Sabtu, 10 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Penoreh bunuh gadis dihukum gantung sampai mati

Posted: 09 Sep 2011 05:00 PM PDT

ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang penoreh getah selepas dia didapati bersalah membunuh seorang gadis dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zakiah Kassim menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Haris Abdul Talib, 28, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah.

Mohd Haris dituduh membunuh Farhanim Ahmad Ibrahim, 17, sebelum mayatnya yang telah reput ditemui pencari madu lebah dalam belukar di kampung Carok Kapas di Kupang, Baling.

Dia melakukan pembunuhan ke atas Farhanim antara 29 Mac 2009 pukul 6 pagi hingga 4 April 2009 pukul 2.40 petang di kawasan belukar terbabit dan dia didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman gantung sampai mati mandatori.

Mohd Haris merayu terhadap hukuman itu.

Dalam penghakimannya, Zakiah secara peribadi menasihatkan Mohd Haris agar memperbaiki diri supaya menjadi insan yang lebih baik dan beriman sementara menunggu keputusan rayuannya.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Nor Hasnita Wan Daud, manakala tertuduh diwakili peguam KT Jayaraj.- Bernama

Malaysia mampu raih pingat emas badminton di CYG2011

Posted: 09 Sep 2011 05:00 PM PDT

Malaysia mampu raih pingat emas badminton di CYG2011

KUALA LUMPUR - Atlet remaja negara dalam acara badminton di temasya Sukan Belia Komanwel 2011 (CYG2011) di Isle of Man, United Kingdom mampu menghadiahkan pingat emas buat Malaysia.

"Badminton memastikan kecemerlangan dalam Sukan Belia Komanwel keempat di sini dengan lima penampilan di perlawanan akhir, sekaligus menjanjikan enam pingat untuk kontinjen negara.

"Tidak terkecuali, jika semua perancangan menjadi, lapan pingat boleh di bawa pulang kerana peserta Malaysia turut beraksi dalam penentuan pingat gangsa acara beregu campuran dan perseorangan wanita," kata ketua kontinjen Malaysia ke CYG2011 Rosmanizam Abdullah dalam kenyataan di sini hari ini.

Acara badminton temasya CYG2011 itu berlangsung di Pusat Sukan Nasional Douglas.

Pingat emas pertama Malaysia telah dipastikan dalam acara beregu wanita, apabila pasangan Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean akan bertemu rakan sepasukan, Sonia Cheah-Yang Li Lian pada perlawanan akhir.

Peluang Malaysia juga terletak di bahu pemain perseorangan lelaki Zulfadli Zulkifli yang akan menentang Sameer Verma dari India manakala Sonia akan menentang Pusaria Sindhu dari India pada perlawanan akhir perseorangan wanita.

Pasangan Nelson Heg-Teo Ee Yi dalam acara beregu lelaki juga berpeluang meraih pingat emas apabila mara ke peringkat akhir, di mana mereka akan bertemu Ryan McCarthy-Tom Wolfenden dari England.

Malaysia turut mara ke peringkat akhir acara beregu campuran melalui Teo Ee Yi-Chow Mei Kuan, yang akan bertemu Srikanth Kidambi-Maneesha Kukkapalli dari India.

Selain badminton, Malaysia juga mengambil bahagian dalam acara olahraga, berbasikal dan akuatik (renang).

Pada edisi 2008 di Pune, India, kontinjen negara meraih tiga emas, lima perak dan empat gangsa. Dua daripada tiga pingat emas di India itu disumbangkan acara badminton dan satu daripada acara menembak.- Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

'BN Kedah politik kampung'

Posted: 09 Sep 2011 05:00 PM PDT

'BN Kedah politik kampung' KOTA SARANG SEMUT - Pas Kedah tidak tergugat dengan penyebaran risalah 'Pembohongan Kerajaan Pas Kedah dalam buku Pencapaian Kita' mahupun buku Sejahterakah Kedah? yang diedarkan oleh BN Kedah, kerana yakin rakyat bijak membuat tafsiran dan penilaian.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pihaknya tidak gentar dengan fakta yang diputarbelitkan itu kerana Pas Kedah sudah membuktikan pencapaian tiga tahun lalu menerusi buku Kedah Sejahtera 2008 Pencapaian Kita.

"Itu hak mereka untuk menjawab buku yang kita terbitkan. Sebelum ini mereka cabar kita tunjuk bukti, kita terbitkan buku. Sekarang mereka kata kita bohong pula, biarlah rakyat menilainya.

"Rakyat bukan mudah lupa apa yang mereka lakukan 50 tahun lalu," katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Pas Kedah di Kompleks Pas Kedah, semalam.

Menurutnya, tindakan BN Kedah yang mengungkit kononnya segala pelaburan di negeri ini adalah usaha kerajaan BN terdahulu turut disangkal Azizan, dan menyifatkan pemimpin BN mengamalkan politik kampung.

"Mereka bercakap seolah-olah tak faham perlembagaan. Kedah sebahagian daripada Persekutuan Malaysia.

"Kedah layak mendapat saluran dana dan jika tak mahu Pusat ada kaitan dengan Kedah, baik kita isytiharkan Kedah sebagai sebuah negara," katanya.

Azizan turut menyelar pentadbiran BN sebelum ini yang didakwanya tidak cekap berbanding kerajaan Pas yang mampu menambah pendapatan negeri hanya dalam tiga tahun.

"Saya nak tanya siapa lebih cekap mentadbir? BN dapat RM8 juta bagi 2,400 hektar kawasan balak, kita dapat hasil RM53 juta keluasan sama. Anda nilai sendiri," katanya.

Ditanya sama ada pihaknya akan mendedahkan lebih banyak kepincangan mahupun penyelewengan kerajaan BN terdahulu kerana tindakan parti itu 'menyerang'nya, Azizan berkata, hanya masa akan menentukannya.

"Banyak penyelewengan mereka cuma kita tak mau dedah saja. Jangan bagi saya serang balik. Saya lebih suka menjawab serangan bagi mempertahankan tuduhan, saya bukan jenis orang yang suka serang orang. Bila saya kena serang baru saya jawab, tapi ada masa kena serang untuk jawab serangan," katanya.

» selanjutnya...

Dua beradik gantung diri

Posted: 09 Sep 2011 05:00 PM PDT

Dua beradik gantung diri LAHAT - Akibat tidak mampu menanggung bebanan hutang, dua beradik nekad menamatkan riwayat dengan menggantung diri di ruang makan rumah mereka di Taman Badri Shah di sini, semalam.

Kedua-dua beradik itu dipercayai membuat pinjaman wang dengan ah long namun tidak mampu membayarnya kerana jumlah faedah terlalu tinggi.

Kematian Hew Kong Chen, 43 dan Hew Hong Weh, 38, disedari abang mereka Hew Kong Han, 46, yang pulang ke rumah selepas keluar kira-kira jam 11 pagi.

Kong Han yang masih terkejut dengan kematian kedua ahli keluarganya tidak percaya perkara itu berlaku hanya dalam sekelip mata.

Menurutnya, sewaktu kejadian, dia keluar daripada rumah kira-kira jam 11 pagi manakala kedua-dua adiknya tidak menunjukkan sebarang perbuatan yang mencurigakan.

"Bagaimanapun, tidak sampai satu jam saya pulang semula ke rumah dan melihat pintu serta tingkap rumah tertutup rapat sedangkan sebelum ini ia sentiasa terbuka kecuali pada waktu malam.

"Apabila melangkah masuk ke dalam rumah, alangkah terkejutnya saya apabila melihat kedua-dua adik dalam keadaan tergantung di siling di bahagian ruang makan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Ketiga-tiga adik beradik terbabit menetap di rumah itu sejak 20 tahun dulu namun keadaan rumah agak suram sejak setengah tahun lalu selepas kematian ibu tercinta.

Kong Chen dan Hong Weh pernah bekerja sebagai jurukimpal bersama-sama abang mereka namun berhenti sejak setahun yang lalu.

Selain itu, mereka juga mempunyai seorang abang dan kakak yang tinggal di Kuala Lumpur serta Johor.

Dalam perkembangan sama, Kong Han berkata dia tidak menyangka adik-adiknya mengambil keputusan membunuh diri kerana mempunyai masalah kewangan yang serius.

"Sepatutnya mereka berbincang dahulu dengan saya kerana setiap masalah yang berlaku pasti ada jalan penyelesaiannya," katanya yang kesal dengan tindakan kedua adiknya itu.

Terkejut lihat polis di rumah jiran

Jiran mangsa, G Kunaselvi, 28, terkejut melihat beberapa kereta peronda polis berada di hadapan rumah jiran sewatu dia untuk makan tengah hari.

"Kami sekeluarga terkejut apabila diberitahu kedua-dua adik beradik yang tinggal di rumah itu mati gantung diri," katanya yang sudah menetap di kawasan perumahan itu sejak lahir.

Kunaselvi berkata, jirannya itu tidak membawa masalah kepada penduduk setempat namun mereka dipercayai pernah keluar masuk penjara akibat masalah dadah.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ahmad Termizi Abdul Haq berkata, kejadian itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut memandangkan tiada unsur-unsur jenayah ditemui pada kedua-dua mangsa.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa maut jerutan kuat daripada tali nilon yang digunakan mereka untuk menggantung diri di siling ruang makan.

"Mayat mangsa di bawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Pemohon dapat bantuan segera

Posted: 09 Sep 2011 05:00 PM PDT

Pemohon dapat bantuan segera SHAH ALAM - Unit Selamat Akidah (USA) yang baru ditubuhkan minggu lalu berjaya menyampaikan bantuan zakat kepada individu memerlukan dalam masa singkat.

Pegawainya, Al Hafiz Abd Wahab berkata, sejak ditubuhkan pada 27 Ogos lalu, ramai individu yang menerima bantuan daripada pihak gereja tampil mendapatkan bantuan.

"Sekiranya permohonan yang dihantar di waktu pagi kepada LZS dari USA, pada hari sama pegawai LZS akan pergi ke rumah pemohon untuk menyampaikan bantuan.

"Borang yang disediakan LZS yang digunakan khas oleh USA banyak mempermudahkan proses permohonan bagi individu yang pernah menerima bantuan dari pihak gereja," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ketika ditanya mengenai jumlah sebenar individu yang dikenal pasti menerima bantuan daripada pihak berkenaan Hafiz berkata, pihaknya enggan mendedahkan maklumat tersebut.

"Kita khuatir sekiranya jumlah individu yang menerima bantuan didedahkan kepada umum, ia akan mengganggu keselesaan mereka," katanya.

Beliau turut menjelaskan, sejak unit ini dilaporkan dalam media, pelbagai panggilan diterima pegawai USA, termasuk pihak yang meminta bantuan kewangan untuk memulakan perniagaan.

Menurutnya, bagi pemohon yang tidak pernah menerima bantuan daripada pihak gereja, USA akan tetap membantu untuk mendapatkan bantuan zakat.

"Pihak kami mahu menjelaskan, fungsi utama unit ini adalah untuk membantu menyelesaikan masalah kritikal akidah termasuk membantu individu yang terikat dengan bantuan pihak berkenaan.

"Namun, sekiranya wujud pemohon yang tidak berkaitan dengan masalah ini tetapi memerlukan bantuan kewangan, unit ini akan berusaha untuk membantu," katanya.

Beliau berkata, setiap pemohon bantuan, akan disemak terlebih dahulu latar belakang bagi menentukan mereka menepati syarat yang ditetapkan selain mengelakkan kecenderungan membuat penipuan.

USA adalah satu pusat khidmat yang bertujuan membantu umat Islam dan mengelakkan mereka mendapatkan bantuan daripada pihak lain.

Unit berkenaan ditubuhkan memandangkan masalah yang dihadapi oleh orang Islam di Selangor, khasnya berhubung isu murtad yang kini menarik perhatian umum.

Jual pucuk paku sara enam anak

Posted: 09 Sep 2011 05:00 PM PDT

Jual pucuk paku sara enam anak KEPONG –"Dengan hasil pendapatan menjual pucuk paku inilah saya membesarkan enam anak. Walaupun hanya memperoleh pendapatan sebanyak RM25 hingga RM30 sehari, saya mampu membesarkan enam orang anak," luah seorang bapa, Rahmat Ismail, 40.

Rahmat berkata, seawal 6 pagi, dia dan isteri, Mek Selema Ngah, 42, keluar menjual pucuk paku di Pasar Borong Gong Pauh dengan menaiki basikal dan pada sebelah petangnya pula, dia akan mengutip sayur-sayuran kampung untuk dijual keesokannya pula.

Minat berniaga

"INILAH rutin harian saya sekiranya cuaca mengizinkan, tetapi jika musim hujan, saya mencari ikan sungai untuk dijual, dapatlah menampung perbelanjaan.

"Hendak buat macam mana, ini sahaja yang dapat dilakukan untuk menyara anak," katanya kepada pihak media ketika ditemui di rumahnya di sini.

Dalam kunjungan itu, Rahmat yang sebelum ini pernah bekerja sebagai pemandu van di salah sebuah kedai aluminium di Pulau Kambing 11 tahun lalu, berharap dia mempunyai: pekerjaan tetap supaya mudah mencari rezeki.

"Saya minat berniaga, kalau boleh saya mahu memiliki tapak niaga yang memudahkan saya menjual pucuk paku dan sayur-sa-yuran lain sebagai pendapatan tetap bagi menyara keluarga.

"Maklum sahajalah, jika mencari pucuk paku dalam baruh, risikonya tinggi dan kadang-kadang kasihan juga melihat isteri terpaksa turut sama mengutip sayur-sayuran kampung setiap hari untuk dijual," katanya.

Anak tidak minat sekolah

BERIKUTAN masalah keluarga itu juga, empat anaknya, Norida, 17, Norsafikah, 15, Mohd Haris, 13 dan Mohd Aiman Hakimi, 5, tercicir daripada pelajaran malah ada yang hanya mendapat pendidikan di sekolah rendah.

Sebagai bapa, jauh di sudut hatinya, dia mengharapkan anaknya mendapat pendidikan sempurna, tetapi apakan daya, mereka sendiri memilih untuk tidak bersekolah walaupun sudah banyak kali diberi nasihat.

Sinar Harian sempat menemu bual Norida, dan dia memberi jawapan yang mengecewakan iaitu tidak mahu bersekolah, tetapi tidak pula menyatakan alasannya.

"Saya tidak mahu ke sekolah, tetapi mahu mengambil peperiksaan SPM seperti kawan lain," katanya yang tinggal di dalam rumah serba kekurangan dan tidak memiliki bekalan elektrik serta air ini.

Caj kad pra bayar tidak patut: Pelindung

Posted: 09 Sep 2011 05:00 PM PDT

Caj kad pra bayar tidak patut: Pelindung KOTA BHARU – Tidak patut dan membebankan. Rata-rata itu reaksi pengguna perkhidmatan prabayar dan juga pertubuhan bukan kerajaan terhadap caj perkhidmatan enam peratus bagi pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan kad Sim mulai Khamis ini.

Presiden Persatuan Pelindung Pengguna Kelantan (Pelindung), Ahmad Othman berkata, langkah kerajaan membenarkan syarikat telekomunikasi (Telco) mengenakan caj perkhidmatan itu membebankan pengguna terutamanya golongan miskin.

"Tidak patut caj enam peratus itu dikenakan kerana kebanyakan pengguna prabayar adalah pelajar, buruh, mereka yang bekerja sendiri dan berpendapatan tidak tetap seperti bekerja kampung.

"Pelaksanaan ini langkah tidak bertimbang rasa dan ia bukan langkah terbaik memandangkan pilihan raya umum semakin hampir membuatkan rakyat nampak kerajaan semakin menindas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Telco menguatkuasakan caj perkhidmatan itu terhadap pengguna prabayar dan juga pek permulaan kad Sim mulai 15 September ini yang dilihat membebankan golongan berpendapatan rendah.

Mengakui turut menerima rungutan daripada pengguna di negeri ini, beliau juga memberikan reaksi sama tidak bersetuju dengan langkah kerajaan itu memandangkan masyarakat baru menyambut Aidilfitri dan langkah itu memberi tekanan baru kepada rakyat.

Menurutnya, kini bukan masanya kerajaan membuat keputusan itu kerana masyarakat berpendapatan rendah dan sederhana paling terbeban dengan pelaksanaan caj enam peratus berkenaan yang dilakukan tergesa-gesa.

Seorang pelajar Nazrul Asyraf, 21 berkata, caj itu tidak patut bebankan pengguna yang sekian lama menggunakan perkhidmatan prabayar. Jika caj enam peratus setiap pek tambah nilai RM10.60 dan hanya dapat guna berapa sen sahaja.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Keadaan jerebu seluruh negara semakin pulih

KUALA LUMPUR - Jerebu di seluruh negara semakin pulih sehingga 5 petang ini dengan 24 kawasan merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) baik berbanding 19 kawasan pukul 11 pagi ini dan 18 kawasan pukul 7 pagi ini.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan sebanyak 27 kawasan merekodkan IPU sederhana sehingga 5 petang ini berbanding 32 kawasan pukul 11 pagi ini dan 34 kawasan pukul 7 pagi ini.

JAS juga melaporkan sehingga 5 petang ini tiada kawasan mencatatkan IPU tidak sihat, sangat tidak sihat atau berbahaya.

Lima kawasan mencatat IPU tertinggi ialah Nilai, Negeri Sembilan (78); Batu Muda, Kuala Lumpur (71); Petaling Jaya, Banting di Selangor dan Cheras, Kuala Lumpur masing-masing mencatat 70, menurut JAS dalam laman sesawangnya.- Bernama

Cukai 6% tiada kaitan dengan pilihan raya - Awang Adek

Posted: 09 Sep 2011 05:00 PM PDT

Cukai 6% tiada kaitan dengan pilihan raya - Awang Adek

BACHOK - Tuduhan sesetengah pihak kononnya cukai perkhidmatan 6 peratus yang akan dikenakan ke atas pembelian tambah nilai prabayar, pek atau kad SIM adalah untuk UMNO membiayai pilihan raya umum kelak, amat tidak bertanggungjawab.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, dakwaan itu tidak benar sama sekali dan tiada kaitan langsung dengan pilihan raya.

"Ia satu tuduhan melulu dan tidak waras," katanya di majlis sambutan Aidilfitri di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Tangok, di sini, hari ini.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan yakin syarikat-syarikat berkenaan akan mengambil tindakan bijak sesuai dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan pihak terbabit menimbang semula keputusan itu.

Katanya, jika cukai itu tidak dikenakan ka atas pengguna, syarikat-syarikat berkaitan masih mampu meraih keuntungan.

Awang Adek berkata, jika syarikat-syarikat terbabit menyahut saranan Perdana Menteri itu, mereka bukan sahaja dapat membantu kerajaan merangsang ekonomi negara tetapi juga akan disanjungi pengguna.

"Jika berlaku sebaliknya mereka seolah-olah membelakangi kerajaan," katanya. - Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Padah bela haiwan dilindungi

Posted: 09 Sep 2011 05:00 PM PDT

Padah bela haiwan dilindungi KUANTAN - Bahagian Penguatkuasa Jabatan Perlindu-ngan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menahan seorang lelaki berusia 50an semalam selepas didapati memelihara seekor beruang matahari dan tujuh burung murai batu yang dilindungi.

Selain itu, turut dirampas daripada lelaki yang tinggal di Kampung Padang Jaya, Jaya Gading itu ialah dua burung daun, seekor burung punai dan sepasang tanduk rusa yang dijadikan hiasan.

Pengarah Perhilitan, Khairiah Mohd Shariff, berkata, pihaknya melakukan serbuan ke rumah lelaki itu selepas mendapat maklumat awam yang mengatakan lelaki berkenaan memelihara beruang dan burung di rumahnya.

Menurutnya, selepas pemeriksaan, pihaknya mendapati dakwaan itu benar dan menemui seekor beruang matahari betina dewasa, tujuh burung murai batu yang diletakkan dalam satu sangkar, dua burung daun dan seekor burung punai di rumahnya.

"Bagaimanapun, lelaki itu mendakwa dia memelihara beruang berkenaan sejak kecil sementara burung-burung itu dibela sebagai hobi.

"Kita akan mendakwa lelaki itu di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (APHL) 2010 bagi kesalahan memiliki beruang matahari dia didakwa mengikut seksyen 68 hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya.

"Jika sabit kesalahan boleh didenda hingga RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.

Khairiah berkata, bagi kesalahan memiliki burung murai batu, burung punai dan burung daun, lelaki itu boleh didakwa mengikut Seksyen 60 hidupan liar dilindungi, sabit kesalahan boleh didenda RM50,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Katanya, pihaknya memandang serius kesalahan yang dilakukan lelaki terbabit terutama membabitkan beruang matahari yang dilindungi sepenuhnya dan hukuman berat menanti mereka yang degil.

"Individu yang ingin menyimpan apa juga jenis binatang liar termasuk burung dinasihatkan supaya menghubungi Perhilitan negeri atau daerah bagi mendapatkan nasihat.

"Saya mendapati masih ramai yang tidak mengetahui kesalahan seperti memiliki beberapa spesies burung, kucing hutan, musang dan tupai. Sikap ambil mudah terhadap peraturan itu boleh mengundang padah pada pemiliknya.

"Malah terdapat individu yang memberi alasan tidak mengetahui kesalahan memiliki binatang liar tertentu termasuk burung hinggalah mereka ditangkap pihak Perhilitan dan kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pesalah," katanya.

Katanya, di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar yang dipinda tahun lalu, hukuman lebih berat menanti setiap pesalah, sebagai contoh kesalahan memiliki harimau belang boleh didenda hingga RM500,000 atau lima tahun penjara.

Tragedi Bukit Kepong: Hormati mayat!

Posted: 09 Sep 2011 05:00 PM PDT

Tragedi Bukit Kepong: Hormati mayat! Salah satu ciri keindahan ajaran Islam ialah satu cara hidup yang mengatur hubungan sesama manusia bukan sahaja semasa masih hidup, bahkan ada beberapa adab yang perlu dipertahankan walaupun sesudah kematiannya. Antara adab yang perlu dijaga (tetapi sejak-sejak akhir-akhir ini semakin tidak diendahkan) ialah pencabulan terhadap kehormatan maruah ma yat lebih-lebih lagi apabila mayat berkenaan adalah mayat orang Islam. Dalam media cetak seperti surat khabar, majalah mahupun media elektronik seperti laman sesawang dan tulisan-tulisan blog sejak-sejak akhir ini semakin tidak menghiraukan adab-adab yang perlu dijaga terhadap orang-orang yang telah mati ketika membuat ulasan mengenai isu sensasi peristiwa serangan Bukit Kepong. Saya merasa terpanggil untuk menasihatkan pembaca khususnya orang-orang Islam agar mengawal diri dengan kawalan syarak ketika mengutarakan pandangan atau pendapat sama ada memihak kepada anggota keselamatan yang telah mempertahankan balai polis Bukit Kepong mahupun yang memihak kepada Mat Indera.

Antara adab terhadap orang yang telah mati ialah kita dilarang mencela orang yang telah mati. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW:

"Janganlah kamu mencela mayat kerana sesungguhnya mereka telah mempersembahkan apa yang telah mereka lakukan." (Hadis sahih riwayat al-Bukhari).

Dalam keadaan tertentu, larangan mencela mayat juga meliputi larangan mencela mayat orang-orang kafir seperti Nabi SAW melarang para sahabat mencela mayat tentera-tentera musyrikin dalam peperangan Badar disebabkan mengelakkan diri dari menyakiti orang-orang yang masih hidup dalam kalangan saudara-saudara mereka yang Muslim. Rasulullah SAW melarang celaan kepada tentera-tentera musyrikin yang terbunuh dalam peperangan Badar.

Baginda SAW bersabda: Janganlah kamu mencela mereka kerana celaan kamu itu tidak sampai kepada mereka sebaliknya akan menyakitkan orang-orang yang masih hidup. Yang pastinya perkataan celaan kamu itu adalah satu kehinaan". (Hadis mursal sahih Al-Isnad dari kitab Umdah al-Qari).

Apa yang pasti, mayat anggota keselamatan ataupun mayat Mat Indera masih mempunyai waris yang masih hidup. Terselamatkah kita daripada tidak menyakiti waris-waris mereka apabila kita secara tidak berhemah mengeluarkan pandangan semata-mata menegakkan hujah masing-masing. Kita tidak berani menghukum atas dasar apakah mereka mati sebaliknya selama mana tidak ada tanda yang sangat nyata seseorang itu sebagai kafir maka kita kena menyimpulkan bahawa ia mati sebagai orang Islam. Peranan niat mereka sangat penting untuk meletakkan kedudukan mereka di sisi Allah. Dalam perkara ini, kita serahkanlah ia kepada Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW:

"Mana-mana lelaki berkata kepada saudaranya, wahai kafir maka kekafiran itu akan kembali kepada salah seorang daripada keduanya." (Fath al-Bari, hadis no 6104)

Berkata Hujjatul Islam, Imam Abu Hamid al-Ghazali: Perkara yang sepatutnya seorang Muslim berhati-hati ialah mengkafirkan, menghalalkan darah dan harta orang yang solat mengadap kiblat dan secara terang-terangan mengungkap tiada tuhan melainkan ALLAH dan Muhammad itu pesuruh ALLAH. (Al-Iqtisad fi Al-I'tiqad h.157)

Imam Al-Syahid Al-Banna meletakkan panduan yang jelas dan cermat dalam menangani isu melabel seseorang demi menjaga kesatuan umat. Ini jelas dalam usul yang kedua puluh:

"Kita tidak mengkafirkan seorang Muslim yang telah mengucap dua kalimah syahadah, melaksanakan tuntutannya dan menunaikan kewajipannya dengan hanya berdasarkan kepada pendapat atau maksiat yang dilakukannya melainkan jika beliau mengakui kalimah kufur, mengingkari perkara-perkara agama yang diketahui secara dharuri, mendustakan ayat al-Quran yang jelas pengertiannya, mentafsirkan al-Quran dengan pentafsiran yang tidak diterima oleh uslub bahasa Arab dalam semua keadaan dan melakukan sesuatu yang tidak boleh ditafsirkan selain dari kufur." (Pandangan semula kepada Risalah Ta'alim, h. 185)

Apa yang dinisbahkan bahawa di kalangan yang terlibat dalam tragedi Bukit Kepong itu sebagai "tali barut" penjajah mahupun "komunis" tidaklah menjadi bukti cukup kuat untuk mewajarkan kita berani menghukum bahkan melabelkan kematian mereka dengan label-label tertentu sehingga mengguris para waris yang seakidah dengan kita. Biarlah Allah Yang Maha Adil dan Bijaksana mengadili mereka berdasarkan niat mereka masing-masing. Tugas kita sebagai saudara seakidah adalah mendoakan agar ALLAH SWT memberi keampunan kepada mereka seperti mana saranan ALLAH SWT:

"Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan rahmatMu." (Surah Al-Hasyr ayat 10)

Namun hakikat yang kita perlu sepakati ialah sama ada penjajah mahupun ideologi komunis selama-lamanya kita tolak kerana ia adalah antara batu-batu penghalang kepada ubudiyyah mutlak kita kepada ALLAH sebagai hamba dan khalifah ALLAH.

Kita harus terus melihat ke hadapan dengan menjadikan sejarah sebagai modal yang amat berharga untuk kita mengambil iktibar dan merangka strategi berikutnya bagaimana kita dapat melepaskan generasi akan datang bukan sekadar melepaskan diri dari menjadi tali barut penjajah mahupun komunis tetapi sebagai penghambat kepada ideologi-ideologi yang sangat asing dengan ajaran Islam.

Seorang pemikir Islam terkemuka Al-Marhum Syeikh Muhammad Al-Ghazali mencadangkan agar sejarah diolah sehingga mampu menggerakkan hati dan membangkitkan keazaman. Apabila ia dibaca dan dikaji, ia memberi kesan kepada jiwa pembacanya, menyemarakkan perjuangan serta mendorong kepada berpegang dengan kebenaran dan setia kepadanya. (Fiqh Sirah)

Pengerusi surau kena belasah

Posted: 09 Sep 2011 05:00 PM PDT

Pengerusi surau kena belasah SELAYANG – Gara-gara berang dihalang menggunakan mikrofon untuk membaca kitab, seorang penceramah bebas terkenal di sini bertindak mencederakan seorang pengerusi surau di ruang solat, Khamis lalu.

Akibat tindakan tersebut, mangsa, Pengerusi Surau An-Nur Kampung Lembah Indah, Rostam Abdul Rahim cedera di bahagian muka dan telinga akibat ditunduk dan ditendang penceramah terbabit.

Menceritakan detik kejadian, Rostam memberitahu, kejadian selepas selesai solat Isyak bermula sebaik yang juga penceramah bebas yang didakwa tidak mempunyai tauliah itu menggunakan mikrofon surau untuk membaca kitab.

"Sebelum itu, ustaz (penceramah) sudah dimaklumkan agar tidak menggunakan kemudahan tersebut melalui arahan bersama dengan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Pihak Jais telah menasihati saya menghalangnya daripada membaca kitab kerana namanya tidak terdapat dalam senarai.

"Pihak Jais juga menasihati saya hanya membenarkan ustaz itu untuk menjadi imam atau jemaah sahaja," katanya.

Bertindak atas arahan tersebut, Rostam terpaksa menegur penceramah terbabit dan melarangnya menggunakan mikrofon surau selain mendakwa pihak surau banyak menerima aduan penceramah terbabit sering kali menyalahgunakan platform surau untuk berceramah berbaur unsur politik.

Menurutnya, tindakan tersebut menyebabkan ramai jemaah tidak berpuas hati dan mengambil tindakan boikot aktiviti surau tersebut yang membabitkan penceramah terbabit.

"Saya telah maklumkan sekali lagi arahan itu kepadanya tetapi tidak diendahkan menyebabkan saya terpaksa bertindak mematikan suis mikrofon," katanya.

Marah dengan tindakannya, Rostam mendakwa penceramah telah memaki hamunnya sebelum dibantu anak lelakinya bertindak menendang dan menumbuk bahagian bawah matanya hingga berdarah.

"Akibat dipukul, doktor mengesahkan bahagian dalam dinding telinga saya cedera hingga menjejaskan pendengaran.

"Anak lelaki saya yang mahu meleraikan kejadian ketika itu juga dibelasah," katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.

Susulan kejadian terbabit, satu laporan polis telah dibuat Rostam di Balai Polis Selayang.

"Saya dimaklumkan ustaz itu juga ada membuat laporan polis. Tetapi atas nasihat ketua kampung dan nazir, kami menarik balik laporan itu keesokan harinya, " katanya.

Menurutnya, satu perjumpaan dengan pihak Jais akan diadakan Isnin ini.

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

132 haiwan zoo dirampas

Posted: 09 Sep 2011 05:00 PM PDT

132 haiwan zoo dirampas JOHOR BAHRU– Sebanyak 132 haiwan termasuk spesies yang dilindungi dirampas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Danga Bay Petting Zoo, Teluk Danga, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Pengarah 2 Perhilitan, Dr Zaaba Zainol Abidin berkata, rampasan itu dilakukan berikutan pemilik zoo persendirian terbabit gagal memperbaharui permit khas pemilikan premis.

Menurutnya, zoo terbabit yang sudah beroperasi sejak enam tahun lalu tidak mendapat kelulusan memperbaharui permit khas berkenaan selepas dipercayai melanggar Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

"Zoo ini melanggar Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 antaranya menyediakan kandang yang sempit dan tidak sesuai bagi setiap haiwan.

"Sebanyak 132 haiwan termasuk yang dilindungi antaranya seekor gajah, harimau (tiga), beruang (dua), singa (dua) dan lain-lain spesies dirampas dalam operasi ini.

"Kesemua haiwan ini akan ditempatkan di beberapa tempat antaranya Zoo Melaka; Zoo Kemaman, Terengganu; serta di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang," katanya kepada pemberita selepas serbuan, di sini.

Zaaba berkata, pihaknya pernah memberi peluang kepada pihak pengurusan zoo terbabit untuk mengikuti segala peraturan di bawah akta baharu itu, namun ia gagal dilaksanakan

Katanya, seramai 45 anggota daripada Perhilitan, Zoo Melaka dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah terlibat dalam operasi berkenaan yang bermula pukul 9.30 pagi hingga lewat malam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Danga Bay Sdn Bhd, Tan Teow Keat berkata, permit khas pemilikan zoo berkenaan gagal diperbaharui selepas tamat pada Mei tahun lalu.

Menurutnya, pihaknya sebelum ini ada membuat rayuan kepada Perhilitan supaya memberi lebih masa untuk melakukan penambahbaikan terhadap zoo berkenaan seperti yang ditetapkan dalam akta baharu itu, tetapi gagal.

"Permit zoo ini sentiasa diperbaharui pada setiap tahun, namun untuk akta yang baharu diperkenalkan, ia gagal dipenuhi.

"Kami akur dengan tindakan Perhilitan dan bercadang untuk memindahkan zoo ini ke Hutan Simpan Ulu Sedili yang berkeluasan kira-kira 40 hektar," katanya.

Pasangan kekasih terminum racun

Posted: 09 Sep 2011 05:00 PM PDT

Pasangan kekasih terminum racun SEREMBAN - Seorang pekerja kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), meninggal dunia dipercayai akibat terminum racun di sebuah rumah di Taman Bunga Sejati, Kampung Nyatoh, Rantau dekat sini, semalam.

Menurut jirannya, Suthir Babu, 26, kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa, Muhammad Faizal Raj Abdullah @ A Soraj, 28, ditemui dalam keadaan terbaring di ruang tamu rumah terbabit.

Dia berkata, seorang gadis berumur 18 tahun, dipercayai kekasih mangsa turut ditemui dalam keadaan sama dan terbaring di atas dada Muhammad Faizal di tempat kejadian.

"Semasa baru pulang dari kerja, saya tiba-tiba terdengar bunyi dengusan kuat dari arah rumah disewa mangsa.

"Kemudian, saya pergi tengok, mereka dalam keadaan terbaring serta mulut berbuih," katanya di lokasi kejadian, semalam.

Menurut Suthir, dia dan seorang jiran lain, membawa Muhammad Faizal dan gadis itu dengan kereta milik mangsa ke hospital, namun kenderaan itu gagal dihidupkan.

Suthir berkata, dia menghubungi ambulans tetapi Muhammad Faizal disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan yang tiba.

"Gadis terbabit masih tidak sedarkan diri dan saya difahamkan, dia dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) dekat sini untuk menerima rawatan," katanya.

Menurut Suthir, dua cawan plastik mengandungi cecair dipercayai racun serangga ditemui di ruang tamu.

Selain itu, katanya, terdapat sekeping nota di lokasi sama, menyatakan kekecewaan pasangan kekasih berkenaan, setelah hubungan mereka dihalang oleh keluarga.

"Dalam nota itu, turut tertera alamat dan nombor telefon keluarga mereka untuk dihubungi sekiranya mereka meninggal dunia, akibat racun terbabit," katanya.

Suthir berkata, Muhammad Faizal dipercayai menyewa di rumah berkenaan sejak tiga bulan lalu, namun jiran tidak mengetahui status hubungannya mereka.

Difahamkan, setakat petang semalam, gadis berkenaan yang dalam keadaan koma masih dirawat di HTJ dan keluarganya enggan mengulas lanjut tentang kejadian.

Muhammad Faizal dikatakan berasal dari Nilai, manakala gadis berkenaan yang juga anak bongsu dari tiga beradik berasal dari Sungai Pelek di Sepang, Selangor.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Md Yusoff Awang, mengesahkan telah menerima laporan tentang kejadian yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan masih dijalankan.

Lelaki ugut cederakan anak

Posted: 09 Sep 2011 05:00 PM PDT

Lelaki ugut cederakan anak SUNGAI PETANI - Seorang lelaki ditahan, setelah cuba mengamuk menggunakan senjata di Kampung Telok Wang, Sungai Pasir kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintenden Ong Aik Cheang berkata, lelaki berusia 37 tahun itu, dipercayai mengugut untuk mencederakan anaknya, namun ditahan anggota polis setelah mendapat bantuan bekas isterinya yang berusaha untuk memujuknya.

Menurutnya, kejadian jam 4 petang hingga 10 malam itu, dipercayai berpunca daripada masalah keluarga.

"Setelah mendapat laporan, kami mengambil langkah berjaga-jaga dengan memantau rumah suspek. Ketika itu suspek berada di dalam rumah seorang diri.

"Tiga anaknya berusia antara lima hingga 10 tahun dipercayai dibawa keluar dari rumah terbabit dan ditempatkan di rumah saudara mereka," katanya.

Aik Cheang berkata, langkah berjaga-jaga diambil berikutan senapang patah dan sejumlah peluru yang bukan miliknya, dipercayai berada bersama suspek di dalam rumah berkenaan.

Menurutnya, bekas isteri suspek datang dari Perlis untuk membantu polis memujuknya dan lebih kurang setengah jam selepas itu, lelaki berkenaan keluar untuk bertemu bekas isteri di rumah berhampiran.

"Bekas isterinya menghubungi suspek menerusi telefon bimbit dan berjaya memujuknya keluar.

"Selepas suspek keluar, polis menahannya dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda untuk tindakan selanjutnya.

Aik Cheang berkata, sepucuk senapang patah dan sejumlah peluru dirampas dan kes itu akan disiasat di bawah Akta Senjata Api 1971.

Tinjauan Sinar Harian di tempat kejadian pada jam 6 petang kelmarin, mendapati, suspek berkurung di dalam rumahnya sehingga bekas isterinya tiba pada jam 9.15 malam sebelum ditahan polis pada 9.50 malam.

Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved