SH |
Posted: 27 Aug 2011 05:00 PM PDT Tipu untuk belajar
KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pelajar yang cuba menipu bagi mendapatkan bantuan persediaan bagi melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, tahun lalu pihak Yayasan Terengganu (YT) berjaya mengesan lapan pelajar yang terlibat dengan kes penipuan untuk mendapatkan bantuan persediaan peringkat diploma. Menurutnya, kelapan-lapan pelajar itu berjaya dikesan setelah nama mereka tidak ada dalam senarai penerima bantuan yang sepatutnya dan mereka yang terbabit ini dijangka akan didakwa di mahkamah bulan depan. "Tujuh daripada lapan pelajar itu akan didakwa kerana melakukan penukaran empat angka terakhir dalam salinan fotostat kad pengenalan orang lain, manakala seorang lagi pelajar akan didakwa kerana mencetak dan meminda surat tawaran pelajar lain. "Kita berharap, dengan tindakan tegas yang diambil ke atas pelajar-pelajar berkenaan, kes sebegini tidak akan berulang lagi selepas ini," katanya. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan