Isnin, 18 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bekas eksekutif Alcatel mengaku tidak berslah beri suapan RM25,000

Posted: 17 Jul 2011 05:00 PM PDT

The page you are looking for might have been removed, had its name changed, or is temporarily unavailable.

Please try the following:

  • Make sure that the Web site address displayed in the address bar of your browser is spelled and formatted correctly.
  • If you reached this page by clicking a link, contact the Web site administrator to alert them that the link is incorrectly formatted.
  • Click the Back button to try another link.

Technical Information (for support personnel)

  • Go to Microsoft Product Support Services and perform a title search for the words HTTP and 404.
  • Open IIS Help, which is accessible in IIS Manager (inetmgr), and search for topics titled Web Site Setup, Common Administrative Tasks, and About Custom Error Messages.

Dr. Mahathir mungkin tidak bersetuju pandangan Marina - Syed Ali

Posted: 17 Jul 2011 05:00 PM PDT

The page you are looking for might have been removed, had its name changed, or is temporarily unavailable.

Please try the following:

  • Make sure that the Web site address displayed in the address bar of your browser is spelled and formatted correctly.
  • If you reached this page by clicking a link, contact the Web site administrator to alert them that the link is incorrectly formatted.
  • Click the Back button to try another link.

Technical Information (for support personnel)

  • Go to Microsoft Product Support Services and perform a title search for the words HTTP and 404.
  • Open IIS Help, which is accessible in IIS Manager (inetmgr), and search for topics titled Web Site Setup, Common Administrative Tasks, and About Custom Error Messages.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH


Janda diliwat kekasih

Posted: 17 Jul 2011 05:00 PM PDT

Janda diliwat kekasih KULIM - Berang kerana pelawaan untuk melakukan hubungan intim ditolak, seorang lelaki 29 tahun bertindak ganas sebelum meliwat kekasihnya di sebuah rumah sewa satu tingkat berhampiran Taman Angsana.

Mangsa seorang ibu tunggal 31 tahun dan sudah mempunyai anak.

Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12 malam apabila mangsa datang ke rumah suspek bersendirian.

Mangsa yang bekerja sebagai pekerja industri enggan melayan nafsu suspek kerana datang bulan. Suspek kemudiannya bertindak agresif.

"Suspek yang marah kemudiannya meliwat mangsa. Mangsa cuba melawan tetapi tidak berdaya. Suspek kemudiannya mengugut akan menyebarkan rakaman hubungan seks luar tabii yang dilakukan kepada umum atau mencederakan anak mangsa sekiranya membuat laporan polis.

"Takut dengan ugutan dibuat, mangsa menghubungi bekas suaminya dan menceritakan apa yang berlaku," katanya Sinar Harian.

Semalam kira-kira jam 2.30 pagi ketika suspek berada di stesen minyak di Taman Angsana, dia bertembung dengan bekas suami mangsa dan berlaku pergelutan.

Bekas suami mangsa kemudiannya memaklumkan tentang kejadian itu kepada Balai Polis Inisiatif Bandar Selamat (IBS) Taman Selasih.

Anggota polis IBS bersama ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) taman itu kemudiannya menahan suspek dan menghubungi unit MPV untuk membawa suspek ke Balai Polis Kulim.

Suspek ditahan lokap manakala mangsa akan menjalani pemeriksaan bagi mengesahkan dia diliwat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Posted: 17 Jul 2011 05:00 PM PDT

Janda diliwat kekasih KULIM - Berang kerana pelawaan untuk melakukan hubungan intim ditolak, seorang lelaki 29 tahun bertindak ganas sebelum meliwat kekasihnya di sebuah rumah sewa satu tingkat berhampiran Taman Angsana.

Mangsa seorang ibu tunggal 31 tahun dan sudah mempunyai anak.

Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12 malam apabila mangsa datang ke rumah suspek bersendirian.

Mangsa yang bekerja sebagai pekerja industri enggan melayan nafsu suspek kerana datang bulan. Suspek kemudiannya bertindak agresif.

"Suspek yang marah kemudiannya meliwat mangsa. Mangsa cuba melawan tetapi tidak berdaya. Suspek kemudiannya mengugut akan menyebarkan rakaman hubungan seks luar tabii yang dilakukan kepada umum atau mencederakan anak mangsa sekiranya membuat laporan polis.

"Takut dengan ugutan dibuat, mangsa menghubungi bekas suaminya dan menceritakan apa yang berlaku," katanya Sinar Harian.

Semalam kira-kira jam 2.30 pagi ketika suspek berada di stesen minyak di Taman Angsana, dia bertembung dengan bekas suami mangsa dan berlaku pergelutan.

Bekas suami mangsa kemudiannya memaklumkan tentang kejadian itu kepada Balai Polis Inisiatif Bandar Selamat (IBS) Taman Selasih.

Anggota polis IBS bersama ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) taman itu kemudiannya menahan suspek dan menghubungi unit MPV untuk membawa suspek ke Balai Polis Kulim.

Suspek ditahan lokap manakala mangsa akan menjalani pemeriksaan bagi mengesahkan dia diliwat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH


Maut akibat tergelincir

Posted: 17 Jul 2011 05:00 PM PDT

Maut akibat tergelincir MACHANG – Hasrat lima sahabat untuk mandi di Air Terjun Jeram Linang dekat sini bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka ditemui mati lemas kira-kira jam 7.10 petang kelmarin.

Salah seorang rakan mangsa, Mohd. Shafiq Ismail, 21 berkata dia dan rakan-rakannya termasuk mangsa, Mohd. Azrul Nizam Zainal Abidin, 20 tiba di kawasan perkelahan tersebut kira-kira jam 4.15 petang daripada rumah mereka di Bachok.

Katanya, ketika kejadian pada jam 5 petang tersebut, mangsa tidak mandi tetapi tergelincir ketika duduk di atas batu berdekatan tempat kejadian.

"Ketika tangan mangsa terkapai-kapai, saya bersama rakan-rakan termasuk bapa saudara mangsa cuba menyelamatnya namun gagal memandangkan dia tidak tahu berenang.

"Kami sedaya upaya menyelamatnya tetapi tidak berjaya memandangkan air di kawasan tersebut agak dalam dan arwah meronta dengan kuat,'' katanya.

Ketua operasi mencari dan menyelamat, Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Nordin Yahya, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 5.15 petang dan bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, operasi tersebut melibatkan 17 anggota bomba termasuk daripada Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh dan Unit Scuba Kota Bharu.

Tambahnya, mayat mangsa berjaya ditemui anggota unit scuba kira-kira jam 7.10 petang di dasar kawasan air terjun tersebut sebelum dibawa ke Hospital Machang untuk dibedah siasat.

"Orang ramai diminta berhati-hati ketika mandi di kawasan air terjun dan memilih lokasi yang selamat bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Patuhi papan tanda amaran yang diletakkan di kawasan-kawasan yang merbahaya demi kebaikan bersama," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Posted: 17 Jul 2011 05:00 PM PDT

Maut akibat tergelincir MACHANG – Hasrat lima sahabat untuk mandi di Air Terjun Jeram Linang dekat sini bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka ditemui mati lemas kira-kira jam 7.10 petang kelmarin.

Salah seorang rakan mangsa, Mohd. Shafiq Ismail, 21 berkata dia dan rakan-rakannya termasuk mangsa, Mohd. Azrul Nizam Zainal Abidin, 20 tiba di kawasan perkelahan tersebut kira-kira jam 4.15 petang daripada rumah mereka di Bachok.

Katanya, ketika kejadian pada jam 5 petang tersebut, mangsa tidak mandi tetapi tergelincir ketika duduk di atas batu berdekatan tempat kejadian.

"Ketika tangan mangsa terkapai-kapai, saya bersama rakan-rakan termasuk bapa saudara mangsa cuba menyelamatnya namun gagal memandangkan dia tidak tahu berenang.

"Kami sedaya upaya menyelamatnya tetapi tidak berjaya memandangkan air di kawasan tersebut agak dalam dan arwah meronta dengan kuat,'' katanya.

Ketua operasi mencari dan menyelamat, Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Nordin Yahya, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 5.15 petang dan bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, operasi tersebut melibatkan 17 anggota bomba termasuk daripada Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh dan Unit Scuba Kota Bharu.

Tambahnya, mayat mangsa berjaya ditemui anggota unit scuba kira-kira jam 7.10 petang di dasar kawasan air terjun tersebut sebelum dibawa ke Hospital Machang untuk dibedah siasat.

"Orang ramai diminta berhati-hati ketika mandi di kawasan air terjun dan memilih lokasi yang selamat bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Patuhi papan tanda amaran yang diletakkan di kawasan-kawasan yang merbahaya demi kebaikan bersama," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ganjaran kesetiaan pemegang kad Visa

Posted: 17 Jul 2011 05:00 PM PDT

Ganjaran kesetiaan pemegang kad Visa Groupon Malaysia dengan kerjasama Visa memperkenalkan 'Groupon-Visa Exclusive Offers' sebuah program ganjaran kesetiaan eksklusif untuk pemegang kad Visa yang dimajukan dan dibangunkan Groupon.

Dengan program kerjasama terbaru ini, Groupon Malaysia akan menyediakan akses secara langsung untuk pakej pembelian kumpulan kepada pemegang kad Visa yang diperoleh daripada laman mikro Visa-Groupon.

Ketua Pegawai Eksekutif Groupon Malaysia, Joel Neoh berkata, kerjasama terbaru ini penting Groupon sebagai platform pembelian kolektif nombor satu di Malaysia.

"Di samping itu, ia juga membenarkan kami berkembang dengan lebih meluas lagi menerusi jaringan luas pemegang kad Visa seluruh negara.

"Kuasa pemasaran sosial semakin pantas dan merupakan saluran utama e-dagang seluruh dunia di mana banyak peniaga mula mencari integrasi untuk model perniagaan mereka," katanya.

Menurutnya, Groupon Malaysia akan terus menjalinkan kerjasama dan hubungan perniagaan untuk memberikan pelanggan lebih nilai hebat dan pengalaman terbaik.

Pengurus Visa Malaysia, Stuart Tomlinson berkata, dengan kerjasama ini, pemegang kad Visa di Malaysia kini boleh menikmati kemudahan akses istimewa untuk berurusan dengan Groupon Malaysia, hanya menggunakan kad Visa secara dalam talian.

"Pelbagai tawaran hebat disediakan bagi setiap pelanggan dari penginapan, restoran dan gaya hidup," katanya.

Perkhidmatan terbaru yang ditawarkan ini turut menyediakan pengunjung dengan simpanan bernilai Groupon sehingga 90 peratus daripada harga runcit, serta pakej mingguan istimewa antaranya dari SOHO, Laziz Restaurant, dan The Smokehouse Hotel eksklusif untuk pemegang kad Visa.

Sementara itu, sejak mula beroperasi Januari lalu, keahliannya meningkat lebih 450,000 dengan jumlah pembelian voucer 180,000 dan jumlah simpanan pelanggan kira-kira RM25 juta.

Peniaga Groupon Malaysia juga bertambah yang merangkumi pelbagai jenis produk dan perkhidmatan di rumah dan industri lain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Samsung kuasai pasaran monitor

Posted: 17 Jul 2011 05:00 PM PDT

Samsung kuasai pasaran monitor Samsung Electronics Co. Ltd rangkaian pengeluar barangan elektrik dan elektronik jenama Samsung dari Korea, berhasrat kekal menguasai pasaran segmen monitor dengan jualan mencecah 6.21 juta pada suku pertama tahun ini.

Menurut laporan firma penyelidikan, DisplaySearch, Samsung menguasai pasaran monitor global sebanyak 19 kali berturut-turut sejak suku ketiga 2006.

Keadaan itu mewakili 14.6 peratus pasaran monitor paparan kristal cecair (LCD) menjadikan jenama itu ditangga teratas untuk 11 suku berturut-turut bermula suku ketiga 2008.

Naib Presiden Kanan Bahagian Jualan dan Pemasaran Paparan, Jeong-Hwan Kim berkata, Samsung sentiasa berusaha menerajui pasaran paparan, terutama 3D LED dan monitor bersaiz besar.

"Samsung berada pada kedudukan tertinggi bagi pasaran monitor diod pemancar cahaya (LED) dengan menguasai 18.1 peratus," katanya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


500 mahasiswa dikenal pasti

Posted: 17 Jul 2011 05:00 PM PDT

500 mahasiswa dikenal pasti JOHOR BAHRU – Pihak universiti akan melakukan semakan pendaftaran sebelum mengambil tindakan sewajarnya terhadap mahasiswa terlibat dalam perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar) berkata, senarai nama mereka yang terlibat telah dihantar ke universiti-universiti berkenaan untuk tindakan lanjut.

"Seramai 500 mahasiswa dikenal pasti Kementerian Pengajian Tinggi terlibat dalam perhimpunan haram Bersih di ibu negara yang dianjurkan pada 9 Julai lalu.

"Mereka berjaya ditahan pihak polis sebelum sempat menyertai perhimpunan haram itu di lokasi tertentu," katanya pada sidang media Majlis Silaturahim dan Nadi Kasih di Kampung Melayu Pandan, di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penglibatan mahasiswa dalam perhimpunan haram tersebut walaupun telah diberikan peringatan.

Mohamed Khaled berkata, penyertaan mahasiswa hanya kumpulan dalam kecil sahaja yang keliru dengan tuntutan Bersih selain diperalatkan pihak tertentu.

Menurut beliau, mengenai perhimpunan Bersih turut diadakan mahasiswa tempatan yang menuntut di universiti-universiti luar negara, perbuatan itu majoritinya dilakukan oleh mereka yang bukan ditaja oleh kerajaan.

"Perhimpunan yang diadakan di Mesir, Taiwan, Britain dan Australia dilakukan dalam jumlah tidak sampai 200 orang dan mereka sebenarnya tidak memahami situasi sebenar di negara ini.

"Dilihat mereka ini lebih kepada mahu berseronok kerana dapat berkumpul dan untuk mengambil gambar sahaja," katanya yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang.

Sementara itu, menjawab tentang keresahan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak terhadap masalah bilangan penuntut perempuan lebih ramai daripada penuntut lelaki, Mohamed Khaled berkata, perkara itu akan diatasi dengan cara memberi kesedaran kepada pelajar lelaki bermula di sekolah menengah lagi.

"Bagaimanapun, di universiti tertentu yang menawarkan bidang teknikal, bilangan penuntut lelaki adalah sama jumlahnya dengan wanita iaitu 50-50," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SPR sudah beri penjelasan

Posted: 17 Jul 2011 05:00 PM PDT

SPR sudah beri penjelasan KUALA LUMPUR – Perjuangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 bukan semata-mata menuntut pilihan raya adil dan telus sehingga tercetusnya perhimpunan haram pada 9 Julai lalu, tetapi lebih bersifat politik.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, Bersih 2.0 cuba mencipta momentum kebencian rakyat kepada kerajaan bagi parti pembangkang memperoleh laluan mudah memenangi pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, sebelum berlakunya perhimpunan haram 9 Julai lalu, SPR dan Bersih yang dipengerusikan oleh Datuk Ambiga bersama 15 ahlinya telah bertemu dengan SPR dan mereka berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan.

"SPR dalam usaha meningkatkan pengurusan proses demokrasi. Kita sentiasa mendengar isu dan sentiasa membuka pintu walaupun menyedari Bersih 2.0 adalah pertubuhan tidak berdaftar. Jika mereka kata SPR tidak telus, di mana kita tidak telus? Buktikan?

"SPR telah berjumpa Ambiga bersama 15 orang lain pada 15 November 2010. Isu dakwat kekal, pengundi hantu, daftar pemilih yang tidak bersih, isu nak minta umur pengundi dikurangkan daripada 21 tahun kepada 18 tahun, tempoh berkempen dipanjangkan kepada 21 hari semua kita sentuh dan beri penjelasan satu persatu dari aspek buruk baiknya pada negara. Mereka berpuas hati," katanya.

Menurutnya, SPR bukan hanya bertanggungjawab kepada Bersih 2.0 sebaliknya semua rakyat malah menyifatkan tuntutan Bersih hanya suara 10 peratus rakyat di negara ini.

Katanya, pembangkang menggunakan Bersih sebagai strategik mengekalkan momentum kebencian rakyat bagi meraih simpati untuk memenangi pilihan raya umum.

"Ini dapat dibuktikan apabila ada ura-ura pilihan raya umum akan diadakan dalam jangka masa dekat, Bersih akan timbul dengan perjuangan yang memburuk-burukkan kerajaan dan SPR.

"Apabila pilihan raya umum ke 12 hendak diadakan pada 2008, Bersih melakukan demontrasi haram pada akhir tahun 2007. Akibat daripada perhimpunan haram tersebut, pihak polis menyuraikan dengan menembak gas pemedih mata dan sebagainya dan ini dapat menunjukkan kekejaman kerajaan.

"Mereka berjaya cipta momentum kebencian rakyat dan apabila pilihan raya umum ke 12 diadakan, mereka menang banyak kerusi tanpa dijangka," katanya.

Wan Ahmad berkata, apabila parti pembangkang menang banyak kerusi Dewan Undangan Negeri, Parlimen termasuk berjaya menjadi pemerintah lima buah negeri pada masa itu, tiada didengar perjuangan Bersih sehingga akhir tahun 2010.

"Akhir 2010 apabila mereka mendapat ura- ura pilihan raya umum ke-13 akan berlaku dalam masa terdekat, Bersih tampil semula mendesak SPR berjumpa dan isu kononnya pilihan raya tidak adil timbul.

"Januari 2011, Bersih mendesak untuk berjumpa SPR. Pada masa itu SPR sudah mendapat isyarat Pilihan Raya Negeri Sarawak akan diadakan dalam masa terdekat. SPR meminta Ambiga bersabar dan akan berjumpa selepas Pilihan Raya Sarawak dan mereka terus mendesak," katanya.

Katanya, tindakan mendesak berjumpa SPR itu menimbulkan persoalan di mana ia dilihat untuk mencipta kembali momentum pilihan raya umum ke-12 dengan harapan kebencian rakyat dapat dizahirkan dengan mengundi pembangkang.

"Mereka kata tidak boleh tangguh dan perlu diadakan perjumpaan segera. Apa agenda Bersih sehingga tergesa- gesa sebegitu?

"Kalau mereka memperjuangkan isu- isu pilihan raya, isu ini adalah isu sepanjang masa. Ini tidak, selepas PRU12, tahun 2009 pun boleh perjuangkan. Tapi mereka tunggu saat akhir di mana negara hendak menghadapi PRU13, mereka nak cipta momentum baru," katanya.

Wan Ahmad berkata, kelemahan rakyat di negara ini dalam menghadapi pilihan raya tidak berfikir panjang sebaliknya menterjemahkan undi mereka atas dasar simpati.

"Sebab itu tidak mustahil Bersih 3.0 akan diadakan dengan harapan jika pilihan raya umum ke-13 diadakan, bertambahlah kerusi mereka.

"Dalam hal ini, saya berpendapat Ambiga diperalat dan terperangkap. Ambiga sedar dirinya diperalat tetapi sudah terlambat dan tidak boleh lari menghadapi agenda politik pembangkang," katanya.

Beliau berkata, jika Bersih ikhlas untuk memperjuangkan isu pilihanraya untuk kepentingan semua rakyat Malaysia, badan itu perlu mendaftar pertubuhan secara sah.

"Malah saya pernah berkata dengan Ambiga jika Bersih hendak kekal sebagai badan berkecuali perlu jauh dari parti politik. Ini kerana Bersih memperjuangkan tuntutan parti pembangkang sebaliknya tuntutan rakyat. Logiknya sekarang ini Bersih diperalat oleh parti pembangkang.

"Jika dilihat keikhlasan Bersih. Dari sudut Istana Negara apabila terima permohonan untuk mengadap oleh Ambiga mewakili Bersih. Apabila beliau mengadap Yang di-Pertuan Agong, mengapa tidak diserahkan memorandum tersebut?. Ini membuktikan tujuan bukan menegakkan tuntutan sebaliknya hendak adakan demontrasi," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Rela henti laksana Ops Tegas

Posted: 17 Jul 2011 05:00 PM PDT

Rela henti laksana Ops Tegas

BESUT - Anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) tidak akan lagi melaksanakan Ops Tegas bagi menahan atau memberkas pendatang asing tanpa izin secara sendirian tanpa penyertaan pihak berkuasa berkaitan.

Ketua pengarahnya, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, Operasi Tegas yang telah diadakan sejak beberapa tahun lalu itu terpaksa dihentikan kerana ia menimbulkan banyak kontroversi dan tuduhan negatif pelbagai pihak yang boleh menjejaskan imej Rela.

"Berikutan itu, saya minta setiap anggota Rela membatalkan semua operasi menahan pendatang dan segera memulangkan alatan yang digunakan seperti gari kepada pejabat dengan serta-merta," katanya pada majlis perjumpaan dengan anggota Rela daerah Besut dan jajahan Pasir Putih di Kampung Baharu, di sini, semalam.

Mulai sekarang setiap anggota Rela hanya dibenarkan menyalurkan maklumat sekiranya terdapat kegiatan pendatang di tempat mereka kepada pihak berkuasa. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mayat bayi dijumpai dalam bungkusan

Posted: 17 Jul 2011 05:00 PM PDT

Mayat bayi dijumpai dalam bungkusan KAJANG – Aktiviti rutin hujung minggu seorang penduduk yang membersihkan kawasan sekitar rumah di Kampung Sungai Ramal Baru, Kajang tergendala seketika apabila menjumpai sebungkus plastik putih yang mengandungi mayat bayi.

Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Abd Rashid Abd Wahab, (gambar) berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9.25 pagi semalam apabila seorang penduduk menjumpai plastik putih berhampiran landasan kereta api berhampiran rumahnya.

"Lelaki berkenaan sedang membersihkan kawasan rumah sebelum ternampak bungkusan plastik berhampi-ran landasan kereta api dan kemudiannya bertindak membuka plastik berkenaan dan terkejut setelah melihat mayat bayi yang telah berulat", katanya.

Berdasarkan siasatan awal katanya, mayat bayi berkenaan telah meninggal dunia lima hari berdasarkan keadaannya yang sudah berulat dan keadaan jantina yang sukar di tentukan.

"Mayat bayi dihantar ke Hospital Serdang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Permainan licik ultra kiasu

Posted: 17 Jul 2011 05:00 PM PDT

Isu ahli politik ultra kiasu berhujah menggunakan al-Quran dan Hadis bergema lagi. Malah kali ini lebih hebat. Ia dibangkitkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. Saya tidak nampak keperluan menggunakan hujah tersebut, kerana golongan ini sejak dari dahulu lagi lebih obses dengan hujah-hujah daripada sumber bangsanya sendiri dan Barat. Tetapi kenapa sejak akhir-akhir ini Quran dan Hadis menjadi mainan bibir?

Saya harap umat Islam tidak terperangkap dengan taktik begini. Jika tertarik dengan Islam, sudah lama mereka memeluk Islam atau bersetuju dengan suruhan dan larangan Islam, yang juga ajaran agama mereka.

Jika mereka sudah berlembut dengan Melayu dan Islam, paling tidak pun, tidak segan silu untuk memakai baju Melayu dan songkok ketika pembukaan DUN atau Parlimen sebagai tanda penghormatan dan penerimaan Islam sebagai agama persekutuan serta orang Melayu Islam sebagai bangsa majoriti. Ini tidak, mereka akan mencari seribu satu alasan untuk mengelak.

Tujuan ultra kiasu tidak lain, untuk memukau umat Islam supaya mereka ini hebat. Selepas ini sekutu mereka akan berhujah, "Tengok! UMNOpun tidak berhujah menggunakan Quran-Hadis, malah menolak Islam, bukankah lebih baik kita menyokong bukan Islam (ultra kiasu) ini". Di penghujungnya nanti UMNO salah, ultra kiasu yang betul.

Ini terbukti apabila ketua ulama Pas mempertahankan tindakan ADUN ultra kiasu tersebut. Katanya, "... sebagai orang Islam kita seharusnya menggalakkan penganut agama lain mempelajari tentang al-Quran dan hadis untuk mengenal Islam secara lebih mendalam, bukannya mengherdik dan bertindak di luar akhlak Islam yang akhirnya menjauhkan bukan Islam dengan Islam. Bagaimana mereka ingin mengenali Islam kiranya kita menghalang mereka untuk mendekati Islam."

Saya tidak kata ultra kiasu tidak boleh berhujah guna Quran dan Hadis, tetapi cuba membaca di sebalik taktik mereka yang licik ini. Malah saya tidak akan halang mereka guna kalimah Allah dan baca Quran jika mereka ini sejak awal lagi ikhlas dan tidak menentang Islam. Apakah kita tidak pernah mengambil iktibar apabila kerajaan Kelantan mahu mengharamkan arak, judi, nombor ekor dan sebagainya, merekalah paling awal menentang.

Saya tidak kata UMNO sudah baik, tetapi jika diberi pilihan antara mempercayai UMNO dengan ultra kiasu, saya memilih UMNO. Seburuk-buruk UMNO, mereka tetap seakidah dan mengucapkan dua kalimah syahadah. Kita tetap bersaudara walaupun dipisahkan oleh batasan politik, bangsa, bahasa dan warna kulit berbeza.

Saya amat musykil kenapa mereka tidak berhujah menggunakan sumber agama atau ajaran masing-masing. Tidak kurang nilai-nilai baik turut diucapkan oleh Konfucius, Lau Tzu, Mencius, Buddha dan sebagainya? Kenapa Islam perlu ditonjolkan?

Jika ultra kiasu benar-benar yakin dengan nilai-nilai Islam, mereka sepatutnya menyokong Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 - yang melarang pusat hiburan beroperasi sepanjang Ramadan. Antara kategori hiburan yang tidak boleh diadakan sepanjang Ramadan ialah pertunjukan pancaragam, persembahan nyanyian di hotel, restoran dan bar, warung kopi, karaoke dan disko.

Parti ultra kiasu Kedah tidak pernah bersetuju dengan larangan ini. Mereka tetap mahu pusat hiburan beroperasi tidak kira bulan apa sekalipun. Adakah mereka sensitif dengan perasaan Melayu dan Islam? Jika ini pendirian mereka, adakah wajar kita bersangka baik dengan ultra kiasu ini?

Sebenarnya, bahaya yang mengancam ultra kiasu adalah Islam. Umat Islam pernah menguasai Eropah, mewarisi semangat jihad yang tinggi, memiliki peradaban hebat. Islam pernah dinobatkan sebagai tamadun besar dunia tanpa memerlukan proses pembaratan. Ini hakikat yang tidak dapat dinafikan. Perancangan licik musuh-musuh Islam sudah berakar umbi beribu tahun lama, mereka tidak berdiam diri malah mengatur strategi menyerang umat Islam dari setiap penjuru. Sedar atau tidak, sasaran utama adalah pemimpin kepada umat Islam. Jangan kita buta hanya kerana kepentingan politik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ode kepada Badan Peguam

Posted: 17 Jul 2011 05:00 PM PDT

Beberapa minggu sebelum perhimpunan awam 9 Julai lalu, Majlis Peguam menghantar surat pekeliling kepada ahli-ahli Badan Peguam Malaysia (Malaysian Bar) memohon peguam sekalian untuk mendaftar diri sebagai peguam pemerhati. Pasukan peguam pemerhati ini dikendalikan Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam. Di samping itu, Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam juga memerlukan peguam-peguam sukarelawan untuk pasukan tangkapan segera (urgent arrest) untuk memberikan khidmat guaman kepada mereka yang ditahan pada hari tersebut.

Pada mulanya, saya langsung tidak bercadang menawarkan diri untuk mana-mana pasukan. Jika perlu sekalipun, saya akan sekadar memberikan pertolongan ketika permohonan reman bagi mereka yang ditahan. Itu pun pada hari esoknya, dan bukan pada hari itu sendiri. Tetapi, reaksi pihak berkuasa terhadap penganjur dan penyokong perhimpunan awam itu telah menukar fikiran saya. Respons yang pada saya langsung tidak berkadar (proportionate) kepada matlamat memelihara ketenteraman awam telah memperkukuhkan keputusan saya untuk terlibat secara langsung sebagai seorang peguam.

Saya tidak berseorangan. Ramai kenalan peguam juga membuat keputusan sama. Sebagai peguam, kami diberi kuasa oleh Akta Profesion Guaman untuk mempertahankan keadilan tanpa perasaan takut atau belas kasihan. Walau apa pun dakwaan dilemparkan terhadap penganjur dan penyokong perhimpunan awam itu, sama ada benar atau tidak, hak mereka yang termaktub di bawah Perlembagaan dan undang-undang harus dilindungi tanpa kompromi.

Maka lebih kurang 200 peguam sukarelawan menyahut panggilan Majlis Peguam dan mendaftarkan diri sama ada sebagai peguam pemerhati atau peguam sukarelawan untuk Pusat Bantuan Guaman. Jumlah itu lebih ramai daripada biasa dan saya jangka ia adalah reaksi terhadap tindakan pihak berkuasa menjelang perhimpunan awam tersebut. Apa yang begitu memberangsangkan adalah jumlah peguam muda yang menyahut panggilan Majlis Peguam dan menjadi sukarelawan untuk pertama kali.

Ramai di antara mereka tidak mempunyai pengalaman dalam prosedur dan amalan undang-undang jenayah serta ramai juga yang bukan peguam litigasi yang sering ke Mahkamah. Namun, itu semua tidak menghalang mereka mendaftarkan diri. Mereka tidak semestinya menyokong sebab perhimpunan itu diadakan, hanya mendukung hak dan kebebasan yang termaktub. Seperti kita ketahui, Kuala Lumpur dikunci tutup bermula dari 12 tengah malam 9 Julai. Jalan-jalan ke ground zero ditutup langsung. Malam itu, sekiranya tiada urusan di kota raya Kuala Lumpur, anda tidak akan berada di situ. Ramai di antara kami yang khuatir pihak berkuasa akan menyekat pengangkutan ke ground zero pada pagi itu, termasuklah perjalanan LRT. Atas dasar itu, ada di antara kami tinggal di kota raya dengan menyewa bilik hotel untuk memastikan dapat hadir ke Majlis Peguam pada pagi itu.

9 Julai 2011. Hari kuning dan merah, hari gas pemedih mata, meriam air dan air hujan. Hari darah dan air mata, juga hari rakyat Malaysia meraikan demokrasi. Di ground zero seramai 100 peguam pemerhati memantau apa berlaku dari beberapa titik panas yang dijangkakan Majlis Peguam. Walaupun diiktiraf pihak berkuasa sebagai pemerhati, mereka tidak terlepas daripada gas pemedih mata, meriam air dan air hujan.

Juga tidak ada jaminan mereka tidak akan ditahan pihak berkuasa, walaupun berpakaian seperti akan ke Mahkamah dan mempunyai tag 'Pemerhati'. Di Pusat Bantuan Guaman pula, peguam sukarelawan bertungkus-lumus menerima laporan tentang tangkapan, berhubung ahli keluarga dan pihak polis, memberi nasihat guaman serta menghadiri balai-balai polis di mana pemprotes ditahan untuk memberikan khidmat guaman.

Sebelum ini, peguam-peguam lebih senior sering kali berkongsi kisah-kisah silam tentang bagaimana Badan Peguam Malaysia sentiasa berada di barisan hadapan untuk mendukung keadilan dan hak tanpa rasa takut atau belas kasihan. Tetapi, pada 9 Julai lalu, saya menyaksikan sendiri sahabat-sahabat dalam profesion ini meluangkan masa dan usaha demi kepercayaan mereka. Sebagai seorang peguam muda yang basah di belakang telinga, semua ini memberi inspirasi kepada saya untuk terus melakukan yang terbaik demi mendukung keadilan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my
 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved