Rabu, 24 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Skandal seks ancam kerajaan Australia

Posted: 23 Aug 2011 05:00 PM PDT

Skandal seks ancam kerajaan Australia

CANBERRA - Polis Australia memulakan siasatan ke atas seorang ahli politik negara itu yang didakwa menyalahgunakan kad kredit kesatuan untuk membayar perkhidmatan seks dengan pelacur.

Jika dakwaan itu dibuktikan benar, ia dilihat mampu menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Julia Gillard.

Ahli Parlimen Parti Buruh, Craig Thomson menafikan beliau menggunakan kad kredit itu untuk membayar perkhidmatan di pusat seks sebelum dipilih menjadi wakil Parlimen.

Thomson turut didakwa mengeluarkan lebih A$100,000 (RM312,000) wang tunai melalui kad yang diberikan Kesatuan Perkhidmatan Kesihatan semasa berkhidmat di agensi itu dari 2003 hingga 2005.

Presiden Filipina enggan mohon maaf

Posted: 23 Aug 2011 05:00 PM PDT

Presiden Filipina enggan mohon maaf MANILA - Presiden Filipina, Benigno Aquino, kelmarin, menyuarakan kekesalan terhadap kematian lapan tebusan warga Hong Kong semasa usaha menyelamat oleh pasukan polis Filipina, tahun lalu tetapi menolak tuntutan keluarga mangsa supaya beliau memohon maaf secara rasmi.

"Lelaki bersenjata itu yang perlu dipersalahkan, bukan kerajaan Filipina. Memohon maaf sama seperti mengakui kerajaan menyebabkan kematian pelancong, iaitu sesuatu yang tidak benar," katanya pada ulang tahun serangan itu.

Kegagalan rundingan oleh polis semasa kejadian tebusan pelancong Hong Kong di Manila menyebabkan penyerang melepaskan tembakan dan membunuh pelancong sebelum dia ditembak mati polis pada 23 Ogos tahun lalu.

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Sara tiga anak RM350 sebulan

Posted: 23 Aug 2011 05:00 PM PDT

Sara tiga anak RM350 sebulan KAMPUNG PERIGI – Berbekalkan RM350 sebulan seorang ibu tunggal menampung perbelanjaan seharian dan menyara tiga anak yang masih bersekolah.

Noricha Ismail, 43, berkata, selepas kematian suaminya Ismail Yusuf setahun lalu dia terpaksa mengambil upah menjaga anak jirannya untuk menyara hidup mereka sekeluarga.

"Suami saya meninggal dunia kerana sakit, dan selepas itu sayalah yang menjadi ibu dan ayah kepada anak-anak untuk menumpang kasih.

"Dengan upah yang diterima setiap bulan saya menyara tiga anak yang masih menuntut di sekolah menengah dan sekolah rendah," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, rumah yang didiami mereka juga merupakan tanah rizab sungai dan memandangkan status tanah itu dia khuatir jika mereka terpaksa keluar daripada rumah.

"Dulu kami tidak tinggal di tempat lain, tetapi memandangkan tanah yang kami duduki itu milik orang, kami terpaksa berpindah kerana pemiliknya tidak membenarkan kami terus tinggal di situ, kemudiannya arwah suami saya membina rumah di atas tanah rizab sungai ini.

"Anak-anak saya yang masih bersekolah mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200, sedikit sebanyak membantu mereka untuk keperluan pembelajaran mereka, namun kadang-kadang dengan keadaan ekonomi zaman sekarang jumlah itu masih tidak mencukupi, apa-apa pun saya mengucapkan terima kasih kepada JKM," katanya.

Noricha berkata, sebelum ini dia tidak pernah menerima bantuan daripada mana-mana pihak selain daripada bantuan JKM.

"Persediaan raya pun kami adakan ala kadar sahaja, namun untuk mewah seperti orang lain tiadalah," katanya.

Penderitaan yang dialami Noricha turut mendapat perhatian daripada Adun Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail dan Ketua Puteri Umno Jerai, Hasfizahtulnisah Mat Isa yang menyampaikan zakat Bank Rakyat dan barangan keperluan harian.

Dalam perkembangan yang sama, Hasfizahtulnisah berkata, dengan sumbangan berupa barangan keperluan harian itu, ia dapat meringankan beban yang perlu ditanggung Noricha dan anak-anaknya.

» selanjutnya...

Pelajar, pemandu lori maut

Posted: 23 Aug 2011 05:00 PM PDT

Pelajar, pemandu lori maut IPOH – Seorang pelajar yang bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) maut selepas dilanggar sebuah treler ketika menunggang motosikal untuk pulang ke rumahnya di Kampung Tanjung Bangkong, semalam.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, kemalangan pada jam 9.10 pagi itu berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa hilang kawalan selepas bergesel dengan sebuah kereta di Kilometer 5, Jalan Kuala Dipang- Malim Nawar.

Menurutnya, mangsa, Muhammad Noor Habibullah, 15, merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Malim Nawar meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mangsa yang menunggang motosikal di lorong kanan dikatakan hilang kawalan selepas bergesel dengan sebuah kereta yang melalui jalan sama dan terbabas ke bahagian kiri jalan. Pada masa sama, treler yang melalui lorong kiri telah menggilis mangsa.

"Orang awam yang melihat kejadian kemudiannya menghubungi polis dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, seorang pemandu lori terbunuh selepas merempuh sebuah jengkaut dalam kejadian di sebuah kilang kuari di Kampung Gunung Pasir, Kampar, kelmarin.

Kejadian berlaku pada jam 6.45 petang mengakibatkan mangsa, Mohd Azlan Shah Meor Yakob, 26, mengalami cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mangsa yang berasal dari Kampung Changkat Lenggong, Gopeng memandu lori menuju ke bengkel di kilang berkenaan dikatakan merempuh jengkaut di hadapannya setelah salah satu tayarnya meletup.

"Kedua-dua mangsa di hantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat," katanya.

Pada masa sama, Abdul Aziz menasihatkan ibu bapa lebih prihatin terhadap keselamatan anak-anak berdasarkan peruntukan undang-undang jalan raya.

"Pada musim perayaan ini, keselamatan ahli keluarga penting terutama kepada anak-anak yang tidak mempunyai lesen ketika menunggang motosikal," katanya.

Rumah hangus

Posted: 23 Aug 2011 05:00 PM PDT

Rumah hangus SENTUL - Sambutan Aidilfitri yang menjelang tiba membawa episod sedih kepada dua keluarga apabila rumah mereka di Kampung Bandar Dalam bersebelahan Kilang Lian Hin Rubber Sdn Bhd dekat sini terbakar dalam kejadian kebakaran kira-kira jam 10.30 pagi semalam.

Mangsa, Rosmini Abu Hassan, 39, berkata, ketika kejadian dia berada di dapur dan terkejut apabila ternampak api di bahagian stor.

"Saya segera ambil air untuk padamkan kebakaran, tetapi api sudah begitu marak.

"Pada waktu itu tiada apa yang boleh dilakukan dan saya terus hubungi bomba. Ketika itu, hanya ahli keluarga yang saya ingat termasuklah bapa mertua yang perlu diselamatkan kerana dia tidak mampu berjalan," katanya.

Rosmini berkata, dia juga menjerit meminta bantuan jiran dan cuba hendak menyelamatkan barang-barang rumah tetapi tidak berdaya kerana api semakin marak.

Bapa mertua Rosmini, Abdul Wahid Abdul Raof, 72, berkata, sebelum kejadian dia sedang membaca surat khabar dan dua cucunya juga ada berdekatan dengannya.

"Tiba-tiba jiran memberitahu ternampak asap dan tidak berapa lama kemudian api mula marak. Mujurlah dengan bantuan jiran memapah saya dan membantu, telah menyelamatkan kami daripada kebakaran.

"Saya tidak tahu bagaimana kebakaran boleh berlaku, tetapi alhamdulillah keluarga saya selamat daripada bencana yang langsung tidak diduga itu," katanya.

Sementara itu, jiran mangsa yang dikenali sebagai Zaiman berkata, dia mula ternampak asap di bahagian belakang kereta Waja jirannya dan tidak sampai tiga minit, api terus marak.

"Masa itu bahang terlalu kuat dan saya tidak berani untuk menyelamatkan kereta Waja tersebut kerana bimbang ia meletup. Hanya tiga kenderaan lain yang sempat saya alihkan sementara jiran-jiran lain cuba menyelamatkan ahli keluarga mangsa kebakaran," katanya.

Seorang lagi ahli keluarga, Shareza Abdul Wahid, 38, berkata, apa yang lebih berharga adalah nyawa seluruh ahli keluarganya yang selamat.

"Ketika kebakaran, saya sedang bekerja dan terima panggilan pada jam 11.00 pagi. Malangnya, apabila saya sampai di rumah, semuanya telah hangus tetapi lega ahli keluarga semuanya selamat," katanya.

Kebakaran berjaya dikawal anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Bahagian Penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Bahagian Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bergegas ke tempat kejadian untuk memadam kebakaran.

Sementara itu, Ketua Operasi Penyelamat DBKL, Buhari Muit berkata, kesemua mangsa kini ditempatkan sementara di Madrasah Tarbiyah atas kerjasama madrasah berkenaan.

"Pihaknya akan memproses kesemua maklumat kejadian sebelum bantuan yang sepatutnya akan disampaikan kemudian kepada mangsa," katanya.

Sementara itu, Pegawai Penyiasatan Bahagian Forensik, Zulkhairani Ramli berkata, punca kebakaran kini masih dalam siasatan pihaknya.

Tak sempat beli baju raya

Posted: 23 Aug 2011 05:00 PM PDT

Tak sempat beli baju raya KOTA BHARU - "Sepatutnya hari ini (semalam), saya membeli baju raya mereka, namun hari ini juga mereka pergi meninggalkan kami untuk selamanya."

Begitulah rintihan seorang ibu, Nur Ain Alia Abdullah, 35, yang tidak sempat membeli kelengkapan hari raya untuk dua anaknya, Raja Zulkarnaian Raja Azahan, 9, dan adiknya Raja Nur Ilia Raja Azahan 6, yang maut dalam satu kejadian langgar lari di Kampung Hujung Tanjung, semalam.

Raja Zulkarnain dan Raja Nur Ilia masing-masing anak ketiga dan kelima dari tujuh beradik itu dipercayai menaiki basikal bersama ketika pulang dari sekolah kira-kira jam 12.40 tengah hari.

Lebih menghibakan, jarak antara tempat kejadian hanya 20 meter dari rumah mereka setelah mengayuh basikal sejauh lima kilometer dari Sekolah Kebangsaan Sering, Pengkalan Chepa.

Menurut Nur Ain, dia hanya menerima maklumat anaknya terlibat kemalangan selepas pulang daripada pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam (Perkim) selepas menerima bantuan zakat kira-kira jam 12.45 tengah hari.

"Sampai di simpang Panchor, hanya 500 meter dari rumah, saya tahan sebuah kereta meminta pertolongan untuk menghantar saya ke tempat kejadian.

"Lemah longlai melihat kedua anak saya bergelimpangan di atas jalan raya, apabila saya hampiri tubuh mereka keduanya tidak bernafas lagi dan melihat darah mengalir dari mulut dan tubuh mereka," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, apa yang membuatkan dia terkilan apabila anak lelakinya itu, ada memintanya supaya membelikan sepasang baju Melayu berwarna ungu dan dia berjanji untuk membelinya selepas mendapat wang zakat itu.

"Jadi bila dapat duit zakat itu hari ini (semalam), saya bercadang nak membawanya untuk membeli baju Melayu tersebut, namun hasrat tersebut tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan.

"Saya terkilan kerana tidak sempat memenuhi impiannya," katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Dearah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut berkata pihaknya mendapat maklumat berhubung kejadian tersebut kira-kira jam 1.15 petang.

"Sebuah kereta Proton Iswara dikatakan melanggar kedua-dua beradik menyebabkan mereka terjatuh dan kereta terus meninggalkan lokasi nahas. Kedua-dua mangsa parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka telah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk dibedah siasat.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta orang ramai yang mengetahui kejadian tersebut diminta supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi pejabat trafik Kota Bharu: 09-755229 dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Kanun Keseksaan.

Penganggur tauke mercun

Posted: 23 Aug 2011 05:00 PM PDT

Penganggur tauke mercun KUANTAN - Tindakan anggota Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah 3 mengekori seorang penganggur berjaya membongkar kegiatan sebenar lelaki itu apabila menemui mercun bernilai RM18,000 di rumahnya di Taman Temerloh Jaya dekat Temerloh, tengah malam kelmarin.

PGM berjaya mengesan dan mengekori lelaki berusia 24 tahun itu kerana disyaki terlibat mengedar dan membekal mercun kepada peniaga di sekitar Kuantan berdasarkan maklumat awam.

Komander PGM Wilayah 3, Pemangku Asisten Komisioner Azmi@Azami Ibrahim berkata, empat anggota diketuai Asisten Superintendan Mohd Khairuddin Jamal menahan suspek dan hasil pemeriksaan ke atas rumah itu membawa kepada penemuan 18 jenis mercun bernilai RM18,000.

Menurutnya, semua mercun termasuk jenis bola dan telur itu ditemui disimpan di dalam rumah dan keretas Perodua Myvi milik suspek.

"Suspek yang masih bujang menggunakan rumah yang dipercayai rumah sewa sebagai stor transit bekalan mercun sebelum diedarkan kepada peniaga kecil.

"Kita turut menyita kereta bernilai kira-kira RM30,000 itu untuk siasatan lanjut kerana disyaki digunakan untuk kegiatan tersebut," katanya dalam sidang media di bilik gerakan Ibu Pejabat PGM Wilayah 3, Kuantan, semalam.

Azmi berkata, suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan dibebaskan dengan jaminan polis.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 4(2) Akta Bahan Letupan 1957 dan jika disabitkan , individu terlibat boleh dihukum penjara selama lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.

Beliau berkata, sepanjang Ogos tahun ini, pihaknya berjaya menahan tiga individu dan merampas pelbagai jenis mercun dianggarkan bernilai lebih RM30,000 dalam tiga tangkapan berasingan di Kuantan dan Rompin.

"PGM akan terus meningkatkan usaha mencegah aktiviti penjualan mercun terutama di musim perayaan," katanya.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

JPK Pilihan Khas Pembaharuan Pilihan Raya tidak gambarkan keikhlasan

Posted: 23 Aug 2011 05:00 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]

Mahkamah tolak permohonan dua pekerja ladang untuk kemuka rayuan

Posted: 23 Aug 2011 05:00 PM PDT

Mahkamah tolak permohonan dua pekerja ladang untuk kemuka rayuan

PUTRAJAYA - Keputusan Mahkamah Tinggi untuk menambah tempoh penjara dua pekerja ladang, masing-masing kepada 20 tahun kerana melupuskan mayat jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang dibunuh, dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan di sini hari ini.

Ini berikutan keputusan panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Ramly Ali, Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dan Datuk Mohamed Apandi Ali yang tidak memberikan kebenaran kepada K Sarawanan dan U Suresh untuk merayu terhadap pertambahan tempoh hukuman penjara ke atas mereka yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Dalam menolak permohonan kebenaran untuk merayu kedua-dua pekerja itu, Hakim Ramly yang mengetuai panel itu berkata, mahkamah berpendapat mereka gagal memenuhi ketetapan Seksyen 50 (2) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang menyatakan rayuan mesti terbatas kepada persoalan undang-undang sahaja.

Dalam prosiding itu, peguam yang mewakili mereka, Datuk Harpal Singh Grewal memberitahu mahkamah bahawa Sarawanan dan Suresh mahu menarik balik pengakuan bersalah mereka.

Sebagai alternatif, mereka mahu tempoh hukuman penjara mereka dikurangkan.

Sarawanan, 20, dan Suresh, 27, masing-masing dihukum penjara berjumlah 28 tahun selepas mereka mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Telok Datok di Banting terhadap empat pertuduhan melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB Noorhisham Mohamad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Sarawanan mengaku membakar mayat kesemua mangsa di Lot No 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting pada 30 Ogos tahun lepas manakala Suresh membuang abu mayat berkenaan ke dalam Sungai Panchau di Jalan Morib pada 31 Ogos tahun lalu.

Majistret Hurmain Hussain memerintahkan hukuman itu berjalan serentak dan dengan itu Sarawanan dan Suresh masing-masing hanya perlu menjalani hukuman penjara tujuh tahun.

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Mohtaruddin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) dalam melakasanakan bidang kuasanya mengikut Kanun Acara Jenayah untuk menyemak keputusan mahkamah lebih rendah, mengurangkan tempoh hukuman penjara itu kepada lima tahun bagi setiap pertuduhan tetapi memerintahkan hukuman penjara itu berjalan berasingan.

Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusof berkata, kebenaran merayu tidak wajar diberikan kepada kedua-dua mereka kerana mereka dilarang merayu terhadap pengakuan bersalah mereka sepertimana ketetapan Seksyen 305, Kanun Acara Jenayah.

Beliau berkata mereka hanya boleh merayu terhadap hukuman penjara. - Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

9 Suspek culik ditahan

Posted: 23 Aug 2011 05:00 PM PDT

9 Suspek culik ditahan JOHOR BAHRU - Polis berjaya menahan sembilan lelaki termasuk seorang wanita berusia 23 tahun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan satu kes penculikan seorang ahli perniagaan di Taman Molek, 16 Ogos lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, kesemua suspek berusia di antara lingkungan 17 hingga 42 tahun ditahan dalam tiga serbuan berasingan di sini pada 19 dan 20 Ogos lalu.

Katanya, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian penculikan membabitkan seorang lelaki, 42, dibawa lari empat lelaki menaiki sebuah kereta yang disaksikan oleh orang awam kira-kira pada jam 9.05 malam, 16 Ogos lalu.

"Keesokan harinya, isteri mangsa menerima panggilan telefon daripada penculik terlibat yang meminta wang tebusan sebanyak RM600,000 untuk melepaskan suaminya.

"Susulan daripada laporan yang diterima, polis menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat dan akhirnya melakukan tiga serbuan di lokasi berasingan, dan dengan tertangkapnya kumpulan ini, kita percaya dapat menyelesaikan beberapa kes penculikan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, semalam.

Tuntutan Bersih 2.0 jadi rangka panel

Posted: 23 Aug 2011 05:00 PM PDT

Tuntutan Bersih 2.0 jadi rangka panel

KUALA LUMPUR — Jawatankuasa terpilih parlimen ditubuhkan untuk meneliti sistem pilihan raya akan membentuk rangka kerjanya berdasarkan pada lapan tuntutan Bersih 2.0.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, perkara itu dipersetujui selepas mengadakan pertemuan dengan wakil dari Dewan Rakyat, Jabatan Peguam Negara dan kedua-dua pengerusi dan timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Kami bersetuju dengan apa yang disyorkan dalam memorandum daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," kata beliau merujuk kepada Bersih 2.0 yang dianggotai 62 badan bukan kerajaan.

Walaupun beliau enggan menyebut nama Bersih 2.0, Nazri mengakui apabila ditanya sama ada merujuk kepada 'badan bukan kerajaan sah" yang membentuk gabungan tersebut.

"Tiada guna kita adakan jawatankuasa terpilih jika kita tidak lihat pada kesemua ini. Kami tidak mahu, sebagaimana (parti pembangkang) mendakwa, dijadikan pembuka tirai," katanya.

Nazri juga berkata, jawatankuasa itu akan bertemu selama enam bulan.

Usul pembentukan jawatankuasa terpilih akan dibawa ke Parlimen 3 Oktober ini - hari pertama sidang akan datang dan ia juga tertakluk kepada kelulusan Kabinet.

Nazri berkata, SPR akan mengemukakan satu memorandum kepada Kabinet untuk pertimbangan pada me-syuarat 7 September ini.

Ismail Sabri selar Mahfuz

Posted: 23 Aug 2011 05:00 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Menyamar penjawat awam

Posted: 23 Aug 2011 05:00 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]

Bapa kelar leher anak ditahan reman

Posted: 23 Aug 2011 05:00 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Gendang, tok tok masih dipalu

Posted: 23 Aug 2011 05:00 PM PDT

Setiap bulan puasa, suasana di kampung saya jadi meriah.

Keadaan puasa mula terasa apabila Cek Pa tiba. Duda dalam lingkungan usia 40-an itu jual kacang pol di Singapura, tetapi setiap tahun, sehari dua sebelum Ramadan mesti datang dan tumpang di rumah seorang jiran sampailah hujung bulan puasa.

Kerjanya setiap hari ialah masak bubur lambuk di masjid kampung kami dan agih-agihkan kepada penduduk.

Saya terlalu kecil untuk merungkaikan kemusykilan kenapa beliau begitu rajin berbuat demikian, tapi saya kira sama ada beliau mahu cari pahala atau barangkali ada kenangan lama.

Saya dan rakan-rakan sebaya yang dalam lingkungan usia 10 tahun masa itu, selalu berkerumun depan Cek Pa, kagum mendengar ceritanya pasal Jalan Ampas, tempat pelakon-pelakon zaman kegemilangan filem Melayu tinggal dan berlakon. Terlopong kami mendengar cerita Cek Pa mengenai kemerduan suara dan sambutan hangat terhadap penyanyi-penyanyi masa itu.

Juga tidak dapat saya lupa, bagaimana kami selalu dimarahi bilal masjid kerana buat bising dan berlari-lari dalam masjid ketika orang lain tekun menghabiskan 20 rakaat Terawih. Akhirnya, kami terpaksa berpuas hati main sorok-sorok dalam gelap di tepi makam belakang masjid. Sekali sekala kami berpesta dengan letupan mercun dan dentuman meriam buluh.

Apabila meningkat remaja, kami pula tolong petugas masjid mengagih-agihkan bubur lambuk dan makanan kepada mereka yang berbuka dan berterawih dan basuh pinggan mangkuk hingga larut malam.

Waktu yang paling kami tunggu ialah kira-kira jam 4 pagi kerana itulah waktunya pemuda kampung mula palu gendang kulit kerbau secara berirama untuk mengejutkan orang kampung bangun sahur.

Apabila mereka letih atau sudah puas bergendang, barulah kami yang belasan tahun ini diberi peluang memukul gendang itu; apa lagi... kadangkala sampai kena herdik atau dihalau kerana tidak berhenti pukul gendang hingga masuk waktu Imsak.

Pendek kata, kulit kerbau yang dijadikan gendang masjid itu terpaksa ditukar setiap tahun kerana terlalu kendur atau pecah.

Apabila masuk waktu subuh, kami tukar ketuk tok tok (sebutan orang utara; bahasa baku, beduk) pula. Tetapi tok tok hanya boleh diketuk sebanyak kira-kira 30 kali dalam masa seminit apabila masuk waktu solat lima waktu dan tidak boleh diulang lagi. Ia bahaya kerana takut timbul kekeliruan dan, lebih bahaya, menggemparkan. Sebabnya, selain dari waktu masuk waktu solat, tok tok juga diketuk ketika kecemasan, seperti kebakaran, dan sebelum pengumuman dibuat melalui pembesar suara mengenai kematian orang kampung.

Sepanjang yang saya ingat, belum pernah ada rungutan atau protes daripada mana-mana pihak mengenai pukulan gendang, tok tok, azan atau tarhim mengguna pembesar suara, di masjid kampung kami.

Barangkali keadaan dan status kampung saya itu membuatkan suasana dan penerimaannya begitu. Bahkan, jika seorang penduduk kampung meninggal dunia, hampir sekampung lelaki - yang tua dan muda - ikut berarak dan beralfatihah sepanjang kira-kira 5 kilometer hingga ke tanah perkuburan. Apa tah lagi kalau kenduri kahwin; anda boleh bayangkan sendiri betapa meriahnya; siap dengan persembahan kumpulan pancaragam dan - wajib ada - joget.

Budak-budak macam saya berpeluh diasak yang lebih tua hingga terpaksa keluar dari garisan bulatan penonton untuk mencari udara.

Dibangunkan atas tanah wakaf, kampung saya ketika itu mempunyai 56 buah rumah, hampir semua papan. Penduduknya ada Melayu campur Jawa, campur India atau campur Arab atau apa-apa. Ada juga Arab tulen dan India tulen, cakap Melayu pun pelat, tetapi 100 peratus Islam.

Kalau ada pun hanya sebuah keluarga Cina yang buka kedai kecil berdinding papan dan berbumbung zink dalam kampung itu, tetapi mereka tidak tinggal di situ.

Apabila kembali ke kampung itu baru-baru ini selepas meninggalkannya lebih 45 tahun, banyak betul perubahan berlaku. Bilangan rumah barangkali sudah hampir tiga kali ganda; berhimpit-himpit. Imam dan bilal lama masjid dan ramai daripada yang dewasa masa saya kanak-kanak dahulu sudah tiada lagi. Kawan-kawan yang masih ada sudah boleh dikira dengan jari. Setengah mereka sudah berhijrah ke negeri atau kawasan lain.

Beberapa orang yang masih ada sudah mengambil alih tugas di masjid; jadi imam, bilal, tok siak dan ahli jawatankuasa.

Bubur lambuk masih diagihkan di bulan puasa ini, cuma bukan lagi Cek Pa yang masak. Paluan gendang terus memecah hening malam; tok tok terus diketuk sebelum setiap solat lima waktu.

Azan terus berkumandang merdu setiap waktu; Subuh menyusuli tarhim yang penuh syahdu, memecah hening pagi...

Cara lama yang lebih bererti

Posted: 23 Aug 2011 05:00 PM PDT

Sehingga kini, saya sudah menerima berbelas-belas kad ucapan selamat hari raya. Setiap kad yang saya terima akan saya buka, saya tatap, tetapi saya akan letak ke tepi tanpa perasaan teruja. Sebabnya, kad-kad itu semuanya kiriman orang yang tidak saya kenali. Dan, saya percaya mereka juga tidak mengenali saya!

Ada kad yang mengandungi hingga sepuluh tandatangan, siap dengan status jawatan masing-masing. Ada kad yang dikirim mempunyai tandatangan yang saya tahu bukan dicarit sendiri oleh si pengirim, bahkan ia adalah tanda tangan yang bercetak. Bagaimana pun, saya tetap akan membalas kesemuanya sebagai tanda terima kasih.

Saya juga mula menerima ucapan selamat hari raya melalui e-mel. Membuka kad-kad raya elektronik ini pula ada kalanya mengambil masa. Lagi canggih animasinya, lagi lambat ia dapat ditatap. Malah, ada juga kad-kad yang tidak boleh saya buka kerana punyai perisian yang berbeza daripada perisian di komputer saya.

Ucapan Aidilfitri daripada kawan-kawan facebook juga sudah mula saya dapat. Separuh daripada mereka, tidak pernah saya kenal. Tidak mengapalah. Selama ini pun, saya ghairah menambah kawan termasuk kawan yang punyai nama pelik, nama Jepun atau nama Korea walaupun saya tahu mereka orang Malaysia. Pada tahun lepas, saya menerima ucapan selamat hari raya yang kononnya ditujukan khas buat saya. Padahal ada seratus nama lain yang ditaggedkan bersama dengan nama saya. Tidak mengapa juga kerana saya tahu si pengirim hendak menjimatkan masa.

Tentu sekali, menjelang malam raya nanti, saya akan menerima berpuluh-puluh ucapan selamat hari raya melalui sistem pesanan ringkas. Biasanya SMS ini lebih peribadi. Meskipun ringkas, ia menyentuh hati kerana dikirim oleh mereka yang saya kenali ~ ahli keluarga, teman sekerja dan sahabat lama. SMS yang menarik pantunnya akan saya simpan. Maaf cakap, oleh kerana membalas SMS ini adalah satu kerja yang remeh, saya terpaksa mengitar semula SMS menarik yang saya simpan itu untuk digunakan sebagai ucapan yang kononnya saya yang tulis. (Saya percaya, anda tidak pernah buat apa yang saya lakukan).

Begitulah cara terkini kita mengucapkan salam Aidilfitri. Teringat saya pada zaman persekolahan dulu, bila mana mengirim kad hari raya sudah menjadi satu kemestian. Setelah menulis senarai penerima kad hari raya agar tidak terlupa, barulah saya pohon bajet dari emak.

Memilih kad pun boleh memakan masa hingga setengah hari kerana kad yang dibeli pun saya pilih agar tidak sama. Tidak sedap hati kalau kad yang dibeli itu serupa walaupun untuk dua orang yang berbeza. Padahal, mereka bukan tahu pun kalau saya membeli tiga puluh kad yang serupa coraknya.

Setelah siap bersampul, saya akan ke pejabat pos untuk membeli setem. Lazimnya, pada hari-hari puasalah pejabat pos akan sesak dikunjungi oleh mereka yang hendak mengirim kad hari raya. Panjangnya barisan, kadang-kadang sampai ke tangga luar. Setelah setem dibeli, kini giliran mencecah setem dengan air pelekat pula perlu dilakukan. Tempat melekat setem pun biasanya sesak. Spannya sudah kering kerana ramainya mereka yang mencecah setem. Kalau hendak cepat, terpaksa jugalah setem-setem itu dijilat sahaja sebelum ditampal ke sampul surat.

Pada penghujung Ramadan juga, kad-kad hari raya akan sampai ke rumah. Ada pelbagai jenis kad hari raya yang diterima. Ada yang semerbak baunya, ada yang bermuzik dan ada juga yang timbul bunga serta ketupatnya sebaik sahaja lipatan kad itu dibuka. Tidak kurang juga yang reka bentuknya hanya sehelai, bergambar kartun atau gambar unta sedang berehat di bawah pohon kurma di malam hari yang dihiasi bintang dan bulan sabit. Tetapi yang unik ialah kad hari raya berbunga yang dihiasi dengan serbuk berkilat. Sebaik sahaja dibuka kad itu, habuknya jatuh berderai di tangan.

Saya akan buka dan baca satu persatu sebelum saya susun dan gantung sebagai perhiasan di ruang tamu. Ia juga menjadi kebangaan apabila teman-teman yang datang berkunjung memuji apabila melihat betapa banyaknya kad hari raya yang saya terima. Inilah klasiknya ucapan selamat hari raya pada tahun-tahun 60-an dan 70-an. Walaupun proses menghantar atau menerimanya memakan masa berbanding dengan cara moden sekarang yang begitu pantas, cara tradisional itulah yang lebih bererti. Kadangkala terasa ingin sekali merentas di denai semalam. Sengaja hendak menjenguk masa lalu yang begitu nostalgik.

Selamat hari raya Aidilfitri daripada saya, buat anda semua yang suka membaca kolum Maaf Cakap ini. Maaf zahir dan batin.

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

NGO Islam digesa sedia lebih banyak pusat perlindungan umat Islam

Posted: 23 Aug 2011 05:00 PM PDT

NGO Islam digesa sedia lebih banyak pusat perlindungan umat Islam

BAHAU - Lebih banyak pusat perlindungan untuk umat Islam diperlukan bagi membela mereka yang menghadapi masalah kesempitan hidup dan kewangan, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, sudah tiba masanya badan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini membantu menyediakan lebih banyak pusat perlindungan untuk umat Islam bagi mengelakkan golongan bermasalah ini daripada dieksploitasi pusat perlindungan agama lain.

"Kita bimbang jika pusat perlindungan Kristian ini menerima mereka, ada kemungkinan mereka akan menukar akidah untuk menjadi murtad.

"Jadi, dengan terdapatnya banyak pusat perlindungan untuk umat Islam ini maka kita boleh mengatasi masalah orang Islam yang tiada mempunyai tempat perlindungan apabila berdepan dengan pelbagai masalah," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim serta pelancaran program lambaian Kaabah anjuran Biro Ekonomi Umno Bahagian Jempol di Masjid Tuanku Muhriz, Bandar Seri Jempol dekat sini malam tadi.

Mohd Puad, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak terlepas pandang kes-kes sedemikian selain mengurangkan birokrasi dan pada masa sama mempertingkatkan kemampuan untuk membantu golongan tidak bernasib baik ini.

Beliau turut berharap institusi kerajaan sedia ada seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan pihak berkuasa Islam negeri memperkemaskan pentadbiran mereka daripada segi dakwah.

Katanya ini untuk memastikan kegiatan gejala murtad dipantau dan bagaimana akidah mereka yang dimurtadkan dapat dipulihkan semula, di samping melihat keperluan mengadakan Akta Murtad.

"Akta ini memang relevan supaya perkara ini lebih jelas... supaya tidak ada pihak yang menafikan apa yang terdapat dalam perlembagaan negara di mana yang bukan Islam tidak boleh berdakwah kepada Islam dan kita tidak mahu gejala murtad ini semakin berleluasa," katanya.

Pada majlis itu seramai 1,000 orang anak yatim di Parlimen Jempol membuka akaun dengan Tabung Haji.
- Bernama

Penukaran nama Majlis Syura kepada Jawatankuasa Pendengaran

Posted: 23 Aug 2011 05:00 PM PDT

Penukaran nama Majlis Syura kepada Jawatankuasa Pendengaran

Kerajaan Negeri kesal dengan kekeliruan berhubung penggunaan nama 'Majlis Syura' bagi jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mencari penyelesaian isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Methodist Church di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

Justeru itu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk mengubah nama jawatankuasa tersebut kepada Jawatankuasa Pendengaran demi mengelakkan sebarang pertindihan dengan Majlis Syura Negeri Selangor yang diterajui oleh MAIS.

Matlamat asal tidak berubah, gerak kerja dan keahlian jawatankuasa ini tetap sama dan selaras dengan perbincangan antara Dato' Menteri Besar dan DYMM Sultan Selangor.

Kerajaan Negeri berharap perubahan nama ini akan dapat merungkai sebarang kekeliruan yang wujud dan meneruskan segala usaha mencari penyelesaian berhubung isu DUMC dan JAIS bagi kesejahteraan rakyat jelata.

Kerajaan negeri tetap akan akur kepada segala nasihat dan titah yang diterima secara langsung daripada DYMM Sultan Selangor serta bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan penyelesaian terbaik dalam isu ini.

Sumber daripada laman web Selangorku

Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved