Selasa, 24 Mei 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Bebas tuduhan bunuh majikan

Posted: 23 May 2011 05:00 PM PDT

Bebas tuduhan bunuh majikan ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam, melepas dan membebaskan seorang pekerja ladang ayam daripada tuduhan membunuh majikannya tahun lalu.

Mohd Nazri Harun, 25, didakwa membunuh Tan Ah Yee @ Tah Cheng Chuan, 64, di Kampung SC, mukim Hosba, Kubang Pasu, antara jam 8.30 malam hingga jam 9 malam, 20 April 2010.

Mohd Nazri didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati jika disabitkan dengan kesalahan.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Zaki Abdul Wahab sewaktu membacakan keputusan di akhir kes pendakwaan berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Menurutnya, berdasarkan laporan bedah siasat, mangsa, Ah Yee, didapati mati akibat tembakan senapang pada bahagian dada, sebelum dibakar.

"Dalam kes ini, pihak pendakwaan yang memberi keterangan berdasarkan keadaan, mesti membawa kepada satu konklusi iaitu kesalahan dilakukan tertuduh.

"Pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa tertuduh menyebabkan kematian si mati (Ah Yee), namun pihak pendakwaan tidak dapat mengesahkan siapa serta di mana si mati ditembak, dan jika ditembak di luar rumah, siapa yang membawa si mati ke dalam rumah, itu" katanya.

Mohd Zaki berkata, tiada kemungkinan mayat Ah Yee dialihkan ke dalam rumah kerana tiada keterangan yang menyokong, malah jika tertuduh yang mengalihkan mayat itu sudah tentu terdapat kesan darah pada pakaian mangsa.

"Tertuduh dilepas dan dibebaskan," katanya.

Mohd Nazri meraup wajahnya dengan tangan sambil tersenyum lega sewaktu keputusan dibacakan dan kemudian kelihatan menjamu selera bersama ahli keluarga sejurus keluar daripada kompleks mahkamah.

Berdasarkan fakta kes, mayat Ah Yee ditemui dalam keadaan rentung di dalam rumahnya di kampung terbabit, selepas kebakaran yang berlaku kira-kira jam 11 malam di rumah berkenaan berjaya dipadamkan Pasukan Bomba dan Penyelamat.

Mohd Nazri yang turut berada di tempat kejadian pada ketika itu memaklumkan bahawa mereka diserang perompak dan dia bagaimanapun pengsan selepas dipukul dan apabila tersedar, dia melihat rumah majikannya sudah terbakar.

Mohd Nazri diwakili peguam Ali Munawar Razak, manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Shuhada Mohd Yatim.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved