Ahad, 28 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Lima lokasi dipantau

Posted: 27 Aug 2011 05:00 PM PDT

Lima lokasi dipantauSHAH ALAM – Sebanyak 296 saman bergambar telah dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor sejak 14 hingga 19 Ogos lalu.

Pengarah JPJ Negeri, Ahmad Awang berkata, pihaknya mengadakan operasi pemantau di lima kawasan tumpuan bagi memastikan keselamatan pengguna.

Menurutnya, pengguna jalan raya perlu mengetahui bahawa pihak JPJ sentiasa memantau perjalanan orang ramai yang mahu pulang ke kampung.

"Sehingga 19 Ogos, sebanyak 296 saman telah dikenal pasti, walaupun hari raya belum tiba, namun banyak kesalahan telah dikenal pasti.

"Kaedah saman bergambar ini adalah efektif kerana ianya memudahkan anggota untuk membuat pemantauan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Kawasan tersebut adalah jalan Sabak Bernam-Klang, Lebuh Raya Utara Selatan (Rawang-Sungai Buloh), Lebuh Raya Elite (Shah Alam-Seremban), jalan Klang-Banting dan jalan Salak Tinggi-Banting).

Menurutnya, dalam operasi bergambar ini, anggota JPJ akan diletakan di beberapa lokasi strategik termasuk di kawasan yang kerap berlaku kemalangan dan kesalahan jalan raya.

Ahmad turut mengingatkan pengguna jalan raya digesa tidak melakukan kesalahan jalan raya dan membuat persiapan rapi dalam perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Beliau berkata, pihaknya juga mengadakan pemeriksaan terhadap bas ekspres dan pemandu bas bagi memastikan tahap keselamatan orang ramai terjamin.

"Kita melakukan pemeriksaan terhadap bas dan pemandu sebelum mereka bertolak dari stesen bas, ini bagi memastikan hanya kesemua aspek keselamatan telah diperiksa terlebih dahulu," katanya.

Menurutnya, para pemandu perlu mengutamakan keselamatan, termasuk memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik, sebelum memulakan perjalanan.

"Selain itu, pengguna jalan raya juga perlu mematuhi peraturan jalan raya termasuk tidak memandu terlalu rapat dan menggunakan laluan kecemasan," katanya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved