Ahad, 23 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Full content generated by Get Full RSS.

1,000 terbunuh gempa kuat di Turki

Posted: 22 Oct 2011 05:00 PM PDT

1,000 terbunuh gempa kuat di Turki ANKARA - Hampir 1,000 orang dianggarkan terbunuh selepas gempa bumi kuat melanda wilayah di timur Turki, semalam, menurut pusat gempa negara itu.

Beberapa jam selepas gempa melanda, Persatuan Bulan Sabit Merah dan kerajaan Turki melaporkan 45 bangunan termasuk pangsapuri dan dormitori runtuh di bandar Van, timur Turki, semalam, selepas dilanda gempa bumi berukuran 7.2 pada skala Richter itu.

Pasukan penyelamat yang tiba di tempat kejadian berjaya menyelamatkan lebih 50 mangsa tercedera yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan.

Turki terletak di atas garisan sesar bumi dan kerap dilanda gempa bumi serta gegaran harian, dengan dua gempa bumi terkuat dicatatkan pada 1999 yang membunuh lebih 20,000 orang.

‘Kami yang arah tentera AS keluar’

Posted: 22 Oct 2011 05:00 PM PDT

'Kami yang arah tentera AS keluar' BAGHDAD - Perdana Menteri Iraq, Nouri Al-Maliki, kelmarin, mendedahkan keputusan muktamad untuk mengeluarkan tentera Amerika Syarikat (AS) dari negara itu dalam tempoh terdekat dibuat oleh Baghdad, dan bukannya Washington seperti disangka.

Kenyataan itu dikeluarkan sehari selepas Presiden AS, Barack Obama dengan bangga mengumumkan kepada dunia bahawa beliau akan membawa pulang kumpulan akhir 40,000 tentera AS yang masih berada di Iraq, menjelang akhir tahun ini.

"Kami menolak permintaan Pentagon supaya mana-mana askar AS yang masih berada di bumi Iraq pada 2012 diberikan kekebalan daripada sebarang pendakwaan melakukan jenayah dan kami juga berhenti membincangkan isu latihan tentera antara dua negara," menurut Nouri.

Menurutnya, Washington meminta kekebalan itu diberikan kepada askar AS tetapi permintaan itu ditolak Baghdad.

"Dalam perbincangan itu, kami memutuskan tidak akan memberi kekebalan kepada askar AS yang masih berada di Iraq dan kemudian barulah penghantaran pulang tentera negara itu bermula," katanya.

Pada 2008, Iraq dan AS bersetuju bahawa semua tentera AS akan keluar dari negara Teluk itu menjelang akhir tahun ini namun beberapa keganasan terbaru di Iraq menyebabkan tentera AS ingin menempatkan ribuan tentera di negara itu untuk beberapa tahun lagi namun cubaan itu dihalang Baghdad.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH


Kebangkitan Islam kembali

Posted: 22 Oct 2011 05:00 PM PDT

Kebangkitan Islam kembali KOTA SARANG SEMUT - Kebangkitan Islam kini dilihat berlaku di kebanyakan negara, terutama Timur Tengah hingga menumbangkan pemerintahan diktator yang berjaya digulingkan oleh kuasa rakyat.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, pemerintah di negara Islam jatuh satu persatu, antaranya Saddam Hussein (Iraq) dan Muammar Gadaffi (Libya), walaupun tanpa pilihan raya mahupun demonstrasi.

"Selepas golongan itu tiada, apakah golongan Islam akan ambil alih seperti yang berlaku di Timur Tengah. Dunia kini sedang menanti apakah akan berlaku kebangkitan Islam semula untuk mengepalai dunia," katanya ketika berucap di hadapan 5,000 penyokong Pas yang hadir pada Ceramah Sambutan 60 Tahun Pas peringkat negeri Kedah, malam semalam.

Menurutnya, sejak 10 tahun kebelakangan ini, kuasa politik semakin berubah, malah di peringkat awal dunia dikuasai oleh golongan Islam yang kemudian diambil alih nasionalis, seterusnya oleh golongan berhaluan kiri.

"Saya lihat kini semua sistem berlaku perubahan untuk kekalkan kuasa ekonomi. Saya harap jika berlaku perubahan kuasa di Malaysia, biarlah secara elok dan bertamadun melalui pilihan raya. Kita tidak mahu apa yang berlaku di luar sana berlaku di sini," katanya.

Mohamad turut mengagumi cendekiawan Dr Burhanuddin Al Helmi yang disifatkannya sebagai seorang yang berfikiran ke hadapan.

"Beliau (Burhanuddin) pada kongres 1956 pernah berkata, dunia Islam peringkat awal akan diperintah golongan nasionalis, kemudian naik golongan kiri akan ambil alih pemerintah, selepas itu kembali pada golongan Islam. Saya rasa ia sedang berlaku kini," katanya.

Menurutnya, seorang lagi pemikir dan ulama yang dikagumi, Profesor Dr Zulkifli Mohamad juga pernah mencadangkan supaya Pas menerima ahli bukan Islam, 30 tahun lalu, namun ketika itu, pandangannya dianggap tidak sesuai.

"Sekarang pandangan itu dikaji semula hingga tubuhnya Dewan Himpunan Penyokong Pas. Kadangkala pemimpin yang bijak ketika itu tidak diterima pandangannya, tetapi berguna pada masa depan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Posted: 22 Oct 2011 05:00 PM PDT

Kebangkitan Islam kembali KOTA SARANG SEMUT - Kebangkitan Islam kini dilihat berlaku di kebanyakan negara, terutama Timur Tengah hingga menumbangkan pemerintahan diktator yang berjaya digulingkan oleh kuasa rakyat.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, pemerintah di negara Islam jatuh satu persatu, antaranya Saddam Hussein (Iraq) dan Muammar Gadaffi (Libya), walaupun tanpa pilihan raya mahupun demonstrasi.

"Selepas golongan itu tiada, apakah golongan Islam akan ambil alih seperti yang berlaku di Timur Tengah. Dunia kini sedang menanti apakah akan berlaku kebangkitan Islam semula untuk mengepalai dunia," katanya ketika berucap di hadapan 5,000 penyokong Pas yang hadir pada Ceramah Sambutan 60 Tahun Pas peringkat negeri Kedah, malam semalam.

Menurutnya, sejak 10 tahun kebelakangan ini, kuasa politik semakin berubah, malah di peringkat awal dunia dikuasai oleh golongan Islam yang kemudian diambil alih nasionalis, seterusnya oleh golongan berhaluan kiri.

"Saya lihat kini semua sistem berlaku perubahan untuk kekalkan kuasa ekonomi. Saya harap jika berlaku perubahan kuasa di Malaysia, biarlah secara elok dan bertamadun melalui pilihan raya. Kita tidak mahu apa yang berlaku di luar sana berlaku di sini," katanya.

Mohamad turut mengagumi cendekiawan Dr Burhanuddin Al Helmi yang disifatkannya sebagai seorang yang berfikiran ke hadapan.

"Beliau (Burhanuddin) pada kongres 1956 pernah berkata, dunia Islam peringkat awal akan diperintah golongan nasionalis, kemudian naik golongan kiri akan ambil alih pemerintah, selepas itu kembali pada golongan Islam. Saya rasa ia sedang berlaku kini," katanya.

Menurutnya, seorang lagi pemikir dan ulama yang dikagumi, Profesor Dr Zulkifli Mohamad juga pernah mencadangkan supaya Pas menerima ahli bukan Islam, 30 tahun lalu, namun ketika itu, pandangannya dianggap tidak sesuai.

"Sekarang pandangan itu dikaji semula hingga tubuhnya Dewan Himpunan Penyokong Pas. Kadangkala pemimpin yang bijak ketika itu tidak diterima pandangannya, tetapi berguna pada masa depan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full content generated by Get Full RSS.

Pilih universiti mana?

Posted: 22 Oct 2011 05:00 PM PDT

Sosial Kontrak menjamin masyarakat berfungsi, stabil untuk semua hidup senang, aman Muamar Gaddafi, selepas 42 tahun memerintah Libya, akhirnya terbunuh dan kini hanya secebis sejarah. Iktibar: kalaulah ada manusia ingat dia boleh tongkat langit, melakukan, bertindak, berlagak, mengadili mengikut nafsu, dendam dan prasangka; bersifat tamak haloba, menyalah guna kuasa, mengumpul kekayaan orang itu wajar beringat-ingat pada kuasa ghaib kalau pun menang pilihan raya; awas siluman ALLAH SWT. Jangan terlampau berahi sangat dengan pangkat, pengaruh, kuasa, harta benda dan pingat, bintang dan gelaran. Gaddafi, Marcos, Saddam Hussein, Shah Iran mati tanpa tangisan rakyat. Rakyat Malaysia hiba, masyghul, duka nestapa apabila Tun Razak dan Tunku Abdul Rahman kembali ke rahmatullah.

Sebaik-baik negeri orang tidak sebaik negeri sendiri. Selain beristirahat saya ke United Kingdom (UK) dan Belgium kerana urusan persekolahan anak, cucu kawan-kawan yang meminta saya mencadangkan dan membantu mereka mendapat tempat di sekolah-sekolah, dan universiti-universiti jenama dan bersejarah. Pendidikan minat saya sebab hanya melalui pendidikan yang baik, teruji, kontemporari dan relevan sahaja bangsa kita akan menikmati kemerdekaan ekonomi dan sosial. Kemerdekaan politik hanya fasa pertama dalam rukun kebebasan manusia. Banyak negara sebenarnya pada nama sahaja merdeka. Kita tidak mahu seperti mereka. Kita ingin bangsa kita menikmati kemerdekaan tulen: bahasa ibunda yang benar-benar berdaulat, Sosial Kontrak, seperti ditegaskan oleh Speaking, 'that (Social Contract) is scrupulously observed, no one should be exempted from it – yakni semangat dan peruntukannya dilaksanakan secara adil dan berkesan; tiada pengecualian.' Sosial Kontrak di UK, di Amerika Syarikat juga di sini yang berfungsi telah menjamin kestabilan dan kemakmuran yang wujud.

Saya sampai di KLIA Selasa malam besok (19 Oktober) baca isu Awang Hitam meruncing dan fake students (pelajar palsu); visa pendidikan dijual kepada pelajar asing untuk melakukan sembarangan kecuali belajar! Saya telah pun beberapa kali menulis dalam kolum ini tentang undang-undang imigrasi yang tidak ketat. Penguatkuasaan di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang tegas Speaking, 'lamentable (mengerang/menangisi) lackadaisical yang tidak berazam'. Dalam lain perkataan: pendekatan sambil lewa! Kepulangan yang harus gembira menjadi tangisan mengenang masa depan bangsa dan tanah air kita. Terlampau senang sangat makan puji, terlalu ghairah sangat untuk menjadi 'kuasa besar', 'destinasi pilihan'. Untuk siapa? Bagi sindiket, rakyat dari negara failed states? Bacalah Utusan Malaysia (UM), Suara Umno dan STAR Suara MCA pada 19 Oktober 2011. Kalau pendapat UM dan STAR diketepikan dan dipandang ringan oleh yang bertanggungjawab apa harapan kita rakyat biasa?

Kita sedih, kita takut. Sudah tentu masalah sosioekonomi yang lebih besar akan berlaku seperti sudah pun terjadi dengan pendatang-pendatang lain. Kita mahu touris, pelajar, modal insan asing juga pekerja asing yang berkualiti datang ke sini seperti yang memilih Singapura, Jepun, UK, AS dan negara maju lain.

Apa pun, suka duka, rakyat tidak boleh berbuat apa-apa kerana kerajaan nampaknya senang dengan dasar dan pendekatannya sekarang. Mereka yang tidak suka dengan apa yang sedang berlangsung boleh membantah; tunggu PRU13. Ada telah pun kerana tidak tahan lagi mengundi dengan kaki – berhijrah ke negara lain.

Sekarang biarlah saya beralih pada niat asal kolum ini. Memilih sekolah/universiti untuk menuntut ilmu di UK dan di Belgium. Kalau salah pilih kecewa dan merana nanti selain dari banyak masa, minda dan tenaga, kewangan terbuang. Ibu bapa semua mahu sekolah/universiti yang terbaik bagi anak-anak sesuatu yang terpuji dan digalakkan. Apa pun bukan semua boleh ke Eton, Westminster, Benenden, St Paul's Girls School, ke Oxford dan Cambridge. Ada beratus sekolah berasrama penuh (dari tiga tahun hingga ke 17 tahun) dan 280 pusat pengajian tinggi di UK dan berpuluh di Belgium. Baca The Times Good University Guide dan sekolah rendah dan menengah Tatler atau Country Life Schools Guide 2012 – The Top Prep and Public Schools in the UK. Pilih antara empat atau lima top universities/sekolah dan mohon – sama ada kerana universiti/sekolah itu telah ada saudara mara alumninya; reputasi akademik yang tinggi, specialist institutes; anda rasa anda akan gembira di situ. Juga ambil kira lokasi universiti/sekolah itu – di bandar, di luar bandar, moden atau sebaliknya.

Mereka yang bernasib baik pergi melawat bakal universiti/sekolah yang diidamkan; pergi 'periksa' kemudahan, degree dan mata pelajaran yang ditawarkan – Baccalaureate atau sistem British/Belgium. Ziarahi Oxbridge, Bristol, Nottingham, Imperial College, University College, London School of Economics (LSE) ketiga-tiga di London, Durham, Loughborough, Exeter, Sheffield, Hull, universiti-universiti di Wales dan di Scotland seperti Edinburgh dan St Andrews. Juga di Republik Ireland, Ireland Utara dan di Belgium (di sini sekali gus tiga bahasa diajar dari sekolah rendah hingga ke peringkat tertinggi iaitu Bahasa Perancis, Belanda dan Inggeris semua mandatori). Amat penting minta nasihat School Careers Advisors (kalau ada) atau ibu bapa dan kawan-kawan yang ada kaitan dengan sekolah/universiti tertentu dan kita juga harus peka dan sedar kemampuan akademik, potensi sukan dan leadership calon-calon. Universiti di luar London lebih sesuai sebab kurang distractions yakni bisa belajar tanpa gangguan yang keterlaluan.

Universiti di luar Kuala Lumpur dan London sesuai bagi pelajar dari luar bandar kecuali mereka yang senang menyesuaikan diri dengan keadaan di Kuala Lumpur dan di London kalau tidak mereka akan mengalami cultural shock. Kita kini ada 26 universiti swasta selain dari kolej. Oleh kerana ada antara universiti/kolej swasta ini yang mutu dan standardnya sangat lemah maka menjadilah mereka tumpuan pemegang-pemegang visa pendidikan mudah dari negara-negara tertentu yang mampu membayar yuran sepenuh. Sila baca Utusan Malaysia dan media lain 21 Oktober 2011.

Standard universiti kita, baik kerajaan atau swasta, tidak sama, tidak setaraf. Ada yang baik (tak banyak), boleh tahan; majoriti lemah samalah juga keadaan di negara-negara lain maka amat penting pandai dan cermat memilih universiti/sekolah. Setengah universiti sebenarnya tidak sepatutnya dibenarkan beroperasi kerana mengikut pendapat ramai dan kerajaan sendiri, some are pretty weak.

Pada akhir nyaya lah pelajar, pasaran pekerjaan tidak akan menerima mereka. Memilih universiti crucial, mustahak sama seperti memilih pasangan hidup! Jangan acuh tak acuh.

Tahun demi tahun sukar untuk ke menara gading di watan, di UK. Kedua-dua kerajaan sedang berusaha untuk menyenangkan pelajar ke universiti tanpa pula mengorbankan mutu dan prestasi institusi-institusi itu. Universiti juga seperti hotel, ada bintang, tarif atau yurannya berlainan dan padan dengan reputasinya.

Kita tidak mahu situasi universiti hanya menerima pelajar yang mampu bayar yuran sepenuh atau yang geliga sahaja. Kerajaan bertanggungjawab bagi menyusun semula masyarakat agar semua dapat peluang yang sama, adil dan telus ke menara gading.

Apa pun cubalah ke universiti tapi janganlah pula hampa harapan atau putus asa kalau tidak ada degree: Bill Gates, Steve Jobs, Lim Goh Tong dan Ghaffar Baba berjaya tanpa degree. Lihatlah di kiri kanan mereka yang bahagia, bertamadun, berjaya dan penyumbang kepada masyarakat, bangsa dan tanah air - usahkan belajar masuk dalam kampus universiti pun tidak pernah.

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Kredit: www.sinarharian.com.my
 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved