SH |
Posted: 15 Aug 2011 05:00 PM PDT 30 penduduk rugi RM550,000
BATU KAWAN – Seramai 30 penduduk yang juga pemilik salun kecantikan dan suri rumah terpaksa menanggung kerugian teruk apabila mereka ditipu oleh seorang wanita yang turut mengusahakan sebuah salun kecantikan.
Kerugian yang berjumlah hampir RM550,000 itu dipercayai berlaku apabila wanita terbabit yang dikenali sebagai Shima bijak memperdayakan mereka dengan janji manis terhadap keuntungan yang diperoleh sekiranya membuat pelaburan. Akibat percayakan janji manis itu, mereka sanggup melabur dengan jumlah yang banyak. Bukan itu sahaja, barang kemas juga turut dijadikan taruhan apabila 'kemewahan segera' mula terbayang sekali gus menyebabkan mereka kerugian wang tunai sebanyak RM300,000 manakala barang kemas sekitar RM250,000 Seorang mangsa, Zaitun Kamaruddin berkata, dia mula mengenali Shima sejak 2009. "Sebelum ini, pelaburan yang dilakukan dibayar Shima tepat pada masanya iaitu pulangan wang akan diperoleh setiap bulan mengikut tempoh yang ditetapkan. "Bagaimanapun, pelaburan yang dilakukan dengan jumlah sedikit itu akhirnya menjerat diri sendiri apabila Shima berjaya memujuk saya untuk mencari pelanggan dan membuat pelaburan dengan jumlah yang banyak," katanya ketika ditemui, petang semalam. Menurutnya, dia berjaya mencari pelanggan dan sama-sama membuat pelaburan dengan jumlah wang yang banyak. "Namun, penantian kemewahan itu berakhir pada 26 Julai lalu apabila Shima melarikan diri. Saya tidak sangka, janji yang ditabur seminggu sebelum dia melarikan diri akhirnya musnah. Untuk mendapatkan wang kembali, rumah Shima dikunjungi tetapi ketiadaannya di rumah menghampakan kami. Bukan itu sahaja telefon bimbitnya juga dimatikan. "Bukan itu sahaja, suaminya juga tidak tahu ke mana Shima menghilangkan diri dan keadaan menjadi tertekan apabila semua rakan-rakan menanyakan duit mereka kepada saya. Hampir saban hari saya menangis apabila ada yang meminta saya untuk bertanggungjawab terhadap duit berkenaan tetapi bagaimana saya ingin menjelaskannya kerana saya juga ditipu," katanya. Menurutnya, laporan polis dibuat dan berharap, Shima akan sedar akan kesilapannya serta memulangkan semula wang kerana mereka bukannya golongan senang. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafien Mamat mengesahkan laporan yang dibuat dan pihaknya berusaha mencari wanita terbabit. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas sebab melakukan penipuan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan