Khamis, 7 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Percaya rakaman CCTV diganggu

Posted: 06 Jul 2011 05:00 PM PDT

Percaya rakaman CCTV diganggu

KUALA LUMPUR – Saksi ketiga perbicaraan inkues kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed semalam percaya terdapat gangguan kamera litar tertutup (CCTV) sebelum dan pada hari kejadian di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan Cochrene dekat sini.

Juru analisa bahagian audio dan video makmal forensik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, Asisten Superintedan Fauziah Che Ismail memberitahu mahkamah, tiga perakam video digital (DVR) dianalisisnya terdiri daripada rakaman pada 6 April 2011 antara jam 8 pagi dan 11 pagi.

"Hasil daripada analisis dari ketiga-tiga DVR ini saya dapati DVR1 dan DVR2 pada tarikh 6 April 2011, tidak merakamkan apa-apa dari jam 8 pagi hingga 11 pagi.

"Bagaimanapun DVR3, saya memperolehi rakaman imej Ahmad Sarbaini yang dirakamkan pada pukul 8.30 pagi," katanya sewaktu menjawab soalan daripada Timbalan Pendakwa Raya Nor Amalina Ismail.

Fauziah berkata, DVR1 dan DVR2 tidak beroperasi normal dan rakaman diganggu.

"Gangguan pertama pada DVR1 pada tarikh 5 April 2011 pada pukul 14:17:52 (2.17 petang) sehingga 14:19:23 (2.19 petang) menyebabkan gangguan beberapa minit. Sama seperti DVR2. Gangguan pertamanya hanya beberapa minit.

"Bagaimanapun bagi gangguan kedua, DVR1 mula berhenti pada 5 April 2011, pukul 14:47:15 (2.47 petang) hingga 6 April 2011, 13:24:16 (1.24 petang) iaitu selama 22 jam dan 33 minit. Sama seperti DVR2 yang mengalami gangguan pada tarikh sama bermula pukul 14:37:54 (2.37 petang) hingga 13:26:17 (1.26 petang). Kesemuanya berpunca dari 'record off manually'. Untuk DVR3 tiada gangguan," katanya.

Beliau turut menjelaskan, bagi rakaman DVR3, hanya kamera di pintu masuk yang merakamkan imej Ahmad Sarbaini memasuki bangunan SPRM dengan menunggang motosikal.

Turut dipaparkan beberapa minit rakaman video Ahmad Sarbaini yang berhenti untuk membuat pendaftaran masuk di pondok pengawal SPRM.

Selepas itu, beliau dilihat memasukkan baju ke dalam seluar dan beredar dari pondok tersebut.

Namun begitu, berlainan pula terjadi pada CCTV di bahagian pondok pengawal apabila DVR3 menunjukkan rakaman video beroperasi secara manual pada 6 April 2011 bermula jam 8 pagi hingga 11 pagi.

Pada masa sama, suasana kamar mahkamah hening kerana isterinya, Masiah @ Maziah Manap, 50, menangis setelah menonton rakaman CCTV melalui DVR yang ditayangkan di hadapan Koroner Aizatul Akmal Maharani.

Fauziah mengakui adanya gangguan pada pengoperasian rakaman CCTV setelah ditanya oleh peguam keluarga Ahmad Sarbaini, Awtar Singh.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Ibu dan tiga lain ke hutan'

Posted: 06 Jul 2011 05:00 PM PDT

'Ibu dan tiga lain ke hutan'

SHAH ALAM – Anak sulung Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi, arwah ibunya telah membawa peguam Ahmad Kamil Abdul Karim dan Noorhisham Mohamad ke dalam hutan pada 30 Ogos 2010.

Erni Dekritawati, 26, memberitahu, dia telah menghubungi telefon bimbit Ahmad Kamil, bertanyakan di mana mereka hendak berbuka puasa pada hari tersebut dan Ahmad Kamil memberitahunya: "Ntah hutan mana mak engkau bawak ni. Macam kelapa sawit je."

"Saya tanya mak depan ke belakang dia (Kamil) kata mak depan mereka. Masa itu lebih kurang jam 7 malam," katanya.

Pengarah Nouvell Beauty Centre itu berkata demikian, dalam perbicaraan kes bunuh ibunya, Ahmad Kamil, 32, dan Noorhisham,38, serta pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin (Kamal), 47.

Menurut Erni Dekritawati, pada tengahari 30 Ogos 2010, Sosilawati memberitahunya tujuan ke Banting berjumpa peguam Pathmanabhan.

Ibunya membawa Ahmad Kamil dan Noorhisham untuk menemaninya berjumpa peguam tersebut sekaligus berbuka puasa bersama mereka.

Lebih jam 8 malam, ibunya ada menghubunginya tetapi beliau tidak perasan. Beliau kemudian menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) berbunyi " Jangan bagi Kamal masuk rumah. Dia tangkap gambar mak. Kalau ada apa-apa hubungi Bisah".

Menurut Erni Dekritawati, selepas itu beliau cuba menghubungi ibunya berulang kali tetapi semuanya memasuki peti suara dan beliau selepas itu cuba menghubungi Ahmad Kamil dan Noorhisham tetapi talian mereka juga sama.

Erni Dekritawati berkata, beliau tidak percaya sekiranya Kamal yang merupakan pemandu peribadi sekali gus pembantu peribadi ibunya itu melakukan perbuatan tersebut.

"Saya berasa syak, betul ke ada kamera dalam bilik. So saya pergi bilik itu dan periksa tetapi tidak ada apa-apa," katanya.

Selepas gagal hubungi ibunya, Erni Dekritawati menunggu pula ibunya pulang memandangkan ada sanak saudara yang akan datang ke rumah pada malam itu.

Beliau yang sudah mulai risau kemudian pergi ke Seksyen 7 Shah Alam pada malam 30 Ogos 2010 untuk mencari kereta Proton Perdana milik Noorhisham yang ditinggalkan di situ kerana pegawai bank berkenaan menaiki kereta sama dengan Ahmad Kamil pergi ke Banting.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved