Selasa, 24 Mei 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Mahkamah minta peguam Ummi Hafilda hadir

Posted: 23 May 2011 05:00 PM PDT

Mahkamah minta peguam Ummi Hafilda hadir KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, semalam meminta peguam ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali hadir dalam prosiding kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan terhadap pengendali laman berita Malaysiakini pada 13 Jun depan.

Hakim, Datuk V T Singham berkata arahan lanjut berhubung kes itu akan ditetapkan pada tarikh tersebut bagi tujuan pengurusan kes.

"Saya ingatkan peguam yang mengendalikan kes-kes sivil supaya hadir sendiri ke mahkamah dari semasa ke semasa mengenai kes mereka yang disebut untuk pengurusan kes.

"Sekiraya peguam tiada masa untuk hadir ke mahkamah, jangan ambil kes,"katanya.

Beliau memberi peringatan tersebut selepas diberitahu peguam Hajjaral Aswani Ibrahim dari firma guaman dari Kuala Lumpur, bahawa beliau menyebut bagi pihak peguam Sahrihan Jani daripada firma guaman dari Muar, yang mewakili Ummi Hafilda yang tidak dapat hadir ke mahkamah semalam.

Hajjaral turut memaklumkan Sahrihan mempunyai kes lain di Mahkamah Tinggi Muar, Johor Bharu.

Bagaimanapun, menurut Singham, peguam itu sepatutnya menghantar surat kepada mahkamah memohon kes itu ditangguhkan agar mahkamah dapat memberi pertimbangan yang sewajarnya.

Sebelum itu, Hajjaral Aswani memohon mahkamah supaya memberikan tarikh baru bagi pengurusan kes saman itu kerana pihaknya masih belum menerima writ saman yang dimeterai oleh mahkamah.

Pada 25 April lepas Ummi Hafilda memfailkan semula saman fitnah itu yang telah dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi pada 13 April lalu selepas peguam kedua-dua pihak tidak hadir ke mahkamah semasa kes itu pertama kali disebut.

Beliau menamakan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda sebagai defendan pertama dan Mkini Dotcom Sdn Bhd yang menyelenggarakan laman berita Malaysiakini sebagai defendan kedua.

Ummi Hafilda mendakwa defendan pertama dalam satu temu ramah di lobi Bangunan Parlimen telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah dan menyerangnya secara peribadi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lima remaja dijel 57 tahun sebabkan kematian

Posted: 23 May 2011 05:00 PM PDT

Lima remaja dijel 57 tahun sebabkan kematian

SHAH ALAM – Seorang bakal pengantin bukan sahaja diikat dan dipukul dengan besi malah kepalanya dihentak dengan parang hingga mati dan mayatnya ditanam berhampiran tapak projek kawasan industri di Kapar, Klang.

Kematian tragis G Nethyanathan, 29, mendapat pembelaan apabila Mahkamah Tinggi di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara 57 tahun terhadap lima remaja lelaki yang mengaku bersalah menyebabkan kematiannya, empat tahun lalu.

Hakim, Datuk Siti Mariah Ahmad menjatuhkan hukuman itu terhadap seorang pencuci kereta, 22; buruh kontrak, G Satiaraj, 24; pemasang mozek, 22; pekerja kilang, Guna, 23, dan M Sattian, 25.

Pencuci kereta, Satiaraj, Gunasegaran dan Sattian dijatuhi hukuman penjara 11 tahun, manakala pemasang mozek, dihukum penjara 13 tahun.

Kelima-lima mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan, iaitu dengan niat bersama menyebabkan kematian Nethyanathan di Taman Sungai Kapar Indah, Klang pada antara 8.30 malam, 26 April 2007 dan 1 petang, 27 April 2007.

Siti Mariah dalam penghakimannya berkata, hukuman tersebut adalah untuk memberikan pengajaran kepada semua tertuduh yang merupakan pesalah muda pada masa kejadian.

"Kesemua tertuduh mempunyai tahap pendidikan rendah, berasal dari keluarga susah dan porak-peranda.

"Tertuduh juga bekerja dari umur yang muda dan menanggung keluarga masing-masing. Mahkamah berpendapat, memberi hukuman panjang hanya akan mendatangkan masalah ekonomi kepada keluarga mereka," katanya.

Siti Mariah menasihatkan kesemua tertuduh berubah dan insaf sewaktu dalam tahanan penjara.

"Ambil peluang semasa dalam penjara untuk belajar apa pun kursus kemahiran yang disediakan kerana tanggungjawab berat menanti kamu semua selepas keluar dari penjara," katanya.

Mengikut fakta kes, kesemua tertuduh berjumpa dengan mangsa dan teman wanita, S Stacy Dias sewaktu pasangan itu menguruskan hal perkahwinan mereka di pekan Klang.

Kesemua tertuduh membawa mangsa dan kekasihnya ke kawasan tangki air di Kapar Indah dan memukul mangsa dengan besi, kayu dan tali pinggang.

Tertuduh ketiga, iaitu pemasang mozek yang ketika itu berumur 17 tahun bertindak menghentak kepala mangsa dengan parang kerana berang mangsa tidak menjawab soalan berkaitan hutang.

Dia juga mengambil kad bank mangsa dan mengeluarkan wang untuk membeli beberapa barangan.

Mayat mangsa kemudiannya ditanam berdekatan tapak projek kawasan industri di Sungai Kapar Indah, Klang sementara kekasih mangsa diugut supaya mendiamkan diri.

Laporan bedah siasat mengesahkan mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala kerana hentakan benda tumpul.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved