Ahad, 3 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bekas Presiden Brazil meninggal dunia

Posted: 02 Jul 2011 05:00 PM PDT

Bekas Presiden Brazil meninggal dunia SAO PAULO - Bekas Presiden Brazil, Itamar Franco, 81, (gambar) meninggal dunia akibat penyakit leukemia, semalam.

Franco membantu menamatkan inflasi melampau di Brazil pada awal 1990-an dan menyumbang kepada perkembangan pesat ekonomi Brazil sekarang.

Pemimpin itu melaksanakan rancangan membaik pulih ekonomi Brazil secara besar-besaran dan berjaya menamatkan masalah kewangan negara yang berlarutan selama dua dekad semasa beliau memegang jawatan presiden pada 1992 hingga 1994.

Susilo lantik adik ipar sebagai ketua tentera

Posted: 02 Jul 2011 05:00 PM PDT

Susilo lantik adik ipar sebagai ketua tentera JAKARTA - Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono melantik adik ipar beliau sebagai ketua angkatan tentera baru di negara itu, Khamis lalu.

Kenaikan pangkat Pramono Edhie Wibowo daripada leftenan jeneral kepada jeneral penuh mencetuskan spekulasi bahawa Susilo, yang juga bekas jeneral, melatih adik kepada isterinya itu untuk menjadi presiden Indonesia.

Wibowo, 56, tamat belajar di akademi tentera pada 1980 dan memimpin pasukan khas Kopassus pada 1999 serta pernah menjadi pembantu kepada bekas presiden, Megawati Sukarnoputri.

Dia dilantik menggantikan Jeneral George Toisutta yang akan bersara.

Namun Wibowo menolak dakwaan pemilihannya adalah akibat amalan nepotisme Susilo sebaliknya menegaskan proses pemilihan itu mempunyai mekanisme sendiri.

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Datuk rindu dua cucu

Posted: 02 Jul 2011 05:00 PM PDT

Datuk rindu dua cucu CHEMOR – Kerinduan seorang datuk kepada dua cucunya semakin memuncak selepas sebulan 'kehilangan' mereka setelah diambil semula oleh ibunya yang menghilangkan diri didakwa mengikut seorang lelaki beristeri dua.

Muhamad Fadzil Nordin, 60, berkata, pelbagai usaha dilakukan untuk menjejaki kedua cucunya itu termasuk menghubungi anaknya, Ros Mawati, 31, dan lelaki yang dikenali sebagai Ismawan, 31, tetapi usaha itu menemui jalan buntu.

Menurutnya, Ros Mawati sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga serta mempunyai dua cahaya mata, Arisa Balqis Amizuddin, 6, dan Arina Batrisha, setahun sebelum bercerai kira-kira setahun yang lalu.

"Perkenalan singkat dengan Ismawan menyebabkan tingkah laku anaknya sangat berbeza. Ismawan bertindak memperkenalkan dirinya sebelum melamar Ros (panggilan Ros Mawati) tidak lama kemudian.

"Dalam pada itu, dia menipu kami kononnya telah bercerai dan bercadang memperisterikan Ros secepat mungkin kerana mendakwa sibuk menguruskan perniagaan di Vietnam, Singapura dan Indonesia," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

Muhamad Fadzil berkata, dia dan isterinya, Azizah Gulap Din, 56, terkejut apabila Ismawan meminang sendirian tanpa membawa ahli keluarga dengan alasan ayahnya sakit.

"Kami percaya kata-katanya kemudian bersetuju menerima pinangan lelaki itu yang kami sangka jujur dan berbudi bahasa selain melihat kesungguhan Ros mencintai lelaki itu.

"Pada hari pernikahan, penipuan lelaki itu terbongkar apabila seorang wanita yang mendakwa isteri lelaki itu muncul dan mengamuk di surau, 5 Mac lalu," katanya.

Katanya, wanita itu menyatakan pernah berkahwin dengan bakal menantunya itu tetapi perkahwinan itu tidak didaftarkan dengan pejabat Agama Islam.

"Malu dengan kejadian itu, saya membatalkan majlis itu. Bagaimanapun, kenduri tetap diteruskan. Ismawan pula membuat laporan polis supaya kami memulangkan wang hantaran sejumlah RM5,000.

"Kami terpaksa menanggung malu selepas mengetahui lelaki terbabit turut mempunyai dua isteri lain sebelum ini," jelasnya.

Muhamad Fadzil turut menyifatkan Ros Mawati seperti terkena ubat pengasih, seolah-olah tidak boleh menerima keputusan keluarga menghalangnya dari berkahwin dengan kaki tipu itu.

"Kami menasihatkan dia supaya berfikir panjang demi masa depan dua anaknya yang masih kecil. Dia akhirnya bertindak keluar dari rumah dengan melarikan kedua-dua anak kecilnya pada 19 Mei lalu dengan menaiki kereta Proton Satria.

"Setelah beberapa hari tidak pulang rumah, kami terus membuat laporan polis. Lagipun, kami bimbang dengan Arina yang menghidap asma. Kami mahu mereka kembali ke pangkuan keluarga selain meneruskan tadika seperti biasa," katanya.

Menurut Muhamad Fadzil, laporan polis dibuat berhubung kejadian itu kerana bimbang keselamatan cucunya yang sehingga kini tiada sebarang berita.

Orang ramai yang mengenali dan melihat Ros serta kedua-dua cucunya itu segera menghubungi Balai Polis Tanah Hitam di talian 05-2012522 atau mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi keluarga Muhamad Fadzil di talian 05-2014742.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Warga emas maut kemalangan

Posted: 02 Jul 2011 05:00 PM PDT

Warga emas maut kemalangan PELABUHAN BARAT – Seorang warga emas maut setelah van dipandunya gagal dikawal sebelum melanggar kereta jenis Proton Wira dan kontena sebelum menjunam ke parit di Lebuhraya Kesas, kira-kira jam 3.30 petang, semalam.

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang mengambil masa kira-kira 10 minit mengeluarkan mangsa mangsa berketurunan Cina berusia sekitar 62 tahun yang tersepit di tempat duduk

Bagaimanapun mangsa yang parah di seluruh anggota badan itu akhirnya meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Sementara itu, pemandu kontena hanya ingin dikenali Zali, 34, berkata, dia memandu kontena berseorangan dari arah Shah Alam menghala Pelabuhan Barat untuk mengambil muatan.

"Secara tiba-tiba saya perhatikan dari arah bertentangan, van yang dipandu bersebelahan Proton Wira hilang kawalan sebelum melanggar bahagian kanan Proton Wira itu.

"Kedua-dua kenderaan terbabit masuk ke laluan sayamemaksa saya membrek secara mengejut," katanya kepada Sinar Harian di lokasi kejadian.

Menurutnya, dalam masa yang sama kedua-dua kenderaan itu melanggar kontenanya.

"Bagaimanapun kereta Wira terhenti di pertengahan jalan manakala van itu terus meluru laju ke tepi lebuh raya sebelum menjunam ke dalam parit sedalam kira-kira setengah meter.

"Pada saat itu saya amat berdebar-debar dan perasaan takut menguasai diri kerana menyangka kedua-dua pemandu terbunuh berdasarkan keadaan kedua-dua kenderaan yang remuk teruk.

"Bagaimanapun bersyukur selepas melihat kedua-duanya selamat dan dikejarkan ke HTAR dengan ambulans yang tiba tidak lama kemudiannya.

"Namun sejam kemudian, saya terkejut dimaklumkan pemandu van meninggal dunia di hospital oleh polis yang bertugas," katanya.

Sinar Harian dimaklumkan pemandu van yang parah meninggal dunia di Wad Kecemasan kira-kira sejam kemudian manakala pemandu Proton Wira yang berusia 21 tahun turut dirawat di hospital sama kerana kecederaan di bahagian muka.

Dalam pada itu, Ketua Trafik merangkap Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosly Abdul Rahman berkata, mayat mangsa kemudiannya dipindahkan ke bilik mayat bagi urusan bedah siasat.

Katanya, polis masih menyiasat identiti dan maklumat berkaitan diri mangsa.

Jurujual pasar raya kena cekup

Posted: 02 Jul 2011 05:00 PM PDT

Jurujual pasar raya kena cekup KAMPUNG CACAR - Tindakan seorang jurujual pasar raya membawa pulang teman lelaki untuk dijadikan 'teman tidur' pada awal pagi sehingga menimbulkan syak jiran membawa padah apabila mereka dicekup pihak berkuasa.

Lebih mendukacitakan, gadis terbabit yang berasal dari Bukit Besi itu dikatakan mula bekerja di pasar raya berdekatan sejak beberapa bulan lalu untuk menyara keluarga, namun usaha itu gagal menutup perbuatan sumbangnya yang mengaibkan maruah keluarganya.

Ketika serbuan, sepasukan Pegawai Penguat kuasa Jabatan Agama Dungun bersama Polis Paka kira-kira jam 1.10 pagi itu, jurujual yang tamat sekolah menengah ketika dicekup di bilik tidur bersama teman lelakinya itu hanya memakai seluar pendek berbaju T, manakala teman lelakinya memakai seluar tanpa baju.

Pemeriksaan lanjut menemui sehelai seluar dalam dipercayai milik salah seorang daripada mereka dan ia dirampas sebagai bahan bukti selepas dihadapkan ke mahkamah nanti.

Situasi itu menguatkan dakwaan bahawa dia sudah melakukan perbuatan tidak bermoral, walaupun mereka menafikannya.

Gadis berumur 18 tahun bersama teman lelakinya yang berasal dari Sabah itu bakal dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun awal Ogos nanti mengikut Seksyen 31(a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Jika didapati bersalah mereka boleh didenda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Cedera lori balak terbalik

Posted: 02 Jul 2011 05:00 PM PDT

Cedera lori balak terbalik KUANTAN- Seorang lelaki cedera parah apabila lori balak yang dipandunya terbalik ke dalam longkang di Batu 6, Jalan Kuantan-Gambang, berhampiran jejambat yang dalam pembinaan, pagi semalam.

Mangsa yang cedera di bahagian tangan dan kepala terselamat apabila orang awam membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam lori tersebut.

Difahamkan, kemalangan berlaku akibat lori mangsa dikatakan dihimpit sebuah lori lain sebelum kemalangan mengakibatkan muatan balak bertaburan di permukaan jalan selain keadaan kedua-dua laluan sesak kira-kira satu kilometer.

Saksi kejadian, Azri Mohamed Ridzuan, 29, berkata, dia melihat lori balak yang dipandu mangsa dihimpit sebuah lori lain sebelum lori tersebut terjunam ke dalam longkang berdekatan kira-kira jam 10 lagi semalam.

"Ketika kejadian saya sedang menunggang motosikal dalam perjalanan menghala ke Bandar Kuantan dari Taman Tas di sini dan berada di belakang lori sebelum kejadian.

"Selepas itu, sejurus sampai ke satu selekoh kecil lori yang berada di laluan kanan tiba-tiba terus menghimpit lori balak dipandu mangsa menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan seterusnya terbabas menjunam ke dalam longkang," katanya.

Azri berkata, selepas kejadian terbabit pemandu lori yang menghimpit lori mangsa kemudian berhenti beberapa minit di tepi jalan sebelum terus melarikan diri daripada tempat kejadian.

Menurutnya, dia sempat melihat lori dipandu mangsa melayang ke kiri jalan dan terbalik ke dalam longkang.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan dengan bantuan ambulans yang tiba di tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkifli Taha, meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu supaya tampil di Balai Trafik Kuantan bagi membantu siasatan.

Isyarat awal rakyat: Najib

Posted: 02 Jul 2011 05:00 PM PDT

Isyarat awal rakyat: Najib PASIR PUTEH – Kehadiran lebih 20,000 penduduk Pasir Puteh yang menyokong UMNO ke majlis perhimpunan Perdana Menteri bersama Rakyat menunjukkan isyarat mereka membantah perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang akan diadakan di Kuala Lumpur, 9 Julai ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, melihat kepada kehadiran rakyat yang menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) di negeri ini sudah ramai, tentu sokongan di negeri-negeri lain juga lebih ramai.

Beliau berkata, Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga sepatutnya sedar bahawa ramai rakyat menentang perhimpunan haram tersebut dan menyokong dasar serta perjuangan BN.

"Ambiga jangan fikir dia kuat sangat kerana kita tidak akan tunduk kepada dia sama sekali, kita akan perjuangkan apa yang benar," katanya semasa berucap di Sekolah Kebangsaan Sri Aman di Kampung Tok Nik di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen; Timbalan Menteri Kewangan, Senator, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata, jika matlamat perhimpunan haram itu untuk membetulkan sistem pilihan raya negara, kenapakah Pas masih boleh memerintah Kelantan selama 21 tahun.

Najib berkata, manakala melalui pilihan raya umum 2008, pembangkang berjaya menguasai lima negeri di Semenanjung iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor.

Beliau berkata, keadaan itu menunjukkan demokrasi negara tidak sama seperti di negara Timur Tengah seperti Mesir, iaitu parti memerintah memenangi 95 peratus kerusi dalam pilihan raya dan memerintah selama 30 tahun.

"Keadaan di Malaysia berbeza daripada itu, di mana parti pemerintah hanya memenangi majoriti mudah dalam pilihan raya lalu dan pemimpinnya bertukar ganti.

"Manakala BN tidak akan menghantar penyokongnya di Pasir Puteh untuk bertembung dengan penyokong perhimpunan haram di ibu negara biarpun jumlah penyokong BN ramai,'' katanya.

Beliau berjanji BN akan membawa perubahan dalam aspek pembangunan jika rakyat Kelantan memberi mandat kepada BN.

Sementara itu, Najib turut menyambut baik penyertaan seramai 2,800 penyokong Pas yang beralih arah kepada UMNO, termasuk saudara Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu, Raja Abdullah Raja Mahmud, 57.

Perdana Menteri turut meminta Raja Abdullah naik ke pentas bagi hadirin mengenalinya, yang disambut dengan sorakan hadirin berserta laungan dan teriakan "Gelombang Merah", iaitu gelombang perubahan untuk rakyat, cetusan UMNO Kelantan.

Ketika ditemui, Raja Abdullah berkata, beliau sudah serik ditipu kepimpinan Pas kerana tidak pernah tetap pendirian dalam perjuangan parti.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Yusof Shamsuddin KPP Pencegahan SPRM Kedah

Posted: 02 Jul 2011 05:00 PM PDT

Yusof Shamsuddin KPP Pencegahan SPRM Kedah

KANGAR - Bekas Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis, Yusof Shamsuddin telah dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pencegahan SPRM Kedah.

Jurucakap SPRM Perlis berkata, pelantikan itu berkuat kuasa pada 1 Julai lepas.

SPRM Perlis kini diketuai Alias Darus yang sebelum ini menjawat jawatan Penolong Pengarah Bahagian Pencegahan SPRM Kedah, kata jurucakap itu, di sini hari ini. Beliau mengulas laporan media sebelum ini yang menyebut Yusof dilantik sebagai Pengarah SPRM Kedah. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Najib should overrule Hishammudin

Posted: 02 Jul 2011 05:00 PM PDT

Najib should overrule Hishammudin

The Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak should overrule the Home Minister, Datuk Seri Hishammuddin Hussein and lift the ban on Bersih as the three grounds given for the ban under the Societies Act do not stand scrutiny and will only expose the government and country to public disdain and international scorn.

For instance, the first ground – "Being active and sparking an atmosphere of unrest and worry among the multiracial community in the country".

Bersih is not guilty of this charge. Those guilty are Perkasa and Umno Youth, with the former even threatening another May 13 with warning to the Chinese to stay indoors and to stock up food and UMNO Youth in front of PKR headquarters threatening violence and chaos. Why have Hishammuddin acted against Bersih the innocent party while done nothing to the culprits, Perkasa and UMNO Youth as if they enjoy immunity and impunity for committing crimes.

Reason 2: "Spreading propaganda to incite the people to topple the government by distributing certain leaflets".

In the first place, could a government be toppled by "distributing certain leaflets"? This is a baseless and groundless charge as could be established in any challenge to the authorities to produce evidence to back up this ridiculous allegation.

Reason 3: " Its activities have given a bad image to the country, which can threaten and undermine public order, security, economy and the country's sovereignty and affect the harmony of the multiracial community."

Again it is Perkasa and Umno Youth which must plead guilty to this charge not Bersih. Now, with the outrageous ban on Bersih, the Home Minister is himself guilty of giving Malaysia a bad image which will cause great loss of public and investor confidence in Malaysia detrimental to Malaysia's economic interest and national unity.

Will Hishammuddin ban himself from committing such disservices to Malaysia?

Dipetik daripada blog Lim Kit Siang

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sanggup tikam bekas kekasih

Posted: 02 Jul 2011 05:00 PM PDT

Sanggup tikam bekas kekasih MELAKA - Akibat mahu menagih cinta lama, seorang lelaki nekad menikam bekas kekasihnya bertubi-tubi di sebuah rumah dekat Kampung Baru Ayer Salak, Bukit Rambai, di sini, malam kelmarin.

Tidak cukup dengan itu, lelaki berkenaan turut menikam ibu mangsa yang berada dalam rumah berkenaan sehingga mati.

Dalam kejadian kira-kira 11.45 malam itu, mangsa, Lim Mui Tiang, 32, cedera parah akibat ditikam suspek berusia 33 tahun itu, manakala ibunya, Ah Ngo, 75, meninggal dunia selepas mengalami pendarahan teruk di badan.

Jurucakap polis berkata, sebelum kejadian, suspek yang merupakan kenalan sejak di bangku sekolah datang ke rumah mangsa untuk berbual-bual, kira-kira 7 malam sebelum berlaku pertengkaran sekitar 11 malam.

"Suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak itu enggan pulang ke rumah walaupun diarahkan mangsa. Pertengkaran berlarutan apabila suspek mempelawa mangsa mengikutnya ke rumah, bagaimanapun mangsa enggan.

"Dia (suspek) dipercayai menjadi berang dan terus menikam mangsa bertubi-tubi di dapur menggunakan senjata tajam yang dipercayai dibawanya sendiri," katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Menurutnya, kedua-dua mangsa yang berlumuran darah ditemui terlantar di atas tilam di ruang tamu dan ketika kejadian suami Mui Tiang berada di luar negara atas urusan kerja.

Sementara itu, kakak mangsa, Lim Ah See, 48, berkata, ibunya sempat memberitahu abang mangsa, Lim Ah Lai, 50-an, mengenai tindakan suspek bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Melaka (HM).

"Saya dimaklumkan mengenai kejadian ini jam 1.30 pagi tadi (semalam). Pada mulanya saya fikir semua ini angkara perompak, tetapi tidak menyangka mereka diserang kenalan Mui Tiang," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, suspek sudah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), kira-kira 11 pagi semalam.

"Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa dipercayai ditikam di beberapa bahagian badan menggunakan senjata tajam yang masih belum dijumpai. Kes ini disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Beliau berkata, Mui Tiang yang cedera parah kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), HM.

Jangan simpati perhimpunan haram: TPM

Posted: 02 Jul 2011 05:00 PM PDT

Jangan simpati perhimpunan haram: TPM TAIPING - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, memberi amaran kemungkinan kuasa besar dunia akan campur tangan dalam urusan negara ini jika berlaku pergolakan akibat daripada perhimpunan haram oleh kumpulan pengacau pada 9 Julai ini.

"Apabila bergolak, kuasa besar boleh masuk, kita tidak mahu Malaysia yang dibangunkan sejak 50 tahun berdepan dengan masalah seperti itu," katanya semasa berucap pada Majlis Perjumpaan Rakyat di Padang Taman Kaya di sini.

Beliau berkata, apabila berlaku pergolakan, akan berlaku ketidakstabilan yang menjejaskan ekonomi dan merosakkan perpaduan antara kaum dan agama.

Muhyiddin berkata, rakyat tidak harus terjebak dengan perbuatan mungkar didalangi oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tetapi sebenarnya turut didokongi parti pembangkang yang bermatlamat untuk mengambil alih kerajaan supaya pemimpin mereka menjadi Perdana Menteri.

"Perjuangan kumpulan berkenaan kononnya sistem pilihan raya negara tidak bersih dan tidak adil hanya alasan kerana sudah 12 kali pilihan raya umum diadakan dan setiap kali pilihan raya, rakyat diberi peluang membuat pilihan.

"Rakyat perlu menjauhinya perhimpunan haram, jangan simpati dan perlu kutuk sekeras-kerasnya perbuatan yang merosakkan perpaduan," katanya.

Muhyiddin berkata, usaha yang dijalankan oleh kumpulan berkenaan juga mempunyai motif untuk menaikkan semangat penyokong parti pembangkang terutama yang pemimpinnya sedang menghadapi masalah imej yang menurun kerana bergelut dengan pelbagai masalah politik dan perbicaraan mahkamah.- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ah long silap sasaran

Posted: 02 Jul 2011 05:00 PM PDT

Ah long silap sasaran

KUALA LUMPUR - Akibat tersalah sasaran, seorang peniaga kecil di Wangsa Maju trauma hampir setahun akibat gangguan ceti haram ah long.

Low Nga Nge, 57, yang tinggal di Seksyen 2, Wangsa Maju berkata, rumahnya disembur cat hitam dan dibaling batu sedangkan tidak pernah meminjam wang daripada pihak berkenaan.

Menurutnya, gangguan itu berlaku sejak Mac tahun lepas, yang terbaru 26 Jun lalu apabila rumahnya disembur cat dan diconteng dengan simbol '$' serta perkataan lucah.

Tidak tahan dengan keadaan itu, Nga Nge membuat laporan polis pada hari sama selain mengadu kepada MCA Wangsa Maju untuk mengelakkan dirinya terus menjadi mangsa.

"Gangguan ini benar-benar mengganggu kehidupan saya dan keluarga. Saya minta hentikan gangguan ini," katanya.

Sementara itu, Pengerusi MCA Wangsa Maju, Datuk Yew Teong Look berkata, pihaknya berharap kumpulan ceti haram itu tidak lagi mengganggu Nga Nge kerana jelas mereka telah tersalah sasaran.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis reman sepasang kekasih bawa 2.3kg dadah

Posted: 02 Jul 2011 05:00 PM PDT

Polis reman sepasang kekasih bawa 2.3kg dadah

KUALA LUMPUR - Polis menemui dadah yang disyaki heroin bernilai RM115,000 daripada sepasang kekasih di Hentian Puduraya di sini, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, ACP Kang Chez Chiang berkata, dadah yang dijumpai seberat 2.3 kilogram dirampas daripada pasangan berkenaan yang disyaki pengedar dadah, sebaik mereka tiba dengan bas dari negeri di sebelah utara, kira-kira jam 8 malam.

"Pemeriksaan ke atas mereka menemui lima bungkusan dadah dipercayai heroin dengan anggaran berat 2,300 gram di dalam beg galas yang dibawa oleh lelaki tersebut," katanya.

Menurutnya, pasangan itu dipercayai mahu mengedarkan dadah itu di sekitar Lembah Klang.

Beliau berkata, lelaki berkenaan berumur 25 tahun, bekerja sebagai pemasang penghawa dingin dan mempunyai tiga rekod jenayah dadah, manakala kekasihnya, 20, pula bekerja sebagai jurujual.

Kang berkata, pasangan itu didapati positif dadah kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952.- Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Twinkle, Twinkle, Little Star

Posted: 02 Jul 2011 05:00 PM PDT

'Je suis tr̩s touchee...', Christine Lagarde Рmenteri kewangan Perancis yang awal minggu ini telah dipilih pengganti Dominique Strauss-Kahn, juga Perancis, yang dituduh di mahkamah New York cuba merogol seorang chamber maid (tukang kemas kamar) hotel sebagai ketua eksekutif/pengarah urusan International Monetary Fund (IMF), dana kewangan antarabangsa Рmemulakan ucapannya sedemikian. Tersenyum Christine menambah: 'jangan risau saya akan terus ucapan dalam Bahasa Inggeris.' Para hadirin, rata-rata orang Amerika, berasa amat lega. Kebiasaan bagi Christine memula ucapan dalam bahasa ibundanya bukan seperti setengah orang kita keterlaluan gemar dan megah mengguna Bahasa Inggeris walaupun tidak lancar dan idiomatis. Menggunakan apa bahasa pun Рungkapan dan menulis Рmestilah sebolehnya mengikut konstruksi yakni mengikut nahu bahasa itu dan idiomatis. Banyak ayat walaupun betul mengikut tatabahasa, terang Speaking: 'though grammatically correct, the sentence is rather stilted Рayat agak canggung, tidak idiomatis', tidak seperti digunakan oleh suku, bangsa, kelompok atau kelas tertentu.

Di United Kingdom, di England terutamanya, pada amnya, mendengar tekanan bunyi perkataan atau aksen dan idiom yang dipakai, pelat (telor) kita boleh dengan senang menentukan di mana mereka bersekolah, dari universiti, daerah mana dan kelas mana juga asal usul mereka. Siapa yang mereka akan berkahwin, pekerjaan apa dan di mana golf club mereka; tempat tinggal mereka dan di mana mereka akan dikebumi setelah meninggal dunia pun bisa diagak dari budi bahasa mereka.

Christine fasih berbahasa Inggeris yang dipelajari dan digunanya selama 25 tahun berada di Amerika Syarikat dalam berbagai jawatan hingga menjadi ketua firma guaman Baker & McKenzie. Dia menempa sejarah menjadi wanita pertama diberi kehormatan menerajui IMF dan juga yang pertama bukan seorang ekonomis.

Pada pendapat saya – selain dari tradisi ketua IMF datang dari Eropah dan World Bank dari Amerika Syarikat – negara-negara ahli tertarik dengan Christine kerana kefahaman dan kefasihannya menggunakan Bahasa Inggeris. Majalah Economist, majalah global Anglo-phone elite, (ramai juga orang kita yang membaca hatta ramai juga melanggannya majalah terkemuka ini) menyifatkannya: 'a superb communicator, a good negotiator and, by all accounts, an excellent manager – seorang komunikator yang sangat hebat, perunding yang handal dan pengurus yang cemerlang.' Di Malaysia, lebih kurang seperti Tan Sri Dr Zeti Aziz, Gabenor Bank Negara. Apa pun Christine, seperti Zeti, wanita kontemporari, wanita untuk zaman kini.

Suka duka hatta di watan sendiri pun apa lagi di persada global kalau anda mahu berjaya di peringkat itu, pandai bercakap dan menulis Inggeris pun tidak genap. Anda mesti fasih atau bercakap perfect English atau Queen's English. Sahih, kalau anda tidak ada kelebihan itu pun anda bisa berjaya di setengah gelanggang tetapi di medan tu saja. Umpamanya anda boleh jadi ahli jemaah menteri Malaysia, boleh jadi tauke, bilionwan. Anda boleh jadi tukang emas yang kaya raya di mana anda tidak bergantung kepada Bahasa Inggeris dan tidak perlu berinteraksi dengan dunia luar.

Sekarang ramai manusia bercakap Bahasa Inggeris 'globish' yang simple, tidak idiomatis, tanpa peduli, ikut dan, bilangan perbendaharaan kata yang terhad. Tiada banyak variety (tidak ada keragaman stail dan vocabulary). Contoh kata orang British Nicolas Sakorzy: jaguh Perancis, itulah tahap kejayaannya. Ramai pemimpin kita juga seperti Sakorzy: jaguh desa! Ikon, wira semasa adalah bankers, consultants, penasihat kewangan, novelis, pemikir dan politikus yang berjaya di peringkat antarabangsa. Majoriti mereka bercakap dan menulis Inggeris dengan cemerlang, 'impeccable English – tiada cacat cela pun.' Saya masih struggle, masih mendapati Bahasa Inggeris rumit tetapi saya keras hati. Saya terus belajar, terus belajar. Saya juga belum mencapai kefahaman dan kefasihan tertinggi bahasa sendiri. Saya tidak malu mengakui kekurangan saya.

Saya bersyukur apa yang dilihat sebagai penguasaan saya dalam kedua bahasa telah membawa saya kemuncak sukses dalam bidang pilihan saya. Macam Sakorzy dan pemimpin kita saya juga jaguh kampung, katak di bawah tempurung yang agak celik! Saya cuba membuka mata dan mata hati anak bangsa dengan keinsafan politik yang sesuai dengan tuntutan zaman!

Ini bukan bergurau: Bahasa Inggeris lebih penting sekarang dari zaman penjajah kerana ketika ini tiap lapisan hidup Bahasa Inggeris matters, terpenting: soal hidup berjaya atau hidup biasa! Mengikut Financial Times (June 25-26) antara rungutan Puan Mamata Banerjee, ketua menteri baru West Bengal, India yang mengalahkan parti komunis yang telah memerintah West Bengal selama 34 tahun adalah (antara sebab dia menang) parti komunis telah mendahului Bahasa Benggali daripada Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kerajaan. Yakni bahasa pengantar dulu Bahasa Inggeris ditukarkan kepada Bahasa Benggali. Namun para ketua komunis menghantar anak cucu mereka ke sekolah Bahasa Inggeris.

Tegas Banerjee: 'anak-anak kita menyanyi oey ajagar ashchhey terey – (lagu A B C dalam Bahasa Benggali) manakala anak-anak mereka (pemimpin berhaluan kiri) 'it's twinkle, twinkle little star' and jobs as barristers when they graduate.' Perkara serupa berlaku dalam negara kita: anak pemimpin dan mereka yang berada 'it's twinkle, twinkle, little star'. Bagi anak-anak orang yang kurang bernasib baik pula: 'tepuk amai-amai, belalang kupu-kupu, tepuk biar pandai, mak upah susu'.

Sama-samalah kita renung. Pilihan, seperti dalam PRU-13 kelak, berada dalam tangan kita. Jangan menyesal kemudian hari. Bahasa Inggeris, suka duka, mendahului bahasa lain!

Saya menyesal tidak sempat belajar Bahasa Arab dan Mandarin. Sekarang hanya ada masa baca buku, kitab dan aku karangkan akan kolum ini darihal pengalaman diriku.

Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved