Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Tuntutan Bersih 2.0 jadi rangka panel Posted: 23 Aug 2011 05:00 PM PDT Tuntutan Bersih 2.0 jadi rangka panel
KUALA LUMPUR — Jawatankuasa terpilih parlimen ditubuhkan untuk meneliti sistem pilihan raya akan membentuk rangka kerjanya berdasarkan pada lapan tuntutan Bersih 2.0. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, perkara itu dipersetujui selepas mengadakan pertemuan dengan wakil dari Dewan Rakyat, Jabatan Peguam Negara dan kedua-dua pengerusi dan timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). "Kami bersetuju dengan apa yang disyorkan dalam memorandum daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," kata beliau merujuk kepada Bersih 2.0 yang dianggotai 62 badan bukan kerajaan. Walaupun beliau enggan menyebut nama Bersih 2.0, Nazri mengakui apabila ditanya sama ada merujuk kepada 'badan bukan kerajaan sah" yang membentuk gabungan tersebut. "Tiada guna kita adakan jawatankuasa terpilih jika kita tidak lihat pada kesemua ini. Kami tidak mahu, sebagaimana (parti pembangkang) mendakwa, dijadikan pembuka tirai," katanya. Nazri juga berkata, jawatankuasa itu akan bertemu selama enam bulan. Usul pembentukan jawatankuasa terpilih akan dibawa ke Parlimen 3 Oktober ini - hari pertama sidang akan datang dan ia juga tertakluk kepada kelulusan Kabinet. Nazri berkata, SPR akan mengemukakan satu memorandum kepada Kabinet untuk pertimbangan pada me-syuarat 7 September ini. |
Posted: 23 Aug 2011 05:00 PM PDT [unable to retrieve full-text content] |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan