Selasa, 30 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Bercakap benar walau dikecam

Posted: 29 Aug 2011 05:00 PM PDT

Bercakap benar walau dikecam MODERATOR: Kadang-kadang orang awam ini mempunyai persepsi yang salah, kadang- kadang ianya dimainkan oleh media mengenai peranan ulama dan pemerintah ini. Antaranya, pembangkang memainkan isu berhubung dengan pandangan Tan Sri kepada mereka yang hadir ke upacara pengebumian salah seorang bukan Islam yang seakan- akan melakukan upacara berkenaan. Kemudian selepas itu, media memainkan satu isu iaitu isu tentang ancak membabitkan menteri besar. Apabila ditanya mengenai hal ini, Tan Sri berkata, berikan tempoh untuk melihat apa yang berlaku dulu. Sedangkan ada pihak mengatakan, apabila membabitkan pembangkang, fatwa akan terus dikeluarkan tetapi apabila membabitkan Umno, fatwa itu ditangguhkan sehingga penjelasan diberikan. Mungkin Tan Sri ada pandangan mengenai peranan ulama dalam politik.

HARUSSANI: Soal ancak saya sudah jawab sebelum ini di mana ia adalah khurafat yang boleh merosakkan akidah, tetapi persoalannya betulkah Menteri Besar buat ancak itu perkara yang tidak baik. Tetapi membabitkan bekas menteri besar itu sungguh melampau. Di dalam televisyen juga memperlihatkan beliau memakai pakaian hitam dan memegang lilin untuk upacara pengebumian. Jadi, saya mengatakan perkara ini tidak boleh kerana mengikut perbuatan agama lain.

Mengenai pelaksanaan hukum hudud, apakah peranan ulama Umno untuk memberikan penerangan kepada masyarakat.

FATHUL BARI: Dalam dakwah, ada keutamaan dan strategi yang perlu diutamakan. Pada hari ini kita mengambil remeh terhadap isu syahadah sedangkan Nabi Muhammad SAW pernah bersabda (bermaksud) perkara utama yang perlu diseru ialah syahadah.

Kesan daripada mengambil remeh isu ini memberi kesan kepada amalan itu sendiri. Kalau kita tidak berjaya menegakkan isu akidah, bagaimana kita hendak menarik kepercayaan manusia mengenai hukum- hakam yang ditetapkan syarak. Apa yang disebut Datuk Tuan Ibrahim sebelum ini, tentang bagaimana Pas dari semasa ke semasa perlu mentarbiahkan DAP yang terdiri daripada kalangan bukan Islam. Maka orang Islam sepatutnya bertarbiah kepada orang Islam itu sendiri agar adat Islam itu menjadi lebih baik. Soal bila dan bagaimana, Alhamdulillah kita diberi ruang dan dalam proses merancang. Perancangan dari semasa ke semasa sama- sama kita berdoa. Setakat ini dua tiga perkara dalam perancangan kita telah diluluskan.

Adakah Umno sama atau tidak dengan manhaj Rasulullah?

FATHUL BARI: Soal persamaan manhaj Rasulullah. Dari awal lagi kita melihat adakah sistem demokrasi kita sama dengan manhaj Rasulullah. Sistem demokrasi di negara ini dipersetujui pelbagai pihak. Walau bagaimanapun di peringkat dasar ada yang bercanggah, keberadaan kita dalam sistem ini menuntut kita memaksimumkan apa yang boleh diketengahkan dalam Islam dan meminimumkan sesuatu yang bercanggah dengan Islam. Bukan memburukkan lagi sistem yang kita ada dengan rasuah dan sebagainya.

Bagaimana dengan pakej ulul amri di dalam politik?

FATHUL BARI: Pakej asal yang menentukan untuk menjadi ulul amri ialah orang yang merdeka, bukan hamba. Bahawasanya naiknya seseorang pemimpin dari masa ke semasa yang mana perlunya kita beri pengiktirafan walaupun pemimpin tersebut tidak cukup syarat- syaratnya. Kalau dilihat kedudukan pemimpin tersebut tidak sesuai, mana jika hendak menjatuhkannya, hendaklah dijatuhkan dengan cara yang prosedur, dengan diadakan pilihan raya. Bukannya dengan cara memaki hamun, mengkritik.

Dalam persoalan isu gelar- menggelar di dalam politik khususnya bukan perkara yang baik. Di dalam al-Quran ada mengatakan janganlah kamu gelar menggelar sesama sendiri. Jika gelaran yang kamu berikan itu tidak diredai orang yang menggelar, maka termasuk dalam golongan yang tidak baik. Gelaran-gelaran seperti ini sungguh mendukacitakan apabila ia datang dari orang yang seiman, seakidah dengan kita. Apabila hendak bercakap mengenai politik, perlulah bercakap dengan penuh kerukunan.

Apa komen Tan Sri, situasi gelar-menggelar sesama sendiri sedangkan sebentar tadi Tan Sri ada mengatakan orang yang gelar-menggelar itu seperti syaitan?

HARUSSANI Syaitan kerjanya menyebabkan manusia berkelahi, membenci sesama sendiri. Jadi, gelar-menggelar ini lahirkan kebencian. Jika hendak berzikir pun ada tempat. Sepanjang hidup saya 72 tahun, saya berceramah di banyak tempat tiada pula budaya melaungkan takbir bagi sokongan kepada ucapan pemimpin. Sejak akhir- akhir ini pula ada dan dilihat mengganggu.

Force 136 bangkit semangat

Posted: 29 Aug 2011 05:00 PM PDT

Force 136 bangkit semangat

Semasa kedatangan Jepun pada 1941, saya dikerah menjadi anggota tentera Jepun dan berkhidmat kepada pemerintah Jepun 'Juntai', kemudiannya dihantar ke kem di Kuantan sebelum dipindahkan ke Port Dickson.

"Dipaksa menjadi tentera Jepun amat mendera perasaan dan setiap masa saya memikirkan cara untuk melepaskan diri daripada genggaman mereka," katanya yang berusia 17 tahun ketika Jepun menduduki Tanah Melayu.

Pada 1945, saya dibawa bertugas ke Raub dan kemudian melarikan diri daripada perhatian tentera Jepun.

Sampai sahaja di Raub pada sebelah malam, saya bersembunyi di dalam hutan dan mengambil masa sehingga 9 hari untuk berjumpa datuk saudara, Abu Jamal Pilus di Batu Malim.

Jika diukur perjalanan hari ini, hanya 30 minit sahaja dari Bandar Raub, tetapi ketika itu keadaan dalam hutan yang penuh rintangan menjadikan perjalanan terlalu lama, ditambah saat cemas mengelak daripada ditemui tentera Jepun.

Pertemuan dengan datuk saudara (Abu Jamal), membawa saya kepada Leftenan Kolonel J D Richardson yang memimpin gerila Force 136 di Pahang.

Datuk membawa saya meredah hutan bermula jam 4 pagi hingga jam 9 malam di Runsung dekat Ulu Lipis.

Bermula dari saat itu, saya diterima sebagai anggota Force 136 dengan pangkat prebet dan berkhidmat dalam hutan sebagai penjaga tempat jatuhan barang (Drop Zone) termasuk bekalan senjata dan makanan.

Saya berada di sana membantu pegawai-pegawai Force 136 selama 6 bulan sehingga ia dibubarkan pada Disember 1945.

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Harapan dari keberkatan Aidilfitri

Posted: 29 Aug 2011 05:00 PM PDT

Ketika sedang sibuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri, seharusnya kita ingat, Ramadan dan Syawal merupakan waktu terbaik untuk umat Islam seluruh dunia mengintrospeksi diri.

Sememangnya puasa itu adalah salah satu dari lima Rukun Islam, tiang agama kita. Dengan berpuasa kita bukan sahaja dapat mendekatkan diri sesama manusia, tetapi mampu menyucikan diri dari segi fizikal serta spiritual. Justeru, puasa itu bukan sahaja bermakna kita menahan lapar dan dahaga, tetapi juga mengawal nafsu manusia dari tamak haloba dan panas baran.

Malangnya, kesucian Ramadan dikeruhkan oleh serbuan Jais terhadap Gereja Methodis Damansara Utama (DUMC), dan timbulnya dakwaan terdapat kempen untuk "memurtadkan" orang Melayu Muslim terutamanya di kawasan bandar. Ironinya, masalah murtad ini bukanlah baru, perkara ini telah berlaku selama berdekad lagi sejak kes Maria Hertogh di Singapura, sebelum Merdeka, pada 1950.

Oleh itu, hangatnya kembali isu ini kala Malaysia berada di persimpangan perubahan politik, ternyata cukup ironis kerana isu ini mempunyai implikasi sosiopolitik yang jelas. Kebangkitan isu murtad ini jelas mempamerkan keresahan masyarakat Islam di Malaysia (dan tentunya Melayu?) tentang masa hadapan mereka. Ini berkait rapat dengan rasa tidak selesa masyarakat Melayu Muslim akan identiti Islam mereka dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

Kita seharusnya ingat akan suatu perkara: Islam tidak akan ke mana-mana dan kekal abadi di Malaysia. Posisi agama Islam dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan dan ini telah diterima dengan sepenuhnya oleh semua parti politik. Apa lebih penting, orang Islam sememangnya majoriti yang dominan di Malaysia dengan lebih 60 peratus dari 28 juta penduduk dan kadar kelahiran keluarga Melayu Muslim di Malaysia jauh meninggalkan keluarga-keluarga dari agama berbeza.

Oleh itu, musuh sebenar Islam di Malaysia datangnya bukan dari luar tetapi dari dalam. Musuh utama kita ialah rasa malas, rasuah dan ketidaktelusan dalam pentadbiran. Inilah yang telah menghambat pertumbuhan sosioekonomi kita dan merosakkan imej Islam yang indah. Kesimpulannya, orang Islam sendiri yang menghancurkan Islam.

Pokoknya, dari kita sibuk mempersoalkan cubaan memesongkan akidah Islamiah oleh kumpulan dakwah agama lain, kita seharusnya memikirkan bagaimana berdepan dengan cabaran globalisasi, di mana kita tidak mampu lari dari berinteraksi dan hidup bersama dengan masyarakat dari kepercayaan berbeza.

Ada di antara kita berpendapat, orang Islam seharusnya mengasingkan diri, hidup dalam dunia eksklusif ekonomi Islam yang halal dan teratur memutarkan waktu ke zaman silam di mana "kesucian" agama itu dijadikan pegangan hidup. Ini merupakan perkembangan tidak sihat. Islam dan Melayu itu tidak pernah mengasingkan diri dari berinteraksi dengan dunia luar.

Sememangnya, Islam dan Melayu itu unggul kerana mereka mampu bertukar pendapat dan idea dengan masyarakat sedunia: kita pengembara, pedagang dan ilmuwan yang disegani. Bukankah Islam itu tiba di Melaka melalui pedagang Arab? Kejatuhan Islam itu bermula apabila kita menutup hati, minda dan sempadan ke dunia luar. Lihatlah ke dunia Arab hari ini, mereka terlalu taksub dengan kekayaan wang hasil minyak dan menutup hati dan minda mereka untuk memajukan Islam.

Saya tidak mempersoalkan perlunya orang Islam bangun mempertahankan agama, kita wajib mempertahankan keluhuran dan kedaulatan agama kita, tetapi kita tidak seharusnya melakukannya dengan mengelakkan dari berinteraksi dengan bukan Muslim atau memijak hak mereka. Jika kita berbuat demikian, kita hanya akan memperkuatkan perspektif negatif bahawa Islam itu agama yang tidak toleran dan tidak berpandangan jauh.

Sebaliknya, kita harus mencari dan berjuang, seperti saudara Islam di seluruh dunia, untuk memperbaiki diri dan asas kepercayaan kita, supaya tidak perlu untuk berasa takut, bimbang dan khuatir terhadap ancaman agama lain. Keimanan kita bergantung pada ilmu dan pengalaman ditempuhi.

Sememangnya inilah jihad sebenar: melepaskan diri dari dibelenggu rasa takut dan tidak endah. Pokoknya, masyarakat Islam di Malaysia seharusnya membangkitkan kepercayaan diri dan lebih yakin dengan kekuatan iman masing-masing. Kita seharusnya bersikap rajin mencari ilmu, dan berlaku jujur serta adil kepada diri.

Sesungguhnya, musuh Islam itu adalah umatnya sendiri yang malas, takut dan lemah. Oleh itu, marilah kita menyambut hari raya ini bukan dengan ketakutan atau keresahan, tetapi dengan harapan boleh menjadi Muslimin dan Muslimat yang lebih baik.

Persediaan menghadapi pilihan raya

Posted: 29 Aug 2011 05:00 PM PDT

Ketika saya mula menulis bicara ini, TV3 menyiarkan petikan ucapan Datuk Mustapa Mohamed tentang calon UMNO untuk pilihan raya di Kelantan, dan kemudian ucapan Ruslan Kassim tentang Datin Paduka Marina Mahathir. Kedua-dua perkara ini elok dan mustahak untuk dibicarakan.

Mustapa menyatakan, Umno atau Barisan Nasional Kelantan akan mengemukakan calon-calon muda untuk pilihan raya akan datang, kerana pengundi muda tentu menghendaki wakil rakyat muda. Apakah makna muda dalam politik? Perlu pula disedari, kemudaan usia tidak begitu bererti. Parti (mana-mana parti) hendaklah memahami makna muda.

Seseorang yang berupaya menganjurkan demonstrasi, berhujah ekonomi sahaja yang menjadi perhitungan dalam pentadbiran, dan berbicara lantang dengan kritikan yang membara, adalah orang muda, biarpun usianya sudah melampaui enam puluhan. Orang yang berupaya berfikir tentang masa depan berlainan juga adalah orang muda. Orang muda dalam politik ialah yang sentiasa menghijau, dan ujiannya ialah cabaran.

Hal ini ada dalam peribahasa Inggeris: "it is only in winter you know which tree is evergreen". Oleh itu, tokoh ekonomi sedang menghadapi gelombang besar, iaitu Dominique Strauss-Kahn, adalah muda. Usianya 62 tahun. Elok juga diketahui, Kahn jauh lebih muda daripada tokoh lapangan lain, iaitu Hugh Hefner, kini berusia 85 ta­hun, dan baru saja ditinggalkan bekas tunangnya Crystal Harris. Crystal Harris berusia 25 tahun.

Pada masa ini, ketua pembangkang parlimen Malaysia berusia kira-kira 64 tahun. Pernahkah kita melihat beliau beraksi atau bergaya tua? Pidatonya berapi-api, penuh dengan semangat muda. Datuk Seri Anwar juga kelihatan amat bertahan menghadapi tuduhan dikenakan kepadanya, dan beliau berupaya tersenyum kepada penyokong yang selalu berada di sekitar mahkamah. Oleh itu, apabila Mustapa mengatakan rakyat menyukai orang muda menjadi wakil mereka, maka kemudaan hendaklah ditinjau dari sudut semangat, bukannya usia biologi.

Memang kita sedar sejumlah wakil rakyat Umno/BN, dan wakil rakyat pembangkang juga, kelihatan lemah dan terkebelakang. Mereka kelihatan goyang, tidak berupaya berpidato dengan gaya menarik, dan tidak dapat mempertahankan hujah dengan kemas dan tepat. Itu kesan umum. Mereka gagal memaparkan gaya mesra rakyat, malah sebahagiannya gagap, bukan gagap berupa penyakit, tetapi kerana kekurangan kepakaran dalam bidang yang mahu dipercakapkan. Mereka dipilih kerana kesetiaan kepada parti, dan mungkin juga kerana keupayaan bekerja sebagai pegawai. Wakil rakyat seperti ini, tidak kira berapa usia mereka, sebenarnya tidak bersedia untuk menghadapi suasana baru.

Oleh itu, apabila kita menyebut orang muda dalam politik, hendaklah melihat pada potensi untuk mendekati rakyat. Saya tidak merujuk pada suasana politik di Kelantan sahaja, tetapi seluruh negara. Saya bermaksud deretan ahli politik yang sedang memberikan khidmat kini tidak tua kerana usia. Ketuaan dalam politik ialah kelembapan.

Pertentangan antara kumpulan Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat hendaknya merupakan pertentangan antara dua kumpulan muda dari segi semangat. Yang muda usia, misalnya Khairy Jamaluddin dan Nurul Izzah Anwar, ialah lanjutan tokoh yang sedia ada dari sudut idealisme dan biologi. Mereka akan membawa Malaysia menghadapi masa depan yang jauh, diharapkan lebih gemilang. Mereka mungkin membawa cebisan cara lama, cara bapa mertua atau bapa sendiri, tetapi mereka tidak mungkin menjadi pengikut lurus bendul.

Ruslan Kassim mengemukakan, pembangkang mungkin merasakan Marina di sebelah mereka. Marina melalui kata-kata dan tindakannya menyokong tuntutan Bersih. Berkaitan dengan perjuangan orang yang berjiwa muda, hal ini adalah biasa.

Tindakan Marina hendaklah dibandingkan dengan tindakan dan pandangan oleh Datuk Saifuddin Abdullah, seorang tokoh Umno, dan pemegang jawatan penting dalam kerajaan. Pandangan berasaskan kemudaan idea tidak dapat disamakan dengan bangkangan total. Orang yang evergreen tidak akan tertakluk pada satu pola pemikiran, kerana dia tahu bahawa fikiran manusia berkotak-kotak. Seseorang mungkin tidak bersetuju dalam satu hal, tetapi mungkin dalam hal lain, dia bersetuju.

Marina melihat perjalanan politik Malaysia berpuluh-puluh tahun dari kaca mata puteri Perdana Menteri, dan beliau tidak mengkritik cara bapanya mentadbir negara. Memang baru-baru ini beliau mem­buat perbandingan (antara Najib dengan Mahathir), tetapi itu perbandingan kecil. Hal ini tidak terlalu berbeza daripada Saifuddin, menerima baik tindakan Bersih, namun tetap berada dalam Umno dan kerajaan.

Sikap ahli politik berwibawa dan sentiasa muda akan memberikan banyak faedah kepada rakyat. Rakyat tidak mengharapkan kelangsungan pentadbiran negara secara pasif. Mereka mahu mendengar bicara yang memuatkan sudut-sudut baru kehidupan politik. Ahli politik ingin sentiasa segar hendaklah memberikan perhatian terhadap aneka pandangan. Mereka tidak boleh mengasingkan diri daripada pelbagai aliran dan pemikiran politik.

Kredit: www.sinarharian.com.my
 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved