Selasa, 24 Mei 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Kedai video diserbu

Posted: 23 May 2011 05:00 PM PDT

Kedai video diserbu KUANTAN - Pekerja enam kedai video di sebuah pusat membeli belah di sini tergamam apabila premis mereka diserbu secara serentak 12 pegawai Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pahang, semalam.

Hasil pemeriksaan ke atas semua kedai di tingkat bawah pusat membeli belah itu mendapati pemilik premis terus berdegil menjual DVD dan VCD tanpa label cakera optik dengan berselindung di sebalik lesen perniagaan sah.

Dalam serbuan kira-kira jam 11.30 pagi itu, PPDNKK Pahang berjaya merampas 12,000 keping VCD dan DVD filem pelbagai tajuk tanpa label cakera optik yang dianggarkan bernilai RM120,000.

Pegawai Penguat kuasa PPDNKK Pahang, Anuar Zaidi Mohd Ramli berkata, serbuan itu dibuat selepas pihaknya mendapat maklumat awam berhubung kegiatan penjualan VCD dan DVD cetak rompak di premis berlesen tersebut.

Menurutnya, operasi secara mengejut itu dijalankan serentak menyebabkan pekerja premis tidak sempat menutup kedai bagi mengelak dikenakan tindakan.

"Hasil pemeriksaan ke atas keenam-enam premis terbabit mendapati peniaga terus berdegil menawarkan VCD dan DVD cetak rompak secara terbuka di rak pameran bersama bahan tulen," katanya dalam sidang media selepas serbuan itu semalam.

Anuar berkata, semua VCD dan DVD tanpa label cakera optik itu dirampas untuk tindakan lanjut manakala 15 pekerja terlibat akan dipanggil untuk membantu siasatan.

"Dalam serbuan kali ini, pihak kami turut merampas DVD cetak rompak filem terbaru termasuk filem tempatan yang hangat di tayangkan pawagam," katanya.

Beliau berkata, peniaga terlibat akan dikenakan tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 Perintah Perihal Dagangan (Label Cakera Optik) 2010 kerana membekal dan menawarkan cakera optik tanpa label.

"Jika sabit kesalahan, individu terlibat boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun," katanya.

Sementara itu, Pengarah PPDNKK Pahang, Mohd A Aruwan Abdul Aziz berkata, pihaknya sentiasa memantau kegiatan penjualan cakera optik cetak rompak sama ada di premis berlesen atau di tapak pasar.

Menurutnya, PPDNKK Pahang juga ada membuat beberapa tangkapan dan rampasan tahun ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved