Selasa, 2 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Rusia anggap AS bebankan ekonomi dunia

Posted: 01 Aug 2011 05:00 PM PDT

Rusia anggap AS bebankan ekonomi dunia MOSCOW - Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin mengkritik Amerika Syarikat (AS) yang berbelanja di luar kemampuan dan kemudian menjadi parasit kepada ekonomi global, kelmarin.

Menurutnya, penguasaan mata wang dolar AS juga menjadi ancaman kepada pasaran kewangan dunia.

"Washington mengalihkan sebahagian daripada masalah hutang mereka kepada ekonomi dunia," katanya kepada belia semasa melawat kem musim panas di Moscow, kelmarin.

Putin mengakui Rusia memegang sejumlah besar bon dan simpanan di AS yang akan memberi kesan buruk kepada Moscow jika masalah ekonomi AS semakin meruncing.

Kongres AS kelmarin meluluskan perjanjian saat akhir untuk meningkatkan had hutang negara dan mengurangkan perbelanjaan bagi mengelakkan Washington diisytihar muflis kerana gagal melunaskan hutang kerajaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Israel cuba halang Palestin

Posted: 01 Aug 2011 05:00 PM PDT

Israel cuba halang Palestin TEL AVIV - Israel memaklumkan kononnya sedia membincangkan had sempadan dengan Palestin bagi membantu kuasa Barat menghidupkan semula rundingan damai yang tergendala, menurut Tel Aviv, kelmarin.

Tindakan licik rejim Zionis itu dilihat sebagai usaha menghalang Palestin daripada meneruskan rancangan untuk mendapatkan pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mewujudkan sebuah negara merdeka, September depan.

Israel dan kuasa Barat kononnya bimbang tindakan Palestin yang diambil tanpa persetujuan Tel Aviv itu akan mencetuskan keganasan baru antara kedua negara.

Rundingan damai berusia puluhan tahun antara Israel dan Palestin tidak pernah mencapai matlamat kerana kedegilan dan keangkuhan rejim Zionis yang enggan mengembalikan tanah dirampas daripada penduduk Palestin sejak 1967.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Nahas pertama Ramadan

Posted: 01 Aug 2011 05:00 PM PDT

Nahas pertama Ramadan ALOR JANGGUS - Seorang warga emas maut di tempat kejadian setelah motosikalnya bergesel dengan sebuah lori treler di Jalan Alor Janggus, Alor Setar-Kangar, berdekatan Masjid al-Mahmudi Kampung Padang Lalang, tengah hari semalam.

Mangsa, Yahya Hamid, 66, dari Kampung Padang Keria, Sanglang, Perlis ketika itu membonceng motosikal yang ditunggang abang iparnya, Omar Mahmud, 69, dalam perjalanan dari Alor Setar.

Pegawai Penyiasat, Sukma Nengret Johar berkata, Omar yang cedera parah di bahagian kaki dan tangan ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan rapi.

"Kejadian berlaku sekitar 12.20 tengah hari. Berdasarkan keterangan saksi, lori terbabit dipercayai cuba memotong kenderaan di hadapannya tetapi tersasar dan bertembung dengan motosikal mangsa yang ketika itu dari arah Alor Setar," katanya, ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, motosikal mangsa tersangkut pada tayar bahagian tengah lori, menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak lebih 10 meter setelah motosikal diseret lori berkenaan.

"Yahya meninggal dunia serta merta manakala Omar cedera parah," katanya.

Sukma berkata, pemandu lori berusia 24 tahun ditahan untuk siasatan.

"Seorang kelindan lori turut bersama ketika itu. Bagaimana pun lori muatan padi itu kosong ketika kejadian," katanya.

Kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Jabatan Pengangkutan Jalan 1987.

Sukma berkata, dipercayai ini adalah kemalangan maut pertama di daerah ini dalam bulan Ramadan.

» selanjutnya...

Peniaga dakwa produk diciplak

Posted: 01 Aug 2011 05:00 PM PDT

Peniaga dakwa produk diciplak IPOH – Seorang peniaga mendakwa paten produk yang digunakan oleh peniaga di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) diciplak dan beliau telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, semalam.

Pengarah Urusan Kitaran Potensi Sdn Bhd, Md Nayan Salleh berkata, sistem penyaringan dan pengasingan sisa makanan, lemak dan gris (Simpak) yang diciptanya 13 tahun lalu telah dicetak rompak oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Mungkin penyelewengan berlaku selepas saya menyerahkan produknya kepada agensi kerajaan terlibat Jun lalu. Saya kecewa apabila sebuah agensi penguatkuasaan boleh menggunakan produk berkenaan tanpa merujuk kepada Perbadanan Warta Intelek Malaysia.

"Bagaimana saya dan inventor lain mahu mencipta produk sedangkan agensi kerajaan sendiri menyokong penggunaan barangan cetak rompak. Namun, saya serahkan kepada SPRM untuk membuat siasatan," katanya kepada pemberita di Dataran MBI di sini, semalam.

Katanya, Simpak berjaya mencipta kejayaan dengan mendapat beberapa penghargaan di Bulgaria dan Geneva pada tahun 1998 sebagai produk inovasi paling berjaya.

"Tindakan undang-undang akan diambil dan saya telah berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat bagi menuntut kerugian," katanya.

Ahad lalu, Setiausaha MBI, Datuk Abdul Rahim Md. Ariff menafikan dakwaan Md Nayan Salleh bahawa MBI menggunakan produk pengasingan sisa makanan yang diciplak dari ciptaannya.

Menurut Abdul Rahim, pembelian produk berkenaan dikendalikan oleh kontraktor yang dilantik MBI dan pihak majlis melaksanakan kerja menaik taraf MBI Terrace di Jalan Datuk Ismail Shah Budin melalui kontraktor dilantik.

"Semua urusan pembelian dikendalikan oleh kontraktor yang membeli produk Simpak daripada pembekal dan pengedar," katanya.

‘Pas bukan mahu kerusi lebih’

Posted: 01 Aug 2011 05:00 PM PDT

'Pas bukan mahu kerusi lebih' SHAH ALAM - Cadangan Pas Selangor supaya setiap kawasan Parlimen mempunyai calon dari setiap parti Pakatan Rakyat (PR) bukan bermaksud Pas mahukan bilangan kerusi yang lebih sebaliknya ia adalah pengagihan semula taburan kerusi yang akan ditandingi.

Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Selangor, Iskandar A. Samad berkata, cadangan juga adalah satu usaha murni meningkatkan kerjasama parti dalam PR di mana Pas, PKR dan DAP akan mempunyai sekurang-kurangnya seorang calon bagi setiap kawasan Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Bilangan kerusi yang akan ditandingi oleh setiap parti tetap sama seperti Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

"Jika cadangan ini diterima, ia akan menunjukkan kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat benar-benar telah menolak sama sekali politik perkauman kerana pembahagian kerusi bukan lagi berdasarkan kaum.

"Parti-parti Pakatan tidak lagi dikaitkan dengan kaum tertentu seperti Pas dengan orang Melayu dan Dap dengan orang Cina kerana terdapat kerusi majoriti Cina yang ditandingi oleh Pas dan terdapat kerusi majoriti Melayu yang ditandingi oleh Dap," katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Walau bagaimanapun katanya, polisi kerajaan yang akan dibentuk lebih penting dipersetujui sebelum pilihan raya.

"Tetapi walaupun pembahagian kerusi penting namun bagi negeri-negeri di mana Pakatan telah membentuk kerajaan atau berpotensi membentuk kerajaan, ada perkara yang lebih penting.

"Tanpa persetujuan ini, akan berlaku perselisihan faham yang akan memberi imej yang buruk kepada mana-mana kerajaan dan akan juga melambatkan sistem penyampaian kerajaan tersebut. Oleh itu, polisi-polisi perlu dibincangkan secara terperinci sebelum satu-satu kerajaan dibentuk," katanya.

Katanya, polisi sesebuah kerajaan ditentukan oleh parti atau parti-parti yang menguasai kerajaan tersebut.

"Jika polisi-polisi telah dipersetujui sebelum kerajaan dibentuk maka tidak akan ada rungutan terhadap pemimpin kerajaan, sama ada Menteri Besar atau Exco, yang membuat keputusan bertentangan atau tidak selari dengan hasrat parti-parti yang memenangi pilihan raya dan tidak ada risiko mereka akan bertindak sesuka hati seolah-olah tanpa kawalan.

"Oleh itu, patut dikaji pengalaman negara-negara lain contohnya kerjasama di antara parti Konservatif dan Liberal Demokrat di UK (United Kingdom) di mana kerajaan dibentuk setelah setiap polisi penting dibincangkan dan dipersetujui terlebih dahulu," katanya.

Usah ‘recycle’ juadah

Posted: 01 Aug 2011 05:00 PM PDT

Usah 'recycle' juadah KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi terhadap peniaga bazar Ramadan yang tidak mematuhi piawaian ditetapkan, terutama aspek kebersihan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, peniaga yang menjual makanan yang berlebihan keesokan harinya bakal berhadapan dengan tindakan digantung lesen niaga.

"Peniaga ini tidak akan diberi muka, malah kerajaan akan mengambil tindakan tegas ke atas mereka supaya ia tidak berulang dan berlaku kepada peniaga-peniaga lain.

"Langkah tegas ini perlu diambil untuk memastikan pelanggan atau pengunjung bazar Ramadan dapat menikmati makanan yang bersih serta masih elok," katanya kepada pihak media selepas mengagihkan 500 helai apron kepada peniaga di Bazar Ramadan Dataran Shah Bandar, di sini semalam.

Sementara itu, beliau turut melahirkan rasa kecewa kepada peniaga yang tidak memakai apron ketika berniaga sedangkan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengagihkan apron setiap tahun.

"Sepatutnya peniaga perlu memakai apron sebagai langkah menjaga kebersihan dan jangan pula memakainya dengan cara tidak betul seperti yang berlaku dalam kalangan segelintir peniaga di sini," katanya.

Sementara itu, beberapa kakitangan daripada jabatan kesihatan di daerah ini yang turut turun padang melakukan pemeriksaan kebersihan ke atas 306 gerai di bazar berkenaan.

Turut hadir, Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Adzlan Mohd Dagang dan beberapa kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Inflasi meningkat pada Jun

Posted: 01 Aug 2011 05:00 PM PDT

Inflasi meningkat pada Jun MAKANAN dan minuman tanpa alkohol serta pengangkutan adalah penyumbang utama inflasi.

Menurut Bank Negara, perubahan peratusan tahunan dalam Indeks Harga Pengguna (IHP), meningkat kepada 3.5 peratus pada Jun.

Kenaikan harga ikan dan makanan laut menyebabkan harga makanan lebih tinggi.

"Inflasi dalam kategori pengangkutan meningkat lebih perlahan kerana pelarasan menurun terhadap harga RON97 daripada RM2.90 seliter kepada RM2.80 seliter berikutan penurunan harga minyak mentah global pada Mei lalu," katanya dalam satu kenyataan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Trafik penumpang catat angka positif

Posted: 01 Aug 2011 05:00 PM PDT

Trafik penumpang catat angka positif Prestasi trafik penumpang lapangan terbang dijangka terus mengalami pertumbuhan positif 6.7 peratus berdasarkan pencapaian memberangsangkan bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Menurut Kementerian Pengangkutan, dalam satu kenyataan, berkata, jangkaan itu berdasarkan kepada trend prestasi trafik penumpang bagi lapangan terbang di Malaysia untuk tempoh Januari hingga Jun 2011, yang meningkat 12.60 peratus atau 3.6 juta penumpang berbanding tempoh sama tahun lalu.

Menurutnya, dalam tempoh enam bulan itu, bilangan penumpang meningkat dari 28.3 juta kepada 31.9 juta.

Selaras misi galakan pelancongan serta kemudahan pengangkutan udara ke Malaysia yang semakin positif, kemasukan penumpang antarabangsa seramai 15 juta bagi tempoh enam bulan pertama mencatatkan kenaikan 13.5 peratus (13.3 juta enam bulan pertama 2010).

Keadaan sama dicatatkan, bagi jumlah penumpang domestik dengan kenaikan 11.8 peratus (16.8 juta penumpang) berbanding tempoh sama tahun lalu, iaitu 15 juta penumpang.

Secara keseluruhan, sebanyak 5.7 juta penumpang dicatatkan pada Jun lalu dan ia adalah angka tertinggi yang dicatatkan bagi tempoh enam bulan pertama 2011.

Purata jumlah penumpang sepanjang tempoh enam bulan pertama 2011 adalah pada min 5.3 juta penumpang sebulan.

Kementerian Pengang�kutan berkata, peningkatan prestasi trafik penumpang adalah disebabkan peningka-tan permintaan kepada pe-ngangkutan udara serta peningkatan kekerapan pe�ner�bangan.

"Ia turut disumbangkan faktor penambahan destinasi baru daripada syarikat penerbangan tempatan dan luar negara.

"Dasar sedia ada Malaysia berhubung sektor penerbangan awam yang mengamalkan pendekatan liberal, memberi fleksibiliti kepada syarikat penerba-ngan untuk meningkatkan kekerapan dan kapasiti penerbangan seterusnya membantu perkembangan industri pelancongan, perdagangan dan ekonomi di negara ini," katanya.       

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Kereta penyeludup terbakar

Posted: 01 Aug 2011 05:00 PM PDT

Kereta penyeludup terbakar KOTA BHARU- Dua kereta penyeludup minyak terlibat dengan kemalangan dan kebakaran dalam dua kejadian berasingan di Pasir Pekan, Tumpat dan Kota Bharu.

Kedua-dua kejadian yang melibatkan kereta jenis Proton Saga dan Honda Civic berlaku antara jam 7.50 pagi hingga 1.20 petang.

Dalam kejadian di Kampung Pasir Pekan, kereta jenis Proton Saga bertindak merempuh sebuah rumah ketika cuba melarikan diri daripada penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Kepenggunaan (KPDNKK) yang mengekorinya dari sebuah stesen minyak berdekatan.

Pengarah KPDNKK, Fauzi Haron berkata, kejadian berlaku apabila lelaki terbabit menyedari keretanya diekori kenderaan pegawainya yang mengekori sejauh dua kilometer.

Beliau berkata, sebelum kejadian, kereta penyeludup terbabit dikatakan merempuh kenderaan KPDNKK yang cuba menghalang pergerakan mereka.

"Ketika itu, kereta penyeludup terbabit mengisi minyak di salah satu kaunter sebelum menyedari kehadiran pasukannya.

"Apabila salah seorang lelaki terbabit menyedari kehadiran pegawai saya, dia bertindak masuk ke dalam kereta lalu merempuh kenderaan kita sebelum melarikan diri," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, ketika mengekori kereta terbabit, pemandu dan penumpang itu kemudian terjun dan melarikan diri ke dalam semak manakala keretanya merempuh sebuah rumah.

Katanya, hasil pemeriksaan di dalam kereta terbabit mendapati tangki telah diubahsuai untuk tujuan berkenaan dan pasukannya kemudian membawa kereta terbabit ke stor KPDNKK untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian lain, sebuah kereta yang disyaki milik penyeludup mengalami kebakaran kecil selepas mengisi petrol di sebuah stesen di Kampung Pintu Geng, dekat sini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.50 pagi, ketika pemandu kereta terbabit yang disyaki penyeludup siap mengisi minyak dan menyedari keretanya berasap.

Lelaki terbabit kemudian menghidupkan enjin sebelum bertindak menolak keretanya ke dalam parit berdekatan dan melarikan diri.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Darul Naim, Mat Riffin Mamat, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.57 pagi dan bergegas ke tempat kejadian dengan sebuah jentera bersama lima anggota.

Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, pasukannya mendapati kebakaran kecil berlaku terhadap sebuah kereta jenis Honda Civic.

Katanya, pihaknya kemudian melakukan semburan dan mendapati, kereta terbabit mempunyai dua tangki yang diubahsuai. Punca kejadian masih disiasat dan kerugian dianggarkan RM5,000.

Peniaga dakwa bekalan ikan tidak cukup

Posted: 01 Aug 2011 05:00 PM PDT

Peniaga dakwa bekalan ikan tidak cukup KUANTAN - Peniaga Pasar Besar Kuantan mendakwa bekalan ikan tidak mencukupi pada hari pertama Ramadan dan dijangka berlaku perkara sama sepanjang bulan puasa.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, ada peniaga ikan menghadapi kekurangan bekalan sekali gus berlaku kenaikan harga beberapa jenis ikan yang bukan sahaja membebankan peniaga malah memberi kesan kepada perbelanjaan isi rumah.

Peniaga ikan, Zukri Osman, 41, mengakui setiap tahun bekalan ikan pada bulan puasa tidak mencukupi terutama bawal dan tenggiri yang mendapat permintaan paling tinggi.

Katanya, permintaan tenggiri dan bawal sangat tinggi dan harga sekarang meningkat sehingga RM5 hingga RM6 sekilogram.

"Jika sebelum ini, harga sekilogram bawal ialah RM13 hingga RM15 namun menjelang Ramadan harganya mencecah sehingga RM 17," katanya yang mendapat bekalan bahan mentah dari Pasar Borong Kemunting.

Dia yang berniaga lebih 15 tahun dapat melihat fenomena itu setiap kali menjelang Ramadan atau musim perayaan.

Rakannya, Mohd Ali berkata, ikan tenggiri paling mendapat permintaan tinggi sepanjang bulan puasa dan ada ketika bekalannya tidak mencukupi.

"Biasanya saya hanya menjual 20 kilogram (kg) ikan tenggiri sehari tetapi menjelang Ramadan jualan meningkat sehingga 30 kg.

"Sebelum ini, 1 kg ikan tenggiri dijual dengan harga antara RM20 hingga RM22 tetapi harga itu mungkin boleh mencecah sehingga RM28," katanya yang berniaga ikan sejak 18 tahun lalu.

Berbeza peniaga ikan, peniaga ayam tidak menghadapi sebarang masalah kerana makanan itu mencukupi untuk keperluan penggemarnya.

Peniaga ayam, Robudin Syah, 45, berkata, pada hari pertama Ramadan, pembeli masih boleh mendapatkan ayam dengan harga runcit yang ditetapkan kerajaan iaitu sebanyak RM8.80 sekilogram.

Bagaimanapun, katanya, harga ayam boleh meningkat mengikut permintaan semasa iaitu di antara 40 sen hingga 60 sen sekilogram namun peniaga mengikut harga runcit yang ditetapkan kerajaan walaupun pemborong menaikkan kadar harga itu

Peniaga, Mustari Ali, 47, pengalamannya selama 18 tahun sebagai peniaga ayam dapat melihat situasi berbeza berbanding beberapa tahun dahulu.

Katanya, sebelum ini banyak masalah berkaitan bekalan tidak mencukupi namun kini pemborong lebih ramai dan pengguna membeli ayam dengan harga yang ditetapkan.

"Kami dapat memenuhi permintaan pelanggan sepanjang Ramadan dan musim perayaan. Masalah tidak cukup bekalan juga dapat diatasi kerana persediaan awal dari pemborong," katanya.

Khabar angin ibarat jenaka

Posted: 01 Aug 2011 05:00 PM PDT

Khabar angin ibarat jenaka KOTA BHARU – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan khabar angin me-ngaitkan beliau dalam perbincangan rahsia untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai 'lawak jenaka'

Mursidul Am Pas itu, menasihatkan individu menyebarkan isu berkenaan supaya menulis perkara betul kerana semua itu akan dihisab di akhirat.

"Lawak jenaka!", itulah yang boleh saya sifatkan khabar angin terbabit. Apa yang peliknya, ada akhbar yang boleh membuat cerita cadangan itu timbul kerana dijangka Anwar akan ke penjara eko-ran kes liwatnya yang sedang dibicarakan," katanya dipetik dalam laman Facebook beliau, semalam.

Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan kenyataaan pemimpin pertubuhan bukan kerajaaan (NGO) meminta Nik Abdul Aziz memberi penjelasan terhadap pertemuan sulit yang didakwa dibuat tanpa pengetahuan Anwar.

Isu itu timbul, apabila Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hasyim mendedahkan pembangkang mempelawa bekas Menteri Kewangan itu, untuk menjadi Ketua Pembangkang, sekiranya Anwar disabitkan kesalahan di mahkamah.

Nik Abdul Aziz turut mempertikaikan sama ada keputusan mahkamah di negara ini, boleh dijangka atau sememangnya keputusan tersebut sudah bocor, berikutan timbulnya isu calon pengganti Penasihat Pakatan Rakyat (PR) itu.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, menyifatkan isu wakil Pas berjumpa Tengku Razaliegh untuk menawarkan jawatan Ketua Pembangkang itu sebagai spekulasi.

"PR tidak pernah mengadakan perbincangan. Bagi saya ia tidak berbangkit dan lebih kepada spekulasi.

"Berdasarkan akhbar ia mulai didedahkan Zahrain sebelum dikomen pihak-pihak lain. Jika benar, beliau perlu buktikan," katanya.

Ketika ditanya mengenai kelayakan Tengku Razaleigh, Mohd Amar, yang juga Exco Kerajaan Kelantan berkata, sejarah membuktikan pemimpin veteran itu dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam, adalah dua tokoh yang disebut menjadi calon Perdana Menteri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

500 pekerja mahu TPM campur tangan

Posted: 01 Aug 2011 05:00 PM PDT

500 pekerja mahu TPM campur tangan KUALA LUMPUR -Kesatuan Pekerja-pekerja Dawama Sdn Bhd, mohon Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Muhyiddin Yassin campur tangan untuk menyelesaikan kemelut hampir 500 pekerjanya yang diberikan notis cuti tanpa gaji berkuat kuasa semalam.

Presidennya, Zainal Awit berkata, dengan campur tangan TPM, kemelut dihadapi dapat diselesaikan segera.

Menurutnya, mereka terkilan kerana kebanyakannya telah lama berkhidmat de-ngan Dawama.

"Sewajarnya pihak pengurusan mengadakan perbincangan dengan kami sebelum mengambil tindakan.

"Kini, kami tidak dibenarkan bekerja dan hilang punca pendapatan. Bagaimana keluarga kami berhadapan de-ngan Ramadan dan Aidilfitri nanti," katanya.

Sebelum itu, beliau me-ngetuai lebih 100 pekerja, mengadakan bantahan terhadap tindakan itu di ibu pejabat Dawama Hulu Klang.

Difahamkan, notis itu diberikan kepada pekerja atas alasan Dawama sedang menghadapi masalah kewangan untuk membiayai operasi harian termasuk bayaran gaji.

"Pihak pengurusan mendakwa mengalami masalah kewangan setelah sembilan tahun beroperasi. Dawama memperoleh tender kerajaan jutaan ringgit.

"Kami berharap pihak berwajib menyiasat perkara ini dan konsesi ini ditamatkan dengan segera supaya DBP boleh mengambil alih operasi," katanya.

Zainal berkata, sebelum ini, pihaknya telah tiga kali menghantar memorandum kepada Muhyiddin.

Tinjauan Sinar Harian mendapati pintu utama pejabat itu ditutup dan tiada operasi dijalankan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Tirai Ziarah Ramadan dibuka

Posted: 01 Aug 2011 05:00 PM PDT

Tirai Ziarah Ramadan dibuka PASIR GUDANG - Program Ziarah Ramadan anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tebrau edisi ketujuh membuka tirainya selepas membantu 140 penerima yang kurang bernasib baik sempena kehadiran bulan Ramadan tahun ini, bermula semalam.

Aktiviti ilham Pengerusi Gerakan Belia 4B (Malaysia) negeri, Syahrin Md Jamaludin yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tebrau dilihat sudah sinonim setiap kali tibanya bulan Ramadan.

Program kebajikan itu yang mula dianjurkan sejak 2005 sememangnya amat dinanti-nantikan oleh masyarakat sekitar kawasan Tebrau malah memberi tumpuan kepada golongan ibu tunggal. warga emas, pesakit kronik, anak yatim, orang kelainan upaya (OKU) dan fakir miskin.

Setiap penerima sumbangan kebiasaan akan menerima barangan keperluan asas harian berupa sekampit beras, minuman coklat malt, tepung, biskut, bihun dan beberapa makanan asas yang lain.

Dengan mengekalkan konsep terdahulu, majlis sumbangan yang kebiasaan diagihkan di lokasi tertentu seperti balai raya, masjid dan surau dilakukan dengan mengambil pendekatan untuk menyampaikan setiap bantuan secara terus ke rumah penerima.

Lebih membanggakan apabila program Ziarah Ramadan kali ini turut mendapat sokongan daripada beberapa pihak seperti pasar raya besar Carrefour, syarikat Feroza dan Skuad Sayang Pergerakan Wanita serta Puteri UMNO Bahagian Tebrau.

Pendakwaan tarik balik tayangan rakaman video percakapan Suresh

Posted: 01 Aug 2011 05:00 PM PDT

Pendakwaan tarik balik tayangan rakaman video percakapan Suresh

SHAH ALAM - Video polis yang merakam kenyataan saksi utama, U Suresh dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain tidak dapat dikemukakan di Mahkamah Tinggi kerana pendakwaan menarik balik tayangan rakam berkenaan.

Penarikan itu dibuat oleh Timbalan Pendakwa raya, Ishak Mohd Yusoff apabila barisan pembelaan membuat bantahan terhadap rakaman video percakapan Suresh dalam prosiding bicara dalam perbicaraan (TWT), semalam.

"Kami mengakui dengan bantahan itu dan tidak berhasrat untuk meneruskan tayangan rakaman terbabit," katanya.

Sebelum itu, Peguam Bela, Manjeet Singh Dhillon membuat bantahan apabila saksi TWT ke-3, Penyelia Juru Gambar dari Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Alor Gajah, Melaka, Detektif Sarjan Abdul Hadi Ismail, 51, berkata, rakaman terbabit audio tidak jelas kerana ia direkodkan dalam bilik yang luas.

Menurutnya, beliau menggunakan cakera padat (CD) untuk merakam :video percakapan Suresh yang sedang menjalani hukuman penjara 20 tahun di Penjara Sungai Udang, Melaka.

Video diambil Abdul Hadi pada 26 Oktober tahun lalu, dengan menggunakan kamera video Canon yang diletakkan pada tripod kira-kira tiga meter jaraknya dari Suresh.

Selain itu, rakaman percakapan Suresh dikendalikan Pegawai Perakam IPD Dang Wangi, Asisten Superitendan Ong Seng Keong bermula jam tiga petang hingga 11.45 malam pada 26 Oktober 2010.

Pada ketika ini, Manjeet berkata, ia adalah satu rekod yang tidak lengkap kerana audio tidak jelas.

"Saya rasa CD ini tidak perlu ditunjukkan dan tidak dikemukakan di mahkamah," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin berkata, CD perlu ditunjukkan terlebih dahulu.

Bagaimanapun, apabila Hakim Datuk Akhtar Tahir bertanya adakah pihak pendakwaan menyediakan mana-mana nas undang-undang untuk menyokong hujah mereka, Saiful Edris berkata tidak.

Selepas mendengar hujahan terbabit, Akhtar membenarkan permohonan Manjeet dan video rakaman percakapan Suresh tidak dijadikan sebagai barang kes.

TWT itu diadakan selepas Akhtar mendapati terdapat 22 percanggahan antara keterangan saksi itu, yang juga bekas pekerja Ladang Gadong di mahkamah dengan rakaman percakapan yang direkodkan.

Ia juga bagi memastikan kesahihan kandungan rakaman percakapan itu diberikan oleh Suresh yang dipenjarakan selepas mengaku bersalah atas tuduhan membuang abu mayat Sosilawati, 47; pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 47; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32; dan pegawai CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38 di Sungai Panchau dekat sini.

Dalam kes ini, bekas peguam, N Pathmanabhan, 42; bersama tiga pekerja ladangnya, T Thilaiyalagan, 20; R. Matan, 21; dan R. Kathavarayan, 31; didakwa membunuh semua mangsa di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Sementara itu, Pegawai Penyiasat Kanan IPD Dang Wangi, Asisten Superintendan, Mohd Ishak Yaacob berkata, rakaman percakapan kedua dijalankan ke atas Suresh berhubung siasatan kes bunuh jutawan kosmetik, Sosilawati dan tiga yang lain, adalah atas inisiatifnya.

Menurutnya, penggunaan video semasa rakaman percakapan kali kedua diadakan bagi mengelakkan tohmahan.

Beliau berkata, pemilihan beberapa pegawai dan juru bahasa dari IPD Alor gajah dibuat untuk merakam percakapan Suresh dan K Saravanan bebas ketika menjalankan siasatan.

Setelah selesai mendengar keterangan saksi, pendakwaan menutup kes perbicaraan TWT.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Anwar fail notis usul kedua

Posted: 01 Aug 2011 05:00 PM PDT

Anwar fail notis usul kedua KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, memfailkan notis usul kedua dalam seminggu di Mahkamah Tinggi di sini dan kali ini beliau memohon mahkamah mengeluarkan perintah untuk pihaknya menemu bual 10 saksi, termasuk dua pembantu rumah warga Indonesia, yang nama mereka disenaraikannya dalam notis saksi beliau.

Dalam permohonan yang difailkan pagi semalam, melalui Tetuan Karpal Singh & Co, Anwar menamakan dua bekas pembantu rumah kepada Hasanuddin Abd Hamid, pemilik unit kondominium di mana kejadian liwat didakwa berlaku.

Seorang daripada pembantu rumah itu dikenal pasti sebagai Suliati manakala seorang lagi Fitria Dipan.

Lapan lain yang dinamakan ialah Abdullah Sani Said (bekas pemandu Anwar), Mokhtar Mustafa, Nik Mahmood Nik Hassan, Noor Sham Abdul Hamid, Profesor Dr Mohamad Ariff Abdul Karem (bekas Pengarah Eksekutif MIER), Mohd Khoharullah Abdul Majid, Raymond Yeoh Cheng Seong (pegawai bank) dan bekas ketua pegawai operasi Bursa Saham Malaysia, Omar Malek Ali Merican.

Minggu lalu, (26 Julai), Anwar memfailkan permohonan serupa untuk menemu bual lima saksi, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Dalam afidavit sokongan bagi permohonan terbarunya itu, Anwar memberikan alasan sama seperti dalam permohonan terdahulu mengikut undang-undang, iaitu adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan membenarkan saksi ditemu bual oleh pihak pembelaan dan kos dibayar oleh pihak pendakwaan.

Peguam Ram Karpal Singh berkata, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah akan mendengar kedua-dua permohonan Anwar pada 3 Ogos.

Menurutnya, kebanyakan daripada 10 saksi itu awalnya adalah senarai saksi pihak pendakwaan dan kenyataan mereka telah direkodkan polis.

"Kami mahu temu bual itu diadakan sebelum kes pembelaan bermula, mengenai apa sebenarnya mereka (10 saksi) beritahu polia," katanya ketika dihubungi. - Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Kejahatan itu tanpa wajah tetap

Posted: 01 Aug 2011 05:00 PM PDT

Bayangkan, di suatu petang di pertengahan musim panas yang indah, anda dengan beratus-ratus rakan berada di sebuah pulau di Norway. Semua sedang bergembira dan bersemangat tinggi.

Ia sebenarnya sebuah kem politik belia untuk Parti Buruh yang memerintah, perhimpunan aktivis-aktivis muda dan ahli parti dari seluruh negara. Tetapi apa yang lebih penting, di pulau itu airnya biru, hutannya hijau dan anginnya segar. Anda hanya mahu bersantai...Tiba-tiba, anda menerima berita seram. Ada pengeboman di Oslo, kira-kira 38 kilometer dari anda...

SMS dan e-mel anda dibanjiri pesanan daripada keluarga dan rakan. Suasana suram. Anda mula berasa bingung, takut, dan bimbang: bom di Oslo itu benar-benar meletus di hadapan pejabat Perdana Menteri? Adakah sesiapa yang cedera? Anda mula bimbang mengenai keluarga dan rakan-rakan yang tinggal berhampiran.

Bayangkan, seorang anggota polis tiba di Utoya pada pukul 4:57 petang. Dia bersenjatakan pistol dan senapang automatik, melangkah masuk ke dalam kem itu: dari segi fizikalnya, tiada yang mencurigakan. Tubuhnya tinggi, tegap dan dada kekar. Tetapi anda dapat rasakan sesuatu tidak kena...

Selepas mengesahkan khabar angin tentang pengeboman di Oslo, dia mahu melakukan pemeriksaan kawasan sekitar. Dia meminta semua orang berkumpul di sekelilingnya. Semua turut serta. Mengapa tidak? Naluri kita telah dilatih untuk mempercayai polis.

Tanpa diduga, dia mula menembak secara rawak - semua ditembak. Huru-hara. Ini pembunuhan beramai-ramai yang zalim. Anda tumpas......

Sesungguhnya, episod hitam ini akan didebatkan untuk beberapa tahun dan dekad: mengapa Utoya, mengapa Norway? Mengapa Anders Behring Breivik bertindak begitu? Adakah dia ekstremis, fanatik perkauman? Mengapa media Barat terlalu cepat menuding jari ke arah pengganas Islam?

Oslo dan Utoya mengingatkan kita, kejahatan masih wujud di dunia ini. Ia dapat dirasai, seperti organisma hidup: berjalan, memutar belit, menipu dan merancang untuk membunuh dan mendera.

Namun, di sebalik kita benci kejahatan, secara senyap, ramai yang terpesona dengan aura kejahatan. Bukankah kita gemar menonton siri di televisyen seperti CSI dan bermain permainan video LA Noir? Bukankah kejahatan itu satu tarikan dalam kultur popular semasa?

Sesungguhnya kejahatan itu tidak mempunyai wajah tetap atau bentuk. Ia tidak berjisim dan berjirim. Ia seperti gas rawak yang hinggap di hati individu di mana-mana sahaja. Mungkin ia merasuk petani berambut perang dari Hedmark atau veteran Perang Teluk yang kecewa. Mungkin juga ia menjelmakan diri sebagai seorang artis yang gagal dari Austria dan belia Saudi yang kaya tetapi bosan.

Barat, dan juga masyarakat global, lebih gemar mempraktik moraliti relatif. Kita tidak mahu menghakimi, melainkan kita dihakimi. Kita boleh menerima perbezaan pendapat dan visi. Kita percaya perbincangan boleh mengatasi kekerasan, kebaikan akan menewaskan kejahatan. Kita sudah menjadi terlalu memahami, sehingga lupa untuk mengadili. Sememangnya, apa yang terjadi di Norway, mencabar tanggapan kita tentang dunia hari ini. Apakah kita sudah terlupa bagaimana berdepan kejahatan?

Bagaimanakah kita berurusan dengan mereka yang ingin menghancurkan visi kita tentang dunia aman damai? Bagaimana kita berdepan dengan realiti perit, kejahatan itu sememangnya wujud dan kadangkala ia akan menewaskan kebaikan? Seburuk-buruk kejahatan adalah mengambil nyawa orang lain.

Ini membawa saya kepada satu ayat dalam al-Quran, yang diambil dari Surah Al Maidah, ayat 32: "Oleh kerana itu, kami tetapkan atas Bani Israel bahawa sesiapa yang membunuh seseorang, bukan kerana membalas dendam pembunuhan, tetapi untuk melakukan kerosakan di bumi, maka seolah-olahnya dia telah membunuh seluruh umat manusia, dan sesiapa yang memelihara nyawa seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menyelamatkan hidup seluruh umat manusia."

Tujuh puluh enam orang yang tidak bersalah kehilangan nyawa mereka di Norway minggu lepas. Ini hakikat kehidupan, kejahatan itu ada di mana-mana. Ia tidak mengenal lelaki atau perempuan, anak muda atau warga emas, Islam atau bukan Islam.

Sesungguhnya, marilah kita bersama-sama mengambil kesempatan sempena Ramadan yang mulia ini untuk menyucikan diri dari segala bentuk kejahatan. Kepada seluruh Umat Islam di seluruh dunia yang membaca, selamat menunaikan ibadah puasa. Ingatlah, sememangnya penawar kejahatan itu hanyalah kebaikan...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Ada sinar di hujung terowong

Posted: 01 Aug 2011 05:00 PM PDT

Ada sinar di hujung terowong itulah yang dapat digambarkan apabila membicarakan mengenai perhimpunan Bersih 9 julai lepas.

Perhimpunan yang dikatakan menyebabkan Kuala Lumpur seperti dilanggar garuda, malah akan berulang peristiwa 13 Mei.

Paling menyedihkan, Bersih 2.0 dikaitkan dengan komunis sehingga enam ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan sebulan di bawah Ordinan Darurat (EO), dikatakan menerima dana daripada Kristian, dikatakan hendak menjatuhkan kerajaan dan kononnya di dalangi parti-parti pembangkang.

Pelbagai tekanan dikenakan kepada pemimpin-pemimpin bukan kerajaan, pejabat di serbu, peralatan dirampas dan sukarelawan ditahan, baju kuning berlogokan Bersih 2.0 diharamkan, malah ketakutan kepada warna kuning ini menyebabkan sesiapa yang memakainya ditahan tanpa usul periksa.

Pembuka kepada penerimaan untuk pilihan raya yang bersih dan adil ini selepas dimomokkan sebagai sesuatu yang buruk dan jahat kerana keinginan rakyat mahu ia dilaksanakan dan Sinar Harian telah membuka langkah berani untuk memulakan dialog 'Apa Selepas 9 Julai' dan disitu barulah kita disedarkan bahawa gelombang kuning melonjak kini.

Inilah kesedaran yang ditunjukkan oleh semua, tidak ada alasan boleh diterima dan keinginan ini tidak boleh disekat-sekat lagi.

Sekeras-keras kerak nasi akhirnya akhirnya kita nampak perubahan yang ketara, iltizam, keinginan dan wawasan rakyat mampu melunakkan kekerasan jiwa pemimpin-pemimpin kerajaan, mereka bersedia untuk melaksanakan pilihan raya yang bersih dan adil.

Inilah yang kita mahukan, kita mahukan sesuatu yang baik untuk negara, untuk menjadikan Malaysia sekali lagi sebagai contoh sebuah negara yang mendukung kehendak rakyat.

Pemimpin-pemimpin yang menafikan perkara ini pastinya akan ditinggalkan keretapi kerana pilihan raya yang bersih dan adil memberi peluang kepada semua untuk membuktikan bahawa sesiapa yang terpilih untuk memerintah negara ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) dipilih melalui pilihan raya yang bersih dan adil.

Kita harus menolak sebarang tindakan kotor yang bukan sahaja akan mencemarkan negara ini tetapi mencemarkan kepimpinan kita sendiri, maka tuntutan untuk membersihkan pilihan raya ini harus dilakukan melangkau latar belakang kepartian.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) perlu bergerak seiring serta sehaluan untuk memastikan pilihan raya akan datang adalah bersih serta adil kerana ia adalah kemahuan, kehendak dan keinginan rakyat.

Jangan nafikan hak rakyat untuk mendapat tuntutan yang boleh kita berikan kepada mereka kerana mereka boleh menghukum kita walaupun dalam seribu kepayahan, jangan diuji kekentalan rakyat kerana ia telah dibuktikan pada 9 Julai lepas, jangan diuji kesabaran rakyat kerana ia seperti bara dalam sekam.

Sempena bulan mulia - Ramadan yang mubarak ini dengan meminjam tulisan Dr Zaharuddin Abdul Rahman, pensyarah di Universiti Islam Malaysia mengenai ibadah puasa.

"Objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah.

Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadis sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada Nabi SAW doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar baginda ialah meminta keampunan Allah SWT."

Sebagai pemimpin yang bertakwa marilah kita laksanakan amanah yang telah diberikan oleh Allah SWT dan rakyat yang memilih kita dengan memastikan bahawa SPR perlu bebas dalam melaksanakan bidang kuasanya, kerajaan dan pakar-pakar undang-undang dan tentunya rakyat memberi khidmat kepada SPR untuk memastikan pilihan raya yang akan dilaksanakan dengan bersih dan adil.

Kerajaan sekiranya benar-benar telus perlu berfikir bagaimana ingin membebaskan SPR dari kekangan ini.

Sesungguhnya rahmat Allah SWT di bulan Ramadan yang mubarak ini amat lah luas, ia pemberi harapan baru kepada harapan yang hampir-hampir dimusnahkan tetapi kita sebagai hamba perlu terus berpegang kepada janji Allah bahawa akan sentiasa ada sinar di hujung terowong.

* Nurul Izzah Anwar ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved