Ahad, 3 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Twinkle, Twinkle, Little Star

Posted: 02 Jul 2011 05:00 PM PDT

'Je suis trés touchee...', Christine Lagarde – menteri kewangan Perancis yang awal minggu ini telah dipilih pengganti Dominique Strauss-Kahn, juga Perancis, yang dituduh di mahkamah New York cuba merogol seorang chamber maid (tukang kemas kamar) hotel sebagai ketua eksekutif/pengarah urusan International Monetary Fund (IMF), dana kewangan antarabangsa – memulakan ucapannya sedemikian. Tersenyum Christine menambah: 'jangan risau saya akan terus ucapan dalam Bahasa Inggeris.' Para hadirin, rata-rata orang Amerika, berasa amat lega. Kebiasaan bagi Christine memula ucapan dalam bahasa ibundanya bukan seperti setengah orang kita keterlaluan gemar dan megah mengguna Bahasa Inggeris walaupun tidak lancar dan idiomatis. Menggunakan apa bahasa pun – ungkapan dan menulis – mestilah sebolehnya mengikut konstruksi yakni mengikut nahu bahasa itu dan idiomatis. Banyak ayat walaupun betul mengikut tatabahasa, terang Speaking: 'though grammatically correct, the sentence is rather stilted – ayat agak canggung, tidak idiomatis', tidak seperti digunakan oleh suku, bangsa, kelompok atau kelas tertentu.

Di United Kingdom, di England terutamanya, pada amnya, mendengar tekanan bunyi perkataan atau aksen dan idiom yang dipakai, pelat (telor) kita boleh dengan senang menentukan di mana mereka bersekolah, dari universiti, daerah mana dan kelas mana juga asal usul mereka. Siapa yang mereka akan berkahwin, pekerjaan apa dan di mana golf club mereka; tempat tinggal mereka dan di mana mereka akan dikebumi setelah meninggal dunia pun bisa diagak dari budi bahasa mereka.

Christine fasih berbahasa Inggeris yang dipelajari dan digunanya selama 25 tahun berada di Amerika Syarikat dalam berbagai jawatan hingga menjadi ketua firma guaman Baker & McKenzie. Dia menempa sejarah menjadi wanita pertama diberi kehormatan menerajui IMF dan juga yang pertama bukan seorang ekonomis.

Pada pendapat saya – selain dari tradisi ketua IMF datang dari Eropah dan World Bank dari Amerika Syarikat – negara-negara ahli tertarik dengan Christine kerana kefahaman dan kefasihannya menggunakan Bahasa Inggeris. Majalah Economist, majalah global Anglo-phone elite, (ramai juga orang kita yang membaca hatta ramai juga melanggannya majalah terkemuka ini) menyifatkannya: 'a superb communicator, a good negotiator and, by all accounts, an excellent manager – seorang komunikator yang sangat hebat, perunding yang handal dan pengurus yang cemerlang.' Di Malaysia, lebih kurang seperti Tan Sri Dr Zeti Aziz, Gabenor Bank Negara. Apa pun Christine, seperti Zeti, wanita kontemporari, wanita untuk zaman kini.

Suka duka hatta di watan sendiri pun apa lagi di persada global kalau anda mahu berjaya di peringkat itu, pandai bercakap dan menulis Inggeris pun tidak genap. Anda mesti fasih atau bercakap perfect English atau Queen's English. Sahih, kalau anda tidak ada kelebihan itu pun anda bisa berjaya di setengah gelanggang tetapi di medan tu saja. Umpamanya anda boleh jadi ahli jemaah menteri Malaysia, boleh jadi tauke, bilionwan. Anda boleh jadi tukang emas yang kaya raya di mana anda tidak bergantung kepada Bahasa Inggeris dan tidak perlu berinteraksi dengan dunia luar.

Sekarang ramai manusia bercakap Bahasa Inggeris 'globish' yang simple, tidak idiomatis, tanpa peduli, ikut dan, bilangan perbendaharaan kata yang terhad. Tiada banyak variety (tidak ada keragaman stail dan vocabulary). Contoh kata orang British Nicolas Sakorzy: jaguh Perancis, itulah tahap kejayaannya. Ramai pemimpin kita juga seperti Sakorzy: jaguh desa! Ikon, wira semasa adalah bankers, consultants, penasihat kewangan, novelis, pemikir dan politikus yang berjaya di peringkat antarabangsa. Majoriti mereka bercakap dan menulis Inggeris dengan cemerlang, 'impeccable English – tiada cacat cela pun.' Saya masih struggle, masih mendapati Bahasa Inggeris rumit tetapi saya keras hati. Saya terus belajar, terus belajar. Saya juga belum mencapai kefahaman dan kefasihan tertinggi bahasa sendiri. Saya tidak malu mengakui kekurangan saya.

Saya bersyukur apa yang dilihat sebagai penguasaan saya dalam kedua bahasa telah membawa saya kemuncak sukses dalam bidang pilihan saya. Macam Sakorzy dan pemimpin kita saya juga jaguh kampung, katak di bawah tempurung yang agak celik! Saya cuba membuka mata dan mata hati anak bangsa dengan keinsafan politik yang sesuai dengan tuntutan zaman!

Ini bukan bergurau: Bahasa Inggeris lebih penting sekarang dari zaman penjajah kerana ketika ini tiap lapisan hidup Bahasa Inggeris matters, terpenting: soal hidup berjaya atau hidup biasa! Mengikut Financial Times (June 25-26) antara rungutan Puan Mamata Banerjee, ketua menteri baru West Bengal, India yang mengalahkan parti komunis yang telah memerintah West Bengal selama 34 tahun adalah (antara sebab dia menang) parti komunis telah mendahului Bahasa Benggali daripada Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kerajaan. Yakni bahasa pengantar dulu Bahasa Inggeris ditukarkan kepada Bahasa Benggali. Namun para ketua komunis menghantar anak cucu mereka ke sekolah Bahasa Inggeris.

Tegas Banerjee: 'anak-anak kita menyanyi oey ajagar ashchhey terey – (lagu A B C dalam Bahasa Benggali) manakala anak-anak mereka (pemimpin berhaluan kiri) 'it's twinkle, twinkle little star' and jobs as barristers when they graduate.' Perkara serupa berlaku dalam negara kita: anak pemimpin dan mereka yang berada 'it's twinkle, twinkle, little star'. Bagi anak-anak orang yang kurang bernasib baik pula: 'tepuk amai-amai, belalang kupu-kupu, tepuk biar pandai, mak upah susu'.

Sama-samalah kita renung. Pilihan, seperti dalam PRU-13 kelak, berada dalam tangan kita. Jangan menyesal kemudian hari. Bahasa Inggeris, suka duka, mendahului bahasa lain!

Saya menyesal tidak sempat belajar Bahasa Arab dan Mandarin. Sekarang hanya ada masa baca buku, kitab dan aku karangkan akan kolum ini darihal pengalaman diriku.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved