SH |
Posted: 01 Aug 2011 05:00 PM PDT 'Pas bukan mahu kerusi lebih'
SHAH ALAM - Cadangan Pas Selangor supaya setiap kawasan Parlimen mempunyai calon dari setiap parti Pakatan Rakyat (PR) bukan bermaksud Pas mahukan bilangan kerusi yang lebih sebaliknya ia adalah pengagihan semula taburan kerusi yang akan ditandingi.
Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Selangor, Iskandar A. Samad berkata, cadangan juga adalah satu usaha murni meningkatkan kerjasama parti dalam PR di mana Pas, PKR dan DAP akan mempunyai sekurang-kurangnya seorang calon bagi setiap kawasan Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. "Bilangan kerusi yang akan ditandingi oleh setiap parti tetap sama seperti Pilihan Raya Umum (PRU) 2008. "Jika cadangan ini diterima, ia akan menunjukkan kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat benar-benar telah menolak sama sekali politik perkauman kerana pembahagian kerusi bukan lagi berdasarkan kaum. "Parti-parti Pakatan tidak lagi dikaitkan dengan kaum tertentu seperti Pas dengan orang Melayu dan Dap dengan orang Cina kerana terdapat kerusi majoriti Cina yang ditandingi oleh Pas dan terdapat kerusi majoriti Melayu yang ditandingi oleh Dap," katanya dalam satu kenyataan media, semalam. Walau bagaimanapun katanya, polisi kerajaan yang akan dibentuk lebih penting dipersetujui sebelum pilihan raya. "Tetapi walaupun pembahagian kerusi penting namun bagi negeri-negeri di mana Pakatan telah membentuk kerajaan atau berpotensi membentuk kerajaan, ada perkara yang lebih penting. "Tanpa persetujuan ini, akan berlaku perselisihan faham yang akan memberi imej yang buruk kepada mana-mana kerajaan dan akan juga melambatkan sistem penyampaian kerajaan tersebut. Oleh itu, polisi-polisi perlu dibincangkan secara terperinci sebelum satu-satu kerajaan dibentuk," katanya. Katanya, polisi sesebuah kerajaan ditentukan oleh parti atau parti-parti yang menguasai kerajaan tersebut. "Jika polisi-polisi telah dipersetujui sebelum kerajaan dibentuk maka tidak akan ada rungutan terhadap pemimpin kerajaan, sama ada Menteri Besar atau Exco, yang membuat keputusan bertentangan atau tidak selari dengan hasrat parti-parti yang memenangi pilihan raya dan tidak ada risiko mereka akan bertindak sesuka hati seolah-olah tanpa kawalan. "Oleh itu, patut dikaji pengalaman negara-negara lain contohnya kerjasama di antara parti Konservatif dan Liberal Demokrat di UK (United Kingdom) di mana kerajaan dibentuk setelah setiap polisi penting dibincangkan dan dipersetujui terlebih dahulu," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan