Khamis, 7 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Apa motif Ambiga nak demonstrasi?

Posted: 06 Jul 2011 05:00 PM PDT

Belum pernah lagi di dunia ini sebuah parti yang menguasai kerajaan demokratik dapat memenuhi seluruh cita rasa rakyat. Atas kertas, termasuk kertas undi, walaupun majoriti rakyat sokong parti pemerintah, namun ada juga tidak berpuas hati seperti yang dipamer pengikut dan penyokong parti pembangkang - tidak puas hati dengan parti pemerintah selagi mana tidak kuasai kerajaan.

Lazimnya jika kerajaan berjaya ditumbangkan, bermakna pemikiran rakyatnya kurang bertamadun atau mereka tidak memahami maksud istilah demokrasi yang sebenarnya. Di sebalik pelbagai slogan mengenai jalinan kemesraan antara kaum, demokrasi kita sebenarnya sangatlah rapuh dan kompleks. Sekiranya kita tidak pernah dijajah oleh mana-mana kuasa Barat, tetapi akhirnya memilih untuk mengamalkan sistem demokrasi dan Raja Berparlimen seperti hari ini, sudah tentu hak mengundi, hak mewakili rakyat dan hak menubuhkan parti politik terletak semata-mata di tangan orang Melayu.

Maknanya jika mereka bertelagah sekalipun, ia sudah tentu satu golongan menuduh satu golongan lagi tidak pandai mentadbirkan negara. Soal politik perkauman, tuntutan untuk kaum dan soal sesuatu kaum ditindas tidak akan timbul sama sekali.

Suka atau tidak, orang Melayu ini adalah satu bangsa yang baik. Kalau tidak masakan mereka sanggup berkongsi kuasa dengan kaum pendatang hanya kerana British enggan mendengar tuntutan kemerdekaan.

Hari ini sementara masih ramai yang asal-usul keturunannya daripada kaum pendatang bersikap patriotik dan tidak terlalu ghairah mempertahankan apa juga yang berpaksi pada akar keturunannya, sebaliknya menerima Malaysia sebagai sebuah negara mereka dan rela dikenal pasti sebagai bangsa Malaysia, terdapat juga segelintir yang tidak sedar diri dan menuntut yang bukan-bukan.

Tidak cukup dengan hal tersebut, mereka menggunakan pertembungan politik di antara dua golongan besar Melayu agar terus berpecah dan bertelagah sesama sendiri bagi memastikan agenda mereka tercapai.

Lebih serius ialah terdapatnya bukti bagaimana golongan ini mahu mengakhiri dominasi Melayu dalam politik dengan menjatuhkan kerajaan yang mana UMNO adalah tonggaknya. Tentulah agak pelik bagaimana seorang keturunan India seperti Ambiga berperi-peri mahu memperjuangkan perihal perjalanan dan pentadbiran pilihan raya di negara ini sehingga sanggup ambil pelbagai risiko peribadi dan memperjudikan keselamatan awam.

Lebih menghairankan seorang yang bukan sahaja pengamal undang-undang, tetapi pernah memimpin Bar Council tidak menghormati undang-undang. Memang benar Perlembagaan jamin hak untuk berhimpun dan bersuara. Tetapi Perlembagaan juga menyatakan syarat tertakluk kepada tahap keselamatan.

Ambiga atau Mat Sabu, atau sesiapa sahaja bukanlah orang yang layak menentukan soal keselamatan. Ini kerja polis. Sebab itu Akta Polis memperuntukkan kuasa memberikan permit perhimpunan dan menangkap mereka yang berhimpun tanpa permit. Ini undang-undang. Suka atau tidak, Ambiga, Mat Sabu, seluruh AJK Bersih 2.0 dan sesiapa saja menyokong perlu hormati dan fahami undang-undang. Kalau perkara semudah ini pun susah untuk mereka hormati, bagaimana mahu menjadi pemimpin rakyat?

Nampaknya Ambiga bukan saja tak faham, tak hormat dan memperlekeh kedaulatan undang-undang negara, malah turut tidak hormat nasihat Ketua Polis Negara apabila tetap berdegil mahu meneruskan demonstrasi. Dalam hal ini nampaknya Ambiga berlagak lebih hebat dan lebih penting daripada Perdana Menteri.

Di benak kita, persoalan popular ialah kalau belum dapat kuasa sudah berlagak sedemikian, macam mana kalau dapat kuasa?

Kini apabila Yang di-Pertuan Agong keluarkan kenyataan agar membatalkan demonstrasi 9 Julai itu, Ambiga dan rakan-rakannya seolah-olah bak kata idiom Inggeris 'caught with the pants down' (kantoi dalam keadaan seluar sudah terlondeh ke bawah).

Maka selain Ambiga, puak dalam Pas pun sibuk nak tunjuk baik, nak tunjuk hormat lalu memuji titah Yang di-Pertuan Agong walaupun dalam hati tak puas hati kerana tak dapat berdemonstrasi.

Ambiga telah memohon menghadap ke bawah duli untuk sampaikan memorandum yang hendak disampaikan menerusi demonstrasi itu. Siapa Ambiga, penting sangatkah urusan menghadap itu? Apakah beliau punya integriti dan kedudukan sosial yang begitu tinggi untuk menghadap ke bawah duli?

Nampaknya tidak cukup dengan perbuatan memecah belahkan perpaduan rakyat khususnya orang-orang Melayu, dia kini seolah-olah cuba menyeret Yang di-Pertuan Agong dalam kemelut ciptaan beliau dan konco-konconya? Jika Ambiga kesal dengan perbuatannya tindakan terbaik ialah dengan memohon maaf dan membatalkan saja rancangan asalnya itu.

Inilah dia. Sejarah sering memperlihatkan bagaimana sikap sesuatu bangsa apabila tersepit dan apabila mereka bebas serta menjadi orang kaya dan bergelar intelektual pula, mereka mudah lupa daratan. Bukankah cerita ini pernah menjadi salah satu bidalan popular dalam kamus pepatah bangsa Melayu?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bukan semua gambar boleh diubah!

Posted: 06 Jul 2011 05:00 PM PDT

Tiba-tiba saya kehilangan seorang rakan setugas. Baru beberapa hari lalu saya bercakap dengan Che Lat mengenai kerja. Pagi itu kami sama-sama tiba awal di pejabat, dan meminta dia mengikut saya untuk satu tugasan di Fakulti Undang-Undang UiTM.

"Maaf bos, saya tidak ada kamera pagi ini, nanti saya tugaskan mana-mana jurufoto ikut bos," katanya seperti terkilan, kemudian menambah: "Lain kalilah saya ikut bos pulak..."

Rupa-rupanya dia tidak lagi dapat mengikut saya sampai bila-bila. Kelmarin ketika dalam perjalanan ke pejabat saya menerima SMS: "Al-Fatihah, Che Lat telah meninggal dunia." Che Lat, atau Abdul Latif bin Zakaria, adalah antara petugas pelopor Sinar Harian. Saya bersamanya di Pengkalan Chepa, Kelantan memulakan penerbitan 'Akhbar Orang Pantai Timur' pada 2006.

Baru berusia 45 tahun, beliau meninggal secara mengejut selepas subuh – dipercayai strok – memeranjatkan dan mengharukan rakan-rakan sekerja, terutama teman serumah yang baru beberapa jam makan bersamanya.

Saya mengucapkan takziah kepada balunya, juga enam orang anaknya – yang sulung sedang mengikuti matrikulasi di sebuah IPTA, lima lagi masih bersekolah – sambil mendoakan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Bercakap mengenai foto, minggu lalu saya dalam majlis pelancaran Persatuan Jurufoto Akhbar Malaysia (MPPA) yang dirasmikan oleh Tun Mahathir Mohamad selaku penaung. Turut berucap pada minum petang di Hotel Royale Chulan KL itu ialah Penasihat Persatuan, Datuk Ahmad Maslan, dan Presiden Mat Salim Shaari.

Ketiga-tiga yang berucap menyebut satu fakta sama, bahawa juru gambar akhbar adalah petugas yang setiap saat merakamkan sejarah di seluruh dunia. Sama ada pada acara penuh gembira, atau di medan perang, mereka orang di barisan hadapan yang sedia menghadapi apa sahaja kemungkinan, termasuk ditembusi peluru atau dihancurkan ledakan bom. Mereka menyabung nyawa untuk mendapat gambar terbaik. Ramai jurugambar – juga wartawan – terkorban ketika membuat liputan perang termasuk di Vietnam, Kongo, Iraq, dan baru-baru ini tunjuk perasaan di Mesir, Libya dan beberapa negara Timur Tengah.

Saya teringat ketika mula-mula menjadi orang surat khabar 1974. Bersama beratus wartawan dan jurugambar dari dalam dan luar negara, kami berkampung selama tiga hari tiga malam membuat liputan mengenai kedutaan Amerika Syarikat di Bangunan AIA Jalan Ampang KL, yang ditawan oleh sekumpulan pengganas Tentera Merah Jepun (JRA).

Setiap detik berlalu penuh cemas. Pihak berkuasa, termasuk Menteri Luar, Tan Sri Ghazali Shafie (kini arwah), dari semasa ke semasa mengadakan rundingan menerusi telefon dengan pengganas yang berada di tingkat tujuh. Pengganas mengugut dan menuntut itu dan ini. Wartawan dan jurugambar melaporkan detik ke detik apa yang berlaku.

Seorang jurugambar akhbar The New Straits Times dalam usaha mendapatkan sudut terbaik, telah terkena tembakan dari tingkat tujuh. Beliau cedera, tetapi berjaya merakamkan detik bersejarah itu. Begitulah dedikasi seorang jurugambar terhadap tugasnya. Memang nyawa menjadi taruhan.

Saya setuju dengan Ahmad Mazlan bahawa di sebalik detik-detik cemas dalam tugasan-tugasan tertentu, jurugambar adalah manusia paling istimewa. Mereka boleh mengarah sesiapa sahaja – termasuk pemimpin utama negara – untuk melakukan sesuatu.

"Kalau dia kata senyum, Perdana Menteri pun akan senyum. Kalau dia kata tunduk kepala Perdana Menteri akan tunduk kepala. Sebenarnya ada dua profesion sahaja yang boleh arah orang tunduk kepala, iaitu tukang gunting, dan jurugambar," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjadi Penasihat MPPA.

Dalam era ICT yang serba pantas dan sibuk, orang tidak ada masa untuk membaca tulisan yang panjang berjela. Memadailah dengan hanya melihat sekeping gambar. Sekeping gambar boleh menceritakan beribu-ribu perkataan. Saya setuju.

Bersetuju juga saya bahawa kata-kata lama "gambar tidak boleh berbohong" kini sudah tidak relevan. Sebab dengan kecanggihan teknologi "gambar sudah boleh berbohong". Dengan menggunakan teknik 'super impose', kepala yang bersongkok boleh ditukar menjadi kepala bertopi. Tubuh lelaki kepalanya boleh ditukar menjadi perempuan.

Tetapi saya tidak bersetuju semua gambar boleh diubah. Betapa canggih pun teknologi, masih tidak boleh menukar wajah dan gerakan dalam video. Kalau gambar video itu Shah Rukh Khan sukar untuk diubah menjadi Salman Khan. Kalau gambar itu menari, tidak mungkin diubah menjadi berenang!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved