Rabu, 3 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Breivik mahu pakar Jepun

Posted: 02 Aug 2011 05:00 PM PDT

Breivik mahu pakar Jepun OSLO - Suspek serangan berkembar di Norway menuntut penilaian psikologinya dijalankan oleh pakar psikiatri dari Jepun, menurut peguam lelaki itu, kelmarin.

"Anak guam saya mahukan pakar Jepun kerana percaya individu dari Jepun akan lebih memahaminya berbanding seseorang dari Eropah," menurut Geir Lippestad.

Dua pakar psikiatri Norway sebelum ini, ditugaskan menilai keadaan mental Anders Behring Breivik, 32, iaitu seorang pengganas yang mengakui melakukan serangan itu pada 22 Julai lalu.

Mereka akan membuat cadangan pada 1 November depan sama ada Breivik cukup waras untuk dibicarakan atas serangan yang membunuh 77 orang dan mencederakan puluhan lain.

Dadah RM1.46 bilion dirampas

Posted: 02 Aug 2011 05:00 PM PDT

Dadah RM1.46 bilion dirampas

LONDON - Pihak berkuasa Britain berjaya melakukan rampasan dadah terbesar dalam sejarah negara itu yang mampu memenuhi satu pertiga permintaan tahunan pengguna dadah di Britain.

Dadah jenis kokain seberat 1.2 tan dengan nilai jalanan mencecah 300 juta pound (RM1.46 bilion) itu disembunyikan di dalam sebuah kapal layar di Southampton.

Dadah dengan ketulenan 90 peratus itu, dimasukkan ke dalam ruang penyimpanan kapal layar di Venezuela sebelum dibawa ke Britain.

Enam lelaki Belanda dan Belgium turut ditahan selepas penemuan dadah itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Anak diliwat pelajar tahfiz

Posted: 02 Aug 2011 05:00 PM PDT

Anak diliwat pelajar tahfiz SUNGAI PETANI – Mengarut dan jiwa setan. Demikian luahan seorang bapa mangsa buli dan liwat terhadap pentadbiran sebuah sekolah agama di daerah Baling yang mendiamkan perbuatan terkutuk pelajarnya.

Bapa murid malang itu berkata, anak lelakinya yang berusia sembilan tahun bukan sahaja dipukul, didera dan dibelasah oleh tiga pelajar 'senior' sekolah terbabit namun turut diliwat setiap hari dalam masa sebulan lebih.

Katanya, niatnya menghantar anak ketiga daripada lima beradik itu ke sekolah agama terbabit bertujuan untuk menjadi pelajar cerdik al-Quran tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

"Saya sebak dengan kejadian yang menimpa anak saya ini kerana tindakan tiga pelajar berusia 12 tahun mendera seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dengan pelbagai cara adalah tidak masuk akal.

"Pada mulanya kami sekeluarga memang tidak menyangka anak saya dipukul walaupun difahamkan pihak sekolah terdapat kesan lebam disebabkan alahan tetapi sebaik sahaja disahkan doktor, saya mula rasa tak sedap hati," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pada 20 Jun lalu, dia mendaftarkan anaknya ke sekolah terbabit dan kesemua murid perlu melalui minggu orientasi selama 40 hari tanpa dibenarkan pulang atau berjumpa waris.

"Namun apabila tiba hari perjumpaan 30 Julai lalu, saya terkejut mendapati separuh mukanya lebam dan bengkak termasuk di bahagian tangan dan kaki selain telinga menjadi hitam, dan darah keluar melalui hidungnya membuatkan saya terus membawanya ke hospital," katanya.

Menurutnya, disebabkan kejadian itu, anaknya menjadi pendiam, lemah, mengalami muntah dan trauma sehingga ke hari ini.

"Apabila dipujuk baru diceritakan bahawa dia pernah dipukul di bahagian belakang sampai patah kerusi, diterajang, dicekik, disuruh telan tulang cencaru, dipaksa makan nasi dengan banyak dan kemudian ditampar pipi, dan paling teruk dia pernah diliwat," katanya.

Menurutnya, pihaknya telah memaklumkan perkara berkenaan kepada pengurusan asrama namun mereka disarankan agar tidak membuat laporan polis dan cuba selesaikan secara aman.

Katanya, beliau sendiri pengsan sebaik sahaja mengetahui berita itu dan menjelaskan kepercayaannya kepada sekolah berkenaan sudah tiada.

Selain beliau, seorang lagi bapa turut mendedahkan kejadian serupa juga berlaku ke atas anak lelaki kembarnya yang berusia lapan tahun. Mereka juga didera dan dipukul pelajar senior sekolah yang sama.

Kedua-dua bapa mangsa ditemui wakil Sinar Harian di rumah saudara mangsa pertama di Sungai Petani.

"Saya mula menyedari bahawa kedua-dua anak dipukul sebaik sahaja pihak pengurusan sekolah menghubungi ibu bapa bertanyakan sama ada mereka menghidap penyakit alahan selepas tiga minggu mendaftarkan mereka.

"Namun keesokan harinya, pihak sekolah ada menghubungi semula untuk memaklumkan bahawa kedua-duanya akan dibawa menjalani rawatan akibat penyakit tersebut," katanya.

Beliau berkata, dia segera ke sekolah bagi melihat sendiri penyakit alahan kerana dihubungi kali ketiga oleh pihak sekolah supaya mengambil mereka berdua akibat penyakit berlanjutan.

"Saya juga terkejut apabila doktor mengesahkan kesan lebam di mata kedua-dua anak adalah akibat dipukul," katanya yang terus membuat laporan polis selepas mengetahui kejadian berkenaan.

Menurutnya, anaknya pernah dikurung dalam almari sehingga berpeluh, dipukul dengan batang paip, ditampar di bahagian muka dan turut mengalami kesan lebam serta hidung berdarah.

Mangsa yang liwat menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani manakala pasangan kembar dirawat di Hospital Kulim. Masing-masing menjalani rawatan selama tiga hari.

Beliau berkata, sebagai ibu bapa mereka meminta pihak berkuasa membuat siasatan terperinci ke atas perkara tersebut secepat mungkin dan tindakan sewajarnya perlu dikenakan ke atas tiga murid terlibat serta pengurusan sekolah yang membiarkan perkara itu berlarutan.

"Kami juga akan membawa perkara ini ke mahkamah supaya pengadilan sewajarnya diterima pihak berkenaan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Mat Daud Mat Hassan ketika dihubungi mengesahkan perkara terbabit.

Menurutnya, tiga murid yang disyaki terlibat dalam kes berkenaan telah ditahan di bawah Seksyen 377 (a) bagi siasatan lanjut.

Bagaimanapun, usaha Sinar Harian mendapatkan reaksi pihak sekolah gagal apabila panggilan tidak berjawab.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Dua beradik nyaris rentung

Posted: 02 Aug 2011 05:00 PM PDT

Dua beradik nyaris rentung IPOH – Jeritan dari luar rumah menyelamatkan dua adik-beradik yang nyaris rentung dalam kejadian kebakaran membabitkan sebuah rumah lot di Jalan Madrasah, Rapat Setia di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, Nurasyikin Ishak, 21, dan kakaknya, Zarifah Nadia, 23, sedang tidur di bilik tidur berasingan di bahagian hadapan dan belakang rumah berkenaan.

"Saya terdengar jeritan orang dari luar rumah yang melihat asap dan api mula marak dari bilik di bahagian belakang.

"Selepas menyedari api mula marak dan asap semakin menebal, saya segera berlari ke bilik belakang untuk menyelamatkan kakak yang kurang sihat kerana mengalami demam panas.

"Nasib menyebelahi kami berdua apabila berjaya keluar dari rumah dan jiran berhampiran turut datang menghulurkan bantuan," katanya yang masih terkejut dengan kejadian itu.

Anak ketiga daripada lima adik beradik itu berkata, kakaknya pengsan dan sudah di bawa ke Hospital Pantai untuk mendapatkan rawatan.

Nurasyikin berkata, ibu serta bapa mereka, Norshimah Abdul Rahman, 51, dan Ishak Abdul Rahman, 51, sedang bekerja sewaktu kejadian berlaku dan pulang ke rumah untuk melihat keadaan rumah.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana kami berdua selamat. Mungkin kejadian ini adalah ujian daripada Tuhan sempena bulan Ramadan," katanya yang sudah tinggal di rumah itu sejak enam tahun lalu.

Sementara itu, Timbalan Penguatkuasa Bomba II Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh, P Samasuvam berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 10.27 pagi.

Tiga jentera dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh termasuk 24 anggota bergegas ke tempat kejadian bagi memadam kebakaran.

"Kami tiba di tempat kejadian pada jam 10.30 pagi dan api dapat dikawal 20 minit kemudian," katanya ketika ditemui di lokasi kebakaran, semalam.

Menurutnya, hampir 80 peratus daripada rumah berkenaan musnah dalam kebakaran itu namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Samasuvam berkata, setakat ini punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. Bagaimanapun, siasatan awal mendapati kebakaran itu berpunca daripada bilik di bahagian belakang rumah.

Remaja maut ke tempat kerja

Posted: 02 Aug 2011 05:00 PM PDT

Remaja maut ke tempat kerja IJOK - Seorang remaja maut dalam satu kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 22 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa, G Yogeswaran, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital apabila mengalami cedera parah di bahagian kepala.

Motosikal yang ditunggangi Yogeswaran, 17, dipercayai terbakar setelah bertembung dengan sebuah kereta jenis Volvo yang hilang kawalan setelah dirempuh sebuah lori dari arah belakang.

Pemangku Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah Kuala Selangor, Cif Inspektor Roslan Ismail berkata, bahagian belakang kenderaan yang dipandu KY Sivapragasam, 25, dirempuh sebuah lori menyebabkan kereta berkenaan masuk ke laluan bertentangan.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan kereta berkenaan bertembung dengan motosikal yang ditunggangi mangsa.

"Pelanggaran itu mengakibatkan kereta berkenaan terjunam masuk ke kawasan semak sejauh 30 meter, sementara motosikal mangsa terbakar," katanya kepada Sinar Harian.

Ketika kejadian, Yogeswaran yang berasal dari Kampung Jawa Selangor, Bestari Jaya dalam perjalanan ke tempat kerja dari arah Kuala Selangor ke Kuala Lumpur.

Mangsa yang mengalami kecederaan serius di kepala dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut, bagaimanapun dimaklumkan meninggal dunia kira-kira jam 9.20 pagi.

Pemandu kereta mengadu sakit di bahagian kaki sementara pemandu lori, Ong Seong Choon, 25, yang dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Kuala Selangor tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes masih disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Roslan berkata, orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil memberi keterangan untuk membantu siasatan.

"Pengguna juga dinasihatkan supaya memandu dengan berhemah menjelang musim perayaan ini untuk bersama polis mengurangkan kadar kemalangan khususnya di daerah ini," katanya.

Saksi kes ragut diminta tampil

Posted: 02 Aug 2011 05:00 PM PDT

Saksi kes ragut diminta tampil KUALA TERENGGANU - Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa menyeru orang awam yang menyaksikan kejadian ragut melibatkan dua beradik di Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu, Ahad lalu untuk tampil membantu polis.

Katanya, kerjasama orang awam yang melihat kejadian itu amat perlu memandangkan sehingga hari ini, pihaknya masih belum terima sebarang petunjuk yang boleh membantu siasatan untuk menangkap penjenayah.

"Sehingga kini, masih belum ada saksi berani tampil memberi maklumat. Namun, kami yakin pasti ada saksi semasa kejadian memandangkan lokasi kejadian terletak di kawasan yang agak sibuk dengan laluan orang ramai.

"Jika saksi kejadian ini mengambil sikap berdiam diri, ini satu keputusan yang amat dikesali kerana kita hidup bermasyarakat perlu, prihatin satu sama lain," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat dua beradik itu di wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), semalam.

Menurutnya, daripada maklumat awal mangsa, mereka diragut oleh dua remaja lelaki yang menunggang motosikal tanpa nombor pendaftaran.

"Daripada maklumat itu, kami yakin penjenayah terbabit merupakan antara penjenayah yang berpengalaman dan ini bukanlah kegiatan pertama mereka," katanya.

Menurutnya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana menyamun.

Sinar Harian keluaran Isnin lalu menyiarkan tindakan nekad dua beradik mengejar peragut yang melarikan beg tangan mereka membawa padah apabila motosikal ditunggangi bertembung dengan sebuah lagi motosikal dari arah bertentangan di Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu, kira-kira jam 8.30 pagi.

Dalam kejadian itu, Maleha Malik, 25, hampir putus tangan kanan dan luka pada bahagian badan manakala adiknya, Maizatul Akmal Malik, 22, dilaporkan koma sementara seorang penunggang motosikal lain berumur 30-an turut mengalami kecederaan parah dan dirawat di hospital sama.

Bagaimanapun, semalam, ketiga-tiga mereka dilaporkan stabil.

Dalam perkembangan lain, Jamshah berkata, sempena Ramadan, pihaknya mengambil inisiatif menambah anggota kawalan bagi memastikan keselamatan orang awam lebih terjamin terutama di lokasi yang menjadi tumpuan seperti Bazar Ramadan dan pasar raya.

"Kami mengurangkan anggota di pejabat dan mengerahkan mereka membuat kawalan di luar termasuklah rondaan pejalan kaki, rondaan bermotosikal, rondaan kereta peronda (MPV) serta terlibat dengan Ops Payung yang dilancarkan sebelum ini," katanya.

Sanggup jahanam kereta

Posted: 02 Aug 2011 05:00 PM PDT

Sanggup jahanam kereta KUANTAN - Seorang lelaki disyaki pengedar dadah bersama isterinya sanggup menjahanamkan kereta mewah yang dinaiki apabila bertindak merempuh dua kenderaan polis yang cuba menghalang mereka daripada melepaskan diri daripada pemeriksaan di Plaza Tol Jabor, Kemaman, Terengganu, petang kelmarin.

Polis terpaksa bertindak memecahkan cermin tingkap sebelah pemandu bagi menghalang tindakan agresif lelaki itu apabila dia cuba merempuh semua kenderaan polis yang membuat halangan.

Cubaan suspek melepaskan diri gagal apabila dia berjaya ditahan dan hasil pemeriksaan ke atas lelaki itu, polis menjumpai dua keratan straw berisi dadah Heroin, sebiji pil WY dan wang tunai RM207 dalam dompetnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Superintendan Yap Toon Khuan berkata, hasil pemeriksaan ke atas kereta dinaiki suspek, polis turut menemui 237 gram heroin di tempat duduk penumpang belakang.

Menurutnya, turut dijumpai dan dirampas wang tunai RM1,400, empat telefon bimbit dan sebuah kereta jenis BMW yang dianggarkan bernilai RM40,000.

"Polis percaya dadah yang dibawa masuk dari ibu kota itu bernilai RM7,000 dan nilai runcitnya mencecah hingga RM21,000," katanya dalam satu sidang media di sini semalam.

Beliau berkata, suspek berusia 33 tahun berasal dari Bachok, Kelantan itu didapati positif Opiate dan memiliki dua rekod kesalahan lampau manakala isterinya berusia 27 tahun dari Marang, Terengganu positif Methamphetamine.

"Kedua-dua mereka kini ditahan reman selama seminggu di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, seorang pemandu kereta menggigil ketakutan apabila kereta yang dinaikinya bersama seorang wanita ditahan poli semasa penugasan Ops Tapis Bersepadu dalam satu sekatan jalan di Kilometer 23, Jalan Jerangau-Jabor dekat sini, petang kelmarin.

Toon Khuan berkata, hasil pemeriksaan ke atas pemandu berusia 40 tahun dan wanita berusia 37 tahun itu, polis menemui serbuk dan ketulan berwarna kehijauan disyaki Heroin seberat 453 yang dibungkus menggunakan kertas surat khabar sebelum diisi dalam sebuah beg.

"Polis percaya dadah itu dibawa dari negara jiran dan nilainya RM12,000 manakala harga runcitnya mencapai RM36,000.

"Dalam kes ini polis turut merampas wang tunai RM2,110, tiga telefon bimbit dan sebuah kereta jenis Ford Laser bernilai kira-kira RM12,000 untuk siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek kini ditahan di IPD Kuantan untuk siasatan lanjut dan disiasat di bawah Seksyen 39B ADB 1952.

Toon Khuan berkata, dua pasangan suami isteri itu antara enam individu yang ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di seluruh negeri ini dalam tempoh 29 Julai hingga 1 Ogos lalu.

"Berikutan tertangkapnya semua suspek itu, polis merampas pelbagai jenis dadah dengan beratnya lebih 753 gram dan dianggarkan bernilai RM23,500 manakala harga runcitnya hampir RM70,000," katanya.

Dalam salah satu kejadian itu, seorang pengedar dadah cedera di bahagian muka, bahu, dada dan jari akibat bergelut dengan polis ketika cuba melarikan diri daripada Ops Tapis Bersepadu di Kampung Ria Semantan, Cheroh Raub.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas lelaki itu polis menemui tujuh peket plastik dadah Heroin seberat 18.7 gram dan lima keratan straw berisi dadah sama dianggarkan nilai runcitnya mencecah RM4,050.

"Kita juga turut menahan seorang penunggang dan merampas 18 peket plastik lut sinar disyaki Heroin seberat 44.30 gram yang cuba dicampak bagi mengelak pemeriksaan polis ketika melalui Jalau Krau ke Felda Mempaga 3 , Karak.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Lebuhraya Latar bebas tol sebulan

Posted: 02 Aug 2011 05:00 PM PDT

Lebuhraya Latar bebas tol sebulan Pengguna jalan raya ada masa sebulan untuk menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) tanpa tol, yang berakhir pada 31 Ogos ini.

Lebuh raya itu diuruskan Kuala Lumpur Selangor Expressways Bhd (KLSEB).

Ketua Pegawai Eksekutif KLSEB, Amran Amir berkata, pengguna yang tinggal berdekatan lebuh raya seharusnya mengambil kesempatan ini untuk menikmati berbuka puasa dengan keluarga serta merancang lebih awal untuk perjalanan cuti balik kampung menggunakan lebug raya berkenaan.

"Bagi menambah semangat Ramadan, syarikat juga memberikan kurma dan air mineral kepada pengguna antara jam 6 dan 7 petang setiap hari," katanya dalam satu kenyataan.

Lebuh raya sepanjang 33 kilometer itu dibina membabitkan kos RM958 juta bagi menghubungkan Kuala Selangor; Assam Jawa; Ijok; Bestari Jaya; Kota Puteri; Puncak Alam; Shah Alam; Bukit Jelutong; Sungai Buloh; Kundang; Rawang; Petaling Jaya; dan Kuala Lumpur.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Ejen insurans bantu pengguna

Posted: 02 Aug 2011 05:00 PM PDT

Ejen insurans bantu pengguna Penanggung insurans dan pengendali takaful perlu menasihati pengguna mengenai nilai pasaran yang bersesuaian bagi kenderaan bermotor apabila membeli perlindungan insurans motor komprehensif untuk kereta persendirian.

Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, langkah baru itu bertujuan menangani isu insurans berlebihan atau terkurang bagi kenderaan bermotor, yang akan menyebabkan pengguna membayar premium lebih tinggi daripada diperlukan atau menerima pampasan lebih rendah apabila membuat tuntutan terhadap polisi insurans.

"Berkuat kuasa 1 Ogos 2011, penanggung insurans serta pengendali takaful dan ejen mereka dikehendaki menasihati pengguna mengenai perkara berikut sebelum membeli atau memperbaharui insurans motor mengikut nilai pasaran semasa kereta; pentingnya menginsuranskan kenderaan pada nilai pasaran yang bersesuaian; dan kesan daripada insurans berlebihan atau insurans terkurang apabila tuntutan dibuat," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut BNM, nasihat kepada pengguna mengenai nilai pasaran semasa perlu berdasarkan Sistem ISM Automobile Business Intelligence (sistem ISM-ABI) atau mana-mana pangkalan data penilaian kenderaan lain yang boleh dipercayai.

"Nilai pasaran semasa kenderaan itu akan ditunjukkan dalam notis pembaharuan atau helaian penzahiran produk yang dikeluarkan kepada pengguna," katanya.

BNM berkata, bagi memastikan nilai pasaran kenderaan pada ketika insurans diambil, konsisten dengan nilai pasaran kenderaan itu ketika tuntutan dibuat kemudiannya, penanggung insurans dikehendaki merujuk kepada pangkalan data yang sama untuk menentukan nilai pasaran kenderaan.

Pangkalan data itu merangkumi sebahagian besar kenderaan milik persendirian bagaimanapun, ia tidak merangkumi kenderaan perdagangan dan motosikal.

Menurut BNM, langkah itu menyumbang penentuan nilai pasaran kenderaan motor yang lebih objektif bagi tujuan pembelian insurans motor dan penyelesaian tuntutan.

"Ia melengkapi langkah sedia ada yang menggalakkan layanan adil terhadap pengguna, termasuk keperluan untuk penanggung insurans dan ejen mereka menjelaskan kepada pengguna tentang ciri utama sesuatu polisi motor seperti jenis perlindungan, skop perlindungan dan pengecualian, hak dan obligasi kontraktual pengguna serta prosedur tuntutan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Polis buru isteri mangsa

Posted: 02 Aug 2011 05:00 PM PDT

Polis buru isteri mangsa KOTA BHARU - Polis Kelantan kini memburu seorang wanita untuk membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat suaminya yang berusia 56 tahun selepas dipercayai dibunuh dan disumbat di dalam bonet kereta di Cabang Empat Salam, Rantau Panjang akhir Mac lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng, berkata, wanita yang dikenali sebagai Low Eng Kim, 44, berasal dari Apartment Desa Sri Maju, Pudu Pantai Cahaya Bulan dekat sini diminta tampil segera untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika disabit kesalahan boleh dihukum sampai mati.

Sehubungan itu, Yong Heng meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi segera balai polis berdekatan atau menerusi talian 09-7450999.

Sebelum ini, beliau berkata, polis sudah mengambil keterangan beberapa saksi selepas mayat ditemui untuk membantu pihaknya menjalankan siasatan.

Pada Mac lalu, mangsa yang juga ahli perniagaan ditemui mati dan disumbat di dalam bonet kenderaan sebelum dijumpai oleh orang awam kebetulan melalui kawasan berkenaan.

Polis menerima laporan daripada seorang penjual air tebu memaklumkan mengenai penemuan sebuah kenderaan jenis Toyota Vios berwarna hitam yang berada dalam keadaan mencurigakan dan tidak berkunci di kawasan itu.

Hasil pemeriksaan pihak polis yang tiba di kawasan itu kira-kira jam 10 malam membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki.

Tragedi 1 Ramadan

Posted: 02 Aug 2011 05:00 PM PDT

Tragedi 1 Ramadan LEDANG – Seorang pemuda maut apabila kereta yang dipandunya terbabas lalu melanggar tiang elektrik selepas terbabit dalam kemalangan ngeri di KM 4 Jalan Muar-Segamat berhampiran Parit Bunga di sini, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 malam itu, mangsa yang yang menaiki kereta jenis Proton Wira dipercayai dalam perjalanan daripada pintasan jambatan kedua Muar bersama seorang lagi penumpang.

Ketika di tempat kejadian, kereta mangsa dikatakan cuba mengelakkan daripada bertembung dengan kereta Perodua MyVi yang keluar daripada simpang dari arah bertentangan.

Akibatnya, kenderaan mangsa hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam parit berhampiran dan pada masa yang sama turut merempuh tiang elektrik.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu Perodua Myvi mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Tangkak.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tangkak untuk dibedah siasat.

:"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Dawama bakal berdepan tindakan tegas: Subramaniam

Posted: 02 Aug 2011 05:00 PM PDT

Dawama bakal berdepan tindakan tegas: Subramaniam TAMPIN – Dawama Sdn Bhd dan Cityliner bakal berdepan tindakan tegas sekiranya tindakan syarikat berkenaan memberi cuti tanpa gaji dan memberhentikan pekerja terbukti bertentangan dengan peruntukan undang-undang.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam berkata, beliau telah mengarahkan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTK) untuk menyiasat isu itu kerana ia berkait rapat dengan hak pekerja dan termaktub dalam perundangan.

Menurutnya, pihak kementerian sememangnya ada menerima permohonan dan cadangan daripada pihak majikan yang berdepan masalah seumpama itu namun tidak memberikan sebarang persetujuan kerana tidak selaras dengan dasar kementerian.

"Kami akan siasat perkara ini sebaik mungkin dan sekiranya kedua-dua syarikat terbabit didapati meminggirkan hak pekerja dengan melaksanakan tindakan berkenaan, mereka tidak akan terlepas daripada undang-undang.

"Bagi kes syarikat Cityliner, pemandu bas mereka bukanlah 'salesman' dan tindakan membuang pekerja mereka (pemandu bas) kerana tidak menepati sasaran kutipan sehari adalah tidak wajar," katanya sempena lawatan kerjanya ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Regent, Gemencheh, dekat sini, semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pegawai imigresen bebas ISA

Posted: 02 Aug 2011 05:00 PM PDT

Pegawai imigresen bebas ISA KAMUNTING – Tiga daripada lapan bekas pegawai Jabatan Imigresen dibebaskan semalam, selepas ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Oktober tahun lalu manakala lima lagi Jumaat ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kelmarin mengumumkan bahawa kementerian akan membebaskan lapan pegawai Jabatan Imigresen yang ditahan mengikut ISA secara berperingkat mulai semalam.

Beliau dilaporkan berkata, pembebasan itu dilakukan selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendapati mereka memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis, menunjukkan kesedaran dan keinsafan atas kesilapan yang dilakukan serta berjanji tidak akan mengulanginya.

Sementara itu, salah seorang tahanan tidak dapat menahan sebak dan menangis selepas dibebaskan daripada hukuman ISA semalam.

Menurutnya, hukuman ISA bukanlah satu perkara yang kejam sepertimana yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.

Beliau menyifatkan ISA adalah satu bentuk pencegahan dan bukannya berbentuk hukuman kerana pengisian sepanjang berada di tempat tahanan itu mengajar tahanan supaya menyedari kesalahan yang mereka lakukan.

"Saya tidak menafikan mempunyai perasaan takut kerana pernah terbaca dalam blog bagaimana tahanan diseksa seperti diberi makanan seperti anjing namun ia adalah sebaliknya.

"Layanan yang diberikan sangat baik malahan tempat tidur yang disediakan cukup selesa. Kakitangan di sini juga sangat baik," katanya ketika ditemui di Tempat Tahanan Perlindungan Taiping, di sini, semalam.

Beliau berkata pelbagai aktiviti yang berfaedah dan menginsafkan dirinya diikuti sepanjang tinggal di pusat tahanan itu.

"Selepas menghadapi dugaan ini, saya berjanji peluang pembebasan ini akan digunakan sepenuhnya untuk menjadi insan yang baik," katanya.

Seorang lagi tahanan yang juga bekas pegawai Jabatan Imigresen berusia lingkungan 30-an itu bersyukur dan berterima kasih kepada Hishammuddin dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam di atas keprihatinan mereka membebaskannya serta tujuh lagi rakan lain.

"Penahanan ini betul-betul memberi iktibar kepada kami dan saya sendiri sudah insaf dan sedar dengan kesalahan dilakukan dan berjanji tidak akan mengulanginya," katanya yang mahu membina hidup baru bersama keluarga tercinta.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Kita jadi budak di bulan Ramadan

Posted: 02 Aug 2011 05:00 PM PDT

Apabila bulan puasa menjelang, kita jadi nostalgik. Teringatkan, emaklah orang yang paling berpengaruh membina keinginan kita untuk berpuasa. Pendekatan pertama yang biasa emak gunakan ialah dengan meminggirkan kita ketika waktu berbuka. Tatkala ahli keluarga yang lain enak menjamah hidangan, emak suruh kita 'main jauh-jauh' kerana kita tidak layak untuk makan bersama mereka kerana tidak berpuasa.

Situasi ini membuatkan kita berasa diketepikan. Perasaan ingin berpuasa mula datang membuak-buak. Tentu sekali emak akan gembira bila kita suarakan hasrat hendak berpuasa. Kata emak, 'Berpuasa sekerat hari pun tak apa.' Maka keesokannya, kita mulalah bangun bersahur meskipun makan dengan mata yang terpejam.

Pada siang harinya, kitalah yang bangun paling lewat kerana kelesuan. Tetapi emak akan menggalakkan kita terus berpuasa bila melihat kita melepek di lantai simen kerana ingin menyegarkan badan. Kata emak, 'Lepas pukul 12.00, bolehlah berbuka.' Dengan wajah yang pucat dan monyok, kita mengangguk lesu. Bila terasa haus, kita ke bilik mandi untuk basuh muka dan menjaram kepala. Mungkin dalam diam-diam kita berpura-pura tertelan seteguk dua air menghilangkan dahaga! Tepat jam 12, mulalah kita mengendeng di dapur. Dan, emak pun menghidangkan sepinggan nasi.

Tetapi menjelang waktu berbuka, sekali lagi kita dipinggirkan dan tidak dapat merasa juadah hidangan keluarga kerana berpuasa sekerat hari. Bermula dari situ, kita mula memasang niat hendak berpuasa penuh. Tentu sekali emak gembira kerana anak kecilnya sudah hendak jadi seperti orang dewasa. Keesokannya, meskipun hendak berpuasa macam Abang Long, kitalah anak paling kuyu mata, paling suka melepek, paling kuat merengek kerana kebulur dan paling kerap melangut ke jam dinding menghitung waktu.

Di sepanjang hari, pelbagai alasan seperti lapar, pening kepala dan haus, dikhabarkan pada emak. Namun emak buat-buat tak dengar keluhan kita, kerana inginkan anaknya berpuasa penuh. Setibanya waktu berbuka, kitalah orang paling awal duduk menghadap juadah dan kitalah menjadi perhatian keluarga. Emak dan ayah akan penuhkan pinggan kita dengan segala juadah kerana bangga akhirnya kita sudah berjaya berpuasa penuh.

Mulalah emak berjanji hendak bagi ganjaran kalau kita dapat meneruskan ibadah puasa. Dia berjanji akan menghidangkan masakan kita paling suka. Cakaplah apa sahaja, emak akan sediakan.

Begitulah latihan berpuasa yang kita lalui. Malangnya, penekanan yang selalu dititikberatkan adalah menahan diri daripada makan dan minum. Oleh kerana kita telah dilatih sebegitu, tanpa kita sedari, makanan menjadi agenda utama bulan puasa. Kita sudah terbawa-bawa perangai budak hingga ke dewasa. Kita membeli lebih makanan daripada biasa. Kita minum pelbagai jenis air di bulan ini. Lihatlah sesaknya bazar-bazar Ramadan yang dibuka di bandar-bandar kecil dan besar di seluruh negara. Kesemuanya untuk memenuhi nafsu makan kita.

Bila lagi kita hendak berpuasa dalam erti kata yang sepatutnya? Mengapa kita terbawa-bawa perangai kanak-kanak kita setiap kali tibanya bulan puasa? Biarlah sekurang-kurangnya kekerapan kita membeli makanan di luar adalah sama seperti hari-hari biasa. Kalau dahulu kita asyik mengembangkan hidung dan menjenguk ke dapur menghidu aroma masakan emak, setelah dewasa, kita asyik melayari Internet pula untuk melihat juadah apa yang diingini buat berbuka. Bukankah apabila kita berpuasa sunat pada Isnin dan Khamis, nafsu kita boleh dikontrol dan tidak meliar apabila melihat makanan?

Apakan daya, pengetahuan kebanyakan emak tentang puasa biasanya berbentuk ritual. Dia melayan nafsu makan kita sebagai anak kecil. Penekanan menahan nafsu mata, telinga dan lidah jarang sekali ditarbiahkan kepada kita. Begitu juga, dia tidak sampaikan kepada kita peri pentingnya memperbanyakkan ibadah.

Benar. Kita memperdalami sendiri erti puasa melalui ceramah, kuliah dan pembacaan. Ilmu puasa kita kini lebih lengkap, lebih dewasa. Tetapi bila tiba bab makan, kita kalah bila jadi budak-budak kembali. Kita gagal dalam menangani cabaran fizikal berpuasa. (Maaf cakap, belum termasuk cabaran spiritual lagi). Mengapa begitu? Justeru itu, mengapa tidak kita memperbetul minda khususnya hal makan minum di bulan Ramadan.

Buat permulaan, ramai yang belum mencuba keenakan berbuka secara Rasulullah. "Adalah Rasulullah SAW berbuka dengan kurma basah (ruthab), jika tidak ada ruthab maka berbuka dengan kurma kering (tamr), jika tidak ada tamar maka minum dengan satu tegukan air." (Anas bin Malik r.a)

Cara ini simple, mengenyangkan dan tentu sekali tidak memberatkan perut hingga mengantuk tatkala bersolat terawih. Mari kita tinggalkan nostalgia makan minum di zaman kanak-kanak itu. Ia hanya sesuai untuk budak-budak.

Layari http://www.maafcakap.blogspot.com untuk membaca artikel sebelum ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

NUR Alert: Pengamal media baru

Posted: 02 Aug 2011 05:00 PM PDT

Pohon kebenaran pembaca budiman untuk berkongsi informasi minggu ini, bukan pendapat seperti selalu. Maklumlah, minda pada hari-hari pengulu Ramadan ini kurang tangkas kerana tidak dimangkinkan kafeina seperti biasa.

Sabtu lepas, saya telah menghadiri sesi media bersama bloggers anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KWKM) di Hotel Le M̩ridien. Titik fokal sembang kami petang itu berkisar tentang pelancaran Nur (National Urgent Response) Alert. Sedikit latar belakang mengenai Nur Alert. Sistem ini asalnya suatu inisiatif yang diketengahkan oleh nama-nama gargantuan dunia blog tanah air Р3540 Jalan Sudin, Princess Journal, Tembam's Weblog dan Rocky's Bru Рsetelah mayat adik Nurin Jazlin Jazimin didapati terperosok dalam sebuah beg di Petaling Jaya. Mayat Nurin dijumpai setelah hampir sebulan arwah dilaporkan hilang dari kawasan perumahannya di Wangsa Maju, pada 20 Ogos 2007.

Nur Alert diadaptasi dari sistem Amber Alert (America's Missing:Broadcast Emergency Response) di Amerika Syarikat yang dilancarkan setelah kehilangan dan kematian adik Amber Hagerman di Arlington, Texas, pada 1996.

Secara asasnya, Nur Alert ini adalah sistem amaran awal yang bakal digegarkan apabila mana-mana kanak-kanak di bawah 12 tahun dilaporkan hilang. Informasi mengenai kehilangan akan dicanangkan ke seluruh pelosok dunia menggunakan khidmat, antara lainnya: bloggers, kawalan di pintu keluar masuk negara, komuniti setempat, penyedia khidmat telekomunikasi, media cetak dan eletronik, syarikat pengangkutan, institusi perbankan, lembaga lebuh raya, pusat membeli-belah dan hotel. Sistem ini juga akan disokong dengan kerjasama pihak polis yang mempunyai lebih pengetahuan dan selok belok teknikal dalam kes penculikan kanak-kanak.

Jika diizinkan, saya ada cadangan agar KWKM dapat meningkatkan lagi keberkesanan sistem Nur Alert. Nama-nama yang dicanang di perenggan atas semuanya bagus, mereka mampu menyebarkan maklumat kehilangan dengan cepat. Tetapi KWKM perlu mengambil kira ketangkasan sistem laman micro-blogging seperti Twitter dan laman media sosial paling popular, Facebook.

Blog posting secara umumnya mampu memberi maklumat secara terperinci berkenaan dengan kes kehilangan kanak-kanak, tetapi setakat mana maklumat itu boleh disebarkan masih bergantung kepada populariti sesebuah laman blog tersebut. Namun sekiranya berita dihebahkan di laman micro blogging secara padat – disebabkan oleh limitasi setakat 140 aksara sahaja – dan ditambah pula dengan fungsi kicau-semula boleh meningkatkan keberkesanan Nur Alert. Maklumat tersebar dengan ringkas, padat dan cepat.

Manakala, KWKM juga mungkin boleh mengenal pasti pengguna laman web sosial Facebook yang mempunyai bilangan kawan dan ahli keluarga melampaui ribuan orang. Kelebihan Facebook, jelas bergantung kepada populariti laman web tersebut dan kecenderungan rakyat Malaysia dewasa ini, yang rata-rata menggunakan medium internet untuk berkomunikasi. Lagipun maklumat yang disebarkan oleh kawan atau ahli keluarga mempunyai kelebihan dari segi tahap kepercayaan lebih tinggi.

Tidak, saya tidak memperkecilkan peranan blogger dalam Nur Alert, cuma sekadar memberi cadangan agar sistem ini dapat mencapai objektif penubuhan dengan lebih berkesan. Media internet, tidah syak lagi, adalah medium terpantas apabila kita bercakap mengenai penyebaran maklumat.

Berbalik kepada tragedi yang menimpa adik Nurin, reaksi spontan seluruh negara ketika itu marah dan mengecam hebat jenayah terkutuk yang dilakukan.

Malangnya, idea yang dilahirkan oleh bloggers untuk mengekang jenayah penculikan ini mengambil masa hampir tiga tahun untuk diluluskan oleh kabinet. Maaf cakap, pada saya, tiga tahun itu suatu jangka masa yang lama untuk melaksanakan sesuatu yang memerlukan tindakan segera seperti Nur Alert.

Tidak lama setelah kes Nurin, adik Sharlinie pula dilaporkan hilang dari taman perumahan di Taman Medan, Petaling Jaya dalam bulan Januari 2008. Elemen Nur Alert telah digunakan dalam kes ini walaupun secara minimum sahaja. Sungguh ironis sekali kerana ketangkasan dunia maya masih tidak mampu membantu kita. Sehingga ke hari ini, Sharlinie masih belum dijumpai.

Apa yang masih terngiang di telinga saya sehingga ke hari ini adalah angka statistik tegar kehilangan kanak-kanak, di mana dari 2009 sehingga Jun 2011, seramai 139 kanak-kanak telah dilaporkan hilang. Tiada ruang di hati rasanya untuk melepaskan Luqman bebas bermain di luar rumah seperti masa saya sedang membesar dahulu.

Sekiranya anda mempunyai apa-apa maklumat atau kecemasan berkenaan dengan kehilangan kanak-kanak, kebajikan, bayi terbuang, masalah sosial remaja, penderaan atau kaunseling, sila ingat nombor ini: 15999.

Tetapi mungkin KWKM dapat berbuat sesuatu dengan talian ini, kerana percubaan saya memanggil semalam hanya dijawab setelah 6 minit berlalu. Sekiranya berada dalam kegetiran, 6 minit itu sangat lama.

Bersama, kita mampu mengubah statistik yang mengerikan ini.

* Elviza Michele Kamal juga seorang peguam yang berkicau di http://twitter.com/elviza

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved