Rabu, 3 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Kita jadi budak di bulan Ramadan

Posted: 02 Aug 2011 05:00 PM PDT

Apabila bulan puasa menjelang, kita jadi nostalgik. Teringatkan, emaklah orang yang paling berpengaruh membina keinginan kita untuk berpuasa. Pendekatan pertama yang biasa emak gunakan ialah dengan meminggirkan kita ketika waktu berbuka. Tatkala ahli keluarga yang lain enak menjamah hidangan, emak suruh kita 'main jauh-jauh' kerana kita tidak layak untuk makan bersama mereka kerana tidak berpuasa.

Situasi ini membuatkan kita berasa diketepikan. Perasaan ingin berpuasa mula datang membuak-buak. Tentu sekali emak akan gembira bila kita suarakan hasrat hendak berpuasa. Kata emak, 'Berpuasa sekerat hari pun tak apa.' Maka keesokannya, kita mulalah bangun bersahur meskipun makan dengan mata yang terpejam.

Pada siang harinya, kitalah yang bangun paling lewat kerana kelesuan. Tetapi emak akan menggalakkan kita terus berpuasa bila melihat kita melepek di lantai simen kerana ingin menyegarkan badan. Kata emak, 'Lepas pukul 12.00, bolehlah berbuka.' Dengan wajah yang pucat dan monyok, kita mengangguk lesu. Bila terasa haus, kita ke bilik mandi untuk basuh muka dan menjaram kepala. Mungkin dalam diam-diam kita berpura-pura tertelan seteguk dua air menghilangkan dahaga! Tepat jam 12, mulalah kita mengendeng di dapur. Dan, emak pun menghidangkan sepinggan nasi.

Tetapi menjelang waktu berbuka, sekali lagi kita dipinggirkan dan tidak dapat merasa juadah hidangan keluarga kerana berpuasa sekerat hari. Bermula dari situ, kita mula memasang niat hendak berpuasa penuh. Tentu sekali emak gembira kerana anak kecilnya sudah hendak jadi seperti orang dewasa. Keesokannya, meskipun hendak berpuasa macam Abang Long, kitalah anak paling kuyu mata, paling suka melepek, paling kuat merengek kerana kebulur dan paling kerap melangut ke jam dinding menghitung waktu.

Di sepanjang hari, pelbagai alasan seperti lapar, pening kepala dan haus, dikhabarkan pada emak. Namun emak buat-buat tak dengar keluhan kita, kerana inginkan anaknya berpuasa penuh. Setibanya waktu berbuka, kitalah orang paling awal duduk menghadap juadah dan kitalah menjadi perhatian keluarga. Emak dan ayah akan penuhkan pinggan kita dengan segala juadah kerana bangga akhirnya kita sudah berjaya berpuasa penuh.

Mulalah emak berjanji hendak bagi ganjaran kalau kita dapat meneruskan ibadah puasa. Dia berjanji akan menghidangkan masakan kita paling suka. Cakaplah apa sahaja, emak akan sediakan.

Begitulah latihan berpuasa yang kita lalui. Malangnya, penekanan yang selalu dititikberatkan adalah menahan diri daripada makan dan minum. Oleh kerana kita telah dilatih sebegitu, tanpa kita sedari, makanan menjadi agenda utama bulan puasa. Kita sudah terbawa-bawa perangai budak hingga ke dewasa. Kita membeli lebih makanan daripada biasa. Kita minum pelbagai jenis air di bulan ini. Lihatlah sesaknya bazar-bazar Ramadan yang dibuka di bandar-bandar kecil dan besar di seluruh negara. Kesemuanya untuk memenuhi nafsu makan kita.

Bila lagi kita hendak berpuasa dalam erti kata yang sepatutnya? Mengapa kita terbawa-bawa perangai kanak-kanak kita setiap kali tibanya bulan puasa? Biarlah sekurang-kurangnya kekerapan kita membeli makanan di luar adalah sama seperti hari-hari biasa. Kalau dahulu kita asyik mengembangkan hidung dan menjenguk ke dapur menghidu aroma masakan emak, setelah dewasa, kita asyik melayari Internet pula untuk melihat juadah apa yang diingini buat berbuka. Bukankah apabila kita berpuasa sunat pada Isnin dan Khamis, nafsu kita boleh dikontrol dan tidak meliar apabila melihat makanan?

Apakan daya, pengetahuan kebanyakan emak tentang puasa biasanya berbentuk ritual. Dia melayan nafsu makan kita sebagai anak kecil. Penekanan menahan nafsu mata, telinga dan lidah jarang sekali ditarbiahkan kepada kita. Begitu juga, dia tidak sampaikan kepada kita peri pentingnya memperbanyakkan ibadah.

Benar. Kita memperdalami sendiri erti puasa melalui ceramah, kuliah dan pembacaan. Ilmu puasa kita kini lebih lengkap, lebih dewasa. Tetapi bila tiba bab makan, kita kalah bila jadi budak-budak kembali. Kita gagal dalam menangani cabaran fizikal berpuasa. (Maaf cakap, belum termasuk cabaran spiritual lagi). Mengapa begitu? Justeru itu, mengapa tidak kita memperbetul minda khususnya hal makan minum di bulan Ramadan.

Buat permulaan, ramai yang belum mencuba keenakan berbuka secara Rasulullah. "Adalah Rasulullah SAW berbuka dengan kurma basah (ruthab), jika tidak ada ruthab maka berbuka dengan kurma kering (tamr), jika tidak ada tamar maka minum dengan satu tegukan air." (Anas bin Malik r.a)

Cara ini simple, mengenyangkan dan tentu sekali tidak memberatkan perut hingga mengantuk tatkala bersolat terawih. Mari kita tinggalkan nostalgia makan minum di zaman kanak-kanak itu. Ia hanya sesuai untuk budak-budak.

Layari http://www.maafcakap.blogspot.com untuk membaca artikel sebelum ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

NUR Alert: Pengamal media baru

Posted: 02 Aug 2011 05:00 PM PDT

Pohon kebenaran pembaca budiman untuk berkongsi informasi minggu ini, bukan pendapat seperti selalu. Maklumlah, minda pada hari-hari pengulu Ramadan ini kurang tangkas kerana tidak dimangkinkan kafeina seperti biasa.

Sabtu lepas, saya telah menghadiri sesi media bersama bloggers anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KWKM) di Hotel Le Méridien. Titik fokal sembang kami petang itu berkisar tentang pelancaran Nur (National Urgent Response) Alert. Sedikit latar belakang mengenai Nur Alert. Sistem ini asalnya suatu inisiatif yang diketengahkan oleh nama-nama gargantuan dunia blog tanah air – 3540 Jalan Sudin, Princess Journal, Tembam's Weblog dan Rocky's Bru – setelah mayat adik Nurin Jazlin Jazimin didapati terperosok dalam sebuah beg di Petaling Jaya. Mayat Nurin dijumpai setelah hampir sebulan arwah dilaporkan hilang dari kawasan perumahannya di Wangsa Maju, pada 20 Ogos 2007.

Nur Alert diadaptasi dari sistem Amber Alert (America's Missing:Broadcast Emergency Response) di Amerika Syarikat yang dilancarkan setelah kehilangan dan kematian adik Amber Hagerman di Arlington, Texas, pada 1996.

Secara asasnya, Nur Alert ini adalah sistem amaran awal yang bakal digegarkan apabila mana-mana kanak-kanak di bawah 12 tahun dilaporkan hilang. Informasi mengenai kehilangan akan dicanangkan ke seluruh pelosok dunia menggunakan khidmat, antara lainnya: bloggers, kawalan di pintu keluar masuk negara, komuniti setempat, penyedia khidmat telekomunikasi, media cetak dan eletronik, syarikat pengangkutan, institusi perbankan, lembaga lebuh raya, pusat membeli-belah dan hotel. Sistem ini juga akan disokong dengan kerjasama pihak polis yang mempunyai lebih pengetahuan dan selok belok teknikal dalam kes penculikan kanak-kanak.

Jika diizinkan, saya ada cadangan agar KWKM dapat meningkatkan lagi keberkesanan sistem Nur Alert. Nama-nama yang dicanang di perenggan atas semuanya bagus, mereka mampu menyebarkan maklumat kehilangan dengan cepat. Tetapi KWKM perlu mengambil kira ketangkasan sistem laman micro-blogging seperti Twitter dan laman media sosial paling popular, Facebook.

Blog posting secara umumnya mampu memberi maklumat secara terperinci berkenaan dengan kes kehilangan kanak-kanak, tetapi setakat mana maklumat itu boleh disebarkan masih bergantung kepada populariti sesebuah laman blog tersebut. Namun sekiranya berita dihebahkan di laman micro blogging secara padat – disebabkan oleh limitasi setakat 140 aksara sahaja – dan ditambah pula dengan fungsi kicau-semula boleh meningkatkan keberkesanan Nur Alert. Maklumat tersebar dengan ringkas, padat dan cepat.

Manakala, KWKM juga mungkin boleh mengenal pasti pengguna laman web sosial Facebook yang mempunyai bilangan kawan dan ahli keluarga melampaui ribuan orang. Kelebihan Facebook, jelas bergantung kepada populariti laman web tersebut dan kecenderungan rakyat Malaysia dewasa ini, yang rata-rata menggunakan medium internet untuk berkomunikasi. Lagipun maklumat yang disebarkan oleh kawan atau ahli keluarga mempunyai kelebihan dari segi tahap kepercayaan lebih tinggi.

Tidak, saya tidak memperkecilkan peranan blogger dalam Nur Alert, cuma sekadar memberi cadangan agar sistem ini dapat mencapai objektif penubuhan dengan lebih berkesan. Media internet, tidah syak lagi, adalah medium terpantas apabila kita bercakap mengenai penyebaran maklumat.

Berbalik kepada tragedi yang menimpa adik Nurin, reaksi spontan seluruh negara ketika itu marah dan mengecam hebat jenayah terkutuk yang dilakukan.

Malangnya, idea yang dilahirkan oleh bloggers untuk mengekang jenayah penculikan ini mengambil masa hampir tiga tahun untuk diluluskan oleh kabinet. Maaf cakap, pada saya, tiga tahun itu suatu jangka masa yang lama untuk melaksanakan sesuatu yang memerlukan tindakan segera seperti Nur Alert.

Tidak lama setelah kes Nurin, adik Sharlinie pula dilaporkan hilang dari taman perumahan di Taman Medan, Petaling Jaya dalam bulan Januari 2008. Elemen Nur Alert telah digunakan dalam kes ini walaupun secara minimum sahaja. Sungguh ironis sekali kerana ketangkasan dunia maya masih tidak mampu membantu kita. Sehingga ke hari ini, Sharlinie masih belum dijumpai.

Apa yang masih terngiang di telinga saya sehingga ke hari ini adalah angka statistik tegar kehilangan kanak-kanak, di mana dari 2009 sehingga Jun 2011, seramai 139 kanak-kanak telah dilaporkan hilang. Tiada ruang di hati rasanya untuk melepaskan Luqman bebas bermain di luar rumah seperti masa saya sedang membesar dahulu.

Sekiranya anda mempunyai apa-apa maklumat atau kecemasan berkenaan dengan kehilangan kanak-kanak, kebajikan, bayi terbuang, masalah sosial remaja, penderaan atau kaunseling, sila ingat nombor ini: 15999.

Tetapi mungkin KWKM dapat berbuat sesuatu dengan talian ini, kerana percubaan saya memanggil semalam hanya dijawab setelah 6 minit berlalu. Sekiranya berada dalam kegetiran, 6 minit itu sangat lama.

Bersama, kita mampu mengubah statistik yang mengerikan ini.

* Elviza Michele Kamal juga seorang peguam yang berkicau di http://twitter.com/elviza

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved