Khamis, 7 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Baju Merah ugut Yingluck

Posted: 06 Jul 2011 05:00 PM PDT

Baju Merah ugut Yingluck BANGKOK - Sokongan padu kumpulan Baju Merah terhadap bakal Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra akan tamat jika tuntutan keadilan berhubung protes berdarah, tahun lalu tidak dipenuhi, menurut ketua kumpulan itu, semalam.

Yingluck berjaya memenangi pilihan raya umum Thailand, 3 Julai lalu dan antara punca utama adalah sokongan Baju Merah iaitu penyokong kuat abangnya, Thaksin Shinawatra.

Baju Merah menuntut kerajaan menjalankan siasatan terperinci mengenai peranan tentera dalam protes ganas pada Mei tahun lalu itu sehingga menyebabkan 91 orang terbunuh dan hampir 2,000 cedera.

Tuntutan itu dilihat sebagai antara ancaman yang mungkin menggoyahkan sokongan terhadap Yingluck selepas parti pimpinannya, Puea Thai menang besar kerana mendapat sokongan penduduk miskin Thailand.

Bom dalam badan?

Posted: 06 Jul 2011 05:00 PM PDT

Bom dalam badan? WASHINGTON - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) memberi amaran kepada syarikat penerbangan mengenai kemungkinan pengganas menyembunyikan bom di dalam tubuh badan melalui pembedahan untuk melepasi keselamatan lapangan terbang.

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS menghantar memo kepada pegawai keselamatan seluruh negara, kelmarin mengenai kemungkinan itu.

Memo itu turut memaklumkan tanda-tanda individu mempunyai barang tersembunyi di dalam badan termasuk perut bengkak dan bonggolan serta perasaan kurang selesa melampau semasa diperiksa pihak berkuasa.

Washington merujuk kepada insiden pada 2005 apabila seorang lelaki Colombia didakwa menyembunyikan bungkusan dadah di dalam tubuh manusia yang dimasukkan melalui pembedahan.

Amaran terbaru itu bakal menyebabkan penumpang kapal terbang terpaksa melalui kawalan keselamatan lebih ketat terutama bagi mereka yang akan ke AS.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Pelajar maut digilis lori

Posted: 06 Jul 2011 05:00 PM PDT

Pelajar maut digilis lori JUNJUNG - Keseronokan dua pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Vokasional Telok Air Tawar di Butterworth yang dalam perjalanan ke Taman Rekreasi Air Terjun Junjung bertukar menjadi tragedi apabila terlibat dalam kemalangan ngeri di Jalan Junjung kira-kira 400 meter dari Kem Pasukan Gerakan Am, tengah hari semalam.

Menurut saksi yang berada di tempat kejadian, mereka menunggang motosikal Yamaha LC 135 dan ketika tiba di selekoh, penunggangnya gagal mengawal motosikal lalu masuk ke arah bertentangan sebelum merempuh bahagian belakang tayar sebuah lori treler.

Kedua-duanya terseret dan terhumban ke belakang lori sebelum dirempuh sebuah lori lain dari arah belakang.

Penunggang motosikal mengalami kecederaan di bahagian badan dan patah kaki kanan manakala pemboncengnya maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh yang berada di tempat kejadian berkata, mangsa yang cedera parah dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Kulim oleh ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) manakala rakannya dihantar ke rumah mayat untuk bedah siasat.

Beliau berkata, mangsa yang terbunuh dikenali Muhamad Zaidi Mohd Zabel, 17, dari Taman Seri Serdang, Kepala Batas.

Mereka dilaporkan dalam perjalanan untuk berkelah di Air Terjun Junjung kerana sekolah di Pulau Pinang ditutup untuk cuti am.

Menurutnya, berdasarkan maklumat, mangsa datang dari arah Kulim menuju ke Junjung manakala dua lori pula dari arah bertentangan.

"Motosikal mereka terbabas dan masuk ke arah bertentangan. Mangsa yang merupakan pembonceng maut apabila kepalanya digilis oleh tayar belakang lori manakala penunggangnya cedera parah. Sehingga kini, polis masih menyiasat punca kemalangan itu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Dua mengadu dipukul guru

Posted: 06 Jul 2011 05:00 PM PDT

Dua mengadu dipukul guru IPOH – Dua pelajar sebuah sekolah menengah di sini, mengadu di pukul oleh seorang guru tampil membuat pengaduan di Pusat Khidmat dan Aduan BN Negeri, semalam.

Kedua-dua pelajar tersebut Lew Jin Wei dan Vincent Lim Wei berusia 13 tahun berkata, kejadian berlaku ketika mereka berada di sebuah makmal sekolah berkenaan dan dipanggil ke hadapan kerana mendapati mereka membuat bising.

Dalam pengaduan itu, kedua-dua pelajar yang ditemani ibu bapa masing-masing meluahkan rasa terkilan dan kecewa terhadap tindakan guru yang dianggap sebagai satu penderaan serius.

Ketika ditemui, bapa kepada Vincent Lim, Lim Kim Yang, 47 berkata, tindakan guru tersebut amat dikesali.

Menurutnya, satu laporan polis juga telah dibuat semalam, setelah mendapat tahu anaknya dipukul dengan teruk oleh guru di dalam kelas di hadapan pelajar-pelajar lain.

"Anak saya telah ditampar, dicubit bahagian perut, diheret dan dipukul dengan menggunakan kayu sehingga berdarah di bahagian hidung.

"Sememangnya saya tidak berpuas hati dengan tindakan guru tersebut dan berharap satu tindakan tegas diambil terhadapnya," katanya.

Menceritakan kejadian, Lim Kim Yang berkata ketika melihat keadaan anaknya yang kesakitan dia terus menghantarnya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun bagi mendapatkan rawatan sebelum membuat aduan ke pihak berkuasa.

Terdahulu, ibu kepada Lew Jin Wei, Choo Ai Lee, 37 berkata, dia begitu kecewa dengan pihak sekolah kerana tidak membenarkannya berjumpa guru terbabit.

Katanya, tindakan itu juga jelas menggambarkan pihak sekolah ingin melindungi guru tersebut walaupun ada rungutan daripada pelajar.

"Saya minta pihak sekolah mengenakan tindakan susulan kepada guru itu.

"Tindakan memukul yang keterlaluan ini boleh menjatuhkan imej pendidikan di negeri ini. Saya juga mahu guru tersebut dan menggesanya tampil memohon maaf secara terbuka kepada kami", katanya.

Terdahulu, Ketua Pusat Khidmat berkenaan, Datuk Lee Kon Yin berkata, kes memukul pelajar itu melibatkan emosi bukan kes baru malah biasa berlaku di negeri lain.

"Mengikut undang-undang pelajaran negara ini, guru-guru tidak dibenarkan sama sekali melakukan tindakan sedemikian dan dianggap satu penderaan.

"Saya harap pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) mengambil berat masalah ini dan berharap ianya tidak akan berulang lagi.

Sementara itu, Pengarah JPN, Datuk Mohd Rauhi Mohd Isa ketika dihubungi berkata, sehingga hari ini, kes berkenaan masih belum sampai ke pengetahuan pihaknya.

"Sekiranya kes ini sampai ke pengetahuan JPN, kami akan siasat dan akan ambil tindakan terhadap guru terbabit.

"Sememangnya tindakan seperti ini akan diketengahkan kerana ianya melibat imej pendidikan di negara ini," katanya.

1,090 penduduk dibantu

Posted: 06 Jul 2011 05:00 PM PDT

1,090 penduduk dibantu RAWANG – Kira-kira 1,090 penduduk di daerah Gombak yang menghadapi kesukaran mendapatkan geran tanah berikutan tidak mampu membayar premium, bakal dibantu melalui Skim Pemilikan Kediaman Persendirian Kerajaan Negeri.

Pegawai Perhubungan Perkampungan Daerah Gombak, Chee Chu Sang berkata, antara kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang berdepan dengan masalah kedaifan penduduk yang menyukarkan mereka mendapat geran adalah seperti di Kampung Sungai Bakau.

"Kebiasaannya selepas Borang 5A dikeluarkan, penduduk perlu bayar premium supaya Pejabat Tanah dapat keluarkan geran. Namun, ramai penduduk seperti di kampung tersebut tidak mampu untuk buat bayar penuh.

"Bagaimanapun, melalui skim pemilikan perumahan ini, penduduk perlu membayar RM1,000 sahaja untuk dapat geran atau mereka boleh pilih opsyen kedua, iaitu bayar premium dalam masa enam bulan selepas Borang 5A dikeluarkan dan mereka dapat diskaun 30 peratus," katanya.

Chu Sang berkata demikian pada sidang media, Skim Pemilikan Kediaman Persendirian di bawah Kerajaan Negeri yang dimanfaatkan penduduk daerah Gombak di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Taman Jati, di sini.

Hadir sama ADUN Rawang, Gan Pei Nei bersama pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) baru, Daerah Gombak.

Katanya, dalam masa terdekat tiga kampung baru dalam daerah Gombak yang bakal memanfaatkan skim itu ialah 500 penduduk di Kampung Baru Kundang, 290 penduduk di Kampung Sri Indah Sungai Buloh dan 300 penduduk di Kampung Sungai Bakau.

Sinar Harian sebelum ini pernah mengetengahkan masalah sekitar 10 peratus daripada 300 jumlah penduduk di Kampung Sungai Bakau yang masih belum mendapat geran disebabkan ketidakmampuan menjelaskan bayaran premium, selain menyebabkan pertindihan tanah di situ.

"Terima kasih kita ucapkan kepada Kerajaan Negeri kerana mewujudkan skim ini yang berkuat kuasa 1 Jun lalu.

"Sekarang kita yakin 100 peratus penduduk terutama golongan susah yang sudah menetap disesuatu kawasan lebih 15 tahun akan mendapat geran sepertimana hasrat Kerajaan Negeri," katanya.

Terengganu berpesta gol

Posted: 06 Jul 2011 05:00 PM PDT

Terengganu berpesta gol PENYOKONG Terengganu tetap berpuas hati dengan kemenangan yang diraih skuad Penyu, meskipun kempunan untuk merangkul gelaran juara Liga Super 2011.

Namun, hatrik yang dilakukan Abdul Hadi Yahaya mampu mengubat kecewa penyong Penyu, apatah lagi pemain yang memakai jersi nombor 14 itu turut merangkul anugerah kasut emas, menewaskan pencabar terdekat, Norshahrul Idlan Talaha.

Seorang peminat skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim yang datang jauh dari negeri Pantai Timur, Mohd Hazrul Mohd Hanafi dia tetap gembira kerana pasukan itu banyak menunjukkan perubahan yang amat ketara pada musim ini.

"Saya harap Terengganu akan terus cemerlang pada musim akan datang kerana saya tetap berpuas hati dengan keputusan ini meskipun tidak menjadi juara Liga Super," katanya.

Seorang lagi peminat Penyu, Wan Mohd Fauzi berkata, dia melihat juara Piala FA ini bijak mengambil peluang yang ada dan tidak mensia-siakannya.

"Kita dapat lihat pasukan Terengganu bermain dengan baik sekali malam ini dan mereka tidak mensia-siakan peluang yang ada ketika perlawanan. Saya harap musim hadapan pasukan ini akan terus menggegar arena bola sepak negara," katanya.

Elak jadi mangsa tipu

Posted: 06 Jul 2011 05:00 PM PDT

Elak jadi mangsa tipu

KUANTAN – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) akan mengambil tindakan tegas kepada amil yang tidak bertauliah menjalankan kutipan zakat daripada pembayar bagi mengelakkan berlakunya penyamaran dan penipuan.

Timbalan Yang Dipertua Muip, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan mengingatkan hanya amil yang dilantik sahaja boleh melakukan tanggungjawab itu.

Beliau berkata, amil yang tidak sah akan dikenakan hukuman di bawah Seksyen 173 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, No. 8 Tahun 1982 di mana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya sekali.

"Segala kutipan perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak Majlis. Justeru, mana-mana persatuan atau parti yang ingin mengutip zakat untuk kepentingan peribadi adalah dilarang sama sekali," katanya ketika ditemui dalam majlis cabutan bertuah pembayar potongan zakat berjadual di bangunan Muip, semalam.

Pada majlis sama, Wan Abdul Wahid turut mengumumkan kadar Zakat Fitrah bagi tahun ini iaitu sebanyak RM7 atau bersamaan segantang beras.

Menurutnya, bayaran itu dikekalkan dalam tempoh tiga tahun

"Bagi memudahkan umat Islam membayar zakat fitrah, Muip melantik seramai 950 orang amil yang akan bertanggungjawab melaksanakan urusan tersebut sepanjang bulan itu," katanya.

Beliau berkata, bayaran tersebut boleh dibuat di masjid dan surau di negeri ini termasuk di kompleks membeli-belah yang turut menyediakan amil zakat.

Selain itu katanya, kemudahan pembayaran zakat juga boleh dilakukan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk bagi pengguna syarikat telekomunikasi Celcom dan Maxis.

Sementara itu, seramai 119 pemenang cabutan bertuah potongan zakat berjadual (PZB) menerima hadiah berupa barangan elektrik, barangan dapur, baucar penginapan hotel, baucar perabot dan baucar minyak.

Antara pemenang hadiah utama ialah Md Nasir Mohd Yusof, 50, dari Jengka, Siti Jemilah Taib, 53, dari Temerloh dan Sharifah Azean Azira Syed Naseri, 32, dari Bota, Perak.

Kelantan juara baru Liga Super

Posted: 06 Jul 2011 05:00 PM PDT

Kelantan juara baru Liga Super

KOTA KINABALU – Kelantan menamatkan penantian sejak tiga tahun lalu untuk mengecapi kejuaraan Liga Super buat pertama kali apabila mengalahkan Sabah 2-1 dalam perlawanan terakhir liga di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam tadi.

Kemenangan malam tadi mengesahkan The Red Warriors selaku pasukan keenam bergelar juara sejak ianya dipertandingkan lapan tahun lalu dan bakal membawa pulang wang tunai RM500,000. Selaku bergelar juara, Kelantan secara automatik menempah tiket layak beraksi dalam Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) tahun depan.

Sementara itu, juara baru Piala FA, Terengganu muncul selaku naib juara setelah berpesta gol mengalahkan KL Felda United FC 6-2 dalam satu lagi perlawanan yang berlangsung Stadium Majlis MPBJ, Kelana Jaya.

Rentak cemerlang Kelantan bermula seawal minit kedua perlawanan menerusi rembatan jarak dekat Ketua Pasukan, Muhd Badhri Radzi terus ke dakapan penjaga gol Sabah, Azizon Abdul Kadir hasil hantaran lintang Mohd Izuan Salahuddin sebelum itu.

Tiga minit kemudian, Norshahrul Idlan Talaha menceriakan hampir 1,000 penyokong The Red Warriors apabila mudah menolak masuk untuk gol pertama Kelantan. Berpunca lontaran ke dalam Mohd Daudsu Jamaluddin, kesilapan pemain pertahanan tuan rumah gagal mengeluarkan bola dihukum menerusi rembatan mudah untuk menewaskan Azizon dipintu golnya.

Dua minit kemudian, kemaraan Kelantan untuk menambahkan jaringan tidak terhenti disitu apabila Muhd Bahri sekali lagi mempunyai peluang terbaik namun rembatan kencang jarak 25 meter sedikit melewati pintu gol Sabah.

Sabah yang turun dengan misi bermaruah untuk mencipta kemenangan turut mempunyai peluang untuk menyamakan kedudukan pada m-15 perlawanan. Berpunca serangan balas pantas, rembatan kencang Shahrul Azhar Ture dikeluarkan benteng pertahanan Kelantan sementara tandukan susulan penyerang veterannya, Zainizam Marjan terus ke dakapan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

Tujuh minit berselang, Shahrul Azhar sekali lagi mensia-siakan peluang terbaiknya untuk menyamakan kedudukan apabila rembatan kencangnya sekadar menerjah jaring sebelah kiri pintu gol Kelantan.

Malah, dua minit kemudian Shahrul Azhar sekali lagi terlepas peluang apabila gagal menolak masuk hantaran lintang Julamri Muhammad biarpun tidak dikawal benteng pertahanan Kelantan sebelum itu.

Tidak hanya berpuashati dengan satu gol, Kelantan terus melipat ganda asakan menyerang ke pintu gol Sabah namun rembatan kencang Muhd Badhri pada m-35 sedikit melewati pintu gol sementara percubaan Mohd Daudsu Jamaluddin pada m-44 juga hanya beberapa meter melepasi pintu gol.

Minit-minit akhir babak pertama, salah faham diantara Rosdin Wasli dengan Azizon didepan pintu golnya hampir membawa padah kepada pasukannya namun Norshahrul Idlan gagal memanfaatkan peluang tersebut.

Bersambung babak kedua, Sabah membuat percaturan dengan memasukkan Razlan Oto menggantikan Stanley Bernard Stephen Samuel bagi menguatkan jentera serangannya. Pada m-67, pintu gol Kelantan sekali lagi diuji apabila Julamri merembat kencang namun sempat ditepis keluar Khairul Fahmi.

Pada m-71, penyerang terbilang, Norshahrul Idlan terus mengukuhkan kedudukan 2-0 untuk Kelantan apabila sepakan lambungnya dari luar kotak penalti berjaya melepasi jangkauan Azizon dipintu golnya.

Namun, Sabah enam minit kembali merapatkan jurang apabila penyerangnya, Razlan Oto berjaya merembat masuk dari luar kotak penalti berpunca situasi kelam-kabut didepan pintu gol Kelantan sebelum itu.

Minit-minit akhir perlawanan, Norshahrul Idlan terlepas peluang untuk mencipta hatrik apabila rembatan kencangnya dalam kotak penalti dikuis keluar Azizon untuk menyaksikan keputusan 2-1 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Kesebelasan utama pemain:

SABAH: Azizon Abdul Kadir, Hariri Mohd Safii, Mohd Reithauddin Awang Emran (KP), Alto Linus, Mafry Balang (Rozaimi Abdul Rahman), Rosdin Wasli (Zuraindey Jumai), Radzi Md Hussin, Julamri Muhammad, Zainizam Marjan, Shahrul Azhar Ture dan Stanley Bernard Stephen Samuel (Razlan Oto).

FORMASI: 4-4-2

KELANTAN: Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaluddin, S Subramaniam, Mohd Farisham Ismail, Zairul Fitree Ishak, Mohd Shakir Shaari, Muhd Badhri Radzi (KP), Mohd Izuan Salahuddin (Mohd Nizab Ayub), S Chanturu Muhammad Ramzul Zahini Adenan (Mohamad Ab Aziz Ismail) dan Norshahrul Idlan Talaha.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

BHP dedah tips keselamatan

Posted: 06 Jul 2011 05:00 PM PDT

BHP dedah tips keselamatan

BH Petrol (BHP) menunaikan tanggungjawab sosial dalam kalangan pelajar sekolah dengan mengadakan program 'Cerah Ceria Seperti Saya', satu inisiatif menyalurkan maklumat mengenai kemahiran dan kesedaran menyelamatkan diri di jalan raya.

Program itu dianjurkan bersama pelajar Sekolah Kebangsaan Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor selepas berjaya dilaksanakan di SK Simpang Lima, Sabak Bernam pada 4 Jun 2010, dihadiri lebih 700 pelajar.

Pengurus Besar Bahagian Operasi dan HSE BH Petrol, Mohamad Azahan Abdul Kadir berkata, program seperti ini diharap mampu mengurangkan kemalangan dalam kalangan pelajar selain mendidik mereka lebih berhati-hati ketika berada di jalan raya.

"Kanak-kanak yang kurang mendapat pendidikan berkaitan jalan raya mudah terdedah risiko kemalangan. Menerusi program ini, mereka akan didedahkan cara menghindarkan diri daripada kemalangan," katanya.

Antara modul program adalah berjalan berhadapan dengan lampu isyarat, lima panduan selamat menyeberang jalan, berhenti secara selamat dan lain-lain aktiviti berkaitan keselamatan kanak-kanak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nestle beri jaminan

Posted: 06 Jul 2011 05:00 PM PDT

Nestle beri jaminan

Nestle (Malaysia) Bhd memberi jaminan kepada pelanggan bahawa produk makanan bayi yang dikeluarkan dari pasaran Nestle P'tit Pot Recette Banana, tidak melibatkan pasaran Malaysia kerana produk itu hanya dijual di Perancis.

"Langkah pengeluaran dari pasaran secara sukarela bagi giliran khusus makanan bayi Nestle P'tit Pot Recette Banana ini adalah langkah berjaga-jaga Nestle France berikutan penemuan kaca di dalam satu bekas oleh seorang pengguna," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Menurutnya, tiada pengeluaran atau negara lain yang terlibat.

Katanya, keselamatan dan kualiti produk Nestle adalah keutamaan yang tidak boleh dilihat sambil lewa oleh syarikat itu dan produk yang di kilang, dipasarkan, diimport dan dieksport dengan memenuhi standard kualiti dan keselamatan tertinggi bagi kesejahteraan penggunanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pantau premis burung walit

Posted: 06 Jul 2011 05:00 PM PDT

Pantau premis burung walit KLUANG – Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) melakukan satu operasi pemantauan bersepadu perusahaan burung walit ke atas 100 premis perusahaan yang ada dalam pentadbiran MDSR, semalam.

Setiausaha MDSR, Ezahar Abu Sairin berkata, operasi yang dijalankan bertujuan untuk memantau kesemua premis terutama pengusaha yang menjalankan perusahaan di kawasan rumah kedai agar mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan kerajaan.

"Kita adakan pemantauan ini adalah untuk melihat sama ada pengusaha melakukan garis panduan yang telah ditetapkan bagi menjalankan perusahaan berkenaan ataupun tidak.

"Jika tidak mematuhi syarat yang ditetapkan MDSR mereka akan diberi nasihat agar mengikuti segala peraturan berkenaan agar boleh mendapatkan lesen sementara," katanya pada taklimat operasi pemantauan bersepadu di Dewan Orang Ramai Renggam, Renggam, semalam.

» selanjutnya...

Posted: 06 Jul 2011 05:00 PM PDT

Pantau premis burung walit KLUANG – Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) melakukan satu operasi pemantauan bersepadu perusahaan burung walit ke atas 100 premis perusahaan yang ada dalam pentadbiran MDSR, semalam.

Setiausaha MDSR, Ezahar Abu Sairin berkata, operasi yang dijalankan bertujuan untuk memantau kesemua premis terutama pengusaha yang menjalankan perusahaan di kawasan rumah kedai agar mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan kerajaan.

"Kita adakan pemantauan ini adalah untuk melihat sama ada pengusaha melakukan garis panduan yang telah ditetapkan bagi menjalankan perusahaan berkenaan ataupun tidak.

"Jika tidak mematuhi syarat yang ditetapkan MDSR mereka akan diberi nasihat agar mengikuti segala peraturan berkenaan agar boleh mendapatkan lesen sementara," katanya pada taklimat operasi pemantauan bersepadu di Dewan Orang Ramai Renggam, Renggam, semalam.

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Siasat laman sosial hina Agong

Posted: 06 Jul 2011 05:00 PM PDT

Siasat laman sosial hina Agong

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta menyiasat beberapa pengguna laman sosial yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berikutan titah khas baginda berhubung isu perhimpunan haram pada 9 Julai.

Badan bukan kerajaan 1Agenda mendakwa dua pengguna laman sosial Twitter yang menggunakan nama 'DAPSugu' dan 'AMK Rembau' telah menghina serta memperlekeh kebijaksanaan Tuanku Mizan.

Yang Dipertuanya, Zul Azhar Cha, berk ata laporan polis dua hari lalu, kedua-dua pemegang akaun sosial media itu dengan jelas menghina ketua institusi negara kita dan ketua institusi agama.

Zul Azhar juga mendakwa terdapat beberapa pengguna laman sosial Facebook dan pengguna blog menerbitkan komen berunsur hasutan serta ugutan berhubung perhimpunan haram itu.

Beliau berkata, jika perkara seumpama itu tidak dibanteras, ia boleh menimbulkan kekacauan yang menjurus kepada perpecahan dan mampu menghuru-harakan negara.

"Kita sarankan rakyat untuk pandai menilai sebab penulis-penulis blog datang dari pelbagai identiti dan objektif.

"Ada niat membina, positif tapi ada juga yang datang untuk memecahbelahkan," katanya, di Bangunan Sultan Abdul Samad di sini, bagi menyerahkan memorandum berkaitan perkara itu kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Zul Azhar berkata 1Agenda sedia membantu dan bekerjasama dengan SKMM bagi memantau kegiatan yang tidak sihat di laman sosial.- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Percaya rakaman CCTV diganggu

Posted: 06 Jul 2011 05:00 PM PDT

Percaya rakaman CCTV diganggu

KUALA LUMPUR – Saksi ketiga perbicaraan inkues kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed semalam percaya terdapat gangguan kamera litar tertutup (CCTV) sebelum dan pada hari kejadian di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan Cochrene dekat sini.

Juru analisa bahagian audio dan video makmal forensik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, Asisten Superintedan Fauziah Che Ismail memberitahu mahkamah, tiga perakam video digital (DVR) dianalisisnya terdiri daripada rakaman pada 6 April 2011 antara jam 8 pagi dan 11 pagi.

"Hasil daripada analisis dari ketiga-tiga DVR ini saya dapati DVR1 dan DVR2 pada tarikh 6 April 2011, tidak merakamkan apa-apa dari jam 8 pagi hingga 11 pagi.

"Bagaimanapun DVR3, saya memperolehi rakaman imej Ahmad Sarbaini yang dirakamkan pada pukul 8.30 pagi," katanya sewaktu menjawab soalan daripada Timbalan Pendakwa Raya Nor Amalina Ismail.

Fauziah berkata, DVR1 dan DVR2 tidak beroperasi normal dan rakaman diganggu.

"Gangguan pertama pada DVR1 pada tarikh 5 April 2011 pada pukul 14:17:52 (2.17 petang) sehingga 14:19:23 (2.19 petang) menyebabkan gangguan beberapa minit. Sama seperti DVR2. Gangguan pertamanya hanya beberapa minit.

"Bagaimanapun bagi gangguan kedua, DVR1 mula berhenti pada 5 April 2011, pukul 14:47:15 (2.47 petang) hingga 6 April 2011, 13:24:16 (1.24 petang) iaitu selama 22 jam dan 33 minit. Sama seperti DVR2 yang mengalami gangguan pada tarikh sama bermula pukul 14:37:54 (2.37 petang) hingga 13:26:17 (1.26 petang). Kesemuanya berpunca dari 'record off manually'. Untuk DVR3 tiada gangguan," katanya.

Beliau turut menjelaskan, bagi rakaman DVR3, hanya kamera di pintu masuk yang merakamkan imej Ahmad Sarbaini memasuki bangunan SPRM dengan menunggang motosikal.

Turut dipaparkan beberapa minit rakaman video Ahmad Sarbaini yang berhenti untuk membuat pendaftaran masuk di pondok pengawal SPRM.

Selepas itu, beliau dilihat memasukkan baju ke dalam seluar dan beredar dari pondok tersebut.

Namun begitu, berlainan pula terjadi pada CCTV di bahagian pondok pengawal apabila DVR3 menunjukkan rakaman video beroperasi secara manual pada 6 April 2011 bermula jam 8 pagi hingga 11 pagi.

Pada masa sama, suasana kamar mahkamah hening kerana isterinya, Masiah @ Maziah Manap, 50, menangis setelah menonton rakaman CCTV melalui DVR yang ditayangkan di hadapan Koroner Aizatul Akmal Maharani.

Fauziah mengakui adanya gangguan pada pengoperasian rakaman CCTV setelah ditanya oleh peguam keluarga Ahmad Sarbaini, Awtar Singh.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Ibu dan tiga lain ke hutan'

Posted: 06 Jul 2011 05:00 PM PDT

'Ibu dan tiga lain ke hutan'

SHAH ALAM – Anak sulung Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi, arwah ibunya telah membawa peguam Ahmad Kamil Abdul Karim dan Noorhisham Mohamad ke dalam hutan pada 30 Ogos 2010.

Erni Dekritawati, 26, memberitahu, dia telah menghubungi telefon bimbit Ahmad Kamil, bertanyakan di mana mereka hendak berbuka puasa pada hari tersebut dan Ahmad Kamil memberitahunya: "Ntah hutan mana mak engkau bawak ni. Macam kelapa sawit je."

"Saya tanya mak depan ke belakang dia (Kamil) kata mak depan mereka. Masa itu lebih kurang jam 7 malam," katanya.

Pengarah Nouvell Beauty Centre itu berkata demikian, dalam perbicaraan kes bunuh ibunya, Ahmad Kamil, 32, dan Noorhisham,38, serta pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin (Kamal), 47.

Menurut Erni Dekritawati, pada tengahari 30 Ogos 2010, Sosilawati memberitahunya tujuan ke Banting berjumpa peguam Pathmanabhan.

Ibunya membawa Ahmad Kamil dan Noorhisham untuk menemaninya berjumpa peguam tersebut sekaligus berbuka puasa bersama mereka.

Lebih jam 8 malam, ibunya ada menghubunginya tetapi beliau tidak perasan. Beliau kemudian menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) berbunyi " Jangan bagi Kamal masuk rumah. Dia tangkap gambar mak. Kalau ada apa-apa hubungi Bisah".

Menurut Erni Dekritawati, selepas itu beliau cuba menghubungi ibunya berulang kali tetapi semuanya memasuki peti suara dan beliau selepas itu cuba menghubungi Ahmad Kamil dan Noorhisham tetapi talian mereka juga sama.

Erni Dekritawati berkata, beliau tidak percaya sekiranya Kamal yang merupakan pemandu peribadi sekali gus pembantu peribadi ibunya itu melakukan perbuatan tersebut.

"Saya berasa syak, betul ke ada kamera dalam bilik. So saya pergi bilik itu dan periksa tetapi tidak ada apa-apa," katanya.

Selepas gagal hubungi ibunya, Erni Dekritawati menunggu pula ibunya pulang memandangkan ada sanak saudara yang akan datang ke rumah pada malam itu.

Beliau yang sudah mulai risau kemudian pergi ke Seksyen 7 Shah Alam pada malam 30 Ogos 2010 untuk mencari kereta Proton Perdana milik Noorhisham yang ditinggalkan di situ kerana pegawai bank berkenaan menaiki kereta sama dengan Ahmad Kamil pergi ke Banting.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Apa motif Ambiga nak demonstrasi?

Posted: 06 Jul 2011 05:00 PM PDT

Belum pernah lagi di dunia ini sebuah parti yang menguasai kerajaan demokratik dapat memenuhi seluruh cita rasa rakyat. Atas kertas, termasuk kertas undi, walaupun majoriti rakyat sokong parti pemerintah, namun ada juga tidak berpuas hati seperti yang dipamer pengikut dan penyokong parti pembangkang - tidak puas hati dengan parti pemerintah selagi mana tidak kuasai kerajaan.

Lazimnya jika kerajaan berjaya ditumbangkan, bermakna pemikiran rakyatnya kurang bertamadun atau mereka tidak memahami maksud istilah demokrasi yang sebenarnya. Di sebalik pelbagai slogan mengenai jalinan kemesraan antara kaum, demokrasi kita sebenarnya sangatlah rapuh dan kompleks. Sekiranya kita tidak pernah dijajah oleh mana-mana kuasa Barat, tetapi akhirnya memilih untuk mengamalkan sistem demokrasi dan Raja Berparlimen seperti hari ini, sudah tentu hak mengundi, hak mewakili rakyat dan hak menubuhkan parti politik terletak semata-mata di tangan orang Melayu.

Maknanya jika mereka bertelagah sekalipun, ia sudah tentu satu golongan menuduh satu golongan lagi tidak pandai mentadbirkan negara. Soal politik perkauman, tuntutan untuk kaum dan soal sesuatu kaum ditindas tidak akan timbul sama sekali.

Suka atau tidak, orang Melayu ini adalah satu bangsa yang baik. Kalau tidak masakan mereka sanggup berkongsi kuasa dengan kaum pendatang hanya kerana British enggan mendengar tuntutan kemerdekaan.

Hari ini sementara masih ramai yang asal-usul keturunannya daripada kaum pendatang bersikap patriotik dan tidak terlalu ghairah mempertahankan apa juga yang berpaksi pada akar keturunannya, sebaliknya menerima Malaysia sebagai sebuah negara mereka dan rela dikenal pasti sebagai bangsa Malaysia, terdapat juga segelintir yang tidak sedar diri dan menuntut yang bukan-bukan.

Tidak cukup dengan hal tersebut, mereka menggunakan pertembungan politik di antara dua golongan besar Melayu agar terus berpecah dan bertelagah sesama sendiri bagi memastikan agenda mereka tercapai.

Lebih serius ialah terdapatnya bukti bagaimana golongan ini mahu mengakhiri dominasi Melayu dalam politik dengan menjatuhkan kerajaan yang mana UMNO adalah tonggaknya. Tentulah agak pelik bagaimana seorang keturunan India seperti Ambiga berperi-peri mahu memperjuangkan perihal perjalanan dan pentadbiran pilihan raya di negara ini sehingga sanggup ambil pelbagai risiko peribadi dan memperjudikan keselamatan awam.

Lebih menghairankan seorang yang bukan sahaja pengamal undang-undang, tetapi pernah memimpin Bar Council tidak menghormati undang-undang. Memang benar Perlembagaan jamin hak untuk berhimpun dan bersuara. Tetapi Perlembagaan juga menyatakan syarat tertakluk kepada tahap keselamatan.

Ambiga atau Mat Sabu, atau sesiapa sahaja bukanlah orang yang layak menentukan soal keselamatan. Ini kerja polis. Sebab itu Akta Polis memperuntukkan kuasa memberikan permit perhimpunan dan menangkap mereka yang berhimpun tanpa permit. Ini undang-undang. Suka atau tidak, Ambiga, Mat Sabu, seluruh AJK Bersih 2.0 dan sesiapa saja menyokong perlu hormati dan fahami undang-undang. Kalau perkara semudah ini pun susah untuk mereka hormati, bagaimana mahu menjadi pemimpin rakyat?

Nampaknya Ambiga bukan saja tak faham, tak hormat dan memperlekeh kedaulatan undang-undang negara, malah turut tidak hormat nasihat Ketua Polis Negara apabila tetap berdegil mahu meneruskan demonstrasi. Dalam hal ini nampaknya Ambiga berlagak lebih hebat dan lebih penting daripada Perdana Menteri.

Di benak kita, persoalan popular ialah kalau belum dapat kuasa sudah berlagak sedemikian, macam mana kalau dapat kuasa?

Kini apabila Yang di-Pertuan Agong keluarkan kenyataan agar membatalkan demonstrasi 9 Julai itu, Ambiga dan rakan-rakannya seolah-olah bak kata idiom Inggeris 'caught with the pants down' (kantoi dalam keadaan seluar sudah terlondeh ke bawah).

Maka selain Ambiga, puak dalam Pas pun sibuk nak tunjuk baik, nak tunjuk hormat lalu memuji titah Yang di-Pertuan Agong walaupun dalam hati tak puas hati kerana tak dapat berdemonstrasi.

Ambiga telah memohon menghadap ke bawah duli untuk sampaikan memorandum yang hendak disampaikan menerusi demonstrasi itu. Siapa Ambiga, penting sangatkah urusan menghadap itu? Apakah beliau punya integriti dan kedudukan sosial yang begitu tinggi untuk menghadap ke bawah duli?

Nampaknya tidak cukup dengan perbuatan memecah belahkan perpaduan rakyat khususnya orang-orang Melayu, dia kini seolah-olah cuba menyeret Yang di-Pertuan Agong dalam kemelut ciptaan beliau dan konco-konconya? Jika Ambiga kesal dengan perbuatannya tindakan terbaik ialah dengan memohon maaf dan membatalkan saja rancangan asalnya itu.

Inilah dia. Sejarah sering memperlihatkan bagaimana sikap sesuatu bangsa apabila tersepit dan apabila mereka bebas serta menjadi orang kaya dan bergelar intelektual pula, mereka mudah lupa daratan. Bukankah cerita ini pernah menjadi salah satu bidalan popular dalam kamus pepatah bangsa Melayu?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bukan semua gambar boleh diubah!

Posted: 06 Jul 2011 05:00 PM PDT

Tiba-tiba saya kehilangan seorang rakan setugas. Baru beberapa hari lalu saya bercakap dengan Che Lat mengenai kerja. Pagi itu kami sama-sama tiba awal di pejabat, dan meminta dia mengikut saya untuk satu tugasan di Fakulti Undang-Undang UiTM.

"Maaf bos, saya tidak ada kamera pagi ini, nanti saya tugaskan mana-mana jurufoto ikut bos," katanya seperti terkilan, kemudian menambah: "Lain kalilah saya ikut bos pulak..."

Rupa-rupanya dia tidak lagi dapat mengikut saya sampai bila-bila. Kelmarin ketika dalam perjalanan ke pejabat saya menerima SMS: "Al-Fatihah, Che Lat telah meninggal dunia." Che Lat, atau Abdul Latif bin Zakaria, adalah antara petugas pelopor Sinar Harian. Saya bersamanya di Pengkalan Chepa, Kelantan memulakan penerbitan 'Akhbar Orang Pantai Timur' pada 2006.

Baru berusia 45 tahun, beliau meninggal secara mengejut selepas subuh – dipercayai strok – memeranjatkan dan mengharukan rakan-rakan sekerja, terutama teman serumah yang baru beberapa jam makan bersamanya.

Saya mengucapkan takziah kepada balunya, juga enam orang anaknya – yang sulung sedang mengikuti matrikulasi di sebuah IPTA, lima lagi masih bersekolah – sambil mendoakan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Bercakap mengenai foto, minggu lalu saya dalam majlis pelancaran Persatuan Jurufoto Akhbar Malaysia (MPPA) yang dirasmikan oleh Tun Mahathir Mohamad selaku penaung. Turut berucap pada minum petang di Hotel Royale Chulan KL itu ialah Penasihat Persatuan, Datuk Ahmad Maslan, dan Presiden Mat Salim Shaari.

Ketiga-tiga yang berucap menyebut satu fakta sama, bahawa juru gambar akhbar adalah petugas yang setiap saat merakamkan sejarah di seluruh dunia. Sama ada pada acara penuh gembira, atau di medan perang, mereka orang di barisan hadapan yang sedia menghadapi apa sahaja kemungkinan, termasuk ditembusi peluru atau dihancurkan ledakan bom. Mereka menyabung nyawa untuk mendapat gambar terbaik. Ramai jurugambar – juga wartawan – terkorban ketika membuat liputan perang termasuk di Vietnam, Kongo, Iraq, dan baru-baru ini tunjuk perasaan di Mesir, Libya dan beberapa negara Timur Tengah.

Saya teringat ketika mula-mula menjadi orang surat khabar 1974. Bersama beratus wartawan dan jurugambar dari dalam dan luar negara, kami berkampung selama tiga hari tiga malam membuat liputan mengenai kedutaan Amerika Syarikat di Bangunan AIA Jalan Ampang KL, yang ditawan oleh sekumpulan pengganas Tentera Merah Jepun (JRA).

Setiap detik berlalu penuh cemas. Pihak berkuasa, termasuk Menteri Luar, Tan Sri Ghazali Shafie (kini arwah), dari semasa ke semasa mengadakan rundingan menerusi telefon dengan pengganas yang berada di tingkat tujuh. Pengganas mengugut dan menuntut itu dan ini. Wartawan dan jurugambar melaporkan detik ke detik apa yang berlaku.

Seorang jurugambar akhbar The New Straits Times dalam usaha mendapatkan sudut terbaik, telah terkena tembakan dari tingkat tujuh. Beliau cedera, tetapi berjaya merakamkan detik bersejarah itu. Begitulah dedikasi seorang jurugambar terhadap tugasnya. Memang nyawa menjadi taruhan.

Saya setuju dengan Ahmad Mazlan bahawa di sebalik detik-detik cemas dalam tugasan-tugasan tertentu, jurugambar adalah manusia paling istimewa. Mereka boleh mengarah sesiapa sahaja – termasuk pemimpin utama negara – untuk melakukan sesuatu.

"Kalau dia kata senyum, Perdana Menteri pun akan senyum. Kalau dia kata tunduk kepala Perdana Menteri akan tunduk kepala. Sebenarnya ada dua profesion sahaja yang boleh arah orang tunduk kepala, iaitu tukang gunting, dan jurugambar," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjadi Penasihat MPPA.

Dalam era ICT yang serba pantas dan sibuk, orang tidak ada masa untuk membaca tulisan yang panjang berjela. Memadailah dengan hanya melihat sekeping gambar. Sekeping gambar boleh menceritakan beribu-ribu perkataan. Saya setuju.

Bersetuju juga saya bahawa kata-kata lama "gambar tidak boleh berbohong" kini sudah tidak relevan. Sebab dengan kecanggihan teknologi "gambar sudah boleh berbohong". Dengan menggunakan teknik 'super impose', kepala yang bersongkok boleh ditukar menjadi kepala bertopi. Tubuh lelaki kepalanya boleh ditukar menjadi perempuan.

Tetapi saya tidak bersetuju semua gambar boleh diubah. Betapa canggih pun teknologi, masih tidak boleh menukar wajah dan gerakan dalam video. Kalau gambar video itu Shah Rukh Khan sukar untuk diubah menjadi Salman Khan. Kalau gambar itu menari, tidak mungkin diubah menjadi berenang!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved