Ahad, 28 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Saya akan saman...

Posted: 27 Aug 2011 05:00 PM PDT

Saya akan saman... JOHOR BAHRU – "Saya akan saman..," demikian kata R Surimuruthi, 24, yang bercadang untuk mengemukakan saman terhadap pihak hospital dan doktor yang menyambut kelahiran anak keduanya selepas didakwa cuai sehingga menyebabkan kematian bayinya itu.

Beliau berkata, bayi lelaki seberat 4.1 kilogram (kg) meninggal dunia pada jam 12.45 tengah hari semalam, selepas seminggu ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) akibat pelbagai komplikasi selepas dilahirkan pada 20 Ogos lalu di salah sebuah hospital di Kluang.

"Bayi seberat itu sepatutnya dibedah namun doktor mengarahkan supaya isteri saya bersalin secara normal malah ketika proses kelahiran, bayi kami sukar untuk dilahirkan selain terpaksa menggunakan vakum sekali gus menyebabkan kecederaan kecil di kepala anak kami," katanya.

Katanya, sebelum isterinya R Sakthi, 21, bersalin, doktor ada membuat pemeriksaan imbasan bunyi selain mendakwa berat bayi mereka kira-kira 3.5 kg sahaja walaupun sedia maklum bahawa isterinya itu menghidap diabetes ketika hamil.

"Paling membuatkan saya kecewa, selepas kira-kira lima jam anak kami dilahirkan, barulah saya tahu... itu pun saya terpaksa meminta bantuan daripada seorang pekerja pembersihan kerana kakitangan yang bertugas di situ melarang saya masuk," katanya.

Menurutnya, daripada maklumat pekerja pembersihan itu barulah dia tahu yang isterinya sudah selamat bersalin tetapi telah dibawa ke wad lain tanpa diketahui sebabnya.

"Ketika itu saya berasa tidak sedap hati dan mengambil keputusan untuk bertemu dengan doktor dan jururawat yang bertugas selepas itu barulah saya dimaklumkan tangan bayi kami patah selain mengalami masalah jantung," katanya.

Katanya, selepas tiga hari berada di ICU HSA, doktor memaklumkan kecederaan di bahagian kepala bayinya yang membengkak akan menyebabkan cahaya matanya itu koma selain mengalami kecacatan fizikal.

"Saya berasa amat sedih selepas kerana tidak sempat melihat anak kedua kami membesar di depan mata hanya disebabkan kecuaian orang lain... saya tekad untuk mengemukakan saman walaupun sedar perlu memperuntukkan kos guaman yang tinggi," katanya ketika ditemui di Rumah Mayat HSA, semalam.

Pada 24 Ogos lalu, Surimuruthi telah membuat laporan polis di Balai Polis Simpang Renggam berhubung kecuaian pihak hospital dan berharap pihak polis dapat menyiasat kes berkenaan dengan segera bagi memudahkannya membawa perkara itu ke muka pengadilan.

Sementara itu, jurucakap hospital berkenaan ketika dihubungi berkata, kes tersebut sedang disiasat selain tidak dapat memberikan sebarang komen berhubung dakwaan dikemukakan Surimuruthi.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved