Selasa, 24 Mei 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Loji meletup semasa lawatan Presiden

Posted: 23 May 2011 05:00 PM PDT

Loji meletup semasa lawatan Presiden TEHERAN - Satu letupan di loji minyak Iran berlaku semasa lawatan Presiden Mahmoud Ahmadinejad, membunuh dua orang dan mencederakan 12 yang lain, semalam.

Bagaimanapun, Ahmadinejad tidak cedera dalam kemalangan itu dan muncul di stesen televisyen sejurus selepas letupan itu untuk menyampaikan ucapan perasmian satu bahagian baru di loji itu.

Asap tebal dapat dilihat di loji yang terletak di Abadan, berhampiran sempadan Iraq namun kebakaran dapat dikawal oleh anggota bomba.

Pengerusi jawatankuasa tenaga Parlimen Iran, Hamid-Reza Katouzian berkata, letupan itu berlaku disebabkan masalah teknikal dan bukannya akibat perbuatan sabotaj.

Rejim Zionis salahkan Palestin

Posted: 23 May 2011 05:00 PM PDT

Rejim Zionis salahkan Palestin

WASHINGTON - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan biadap menuduh konflik Palestin-Israel yang berterusan sejak sekian lama adalah disebabkan sikap Palestin yang tidak mahukan keamanan.

Tuduhan keji itu dibuat Netanyahu semasa berucap di hadapan kumpulan pelobi Yahudi di Amerika Syarikat (AS), malam kelmarin.

Menurutnya, Israel mahukan keamananan kononnya kerana rejim itu mengetahui kesakitan yang disebabkan keganasan dan keperitan peperangan.

"Konflik ini berterusan sehingga hampir satu abad kerana Palestin enggan menerima negara Yahudi," katanya di hadapan wakil Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC), di Washington.

Selama ini, kedegilan rejim Zionis yang enggan menghentikan pembinaan penempatan haram di atas tanah milik Palestin menyebabkan rundingan damai antara kedua pihak kerap tergendala.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri Palestin, Salam Fayyad yang juga berada di AS diserang sakit jantung semasa menghadiri majlis graduasi anak lelakinya di Texas, Ahad lalu. Beliau kini dirawat di hospital dan dilaporkan stabil.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Bebas tuduhan bunuh majikan

Posted: 23 May 2011 05:00 PM PDT

Bebas tuduhan bunuh majikan ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam, melepas dan membebaskan seorang pekerja ladang ayam daripada tuduhan membunuh majikannya tahun lalu.

Mohd Nazri Harun, 25, didakwa membunuh Tan Ah Yee @ Tah Cheng Chuan, 64, di Kampung SC, mukim Hosba, Kubang Pasu, antara jam 8.30 malam hingga jam 9 malam, 20 April 2010.

Mohd Nazri didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati jika disabitkan dengan kesalahan.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Zaki Abdul Wahab sewaktu membacakan keputusan di akhir kes pendakwaan berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Menurutnya, berdasarkan laporan bedah siasat, mangsa, Ah Yee, didapati mati akibat tembakan senapang pada bahagian dada, sebelum dibakar.

"Dalam kes ini, pihak pendakwaan yang memberi keterangan berdasarkan keadaan, mesti membawa kepada satu konklusi iaitu kesalahan dilakukan tertuduh.

"Pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa tertuduh menyebabkan kematian si mati (Ah Yee), namun pihak pendakwaan tidak dapat mengesahkan siapa serta di mana si mati ditembak, dan jika ditembak di luar rumah, siapa yang membawa si mati ke dalam rumah, itu" katanya.

Mohd Zaki berkata, tiada kemungkinan mayat Ah Yee dialihkan ke dalam rumah kerana tiada keterangan yang menyokong, malah jika tertuduh yang mengalihkan mayat itu sudah tentu terdapat kesan darah pada pakaian mangsa.

"Tertuduh dilepas dan dibebaskan," katanya.

Mohd Nazri meraup wajahnya dengan tangan sambil tersenyum lega sewaktu keputusan dibacakan dan kemudian kelihatan menjamu selera bersama ahli keluarga sejurus keluar daripada kompleks mahkamah.

Berdasarkan fakta kes, mayat Ah Yee ditemui dalam keadaan rentung di dalam rumahnya di kampung terbabit, selepas kebakaran yang berlaku kira-kira jam 11 malam di rumah berkenaan berjaya dipadamkan Pasukan Bomba dan Penyelamat.

Mohd Nazri yang turut berada di tempat kejadian pada ketika itu memaklumkan bahawa mereka diserang perompak dan dia bagaimanapun pengsan selepas dipukul dan apabila tersedar, dia melihat rumah majikannya sudah terbakar.

Mohd Nazri diwakili peguam Ali Munawar Razak, manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Shuhada Mohd Yatim.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lemas tersadai di tebing

Posted: 23 May 2011 05:00 PM PDT

Lemas tersadai di tebing PADANG RENGAS – Seorang datuk tidak menyangka firasat yang menyatakan cucunya selamat sampai ke rumah salah, apabila ditemui lemas di tebing Sungai Papan, Padang Asam, di sini kira-kira 10.30 pagi semalam.

Mohd Haikal Wazir, 6, ditemui dalam keadaan tersadai di tebing sungai berkenaan, dipercayai terjatuh sebelum dihanyutkan arus sungai ketika bermain berhampiran kawasan itu, sehari sebelum ditemui mati.

Datuknya, Zubir Abd Rahman, 68, berkata, dia hanya menyedari kehilangan cucunya itu kira-kira 6 petang, sebaik selesai menguruskan perniagaan kedai runcitnya.

Menurutnya, apabila tidak melihat kelibat Mohd Haikal, dia menyangka cucunya itu pulang ke rumah bersendirian.

"Isteri saya menyatakan dia (Mohd Haikal) tiada di rumah, saya langsung tidak mengesyaki yang dia kemungkinan jatuh di sungai itu.

"Dia memang selalu mengikut saya berniaga, jarak sungai dengan kedai tidak jauh, hanya satu meter sahaja dan kebiasaannya memang dia selalu pulang sendiri," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Bilik Mayat, Hospital Kuala Kangsar, semalam.

Difahamkan, Mohd Haikal sering bermain bersama rakannya di sekitar kawasan berkenaan.

Usaha mencari digerakkan selepas Maghrib sebaik Zubir memaklumkan akan kehilangan cucunya itu kepada orang kampung.

Zubir tidak menolak kemungkinan, cucunya yang dijaga sejak lahir itu terjatuh ketika bermain di kawasan sungai berikutan air pasang dan cuaca hujan.

Katanya, Mohd Haikal yang mendapat pendidikan di Tadika Pasti Kampung Pondok itu dikenali sebagai kanak-kanak yang pendiam dan tidak suka bergaul dengan orang ramai.

"Ibu dan bapanya sudah bercerai, jadi sayalah yang menjaganya, kali terakhir dia menemui ibunya kira-kira tujuh bulan lalu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Supritendan Abdul Gaffar Mohamad berkata, operasi mencari dan menyelamat bermula 7 petang kelmarin.

Menurutnya, operasi turut dijalankan bersama penduduk, anggota Rela, Jabatan Pertahanan Awam (Jpam), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta beberapa lagi agensi lain.

"Usaha mencari digerakkan sehingga jam 1 pagi namun gagal sebelum disambung semula pada jam 8 pagi semalam, mayat mangsa ditemui kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian," katanya.

Pemandu nyaris maut

Posted: 23 May 2011 05:00 PM PDT

Pemandu nyaris maut UKAY PERDANA - Seorang cedera parah manakala lima cedera ringan apabila kenderaan yang dinaiki menjunam ke dalam longkang besar di Jalan Kelab Ukay 6, di sini malam semalam.

Dalam kejadian pada jam 11.55 malam itu, sebuah lori sampah yang sedang menuruni bukit dari Ukay Perdana bertembung dengan sebuah kereta Volvo dan kedua-dua kenderaan terbabit menjunam ke dalam longkang besar sedalam 20 meter.

Saksi kejadian, Mohd Fuad Dahaman, 46, berkata, dia ternampak sebuah lori sampah yang sedang laju menuruni bukit ketika dia sedang membelok dari simpang Taman Bukit Mulia.

Menurutnya, dalam keadaan jalan basah kerana baru hujan, lori itu dilihatnya hilang kawalan sebaik menghampiri persimpangan lampu isyarat Bukit Antarabangsa yang kebetulan bertukar lampu merah.

"Bagi mengelak tiga kenderaan yang sudah berhenti di lampu isyarat itu, lori terbabit melencong ke kiri laluan.

"Pada waktu itu juga, sebuah kereta Volvo sedang memasuki simpang terbabit dan lori yang dipercayai menghadapi masalah brek bertembung kereta tersebut serta melanggar pengadang dan terjunam ke dalam longkang," katanya.

Seorang lagi saksi, Azam Azman, 36, berkata, kejadian itu adalah kali kedua berlaku di lokasi sama.

"Sebelum ini sebuah lori pasir juga pernah menjunam ke dalam longkang itu dan sememangnya persimpangan lampu isyarat terbabit sangat bahaya terutama sekali kenderaan yang berhenti dari Bukit Antarabangsa.

"Ini kerana kebanyakan kenderaan dari Ukay Perdana menurun laju sebelum sampai di persimpangan lampu isyarat ini," katanya.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Mohd Zin Yaakob berkata, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Ampang dan seorang penumpang wanita yang menaiki kereta Volvo cedera parah.

"Mangsa yang menaiki lori terdiri daripada tiga warga asing Bangladesh dan seorang India.

"Pihak kami menerima panggilan kejadian pada jam 12.10 pagi dan tiba di lokasi pada jam 12.21 pagi," katanya.

Jabatan Pertahanan Awam Semarak turut datang untuk memberikan bantuan.

Maut ketika mahu lawat isteri

Posted: 23 May 2011 05:00 PM PDT

Maut ketika mahu lawat isteri KUALA TERENGGANU - Hasrat murni seorang kakitangan kerajaan yang menunggang motosikal dari Marang ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu semata-mata untuk melawat isterinya yang hendak bersalin bertukar menjadi episod duka apabila dia terkorban dalam kemalangan jalan raya, petang kelmarin.

Lebih menyedihkan, mangsa, Mohd Sahabudin Ismail, 30-an, dari Kampung Bukit Parit, Marang belum sempat menemui isterinya dan kemalangan itu berlaku di hadapan Istana Badariah di Jalan Sultan Mahmud, iaitu kira-kira lima kilometer dari hospital yang menempatkan isterinya.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Kuala Terengganu, Asisten Superintendan Khazahari Che Mat (gambar) berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.15 petang kelmarin.

Kedai video diserbu

Posted: 23 May 2011 05:00 PM PDT

Kedai video diserbu KUANTAN - Pekerja enam kedai video di sebuah pusat membeli belah di sini tergamam apabila premis mereka diserbu secara serentak 12 pegawai Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pahang, semalam.

Hasil pemeriksaan ke atas semua kedai di tingkat bawah pusat membeli belah itu mendapati pemilik premis terus berdegil menjual DVD dan VCD tanpa label cakera optik dengan berselindung di sebalik lesen perniagaan sah.

Dalam serbuan kira-kira jam 11.30 pagi itu, PPDNKK Pahang berjaya merampas 12,000 keping VCD dan DVD filem pelbagai tajuk tanpa label cakera optik yang dianggarkan bernilai RM120,000.

Pegawai Penguat kuasa PPDNKK Pahang, Anuar Zaidi Mohd Ramli berkata, serbuan itu dibuat selepas pihaknya mendapat maklumat awam berhubung kegiatan penjualan VCD dan DVD cetak rompak di premis berlesen tersebut.

Menurutnya, operasi secara mengejut itu dijalankan serentak menyebabkan pekerja premis tidak sempat menutup kedai bagi mengelak dikenakan tindakan.

"Hasil pemeriksaan ke atas keenam-enam premis terbabit mendapati peniaga terus berdegil menawarkan VCD dan DVD cetak rompak secara terbuka di rak pameran bersama bahan tulen," katanya dalam sidang media selepas serbuan itu semalam.

Anuar berkata, semua VCD dan DVD tanpa label cakera optik itu dirampas untuk tindakan lanjut manakala 15 pekerja terlibat akan dipanggil untuk membantu siasatan.

"Dalam serbuan kali ini, pihak kami turut merampas DVD cetak rompak filem terbaru termasuk filem tempatan yang hangat di tayangkan pawagam," katanya.

Beliau berkata, peniaga terlibat akan dikenakan tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 Perintah Perihal Dagangan (Label Cakera Optik) 2010 kerana membekal dan menawarkan cakera optik tanpa label.

"Jika sabit kesalahan, individu terlibat boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun," katanya.

Sementara itu, Pengarah PPDNKK Pahang, Mohd A Aruwan Abdul Aziz berkata, pihaknya sentiasa memantau kegiatan penjualan cakera optik cetak rompak sama ada di premis berlesen atau di tapak pasar.

Menurutnya, PPDNKK Pahang juga ada membuat beberapa tangkapan dan rampasan tahun ini.

Budak lemas dalam kereta

Posted: 23 May 2011 05:00 PM PDT

Budak lemas dalam kereta TUMPAT – Seorang kanak-kanak tiga tahun lemas dalam kereta selepas ditinggalkan bapanya hampir sejam berhampiran kawasan Tanah Perkuburan Kampung Morak berhampiran Sekolah Ugama (A) Bustanus Saadah di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi, kanak-kanak perempuan terbabit, Nor Izyan Natasya Ishak dipercayai lemas akibat kekurangan oksigen, bagaimana pun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Wakaf Bharu, di sini.

Mangsa anak bongsu daripada enam beradik dipercayai lemas selepas tertidur bersendirian di tempat duduk belakang kereta milik bapanya itu dengan keadaan semua cermin dan pintu kereta tertutup rapat dan berkunci.

Bapanya, Ishak Salleh, 50, berkata, dia terlupa anaknya tertidur di tempat duduk belakang kerana tergesa-gesa untuk mengusung jenazah bapa sepupu, apabila terus menutup pintu kereta dan menguncinya sedangkan anaknya masih ada dalam kereta terbabit.

"Lagi pun saya sampai lewat di rumah arwah bapa sepupu saya, bila sampai, jenazah dah diusung untuk di bawa ke tanah perkuburan Kampung Morak.

"Disebabkan saya tidak sempat menatap wajahnya buat kali terakhir, apa yang saya fikirkan hanya untuk usung jenazahnya sebagai penghormatan terakhir saya kepada arwah," katanya yang bekerja sebagai Ketua Pengawal Keselamatan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kota Bharu.

Ishak ditemani mangsa bertolak dari Kampung Belukar Machang jam 9 pagi untuk menziarahi bapa sepupunya di Kampung Morak yang meninggal dunia akibat serangan jantung.

Turut bersama menaiki kereta jenis Perodua Kancil dipandu Ishak dari Machang adalah kakak ipar dan abang iparnya, bagaimanapun apabila sampai di pekarangan rumah arwah bapa sepupunya di Kampung Morak, mereka berdua turun, manakala mangsa tertidur di belakang.

Ishak terus memandu keretanya ke tanah perkuburan dan meletakkan kereta di kawasan sejauh kira- kira 500 meter dari tanah perkuburan dan dengan tergesa-gesa dia terus mengunci keretanya tanpa melihat anaknya di tempat duduk belakang.

Ishak berkata, dia tidak menduga hasrat untuk menziarahi kematian akhirnya bertukar tragedi apabila anaknya mati lemas dalam kereta.

Menurutnya, pada hari kejadian arwah beria beria-ia untuk bersamanya kerana teringin ke rumah emak saudaranya, Che Mas Mohd Salleh, 55, di Kampung Laut selepas selesai pengebumian jenazah itu.

"Isteri saya tidak ikut sama kerana anak-anak yang lain belum pulang dari sekolah, saya hanya bawa arwah seorang saja, memang dia teruja untuk ke Kampung Morak ini apabila memakai baju baru yang dijahit untuk dipakai ketika raya nanti," katanya.

Menurutnya, dia baru teringat anaknya masih dalam kereta itu sejam selepas selesai pengebumian bapa sepupunya selesai.

"Dengan cuaca panas serta berjalan jauh, saya keletihan, lagi pun saya ada mengidap penyakit kencing manis.

"Saya bagi kunci kereta dan arahkan sepupu agar berlari menuju ke kereta untuk melihat keadaan anak saya itu, manakala saya mengekorinya dari belakang," katanya.

Sementara itu, seorang saksi, ibu saudara mangsa, Che Mas berkata, dia menyedari anak saudaranya lemas dalam kereta apabila ada penduduk memberitahu ternampak seorang kanak-kanak menangis dalam kereta terbabit.

"Saya terus bergegas ke kereta itu, cuba mengeluarkannya tetapi tidak berjaya kerana tiada kunci sehinggalah ada sepupunya yang dikerahkan Ishak menjenguk mangsa.

"Kami cuba sedaya upaya memberi pertolongan cemas, mangsa lemah sangat, baju kurungnya basah kuyup dan sempat bersuara sebelum di bawa ke klinik Wakaf Bharu.

"Bagaimanapun ajalnya sudah tiba, dia tidak sempat diselamatkan," katanya.

Arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Belukar Machang kira-kira jam 9 malam kelmarin selepas mayatnya dituntut ahli keluarga di Hospital Tumpat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Khalid Munap mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Tragedi subuh

Posted: 23 May 2011 05:00 PM PDT

Tragedi subuh LEDANG – Seorang pengawal keselamatan yang dalam perjalanan ke tempat kerja maut selepas terbabit dalam satu kemalangan di Kampung Simpang Lima Darat, Bukit Gambir di sini, semalam.

Sebelum kejadian, mangsa, Mohamad Hussin Ahmad Dasuki, 43, menunggang motosikal berseorangan dari rumahnya di Kampung Parit Pulai, Serom, untuk ke tempat kerja di Serom 8.

Bagaimanapun, setibanya di tempat kejadian kira-kira jam 6.10 pagi, motosikal mangsa dari arah Bukit Gambir bertembung dengan sebuah motosikal dari arah bertentangan.

Akibat pelanggaran tersebut, mangsa terjatuh serta mengalami kecederaan parah di kepala akibat terhantuk pada jalan itu dan mati serta merta di tempat kejadian.

Manakala dua lagi mangsa kemalangan iaitu Nasrul Azrin Mistam, 19, dan Amri Bunawar, 20, mengalami kecederaan parah.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk rawatan lanjut.

Rakan Mohamad Hussin, Zakaria Kaliman, 47, berkata, dia terkejut sebaik menerima berita insiden yang menimpa rakannya itu.

Menurutnya, dia ada bertemu dengan Allahyarham kelmarin semasa bersama-sama menjadi juruhebah (DJ) sambilan di majlis perkahwinan di Serom 8.

"Sepanjang pertemuan ini, Allahyarham tidak menunjukkan sebarang perubahan dan kelihatan ceria seperti biasa.

"Pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan yang besar kerana saya dan dia sering bersama-sama menjadi DJ dalam majlis perkahwinan," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Mahkamah minta peguam Ummi Hafilda hadir

Posted: 23 May 2011 05:00 PM PDT

Mahkamah minta peguam Ummi Hafilda hadir KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, semalam meminta peguam ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali hadir dalam prosiding kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan terhadap pengendali laman berita Malaysiakini pada 13 Jun depan.

Hakim, Datuk V T Singham berkata arahan lanjut berhubung kes itu akan ditetapkan pada tarikh tersebut bagi tujuan pengurusan kes.

"Saya ingatkan peguam yang mengendalikan kes-kes sivil supaya hadir sendiri ke mahkamah dari semasa ke semasa mengenai kes mereka yang disebut untuk pengurusan kes.

"Sekiraya peguam tiada masa untuk hadir ke mahkamah, jangan ambil kes,"katanya.

Beliau memberi peringatan tersebut selepas diberitahu peguam Hajjaral Aswani Ibrahim dari firma guaman dari Kuala Lumpur, bahawa beliau menyebut bagi pihak peguam Sahrihan Jani daripada firma guaman dari Muar, yang mewakili Ummi Hafilda yang tidak dapat hadir ke mahkamah semalam.

Hajjaral turut memaklumkan Sahrihan mempunyai kes lain di Mahkamah Tinggi Muar, Johor Bharu.

Bagaimanapun, menurut Singham, peguam itu sepatutnya menghantar surat kepada mahkamah memohon kes itu ditangguhkan agar mahkamah dapat memberi pertimbangan yang sewajarnya.

Sebelum itu, Hajjaral Aswani memohon mahkamah supaya memberikan tarikh baru bagi pengurusan kes saman itu kerana pihaknya masih belum menerima writ saman yang dimeterai oleh mahkamah.

Pada 25 April lepas Ummi Hafilda memfailkan semula saman fitnah itu yang telah dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi pada 13 April lalu selepas peguam kedua-dua pihak tidak hadir ke mahkamah semasa kes itu pertama kali disebut.

Beliau menamakan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda sebagai defendan pertama dan Mkini Dotcom Sdn Bhd yang menyelenggarakan laman berita Malaysiakini sebagai defendan kedua.

Ummi Hafilda mendakwa defendan pertama dalam satu temu ramah di lobi Bangunan Parlimen telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah dan menyerangnya secara peribadi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lima remaja dijel 57 tahun sebabkan kematian

Posted: 23 May 2011 05:00 PM PDT

Lima remaja dijel 57 tahun sebabkan kematian

SHAH ALAM – Seorang bakal pengantin bukan sahaja diikat dan dipukul dengan besi malah kepalanya dihentak dengan parang hingga mati dan mayatnya ditanam berhampiran tapak projek kawasan industri di Kapar, Klang.

Kematian tragis G Nethyanathan, 29, mendapat pembelaan apabila Mahkamah Tinggi di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara 57 tahun terhadap lima remaja lelaki yang mengaku bersalah menyebabkan kematiannya, empat tahun lalu.

Hakim, Datuk Siti Mariah Ahmad menjatuhkan hukuman itu terhadap seorang pencuci kereta, 22; buruh kontrak, G Satiaraj, 24; pemasang mozek, 22; pekerja kilang, Guna, 23, dan M Sattian, 25.

Pencuci kereta, Satiaraj, Gunasegaran dan Sattian dijatuhi hukuman penjara 11 tahun, manakala pemasang mozek, dihukum penjara 13 tahun.

Kelima-lima mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan, iaitu dengan niat bersama menyebabkan kematian Nethyanathan di Taman Sungai Kapar Indah, Klang pada antara 8.30 malam, 26 April 2007 dan 1 petang, 27 April 2007.

Siti Mariah dalam penghakimannya berkata, hukuman tersebut adalah untuk memberikan pengajaran kepada semua tertuduh yang merupakan pesalah muda pada masa kejadian.

"Kesemua tertuduh mempunyai tahap pendidikan rendah, berasal dari keluarga susah dan porak-peranda.

"Tertuduh juga bekerja dari umur yang muda dan menanggung keluarga masing-masing. Mahkamah berpendapat, memberi hukuman panjang hanya akan mendatangkan masalah ekonomi kepada keluarga mereka," katanya.

Siti Mariah menasihatkan kesemua tertuduh berubah dan insaf sewaktu dalam tahanan penjara.

"Ambil peluang semasa dalam penjara untuk belajar apa pun kursus kemahiran yang disediakan kerana tanggungjawab berat menanti kamu semua selepas keluar dari penjara," katanya.

Mengikut fakta kes, kesemua tertuduh berjumpa dengan mangsa dan teman wanita, S Stacy Dias sewaktu pasangan itu menguruskan hal perkahwinan mereka di pekan Klang.

Kesemua tertuduh membawa mangsa dan kekasihnya ke kawasan tangki air di Kapar Indah dan memukul mangsa dengan besi, kayu dan tali pinggang.

Tertuduh ketiga, iaitu pemasang mozek yang ketika itu berumur 17 tahun bertindak menghentak kepala mangsa dengan parang kerana berang mangsa tidak menjawab soalan berkaitan hutang.

Dia juga mengambil kad bank mangsa dan mengeluarkan wang untuk membeli beberapa barangan.

Mayat mangsa kemudiannya ditanam berdekatan tapak projek kawasan industri di Sungai Kapar Indah, Klang sementara kekasih mangsa diugut supaya mendiamkan diri.

Laporan bedah siasat mengesahkan mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala kerana hentakan benda tumpul.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Andai Sultan Melaka memerintah

Posted: 23 May 2011 05:00 PM PDT

Menyingkap kembali sejarah saya tertanya apakah mungkin budaya politik negara dan nasib rakyat dibawah pemerintahan seorang raja yang mulia lagi beriman dan budiman?

Sekiranya Sultan Melaka memerintah, mungkinkah rasuah dibenarkan sehingga sebuah istana yang bermula dengan kos RM400 juta dijangka melebihi RM1 bilion? Apa pula dengan ketirisan ekonomi berjumlah RM28 bilion setahun berterusan sehingga hanya kelompok elit yang bertambah kaya manakala rakyat jelata terus melata berkais pagi makan pagi?

Kalau Sultan Melaka memerintah, mungkinkah laksamana angkatan laut akan membeli kelengkapan perang, termasuk kapal yang mampu timbul atau yang sengaja tenggelam dengan harga berpatutan tanpa komisen beratus juta ringgit kepada seorang baginda yang hanya pada nama dan bukan pada takhta? Bagaimana pula dengan perbelanjaan lain negara, adakah ia secara berhemah dan bijaksana atau boros membazir tanpa penghujung? Adakah jalan keretapi akan dibina dengan harga berlipat ganda dari biasa ibarat landasan bersalut emas?

Sekiranya Sultan Melaka memerintah, adakah hulubalang dan pahlawan penjaga keamanan akan mempertahankan rakyat atau menangkap lalu dikurung dan dipukul rakyat jelata tanpa sebab dan bicara kerana memelihara kepentingan puak tertentu. Janganlah penjaga aman cepat menahan reman rakyat yang mungkin di'Kugankan' atau di'Aminulrasyidkan' atau di'Beng Hockan' atau di'Sarbanikan' tanpa saksi, warna kulit, umur dan hayat. Adakah begitu murah dijual janji ikrar sumpah pahlawan untuk beberapa keping emas atau kepingan timah tanda gelaran disemat di dada baju?

Kalau Sultan Melaka memerintah, adakah rakyat dibiarkan menanggung beban hidup melampau tanpa subsidi hasil khazanah negara yang sememangnya mencukupi jika tidak diboroskan atau dikalihkan untuk projek-projek mewah maha membazir? Harga barang naik termasuk gula melaka tetapi subsidi korporat besar dikurangkan dengan begitu perlahan sehinggakan sang siput dinobatkan juara pertandingan lari merentas desa?

Kalau Sultan Melaka memerintah, adakah tanah jajahan Pulau Batu Putih, Blok L dan M atau sumber air mentah diserahkan tanpa sebarang suara pahlawan berteriak marah atau keris keramat dihunus berani melainkan di perhimpunan agung para lanun buat tontonan dicermin sendiri?

Sekiranya Sultan Melaka memerintah, adakah tata susila bangsa dan agama yang mencerminkan nilai-nilai murni sejagat menjadi pencorak budaya dan amalan rakyat?

Adakah baginda sanggup melihat martabat qazaf direndahkan dengan hanya lafaz sumpah buat selindung fitnah mengorbankan syariah akibat kerenah tiga sekawan yang buta hukum tetapi celik konspirasi berbayar demi mengaut untung sementara duniawai tetapi mengecap kerugian kekal ukhrawi?

Adakah baginda akan berjuang memperkasakan perlembagaan mensejahterakan rakyat atau berdiam saja apabila lanun politik memperkosakan janji kemerdekaan hak rakyat? Di manakah Sultan Melaka atau pemerintah Melayu yang akan membela rakyat secara jujur?

Itulah dia seribu kemungkinan perjalanan sejarah yang menjadi tanda tanya kerana tidak lama lagi kita rakyat semua dapat membuat pilihan menentukan masa depan negara dan mencorak sejarah kita sendiri yang lebih baik, lebih makmur dan lebih saksama di peti undi, itupun kalau tidak dirompak lanun politik.

Marilah kita belajar dari sejarah untuk mencipta sejarah lebih gemilang kerana sudah tiba masanya kita laksanakan reformasi politik secara berkesan dan menyeluruh.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Politik agama dan realpolitik

Posted: 23 May 2011 05:00 PM PDT

Politik ialah urusan dunia dan agama, demikian kata Dr Mohd Nur Manuty - definisi figuratif yang dipegangnya. Berpegang pada definisi itu, maka seseorang yang berjiwa agama tidak akan mengasingkan diri daripada politik.

Pertemuan saya dengan Dr Mohd Nur terlalu singkat. Di sebuah restoran untuk orang tua-tua, pada 12 Mei 2011, saya dapati beliau agak sibuk melayan beberapa orang yang berurusan dengannya: mungkin urusan politik. Oleh itu tidaklah dapat saya meminta huraian tentang konsep urusan dunia dan agama secara mendalam. Saya mendengar – antara terang dengan kabur – beliau menyebut definisi tersebut berasal daripada penegasan AL-Ghazali. Makna itu bukan saja positif, malah murni.

Jika benarlah itu kata-kata Al-Ghazali, maka saya amat senang. Kadang-kadang kita senang memikirkan tokohnya, walaupun apa-apa yang dikatakannya adalah biasa-biasa saja. Lama dulu, Datuk Yunus Mohd Nor (Dekan Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya) menyebutkan falsafah sederhana yang diajarkan oleh Al-Ghazali. Katanya: Lihatlah ke atas untuk mendapatkan inspiration, dan lihatlah ke bawah untuk mendapatkan satisfaction. Betul sekali. Antara 27 juta rakyat Malaysia, hanya seorang saja memperoleh tempat Perdana Menteri. Oleh itu, kita semua (yang mengimpikan tempat itu) lihatlah ke bawah. Kita akan sentiasa bahagia.

Saya terfikir, jika kita memikirkan parti Pas, maka konsep siasah sebagai urusan dunia dan agama dapat dipertahankan. Biarpun sesekali kita dapati bicara Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terkeluar daripada konteks, kita akui beliau tidak melupakan segi agama dalam berpolitik. Jika Nik Aziz keterlaluan dalam hal mengkritik dan menolak UMNO, itu ialah tingkah biasa dalam politik. Alasan kritik dan penolakan oleh Nik Aziz selalu berteraskan agama. Oleh itu definisi politik (siasah) urusan dunia dan agama amat cocok dengan weltanschauung Pas.

Kita dapat melihat Pas memiliki weltanschauung, kerana daripada keseluruhan ceramah oleh orang-orang berwibawa dalam parti itu, terdapat pengekalan dasar. Walau bagaimanapun, apabila berhadapan dengan kaedah berpolitik, kerap juga kita menemukan keterbabasan. Persahabatan Pas dengan DAP adalah pelik untuk maksud penubuhan Negara Islam. Mungkin yang difikirkan oleh pihak atasan Pas ialah persahabatan ini hanyalah percubaan.

Apabila saya memikirkan PKR, parti Dr Mohd Nur sendiri, saya dapati ada beberapa kesukaran. Namun, dari segi perjalanan hidup, pada setiap kesukaran tersedia jalan keluar. Kata Dr Mohd Nur, politik murni sebaik definisi itu, manakala manusia berperangai yang bertentangan dengannya. Jadi, jika saya membayangkan sederet orang PKR yang keluar dari parti itu, dan memilih parti lain, maka (bagi Dr Mohd Nur) perangailah penyebabnya.

Definisi politik sebagai urusan dunia dan agama adalah definisi yang akrab dengan kemurnian. Segala diatur dan dijanjikan pemimpin politik adalah bersifat keduniaan, tetapi bagi pemimpin seperti Nik Abdul Aziz, urusan agama terkandung di dalamnya. Kita tahu, pemimpin UMNO dan PKR tidaklah memikirkan hal agama. Ertinya, antara pemimpin sama dengan Dr Mohd Nur dan orang sama dengan Tian Chua, kita lihat jumlah jenis Tian Chua lebih besar. Jenis Tian Chua pula bukanlah sejalan, kerana CheguBard kian memilih jalan baru.

Sesetengah pihak mengatakan zaman ini untuk ahli politik bergantung pada realpolitik. Dalam realpolitik, idaman tokoh politik ialah kuasa. Menurut satu catatan Hishamuddin Rais, Pas pun tidak mengajukan sistem ekonomi alternatif, sebaliknya berjanji menguruskan kapitalisme yang lebih baik. PKR dan DAP pun demikian.

Jika makna dalaman dikemukakan Hishamuddin itu sedemikian, maka rakyat zaman ini bukanlah memilih sistem. Parti yang akan dipilih rakyat ialah parti lebih dipercayai, namun berada dalam sistem yang sama.

Realpolitik terjadi di lapangan. Demikian kata dramatis Sharif Shaary. Realpolitik mungkin positif dan mungkin sebaliknya. Dr Azizan Bahari juga memberikan definisi lebih kurang sama. Namun, realpolitik bertentangan dengan pegangan Dr Mohd Nur, apabila kemungkinan bernilai negatif itu ada. Dalam tanggapan sesetengah pihak, ketika Mohd Nur berpandangan politik itu urusan dunia dan agama, para pengejar kuasa melihat politik sebagai urusan dunia sahaja, urusan untuk memperoleh kuasa, dan kemudian memperkukuh ekonomi peribadi.

Untuk maksud akademik, perbincangan dengan Dr Mohd Nur Manuty tentang makna politik perlu saya sambung. Jika itu berlaku nanti, maka bicara tentang subjek ini juga akan diteruskan.

Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved