Selasa, 16 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Saman fitnah Menteri Pelancongan selesai, permohonan maaf ditetap 15 September,

Posted: 15 Aug 2011 05:00 PM PDT

Saman fitnah Menteri Pelancongan selesai, permohonan maaf ditetap 15 September

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 15 September bagi Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen hadir ke mahkamah untuk mendengar permohonan maaf secara terbuka daripada pengarah sebuah agensi pengiklanan, Austen Victor Lauw Zecha, yang didakwa memfitnah beliau.

Hakim Datuk V T Singham menetapkan tarikh itu setelah peguam Sunil Abraham yang mewakili Ng, dan peguam T.H. Liew yang mewakili Zecha, mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes itu di luar mahkamah berdasarkan terma tertentu.

Sunil berkata, antara terma yang dipersetujui ialah permohonan maaf itu perlu disiarkan akhbar Sin Chew Daily atau Nanyang Siang Pau dalam tempoh 48 jam selepas permohonan itu dibacakan di mahkamah.

Menurutnya, permohonan maaf itu juga perlu dibaca di saluran stesen radio Business FM89.9 selama seminggu selepas tempoh 48 jam itu, manakala jumlah ganti rugi perlu dibayar kepada Ng dalam tempoh seminggu selepas permohonan maaf dibacakan di mahkamah.

Dalam saman yang difailkan pada 14 April lalu, Ng mendakwa Zecha yang merupakan pengarah TBWA-ISC Malaysia Sdn Bhd dan Integrated Strategic Communications Sdn Bhd (ISC), dalam satu wawancara dengan Business FM89.9, mengeluarkan aduan palsu dan serangan terhadapnya sebagai Menteri Pelancongan.

"Wawancara dan aduan pihak defendan itu menerima liputan meluas di media cetak di Malaysia serta di internet," Ng yang juga Naib Presiden MCA dilaporkan berkata sebelum ini.

ISC, yang mengendalikan kempen "Malaysia Truly Asia", mendakwa menolak pembaharuan kontrak dengan Kementerian Pelancongan kononnya kerana ia diminta memberi rasuah bagi mendapatkan kontrak itu.
Dalam pernyataan tuntutannya, Ng selaku plaintif, mendakwa kata-kata itu merosakkan reputasi dirinya sebagai ahli politik dan menteri termasuk di kalangan pelanggan dan syarikat yang mempunyai urusan dengan Kementerian Pelancongan.

Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan serta perintah untuk menghalang defendan, ejen atau pekerja, daripada mengeluarkan fitnah terhadapnya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Saman fitnah Menteri Pelancongan selesai, permohonan maaf ditetap 15 September

Posted: 15 Aug 2011 05:00 PM PDT

Benjy didenda RM5,000 kerana miliki dadah

KUALA LUMPUR - Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy didenda RM5,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah didapati bersalah memiliki syabu seberat 0.24gm di kediamannya tahun lepas.

Majistret Hafizza Sauni membuat keputusan terhadap anak lelaki tunggal dramatis Azean Irdawaty itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan pertuduhan terhadap pelakon itu.

Benjy, 33, didakwa memiliki dadah itu di rumah bernombor A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B Persimpangan Jalan Segambut di sini, pada 4 petang ,11 Mac tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun.

Sebanyak 14 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan termasuk Benjy telah dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan berlangsung sejak tahun lalu.

Terdahulu, peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Benjy, memohon supaya mahkamah mempertimbang hukuman berbentuk bon berkelakuan baik terhadap anak guamnya memandangkan tertuduh tidak ada kesalahan lampau dan akan menjalani pembedahan esok.

Beliau turut membacakan kandungan surat yang ditulis Benjy kepada Hafizza yang antara lain menyebut Benjy menghidap asma dan akan menjalani pembedahan esok.

"Keadaan diri saya juga tidak terkawal disebabkan oleh masalah kesihatan serta bebanan kewangan untuk menyara keluarga, selain ibu yang menghidap penyakit kanser payu dara tahap keempat dan disebabkan kes ini, dia turut tertekan, " kata Benjy dalam surat yang dibacakan Amer.

Amer turut membacakan surat Azean kepada Hafizza yang memaklumkan mengenai pembedahan tersebut.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Noor Mawarni Abdul Halim memohon hukuman berat dikenakan terhadap Benjy sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

30 penduduk rugi RM550,000

Posted: 15 Aug 2011 05:00 PM PDT

30 penduduk rugi RM550,000 BATU KAWAN – Seramai 30 penduduk yang juga pemilik salun kecantikan dan suri rumah terpaksa menanggung kerugian teruk apabila mereka ditipu oleh seorang wanita yang turut mengusahakan sebuah salun kecantikan.

Kerugian yang berjumlah hampir RM550,000 itu dipercayai berlaku apabila wanita terbabit yang dikenali sebagai Shima bijak memperdayakan mereka dengan janji manis terhadap keuntungan yang diperoleh sekiranya membuat pelaburan.

Akibat percayakan janji manis itu, mereka sanggup melabur dengan jumlah yang banyak.

Bukan itu sahaja, barang kemas juga turut dijadikan taruhan apabila 'kemewahan segera' mula terbayang sekali gus menyebabkan mereka kerugian wang tunai sebanyak RM300,000 manakala barang kemas sekitar RM250,000

Seorang mangsa, Zaitun Kamaruddin berkata, dia mula mengenali Shima sejak 2009.

"Sebelum ini, pelaburan yang dilakukan dibayar Shima tepat pada masanya iaitu pulangan wang akan diperoleh setiap bulan mengikut tempoh yang ditetapkan.

"Bagaimanapun, pelaburan yang dilakukan dengan jumlah sedikit itu akhirnya menjerat diri sendiri apabila Shima berjaya memujuk saya untuk mencari pelanggan dan membuat pelaburan dengan jumlah yang banyak," katanya ketika ditemui, petang semalam.

Menurutnya, dia berjaya mencari pelanggan dan sama-sama membuat pelaburan dengan jumlah wang yang banyak.

"Namun, penantian kemewahan itu berakhir pada 26 Julai lalu apabila Shima melarikan diri. Saya tidak sangka, janji yang ditabur seminggu sebelum dia melarikan diri akhirnya musnah. Untuk mendapatkan wang kembali, rumah Shima dikunjungi tetapi ketiadaannya di rumah menghampakan kami. Bukan itu sahaja telefon bimbitnya juga dimatikan.

"Bukan itu sahaja, suaminya juga tidak tahu ke mana Shima menghilangkan diri dan keadaan menjadi tertekan apabila semua rakan-rakan menanyakan duit mereka kepada saya. Hampir saban hari saya menangis apabila ada yang meminta saya untuk bertanggungjawab terhadap duit berkenaan tetapi bagaimana saya ingin menjelaskannya kerana saya juga ditipu," katanya.

Menurutnya, laporan polis dibuat dan berharap, Shima akan sedar akan kesilapannya serta memulangkan semula wang kerana mereka bukannya golongan senang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafien Mamat mengesahkan laporan yang dibuat dan pihaknya berusaha mencari wanita terbabit.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas sebab melakukan penipuan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Fail saman RM34 juta

Posted: 15 Aug 2011 05:00 PM PDT

Fail saman RM34 juta IPOH - Mahkamah Tinggi di sini, semalam membenarkan permohonan seorang ahli perniagaan, Md Nayan Salleh untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang Jasa Kukuh Sdn Bhd menggunakan rekaan produk Sistem Penyaringan dan Pengasingan Sisa Makanan, Lemak dan Gris (Simpak) miliknya.

Pesuruhjaya Kehakiman, Choong Siew Khim membenarkan permohonan berkenaan berdasarkan produk yang didaftarkan di bawah Akta Paten 1983 selain notis yang diberikan kepada pihak Jasa Kukuh Sdn Bhd oleh plaintif.

Selain daripada itu, Md Nayan yang juga Pengarah Urusan Kitaran Potensi Sdn Bhd juga turut memfailkan writ saman bagi menuntut ganti rugi sejumlah RM34 juta daripada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Jasa Kukuh Sdn Bhd bagi tujuan sama.

Peguam, Sin Cheok Kum yang mewakili plaintif memaklumkan saman tersebut telah diserahkan kepada kedua-dua defendan minggu lalu.

Plaintif menuntut MBI mengeluarkan kesemua produk pelanggaran di kawasan Dataran MBI Terrace, Jalan Dato Ismail Shah Bodin dan hadapan MBI dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah mahkamah.

Bagi Jasa Kukuh (defendan kedua), plaintif menuntut kesemua produk yang dipasang di tempat berkenaan dikeluarkan mengikut tempoh yang sama selain memberhentikan menjual, mengedar atau memasang produk menggunakan rekaan plaintif.

Selain itu, defendan kedua juga dituntut menghantar peralatan mesin dan bahan mentah untuk membuat produk berkenaan serta termasuk barang-barangan, label-label, pengiklanan dan pembungkusan material.

Ketika perbicaraan dalam kamar, pihak defendan kedua hadir tanpa peguam memfailkan rayuan terhadap tuntutan itu dan pihak MBI turut berbuat rayuan sama Jumaat lalu. Perintah injunksi dibenarkan sehingga bicara semula pada 12 September ini.

Pada 27 Julai lalu, plaintif mendapati 17 unit Simpak ciptaannya di ciplak dan telah dipasang di gerai-gerai makanan di kawasan Dataran MBI Terrace menerusi syarikat itu.

Sementara itu, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim menyerahkan kepada pihak mahkamah untuk membuat keputusan berhubung tuntutan saman berkenaan bernilai RM17juta.

Menurutnya, tindakan yang diambil peniaga berkenaan adalah hak beliau sebagai pencipta dan pihak MBI tidak ada sebarang halangan.

"Walau bagaimanapun, setelah perkara berkenaan di bawa ke mahkamah, biar mahkamah yang tentukan dan kita jumpa di mahkamah," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Dipukul, diikat sebelum dibunuh

Posted: 15 Aug 2011 05:00 PM PDT

Dipukul, diikat sebelum dibunuh KLANG – Dipukul dengan tukul, dikejar, diikat kaki dan tangan, sebelum ditemui maut berhampiran tokong di Jalan Harper, di sini malam kelmarin.

Begitu nasib seorang pemuda, berusia lingkungan 20-an, yang dipercayai dibunuh sekumpulan lelaki yang bertindak kejam ke atasnya.

Dalam kejadian tersebut, mayat mangsa yang dipercayai warga Thailand itu ditemui orang awam dan melaporkan penemuan itu kepada polis, kira-kira jam 11.30 malam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintenden Mohamad Shukor Sulong berkata, mangsa dipercayai dipukul di tempat lain sebelum melarikan diri berikutan siasatan polis menemui titisan darah di lokasi lain.

"Mangsa dipercayai dipukul dengan objek tumpul seperti tukul dan melarikan diri ke lokasi mayatnya ditemui.

"Tidak berakhir di situ, mangsa sekali lagi dipukul serta diikat kaki dan tangan sebelum ditemui maut berlumuran darah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan bahagian belakang badan.

Mohamad Shukor berkata, pemeriksaan juga tidak menemui sebarang dokumen milik mangsa dan beliau menolak kemungkinan mangsa disamun.

"Motif kejadian masih dalam siasatan tetapi kita tidak menolak kemungkinan berlaku perselisihan faham di antara mereka," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Konstabel ditikam

Posted: 15 Aug 2011 05:00 PM PDT

Konstabel ditikam KUALA TERENGGANU – Seorang anggota polis berpangkat konstabel cedera pada bahagian rusuk kanan akibat ditikam dengan sebilah pisau ketika menangkap seorang lelaki dalam satu serbuan sempena Ops Rentap/Tapis di Kampung Jeram, Manir, Kuala Terengganu, malam kelmarin.

Anggota polis berkenaan, Konstabel Mohd Syaiful Bahari Yaacob, 22, berasal dari Kota Bharu, Kelantan mengalami pendarahan pada bahagian rusuk kanan serta kesan kelar pada lengan kanan dipercayai terkena tikaman ketika bergelut untuk menangkap suspek, dalam kejadian kira-kira jam 7.45 petang.

Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner Datuk Jamshah Mustafa berkata, mangsa bersama sekumpulan anggota daripada Unit Cegah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Terengganu telah membuat serbuan ke atas sebuah rumah di kampung Jeram, Manir selepas menerima maklumat suspek yang dikehendaki sedang berada di dalam rumah terbabit.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Dana RM1 juta Industri Kecil Sederhana kepada usahawan sempena Ramadan

Posted: 15 Aug 2011 05:00 PM PDT

Dana RM1 juta Industri Kecil Sederhana kepada usahawan sempena Ramadan

Jawatankuasa Pemilihan Dana Industri Kecil yang dipengerusikan oleh YB Dr Hj Yaakob Sapari semalam telah meluluskan seramai 87 orang usahawan yang berdaya maju layak menerima bantuan melalui Program Dana Industri Kecil.

Menurut YB Dr Yaakob Sapari, dana yang diberikan ini adalah bertujuan untuk menarik lebih ramai usahawan menceburi bidang keusahawanan.

Disamping itu, ia juga mencerminkan keprihatinan kerajaan Pakatan Rakyat dalam membantu usahawan yang bersifat berdaya saing

Dana yang berjumlah RM1 juta ini adalah bertujuan untuk membantu pengusaha industri kecil yang berdaya maju supaya dapat meningkatkan hasil jualan mereka dengan memberi mesin peralatan.

Kesemua penerima dana ini perlu menghadiri kursus yang akan dikendalikan oleh kerajaan negeri. Kursus keusahawan ini berperanan untuk meningkatkan daya kreativiti usahawan dalam perniagaan, serta memberi pendedahan tentang kaedah pengurusan kewangan secara berkesan.

Bagi penerima dana pada tahun 2011 ini, kerajaan negeri meluaskan skop kreteria bidang perniagaan antaranya ialah pakaian, makanan, salon kecantikan, bengkel pembuatan dan lain-lain.

Malah, kerajaan negeri juga sanggup menawarkan usahawan-usahawan makanan untuk membantu mereka dalam meningkatkan kualiti pembungkusan makanan.

Tegas YB Yaakob lagi, dasar kerajaan Selangor Pakatan Rakyat membimbing usahawan IKS secara konsisten merupakan usaha yang berterus dalam melahirkan lebih ramai usahawan.

Berbanding dengan kerajaan UMNO/Barisan Nasional, Dasar Ekonomi Baru (DEB) jelas merupakan satu dasar yang pincang yang hanya menguntungkan ahli UMNO dan kroni-kroni mereka sahaja.

Dipetik daripada laman Selangorku

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

SPR sedia bekerjasama dengan jawatankuasa pemilih parlimen

Posted: 15 Aug 2011 05:00 PM PDT

SPR sedia bekerjasama dengan jawatankuasa pemilih parlimen

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedia bekerjasama dengan Jawatankuasa Pemilih Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya yang cadangan penubuhannya diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata penubuhan badan itu akan menjurus kepada pengukuhan sistem demokrasi dan menjunjung kedaulatan undang-undang.

"SPR mengalu-alukan cadangan penubuhan jawatankuasa tersebut. SPR bersedia memberikan kerjasama apabila ia ditubuhkan nanti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata jawatankuasa itu akan dianggotai wakil pelbagai parti politik yang secara langsung boleh berbincang dan membuat keputusan berhubung pembaharuan terhadap sistem pilihan raya di Malaysia.

Semalam, Najib berkata kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa itu bagi menambah baik sistem pilihan raya negara agar tidak timbul syak wasangka pada masa hadapan.- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Muka melecur, nyaris buta

Posted: 15 Aug 2011 05:00 PM PDT

Muka melecur, nyaris buta

KOTA BHARU - "Ayah sakit, ayah sakit". Itulah tangisan seorang kanak-kanak yang menanggung kesakitan apabila tersedar daripada tidur ketika menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) selepas melecur di muka akibat letupan mercun bola.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, di Kampung Renek, Jerteh, Terengganu kelmarin, mangsa Al Muhammad Fakrul Aiman Al Muhammad Faizal, 8, yang juga seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Besut, Terengganu, lecur di seluruh muka serta luka di tangan kiri selepas mercun bola yang dicucuhnya sendiri itu meletup dan kini dilaporkan stabil.

Bapa mangsa, Al Muhammad Faizal Radzi, 32, berkata, kejadian disedari berlaku apabila isterinya, Yanti Narawi, 30, mendapati anak sulungnya menangis sebaik pulang ke rumahnya.

Katanya, sebaik tiba di rumah, isterinya terkejut apabila mendapati muka anaknya kehitaman dan tangan kirinya luka.

"Saya bergegas pulang selepas menerima panggilan telefon daripada isteri saya dan ketika itu saya berada di sawah yang terletak tidak jauh dari rumah saya.

"Saya difahamkan anak saya keluar dari rumah untuk bermain bersendirian kira-kira 50 meter daripada rumah saya," katanya ketika ditemui di HUSM semalam.

Katanya, sebelum kejadian, isterinya ada memberi duit RM5 untuk membeli kuih dan kemungkinan baki daripada wang tersebut digunakan untuk membeli mercun bola di sebuah kedai berdekatan.

Menurutnya, selepas melihat muka anaknya terbakar, isterinya bergegas membawanya ke klinik berdekatan sebelum dihantar ke Hospital Jertih, Terengganu, untuk mendapatkan rawatan.

Menurutnya, anaknya kemudian dirujuk ke HUSM kira-kira jam 8 malam semalam akibat kecederaan yang serius.

"Saya sentiasa mengingatkan anak-anak supaya tidak bermain mercun kerana menyedari bahayanya, tetapi kejadian yang berlaku semalam adalah di luar jangkaannya. Walaupun anak saya cedera serius di mukanya tetapi saya tetap bersyukur kerana dia masih selamat," katanya.

Felda kota janji, agih duit raya

Posted: 15 Aug 2011 05:00 PM PDT

Felda kota janji, agih duit raya MARAN - Felda hari ini mengotakan janji dalam pemberian duit raya kepada peneroka seluruh negara termasuk 341 peneroka Felda Bukit Tajau yang menerima sumbangan berjumlah RM96,000.

Pengurus Felda Bukit Tajau, Abdul Karim Abdul Rahim berkata, peneroka yang bersama Felda menerima RM400 setiap seorang manakala RM200 bagi peneroka mengusahakan ladang secara sendiri.

Menurutnya, pemberian bersempena Aidilfitri itu bertujuan meringankan beban peneroka dalam penyediaan keperluan menyambut hari lebaran sekali gus membuktikan Felda tidak menghadapi masalah kewangan.

Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib.

:Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luit, Datuk Ahmad Munawar Abdul Jalil dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Tajau, Nor Azhar Abd Latif.

Seorang peneroka, Ngah Debok, 90, berkata, duit raya yang diterima itu akan dimanfaatkan sebaik mungkin agar ia turut dinikmati bersama anak-anak dan cucu.

Menurutnya, perubahan dan kemakmuran yang dibuktikan Felda menunjukkan agensi itu memainkan peranan dalam menjaga kebajikan peneroka.

"Saya tidak bersetuju jika ada pihak mendakwa Felda sudah bankrap dan tidak mampu memperjuangkan nasib peneroka.

"Felda berjaya mengeluarkan peneroka dari kemiskinan dan terbukti pada hari ini, kebanyakan peneroka menikmati kehidupan lebih baik," katanya.

27 Pati tampil buat laporan

Posted: 15 Aug 2011 05:00 PM PDT

27 Pati tampil buat laporan

JOHOR BAHRU – Selepas menyedari ditipu, seramai 27 pendatang asing tanpa izin (Pati) yang menjadi mangsa kad kebal tampil membuat laporan kepada Jabatan Imigresen negeri di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Setia Tropika dekat sini, semalam.

Kesemua mereka yang kebanyakannya warganegara Indonesia membuat laporan tersebut selepas pendedahan mengenai kegiatan sindiket tersebut didedahkan di Sinar Harian baru-baru ini.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa Imigresen negeri, Masri Adul berkata, rata-rata Pati yang membuat kad tersebut tidak mengetahui bahawa kad tersebut tidak pernah dikeluarkan oleh mana-mana jabatan kerajaan di negara ini.

"Kita telah mengambil keterangan daripada kesemua Pati ini dan ia akan dijadikan bukti untuk mendakwa suspek di mahkamah nanti.

"Setakat ini, wanita berusia 50-an yang juga pemilik syarikat yang diserbu baru-baru ini masih ditahan bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kementerian Dalam Negeri di Setia Tropika di sini, semalam.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan penahanan seorang wanita berusia 50-an yang merupakan pemilik sebuah syarikat di Bangunan Profesional, Jalan Syed Mufti di sini Jumaat lalu.

Pemeriksaan mendapati syarikat berkenaan menjalankan proses pendaftaran pekerja asing melalui program 6P secara sah tetapi pada masa sama mengeksploitasi warga asing dengan menawarkan keahlian kad kebal dengan harga antara RM1,000 hingga RM3,000.

Pati yang memiliki kad berkenaan dikatakan kebal daripada sebarang tindakan undang-undang.

Masri berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan sindiket tersebut telah beroperasi sebelum program 6P dilaksanakan dan meminta pendatang asing yang menjadi mangsa agar tampil bagi membantu siasatan.

Sementara itu, seorang warga Indonesia, Muhammad Adi, 29, berkata, dia mengeluarkan wang sebanyak RM1,200 untuk mendapatkan Kad Bakti tersebut pada 30 Jun lalu setelah diajak oleh rakannya yang telah memiliki kad berkenaan.

"Pada mulanya saya tak syak apa-apa kerana syarikat berkenaan turut menguruskan program 6P tetapi terkejut setelah pendedahan yang dilakukan oleh media baru-baru ini," katanya.

10,000 tiket habis dalam masa lima hari

Posted: 15 Aug 2011 05:00 PM PDT

10,000 tiket habis dalam masa lima hari KUALA TERENGGANU - Lebih 15,000 tiket bas ekspres, bagi perjalanan ke Kuala Lumpur dan Utara sempena Aidilfitri ini, habis dijual dalam tempoh seminggu.

Pengurus, Syarikat Pengangkutan SP Bumi, Muda Hamid berkata, tiket perjalanan pada 24 hingga 27 Ogos, 3 dan 4 September ini, ke Kuala Lumpur serta utara tanah air habis dijual sejak 24 Julai lalu, bagaimanapun tiket bagi perjalanan pada 28 dan 29 Ogos masih boleh didapati di kaunter tiket dengan kadar segera.

Menurutnya, tahun ini, lebih 10,000 tiket perjalanan ke seluruh destinasi ditawarkan habis dijual dalam masa lima hari sejak kaunter dibuka seminggu sebelum Ramadan.

"Kita lihat pengguna sudah pandai merancang perjalanan dengan membeli tiket lebih awal, terutamanya dalam kalangan penuntut IPT.

"Namun kita menyediakan tiga hingga ke empat bas tambahan ke destinasi terpilih berdasarkan permintaan pengguna seminggu sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri," katanya kepada Sinar Harian di Hentian Bas, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di sini, semalam.

Manakala bagi Syarikat Cepat Express Sdn Bhd, sebanyak 5,000 tiket bagi perjalanan ke Alor Setar, Sungai Petani dan Pulau Pinang habis dijual sejak kaunter dibuka pada 20 Julai lalu.

Keraninya, Hartina Abdullah berkata, perjalanan pada 24 Ogos, 2 hingga 4 September sudah habis dijual dan tiada bas tambahan disediakan pada tahun ini.

"Tiket bagi 27, 28 dan 29 dijangka habis dijual dalam beberapa hari lagi, pengguna yang ingin mendapatkan tiket ke utara tanah air dinasihatkan datang segera ke kaunter kami sebelum kehabisan" katanya.

1,928,495 pekerja asing, Pati sudah didaftar

Posted: 15 Aug 2011 05:00 PM PDT

1,928,495 pekerja asing, Pati sudah didaftar

KUALA LUMPUR - Seramai 1,928,495 pekerja asing sah dan pendatang tanpa izin telah didaftarkan menerusi pejabat Imigresen dan syarikat pengurus di seluruh negara.

Timbalan Ketua Setiausaha Pendaftaran dan Imigresen, Datuk Alwi Ibrahim berkata, menerusi jumlah itu, seramai 1,031,275 adalah pendatang tanpa izin yang didaftarkan menerusi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin atau Program 6P.

"Berdasarkan pecahan, jumlah pendatang tanpa izin direkodkan di Sabah sehingga tamat pendaftarannya lima hari lepas ialah 161,548 orang manakala di Semenanjung Malaysia, seramai 869,727 orang," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, daripada jumlah itu seramai 673,127 orang berdaftar menerusi syarikat pengurus dan 196,600 orang lagi berdaftar di pejabat Imigresen.

Dalam perkembangan lain, Alwi berkata, Kementerian Dalam Negeri telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada sebuah syarikat pengurus di Johor yang dikenal pasti melanggar aku janji yang ditandatangani dengan kerajaan membabitkan pengurusan Program 6P.

"Hasil pemantauan Jabatan Imigresen Johor, syarikat itu dikenal pasti telah menyalah guna Program 6P de-ngan menawarkan kad pengampunan bernilai RM3,000 kepada setiap pendatang tanpa izin yang berdaf-tar dengan mereka.

"Dengan menggunakan kad itu, pendatang tanpa izin dijanjikan bahawa mereka akan terselamat daripada tangkapan sedangkan kerajaan telah memberi jaminan semua pendatang tanpa izin yang berdaftar dengan program ini tidak akan ditangkap sehinggalah operasi penguatkuasaan besar-besaran dijalankan sebaik tamat pendaftaran, pengampunan, pemutihan dan pemantauan yang dijangka pada pertengahan November," katanya.

Alwi berkata, syarikat pe-ngurus berkenaan diminta memberi jawapan balas dalam tempoh tiga hari sebelum kerajaan mengambil tindakan kemungkinan membatalkan sijil perakuan kebenaran operasi dikeluarkan KDN bagi program itu. - Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Skim Pak Man telo dan bahananya

Posted: 15 Aug 2011 05:00 PM PDT

Jikalau Pak Man Telo yang mengasaskan Skim Cepat Kaya masih lagi menjalankan skim tersebut tentunya dia orang yang paling gembira di Malaysia. Masakan tidak sebagai pengasas skim ini tentunya dia akan menjadi perujuk utama kepada pelbagai skim yang sedang beroperasi di Malaysia.

Pertama, kita ada Skim Perunding 1Malaysia, di mana skop tugasan hanya melibatkan persembahan kepada kerajaan tentang bagaimana hendak menunjukkan kepada rakyat bahawa negara akan bankrap. Selesai sahaja, dapatlah berpuluh-puluh juta.

Kedua, Skim Kurangkan Subsidi Rakyat, buatlah pelbagai unjuran, angka dan sedikit ugutan bahawa subsidi perlu dikurangkan, nyatakan rakyat perlu mengikat perut dalam zaman yang makmur ini. Balasannya juga maha lumayan - menjangkau jutaan ringgit. Hai, sekadar makmal sahaja sudah boleh meraih RM24 juta.

Ketiga, Skim Miliki RM75 juta, skim ini amat menarik; di mana perjanjian dibuat dengan pemaju perumahan melibatkan sebidang tanah yang kini diduduki oleh majoriti setinggan Melayu. Pindahkan saja setinggan ni ke rumah flat atau penempatan rakyat. Selepas dipindahkan, hanya perlu menunggu beberapa tahun sebelum saham dalam syarikat kerjasama dijual untuk RM75 juta. Begitulah sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh parti pemerintah, oleh sebuah negara berjaya meraih untung RM75 juta.

Keempat, Skim Cincin Berlian RM24 juta. Caranya mudah; hanya simpan duit ketika anda belum lahir lagi dan tanpa diduga, apabila anda mencecah umur 50 tahun ke atas, maka anda berpeluang untuk miliki cincin berlian yang maha bernilai itu. Apa yang paling penting ia tidak akan dikenakan cukai import dan perkhidmatan - lumayan, bukan?

Kelima, Skim Kapal Selam yang punyai masalah (kadangkala) tidak boleh menyelam. Caranya mudah - hanya cadangkan kepada kerajaan pembelian kapal selam atau apa-apa senjata untuk keperluan ketenteraan, kemudian kenakan komisen. Hanya terma, komisen jangan disebut. sebaliknya cukup sekadar menyatakan ia bayaran perkhidmatan sokongan.

Pulangannya bukan main; minimum pun sudah mencecah RM500 juta dan kalau peralatan lebih canggih, maka bolehlah kita tambah keperluan selenggaraan untuk membolehkan peralatan tu terus beroperasi. Kos selenggara mampu mencapai sampai satu bilion ringgit!

Saya boleh saja menyenaraikan pelbagai lagi skim di Malaysia; namun rasanya helaian dalam akhbar Sinar Harian tidak mencukupi kerana terdapat beribu-ribu skim, Skim Sapu 1Malaysia, Skim Curi-Curi Wang Malaysia, Skim Ambil Bangunan MRT, Skim paksa GLC Pinggirkan saman untuk selamatkan kroni, Skim Lesap Wang Zakat dan pelbagai skim cepat kaya yang berilhamkan Skim Cepat Kaya Pak Man Telo.

Skim ini berkemungkinan memastikan parti pemerintah mengekalkan kuasa dalam pilihan raya umum akan datang dengan menjadikan penduduk tetap sebagai pengundi.

Tetapi kepada rakyat yang setia kepada negara, tidak pernah lupa membayar cukai dan zakat, tidak pernah lupa membayar pelbagai lagi cukai termasuklah cukai air kumbahan, semua skim yang diperkenalkan ini dilihat sebagai Skim Memiskinkan Rakyat, Skim Melesapkan Harta Negara dan paling penting Skim Melupuskan Hak Rakyat.

Mengapa, kerana inilah sedang berlaku kepada rakyat yang sedang berhempas pulas mengikat perut kerana kenaikan harga melampau, bagaimana harga barang naik disebabkan keputusan parti pemerintah menarik balik subsidi minyak kepada industri pengangkutan yang merupakan penyebab utama kenaikan harga barang.

Bagaimana ia menggugat kehidupan rakyat apabila kenaikan harga barang ini tidak diikuti dengan kenaikan gaji, malah gaji minimum yang dijanjikan masih lagi tidak ditunaikan, walhal janji untuk mengawal harga barang hanya janji-janji kosong.

Apakah Skim NKRA, ETP dan pelbagai lagi yang di perkenalkan telah berjaya membantu rakyat, malangnya tidak ada yang dapat dibuktikan setakat ini; sedang dana negara sudah dibelanjakan, dong!

Angin sepoi-sepoi berserta alasan - itu sahaja yang diperoleh rakyat, yang terus cuba dijahilkan dengan skim-skim yang gah pada nama sahaja tetapi tiada faedah kepada rakyat yang kini berhadapan dengan tekanan maha teruk dan terpaksa pula berhadapan dengan pelbagai kesan sampingan yang diwujudkan oleh skim-skim yang diperkenalkan. Kesimpulannya: ayuh, kita hapuskan skim-skim ciptaan ini, ayuh kita hentikan skim yang menggugat kesejahteraan rakyat agar tidak dibiarkan sukses sebagai Pak Man Telo selama-lamanya!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Manado: ‘Aman tetap aman’

Posted: 15 Aug 2011 05:00 PM PDT

Setelah beberapa minggu di jalanan menjelajah Indonesia, fikiran saya sudah mula bermain helah. Pada mulanya, saya menyangka ini mungkin kerana rasa rindu pada Malaysia. Saya tiba di kota-kota ini, kadangkala buat pertama kalinya - tetapi saya merasakan seolah-olah imej-imej yang bermain di mata, telah kelihatan sebelumnya, jauh di sudut minda. Mungkin wajah itu pernah saya temui, deretan kedai itu pernah saya kunjungi, gunung-ganang dan pepohon yang membarisi jalan itu pernah saya lihat - di mana sahaja saya menoleh, saya dihantui masa silam, nostalgia yang kadangkala menimbulkan rasa sayu di hati.

Sememangnya, sebagai seorang rakyat Malaysia di Indonesia, saya kadangkala keliru, dan rasa tersepit di antara dua realiti. Antara keakraban dan rasa jauh, antara rasa ingin diterima sebagai anak tempatan, dan berasa asing di perantauan.

Perasaan sayu ini ditambah rasa marah dan kecewa membaca berita yang melaporkan akhbar dibakar, gereja diserbu, dan perjanjian "bawah-meja" dimeterai- apakah yang akan berlaku kepada tanah air tercinta ini? Isu-isu ini bermain di fikiran saya, bertukar-tukar dengan imbauan memori silam menjelajah negara jiran yang luas ini.
Walaupun begitu, setibanya saya di Lapangan Terbang Manado Sam Ratulangi, saya berasa gembira - maraton siri jelajah saya di Indonesia yang dipenuhi baju kotor menimbun, emel berselerak, jadual tidur tidak menentu dan sakit tekak - sudah hampir berakhir.

Saya tidak menjangkakan apa-apa yang istimewa tentang Utara Sulawesi. Seperti ramai rakyat Malaysia lain, saya tahu bintang filem masyhur zaman 60-an yang menjadi kegilaan kerabat diraja Melayu ketika itu, Maria Manado, berasal dari kepulauan ini. Saya juga tahu majoriti dari 2.5 juta penduduk wilayah ini beragama Kristian (Protestan, bukan Katolik) dan ia lebih hampir dengan Pulau Davao di Filipina berbanding ibu negara Indonesia, Jakarta, yang hanya tiga jam dari Manado.

Namun, setibanya di sana, saya berasakan seperti dibawa ke masa silam dan kembali ke Kota Kinabalu (KK) pada awal 1990an, meningkatkan rasa "déjà vu" saya kerana fikiran tertumpu kepada Malaysia dan isu-isu semasa.

Waktu itu, KK terasa seperti satu projek yang belum selesai, atau baru bermula. Terdapat projek penambakan besar-besaran di sekitar pantai, pelan-pelan bercita-cita tinggi untuk menarik pelancong, ratusan kenderaan pacuan empat roda (yang dipanggil Ninja), wanita kaum Dusun dengan raga besar diikat di belakang sambil mendaki bukit dan jalan baru yang menghubungkan kawasan pedalaman. Ia kotor, berdebu, liar dan penuh dengan cabaran. Pada masa sama, KK waktu itu dan juga hari ini, kota yang aman damai, di mana hubungan antara kaum berkembang sihat - mereka saling mempercayai, bukan seperti di Semenanjung.

Saya menghabiskan masa di Manado, melihat kota aman ini daripada kaca mata seorang pengembara, tertarik untuk membandingkan dua kota persisiran pantai-KK dan Manado yang kedua-duanya dipagari gunung-ganang yang teguh lagi memukau. Akan tetapi, di Manado gunungnya - berapi dan aktif.

Sememangnya, Gunung Seputan sudah kembali aktif sejak beberapa bulan kebelakangan ini- memuntahkan lava dan debu yang sudah beberapa kali menghalang pesawat untuk mendarat di Manado. Apa yang lebih memukau (seperti di KK di mana bandar raya itu berlatar-belakangkan Gunung Kinabalu yang indah), di Manado, anda boleh duduk di tepi pantai dan menghayati pemandangan indah Gunung Manado Tua dekat dengan pelabuhan kota itu.

Seperti kebiasaan, saya berbual-bual dengan pemimpin tempatan, dan salah seorang daripada mereka ialah seorang paderi, Father Nico Gara, seorang ahli majlis hubungan antara kaum di wilayah Sulawesi Utara. Perbualan dengan beliau mengingatkan saya lagi kepada Koya Kinabalu.

"Kami mempunyai rangkaian yang mantap dan boleh campur tangan untuk menenangkan provokasi di mana-mana. Kita bertindak dengan cepat dan bertanggungjawab," ujar Father Nico menerangkan peranan majlis hubungan antara kaum.
Malah, sepanjang dekad lalu sebahagian besar Timur Indonesia menderita akibat persengketaan antara agama - dari Poso, Maluku dan Ambon. Walau bagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Manado telah kekal aman. Ia merupakan rekod yang dicemburui seluruh negara dan sememangnya penduduk tempatan amat berbangga dengan pencapaian ini.

Sesungguhnya 'aman, tetap aman' berulang kali menitip bibir penduduk tempatan yang sudah sekian lama mengidamkan ketenangan, damai dan harmoni yang berkekalan...

Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved