gagal membendung kemalangan khususnya yang melibatkan kemalangan maut. Meskipun pelbagai usaha dan kempen dibuat, namun kadar kemalangan terus meningkat.

Faktor sikap pemandu dan pengguna jalan raya sendiri apabila memandu dalam keadaan cuai, letih, tertidur, mengekori kenderaan lain terlalu rapat dan leka menjadi sebab utama kemalangan terus meningkat.

Dalam hal ini, sesuatu tindakan drastik perlu dikenalpasti dan dilaksanakan agar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Antaranya LaPas menyokong usaha penjenamaan semula Ops Sikap yang dilihat agak ketinggalan dan kurang berkesan.

Selain itu, antara tindakan yang berkesan adalah dengan melicinkan perjalanan trafik di jalan-jalan raya. Antara sebab pemandu letih adalah kerana kerana faktor kesesakan jalan raya yang membosankan dan meletihkan.

Dengan jumlah kenderaan yang banyak, dengan suasana yang panas dan tidak selesa sudah tentu pemandu menjadi hilang sabar, marah, tekanan perasaan, serta mengantuk. Kesannya pemandu memilih untuk menggunakan jalan alternatif walaupun ianya jauh dan merbahaya.

Di musim perayaan seperti Aidilfitri ini pula, R&R sepanjang lebuhraya biasanya sesak dengan pengunjung. Ramai pemandu terpaksa meneruskan perjalanan dalam keadaan mengantuk kerana gagal untuk berhenti di R&R ekoran terlalu ramai orang.

Justeru LaPas mengharapkan kerajaan dan syarikat konsesi tol memperbanyakkan lagi R&R di lebuhraya bagi keselesaan pemandu. Selain itu, jalan di kawasan perbandaran juga perlu disediakan kawasan R&R bagi kemudahan pemandu.

Pemandu biasanya tidak ada alternatif selain bersekang mata yang keletihan kerana tidak ada tempat persinggahan untuk rehat di jalan selain lebuhraya.

Selain itu, faktor jalan raya seperti seperti selekoh tajam, jalan berlubang, tidak rata, tidak jelas papan tanda serta ketiadaan lampu jalan antara sebab berlakunya kemalangan jalan raya. Jalan di kawasan kampung ketika waktu malam amat gelap dan berbahaya.

Keadaan ini lebih mengundang bahaya terutama di waktu hujan. LaPas mengharapkan antara langkah keselamatan ialah mengadakan lampu jalan bagi menerangi jalan-jalan kawasan di luar bandar serta di kawasan selekoh berbahaya.

Banyak lagi faktor dilihat sebagai punca kemalangan jalan raya dan banyak perkara boleh diperbaiki bagi mengatasi masalah ini. LaPas percaya antara cadangan yang dikemukakan ini, jika dilaksanakan dengan segera mampu membendung kemalangan di jalan raya, Insyaallah.

Takziah kepada mereka yang terkorban di dalam kemalangan dan Al Fatihah LaPas sedekahkan bagi mereka yang beragama Islam. Semoga Allah swt mengampuni dosa-dosa mereka dan meletakkan roh mereka dikalangan orang-orang beriman. Al Fatihah.

Mohd Firdaus Jaafar Penulis
Ppengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar,
Dewan pemuda Pas Malaysia.

32 kawasan catat kualiti udara sederhana

Posted: 08 Sep 2011 05:00 PM PDT

32 kawasan catat kualiti udara sederhana

KUALA LUMPUR - Sebanyak 32 kawasan di negara ini mencatatkan kualiti udara sederhana manakala 19 lagi baik dalam bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) setakat 11 pagi ini.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan tidak ada kawasan mencatatkan IPU tidak sihat.

Lima kawasan mencatat IPU tertinggi ialah Nilai, Negeri Sembilan (90); Batu Muda, Kuala Lumpur (80); Petaling Jaya dan Banting di Selangor masing-masing mencatat 79; dan Cheras, Kuala Lumpur (78). Bacaan IPU pada tahap antara 0 dan 50 dianggap baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 301 berbahaya.

Menurut JAS, keadaan berjerebu dijangka berterusan untuk beberapa hari akan datang dan menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka serta bekerjasama memadamkan kebakaran kecil. - Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Hampir cerai guna kad kredit isteri

Posted: 08 Sep 2011 05:00 PM PDT

Hampir cerai guna kad kredit isteri PERMATANG PAUH – Sepasang suami isteri dari Taman Pauh Jaya di sini, hampir bercerai hanya kerana si suami menggunakan kad kredit isterinya membeli barangan elektrik dari ejen jualan langsung.

Mangsa berusia 52 tahun yang enggan dikenali berkata, insiden berlaku 21 Mei lalu apabila dia dan isteri dihampiri seorang jurujual ketika berada di luar sebuah pasar raya besar di Seberang Jaya.

Menurutnya, taktik jurujual memberikan dua kupon kepada mereka akhirnya menjerat diri meskipun pada mulanya dia tidak begitu berminat untuk singgah di kedai itu, apatah lagi membeli barangan yang dipromosikan.

Bagaimanapun, setelah dipujuk rayu, dia dan isteri bersetuju untuk membuka dua kupon yang diberikan.

"Dalam kupon itu tertera hadiah percuma dua barangan elektrik dan baucar RM100. Tetapi, baucar itu tidak boleh ditebus terus, sebaliknya kami perlu beli barangan elektrik berharga kira-kira RM2,998, kemudian baru layak untuk menebus baucar dan mendapat hadiah percuma sepertimana yang tertera pada kupon berkenaan.

"Pada mulanya, saya tidak bersetuju kerana had limit kad kredit saya hanya RM3,000. Mereka tidak berpuas hati dan memujuk saya untuk meminjam kad kredit isteri dan membayar sejumlah RM110 setiap bulan kepadanya sebagai ansuran bagi barangan yang dibeli itu," katanya.

Mangsa yang merupakan kakitangan kerajaan berkata, dengan hati yang berat isterinya memberi kebenaran kerana menyangka jumlah yang ditolak dari kad kreditnya adalah ansuran sepertimana yang dibincangkan.

Mereka kemudiannya diminta mengisi beberapa keping borang yang didakwa untuk pemprosesan ansuran bulanan dari kad kredit itu sebelum mendapat tiga barangan, termasuk dua percuma seperti yang dijanjikan berupa penapis air, penyedut hampagas dan dapur elektrik.

Jumlah keseluruhan untuk barangan yang dibeli adalah RM2,999 selepas ditolak baucar RM100 yang diperoleh.

Mangsa turut mendakwa, jurujual ada memberitahu, surat mengenai bayaran ansuran itu akan dihantar dalam tempoh 10 hari oleh bank yang mengendalikannya.

"Insiden tidak habis setakat itu sahaja, ketika saya membuka kotak satu barangan percuma, terdapat satu lagi kupon di dalamnya, dan apabila dibuka tertera baucar RM1,000 pula.

"Saya minta mereka (jurujual) tolak sahaja baucar itu dengan jumlah barangan yang dibeli tadi, tetapi, mereka kata tak boleh. Sebaliknya, memujuk saya untuk beli satu lagi barangan elektrik berharga lebih RM3,500," katanya.

Mangsa berkata, dia tidak membeli barangan yang ditawarkan kerana jumlah itu terlalu tinggi dan mereka tidak mampu.

Menurutnya, keesokannya, isterinya menghubungi syarikat terbabit kerana mahu membatalkan urus niaga yang dibuat dan memulangkan semua barang yang dibeli, tetapi gagal.

Namun, mangsa dan isteri terkejut mendapati satu transaksi berjumlah RM2,999 dibuat bertarikh 21 Mei ketika menerima penyata bank pada 27 Jun lalu.

Ketika itulah baru mereka sedar ditipu syarikat berkenaan yang mana jumlah yang dileret bukanlah ansuran, sebaliknya bayaran penuh.

Disebabkan hal itu, mangsa dan isterinya sering bergaduh hingga ada kalanya ke tahap mahu bercerai.

Mangsa berkata, dia pernah menghubungi syarikat terbabit untuk berbincang bagi menyelesaikan masalah tetapi layanan yang diterima tidak memuaskan.

Malah, janji mereka untuk menghubunginya bagi bayaran ansuran yang dipersetujui pada awal urusan jual beli juga tidak menampakkan sebarang tanda.

"Saya bertindak membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) 4 Julai lalu kerana tidak berpuas hati dengan layanan syarikat terbabit terhadap saya dan mahu tindakan diambil ke atas mereka," katanya.

Mangsa kemudiannya membuat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) pada 22 Julai lalu.

Dalam pada itu, mangsa yang hadir bersama isterinya ke prosiding TTPM, dekat Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) SPT, lega apabila tuntutan mendapatkan semula wang yang diberikan berjaya.

Presiden, Faridah Abrahim mengeluarkan perintah supaya syarikat berkenaan membayar semula RM2,999 kepada mangsa dalam tempoh 14 hari dari tarikh award dikeluarkan.

Manakala, mangsa pula perlu memulangkan tiga barangan yang diberikan sebelum selepas menerima bayaran.

Menurutnya, penentang didapati bersalah kerana melakukan urus niaga yang tidak dipersetujui penuntun, selain memberikan maklumat tidak jelas.

Tambahan, modus operandi syarikat yang berniaga secara iklan umpan adalah salah di bawah Seksyen 13 Akta Perlindungan Pengguna 1999.

"Sebagai peniaga, syarikat kamu seharusnya memberikan penjelasan yang jelas kepada pelanggan," katanya.

Mangsa yang gembira dengan kemenangan itu berharap hubungannya bersama isteri akan kembali jernih selepas kes berkenaan selesai dan dijadikan pengajaran.

» selanjutnya...

Berdepan tindakan mahkamah

Posted: 08 Sep 2011 05:00 PM PDT

Berdepan tindakan mahkamah IPOH – Tindakan mahkamah boleh dikenakan terhadap pemilik bangunan lama di bandaraya Ipoh akibat kegagalan mereka untuk membaik pulih bangunan masing-masing.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, Kerajaan Negeri tidak akan teragak-agak untuk berbuat demikian kerana kelewatan membaik pulih boleh mendedahkan orang awam kepada bahaya seperti bangunan runtuh.

Menurutnya, terdapat kira-kira 60 bangunan rumah kedai lama di sekitar Bandaraya Ipoh dan daripada jumlah tersebut 15 daripadanya perlu di baik pulih dengan kadar segera.

"Saya mengarahkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk memanggil pemilik bangunan lama di sini bagi mengadakan perbincangan esok (hari ini).

"Selepas perbincangan, kita akan mengeluarkan notis kepada mereka dalam tempoh 14 hari mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1976 akta 133 bagi membolehkan kerja baik pulih dilaksanakan," katanya pada sidang media selepas meninjau dua bangunan rumah kedai di Lorong Panglima di Pekan Lama yang runtuh, malam semalam.

Tambahnya, dalam kejadian jam 11.30 malam semalam, tingkat atas kedua-dua bangunan yang dibina sejak 1970-an itu runtuh.

"Namun dalam kejadian itu, tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan kerana bangunan tersebut tidak didiami orang," katanya.

"Selain itu, kita juga akan mengarahkan MBI untuk membuat pemeriksaan terhadap bangunan lama di sekitar bandaraya ini bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini terutama melibatkan kemalangan jiwa," katanya.

20 rumah kongsi hangus

Posted: 08 Sep 2011 05:00 PM PDT

20 rumah kongsi hangus SERDANG PERDANA – Pekerja buruh binaan projek pusat beli-belah baru di Serdang Perdana di sini tinggal sehelai sepinggang apabila kesemua 20 unit rumah kongsi yang didiami mereka selama ini hangus dalam kejadian kebakaran tengah hari, semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira 45 minit selepas mereka meninggalkan rumah ketika waktu rehat untuk menyambung semula kerja pembinaan di kawasan berhampiran.

Api marak dan merebak dengan pantas menyebabkan tiada barangan dapat diselamatkan berikutan rumah kongsi dibina dengan papan dan mudah terbakar.

Ketua Balai Bomba Serdang, Timbalan Penguasa Bomba Zolkipli Sailan berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 1.47 petang sebelum tiga jentera dan satu lori tangki air masing-masing dari Balai Bomba Seri Kembangan, Bangi dan Sungai Besi tiba kurang 10 minit di tempat kejadian.

Sebaik tiba menurutnya, api marak dan hanya berjaya dikawal 24 minit selepas operasi pemadaman dimulakan. Api berjaya dipadamkan sepenuhnya 30 minit selepas itu.

"Kami difahamkan kejadian berlaku selepas pekerja yang mendiami rumah kongsi itu keluar untuk ke tempat kerja masing-masing yang tidak jauh dari situ selepas tamat waktu rehat.

"Kebakaran menyebabkan kesemua 100 peratus bahagian rumah kongsi musnah dan gagal diselamatkan," katanya yang memberitahu operasi membabitkan 26 keanggotaan termasuk pegawai dan anggota.

Beliau berkata, siasatan punca kebakaran akan dijalankan pihak bomba untuk mengenal pasti bagaimana tragedi itu berlaku.

"Kerugian masih tidak diketahui manakala punca kejadian kebakaran masih lagi dalam siasatan," katanya kepada Sinar Harian.

Pakar sahkan gas metana

Posted: 08 Sep 2011 05:00 PM PDT

Pakar sahkan gas metana KUALA TERENGGANU- Penemuan telaga tiub yang mengeluarkan gas metana di Kampung Padang Macang, Manir adalah yang pertama berlaku.

Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains negeri, Mohamad Pauzi Abdullah mengesahkan gas yang dikeluarkan ialah metana iaitu sejenis bahan bakar yang banyak digunakan untuk memasak.

Gas itu dipercayai terhasil akibat bentuk geografi kawasan Manir dan Sungai Terengganu yang asalnya banyak paya.

Katanya, tanah paya yang menghimpunkan mendapan pokok, akar dan daun yang telah mereput sejak beratus tahun dahulu boleh menghasilkan gas metana, bagaimanapun pemerhatian awal pihaknya mendapati gas di kawasan itu masih baru terbentuk dan bersifat setempat.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menyifatkan ia hanya satu penemuan biasa yang berlaku hasil tindak balas semula jadi.

Ahmad berkata, perkara itu tidak mustahil berlaku kerana kawasan tersebut sebelum ini adalah kawasan berpaya.

"Bagi saya ia perkara biasa dan tidak perlu diperbesar-besarkan. Selepas seminggu habislah, sebab tindak balas semula jadi yang menyebabkannya mengeluarkan gas. Banyak kejadian sebegini sebelum ini," katanya ketika ditemui di kediaman Seri Iman di sini, semalam.

Sinar Harian semalam menyiarkan mengenai seorang buruh yang terkejut apabila telaga tiub yang digali di belakang rumah seorang penduduk di Kampung Padang Macang, Manir dekat sini mengeluarkan gas yang dipercayai metana pada kedalaman 11 meter selepas dibuat ujian terhadap air dalam telaga yang digali.

Ahmad ditemui pada majlis meraikan 96 pelajar Terengganu yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Rusia, London dan Jordan di kediaman Seri Iman di sini, semalam.

Kerajaan Negeri melalui Yayasan Terengganu (YT) memperuntukkan sebanyak RM4 juta sebagai wang pendahuluan diri pelajar Seberang laut Sesi 2011, dengan sebahagian besarnya akan melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Moscow, Rusia dan Jordan serta London.

Terdapat empat pelajar cemerlang yang akan melanjutkan pelajaran di universiti terkemuka dunia iaitu Mohd Firdaus Samsudin yang akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Oxford, Lau Jia Cheng (Universiti Cambridge), Ester Ng Feng Ying (Kings College, London) dan Kharina Abdullah (London School of Economics).

Tergamam bebas tuduhan

Posted: 08 Sep 2011 05:00 PM PDT

Tergamam bebas tuduhan KOTA BHARU - Seorang penggembala kerbau tergamam di kandang pesalah selepas hakim Mahkamah Sesyen di sini, semalam melepas dan membebaskannya dari tuduhan membunuh, dua tahun lalu.

Keputusan Hakim Zainal Salleh itu sekali gus menyelamatkan Ismail Jusoh daripada dihukum 30 tahun penjara jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang dihadapinya.

Ismail, 57 berdepan tuduhan tanpa niat membunuh jirannya, Mohamed Jusoh, 73, dalam satu perselisihan faham di padang ragut Kampung Belimbing, Tanah Merah, jam 9 pagi, 19 Oktober 2009.

Zainal dalam keputusannya berkata, tertuduh menggunakan haknya untuk mempertahankan diri dan tindakan itu tidak melebihi peruntukkan undang-undang di negara ini.

Katanya, berdasarkan keterangan beberapa saksi, mangsa juga yang terlebih dahulu menyerang tertuduh dengan agresif.

"Mangsa bersama anak serta menatunya yang bersenjatakan sabit dan kayu datang ke tempat tertuduh dan dalam serangan itu, salah seorang daripada mereka memegang tertuduh.

"Biarpun ketika itu mangsa tercedera, dia masih menerkam tertuduh hingga semua terjatuh. Dalam kelam kabut itu, tertuduh tiada pilihan kecuali pertahankan diri," katanya.

Pada prosiding yang berakhir jam 10.50 pagi semalam, Ismail beberapa saat dilihat berdiri kaku di kandang pesalah sebelum didatangi anaknya, Mohd Arbain Ismail, 27 lalu memeluk Ismail.

Suasana tambah hiba apabila tertuduh menadah kedua-dua tangannya mengucap syukur sambil berlinangan air mata.

Dia yang ditemui di luar mahkamah berkata, dia gembira selepas dua tahun dibelenggu tuduhan bunuh tanpa niat itu.

Penyamun berbaju Melayu

Posted: 08 Sep 2011 05:00 PM PDT

Penyamun berbaju Melayu KUANTAN – Seorang suri rumah terkejut apabila dikunjungi dua lelaki tidak dikenali lengkap berpakaian baju Melayu ketika dia sedang menyapu sampah dan membersihkan halaman rumahnya di Sungai Koyan dekat Lipis, kelmarin.

Lebih menghairankan, tetamu asing yang berpura-pura tersalah rumah untuk berkunjung itu agak pelik kerana membawa bersama sebilah parang.

Keraguan wanita berusia 35 tahun itu berasas, apabila 'tetamu' yang kononnya mencari rumah 'Mak Cik Jenab' itu sebenarnya perompak.

Kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu menyebabkan suri rumah tersebut kerugian apabila rantai leher yang dipakai ketika kejadian lesap di kebas penyamun terbabit.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (Risikan dan Operasi) Superintenden Nordin Mustapha berkata, ketika kejadian mangsa sedang menyapu sampah di halaman rumah bersendirian manakala suami dan anak-anak berada di dalam rumah.

Menurutnya, mangsa mendakwa ternampak kedua-dua suspek itu beberapa kali melintasi rumahnya dengan menaiki sebuah motosikal sebelum memberhentikan kenderaan tersebut dan menghampirinya.

"Salah seorang suspek yang memakai baju Melayu itu menghampiri mangsa dan pura-pura bertanyakan rumah 'mak cik jenab' untuk pergi beraya.

"Mangsa yang cuba membantu tiba-tiba terkejut apabila salah seorang suspek cuba meragut rantainya dan dia bertindak melawan untuk menghalang tindakan penyamun itu sehingga berlaku pergelutan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Katanya , mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Sungai Koyan dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

"Polis kini sedang mengesan dan memburu ke dua-dua suspek yang berusia lingkungan 20 hingga 30an itu," katanya.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Enam motosikal terbakar di Seberang Jaya

Posted: 08 Sep 2011 05:00 PM PDT

Enam motosikal terbakar di Seberang Jaya

SEBERANG JAYA - Enam motosikal yang diletak di tempat parkir berbumbung di Flat D20, Gerbang Tuna di sini terbakar pagi tadi dipercayai akibat perbuatan khianat.

Tiga daripadanya musnah manakala tiga lagi hanya mengalami kerosakan kecil dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi. K. Tinesh Kumar, 23, berkata beliau sekeluarga yang tinggal di tingkat tiga flat berkenaan hanya menyedari kejadian itu selepas terdengar bunyi siren kenderaan bomba dan penyelamat yang tiba di tempat kejadian. "Saya terus bangun sebelum turun ke bawah dan terkejut apabila mendapati motosikal saya hangus terbakar," katanya.

Katanya, sebelum kejadian adiknya Vijitra, 16, dikatakan terdengar bunyi seperti orang membalingkan sesuatu objek tetapi tidak mengendahkannya.

Tinesh yang kerugian kira-kira RM4,000 juga menemui sebotol bekas petrol berhampiran motosikalnya.

S. Ganeson, 32, berkata beliau kerugian lebih RM10,000 apabila motosikalnya dan bapanya hangus terbakar.
Beliau berkata, ketika itu beliau sedang tidur dan terjaga selepas mendengar jiran-jirannya menjerit berlaku kebakaran.

"Saya terus menelefon bomba selepas melihat asap berkepul-kepul dari tempat letak motosikal," katanya.

Kesemua pemilik motosikal terbabit membuat laporan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Superintenden Baharudin Mustapha mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan. - Bernama

Lelaki lemas bot karam di Tasik Bersia, Temenggor

Posted: 08 Sep 2011 05:00 PM PDT

Lelaki lemas bot karam di Tasik Bersia, Temenggor

IPOH - Seorang lelaki mati lemas selepas bot yang dinaiki bersama rakannya tenggelam di Tasik Bersia, Temenggor, kira-kira 180 kilometer dari sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manaf Bahari, berkata mangsa yang mati lemas dalam kejadian jam 9 pagi semalam itu dikenal pasti sebagai Mohamad Khairu Zaid, 42, manakala rakannya Wan Zaini Wan Ismail, 32, terselamat selepas berjaya berenang ke tepi tasik.

"Mayat Mohamad Khairu yang juga siak masjid di Kampung Bersia, ditemui di dasar tasik pada kira-kira jam 6.30 petang semalam oleh pasukan marin dan dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Manaf berkata, ketika kejadian kedua-dua mereka dalam perjalanan ke kebun getah apabila enjin bot gentian kaca itu mengalami masalah menyebabkan bahagian depannya yang membawa muatan 100 batang benih getah dimasuki air lalu tenggelam.

Beliau berkata, mereka berdua bertindak terjun ke dalam tasik dengan Wan Zaini berjaya berenang ke tepi manakala Mohamad Khairu tenggelam ke dalam tasik.

Katanya, polis yang menerima laporan daripada Wan Zaini kemudian melancarkan operasi mencari dan menyelamat dengan bantuan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

"Kejadian dipercayai berpunca bot yang sarat muatan hingga menyebabkannya tidak seimbang dan karam," katanya. - Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Ribuan ikan mati di SUNGAI Chengkeh

Posted: 08 Sep 2011 05:00 PM PDT

Ribuan ikan mati di SUNGAI Chengkeh PONTIAN - Ribuan ekor ikan mati dengan bangkainya yang timbul dan terdampar di Sungai Chengkeh, Kampung Sungai Chengkeh, di sini, awal pagi semalam, dipercayai akibat daripada air sungai yang tercemar.

Bukan itu sahaja, dalam tinjauan yang dilakukan di sepanjang sungai itu turut mendapati hidupan lain seperti siput, ketam dan lokan juga ditemui mati.

Seorang penduduk Abdul Hamid Ahmad, berkata, kejadian itu adalah pertama kali berlaku melibatkan keseluruhan Sungai Chengkeh yang berhubung terus dengan Sungai Pulai.

Menurutnya, sejak menjadi nelayan, itulah kejadian terburuk pernah berlaku yang mengakibatkan nelayan terjejas mata pencarian.

"Sehari sebelum kejadian, penduduk ada memberitahu banyak udang terdampar di tepi sungai, tetapi hari ini (semalam) ikan pula yang menjadi mangsa.

"Selain itu, hidupan laut lain seperti ketam. lokan dan sebagainya turut mati di kawasan bakau di pesisir sungai ini," katanya kepada Sinar Harian.

Polis tunggu Peguam Negara

Posted: 08 Sep 2011 05:00 PM PDT

Polis tunggu Peguam Negara KUALA LUMPUR – Polis kini menunggu arahan selanjutnya daripada Peguam Negara, selepas kertas siasatan terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong dihantar kelmarin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kertas siasatan dihantar sudah dilengkapkan bersama maklumat hasil siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan atas kesalahan melibatkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

"Kita sudah jalankan tugas dan hanya tunggu arahan daripada pihak atasan, sama ada untuk tindakan selanjutnya.

"Terpulang kepada pihak Peguam Negara untuk menentukan bentuk tindakan terhadap kes itu, selepas menilai kertas siasatan yang diserahkan," katanya pada sidang akhbar semalam.

Kelmarin Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob mengesahkan kertas siasatan berhubung kes dihantar ke Bukit Aman kelmarin untuk diteliti dan dirujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya.

Menurutnya, keterangan Mohamad Sabu direkodkan pada Ahad lalu, manakala sebanyak 68 kenyataan turut diambil termasuk daripada pemberita, saksi bebas serta individu yang membuat laporan polis terhadapnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ismail turut melahirkan rasa kecewa serta kesal terhadap tindakan Mohamad Sabu yang dilihat cuba memutarbelitkan fakta sejarah.

"Kita tidak tahu apa motif beliau. Jika dilihat kepada jumlah 4,643 bilangan individu yang terkorban termasuk polis, askar dan orang awam pada kedua-dua fasa darurat ketika zaman Komunis, beliau sepatutnya tidak mengeluarkan kenyataan sebegitu.

"Orang ramai juga boleh menilai sendiri, apakah wajar atau tidak tindakan tersebut (mengeluarkan kenyataan)," katanya.

Malaysia sertai dua protokol

Posted: 08 Sep 2011 05:00 PM PDT

Malaysia sertai dua protokol KUALA LUMPUR - Malaysia akan menyertai dua Protokol Pilihan Kepada Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak yang diperkenalkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata, Jemaah Menteri meluluskan penyertaan Malaysia dalam dua protokol, protokol perlindungan penjualan, pelacuran dan pornografi kanak-kanak; dan protokol perlindungan kanak-kanak daripada melibatkan diri dalam konflik senjata.

Katanya, penyertaan Malaysia dalam dua protokol itu bertujuan membendung masalah yang sering menimpa kanak-kanak di negara ini terutama penderaan dan pemerdagangan kanak-kanak untuk eksploitasi seks.

"Jemaah Menteri bersetuju Malaysia menyertai dua protokol pilihan sebagai tambahan melindungi hak kanak-kanak," katanya.

Berikutan itu, katanya, kementerian akan merangka beberapa program yang memberi kesedaran kepada penjaga kanak-kanak dan remaja mengenai isu itu dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran.

"Kerajaan serius mengatur strategi membendung masalah ini, ada kanak-kanak yang bawah umur tanpa tahu baik dan buruk menyebarkan gambar bogel mereka di Internet, mereka ini tidak tahu bahaya buat begitu," katanya.

Terdahulu, Shahrizat menyertai barisan panel dalam bual bicara bersama enam remaja mengenai impian dan harapan mereka serta perbincangan mengenai peluang yang disediakan kerajaan kepada golongan remaja.

Turut menjadi panel, Wakil Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unicef) ke Malaysia Hans Olsen.

Shahrizat dalam bual bicara itu berkata, remaja adalah aset penting negara yang perlu didekati serta difahami sebaik-baiknya, dan pendapat yang mereka utarakan boleh menjadi buah fikiran kepada kerajaan dalam melaksanakan dasar.

"Mereka sudah dewasa untuk dilayan sebagai kanak-kanak, namun masih terlalu muda untuk dilayan sebagai orang dewasa... tetapi pada peringkat remaja ini, mereka kadang-kadang boleh menilai perasaan untuk menjadi lebih bertanggungjawab kepada diri, keluarga dan negara," katanya pada bual bicara kira-kira sejam itu.

Seorang daripada remaja itu, Alayna Rani Sreenivas berkata: "Saya berasa lebih bertanggungjawab ke atas semua tindakan saya, ia adalah hak kami untuk turut serta ke arah sebuah negara dan dunia yang lebih baik.

"Terdapat seramai 1.2 bilion remaja daripada populasi dunia... begitulah banyaknya idea yang tidak harus diabaikan," katanya. - Bernam

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

MAS suara kekecewaan terhadap kenyataan kesatuan

Posted: 08 Sep 2011 05:00 PM PDT

MAS suara kekecewaan terhadap kenyataan kesatuan

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines (MAS) menyuarakan kekecewaan terhadap pelbagai laporan berita mengenai ancaman tindakan industri oleh tiga kesatuan dalam MAS.

Menurut MAS, Kesatuan Pekerja-pekerja MAS Semenanjung Malaysia (MASEU), Kesatuan Pekerja Penerbangan Sarawak (AWUS) dan Kesatuan Sekerja Penerbangan Sabah (ATWUS), turut dibabitkan dalam pelbagai urusan berkaitan Kerangka Kerja Usaha Sama Komprehensif (CCF).

"MAS mahu menjelaskan bahawa CCF bukannya membabitkan pertikaian perdagangan dan menganggap CCF sebagai urusan pengurusan, lembaga pengarah dan pemegang saham yang dilakukan dengan mengambil kira kepentingan terbaik syarikat itu.

"Bagaimanapun MAS sentiasa meletakkan kepentingan pekerja sebagai keutamaan dalam semua keputusan perniagaan," kata syarikat penerbangan negara itu dalam satu kenyataan.

Menurut MAS, ia sudah akan terus membabitkan kesatuan.

"Pengurusan kini bekerja keras untuk menyelesaikan butiran penggabungan dan akan mengumumkannya secara rasmi, tertakluk kepada kelulusan pengawal aturan, pada masa yang sesuai," menurut kenyataan itu.

Semalam tiga kesatuan itu yang dianggotai 15,000 kakitangan mengumumkan anggotanya akan berpiket berikutan pertukaran saham syarikat penerbangan kebangsaan itu dengan AirAsia.

Presiden Maseu, Alias Aziz, dilaporkan berkata mereka berpendapat bahawa janji niaga itu tidak akan memberikan manfaat kepada MAS dan percaya pengurusan baru syarikat penerbangan itu merancang mewujudkan satu jenama baru dalam syarikat penerbangan sebagai sebahagian daripada langkah menghapuskan kesatuan. - Bernama

Pemandu nyaris maut kontena terbakar ,

Posted: 08 Sep 2011 05:00 PM PDT

Pemandu nyaris maut kontena terbakar

SUNGAI PETANI - Seorang pemandu kontena terlepas daripada maut selepas diberitahu tayar lori yang dipandunya terbakar di Kilometer 89.7 di Lebuhraya Utara-Selatan dekat sini, hari ini.

Mohamad Fauzi Marzuki, 29, bernasib baik kerana tayar kiri belakang lori kontena itu yang mengandungi muatan kayu seberat 25 tan tidak meletup semasa terbakar.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seorang pemandu wanita kerana memotong di KM80 untuk memberitahu mengenai kebakaran itu kira-kira 11 pagi," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Mohamad Fauzi dari Changlun, Kedah, memberitahu beliau terus berhenti di tepi lebuh raya untuk memeriksa lorinya.

"Sebaik berhenti saya melihat api sedang marak dan tiba-tiba tayar tersebut meletup. Saya kemudian memisahkan kepala lori daripada kontena," katanya.

Menurutnya beliau dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam ke Pelabuhan Pulau Pinang untuk menghantar kayu terbabit.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Khairil Syamsul Mohd Yusof berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 11.01 pagi dan tiba di tempat kejadian dalam masa 19 minit.

Katanya, tiga buah jentera, dua dari Sungai Petani dan sebuah dari Guar Chempedak dengan anggota berjumlah 14 orang dikejarkan ke tempat kejadian dan mendapati kira-kira 30 peratus daripada kontena itu sedang terbakar.

"Anggota Bomba mengambil masa hanya beberapa minit untuk memadam api," kata Khairil Syamsul dan menambah punca kejadian masih disiasat. - Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Menentang nafsu jahat dalam diri

Posted: 08 Sep 2011 05:00 PM PDT

Ramadan yang syahdu sudah berlalu. Kini kita berada dalam Syawal yang ditunggu-tunggu. Sebulan berpuasa kemudian diteruskan sebulan berhari raya, adalah matematik yang logik tetapi tidak masuk akal. Kepada yang mengamalkan sikap ala kadar, seminggu berhari raya dicampur dengan puasa enam yang sunat, itu sudah memadai.

Peningkatan kematian dan status kemalangan jalan raya tetap tidak berubah berbanding tahun-tahun terdahulu. Inikah makna kemajuan, zaman moden dan canggih dengan sistem mengesan kelajuan, alat pandu arah dan sebagainya? Malah tahun ini jumlah kematian meningkat lebih banyak berbanding tahun lepas.

Memang ramai sungguh yang menggadai nyawa di jalan raya dengan memandu laju, tidak berhemah. Kita yang sama-sama memandu, jadi takut. Silap-silap kita teraniaya angkara kesilapan orang lain. Dirempuh dari haluan bertentangan atau bontot kereta kita dicium muncung kereta orang lain – inikah Ramadan dan Syawal yang kita mahu raikan?

Selain karenah jalan raya, hari raya tahun ini juga berlainan sungguh berbanding tahun-tahun sebelumnya. Dulu, anak-anak masih ikut cakap kita. Sekarang sudah besar dan ada rakan-rakan rapat mereka sendiri. Kini mereka mengatur jadual raya sendiri. Segala rancangan kita berhari raya sekeluarga mesti pula mengikut jadual mereka.

Masakan tidak, kita jadi kasihan pula apabila mereka mahu berjumpa rakan-rakan dari Perak, dari Johor, Kelantan, Sarawak yang balik berhari raya. Itu belum termasuk yang balik dari United States, dari Los Angeles, dari Moscow. Mereka mahu berjumpa sesama mereka sebelum berpisah dan balik ke kampus masing-masing, lagi dua tahun baru berpeluang beraya sama.

Inilah pengorbanan. Tak mengapalah, biar mereka gembira. Hari kita untuk gembira ada banyak lagi, di segenap sudut. Bukankah nafsu jahat selalu sahaja menggoda kita supaya semua orang mengikut telunjuk kita? Ya itu nafsu jahat yang harus ditentang. Samalah juga dengan nafsu yang suka untuk melihat orang lain jatuh dan nampak bersalah.

Musuh (nafsu jahat) akan menyerang dari segala kelemahan yang kita ada. Mereka akan merencana pelbagai dakyah supaya amalan baik kita berkurangan. Mereka akan bertepuk tangan apabila melihat kita tersungkur. Dalam kes ini, anak-anak yang menjadi mangsa. Kasih sayang kita ini tinggi nilainya, jadi janganlah kita runtuhkan nilai itu semata-mata kerana mementingkan diri sendiri.

Saya tertarik untuk berkongsi tulisan di bawah yang ditemui dalam laman web iluvislam.com:

"Jika musuh kita menyerang daripada segenap sudut yang ada, adakah kita akan selamat dengan bertahan hanya pada satu sudut?"

"Jika mata kita selamat daripada melihat aurat belum tentu telinga kita selamat daripada mendengar orang mengumpat."

"Jika tangan kita bebas daripada mencuri, belum tentu kaki kita terhindar daripada melangkah ke tempat maksiat."

"Jika mulut kita bersih daripada yang haram, belum tentu kemaluan kita terhindar daripada dosa dan rangsangan."

Nafsu (daripada segala jenis nafsu) adalah sebahagian daripada diri kita yang jika tidak dikawal akan menyusahkan kita. Oleh sebab itu, kawallah nafsu bukan kita dikawal olehnya.

Kita sebenarnya tidak selamat jika kita hanya bertahan daripada satu sudut. Kita memerlukan sistem pertahanan yang memelihara kita daripada segenap sudut. Kita mesti menahan seluruh anggota yang mungkin diserang oleh musuh termasuk hati. Ya, sekalipun jasad kita selamat daripada benar-benar tewas, hati kita mungkin diserang penyakit yang sukar diubati.

Tetapi bagaimana dengan ibu ayah? Suami, isteri dan anak-anak? Bagaimana dengan jiran dan sahabat handai? Apakah kita mahu selamat seorang diri sedangkan al-Quran memerintahkan untuk kita menjaga diri dan juga ahli keluarga daripada api neraka?

Saya tidak dapat bayangkan kalau nafsu jahat saya melarang anak-anak berjumpa kawan-kawan mereka. Atau saya buat arahan semua orang mesti mengikut cakap kami suami isteri. Alangkah kecewanya hati yang baru bertunas itu. Kami boleh kalau mahu. Namun syukur Alhamdulillah, sikap rasional itu berjaya mematikan nafsu jahat.

Sama seperti nafsu jahat yang kini menyuruh kita saling adu domba; Mat Sabu betul atau salah fakta dalam kes Bukit Kepong? Atau menyuruh bapa Allahyarham Noramfaizul menyaman Kelab Putera 1Malaysia kerana kes kematian di Somalia? Semua itu adalah nafsu jahat yang menyuruh kita bergaduh sesama Islam. Siapa untung? Kitalah yang rugi nanti...

Semua itu adalah ujian untuk melihat utuhkah Islam yang sayangkan kedamaian. Islam, agama yang menyuruh kita tebalkan makna kasih dan sayang, menjauhi prasangka dan hati yang jahil.

Tragedi di hotel musim raya

Posted: 08 Sep 2011 05:00 PM PDT

Berita awal pagi yang disiarkan stesen radio popular itu memang menyentap perasaan: "Kira-kira 300 ekor kucing berjaya diselamatkan setelah dikatakan kebuluran dalam kurungan di pusat jagaan haiwan..."

Saya segera teringat si Kenit. Sehari sebelum lebaran saya dan isteri menghantarnya ke sebuah 'hotel kucing'. Saya telah membuat tempahan awal menempatkan kucing berusia enam bulan itu sebab kami akan seminggu beraya di kampung.

Ini pengalaman pertama kami ke pusat jagaan kucing, dan amat mengejutkan. Ada kira-kira 50 sangkar besi yang dijadikan bilik untuk 'tetamu'. Bayaran sewa bilik RM10 sehari, tidak termasuk makanan.

Ketika kami tiba, kebanyakan bilik telah berpenghuni berbagai spesies. Menurut wanita tuan punya 'hotel', semua bilik sudah penuh ditempah sejak pertengahan puasa. Ada sebilik untuk dua atau tiga penghuni, ada yang sebilik untuk satu penghuni.

Sekiranya ada 100 ekor kucing ditempatkan di situ selama seminggu, dan setiap satu dikenakan RM10 sehari, tauke hotel akan mendapat RM7,000. Baru saya tahu 'hotel kucing' pun satu bisnes yang baik, lebih-lebih lagi pada musim-musim perayaan.

Hotel itu sentiasa ada penghuni, paling tidak pun 50 peratus bilik akan diisi setiap hari sepanjang tahun. Ada kucing Siam, kucing Parsi, dan kucing daripada baka-baka terhebat, yang harganya mungkin RM ribu-ribu seekor.

Kenit adalah kucing biasa, mungkin tidak ada yang sanggup membeli walaupun RM1. Kami menemuinya ketika berjoging mengelilingi tasik Subang Jaya, satu pagi minggu. Dia masih terlalu kecil, mungkin tidak sampai sebulan, mengiau tidak henti-henti sambil berjalan terhincut-hincut.

Simpati dengan keadaannya yang kebuluran dan dibasahi embun itu, kami membawanya pulang. Baru disedari kaki belakang sebelah kanannya ditusuk duri, itu yang membuatkan dia berjalan selalu tersenget-senget.

Kami mencabut duri di kaki, memandikannya dan mengelap tubuhnya. Terharu betul ketika diberi makan, kucing kecil itu melahapnya hingga licin. Agaknya dia sudah tidak makan berhari-hari. Siapa agaknya yang tergamak membuang haiwan tidak berdosa itu di tepi tasik?

Lebih mengharukan apabila setelah kenyang, dia tidur lena di bawah meja. Kami memutuskan untuk membela kucing jantan itu, dan memberi nama mengikut bentuk tubuhnya yang kecil lagi kurus itu. Setelah lebih enam bulan menjadi anak angkat, nama itu sebenarnya tidak sesuai lagi, sebab bentuk tubuhnya sudah jauh berubah.

Dia sebenarnya menjadi penghibur keluarga. Ketika menonton TV, Kenit akan lepak di hadapan skrin sambil sekali-sekala melompat keriangan, macamlah dia faham apa yang kami tonton. Ketika kami membaca akhbar dia akan mencakar-cakar kertas.

Ketika saya masuk kereta untuk ke pejabat dia menghantar saya hingga ke pintu pagar. Ketika saya pulang sebelah petang, dia menunggu di muka pintu. Tidak sangka haiwan yang terbuang di tasik, boleh menjadi begitu manja.

Kali terakhir kami mengusap tubuhnya ialah ketika Kenit dimasukkan ke dalam 'bilik' di hotel tidak bernama itu. Dia macam sedih hendak ditinggalkan, tidak mengiau tetapi sempat menggigit jari kelengkeng saya.

Tiga empat hari beraya sakan di kampung, kami lupa pada si Kenit. Hanya setelah mendengar berita radio pagi itu, barulah kucing itu kembali dalam ingatan. Kebimbangan pun segera menerjah fikiran.

Menurut laporan radio, juga berita yang disiarkan di sebuah akhbar perdana hari yang sama, keadaan kucing-kucing tersebut amat teruk. Mereka ditempatkan berasak-asak dalam sarang dengan tubuh basah kerana air kencing sesama sendiri.

Beberapa ekor kucing yang ditempatkan di situ telah mati, dipercayai akibat kebuluran atau sesak. Menurut akhbar, 50 laporan polis telah dibuat oleh pemilik kucing terhadap dua pusat penjagaan kucing di Damansara Damai, Petaling Jaya dan Desa Moccis Sungai Buloh.

Kami memandu sejauh 200 kilometer dari kampung di Muar, meredah kesesakan lalu-lintas sepanjang lebuh raya, dengan setiap saat penuh debaran, sambil tertanya dalam kebimbangan: apakah Kenit menerima nasib yang sama?

Akhirnya semua tersenyum panjang dan bernafas lega. Kenit mengiau dan melompat-lompat gembira ketika kami mengambilnya di 'hotel' Seksyen 18, Shah Alam. Kak Yong pemilik 'hotel' itu memahami perasaan kami, dan memberitahu semua penghuni hotelnya dilayan baik, tidak ada seekor pun yang didera. Kenit membuktikan itu.

Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved