Selasa, 2 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Kejahatan itu tanpa wajah tetap

Posted: 01 Aug 2011 05:00 PM PDT

Bayangkan, di suatu petang di pertengahan musim panas yang indah, anda dengan beratus-ratus rakan berada di sebuah pulau di Norway. Semua sedang bergembira dan bersemangat tinggi.

Ia sebenarnya sebuah kem politik belia untuk Parti Buruh yang memerintah, perhimpunan aktivis-aktivis muda dan ahli parti dari seluruh negara. Tetapi apa yang lebih penting, di pulau itu airnya biru, hutannya hijau dan anginnya segar. Anda hanya mahu bersantai...Tiba-tiba, anda menerima berita seram. Ada pengeboman di Oslo, kira-kira 38 kilometer dari anda...

SMS dan e-mel anda dibanjiri pesanan daripada keluarga dan rakan. Suasana suram. Anda mula berasa bingung, takut, dan bimbang: bom di Oslo itu benar-benar meletus di hadapan pejabat Perdana Menteri? Adakah sesiapa yang cedera? Anda mula bimbang mengenai keluarga dan rakan-rakan yang tinggal berhampiran.

Bayangkan, seorang anggota polis tiba di Utoya pada pukul 4:57 petang. Dia bersenjatakan pistol dan senapang automatik, melangkah masuk ke dalam kem itu: dari segi fizikalnya, tiada yang mencurigakan. Tubuhnya tinggi, tegap dan dada kekar. Tetapi anda dapat rasakan sesuatu tidak kena...

Selepas mengesahkan khabar angin tentang pengeboman di Oslo, dia mahu melakukan pemeriksaan kawasan sekitar. Dia meminta semua orang berkumpul di sekelilingnya. Semua turut serta. Mengapa tidak? Naluri kita telah dilatih untuk mempercayai polis.

Tanpa diduga, dia mula menembak secara rawak - semua ditembak. Huru-hara. Ini pembunuhan beramai-ramai yang zalim. Anda tumpas......

Sesungguhnya, episod hitam ini akan didebatkan untuk beberapa tahun dan dekad: mengapa Utoya, mengapa Norway? Mengapa Anders Behring Breivik bertindak begitu? Adakah dia ekstremis, fanatik perkauman? Mengapa media Barat terlalu cepat menuding jari ke arah pengganas Islam?

Oslo dan Utoya mengingatkan kita, kejahatan masih wujud di dunia ini. Ia dapat dirasai, seperti organisma hidup: berjalan, memutar belit, menipu dan merancang untuk membunuh dan mendera.

Namun, di sebalik kita benci kejahatan, secara senyap, ramai yang terpesona dengan aura kejahatan. Bukankah kita gemar menonton siri di televisyen seperti CSI dan bermain permainan video LA Noir? Bukankah kejahatan itu satu tarikan dalam kultur popular semasa?

Sesungguhnya kejahatan itu tidak mempunyai wajah tetap atau bentuk. Ia tidak berjisim dan berjirim. Ia seperti gas rawak yang hinggap di hati individu di mana-mana sahaja. Mungkin ia merasuk petani berambut perang dari Hedmark atau veteran Perang Teluk yang kecewa. Mungkin juga ia menjelmakan diri sebagai seorang artis yang gagal dari Austria dan belia Saudi yang kaya tetapi bosan.

Barat, dan juga masyarakat global, lebih gemar mempraktik moraliti relatif. Kita tidak mahu menghakimi, melainkan kita dihakimi. Kita boleh menerima perbezaan pendapat dan visi. Kita percaya perbincangan boleh mengatasi kekerasan, kebaikan akan menewaskan kejahatan. Kita sudah menjadi terlalu memahami, sehingga lupa untuk mengadili. Sememangnya, apa yang terjadi di Norway, mencabar tanggapan kita tentang dunia hari ini. Apakah kita sudah terlupa bagaimana berdepan kejahatan?

Bagaimanakah kita berurusan dengan mereka yang ingin menghancurkan visi kita tentang dunia aman damai? Bagaimana kita berdepan dengan realiti perit, kejahatan itu sememangnya wujud dan kadangkala ia akan menewaskan kebaikan? Seburuk-buruk kejahatan adalah mengambil nyawa orang lain.

Ini membawa saya kepada satu ayat dalam al-Quran, yang diambil dari Surah Al Maidah, ayat 32: "Oleh kerana itu, kami tetapkan atas Bani Israel bahawa sesiapa yang membunuh seseorang, bukan kerana membalas dendam pembunuhan, tetapi untuk melakukan kerosakan di bumi, maka seolah-olahnya dia telah membunuh seluruh umat manusia, dan sesiapa yang memelihara nyawa seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menyelamatkan hidup seluruh umat manusia."

Tujuh puluh enam orang yang tidak bersalah kehilangan nyawa mereka di Norway minggu lepas. Ini hakikat kehidupan, kejahatan itu ada di mana-mana. Ia tidak mengenal lelaki atau perempuan, anak muda atau warga emas, Islam atau bukan Islam.

Sesungguhnya, marilah kita bersama-sama mengambil kesempatan sempena Ramadan yang mulia ini untuk menyucikan diri dari segala bentuk kejahatan. Kepada seluruh Umat Islam di seluruh dunia yang membaca, selamat menunaikan ibadah puasa. Ingatlah, sememangnya penawar kejahatan itu hanyalah kebaikan...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Ada sinar di hujung terowong

Posted: 01 Aug 2011 05:00 PM PDT

Ada sinar di hujung terowong itulah yang dapat digambarkan apabila membicarakan mengenai perhimpunan Bersih 9 julai lepas.

Perhimpunan yang dikatakan menyebabkan Kuala Lumpur seperti dilanggar garuda, malah akan berulang peristiwa 13 Mei.

Paling menyedihkan, Bersih 2.0 dikaitkan dengan komunis sehingga enam ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan sebulan di bawah Ordinan Darurat (EO), dikatakan menerima dana daripada Kristian, dikatakan hendak menjatuhkan kerajaan dan kononnya di dalangi parti-parti pembangkang.

Pelbagai tekanan dikenakan kepada pemimpin-pemimpin bukan kerajaan, pejabat di serbu, peralatan dirampas dan sukarelawan ditahan, baju kuning berlogokan Bersih 2.0 diharamkan, malah ketakutan kepada warna kuning ini menyebabkan sesiapa yang memakainya ditahan tanpa usul periksa.

Pembuka kepada penerimaan untuk pilihan raya yang bersih dan adil ini selepas dimomokkan sebagai sesuatu yang buruk dan jahat kerana keinginan rakyat mahu ia dilaksanakan dan Sinar Harian telah membuka langkah berani untuk memulakan dialog 'Apa Selepas 9 Julai' dan disitu barulah kita disedarkan bahawa gelombang kuning melonjak kini.

Inilah kesedaran yang ditunjukkan oleh semua, tidak ada alasan boleh diterima dan keinginan ini tidak boleh disekat-sekat lagi.

Sekeras-keras kerak nasi akhirnya akhirnya kita nampak perubahan yang ketara, iltizam, keinginan dan wawasan rakyat mampu melunakkan kekerasan jiwa pemimpin-pemimpin kerajaan, mereka bersedia untuk melaksanakan pilihan raya yang bersih dan adil.

Inilah yang kita mahukan, kita mahukan sesuatu yang baik untuk negara, untuk menjadikan Malaysia sekali lagi sebagai contoh sebuah negara yang mendukung kehendak rakyat.

Pemimpin-pemimpin yang menafikan perkara ini pastinya akan ditinggalkan keretapi kerana pilihan raya yang bersih dan adil memberi peluang kepada semua untuk membuktikan bahawa sesiapa yang terpilih untuk memerintah negara ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) dipilih melalui pilihan raya yang bersih dan adil.

Kita harus menolak sebarang tindakan kotor yang bukan sahaja akan mencemarkan negara ini tetapi mencemarkan kepimpinan kita sendiri, maka tuntutan untuk membersihkan pilihan raya ini harus dilakukan melangkau latar belakang kepartian.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) perlu bergerak seiring serta sehaluan untuk memastikan pilihan raya akan datang adalah bersih serta adil kerana ia adalah kemahuan, kehendak dan keinginan rakyat.

Jangan nafikan hak rakyat untuk mendapat tuntutan yang boleh kita berikan kepada mereka kerana mereka boleh menghukum kita walaupun dalam seribu kepayahan, jangan diuji kekentalan rakyat kerana ia telah dibuktikan pada 9 Julai lepas, jangan diuji kesabaran rakyat kerana ia seperti bara dalam sekam.

Sempena bulan mulia - Ramadan yang mubarak ini dengan meminjam tulisan Dr Zaharuddin Abdul Rahman, pensyarah di Universiti Islam Malaysia mengenai ibadah puasa.

"Objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah.

Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadis sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada Nabi SAW doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar baginda ialah meminta keampunan Allah SWT."

Sebagai pemimpin yang bertakwa marilah kita laksanakan amanah yang telah diberikan oleh Allah SWT dan rakyat yang memilih kita dengan memastikan bahawa SPR perlu bebas dalam melaksanakan bidang kuasanya, kerajaan dan pakar-pakar undang-undang dan tentunya rakyat memberi khidmat kepada SPR untuk memastikan pilihan raya yang akan dilaksanakan dengan bersih dan adil.

Kerajaan sekiranya benar-benar telus perlu berfikir bagaimana ingin membebaskan SPR dari kekangan ini.

Sesungguhnya rahmat Allah SWT di bulan Ramadan yang mubarak ini amat lah luas, ia pemberi harapan baru kepada harapan yang hampir-hampir dimusnahkan tetapi kita sebagai hamba perlu terus berpegang kepada janji Allah bahawa akan sentiasa ada sinar di hujung terowong.

* Nurul Izzah Anwar ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved