Ahad, 28 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Perebutan minyak bermula!

Posted: 27 Aug 2011 05:00 PM PDT

Perebutan minyak bermula!

Selepas Gaddafi disingkir melalui pertempuran senjata, peperangan lain pula tercetus. Pengakhiran permainan berbahaya ini semakin hampir. Situasi dilihat semakin genting di Tripoli.

Kini, aset paling berharga Libya iaitu kekayaan minyak dan gas menjadi perhatian utama, dan perebutan untuk mendapatkan tempat terbaik dalam industri itu bermula.

Semasa kuasa dunia berasak-asak untuk mendapatkan manfaat besar daripada kontrak minyak dan pembinaan semula Libya yang akan diberi oleh kerajaan baru dipimpin pemberontak negara itu, tentu ada pesaing yang disiku keluar semasa pergelutan itu.

Syarikat minyak gergasi bergegas menempatkan diri untuk berusaha mendapatkan simpanan 'emas hitam' Libya berjumlah 40 bilion tong, iaitu terbesar di Afrika dan antara terbesar di dunia, selepas kejatuhan kerajaan Muammar Gaddafi.

Tujuan sebenar kempen negara Barat untuk menjatuhkan Gaddafi kini kelihatan semakin jelas.

Barat tidak sabar

Sebaik sahaja berita mengenai pemberontak memasuki dan menawan kediaman Gaddafi di Bab Al-Aziziya, Tripoli mula tersebar, syarikat minyak terbesar Itali, Eni SpA tidak membuang masa dan segera menghantar pasukan teknikal mereka untuk membantu penyambungan semula operasi di Libya, seperti diumumkan Kementerian Luar Itali sendiri, Isnin lalu.

Syarikat Marathon Oil berpusat di Houston, Amerika Syarikat (AS) juga mengadakan perbincangan awal dengan pemberontak mengenai keadaan loji minyak milik syarikat itu di Libya dan ingin memulakan kembali pengeluaran secepat mungkin.

Jurucakap syarikat minyak BP dari Britain juga menegaskan syarikat itu akan kembali ke Libya sebaik keadaan mengizinkan walaupun ia tidak memberikan jangka masa.

BP, Royal Dutch Shell, ENI, OMV, Repsol YPF SA dan Total adalah antara syarikat minyak Barat yang beroperasi di Libya sebelum konflik dalaman negara itu bermula.

Rusia, China bakal tersingkir

Selain kuasa Barat, syarikat minyak Rusia, Gazprom dan syarikat China turut beroperasi di Libya sebelum kekacauan di negara itu, malah kedua negara itulah yang mendominasi banyak pelaburan di Libya.

Namun, pengaturan semula kuasa di Tripoli kini bakal memberi kesan buruk kepada syarikat minyak dan tenaga dari Rusia dan China.

Syarikat minyak Barat mungkin berasa lega apabila mengetahui Rusia dan China - dua negara terpenting yang beroperasi di Libya sehingga kini - mungkin akan diketepikan oleh kerajaan baru Libya.

Ini kerana Moscow dan Beijing tidak menunjukkan sokongan kuat kepada pemberontak dan memilih pendirian berkecuali semasa undian resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi melancarkan operasi ketenteraan ke atas Gaddafi, Mac lalu.

Jadi, akibat keengganan Rusia dan China menyokong kumpulan pemberontak Libya sebelum ini, kedudukan syarikat dari kedua negara itu dalam pertandingan merebut minyak ini dilihat sangat goyah.

Memang benar pemberontak berjanji akan memenuhi semua kontrak perniagaan yang ditandatangani pelabur dengan kerajaan Gaddafi.

Tetapi ketua parti pemberontak utama, Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), Mustafa Jalil turut menegaskan mereka akan lebih menyebelahi negara yang memberi sokongan kepada pemberontak semasa konflik itu, sekali gus meletakkan China dan Rusia dalam keadaan tidak selamat.

"Kami tidak mempunyai masalah dengan negara Barat seperti Itali, Perancis dan Britain tetapi kami mungkin mempunyai sedikit isu politik dengan Rusia, China dan Brazil," menurut Abdeljalil Mayouf, pengurus maklumat di syarikat minyak milik pemberontak Libya, AGOCO.

Kenyataan itu menandakan halangan yang bakal dihadapi negara yang menolak tindakan keras ke atas Gaddafi sekali gus membolehkan syarikat Eropah dan AS mendapatkan kontrak pembangunan dan cari gali minyak bernilai berbilion dolar di Libya tanpa persaingan sebenar daripada Rusia dan China.

Kesan ini sudah dapat dilihat apabila syarikat minyak dan gas terbesar China, Great Wall Drilling, iaitu anak syarikat China National Petroleum mengumumkan akan menutup enam projek besar di Libya, Syria dan beberapa negara bergolak lain akibat ketidakstabilan politik.

China yang menyedari kemungkinan ini segera menggesa NTC melindungi pelaburan negara Asia itu di Libya.

Pegawai kanan Kementerian Perdagangan China, Wen Zhongliang mengakui perubahan di Libya memberi kesan kepada aktiviti pelaburan Beijing di negara Afrika Utara itu.

"Pelaburan China di Libya terutama dalam industri minyak adalah untuk manfaat rakyat kedua-dua negara jadi kami harap selepas keadaan kembali stabil, Libya akan terus melindungi kepentingan dan hak pelabur China di negara itu," katanya.

Keluhan juga kedengaran dari Rusia apabila ketua Majlis Perniagaan Rusia-Libya, Aram Shegunts memberi tahu agensi media Reuters bahawa konflik Libya menandakan pengakhiran pelaburan Rusia.

"Syarikat Rusia akan kehilangan segala-galanya di Libya kerana Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) akan menghalang kami menjalankan perniagaan," katanya.

Perang belum berakhir

Banyak yang telah berubah di Libya sejak beberapa minggu lalu dan perubahan itu turut dirasakan industri tenaga.

Tsunami politik di Libya menyebabkan penyusunan semula kedudukan pemain-pemain utama dalam industri ini.

Pemain baru (dari Barat) kini muncul sebagai kuasa dominasi.

Sokongan kuat diperoleh daripada kerajaan pemberontak Libya menjadi jaminan mereka akan mendapat keuntungan besar selepas perang saudara di Libya dan sekali gus menyingkirkan pemain sedia ada (Rusia dan China) di negara itu.

Nato mungkin telah memenangi pertempuran kali ini tetapi peperangan sebenar untuk merebut kekayaan Libya tidak akan berakhir dalam masa terdekat.

Dr Tony Tan presiden baru Singapura

Posted: 27 Aug 2011 05:00 PM PDT

Dr Tony Tan presiden baru Singapura SINGAPURA - Bekas timbalan perdana menteri, Dr Tony Tan, 71, dilantik sebagai presiden ketujuh Singapura semalam selepas memperoleh margin kecil 35 peratus atau 7,269 daripada 2.1 juta undi berbanding saingan terdekat beliau, Dr Tan Cheng Bock.

Kemenangan tipis beliau berjaya mengetepikan tiga calon lain, Dr Tan Cheng Bock, Tan Jee Say dan Tan Kin Lian sekali gus, melayakkannya untuk mengambil alih jawatan bekas presiden, S R Nathan.

Tony Tan berkata, beliau merancang untuk bekerja keras sepanjang penggal pemerintahannya dan menjadi antara presiden terbaik mewakili seluruh rakyat Singapura.

Dalam satu kenyataan lain, selepas keputusan itu diumumkan, Perdana Menteri, Lee Hsien Loong menggesa seluruh rakyat bersatu padu dan sentiasa bersedia menghadapi lebih banyak cabaran pada masa masa hadapan.

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Panik kereta dihempap pokok

Posted: 27 Aug 2011 05:00 PM PDT

Panik kereta dihempap pokok BAGAN AJAM - Tiga beranak mengalami detik cemas apabila kereta yang dinaiki dihempap sebatang pokok yang tiba-tiba tumbang ketika melalui Jalan Bagan Ajam di sini, petang semalam.

Bagaimanapun kejadian yang berlaku pada jam 3.20 petang ketika hujan lebat yang disertai angin kencang di kawasan berkenaan tidak menyebabkan Sira Shanmugam, 56; isterinya, Susila Dewi, 46, dan anak perempuan mereka S Neesha, 20, mengalami sebarang kecederaan.

Akibat kejadian terbabit, kereta Proton Saga Iswara milik Pembantu Pegawai Tadbir Hospital Pulau Pinang itu mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan selepas dihempap pokok yang tumbang itu.

Ketika ditemui, Sira berkata, dia dalam perjalanan ke pekan Kepala Batas bersama ahli keluarganya sebaik keluar dari rumahnya di Pangsapuri Aked, Sungai Puyu sebelum itu.

"Ketika itu cuaca amat buruk berikutan hujan lebat yang turut diselang seli dengan angin kencang.

"Sebaik tiba di berhampiran pondok menunggu bas berdekatan Sekolah Kebangsaan Teluk Air Tawar, tiba-tiba sebatang pokok tumbang dan menghempap kereta dipandu saya membuatkan kami panik dan terkejut," katanya.

Menurutnya, dalam keadaan dibasahi hujan dia dan ahli keluarganya berlari keluar untuk menyelamatkan diri kerana bimbang dirempuh kenderaan dari belakang berikutan keretanya berada di atas jalan.

Katanya, dia kemudian menghubungi polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang kemudiannya tiba membantu mengawal trafik dan memotong pokok berkenaan.

» selanjutnya...

Bantah bina kiosk e-kasih

Posted: 27 Aug 2011 05:00 PM PDT

Bantah bina kiosk e-kasih IPOH – Rata-rata penduduk Taman Rishah Silibin membantah pembinaan kiosk di bawah program e-kasih yang dibangunkan di bahagian tepi jalan Raja Perempuan Mazwin kerana kedudukannya didakwa mendatangkan bahaya kepada pengguna.

Seorang penduduk yang ditemui, Zakaria Nordin, 45, berkata, hampir semua penduduk di sini dan kawasan berhampiran tidak bersetuju dengan projek itu kerana kedudukannya di bahagian selekoh jalan raya.

Menurutnya, kedudukan gerai yang agak dekat dengan jalan itu tidak sesuai kerana jalan berkenaan tidak mempunyai garisan berkembar dan bonggol menyebabkan kebanyakan kenderaan sering dipandu laju.

"Jika projek berkenaan diteruskan ia boleh mendatangkan bahaya kepada banyak pihak, bukan sahaja individu yang bakal menjalankan perniagaan tetapi dalam masa yang sama pengunjung dan pengguna jalan raya yang lain," katanya kepada Sinar Harian.

Sehingga kini hampir 60 penduduk di kawasan taman berkenaan membuat bantahan.

Jalan itu adalah jalan utama yang menjadi tumpuan orang ramai kerana ia turut menghubungkan kawasan Buntong, Menglembu dan Falim, dan itu antara sebab penduduk membantah.

"Hampir lapan tahun saya pernah cuba mohon lesen berniaga di kawasan berkenaan, namun tidak diluluskan kerana ia tanah rizab jalan.

"Tapi bagaimana projek membina kiosk ini boleh diluluskan sedangkan semua tahu bahawa kawasannya tidak sesuai," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia, M Saraswathy, turut mempersoalkan projek yang diluluskan di situ.

"Seharusnya pihak berkuasa tempatan (MBI) mengambil langkah keselamatan di peringkat awal sebelum projek berkenaan dilaksanakan.

"Kebanyakan penduduk mahu supaya MBI adakan satu sesi dialog bersama mereka agar sama-sama boleh berbincang bagi mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang berlaku," katanya.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim yang ditemui berkata, perkara itu akan diteliti terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan diambil.

"Bagaimanapun, jika setelah diselidik ia didapati betul boleh mengundang bahaya kepada orang ramai, projek itu akan diubah," katanya.

Padah layang-layang tersangkut

Posted: 27 Aug 2011 05:00 PM PDT

Padah layang-layang tersangkut PETALING JAYA – Hasrat sebuah keluarga ingin pulang beraya ke kampung terpaksa dibatalkan selepas anak kesayangan mereka patah tangan kiri dan cedera di mulut akibat terjatuh dari tingkat dua kediaman Kastam Diraja Malaysia Wilayah Persekutuan di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, Muhammad Saufi Nor Anuar, 14, yang juga anak kepada seorang pegawai kastam dikatakan pergi ke rumah rakan karibnya di blok C untuk bermain layang-layang.

Ibunya seorang suri rumah, Hawa Harun, 43, berkata, ketika kejadian anaknya sedang leka bermain, sebelum layang-layang tersebut tersangkut pada atap zink.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan anaknya berusaha untuk mendapatkan kembali layang-layangnya itu.

"Dia cuba untuk mengambilnya tetapi tangannya luka kerana terpegang atap zink tersebut sebelum tiba-tiba tergelincir dan terjatuh dari tingkat dua bangunan empat tingkat itu.

"Ia menyebabkan tangan kirinya patah serta mulutnya berdarah tetapi mujur kepalanya tidak apa-apa," katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini semalam.

Menurutnya, ketika kejadian dia tiada di rumah kerana pergi ke pasar borong Selayang untuk membeli persiapan raya.

Katanya, dia hanya dimaklumkan seorang penghulu di kawasan itu ketika penduduk sedang hendak bersolat di surau berhampiran.

Hawa berkata, anak keempat dari lima beradik itu kini sedang dirawat tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ditahan di wad atau tidak.

Menurutnya, rancangan keluarganya untuk pulang ke Arau, Perlis malam semalam terpaksa dibatalkan berikutan kejadian malang yang menimpa anaknya itu.

Malah hasrat kakak Muhammad Saufi yang baru pulang dari universiti semalam untuk berbuka beramai-ramai bersama keluarga juga tidak kesampaian.

Muhammad Saufi dikatakan masih trauma dan panik akibat kejadian itu.

Tipu untuk belajar

Posted: 27 Aug 2011 05:00 PM PDT

Tipu untuk belajar KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pelajar yang cuba menipu bagi mendapatkan bantuan persediaan bagi melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, tahun lalu pihak Yayasan Terengganu (YT) berjaya mengesan lapan pelajar yang terlibat dengan kes penipuan untuk mendapatkan bantuan persediaan peringkat diploma.

Menurutnya, kelapan-lapan pelajar itu berjaya dikesan setelah nama mereka tidak ada dalam senarai penerima bantuan yang sepatutnya dan mereka yang terbabit ini dijangka akan didakwa di mahkamah bulan depan.

"Tujuh daripada lapan pelajar itu akan didakwa kerana melakukan penukaran empat angka terakhir dalam salinan fotostat kad pengenalan orang lain, manakala seorang lagi pelajar akan didakwa kerana mencetak dan meminda surat tawaran pelajar lain.

"Kita berharap, dengan tindakan tegas yang diambil ke atas pelajar-pelajar berkenaan, kes sebegini tidak akan berulang lagi selepas ini," katanya.

Maut disengat tebuan

Posted: 27 Aug 2011 05:00 PM PDT

Maut disengat tebuan BANDAR BENTONG – Seorang peniaga maut selepas disengat tebuan di bahagian muka ketika cuba membaiki bahagian tangki air yang bocor di kediamannya di Taman Bukit Indah, dekat sini.

Mangsa, Chan Keong Sang, 45, dimasukkan ke Hospital Bentong kira-kira jam 3 petang Rabu lalu dan disahkan meninggal dunia jam 4 petang Khamis.

Anak mangsa yang dikenali sebagai Ah Leong, 14, berkata, dia turut sama membantu ayahnya ketika kejadian itu berlaku.

Menurutnya, dia memegang tangga untuk membolehkan ayahnya naik ke atas membaiki tangki air yang rosak kira-kira jam 1.30 petang Rabu lalu.

"Tiba-tiba ayah meminta saya lari dan dalam masa sama, saya terdengar dia menjerit kesakitan akibat diserang tebuan.

"Apabila turun, saya dapati muka ayah terdapat beberapa kesan sengatan," katanya.

Ah Leong berkata, selepas kejadian itu, ibunya menguruskan ayahnya.

Menurutnya, ibu membawa ayahnya ke hospital kira-kira jam 3 petang untuk mendapatkan rawatan.

"Ayah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4 petang di Hospital Bentong selepas tidak sedarkan diri.

"Bapa akan disemadikan pada hari ini (Ahad) dan kami sedih di atas kejadian ini," katanya.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Bekas pengetua buat laporan polis berhubung dakwaan murtad

Posted: 27 Aug 2011 05:00 PM PDT

Bekas pengetua buat laporan polis berhubung dakwaan murtad

KUALA LUMPUR - Seorang bekas pengetua sekolah membuat laporan polis hari ini berhubung satu laman blog yang mendakwa beliau antara kalangan individu yang 'murtad' kerana menukar agamanya kepada Kristian.

Zainal Ratin Zainal Abidin, 67, membuat laporan itu di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail di sini dengan ditemani anaknya, Zainal Azam, kira-kira 2 petang.

Beliau berkata, perkara itu disedari oleh seorang anaknya yang ketika melayari Internet malam tadi menemui senarai 430 nama individu beragama Islam yang telah bertukar kepada agama lain, antaranya Kristian, Hindu dan Buddha.

"Nama saya ada dalam senarai itu. Ini merupakan satu fitnah yang bagi saya amat besar kerana ia membabitkan diri, akidah dan maruah keluarga saya," katanya kepada pemberita.

Zainal Ratin meminta pihak yang bertanggungjawab, termasuk polis, membuat siasatan terperinci kerana ia melibatkan bilangan umat Islam yang ramai.- Bernama

Pengawal keselamatan maut ditikam di PPR Taman Wahyu, Jinjang

Posted: 27 Aug 2011 05:00 PM PDT

Pengawal keselamatan maut ditikam di PPR Taman Wahyu, Jinjang

KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan maut akibat ditikam dalam satu kejadian pecah kereta di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu, Jinjang di sini, awal hari ini.

Ketua Polis Sentul ACP Zakaria Pagan berkata kejadian kira-kira 3.15 pagi itu bermula apabila mangsa Shariff Din, 47, menghalang dua lelaki daripada memecah sebuah kereta proton Iswara milik rakan mangsa.

"Sebelum itu, isteri mangsa ternampak dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di tempat letak kereta dari tingkat lapan rumah mereka, dan meminta mangsa turun memeriksa keadaan di situ.

"Mangsa turun ke kawasan parkir dan ternampak seorang lelaki cuba mengumpil sebuah kereta sebelum cuba menangkap seorang daripada suspek," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Zakaria berkata ekoran itu, mangsa ditikam dipercayai menggunakan pisau oleh rakan suspek (suspek kedua).- Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Dentuman kuat

Posted: 27 Aug 2011 05:00 PM PDT

Dentuman kuat KOTA BHARU - "Saya ingatkan letupan kuat itu berpunca daripada mercun yang dibakar kanak-kanak di kawasan berhampiran, rupa-rupanya bunyi itu bermula dari sebuah kereta baru yang di parkir hanya 20 meter dari rumah saya," kata Mohd Asri Awang Soh, 52, yang menyaksikan kejadian kereta terbakar berhampiran rumahnya di kampung Chekok, Ketereh semalam.

Kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu disedari anaknya, Siti Zalina, 21, yang sedang menjahit baju lalu memaklumkan kepadanya terdapat kebakaran kereta berlaku berhampiran kawasan rumah mereka.

"Ketika kejadian, saya baru pulang solat Terawih terus mengambil alat memadam kebakaran dalam rumah dan meluru keluar untuk melihat objek yang terbakar, alangkah terkejutnya apabila melihat sebuah kereta Proton Saga model baru terbakar dan api semakin marak.

"Mulanya saya ingatkan ada orang di dalam kereta terbabit dan berusaha menyelamatkan kereta itu dari terus hangus terbakar namun ditahan oleh keluarga kerana bimbang kenderaan itu akan meletup pada bila-bila masa," katanya kepada :Sinar Harian:, semalam.

Mohd Asri berkata, melihatkan api yang semakin marak, dia terus menghubungi pihak bomba untuk mengelakkan kereta terbabit meletup dan terus menyambar rumah berhampiran.

"Mulanya saya ada mendengar cerita seorang jiran mengatakan, kereta terbabit dipercayai dipandu oleh individu tidak dapat dikenal pasti identitinya ke kawasan terbabit dalam keadaan tergesa-gesa.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Mohd Rashid Yusoff, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 11.13 malam.

"Sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota dikejarkan ke tempat kejadian dan pihak kami berjaya mengawal api dalam masa lima minit walaupun keseluruhan kereta terbabit terbakar hampir 100 peratus.

"Punca kejadian masih disiasat dan kerugian dianggarkan bernilai RM30,000," katanya.

Beliau berkata, setakat ini pemandu kereta itu masih gagal dikesan dan laporan dibuat di Balai Polis Ketereh.

Lima lokasi dipantau

Posted: 27 Aug 2011 05:00 PM PDT

Lima lokasi dipantauSHAH ALAM – Sebanyak 296 saman bergambar telah dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor sejak 14 hingga 19 Ogos lalu.

Pengarah JPJ Negeri, Ahmad Awang berkata, pihaknya mengadakan operasi pemantau di lima kawasan tumpuan bagi memastikan keselamatan pengguna.

Menurutnya, pengguna jalan raya perlu mengetahui bahawa pihak JPJ sentiasa memantau perjalanan orang ramai yang mahu pulang ke kampung.

"Sehingga 19 Ogos, sebanyak 296 saman telah dikenal pasti, walaupun hari raya belum tiba, namun banyak kesalahan telah dikenal pasti.

"Kaedah saman bergambar ini adalah efektif kerana ianya memudahkan anggota untuk membuat pemantauan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Kawasan tersebut adalah jalan Sabak Bernam-Klang, Lebuh Raya Utara Selatan (Rawang-Sungai Buloh), Lebuh Raya Elite (Shah Alam-Seremban), jalan Klang-Banting dan jalan Salak Tinggi-Banting).

Menurutnya, dalam operasi bergambar ini, anggota JPJ akan diletakan di beberapa lokasi strategik termasuk di kawasan yang kerap berlaku kemalangan dan kesalahan jalan raya.

Ahmad turut mengingatkan pengguna jalan raya digesa tidak melakukan kesalahan jalan raya dan membuat persiapan rapi dalam perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Beliau berkata, pihaknya juga mengadakan pemeriksaan terhadap bas ekspres dan pemandu bas bagi memastikan tahap keselamatan orang ramai terjamin.

"Kita melakukan pemeriksaan terhadap bas dan pemandu sebelum mereka bertolak dari stesen bas, ini bagi memastikan hanya kesemua aspek keselamatan telah diperiksa terlebih dahulu," katanya.

Menurutnya, para pemandu perlu mengutamakan keselamatan, termasuk memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik, sebelum memulakan perjalanan.

"Selain itu, pengguna jalan raya juga perlu mematuhi peraturan jalan raya termasuk tidak memandu terlalu rapat dan menggunakan laluan kecemasan," katanya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Saya akan saman...

Posted: 27 Aug 2011 05:00 PM PDT

Saya akan saman... JOHOR BAHRU – "Saya akan saman..," demikian kata R Surimuruthi, 24, yang bercadang untuk mengemukakan saman terhadap pihak hospital dan doktor yang menyambut kelahiran anak keduanya selepas didakwa cuai sehingga menyebabkan kematian bayinya itu.

Beliau berkata, bayi lelaki seberat 4.1 kilogram (kg) meninggal dunia pada jam 12.45 tengah hari semalam, selepas seminggu ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) akibat pelbagai komplikasi selepas dilahirkan pada 20 Ogos lalu di salah sebuah hospital di Kluang.

"Bayi seberat itu sepatutnya dibedah namun doktor mengarahkan supaya isteri saya bersalin secara normal malah ketika proses kelahiran, bayi kami sukar untuk dilahirkan selain terpaksa menggunakan vakum sekali gus menyebabkan kecederaan kecil di kepala anak kami," katanya.

Katanya, sebelum isterinya R Sakthi, 21, bersalin, doktor ada membuat pemeriksaan imbasan bunyi selain mendakwa berat bayi mereka kira-kira 3.5 kg sahaja walaupun sedia maklum bahawa isterinya itu menghidap diabetes ketika hamil.

"Paling membuatkan saya kecewa, selepas kira-kira lima jam anak kami dilahirkan, barulah saya tahu... itu pun saya terpaksa meminta bantuan daripada seorang pekerja pembersihan kerana kakitangan yang bertugas di situ melarang saya masuk," katanya.

Menurutnya, daripada maklumat pekerja pembersihan itu barulah dia tahu yang isterinya sudah selamat bersalin tetapi telah dibawa ke wad lain tanpa diketahui sebabnya.

"Ketika itu saya berasa tidak sedap hati dan mengambil keputusan untuk bertemu dengan doktor dan jururawat yang bertugas selepas itu barulah saya dimaklumkan tangan bayi kami patah selain mengalami masalah jantung," katanya.

Katanya, selepas tiga hari berada di ICU HSA, doktor memaklumkan kecederaan di bahagian kepala bayinya yang membengkak akan menyebabkan cahaya matanya itu koma selain mengalami kecacatan fizikal.

"Saya berasa amat sedih selepas kerana tidak sempat melihat anak kedua kami membesar di depan mata hanya disebabkan kecuaian orang lain... saya tekad untuk mengemukakan saman walaupun sedar perlu memperuntukkan kos guaman yang tinggi," katanya ketika ditemui di Rumah Mayat HSA, semalam.

Pada 24 Ogos lalu, Surimuruthi telah membuat laporan polis di Balai Polis Simpang Renggam berhubung kecuaian pihak hospital dan berharap pihak polis dapat menyiasat kes berkenaan dengan segera bagi memudahkannya membawa perkara itu ke muka pengadilan.

Sementara itu, jurucakap hospital berkenaan ketika dihubungi berkata, kes tersebut sedang disiasat selain tidak dapat memberikan sebarang komen berhubung dakwaan dikemukakan Surimuruthi.

Haji bakhil, bilionwan kedekut

Posted: 27 Aug 2011 05:00 PM PDT

Subuh Selasa saya menunaikan solat berjemaah di Masjid Langgar Kota Bharu, di belakang Sekolah Melayu Langgar dan di depan hotel tempat saya menginap, Renaissance. Antara permulaan isi tazkirah adalah cerita Haji Bakhil bin Lebai Kedekut. Memang tepat kisah ibarat (sebenarnya cerita ini bukan cerita dongeng dalam masyarakat Islam-Melayu) itu diketengahkan sempena sepuluh hari akhir Ramadhan Mubarak.

Tidak muak mendengar anekdot demikian. Apa yang dikata oleh pensyarah itu memang betul atau kata Speaking, common Sewajarnya musim ini orang Islam-Melayu murah hati, tidak boros keterlaluan; tidak juga lokek. Bacalah Surah Takathur!

Pada hal Muslims digalakkan murah hati, memberi bantuan – benda, kewangan dan minda dan bayar zakat kepada yang memerlukan dan wajib menerima. Terang Speaking, 'one must have a generous mind, spirit'.

Yakni fikiran, semangat terbuka bahkan tidak sekadar itu sahaja harus pula mengembangkan ilmu pengetahuan, kepandaian yang boleh memanfaatkan ummah. Ramai tidak melakukannya. Amat menakjubkan!

Sabda Rasullah SAW apa pun niat seseorang yang menghulur pertolongan, derma sedekah dan kuih muih itu mestilah baik – tiada udang di sebalik batu! Tidak kerana faedah politik dan untuk publisiti; bukan kerana meraih sokongan dalam pilihan raya kecil atau umum; pemilihan parti atau untuk dipuji dan puja.

Majoriti pengundi di Kelantan ada dua petua dalam mengekalkan harga dan kehormatan diri, martabat diri (self-esteem): Satu tolak bantuan yang nyata dan terang ada agenda politik; kedua terima (mereka tidak memohon) tetapi tetap pilih/pangkah calon dan parti yang disukai atau dilihat lebih Islamik, nasionalis, telus, adil dan tidak dicemari rasuah secara keterlaluan.

Tegas Baginda Rasul: 'tiga jenis manusia yang memarakkan api neraka. Pertama seorang yang menjadi hafiz semata-mata kerana mahu namanya atau dirinya dipuji dan dipandang tinggi; tegas Speaking, 'to show off what he has attained – bergelar al-hafiz'.

Kedua seorang yang berjihad (mati syahid) melakukan demikian kerana megah mahu menunjuk keberaniannya bukan kerana Allah SWT. Ketiga seorang kaya yang ghairah berbelanja kerana ia mahu dikenali sebagai seorang hartawan bukan kerana Allah SWT, tetapi semata-mata kerana ingin menonjol dirinya melalui aktivitinya yang didendangkan olehnya via media. Dari riwayat Tarmizi.

Pada perspektif saya, mengikut hadis sahih ini, ramai group yang ketiga bakal jadi calon neraka. Sedih! Ramai orang hidup penuh dengan segala penderitaan, kemiskinan, bencana, penyakit di dunia pun bagai apa yang disebut neraka dunia.

Tidak ramai yang menikmati syurga dunia – mereka golongan minoriti dalam semua negara. Waktu budak-budak saya pernah menonton filem 'Racun Dunia' dan kalau saya tidak silap bintang utamanya ialah Siput Sarawak, ibu Anita Sarawak.

Kita semua tahu apa syurga dunia apa lah lagi zaman sekarang: penuh kenikmatan, hiburan, kebahagiaan dan kesenangan. Kita tidak boleh membandingkan golongan minoriti ini dengan mereka yang benar-benar patuh dan taat kepada tuntutan Allah SWT semasa mereka di dunia. Mereka yang taat mengikut perintah Allah SWT dengan jujur dan khusyuk menduduki syurga Jannah.

Tahun ini saya tidak berbuka puasa bersama saudara mara, sahabat handai – lama dan baru, dekat dan jauh - di kampung seperti biasa sebaliknya saya akan balik berkorban di kampung. Saya hanya sempat ke kampung menunaikan fardhu Zohor Rabu lalu untuk berbincang dengan beberapa pegawai dua madrasah di kampung.

Mengikut tradisi semenjak berhijrah ke Kuala Lumpur tahun 1956, saya berhari raya di Kuala Lumpur kecuali semasa bermastautin di seberang laut, lima tahun di Kamunting Perak waktu saya menjadi TAPOL (tahanan politik Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1976-1981). Selain dari Kuala Lumpur, seberang laut (AS, UK) saya lebih lama tinggal di Perak dari Kelantan, negeri kelahiran saya. Di Kelantan 1937-1947; Perak: MCKK 1948-1954, Kamunting 1976-1981.

Dalam usia 74 tahun, saya naik, jatuh, naik, jatuh, naik, jatuh. Sekarang kata Speaking saya 'in limbo' yakni dalam keadaan terawang-awang! Namun begitu saya bersyukur. Sungguh pun prasangka terhadap saya terus wujud dalam kalangan musuh dan mereka yang irihati saya bahagia, sihat walafiat, cukup rezeki.

Baiknya dalam perjalanan hidup ini saya telah memulai dengan jujur menghargai sifat-sifat mulia dan mengenali mereka yang hipokrit, berpura-pura, fair-weather friends; musuh dalam kain selimut.

Sungguh pun orang menganiayai, menipu, memfitnah dan meminggirkan saya Allah SWT mendorongkan saya memaafkan mereka. Hanya manusia luar biasa seperti Nelson Mandela boleh memaafkan musuh. Manusia biasa, seperti saya, mungkin boleh memaafkan mereka tapi mana bisa lupakan perbuatan durjana dan terkutuk mereka?

Ada juga orang kerana dendam kepada mereka yang merosakkan kehidupannya terganggu; sedih, dia hanya akan bebas dan merdeka dari kemarahan dendam yang mengacau perasaan hanya apabila dia dapat membalas dendam (atau orang itu jadi mangsa pihak lain pula).

Saya tidak akan menyeksa, mengsengsara dan mengazabkan diri saya untuk menyenangkan dan menyukakan tormentors saya (penyebab berlakunya). Aktor atau tormentors saya yang utama tiada lagi di dunia, ada beberapa pembantu mereka masih hidup; ada pemfitnah dan pemimpin yang membuat keputusan terburu-buru tanpa mendengar kedua belah pihak kerana (political expediency, meraih untung politik) masih bernafas.

Nasihat dan wasiat Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj kepada saya sebelum dia kembali ke rahmatullah – walaupun pada mulanya Almarhum murka kepada saya sebab saya 'orang kuat' Tun Razak, kami berdamai - ialah: 'Dollah, the greatest revenge is for you to outlive your enemies and flourish'.

Saya perturunkan dalam bahasa asal nasihat Tunku untuk faedah non-Speaking – sebaik menuntut bela ialah panjang umur, tindakan keji dan kotor mereka itu tidak menyekat awak berkembang, berjaya dan makmur.

Saya terus mencuba dan amat bersyukur kepada Allah SWT. Seperti digesa oleh Tunku saya sedikit sebanyak berjaya. Alhamdulillah.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.

Rima akhir dalam pantun

Posted: 27 Aug 2011 05:00 PM PDT

Seorang pelajar memberitahu saya masalah penciptaan pantun dan syair baginya bertolak daripada masalah mendapatkan kata-kata berima akhir. Dia begitu hairan, dimanakah pemantun dapat menghasilkan empat baris pantun dalam jangka masa singkat.

Dalam pertandingan berbalas pantun, masa yang diperuntukkan bagi seseorang membeli(menjawab) pantun ialah seminit sahaja. Perhatikan pantun yangbercorak soalan (pantun jual) dibawah ini:

Anak teruna menahan pukat, Dapat seekor ikan merah; Apa guna duduk berdekat,Kalau mata ke lain arah? Rima akhir pantun di atas terletak pada pemilihan katakata "pukat', "merah', "dekat" dan "arah".

Tidaklah terlalu sukar mendapatkan kata-kata di atas jika kita mempunyai perbendaharaan kata berima yang cukup, dan tahu membina baris dengan cepat.

Dalam tulisan yang lepas, saya menyebutkan bahawa setiap baris ialah senafa sederhana. Kita tidak perlu memikirkan lapan atau dua belas suku kata.

Untuk menjawab soalan pantun di atas, pertama kita fikirkan jawapan biasa, iaitu jawapan tidak bersifat pantun.

Apa gunanya kita duduk berdekat-dekatan dengan seseorang jika tidak memberikan perhatian terhadapnya? Seseorang berfikiran kreatif akan dapat menjawab soalan itu hingga menimbulkan kejutan dan kesegaran:

Buah langsat buah pauh, Jatuh menghempap jemuran kain; Duduk dekat hati jauh, Itulah sebab tengok ke lain.

Perhatikan kata-kata berima "pauh", "kain", "jauh" dan "lain". Jika rima akhir yang kita ambil kira dalam bicara ini, maka kita mendapat lapan perkataan untuk dua rangkap pantun. Kata-kata itu ialah "pukat", "merah", "dekat", "arah", "pauh", "kain", "jauh" dan "lain".

Adakah anda masih memikirkan pencarian kata-kata berima adalah sukar dilaksanakan? Sekarang kita pergi kepada syair.

Rima untuk syair ialah aaaa, iaitu keempat-empat patah perkataan berima sama. Rangkap syair tidak ada pembayang maksud, sebaliknya keempat-empat baris adalah maksud belaka. Inilah contohnya:

Aduhai jelita adinda puteri Wajah yang cantik lagi berseri Adapun tujuan kekanda ke mari Hendak bertemu adinda sendiri. Perhatikan kata-kata berima puteri", "berseri", "ke mari", "sendiri" . Sekali lagi saya bertanya: Adakah sukar untuk kita mencari kata-kata berima sedemikian? Jawapannya samalah juga dengan jawapan untuk persoalan penciptaan pantun.

Walaupun terdapat syarat - syarat lain untuk seseorang mencipta pantun dan syair yang baik, syarat sedang kita bicarakan inilah yang utama. Pantun dan syair tidak akan sempurna jika syarat rima akhir tidak dipenuhi.

Sasterawan Negara Prof Muhammad Haji Salleh, satu - satunya sarjana berfikir dengan amat serius tentang rima dalam bahasa Melayu. Muhammad mengumpulkan kata-kata berima sehingga beribu-ribu patah, dan akan dikemukakannya kepada khalayak untuk menjadi pedoman penciptaan pantun dan syair.

Hasil pembacaan himpunan kata-kata berima yang diusahakan beliau, saya memperoleh keyakinan bahawa sesetengah kata tidak mempunyai padanan yang banyak.

Sebagai contoh, pasangan untuk "kain" ialah "lain". Dua patah kata itu adalah akrab dari segi bunyi. Kata - kata seterusnya tidak harmonis, misalnya "main" dan "Zulkarnain".

Bunyi "kain" tidak bersifat nasal, manakala bunyi "main" mengalami nasalisasi. Nama "Zulkarnain" memanglah boleh digunakan, tetapi selalunya kita memilih nama orang sebagai pilihan terakhir untuk pemunculan rima.

Sesiapa yang ingin menghasilkan pantun dan syair dengan jayanya, dia hendaklah rajin mencari kata-kata berima, dan menghafalnya. Jika pencarian kata - kata berima itu dirasai sukar, maka kamus akan dapat memberikan bantuan.

Berusahalah mengasingkan kata-kata berima hingga anda akan memiliki beratus- ratus kata yang dapat dipadankan. Serentak dengan itu, berlatihlah membina baris-baris yang mengikut syarat pantun atau syair.

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Risda agih dividen kepada 3,454 peserta RTBB dan TSK di Terengganu

Posted: 27 Aug 2011 05:00 PM PDT

Risda agih dividen kepada 3,454 peserta RTBB dan TSK di Terengganu

KUALA TERENGGANU - Risda Terengganu mengeluarkan keuntungan terkumpul sebanyak RM20.32 juta untuk diagihkan kepada peserta Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersil (TSK) di negeri itu.

Ketua Pengarah Risda Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad berkata, pengagihan itu melibatkan 3,454 peserta RTBB dan TSK dengan setaip peserta memperoleh antara RM1,300 dan RM6,500 mengikut keluasan tanah yang diusahakan Risda.

"Pada tahun ini, dividen yang dibayar agak lumayan...ini bermakna objektif kerajaan dan agensi dalam usaha untuk melahirkan pekebun kecil yang sejahtera dan lestari telah mencapai sasarannya," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian keuntungan terkumpul kepada peserta RTBB dan TSK oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said di sini hari ini.

Risda mengeluarkan dividen sebanyak RM179 juta untuk diagihkan kepada peserta di seluruh negara tahun ini dan pemberian dividen kepada peserta di Terengganu tahun ini merupakan yang terakhir.

Wan Mohamad Zuki berkata Risda akan mengadakan program pembajaan kepada pekebun di seluruh negara selepas hari raya puasa ini.

Katanya, setiap tahun kerajaan memperuntukan RM100 juta bagi menyediakan baja kepada pekebun untuk meningkatkan kualiti hasil tanaman mereka dan dapat membantu meningkatkan pendapatan pekebun.

"Kita buat program ini untuk beri terus kepada pekebun dan kita juga akan mengajar peserta cara-cara membaja yang betul.

"Agak mengecewakan jika sekiranya peruntukan baja yang besar itu tidak sampai ke sasaran atau berlalu ketirisan. Kita jangka selepas 10 bulan atau 12 bulan dibaja, pokok dapat mengeluarkan hasil berganda," katanya.- Bernama

Isteri disimbah asid, suami dicampak tepi jalan selepas disamun

Posted: 27 Aug 2011 05:00 PM PDT

Isteri disimbah asid, suami dicampak tepi jalan selepas disamun

ALOR SETAR - Seorang wanita melecur kira-kira 20 peratus pada bahagian muka, leher, mata dan dada akibat disimbah asid oleh dua lelaki dalam kejadian samun di Guar Chempedak dekat Yan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 11 malam apabila kereta Proton Waja yang dinaiki Rosnani Husin, 53, bersama suaminya dipercayai ditahan oleh dua lelaki yang tidak dikenali di sebuah stesen minyak di Kota Sarang Semut dekat sini.

Katanya dua lelaki terbabit berpura-pura mahu menumpang kereta mangsa disebabkan kereta mereka kehabisan minyak dan suami mangsa bersetuju menumpangkan kedua-dua suspek menuju ke Jalan Baru melalui Jalan Permatang Buluh, Kota Sarang Semut.

"Ketika dalam perjalanan suspek, dikatakan mengacu pisau kepada kedua-dua mangsa dan mengikat kaki dan tangan suami mangsa sebelum mencampakkannya di tepi jalan di Jalan Baru, Bukit Besar.

"Kira-kira 50 kilometer dari tempat suami mangsa dicampak, suspek memberhentikan kereta (berdekatan Guar Chempedak) lalu menyimbah asid ke muka mangsa sebelum beredar dari tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Suami mangsa dijumpai oleh orang awam dalam keadaan kaki dan tangan berikat manakala mangsa dan kereta yang ditinggalkan ditemui Polis Guar Chempedak.

Jumlah kerugian yang dialami pasangan suami isteri tersebut belum dikenal pasti.

Adzaman berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan dengan mendatangkan kecederaan.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk menerima rawatan.

Pengarah HSB Dr Juita Ghazali ketika dihubungi berkata, mangsa dirawat di Unit Rawatan Kebakaran dan dalam keadaan stabil.

Mangsa terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan kerana menghadapi masalah paru-paru disebabkan terhidu asid yang terkena padanya.

Suami mangsa ketika ditemui pemberita di HSB enggan ditemuramah kerana masih trauma dengan kejadian yang menimpa isterinya itu.- Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved