SH |
Posted: 01 Aug 2011 05:00 PM PDT Peniaga dakwa produk diciplak
IPOH – Seorang peniaga mendakwa paten produk yang digunakan oleh peniaga di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) diciplak dan beliau telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, semalam.
Pengarah Urusan Kitaran Potensi Sdn Bhd, Md Nayan Salleh berkata, sistem penyaringan dan pengasingan sisa makanan, lemak dan gris (Simpak) yang diciptanya 13 tahun lalu telah dicetak rompak oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. "Mungkin penyelewengan berlaku selepas saya menyerahkan produknya kepada agensi kerajaan terlibat Jun lalu. Saya kecewa apabila sebuah agensi penguatkuasaan boleh menggunakan produk berkenaan tanpa merujuk kepada Perbadanan Warta Intelek Malaysia. "Bagaimana saya dan inventor lain mahu mencipta produk sedangkan agensi kerajaan sendiri menyokong penggunaan barangan cetak rompak. Namun, saya serahkan kepada SPRM untuk membuat siasatan," katanya kepada pemberita di Dataran MBI di sini, semalam. Katanya, Simpak berjaya mencipta kejayaan dengan mendapat beberapa penghargaan di Bulgaria dan Geneva pada tahun 1998 sebagai produk inovasi paling berjaya. "Tindakan undang-undang akan diambil dan saya telah berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat bagi menuntut kerugian," katanya. Ahad lalu, Setiausaha MBI, Datuk Abdul Rahim Md. Ariff menafikan dakwaan Md Nayan Salleh bahawa MBI menggunakan produk pengasingan sisa makanan yang diciplak dari ciptaannya. Menurut Abdul Rahim, pembelian produk berkenaan dikendalikan oleh kontraktor yang dilantik MBI dan pihak majlis melaksanakan kerja menaik taraf MBI Terrace di Jalan Datuk Ismail Shah Budin melalui kontraktor dilantik. "Semua urusan pembelian dikendalikan oleh kontraktor yang membeli produk Simpak daripada pembekal dan pengedar," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan